Ditulis oleh Emmanuel Ifeanyi
Emmanuel Ifeanyi Ekwomadu ialah seorang penulis kandungan kewangan yang pakar dalam perdagangan Forex, Saham dan Kripto. Beliau merupakan individu di sebalik kebanyakan ulasan broker yang anda akan temui di BestBrokers.com
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

BlackBull Markets ialah broker ECN sebenar yang membolehkan pelanggan membeli dan menjual lebih 26,000 instrumen kewangan merentasi pelbagai kelas aset, termasuk ekuiti, forex, komoditi, indeks, kripto, dan lain-lain. Broker ini menyediakan keadaan perdagangan yang setaraf institusi serta perkhidmatan dan sokongan pelanggan yang cemerlang.

Dalam ulasan broker ini, kami akan memberi tumpuan kepada aspek-aspek penting BlackBull Markets yang mungkin anda ingin pertimbangkan sebelum memutuskan sama ada ingin berdagang dengan firma broker dalam talian ini. Skor terkumpul BlackBull di laman web Trustpilot pada 27 Ogos 2025 ialah 4.8/5.0, ini berdasarkan 2,681 ulasan pelanggan. Daripada jumlah keseluruhan ulasan yang ditinggalkan di halaman BlackBull di laman web Trustpilot, 91% memberi broker ini skor 5 bintang, manakala 4% memberi jenama ini 1 bintang.

Ringkasan Keseluruhan BlackBull Markets
Tahun Ditubuhkan2014
Deposit Minimum$0 (ECN Standard); $2,000 (ECN Prime); $20,000 (ECN Institutional)
Instrumen Boleh DagangForex, Ekuiti, Komoditi, Kripto, Indeks, Niaga Hadapan
Buka AkaunCara Membuka Akaun di BlackBull Markets
Kos PerdaganganSpread, Yuran, dan Komisen di Blackbull Markets
Skor Trustpilot
Carta dimuatkan
Bilangan Ulasan TrustPilot
Carta dimuatkan
Lesen mengikut Tahap Pengawal Selia
Carta dimuatkan
Bilangan Pasangan FX yang Disediakan
Carta dimuatkan

Kelebihan dan Kekurangan Utama

Sebelum meneruskan, mari kita lihat secara ringkas kelebihan dan kekurangan BlackBull Markets.

Kelebihan Utama

  • Platform perdagangan lanjutan: MT4, MT5, cTrader, TradingView, BlackBull CopyTrader, BlackBull Invest
  • Pilihan sumber pendidikan yang baik
  • Pelbagai alat perdagangan yang berguna
  • Pelbagai jenis akaun dan pilihan pembiayaan
  • Akaun tanpa komisen
  • Spread yang ketat
  • Kelajuan pelaksanaan yang pantas
  • Rangkaian komunikasi elektronik (ECN)
  • Akaun Islamik tanpa swap
  • Pelaksanaan pesanan No-Dealing Desk (NDD) tanpa sebut harga semula
  • Lebih daripada 26,000 instrumen yang boleh diniagakan
  • Pasukan sokongan pelanggan yang responsif

Kekurangan Utama

  • Tiada pelanggan dari Amerika Syarikat
  • Tiada akaun dengan spread tetap
  • Deposit minimum yang tinggi untuk ECN Prime dan ECN Institutional
  • Kadar leveraj yang lebih tinggi boleh menyebabkan kerugian yang besar dengan cepat
  • Tiada Autochartist atau Trading Central

Maklumat Syarikat

2014

Asal-usul BlackBull Markets

Berpangkalan di Auckland, New Zealand, BlackBull Markets telah dilancarkan pada tahun 2014 untuk memberi pedagang akses mudah kepada pelbagai pasaran kewangan melalui platform perdagangan yang canggih — MT4, MT5, dan lain-lain — yang disediakan dalam versi desktop, web, dan mudah alih. Broker ini juga menyediakan pilihan alat perdagangan yang penting dan sumber pembelajaran yang baik, serta perkhidmatan pasukan sokongan pelanggan yang berpengetahuan. Ia beroperasi dengan model pelaksanaan ECN, menawarkan akses segera ke pasaran antara bank tanpa campur tangan meja urus niaga. Untuk mula berdagang di BlackBull Markets, pedagang mesti memenuhi keperluan deposit minimum yang berbeza mengikut jenis akaun langsung yang dibuka. Walau bagaimanapun, akaun ECN Standard tidak mempunyai ambang deposit minimum, jadi anda boleh bermula dengan jumlah serendah yang anda selesa.

2025

Broker terkenal yang memenangi anugerah

Sepanjang bertahun-tahun, BlackBull Markets telah berkembang menjadi broker ECN popular yang berkhidmat kepada ribuan pelanggan dari lebih 180 negara di seluruh dunia. Selain pejabatnya yang berpusat di New Zealand, BlackBull Markets telah membuka pejabat wakil di New York, London, Jakarta, dan Kuala Lumpur. Pelanggan mereka menikmati keadaan perdagangan setaraf institusi, seperti spread rendah yang bermula dari 0.0 pip, kelajuan pelaksanaan yang pantas, tiada yuran deposit, pelbagai jenis akaun, dan yuran perdagangan yang rendah. Menariknya, BlackBull Markets telah memenangi anugerah berprestij Deloitte Fast 50 sebanyak beberapa kali — 2018, 2019, 2021 dan 2024.

BlackBull Markets Group terdiri daripada entiti-entiti korporat berikut dengan pejabat berlesen masing-masing:

  • Black Bull Group Limited, dikawal selia oleh FMA: alamat pejabat: Level 20, 188 Quay Street, Auckland 1010, New Zealand
  • BBG Limited, dikawal selia oleh FSA: alamat pejabat: Seychelles

Perlu diberi perhatian bahawa BlackBull Markets tidak menawarkan perkhidmatan kepada penduduk di beberapa buah negara seperti Korea Utara, Rusia, Sepanyol, Amerika Syarikat, dan kawasan-kawasan lain.

Mengapa Perlu Berdagang dengan BlackBull Markets?

Sekarang, mari kami senaraikan ciri-ciri utama yang kami suka tentang BlackBull Markets.

AspekPerkara yang kami suka
PengawalseliaanBroker yang telus, dikawal selia di New Zealand dan Seychelles oleh FMA dan FSA.
Penetapan HargaSpread ECN yang rendah dan komisen yang berpatutan
PelaksanaanModel pelaksanaan ECN. Perdagangan dihantar terus melalui Rangkaian Fiber Optik Equinix, memberikan pelaksanaan yang pantas bagi setiap perdagangan.
Perdagangan26,000 instrumen kewangan merentasi pelbagai kelas aset, termasuk forex, ekuiti, komoditi, kripto, dan lain-lain.
PlatformPerdagangan yang canggih melalui platform seperti MT4, MT5, cTrader, TradingView dan platform proprietari BlackBull CopyTrader dan BlackBull Invest.
Sokongan PelangganPasukan sokongan pelanggan responsif yang bersedia 24/7 dan boleh dihubungi melalui beberapa saluran yang mudah.

Pengawalseliaan

Jenama perdagangan BlackBull Markets telah diberi kuasa dan dikawal selia di pelbagai bidang kuasa.

BlackBull Markets adalah nama dagangan bagi BlackBull Markets Group yang didaftarkan dengan New Zealand Financial Services Provider Registry (FSPR). Ia memegang lesen penerbit derivatif yang dikeluarkan oleh Financial Markets Authority (FMA). Agensi kerajaan ini bertanggungjawab mengawal selia pasaran kewangan di New Zealand.

