{"id":73628,"date":"2025-11-14T08:56:06","date_gmt":"2025-11-14T08:56:06","guid":{"rendered":"https:\/\/www.bestbrokers.com\/?page_id=73628"},"modified":"2026-03-19T14:23:52","modified_gmt":"2026-03-19T14:23:52","slug":"account-opening","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.bestbrokers.com\/ms\/reviews\/etoro\/account-opening\/","title":{"rendered":"Pembukaan Akaun eToro"},"content":{"rendered":"<div class=\"author-line\">Ditulis oleh <span class=\"author\">Zornitsa Stefanova<div class=\"author-sub-box\"><div class=\"author-avatar\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2024\/09\/zornica-stefanova.jpeg\" \/><\/div><div class=\"author-info-wrapper\"><div class=\"author-name\"><a href=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/ms\/authors\/zornitsa-stefanova\/\">Zornitsa Stefanova<\/a><\/div><div class=\"author-bio\">Zornitsa Stefanova ialah seorang penganalisis forex dan kripto yang berpengalaman. Beliau juga mengulas pelbagai topik kewangan seperti perdagangan saham dan pelaburan persaraan.<\/div><\/div><\/div><\/span>,  <a rel=\"nofollow\" target=\"_blank\" href=\"https:\/\/www.linkedin.com\/in\/zornica-stefanova-73ab39287\/\"><img decoding=\"async\" class=\"social-icon\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/themes\/best-brokers\/assets\/images\/icon-linkedin.svg\" data-no-lazy=\"1\"><\/a> <span class=\"sep\">|<\/span> Diterjemahkan oleh <span class=\"author\">Shakirah Manijal<div class=\"author-sub-box\"><div class=\"author-avatar\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/shakirah-m.webp\" \/><\/div><div class=\"author-info-wrapper\"><div class=\"author-name\"><a href=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/ms\/authors\/shakirah-manijal\/\">Shakirah Manijal<\/a><\/div><div class=\"author-bio\">Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.<\/div><\/div><\/div><\/span>, <a rel=\"nofollow\" target=\"_blank\" href=\"https:\/\/www.linkedin.com\/in\/shakirah-m-166069352\/\"><img decoding=\"async\" class=\"social-icon\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/themes\/best-brokers\/assets\/images\/icon-linkedin.svg\" data-no-lazy=\"1\"><\/a> <span class=\"sep\">|<\/span> Dikemas Kini: <time class=\"entry-date\" datetime=\"2026-03-19T14:23:52+00:00\">Mac 19, 2026<\/time><\/div>\n<h2 id=\"brief\"><i class=\"ico ico--assets\"><\/i>Jenis Akaun di eToro<\/h2>\n<p>eToro menawarkan beberapa jenis akaun yang memenuhi keperluan pelbagai pedagang, bermula dengan akaun Peribadi yang diperuntukkan untuk pelanggan runcit. Spread forex bermula dari 1 pip, dan leveraj maksimum dihadkan kepada 1:30 (CySEC, FCA, dan lain-lain) atau 1:400 (SFSA). Akaun Profesional pula membolehkan perdagangan dengan leveraj yang lebih tinggi, tetapi membuka akaun sedemikian bergantung pada kriteria kelayakan tertentu yang sudah dipenuhi.<\/p>\n<p>Selain itu, kami juga ingin menekankan kewujudan akaun Tanpa Swap eToro yang tidak mengenakan faedah ke atas posisi terbuka dan tempoh tangguh tujuh hari sebelum yuran pentadbiran dikenakan. Broker ini juga menyediakan akaun Profesional yang sesuai untuk pelanggan korporat.<\/p>\n<p>Akhir sekali, pedagang baharu boleh bertukar antara perdagangan maya dan perdagangan langsung selepas mendaftar. Akaun Demo menyediakan dana maya dan menawarkan persekitaran tanpa risiko bagi pedagang yang ingin berlatih dan mengasah kemahiran tanpa risiko mengalami kerugian wang.