{"id":73606,"date":"2025-11-14T08:56:04","date_gmt":"2025-11-14T08:56:04","guid":{"rendered":"https:\/\/www.bestbrokers.com\/?page_id=73606"},"modified":"2026-03-18T21:14:22","modified_gmt":"2026-03-18T21:14:22","slug":"account-opening","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.bestbrokers.com\/ms\/reviews\/fxtm\/account-opening\/","title":{"rendered":"Pembukaan Akaun FXTM"},"content":{"rendered":"<div class=\"author-line\">Ditulis oleh <span class=\"author\">Naylyan Nazifova<div class=\"author-sub-box\"><div class=\"author-avatar\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/nnazifova.webp\" \/><\/div><div class=\"author-info-wrapper\"><div class=\"author-name\"><a href=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/ms\/authors\/naylyan-nazifova\/\">Naylyan Nazifova<\/a><\/div><div class=\"author-bio\">Naylyan Nazifova ialah seorang pakar yang diiktiraf dalam bidang perdagangan dalam talian. Beliau mempunyai banyak penerbitan dan analisis\u00a0yang merangkumi perdagangan forex, pelaburan saham dan kewangan peribadi.<\/div><\/div><\/div><\/span>,  <a rel=\"nofollow\" target=\"_blank\" href=\"https:\/\/www.linkedin.com\/in\/naylian-nazifova-58562a272\/\"><img decoding=\"async\" class=\"social-icon\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/themes\/best-brokers\/assets\/images\/icon-linkedin.svg\" data-no-lazy=\"1\"><\/a> <span class=\"sep\">|<\/span> Diterjemahkan oleh <span class=\"author\">Shakirah Manijal<div class=\"author-sub-box\"><div class=\"author-avatar\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/shakirah-m.webp\" \/><\/div><div class=\"author-info-wrapper\"><div class=\"author-name\"><a href=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/ms\/authors\/shakirah-manijal\/\">Shakirah Manijal<\/a><\/div><div class=\"author-bio\">Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.<\/div><\/div><\/div><\/span>, <a rel=\"nofollow\" target=\"_blank\" href=\"https:\/\/www.linkedin.com\/in\/shakirah-m-166069352\/\"><img decoding=\"async\" class=\"social-icon\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/themes\/best-brokers\/assets\/images\/icon-linkedin.svg\" data-no-lazy=\"1\"><\/a> <span class=\"sep\">|<\/span> Dikemas Kini: <time class=\"entry-date\" datetime=\"2026-03-18T21:14:22+00:00\">Mac 18, 2026<\/time><\/div>\n<h2 id=\"brief\"><i class=\"ico ico--assets\"><\/i>Jenis Akaun di FXTM<\/h2>\n<p>FXTM menawarkan tiga jenis akaun perdagangan, membolehkan pelanggan membandingkan dan memilih akaun yang paling sesuai dengan pengalaman perdagangan, matlamat, dan bajet masing-masing. Akaun perdagangan <strong>Advantage<\/strong> mempunyai spread bermula dari 0.0 pip dan komisen $3.5 bagi setiap lot yang didagangkan dalam Forex. Selain pasangan mata wang, pilihan instrumen perdagangan untuk jenis akaun ini termasuk logam spot, CFD Indeks, CFD Komoditi, CFD Kripto, CFD Saham dan ETF (instrumen dua terakhir hanya disediakan melalui platform MT5).<\/p>\n<p>Jenis akaun kedua, <strong>Advantage Plus<\/strong>, menawarkan spread yang lebih lebar bermula dari 1.5 pip dan tanpa komisen. Pilihan instrumen boleh dagang yang sepadan dengan akaun Advantage, dengan CFD Saham dan ETF disediakan secara eksklusif di platform MT5.<\/p>\n<p>Pilihan akaun ketiga, <strong>Advantage Stocks<\/strong>, menawarkan spread bermula dari 6 sen dan tanpa komisen. Seperti namanya, saham adalah satu-satunya instrumen perdagangan yang disediakan. Dua jenis akaun pertama menawarkan perdagangan berleveraj, manakala yang ketiga adalah tanpa leveraj.<\/p>\n<p>FXTM menyediakan perbandingan terperinci bagi ketiga-tiga jenis akaun serta maklumat mengenai keperluan deposit minimum, spread, komisen, instrumen perdagangan, mata wang yang disokong, dan jumlah perdagangan minimum dan maksimum. Akaun Advantage dan Advantage Plus menawarkan pilihan bebas swap, menjadikannya akaun yang sesuai untuk pedagang Muslim. Selain itu, broker ini menyokong akaun Demo, menyediakan persekitaran perdagangan simulasi dan peluang untuk meneroka pelbagai pasaran perdagangan tanpa mempertaruhkan dana sebenar.