Broker ini juga merupakan ahli skim penyelesaian pertikaian New Zealand Financial Services Complaints Limited (FSCL). FSCL adalah skim penyelesaian konflik yang menggalakkan tahap ketelusan yang tinggi, memastikan konflik diselesaikan dengan adil dan selamat.

Operasi antarabangsa BlackBull Markets turut diuruskan oleh BBG Limited yang didaftarkan dan dikawal selia oleh Financial Services Authority (FSA) Seychelles. Satu perkara yang boleh kami katakan adalah peraturan oleh FSA tidaklah setegas yang dikenakan oleh badan pengawalselia seperti FCA atau ASIC.

Pelbagai pihak berkuasa kewangan yang membentuk rejim kawal selia BlackBull Markets ditunjukkan di bawah:

BenderaRantauEntitiPihak BerkuasaLesen
New ZealandBlackBull Markets GroupFinancial Markets Authority (FMA)Nombor lesen: FSP403326
AntarabangsaBBG LimitedFinancial Services Authority (FSA)Nombor lesen: SD045

Broker ini kekurangan pengawalseliaan yang ketat dari pihak berkuasa tahap-1 seperti CFTC, ASIC, dan FCA, ini mengehadkan ketersediaan alat keselamatan tambahan untuk pedagang di luar New Zealand.

Ketiadaan peraturan CFTC bermaksud broker ini tidak menawarkan perkhidmatannya kepada penduduk Amerika Syarikat. Selain itu, ketiadaan peraturan FCA menunjukkan pelanggan yang berpangkalan di UK tidak dilindungi di bawah Financial Services Compensation Scheme (FSCS) jika broker gagal memenuhi obligasi kewangannya.

Pengawalseliaan

  • Pengawalseliaan daripada pelbagai bidang kuasa yang meningkatkan kepercayaan
  • Tiada kawal selia daripada FCA, CFTC, ASIC dan CySEC

Prosedur KYC untuk Membuka Akaun dan Membuat Deposit

Ia agak mudah untuk membuka akaun dengan BlackBull Markets. Anda boleh melengkapkan proses ini dalam masa kurang daripada 5 minit, tetapi anda mungkin perlu menunggu kira-kira 24 jam untuk akaun anda disahkan. Proses pembukaan akaun BlackBull Markets mematuhi prosedur standard industri; ia melibatkan langkah-langkah berikut:

  1. Menetapkan butiran log masuk anda: Masukkan e-mel yang sah dan kata laluan pilihan anda
  2. Mengisi borang pembukaan akaun: Isikan nama, alamat, bandar tempat tinggal, poskod, nombor telefon, dan tarikh lahir anda.
  3. Memilih jenis akaun yang dikehendaki: Pilih platform perdagangan dan jenis akaun pilihan anda (Akaun ECN Standard, ECN Prime, atau ECN Institutional).
  4. Mengesahkan status kesesuaian anda: Broker akan meminta anda mendedahkan maklumat tentang status pekerjaan, sumber pendapatan, dan pengalaman perdagangan anda. Berdasarkan maklumat yang diberikan, anda mungkin dibenarkan ke langkah seterusnya. Walau bagaimanapun, jika mana-mana maklumat yang anda berikan tidak memenuhi keperluan dalaman broker, permohonan anda mungkin ditolak.
  5. Setuju kepada terma dan syarat: Pastikan anda menandakan kotak di bahagian bawah halaman permohonan untuk menunjukkan bahawa anda bersetuju dengan Terma dan Syarat BlackBull Markets.
  6. Mendapatkan pengesahan dokumen anda: Broker akan meminta anda menyediakan gambar dokumen sebagai bukti identiti (seperti Lesen Memandu, Pasport Antarabangsa, atau kad Pengenalan Negara) dan bukti tempat tinggal (penyata akaun bank atau bil utiliti yang bertarikh kurang daripada tiga bulan).

Walaupun pembukaan akaun mungkin cepat (boleh diselesaikan dalam beberapa minit), ia mungkin mengambil masa sehingga 24 jam untuk mengesahkan akaun perdagangan anda. Apabila akaun anda disahkan, anda perlu membiayainya menggunakan mana-mana kaedah pembayaran yang disediakan sebelum anda boleh mula berdagang.

Pembukaan Akaun

  • Proses pendaftaran yang pantas (sehingga 5 minit)
  • Pendaftaran termasuk ujian kesesuaian

Jenis Akaun

Broker ini menawarkan tiga jenis akaun langsung utama: Akaun ECN Standard, Akaun ECN Prime dan Akaun ECN Institutional. Pedagang boleh memilih akaun yang paling sesuai dengan objektif perdagangan dan bajet mereka. Mari lihat pilihan akaun perdagangan yang disediakan:

ECN Standard

ECN Standard tidak mempunyai sebarang syarat kemasukan, menjadikannya pilihan sempurna untuk pedagang baharu. Ia mempunyai spread rendah yang bermula dari 0.8 pip dan leveraj sehingga 1:500. Tiada komisen dikenakan ke atas perdagangan kerana ia telah dimasukkan dalam spread. Akaun ini menggunakan model Electronic Communications Network (ECN). Ia memerlukan deposit minimum $0 dan beroperasi menggunakan pelayan Equinix NY4.

ECN Prime

Akaun Prime ialah pilihan akaun perdagangan langsung yang lebih maju di BlackBull Markets. Pedagang dikehendaki membiayai akaun dengan nilai sekurang-kurangnya $2,000 untuk mula berdagang dengan akaun ECN Prime. Akaun ini paling sesuai untuk pedagang yang mencari kelebihan kompetitif di pasaran kewangan kerana ia menyediakan pengalaman ECN sebenar, membolehkan pedagang memaksimumkan perdagangan mereka. Ia beroperasi pada pelayan Equinix NY4/LD4/TY3. Pengguna menikmati spread ketat dari 0.1 pip dan leveraj sehingga 1:500. Komisen sebanyak $3 setiap sisi ($6 setiap pusingan penuh) dikenakan pada perdagangan.

ECN Institutional

Akaun ECN Institutional adalah pilihan akaun perdagangan langsung yang canggih dan memberikan pengalaman perdagangan institusi yang bertaraf tinggi. Akaun ini memerlukan deposit minimum $20,000 dan mempunyai pilihan pelayan yang boleh disesuaikan. Ia mempunyai spread ketat bermula dari hanya 0.0 pip dan komisen $2 dikenakan pada setiap lot yang didagangkan pada setiap sisi bermakna komisen pusingan penuh ialah $4 setiap lot. Walaupun menawarkan spread terendah daripada tiga pilihan akaun, ECN Institutional kebanyakannya sesuai untuk pedagang volum tinggi.
CiriStandardPrimePrime+
SpreadDari 0.8 pipDari 0.0 pipDari 0.0 pip
Komisen
Rebat komisen
64+ pasangan FX
CFD ke atas indeks utama, komoditi, logam dan bon
Pelaksanaan ECN
Deposit minimum$0$0$0
Platform web dan desktop, MT4 serta aplikasi mudah alih
Yuran pengeluaran
Tiada requote
Perlindungan baki negatif
Pelaksanaan automatik sepenuhnya
Sokongan 24/7
Saiz kontrak berubah-ubah (serendah 1 unit)
Akaun bersama
Akaun korporat

Akaun Islamik (Tanpa Swap)

BlackBull Markets menawarkan perdagangan tanpa swap pada akaun ECN Standard dan ECN Prime. Akaun Islamik tanpa swap ini paling sesuai untuk pedagang yang tidak boleh menerima atau membayar swap atas sebab agama. Walaupun jenis akaun ini tidak mengenakan sebarang swap atau caj faedah untuk posisi semalaman, pemegang akaun mungkin dikenakan yuran pentadbiran pada posisi perdagangan.