<\/p>\n\n\t\t\t\t<div class=\"table\">\n\t\t\t\t\t<table class=\"table table-striped table-bordered\">\n\t\t\t\t\t\t<tr>\n\t\t\t\t\t\t\t<td style=\"width: 250px;\"><strong>Akaun Demo<\/strong><\/td>\n\t\t\t\t\t\t\t<td><img decoding=\"async\" width=\"24\" height=\"24\" src=\"\/wp-content\/themes\/best-brokers\/assets\/images\/ico-check.svg\" alt=\"Tersedia\" \/><\/td>\n\t\t\t\t\t\t<\/tr>\n\t\t\t\t\t\t<tr>\n\t\t\t\t\t\t\t<td><strong>Akaun Islamik<\/strong><\/td>\n\t\t\t\t\t\t\t<td><img decoding=\"async\" width=\"24\" height=\"24\" src=\"\/wp-content\/themes\/best-brokers\/assets\/images\/ico-check.svg\" alt=\"Tersedia\" \/><\/td>\n\t\t\t\t\t\t<\/tr>\n\t\t\t\t\t\t<tr>\n\t\t\t\t\t\t\t<td><strong>Akaun ECN<\/strong><\/td>\n\t\t\t\t\t\t\t<td><img decoding=\"async\" width=\"24\" height=\"24\" src=\"\/wp-content\/themes\/best-brokers\/assets\/images\/ico-xmark.svg\" alt=\"Tidak Tersedia\" \/><\/td>\n\t\t\t\t\t\t<\/tr>\n\t\t\t\t\t\t<tr>\n\t\t\t\t\t\t\t<td><strong>Akaun Pro<\/strong><\/td>\n\t\t\t\t\t\t\t<td><img decoding=\"async\" width=\"24\" height=\"24\" src=\"\/wp-content\/themes\/best-brokers\/assets\/images\/ico-check.svg\" alt=\"Tersedia\" \/><\/td>\n\t\t\t\t\t\t<\/tr>\n\t\t\t\t\t\t<tr>\n\t\t\t\t\t\t\t<td><strong>Akaun MAM<\/strong><\/td>\n\t\t\t\t\t\t\t<td><img decoding=\"async\" width=\"24\" height=\"24\" src=\"\/wp-content\/themes\/best-brokers\/assets\/images\/ico-xmark.svg\" alt=\"Tidak Tersedia\" \/><\/td>\n\t\t\t\t\t\t<\/tr>\n\t\t\t\t\t<\/table>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\n<h2 id=\"deposit\"><i class=\"ico ico--money-supply\"><\/i>Keperluan Deposit Minimum eToro<\/h2>\n<p>Pedagang harus ingat bahawa keperluan deposit pertama minimum eToro berbeza bergantung pada tempat tinggal seseorang. Di kebanyakan negara Eropah, termasuk UK, deposit pertama minimum ialah USD50. Jumlah yang sama terpakai kepada Taiwan, Australia, Malaysia, Singapura, AS, dan wilayah luar negara Perancis. Bagi UAE, deposit minimum yang diperlukan ialah USD100. Deposit awal sebanyak USD1,000 dikenakan ke atas mereka yang tinggal di negara seperti New Zealand, Kuwait, Isle of Man, Pulau Jersey, dan Pulau Reunion. Di beberapa negara, seperti Bulgaria dan Afrika Selatan, keperluan deposit pertama minimum ialah USD2,000, manakala warga Israel perlu mematuhi deposit pertama minimum USD10,000. Akhir sekali, pedagang dari negara yang layak tetapi tidak termasuk dalam senarai eToro tertakluk kepada minimum USD200. Deposit seterusnya mesti sekurang-kurangnya bernilai USD50, dengan pengecualian di UK (USD10) dan AS (USD1). Selain itu, deposit melalui pindahan bank mestilah sekurang-kurangnya USD500.<\/p>\n<h2 id=\"instruments\"><i class=\"ico ico--common-technical-analysis-tools\"><\/i>Apa yang Anda Boleh Dagangkan di eToro?<\/h2>\n<p>Salah satu kelebihan utama eToro ialah katalog produk miliknya. eToro adalah jenama utama dalam perdagangan sosial dan mata wang kripto, dan kebolehan platformnya dalam perdagangan forex juga menjanjikan reputasi yang baik di kalangan pedagang. Spread pasangan utama biasanya bermula daripada 1 pip dan pelanggan tidak perlu risau tentang komisen. Selain forex dan kripto, eToro juga menawarkan pasaran seperti saham, komoditi, indeks, dan ETF.<\/p>\n<h2 id=\"steps\"><i class=\"ico ico--account\"><\/i>Pendaftaran Langkah Demi Langkah di eToro &#8211; Mengambil masa kira-kira 15 minit (Akaun langsung)<\/h2>\n<p>Proses pendaftaran eToro merupakan antara yang agak panjang, tetapi jika anda mengikut langkah-langkah yang diterangkan di bawah, anda akan selesai dalam masa yang singkat. Kami juga akan menerangkan cara untuk mengesahkan akaun anda.<\/p>\n<ol class=\"list list--steps\">\n<li>Langkah pertama ialah mengklik butang Join eToro di halaman utama broker.<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/etoro-registration-1.webp\" alt=\"eToro Registration Step 1\" \/><\/li>\n<li>Seterusnya, masukkan e-mel anda dan cipta nama pengguna serta kata laluan. Terima Terma dan Dasar Privasi eToro, kemudian klik Create Account.