<\/p>\n<p>Proses membuka akaun dengan FXTM adalah teratur dan mudah untuk diselesaikan. Pelanggan boleh bergantung kepada ejen sokongan yang responsif dan profesional, bermula dari membuat profil FXTM hingga memilih jenis akaun, membiayai akaun perdagangan, log masuk ke platform MT, dan membuat perdagangan pertama mereka.<\/p>\n\n\t\t\t\t<div class=\"table\">\n\t\t\t\t\t<table class=\"table table-striped table-bordered\">\n\t\t\t\t\t\t<tr>\n\t\t\t\t\t\t\t<td style=\"width: 250px;\"><strong>Akaun Demo<\/strong><\/td>\n\t\t\t\t\t\t\t<td><img decoding=\"async\" width=\"24\" height=\"24\" src=\"\/wp-content\/themes\/best-brokers\/assets\/images\/ico-check.svg\" alt=\"Tersedia\" \/><\/td>\n\t\t\t\t\t\t<\/tr>\n\t\t\t\t\t\t<tr>\n\t\t\t\t\t\t\t<td><strong>Akaun Islamik<\/strong><\/td>\n\t\t\t\t\t\t\t<td><img decoding=\"async\" width=\"24\" height=\"24\" src=\"\/wp-content\/themes\/best-brokers\/assets\/images\/ico-check.svg\" alt=\"Tersedia\" \/><\/td>\n\t\t\t\t\t\t<\/tr>\n\t\t\t\t\t\t<tr>\n\t\t\t\t\t\t\t<td><strong>Akaun ECN<\/strong><\/td>\n\t\t\t\t\t\t\t<td><img decoding=\"async\" width=\"24\" height=\"24\" src=\"\/wp-content\/themes\/best-brokers\/assets\/images\/ico-xmark.svg\" alt=\"Tidak Tersedia\" \/><\/td>\n\t\t\t\t\t\t<\/tr>\n\t\t\t\t\t\t<tr>\n\t\t\t\t\t\t\t<td><strong>Akaun Pro<\/strong><\/td>\n\t\t\t\t\t\t\t<td><img decoding=\"async\" width=\"24\" height=\"24\" src=\"\/wp-content\/themes\/best-brokers\/assets\/images\/ico-check.svg\" alt=\"Tersedia\" \/><\/td>\n\t\t\t\t\t\t<\/tr>\n\t\t\t\t\t\t<tr>\n\t\t\t\t\t\t\t<td><strong>Akaun MAM<\/strong><\/td>\n\t\t\t\t\t\t\t<td><img decoding=\"async\" width=\"24\" height=\"24\" src=\"\/wp-content\/themes\/best-brokers\/assets\/images\/ico-xmark.svg\" alt=\"Tidak Tersedia\" \/><\/td>\n\t\t\t\t\t\t<\/tr>\n\t\t\t\t\t<\/table>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\n<h2 id=\"deposit\"><i class=\"ico ico--money-supply\"><\/i>Keperluan Deposit Minimum di FXTM<\/h2>\n<p>Keperluan deposit minimum bagi tiga jenis akaun perdagangan FXTM, Advantage, Advantage Plus, dan Advantage Stocks, ialah $\/\u20ac\/\u00a3 200. Walaupun ambang minimum sama bagi ketiga-tiga pilihan, keadaan perdagangannya adalah berbeza.<\/p>\n<p>Akaun Advantage menawarkan spread bermula dari 0.0 pip dan komisen $3.5 bagi setiap lot yang didagangkan dalam Forex. Akaun Advantage Plus menawarkan spread yang sedikit lebar bermula dari 1.5 pip serta tanpa komisen pada semua instrumen perdagangan. Akaun Advantage Stocks juga menawarkan komisen sifar untuk saham serta spread yang bermula dari 6 sen. Volum minimum lot bagi setiap pesanan untuk ketiga-tiga jenis akaun bermula dari 0.01 lot dan maksimum ialah 100 lot untuk akaun Advantage dan Advantage Plus, manakala volum lot untuk akaun Advantage Stocks adalah tanpa had.<\/p>\n<p>Pedagang perlu ambil maklum bahawa broker ini mengenakan yuran transaksi tetap sebanyak $3 untuk semua deposit dan pengeluaran di bawah $30, atau nilai yang setara dalam mata wang lain.<\/p>\n<h2 id=\"instruments\"><i class=\"ico ico--common-technical-analysis-tools\"><\/i>Instrumen Boleh Dagang<\/h2>\n<p>Portfolio perdagangan FXTM merangkumi lebih 1,000 instrumen dengan pelaksanaan yang sangat pantas. Pasaran utama yang disokong oleh broker ini termasuk Forex, logam spot, saham, CFD Saham, komoditi, indeks, ETF, dan mata wang kripto. Ketersediaannya mengikut bidang kuasa mungkin berbeza bergantung pada rangka kerja pengawalseliaan tempatan.<\/p>\n<p>Untuk perdagangan Forex, FXTM menawarkan lebih 60 pasangan mata wang, termasuk pasangan utama, kecil, dan eksotik. Pedagang juga boleh meneroka peluang untuk meraih keuntungan daripada turun naik harga logam berharga seperti emas dan perak, didagangkan terhadap mata wang seperti EUR, USD, dan GBP. Saham juga menawarkan peluang yang menguntungkan daripada pergerakan harga saham jenama popular seperti Facebook, Apple, dan Tesla. Pedagang juga boleh membuka posisi jual (short) dan beli (long) pada harga saham syarikat berbeza dari bursa saham utama.