Akaun Demo

Broker menyediakan akaun demo MT4 dan MT5 yang membolehkan pedagang menguji strategi perdagangan mereka pada pelbagai instrumen kewangan tanpa mempertaruhkan wang sebenar. Akaun demo membolehkan pedagang baharu mempelajari cara pasaran berfungsi dan juga membiasakan diri dengan platform dan alat broker.

Jenis Akaun

  • Tiga jenis akaun utama: ECN Standard, ECN Prime dan ECN Institutional
  • Akaun Islamik disediakan
  • Akaun Demo disediakan

Yuran Perdagangan dan Kos Lain

Sebagai pedagang, anda perlu sentiasa mempertimbangkan yuran perdagangan dan kos-kos lain broker sebelum memutuskan untuk berdagang dengan broker tersebut. Sama seperti broker CFD dan forex yang lain, BlackBull Markets menawarkan dua jenis yuran perdagangan, iaitu:

  • Kos perdagangan – Ini termasuk spread, komisen, dan kadar pembiayaan semalaman;
  • Kos bukan perdagangan – yuran pengurusan akaun, yuran deposit dan pengeluaran, yuran tidak aktif.

Mari kita lihat secara ringkas yuran perdagangan yang terdapat dalam BlackBull Markets.

Kos/yuranMaksuddengan Blackbull Markets
SpreadIni merujuk kepada perbezaan antara harga bida dan tawar, jadi ia dimasukkan ke dalam sebut harga. Jika spread bida-tawar tinggi, kos juga lebih tinggi.
  • ECN Standard: bermula daripada 0.8 pip
  • ECN Prime: bermula daripada 0.1 pip
  • ECN Institutional: bermula daripada 0.0 pip untuk EUR/USD.
KomisenIni merujuk kepada yuran tetap yang dibayar pada setiap posisi. Ia adalah alternatif kepada caj melalui spread.
  • Akaun ECN Standard: Tiada komisen.
  • Akaun ECN Prime: $3.0 setiap lot setiap sisi ($6 setiap pusingan penuh)
  • Akaun ECN Institutional: $2.0 setiap lot setiap sisi ($4 setiap pusingan penuh).
Caj pembiayaanIni merujuk kepada kos memegang posisi aktif semalaman.Broker tidak akan mengenakan sebarang yuran lain selain kadar swap standard.
Yuran depositIni adalah yuran yang dikenakan oleh broker untuk membiayai akaun anda.Tiada yuran deposit
Yuran pengeluaranIni adalah yuran yang dikenakan oleh broker untuk mengeluarkan wang dari akaun anda.Tiada yuran pengeluaran
Yuran tidak aktifIni adalah yuran yang dikenakan oleh broker ke atas akaun tidak aktif.Tiada yuran tidak aktif

Spread

Di BlackBull Markets, pedagang menikmati spread ECN yang rendah merentasi semua pilihan akaun langsung yang disediakan:

  • Akaun ECN Standard — Spread bermula dari 0.8 pip tanpa komisen
  • Akaun ECN Prime — Spread ECN yang rendah (mula dari 0.1 pip) dan komisen $6.0 setiap pusingan penuh.
  • Akaun ECN Institutional — Spread ECN mentah (mula dari 0.0 pip) dan komisen rendah $4 setiap lot setiap pusingan penuh.

Berikut adalah purata spread yang ditawarkan pada tiga jenis akaun untuk tiga pasangan mata wang yang paling aktif didagangkan:

InstrumenAkaun ECN StandardAkaun ECN PrimeAkaun ECN Institutional
EUR/USD1.0 pip0.3 pip0.2 pip
GBP/USD1.0 pip0.3 pip0.2 pip
USD/JPY0.9 pip0.2 pip0.1 pip

Daripada senarai di atas, kita dapat melihat purata spread pada Akaun Standard diberi tambahan sebanyak 0.7 pip untuk menampung kos perdagangan memandangkan tiada komisen dikenakan pada akaun itu.

Mari kita lihat perbandingan antara akaun ECN Standard dan ECN Prime yang menawarkan kos perdagangan yang lebih murah. Untuk ini, kita akan ambil kira perdagangan 1 Lot EUR/USD (pergerakan satu pip = $10). Kita juga akan mengandaikan perdagangan dibuka dan ditutup pada harga yang sama. Dengan mengambil kira nilai spread, kos perdagangan untuk akaun Standard dan Prime adalah seperti berikut:

Akaun ECN Standard
  • Spread – 1.0 pip
  • JUMLAH KOS – 1.0 x $10 = $10 setiap sisi dan $20 setiap pusingan penuh
Akaun ECN Prime
  • Spread – 0.3 pip
  • Kos spread – 0.3 x $10 = $3 setiap sisi dan $6 setiap pusingan penuh
  • Komisen – $3.00 setiap sisi dan $6.00 setiap pusingan penuh
  • JUMLAH KOS – $6 + $6.0 = $12 setiap pusingan penuh
Akaun ECN Institutional
  • Spread – 0.2 pip
  • Kos spread – 0.2 x $10 = $2 setiap sisi dan $4 setiap pusingan penuh
  • Komisen – $2.00 setiap sisi dan $4.00 setiap pusingan penuh
  • JUMLAH KOS – $4 + $4 = $8 setiap pusingan penuh

Daripada perbandingan di atas, boleh disimpulkan bahawa akaun ECN Prime menawarkan kos perdagangan yang lebih murah dan kos perdagangan terendah dibayar oleh pemegang akaun ECN Institutional. Ini disebabkan oleh spread yang lebih ketat dan yuran komisen yang rendah, terutamanya bagi akaun ECN Institutional.

Akhir sekali, mari bandingkan purata spread Akaun Standard BlackBull Markets dengan purata spread yang ditawarkan oleh broker utama lain untuk tiga pasangan Forex yang paling aktif.

InstrumenBlackbull MarketsIC MarketsFusion MarketsIG Markets
EUR/USD1.00.861.011.0
GBP/USD1.01.061.141.66
USD/JPY0.91.021.171.12

Jadual di atas menunjukkan spread yang ditawarkan oleh Akaun ECN Standard BlackBull Markets berada dalam julat yang hampir sama dengan spread yang ditawarkan oleh pesaingnya, seperti IC Markets dan Fusion Markets. Broker ini juga cenderung menawarkan spread yang lebih rendah pada akaun tanpa komisen berbanding akaun standard IG.

Komisen

Tiada yuran komisen dikenakan pada akaun ECN Standard; namun pada akaun ECN Prime, broker mengenakan komisen $3.0 setiap lot setiap sisi ($6 setiap pusingan penuh).

Yuran komisen pada akaun ECN Prime boleh ditafsirkan begini:

  • Perdagangan 1 Lot Standard (100,000 unit) memerlukan anda membayar komisen $6.0 untuk membuka dan menutup posisi;
  • Perdagangan 1 Lot Mini (10,000 unit) memerlukan anda membayar komisen $0.6 untuk membuka dan menutup posisi;
  • Perdagangan 1 Lot Micro (1,000 unit) memerlukan anda membayar komisen $0.06 untuk membuka dan menutup posisi.