<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/etoro-registration-2.webp\" alt=\"eToro Registration Step 2\" \/><\/li>\n<li>Apabila akaun sudah diaktifkan, anda akan diberikan posisi kripto bernilai USD10 secara percuma. Pilihannya termasuk Bitcoin, Ethereum, EOS, Ethereum Classic, Shiba Inu Coin, Dogecoin, Litecoin, Chainlink, dan Uniswap. Setelah memilih syiling pilihan anda, klik Continue.<br \/>\n<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/etoro-registration-3.webp\" alt=\"eToro Registration Step 3\" \/><\/li>\n<li>Sekarang eToro akan meminta anda memulakan proses pengesahan.<br \/>\n<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/etoro-registration-4.webp\" alt=\"eToro Registration Step 4\" \/><\/li>\n<li>Sekarang, taip nama sah anda, pilih jantina, dan masukkan tarikh lahir anda.<br \/>\n<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/etoro-registration-5.webp\" alt=\"eToro Registration Step 5\" \/><\/li>\n<li>Berikan alamat anda, sahkan sama ada negara yang dipilih adalah tempat kelahiran dan negara kewarganegaraan anda, dan nyatakan sekiranya anda berasal dari AS.<br \/>\n<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/etoro-registration-6.webp\" alt=\"eToro Registration Step 6\" \/><\/li>\n<li>Sekarang anda boleh memberikan nombor kebangsaan anda. Langkah ini adalah pilihan.<br \/>\n<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/etoro-registration-7.webp\" alt=\"eToro Registration Step 7\" \/><\/li>\n<li>Maklumkan eToro tentang pengalaman anda dalam perdagangan saham dan ETF serta jumlah wang yang anda sudah laburkan dalam dua belas bulan terakhir.<br \/>\n<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/etoro-registration-8.webp\" alt=\"eToro Registration Step 8\" \/><\/li>\n<li>Seterusnya, lakukan perkara yang sama untuk mata wang kripto.<br \/>\n<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/etoro-registration-9.webp\" alt=\"eToro Registration Step 9\" \/><\/li>\n<li>eToro juga akan bertanya sama ada anda pernah berdagang CFD sebelum ini<br \/>\n<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/etoro-registration-10.webp\" alt=\"eToro Registration Step 10\" \/><\/li>\n<li>Jika anda mempunyai ijazah dalam bidang kewangan, pernah mengikuti kursus perdagangan yang memberi tumpuan kepada produk leveraj, atau seorang ahli profesional bertauliah dalam bidang kewangan, anda boleh memilih pilihan yang berkaitan. Jika tidak, pilih \u201cNo Training\u201d dan teruskan ke langkah seterusnya.<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/etoro-registration-11.webp\" alt=\"eToro Registration Step 11\" \/><\/li>\n<li>Ini adalah permulaan peringkat penilaian. Set pertama pernyataan adalah berkaitan leveraj dan asas lain, manakala set berikutnya akan menilai pemahaman anda tentang perdagangan kripto.<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/etoro-registration-12.webp\" alt=\"eToro Registration Step 12\" \/><\/li>\n<li>Pilih tempoh masa anda akan memegang posisi.<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/etoro-registration-13.webp\" alt=\"eToro Registration Step 13\" \/><\/li>\n<li>Maklumkan eToro tentang matlamat yang anda ingin capai dengan berdagang di eToro dan jumlah wang yang anda cadang untuk depositkan. Di bahagian paling bawah, anda akan menemui maklumat tentang deposit awal minimum yang ditetapkan di rantau anda.