<\/p>\n<p>Tawaran produk FXTM termasuk perdagangan komoditi seperti gas asli, Brent, dan minyak mentah. Perdagangan indeks saham merupakan satu lagi peluang menarik yang mendedahkan pedagang kepada turun naik harga keseluruhan portfolio saham. Akhir sekali, pasaran mata wang kripto yang dicirikan oleh turun naik harga yang sangat tidak menentu telah menarik minat pedagang yang ingin membuat spekulasi terhadap pergerakan harga Bitcoin, Ripple, Ethereum, dan lain-lain.<\/p>\n<p>Broker ini telah mengintegrasikan platform paling popular dalam industri, iaitu MetaTrader 4 dan MetaTrader 5, lengkap dengan carta dan alat untuk membantu pedagang berdagang dengan cekap dan meningkatkan kemahiran mereka. Alat perdagangan yang disediakan untuk pedagang CFD termasuk Kalkulator Pip, Kalendar Economi, Kalkulator Risiko dan Keuntungan, serta Isyarat Perdagangan yang kesemuanya direka untuk memanfaatkan peluang perdagangan yang ada.<\/p>\n<h2 id=\"steps\"><i class=\"ico ico--account\"><\/i>Proses Pendaftaran di FXTM &#8211; Mengambil Masa Kira-kira 5 Minit<\/h2>\n<ol class=\"list list--steps\">\n<li>Untuk memulakan proses pendaftaran di FXTM, pedagang perlu mengklik butang \u201cOpen Account\u201d di penjuru atas kanan laman web.<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/fxtm-registration-1-1.webp\" alt=\"FXTM Registration Step 1\" \/><\/li>\n<li>Borang pendaftaran mesti diisi, mengandungi maklumat tentang nama pertama dan nama keluarga pedagang, negara tempat tinggal, nombor telefon bimbit, e-mel, dan kata laluan. Pelanggan broker mesti menyatakan kaedah pilihan untuk pengesahan akaun &#8211; sama ada melalui SMS dan e-mel atau melalui WhatsApp.<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/fxtm-registration-2-1.webp\" alt=\"FXTM Registration Step 2\" \/><\/li>\n<li>Langkah seterusnya dalam proses pembukaan akaun melibatkan pemilihan jenis akaun, Advantage, Advantage Stocks, atau Advantage Plus yang berdasarkan keutamaan individu pedagang. Pedagang boleh memilih akaun Demo terlebih dahulu, pilihan yang disediakan untuk akaun Advantage dan Advantage Plus.<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/fxtm-registration-3-1.webp\" alt=\"FXTM Registration Step 3\" \/><\/li>\n<li>Setelah memilih jenis akaun yang sesuai, pedagang mesti ke langkah seterusnya dan melengkapkan Borang Permohonan Akaun. Maklumat yang dikehendaki termasuk jantina, tarikh lahir, bidang pekerjaan, tahap jawatan, kewarganegaraan, Nombor Pengenalan Cukai (TIN), bandar, alamat penuh, dan sumber dana.<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/fxtm-registration-4-1.webp\" alt=\"FXTM Registration Step 4\" \/><\/li>\n<li>Seterusnya, pedagang mesti memilih mata wang akaun (EUR, USD, atau GBP), nisbah leveraj pilihan, dan kata laluan akaun perdagangan mereka.<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/fxtm-registration-5-1.webp\" alt=\"FXTM Registration Step 5\" \/><\/li>\n<li>Apabila akaun perdagangan baharu mereka sudah sedia, pedagang boleh membuat deposit sehingga $10,000 sebelum proses pengesahan akaun. Kaedah deposit yang disokong termasuk e-dompet (Skrill dan Neteller) dan pelbagai mata wang kripto (Tether, BTC, ETH, TRX, dan lain-lain). Kaedah pembayaran mungkin berbeza bergantung pada negara tempat tinggal pedagang.<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/fxtm-registration-6-1.webp\" alt=\"FXTM Registration Step 6\" \/><\/li>\n<\/ol>\n<h2 id=\"verification\"><i class=\"ico ico--approve\"><\/i>Proses Pengesahan Identiti &#8211; Mengambil Masa Kira-kira 5 Minit<\/h2>\n<p>Untuk akses penuh kepada ciri dan fungsi FXTM, dan sebagai prosedur standard, pedagang mesti mengesahkan profil mereka dan memuat naik dokumen pengenalan diri dan bukti tempat tinggal.