Komisen $6 setiap pusingan penuh pada akaun Prime adalah berpatutan dan setara dengan broker lain dalam industri. Tetapi ia bukan komisen terendah dalam industri kerana ia lebih tinggi daripada $4.00 yang dikenakan oleh FXTM pada Akaun Advantage miliknya yang merupakan antara yang paling murah bagi broker runcit. Walau bagaimanapun, pedagang yang memilih untuk membuka akaun ECN Institutional akan menikmati spread yang lebih rendah dan komisen pusingan penuh yang lebih rendah, iaitu $4 setiap lot.

Spread dan Komisen

  • Spread yang tinggi untuk Akaun Standard
  • Spread yang ketat bagi akaun Prime dan Institutional
  • Tiada komisen untuk akaun Standard
  • Yuran komisen akaun Prime yang berpatutan

Caj Pembiayaan

Seperti (broker mata wang) yang lain, BlackBull Markets mengenakan swap — faedah semalaman atau rollover (yang diperoleh atau dibayar) untuk memegang posisi semalaman dalam perdagangan forex. Rakan institusi kewangan broker mengira kadar swap harian menggunakan analisis pengurusan risiko, di mana setiap pasangan mata wang mempunyai caj swap forex tersendiri, dan faedah dibayar pada mata wang yang dijual dan diterima pada mata wang yang dibeli.

Anda boleh melihat caj swap untuk posisi mata wang dengan log masuk ke platform MT4 dan mengikut langkah-langkah berikut:

  1. Cari produk anda dalam tetingkap ‘Market Watch’. Klik kanan dan pilih ‘Symbols.’
  2. Pilih produk yang ingin dilihat dari senarai. Pilih ‘Specifications’.
  3. Anda kemudiannya boleh melihat kadar swap forex untuk posisi beli dan jual.

Yuran Deposit

BlackBull Markets tidak akan mengenakan sebarang yuran deposit, sama seperti kebanyakan firma pembrokeran dalam talian yang lain. Ini adalah amalan standard untuk broker.

Yuran Pengeluaran

BlackBull Markets juga tidak akan mengenakan sebarang yuran pengeluaran pada semua pilihan pembayaran yang disediakannya. Walau bagaimanapun, pembayaran ke dan dari institusi perbankan luar negara mungkin dikenakan yuran pemindahan perantara dari mana-mana pihak, tetapi caj tersebut bukan dari BlackBull Markets.

Yuran Tidak Aktif

BlackBull Markets tidak akan mengenakan yuran tidak aktif ke atas akaun yang tidak aktif. Ini berbeza dengan kebanyakan firma kewangan yang akan mengenakan jumlah tertentu ke atas akaun perdagangan selepas tempoh tidak aktif yang lama.

Yuran Tidak Aktif

  • Tiada caj untuk akaun yang tidak aktif

Keseluruhan tentang Yuran

BlackBull Markets menawarkan spread rendah untuk jenis akaun ECN Prime dan ECN Institutional, tetapi akaun ECN Standard mempunyai spread yang ditambah. BlackBull Markets mengenakan komisen yang berpatutan. Selain itu juga, pedagang tidak dikenakan sebarang yuran tambahan selain caj pembiayaan semalaman.

Secara keseluruhan, BlackBull Markets mungkin tidak mendapat markah 100% dari segi yuran: yuran komisen $6 setiap pusingan penuh untuk akaun ECN Prime sedikit tinggi berbanding yuran pesaing seperti Fusion Markets. Walau bagaimanapun, akaun volum tinggi boleh mengurangkan lagi komisen dan tergolong antara akaun perdagangan paling mesra bajet yang boleh anda temui dalam talian.

Yuran Perdagangan dan Kos Lain

  • Spread ECN yang rendah untuk semua jenis akaun
  • Komisen yang kompetitif pada akaun ECN Prime
  • Tiada yuran tambahan selain daripada kadar swap standard
  • Tiada yuran selain bukan perdagangan
  • Komisen yang dikenakan setara dengan kadar yang ditawarkan oleh pesaing utama

Platform Perdagangan Desktop

BlackBull Markets menawarkan pilihan platform perdagangan intuitif yang baik dan boleh digunakan oleh pedagang untuk berdagang semua aset kewangan yang disediakan. Platform perdagangan ini termasuk:

MetaTrader 4

BlackBull Markets menyediakan platform MT4, platform perdagangan canggih yang diperkenalkan pada tahun 2005 oleh MetaQuotes. MT4 telah menjadi salah satu platform pilihan di kalangan pedagang forex dan CFD. Platform ini dibina dengan ciri keselamatan yang kukuh untuk memastikan keselamatan transaksi dan data anda.

Platform MT4 mempunyai antara muka pengguna yang intuitif, menjadikannya mudah untuk pelbagai pedagang menavigasi platform. Ia lengkap dengan ciri dan fungsi perdagangan penting seperti perdagangan satu klik, alat lukisan, expert advisors, carta interaktif, indikator teknikal, dan banyak lagi. Disebabkan reka bentuk MT4 yang boleh disesuaikan sepenuhnya, pedagang boleh mengkonfigurasi platform mengikut keperluan perdagangan masing-masing.

MT4 tersedia sebagai aplikasi desktop untuk komputer Windows dan Mac, versi web (WebTrader), dan aplikasi mudah alih untuk peranti Android dan iOS. MT4 WebTrader membolehkan pelanggan mengakses akaun MetaTrader 4 mereka melalui mana-mana sistem operasi (Windows, Linux, Mac). Ia menawarkan semua manfaat platform desktop MT4, dan serasi dengan pelayar web moden seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, dan Safari. Pedagang boleh menggunakan MT4 WebTrader untuk berdagang dari mana-mana peranti tanpa perlu memuat turun dan memasang aplikasi.

MetaTrader 5

Ini ialah platform perdagangan yang lebih maju dan telah diperkenalkan oleh MetaQuotes pada tahun 2010 untuk menawarkan akses kepada pelbagai aset, termasuk saham sebenar (bukan hanya CFD saham). Platform MetaTrader 5 terkenal sebagai platform pelbagai aset pilihan bagi pedagang dan pelabur di seluruh dunia. Ia membolehkan pedagang berdagang forex, CFD, instrumen yang diniagakan di bursa, saham, dan niaga hadapan.

Platform ini menawarkan carta dan alat perdagangan lanjutan serta lebih banyak pilihan untuk perdagangan automatik. Selain semua ciri MT4, platform MT5 mempunyai keupayaan yang lebih maju seperti 21 rangka masa dan sembilan jenis carta. Platform MT5 disediakan dalam versi desktop, web, dan mudah alih.

cTrader

Ini adalah platform perdagangan berkuasa yang dibangunkan oleh Spotware Systems, direka untuk memenuhi keperluan pedagang baharu dan profesional. Platform cTrader di BlackBull Markets menyediakan akses kepada pelbagai pasaran, termasuk forex, indeks, komoditi, dan CFD saham. Dikenali kerana susun aturnya yang mesra pengguna dan pelaksanaan perdagangan yang pantas, platform ini menyokong kawalan pesanan yang tepat dan pandangan pasaran yang terperinci.

Platform pihak ketiga ini merangkumi alat carta lanjutan, pelbagai jenis pesanan, dan persekitaran harga yang telus dengan kedalaman pasaran penuh. Ia juga menyokong perdagangan automatik melalui cTrader Algo, membolehkan pedagang membina dan menguji algoritma perdagangan tersuai terus dalam platform. Perdagangan satu klik, carta boleh pisah, dan navigasi intuitif menjadikannya satu pilihan menarik bagi mereka yang menghargai kelajuan dan fleksibiliti.