<br \/>\n<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/etoro-registration-14.webp\" alt=\"eToro Registration Step 14\" \/><\/li>\n<li>Pilih jawapan yang paling menggambarkan toleransi risiko anda, khususnya jumlah keuntungan dan kerugian yang anda jangkakan. Sebagai contoh, memilih 20%\/-20% bermaksud anda sedia mempertaruhkan USD10,000 untuk potensi mendapatkan keuntungan sebanyak USD10,000.<br \/>\n<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/etoro-registration-15.webp\" alt=\"eToro Registration Step 15\" \/><\/li>\n<li>Halaman berikutnya bertujuan untuk menilai sama ada anda (atau ahli keluarga terdekat) adalah orang yang terdedah secara politik.<br \/>\n<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/etoro-registration-16.webp\" alt=\"eToro Registration Step 16\" \/><\/li>\n<li>Sekarang eToro akan bertanya tentang kewangan anda, iaitu sumber dana anda, pekerjaan anda, pendapatan tahunan bersih, dan simpanan anda.<br \/>\n<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/etoro-registration-17.webp\" alt=\"eToro Registration Step 17\" \/><\/li>\n<li>eToro akan meminta anda untuk memasukkan nombor telefon supaya ia boleh disahkan melalui mesej teks.<br \/>\n<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/etoro-registration-18.webp\" alt=\"eToro Registration Step 18\" \/><\/li>\n<li>Anda juga akan diminta menyediakan bukti pengenalan (POI) dengan mengambil satu atau dua foto dokumen yang layak. Ia boleh berupa pasport, lesen memandu, atau kad pengenalan. Kedua-dua bahagian hadapan dan belakang dokumen perlu dimuat naik.<br \/>\n<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/etoro-registration-19.webp\" alt=\"eToro Registration Step 19\" \/><\/li>\n<li>Penghantaran bukti alamat (POA) juga diperlukan. Dokumen POA yang sah termasuk penyata bank, penyata kad kredit, bil utiliti (elektrik, air, gas), bil cukai taksiran, surat cukai, perjanjian sewaan rasmi yang dikeluarkan kerajaan, surat daripada pihak berkuasa tempatan, bil telefon, atau bil internet. Perlu diingat bahawa mana-mana POA yang anda pilih mesti dikeluarkan dalam tempoh tiga bulan yang lalu.<br \/>\n<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/etoro-registration-20.webp\" alt=\"eToro Registration Step 20\" \/><\/li>\n<li>Akhir sekali, buka tetapan akaun anda dan sahkan e-mel anda dengan meminta kod 6 angka.<br \/>\n<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/etoro-registration-21.webp\" alt=\"eToro Registration Step 21\" \/><\/li>\n<\/ol>\n<h2 id=\"verification\"><i class=\"ico ico--approve\"><\/i>Membenarkan Perdagangan Maya &#8211; Mengambil masa kurang daripada seminit<\/h2>\n<p>Seperti yang dinyatakan, eToro juga menawarkan pilihan kepada pengguna untuk mencuba perdagangan demo menggunakan dana maya sebelum meneruskan perdagangan dengan dana sebenar.<\/p>\n<ol class=\"list list--steps\">\n<li>Selepas mendaftar, anda boleh melangkau proses pengesahan dan klik butang Switch to Virtual yang terletak di penjuru kiri bawah.<br \/>\n<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/etoro-registration-22.webp\" alt=\"eToro Registration Step 22\" \/><\/li>\n<li>Sekarang anda telah membuka tetingkap pengesahan yang memberikan gambaran ringkas tentang kegunaan mod maya. Klik butang Switch to Virtual Portfolio.<br \/>\n<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/etoro-registration-23.webp\" alt=\"eToro Registration Step 23\" \/><\/li>\n<li>Sekarang, anda sudah bersedia untuk meneroka instrumen eToro. Anda akan dapat menggunakan dana maya berjumlah USD100,000.