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/fxtm-registration-7-1.webp\" alt=\"FXTM Registration Step 7\" \/><\/p>\n<ol class=\"list list--steps\">\n<li>\n<h3>Dokumen Pengenalan Diri (ID)<\/h3>\n<p>Dokumen yang layak untuk pengesahan akaun di FXTM termasuk pasport, kad pengenalan negara, lesen memandu, atau permit tempat tinggal. Broker menerima salinan imbasan dan foto mudah alih bahagian hadapan dan belakang dokumen pengenalan. Format foto yang diterima dan saiz maksimum fail dinyatakan dengan jelas.<\/p>\n<p>Untuk memenuhi kriteria kelayakan, dokumen pengenalan yang dimuat naik mesti jelas, tidak kabur atau tidak mempunyai bayang. Elemen wajib lain yang mesti kelihatan dengan jelas termasuk nama penuh, tarikh keluaran dan tamat tempoh, tempat dan tarikh lahir, atau Nombor Pengenalan Cukai (TIN). Pedagang boleh melihat beberapa contoh dokumen yang sah.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/fxtm-registration-8-1.webp\" alt=\"FXTM Registration Step 8\" \/><\/li>\n<li>Dokumen yang diterima sebagai Bukti Tempat Tinggal di FXTM termasuk penyata bank\/kad, bil utiliti, sijil tempat tinggal, penyata insurans, perjanjian penyewaan, atau pendaftaran kenderaan. Dokumen ini mesti dikeluarkan dalam tempoh tiga bulan terakhir. Jika dokumen pengenalan yang diberikan semasa langkah pertama proses pengesahan akaun sudah menyatakan alamat pedagang, Bukti Alamat mungkin tidak lagi diperlukan.<\/li>\n<\/ol>\n<h2 id=\"conclusion\"><i class=\"ico ico--pen\"><\/i>Pandangan Keseluruhan<\/h2>\n<p>FXTM ialah broker Forex dan CFD yang kukuh. Proses pembukaan dan pengesahan akaun adalah mudah dan boleh diselesaikan dalam masa beberapa minit. Borang pendaftaran memerlukan maklumat peribadi dan perhubungan. Setelah dihantar, pedagang mesti menjalani pengesahan identiti dan bukti alamat sebagai prosedur standard AML dan KYC. Proses pengesahan akaun mungkin mengambil masa, biasanya antara 1 dan 3 hari bekerja, bergantung pada kualiti dokumen yang dikemukakan dan beban kerja pasukan sokongan FXTM.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jenis Akaun di FXTM FXTM menawarkan tiga jenis akaun perdagangan, membolehkan pelanggan membandingkan dan memilih akaun yang paling sesuai dengan pengalaman perdagangan, matlamat, dan bajet masing-masing. Akaun perdagangan Advantage mempunyai spread bermula dari 0.0 pip dan komisen $3.5 bagi setiap lot yang didagangkan dalam Forex. Selain pasangan mata wang, pilihan instrumen perdagangan untuk jenis akaun [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"parent":73505,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","template":"templates\/review.php","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-73606","page","type-page","status-publish","hentry"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.bestbrokers.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/73606","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.bestbrokers.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.bestbrokers.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.bestbrokers.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.bestbrokers.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=73606"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.bestbrokers.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/73606\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":84445,"href":"https:\/\/www.bestbrokers.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/73606\/revisions\/84445"}],"up":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.bestbrokers.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/73505"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.bestbrokers.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=73606"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}