Platform cTrader tersedia sebagai aplikasi desktop, versi berasaskan web, dan aplikasi mudah alih, memberi kebebasan kepada pedagang untuk mengurus akaun dan perdagangan dari mana-mana peranti.

TradingView

Ini adalah platform carta dan perdagangan sosial popular yang menggabungkan alat analisis pasaran lanjutan dengan komuniti pedagang yang aktif. TradingView pada BlackBull Markets membolehkan pelanggan mengakses data masa nyata dan melaksanakan perdagangan terus melalui platform, menjadikannya sesuai untuk pedagang yang mengutamakan persekitaran visual intuitif dan alat penyelidikan terintegrasi.

Dikenali kerana struktur berasaskan awan, TradingView menawarkan carta interaktif yang berkuasa, pelbagai indikator, dan alat lukisan yang menyokong analisis teknikal terperinci. Pengguna boleh mencipta dan menguji strategi tersuai menggunakan Pine Script, iaitu bahasa skrip proprietari platform. Keupayaan untuk berkongsi idea dan mengikuti pedagang lain menjadikannya menarik bagi mereka yang menghargai kerjasama dan pandangan pasaran.

Platform TradingView boleh diakses melalui pelayar web dan aplikasi mudah alih, memberi pengalaman perdagangan yang lancar merentasi pelbagai peranti tanpa perlu memasang perisian tambahan.

BlackBull Invest

Ini ialah platform perdagangan berbilang aset dalaman broker yang direka untuk pelabur yang mencari akses ke pasaran kewangan global. BlackBull Invest membenarkan pelanggan berdagang pelbagai aset asas, termasuk saham, opsyen, ETF, bon, dan sekuriti tersenarai yang lain. Direka untuk pelabur runcit dan profesional, platform ini menyediakan persekitaran yang kukuh untuk pembinaan portfolio, pelaksanaan strategi, dan penyelidikan pasaran mendalam.

Dengan lebih 70 jenis pesanan, BlackBull Invest menyokong pengurusan perdagangan yang fleksibel merentasi pelbagai keadaan pasaran. Platform ini juga menawarkan alat analisis lanjutan, carta masa nyata, dan susun atur yang boleh disesuaikan untuk membantu pengguna memantau trend pasaran dan membuat keputusan yang bermaklumat. Tidak seperti kebanyakan broker tradisional, BlackBull Invest menawarkan akses data tanpa komisen, membolehkan pedagang melihat harga langsung tanpa kos tambahan.

Kelebihan dan Ciri-ciri Platform
  • Beribu-ribu pasaran
  • Penetapan harga peringkat II
  • Robot perdagangan
  • Sokongan VPS
  • Mudah digunakan
  • Carta yang unggul
  • Data pasaran dan berita percuma
  • Pasaran pendidikan

Perdagangan Salin dengan BlackBull Markets

BlackBull Markets menawarkan platform perdagangan salin yang khusus dan mempunyai pelbagai alat untuk menyalin perdagangan, termasuk:

BlackBull Copy Trader:

BlackBull Copy Trader ialah platform perdagangan sosial ringkas yang membolehkan pelanggan meniru perdagangan secara automatik daripada pelabur berprestasi tinggi. Sesuai untuk pedagang baharu dan berpengalaman, ia menawarkan tetapan yang mudah; pilih penyedia strategi dan peruntukkan dana. Platform memaparkan metrik prestasi masa nyata yang membolehkan ketelusan yang jelas dan keputusan yang bermaklumat.

Dengan struktur yuran yang mudah, pilihan peruntukan yang fleksibel, dan kemas kini berterusan tentang aktiviti penyedia, BlackBull Copy Trader memudahkan pedagang mengikut strategi yang telah terbukti tanpa melaksanakan perdagangan secara langsung. Disepadukan sebagai sebahagian daripada akaun perdagangan anda, BlackBull Copy Trader boleh diakses melalui web dan mudah alih, memberi kebebasan kepada pelanggan untuk menjejak atau melaraskan tetapan salinan di mana sahaja.

ZuluTrade:

ZuluTrade ialah platform perdagangan sosial peer-to-peer terkemuka dunia yang boleh digunakan untuk menyalin strategi perdagangan ribuan pedagang mata wang berdaftar dari 192 negara. ZuluTrade menawarkan algoritma penilaian prestasi yang dikenali sebagai Zulurank; ia boleh digabungkan dengan maklum balas daripada komuniti perdagangan sosial untuk membantu pelanggan BlackBull Markets menyesuaikan perdagangan mengikut keutamaan dan toleransi risiko mereka.

Myfxbook:

Ini ialah salah satu laman web perdagangan sosial utama; ia membolehkan pengguna berkongsi, menganalisis, menjejak, dan membandingkan aktiviti perdagangan mereka. Pedagang BlackBull Markets boleh menggunakan Myfxbook untuk menyediakan perdagangan auto bagi mengikut pedagang yang dipercayai mempunyai kelebihan dalam perdagangan. Mereka juga boleh menggunakan alat salin perdagangan ini untuk menetapkan diri sebagai pedagang utama dalam rangkaian perdagangan automatik. Myfxbook dibina dengan antara muka pengguna yang intuitif, menjadikannya mudah untuk digunakan oleh pedagang dari semua peringkat. Menariknya, BlackBull Markets bekerjasama dengan Myfxbook; oleh itu, program MetaTrader 4 broker ini diintegrasikan sepenuhnya dengan sistem Myfxbook, membolehkan pelanggan mendaftar akaun Myfxbook dan memautkannya ke Akaun BlackBull Markets mereka. Beberapa kelebihan utama Myfxbook termasuk:

  • Antara muka yang inovatif dan intuitif untuk memastikan pedagang sentiasa dikemas kini dengan pasaran
  • Rekod kecekapan untuk Money Managers
  • Komuniti Myfxbook
  • Pelbagai susunan carta
  • Menyokong perdagangan automatik
  • Membenarkan penyesuaian perdagangan
  • Keupayaan pelaksanaan pesanan yang tinggi

Platform Desktop

  • Perdagangan MT4/MT5 disediakan
  • Pelbagai alat perdagangan lanjutan disediakan
  • Perdagangan salin disediakan melalui BlackBull CopyTrader, Myfxbook Autotrade, dan ZuluTrade

Platform Perdagangan Mudah Alih

BlackBull Markets menyediakan versi mudah alih bagi semua platform perdagangan yang disokong, membolehkan pedagang berdagang dengan mudah di mana jua mereka berada. Aplikasi mudah alih ini serasi dengan peranti Android dan iOS dan boleh dimuat turun dari kedai aplikasi masing-masing. Tawaran mudah alih termasuk:

  • Aplikasi proprietari: BlackBull SCA App (Secure Client Area untuk mengurus akaun), BlackBull Invest (untuk pelaburan jangka panjang dalam saham dan ETF), dan BlackBull CopyTrader (untuk menyalin perdagangan).
  • Platform pihak ketiga yang popular: cTrader, TradingView, MetaTrader 4 (MT4), dan MetaTrader 5 (MT5).