<br \/>\n<img decoding=\"async\" class=\"aligncenter\" src=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/etoro-registration-24.webp\" alt=\"eToro Registration Step 24\" \/><\/li>\n<\/ol>\n<h2 id=\"conclusion\"><i class=\"ico ico--pen\"><\/i>Kesimpulan<\/h2>\n<p>Secara keseluruhan, pendaftaran dan pengesahan boleh mengambil masa kira-kira 15 minit. Ini termasuk mengisi semua maklumat yang diperlukan dan memuat naik dokumen yang relevan. Menurut eToro, permintaan pengesahan diproses secara automatik, tetapi pengesahan manual (apabila perlu) mungkin mengambil masa sehingga tiga hari bekerja. Jika semakan tambahan dijalankan, ini boleh memanjangkan lagi masa menunggu.<\/p>\n<p><em><br \/>\neToro adalah platform pelbagai aset yang menawarkan pelaburan dalam saham dan aset kripto, serta perdagangan CFD.<\/em><\/p>\n<p>CFD adalah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan leveraj. 61% akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang CFD dengan pembekal ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi, dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.<\/p>\n<p>Komunikasi ini bertujuan sebagai maklumat dan pendidikan sahaja, dan tidak harus dianggap sebagai nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan. Prestasi lalu bukanlah petunjuk keputusan masa depan.<\/p>\n<p>Perdagangan Salin tidak dianggap sebagai nasihat pelaburan. Nilai pelaburan anda mungkin naik atau turun. Modal anda berisiko.<\/p>\n<p>Jangan membuat pelaburan melainkan anda bersedia untuk kehilangan semua wang yang dilaburkan. Ini adalah pelaburan yang berisiko tinggi dan anda tidak seharusnya mengharapkan perlindungan sekiranya sesuatu berlaku. <a href=\"https:\/\/www.bestbrokers.com\/ms\/out\/terms\/etoro?au=130&amp;bp=1\" target=\"_blank\" rel=\"nofollow noopener\">Luangkan masa 2 minit untuk mengetahui lebih lanjut<\/a><\/p>\n<p>eToro USA LLC tidak menawarkan CFD dan tidak membuat sebarang pernyataan serta tidak menanggung liabiliti berkaitan ketepatan atau kelengkapan kandungan artikel ini yang telah disediakan oleh rakan kongsi kami menggunakan maklumat awam yang tidak khusus kepada entiti eToro.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jenis Akaun di eToro eToro menawarkan beberapa jenis akaun yang memenuhi keperluan pelbagai pedagang, bermula dengan akaun Peribadi yang diperuntukkan untuk pelanggan runcit. Spread forex bermula dari 1 pip, dan leveraj maksimum dihadkan kepada 1:30 (CySEC, FCA, dan lain-lain) atau 1:400 (SFSA). Akaun Profesional pula membolehkan perdagangan dengan leveraj yang lebih tinggi, tetapi membuka akaun [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"parent":73493,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","template":"templates\/review.php","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-73628","page","type-page","status-publish","hentry"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.bestbrokers.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/73628","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.bestbrokers.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.bestbrokers.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.bestbrokers.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.bestbrokers.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=73628"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.bestbrokers.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/73628\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":84919,"href":"https:\/\/www.bestbrokers.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/73628\/revisions\/84919"}],"up":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.bestbrokers.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/73493"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.bestbrokers.com\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=73628"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}