Aplikasi mudah alih ini menyediakan fungsi penuh termasuk carta lanjutan, pelaksanaan pesanan yang pantas, pelbagai jenis pesanan, alat analisis teknikal, dan akses yang lancar kepada beribu-ribu instrumen boleh dagang. Pakej ini memastikan pedagang mempunyai pengalaman perdagangan yang bertaraf institusi pada telefon pintar dan tablet, membolehkan pengurusan akaun dan perdagangan di mana sahaja tempat yang mempunyai sambungan internet.

Aplikasi MT4 dan MT5 untuk Android memerlukan Android 5.0 atau versi terkini, manakala aplikasi iOS memerlukan iOS 12.0 atau versi terkini.

Platform Perdagangan Mudah Alih BlackBull Markets
AndroidiOS
Keperluan Sistem MinimumAndroid 5.0 dan ke atasiOS 12.0 atau terkini
Rating PenggunaT/BT/B
Ulasan PenggunaT/BT/B
Bahasa DisokongInggeris, Arab, Czech, Perancis, Jerman, Greek, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Melayu, Poland, Portugis, Rusia, Serbia, Cina Ringkas, Slovak, Slovenia, Sepanyol, Thai, Turki, VietnamInggeris, Arab, Czech, Perancis, Jerman, Greek, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Melayu, Poland, Portugis, Rusia, Serbia, Cina Ringkas, Slovak, Slovenia, Sepanyol, Thai, Turki, Vietnam
Pasangan Forex60+60+
Aset Boleh Dagang LainCFD pada Saham, Indeks, Komoditi dan KriptoCFD pada Saham, Indeks, Komoditi, dan Kripto
Ciri-ciri4 jenis carta, 5 pilihan paparan carta, 8 lukisan carta, 65 indikator teknikal yang popular, peringatan automatik dan e-mel, senarai pautauan simbol4 jenis carta, 5 pilihan paparan carta, 8 lukisan carta, 65 indikator teknikal yang popular, peringatan automatik dan e-mel, senarai pantauan simbol
Pengesahan BiometrikYaYa
Pengesahan 2 FaktorYaYa

Perdagangan Mudah Alih

  • Aplikasi mudah alih pihak ketiga untuk platform perdagangan MT4 dan MT5 disediakan
  • Aplikasi menawarkan semua fungsi versi platform desktop
  • Aplikasi mudah alih serasi dengan peranti Android dan iOS

Instrumen Perdagangan

BlackBull Markets menawarkan pilihan lebih 26,000 aset boleh dagang yang merangkumi 64+ pasangan mata wang, indeks dari pasaran utama, logam berharga seperti emas dan perak, dan komoditi termasuk tenaga, gas, dan minyak. Pilihan aset kewangan yang disediakan setanding dengan (broker besar) lain seperti IC Markets dan Fusion Markets.

Kelas AsetBlackbull MarketsIC MarketsFusion Markets
Forex64+Memuaskan6179
Indeks16+Baik2311
CFD Saham1,800+Terbaik1,600+100+
Komoditi10+Memuaskan2216
Logam Berharga9Okey49
Tenaga2Okey33
Kripto20Okey2213
Niaga Hadapan16Okey40
Opsyen0T/B00

Dalam bahagian ini, kita akan melihat pelbagai instrumen kewangan yang disediakan di BlackBull Markets dengan lebih dekat.

Forex

BlackBull Markets menawarkan akses kepada pasaran forex global yang paling cair, menawarkan lebih 64 pasangan forex utama, minor, dan eksotik. Melalui kolam kecairan forex yang mendalam, broker ini menyediakan keadaan perdagangan yang setaraf institusi.

Di BlackBull Markets, perdagangan Forex disediakan pada platform MT4, MT5, TradingView, cTrader, dan BlackBull CopyTrader. Pedagang juga boleh berlatih perdagangan Forex pada pilihan akaun demo yang disediakan untuk semua pelanggan broker. BlackBull Markets menawarkan spread institusi dengan kos rendah kepada pedagang runcit Forex, dengan spread pada akaun ECN Prime bermula dari 0.1 pip. Purata kelajuan pelaksanaan ialah 20ms. Pedagang boleh membuka akaun ECN Standard dengan jumlah deposit serendah yang mereka selesa, dan terdapat leveraj yang fleksibel sehingga 1:500.

Mata Wang Kripto

Perdagangan mata wang kripto disediakan di BlackBull Markets melalui CFD, bukan melalui perdagangan aset asas (contohnya perdagangan Bitcoin). Ini bermakna anda boleh membuat spekulasi ke atas turun naik harga aset kripto tanpa memilikinya. Senarai CFD kripto yang disokong termasuk Bitcoin, Ethereum, Solana, Ripple, dan banyak altcoin lain. Leveraj juga disediakan, membolehkan pedagang kripto membuka posisi dengan leveraj sehingga 1:100.

Indeks

BlackBull Markets menyediakan pelbagai CFD indeks, membolehkan pedagang mengakses indeks global utama seperti S&P 500, NASDAQ 100, FTSE 100, DAX 40, dan lain-lain. Instrumen ini menawarkan pendedahan kepada seluruh pasaran melalui satu perdagangan, dengan pilihan untuk ambil posisi beli atau jual dan menggunakan leveraj. CFD indeks disediakan dengan spread ketat dan pelaksanaan pantas pada platform MetaTrader. BlackBull Markets pada masa ini tidak menawarkan pelaburan langsung dalam indeks selain daripada perdagangan CFD.

CFD Ekuiti

BlackBull Markets menawarkan akses kepada lebih 1,800 CFD saham, merangkumi syarikat utama dari AS, UK, Eropah, dan Asia. Pedagang boleh membuat spekulasi ke atas pergerakan harga tanpa memiliki saham asas, dengan fleksibiliti untuk ambil posisi beli atau jual dan menggunakan leveraj. CFD saham disediakan melalui platform MT4, MT5, dan cTrader dengan spread kompetitif dan penetapan harga masa nyata. Untuk pelabur yang ingin membeli dan menjual saham sebenar, BlackBull juga menawarkan perdagangan saham langsung melalui platform BlackBull Invest tanpa menggunakan CFD.

Komoditi

Broker ini membolehkan anda berdagang komoditi kegemaran anda, termasuk emas dan perak, minyak mentah, gas asli, dan tanaman komersial seperti gula dan kacang soya. Pasaran komoditi memberikan cara kepada pedagang untuk mempelbagaikan portfolio perdagangan mereka, dan broker ini membolehkan perdagangan pasaran dengan leveraj sehingga 1:500. Perdagangan komoditi dengan BlackBull Markets disediakan pada platform MT4 dan MT5.

Tenaga

BlackBull Markets membolehkan anda berdagang pasaran tenaga melalui platform MT4 dan MT5 dengan model harga kos rendah dan leveraj yang fleksibel. Pelanggan BlackBull Markets dibenarkan untuk berdagang CFD merentasi komoditi tenaga, termasuk minyak mentah, gas asli, petrol, dan minyak pemanas. Ini membolehkan mereka mendapat manfaat daripada turun naik harga komoditi tersebut. Komoditi tenaga adalah penting kepada ekonomi moden dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk peristiwa geopolitik yang besar.

Logam Berharga

Dengan BlackBull Markets, Emas dan Perak boleh didagangkan pada harga spotnya atau melalui niaga hadapan. Broker membolehkan pedagang mendapat manfaat daripada pasaran logam berharga dengan menawarkan CFD dalam pelbagai logam yang boleh digunakan pedagang untuk membuat spekulasi ke atas pergerakan harga atau lindung nilai terhadap inflasi.

Dengan akaun BlackBull Markets MT4 atau MT5, pedagang boleh membuka perdagangan jangka pendek atau jangka panjang dalam emas dan perak dengan mudah. Mereka juga boleh berdagang pada kedua-dua arah beli dan jual serta boleh melindungi posisi mereka mengikut kehendak.

Niaga Hadapan

BlackBull Markets menawarkan rangkaian instrumen niaga hadapan melalui MT4, MT5, cTrader, dan platform pihak ketiga dan dalaman yang lain. Pedagang boleh mengakses CFD niaga hadapan pada indeks global, komoditi, dan tenaga. Contoh termasuk US Dollar Index, WTI Crude Oil, dan S&P 500. Kontrak ini membolehkan perdagangan spekulatif tanpa memiliki aset asas. Platform MT5 menyediakan carta lanjutan dan pelaksanaan pantas, menjadikannya sesuai untuk pedagang niaga hadapan yang mencari fleksibiliti dan ketepatan.

Instrumen yang Didagangkan

  • Kepelbagaian kelas aset yang boleh didagangkan
  • Perdagangan dengan leveraj bagi pelbagai instrumen
  • Perdagangan mata wang kripto tidak dibenarkan
  • Tiada CFD opsyen yang disediakan

Pelaksanaan Perdagangan

BlackBull Markets menggunakan model pelaksanaan ECN tanpa campur tangan meja urus niaga. Model pelaksanaan ECN yang digunakan oleh BlackBull Markets dalam semua tawaran akaun mereka menawarkan sebut harga langsung dengan spread mentah antara pasaran bank. Pesanan perdagangan dihantar terus ke pasaran antara bank. Kecairan ECN adalah teras kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh BlackBull Markets; ia menghubungkan pelanggan terus ke pasaran. Apabila digabungkan dengan sistem pengagregetan broker, ECN memastikan penyedia kecairan bersaing secara langsung untuk memberi pelanggan pengalaman perdagangan yang terbaik.

Manfaat lain kecairan ECN BlackBull Markets termasuk:

  • Kedalaman pasaran yang tiada tandingan (sehingga 100 lot bagi setiap klik pada leveraj 1:500)
  • Spread yang sangat rendah (dari 0.0 pip)
  • Kadar gelinciran harga dan kegagalan pelaksanaan yang rendah

Selain itu, pelbagai penyelesaian fintech yang digunakan oleh broker ini, termasuk perisian pengagregatan pesanan perdagangan dalaman proprietari, memastikan penyedia kecairan dengan kos paling murah memproses setiap perdagangan dalam sistem broker pada setiap masa.

Pelayan perdagangan utama broker ini terletak di pusat data Equinix global dalam ekosistem perdagangan elektronik berbilang aset yang terbesar di dunia. Broker ini mempunyai pelayan perdagangan di lima lokasi strategik: New York, London, Tokyo, Shanghai, dan Hong Kong.

Pelaksanaan Perdagangan

  • Pelaksanaan ECN tanpa campur tangan meja urus niaga
  • Kelajuan pelaksanaan yang sangat pantas
  • Akses langsung kepada pelbagai penyedia kecairan teratas

Deposit

BlackBull Markets menyokong pelbagai kaedah deposit untuk membolehkan pedagang membiayai akaun mereka dengan mudah. Broker membenarkan pedagang membiayai akaun perdagangan mereka dalam pelbagai mata wang. Ini menghalang pedagang daripada membayar yuran penukaran mata wang yang mahal.

Kaedah pembayaran berikut disediakan di BlackBull Markets untuk deposit akaun: pemindahan bank, kad kredit, dan pelbagai pemproses pembayaran elektronik. Masa pemprosesan transaksi mungkin berbeza bergantung pada kaedah pembayaran yang digunakan. Sebagai contoh, beberapa kaedah pembayaran seperti kad kredit dan pemproses pembayaran dalam talian diproses dengan segera, manakala pindahan bank mungkin mengambil masa beberapa hari untuk diproses.

Jumlah deposit minimum bergantung pada penyelesaian pembayaran yang digunakan, tetapi kebanyakan kaedah menyokong deposit minimum $50. Jenis akaun yang digunakan untuk berdagang juga menentukan jumlah yang perlu anda depositkan. Untuk mula berdagang secara langsung dengan akaun ECN Standard, anda boleh membuat deposit mengikut jumlah yang anda mahu, manakala deposit minimum untuk akaun ECN Prime bermula pada $2,000. Pada masa yang sama, akaun institusi memerlukan deposit minimum $20,000. Broker ini tidak mengenakan sebarang yuran deposit, dan membenarkan pelanggannya membuka akaun dan deposit dana dalam pelbagai mata wang asas.

BlackBull Markets tidak menerima pembayaran pihak ketiga, jadi semua dana yang didepositkan ke akaun perdagangan anda mesti berada di bawah nama yang sama seperti akaun perdagangan BlackBull Markets anda. Pembayaran daripada akaun bank bersama atau kad kredit mungkin diterima jika pemegang akaun perdagangan itu adalah salah seorang penerima manfaat.

Pilihan kaedah deposit broker adalah pelbagai dan termasuk yang berikut:

KaedahMasa Pemprosesan
BPAY1-2 hari
POLi PaymentsSegera
Kad Kredit/DebitSegera
JCBSegera
NetellerSegera
China Union PaySegera
SkrillSegera
AstroPaySegera
Pindahan BankSegera
FasaPaySegera
Pindahan Wayar Bank Segera ThailandSegera

Kaedah Deposit

  • Deposit minimum $0 pada ECN Standard
  • Pelbagai mata wang asas
  • Tiada yuran deposit dikenakan
  • Pilihan kaedah pembayaran yang baik
  • Tiada bonus tanpa deposit yang diberikan

Kaedah Pengeluaran

Pelanggan boleh mengeluarkan dana secara dalam talian dengan log masuk ke portal pelanggan BlackBull Markets yang selamat dan memilih tab withdraw dari menu. Setelah pedagang log masuk ke portal pelanggan yang selamat, mereka boleh memilih pilihan pembayaran yang paling sesuai untuk deposit dan pengeluaran akaun. Walaupun semua kaedah deposit yang disediakan (pindahan bank, kad kredit/debit, dan pelbagai pemproses pembayaran elektronik) juga disediakan untuk pengeluaran, pengeluaran mesti dibuat menggunakan kaedah yang sama anda gunakan semasa membuat deposit. Contohnya, pengeluaran kad debit/kredit hanya boleh digunakan untuk akaun yang membuat deposit menggunakan kad debit/kredit.

BlackBull Markets tidak mengenakan sebarang yuran dalaman untuk deposit atau pengeluaran. Namun, penting untuk ambil perhatian bahawa beberapa pembayaran ke dan dari institusi perbankan luar negara mungkin mengenakan yuran pemindahan perantara dari mana-mana pihak yang tiada kaitan dengan BlackBull Markets.

Disebabkan undang-undang AML/CTF, BlackBull Markets tidak dapat mengeluarkan dana ke pihak ketiga. Oleh itu, semua wang yang dikeluarkan dari akaun anda mesti dimasukkan ke akaun bank atas nama yang sama seperti akaun perdagangan BlackBull Markets anda.

Kaedah Pengeluaran

  • Tiada yuran pengeluaran untuk kebanyakan kaedah pembayaran, kecuali untuk pemindahan bank antarabangsa.
  • Tiada pengeluaran pihak ketiga
  • Pemprosesan permohonan pengeluaran yang tepat pada masanya

Maklumat Perhubungan Sokongan Pelanggan

BlackBull Markets mempunyai pasukan sokongan pelanggan yang berpengetahuan, sopan, dan sangat responsif terhadap masalah pelanggan. Pasukan sokongan tersedia 24 jam sehari dan lima hari seminggu — dari Isnin hingga Jumaat. Anda boleh menghubungi pasukan sokongan melalui mana-mana saluran berikut, termasuk yang berikut:

Sokongan pelangganTersediaMaklum Balas
Sembang Langsung24/6Kurang daripada 30 saat
Telefon24/5Dalam beberapa minit
E-mel24/5Dalam beberapa jam
WhatsApp24/5Kurang daripada seminit
Soalan Lazim (FAQ)24/7Boleh didapati terus di laman web
  1. Sembang Langsung: Saluran cekap ini membolehkan anda bersembang terus dengan pasukan sokongan broker secara langsung. Saluran ini boleh didapati di sudut kanan bawah pada laman web broker. Setelah mengklik ikon Sembang Langsung, anda akan diminta untuk mengisi nama dan alamat e-mel. Seterusnya, taip mesej anda dalam kotak besar untuk berinteraksi dengan pasukan sokongan pelanggan secara langsung.
  2. Telefon: Anda juga boleh menghubungi pasukan sokongan broker di New Zealand melalui telefon dari pukul 9 pagi hingga 5 petang, Isnin – Jumaat melalui nombor telefon yang dipaparkan di halaman sokongan mereka:
    New Zealand: (+64) 9 558 5142
  3. E-mel: Anda boleh menghantar pertanyaan khusus kepada alamat e-mel sokongan: support@blackbullmarkets.com
    Pasukan sokongan broker tersedia 24/5 untuk menjawab pertanyaan pelanggan melalui e-mel.
    Selain saluran perhubungan di atas, anda boleh menemui jawapan kepada soalan lazim di halaman Sokongan broker
  4. WhatsApp: BlackBull Markets menyokong aplikasi pemesejan percuma melalui WhatsApp, membolehkan satu lagi saluran komunikasi untuk pelanggan mereka. Pelanggan boleh menghantar mesej teks dan suara, membuat panggilan suara dan video, serta berkongsi imej, dokumen, dan media lain.
  5. Client Support: Ini ialah senarai komprehensif Soalan Lazim. Ia merangkumi soalan paling lazim ditanya oleh pedagang dan jawapan terperincinya. FAQ merangkumi pelbagai topik, termasuk pengurusan akaun, deposit/pengeluaran, syarat perdagangan, perubahan waktu perdagangan, keselamatan dana, MetaTrader 4, dan maklumat syarikat. Untuk melihat bahagian FAQ, navigasi sahaja ke “Support” di bahagian atas laman web broker.

Maklumat sokongan

  • Pengalaman sembang langsung amat memuaskan
  • Bahagian soalan lazim (FAQ) yang terperinci
  • Sokongan e-mel disediakan

Bahan Penyelidikan dan Pendidikan

Broker menyediakan pilihan sumber pembelajaran yang baik untuk membantu pedagang memahami cara pasaran berfungsi. Sumber pembelajaran yang disediakan di BlackBull Markets termasuk:

  1. Akademi Perdagangan yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan, seperti artikel pembelajaran, panduan perdagangan, dan banyak lagi
  2. Glosari yang memaparkan pelbagai istilah perdagangan dan penjelasan terperincinya.
  3. Tutorial video tentang pelbagai topik perdagangan. Video tutorial yang menawarkan panduan visual tentang cara berdagang dengan broker.
  4. Kalendar Ekonomi yang menunjukkan jadual peristiwa pasaran akan datang dan jangkaan kesannya terhadap pasaran kewangan. Dengan kalendar ekonomi, pedagang boleh mengetahui perkara yang menggerakkan pasaran dan waktu pasaran mungkin bergerak dengan ketara berdasarkan peristiwa berita yang dijangka. Ini membolehkan mereka merancang perdagangan berdasarkan keluaran data ekonomi akan datang dan peristiwa pasaran dari seluruh dunia.
  5. Bahagian blog yang komprehensif dipenuhi dengan pelbagai artikel perdagangan, ulasan pasaran, dan analisis pakar. Bahagian blog ini dipenuhi dengan sumber pendidikan yang direka untuk memastikan pedagang sedar tentang peristiwa yang berlaku di pasaran kewangan. Artikel baharu dimuat naik secara berkala, manakala artikel lama sering dikemas kini dari semasa ke semasa.
  6. E-buku mengenai pelbagai topik perdagangan

Penyelidikan dan Pendidikan

  • Kandungan pendidikan yang berkualiti
  • Beberapa tutorial video
  • Bahagian pendidikan BlackBull Markets
  • Kalendar ekonomi
  • Glosari dan bahagian blog

Keselamatan dan Jaminan Wang

Di bestbrokers.com, kami komited untuk memastikan pedagang hanya berdagang dengan broker dalam talian yang dikawal selia, dan BlackBull Markets adalah salah satu daripadanya. Penemuan utama kami termasuk:

  • Beberapa tahun sejarah dalam perniagaan dan inovasi
  • Broker yang pernah memenangi anugerah

Untuk memastikan ia tidak menggunakan dana pelanggan dalam menjalankan operasinya, broker ini menyimpan dana pelanggan dengan selamat dalam akaun berasingan ANZ Bank di New Zealand. Dengan cara ini, dana pelanggan disimpan dengan selamat walaupun broker muflis.

Oleh kerana BlackBull Markets didaftarkan dengan New Zealand Financial Services Provider Registry (FSPR) dan merupakan ahli dalam skim penyelesaian pertikaian New Zealand Financial Services Complaints Limited (FSCL), ia mematuhi peraturan etika broker. Broker ini dikawal selia oleh Financial Markets Authority — agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengawal selia pasaran kewangan di New Zealand.

Walau bagaimanapun, broker ini kurang pengawalseliaan yang ketat dari pihak berkuasa peringkat atas, seperti FCA, CFTC, atau ASIC. Ini boleh menjadi petanda amaran kepada ramai bakal pedagang. Namun begitu, broker ini mengekalkan dasar Anti-Money Laundering (AML) / Counter Financing of Terrorism (CFT) yang ketat untuk memastikan ia mematuhi amalan terbaik antarabangsa.

EntitiPengawal SeliaAmaun dilindugiPerlindungan Baki Negatif
BlackBull Markets GroupFinancial Markets Authority (FMA)T/B
BBG LimitedFinancial Services Authority (FSA)T/B

Keselamatan dana

  • Dikawal selia di pelbagai bidang kuasa
  • Tiada pengawalseliaan Tahap 1

Kesimpulan

Kesimpulannya, kami di BestBrokers.com berpendapat BlackBull Markets menawarkan beberapa keadaan terbaik untuk perdagangan forex berbanding broker dalam industri yang lain. Sebab kami membuat penilaian ini termasuk:

  • Kos perdagangan yang kompetitif merentasi ketiga-tiga akaun perdagangan langsung
  • Kecairan yang mencukupi
  • Leveraj yang fleksibel
  • Teknologi perdagangan yang boleh dipercayai
  • Pelaksanaan perdagangan yang pantas melalui semua platform yang disokong
  • Khidmat sokongan pelanggan yang pernah memenangi anugerah
  • Pendidikan percuma untuk mengasah kemahiran anda
  • Berlesen sepenuhnya, beroperasi sejak tahun 2014

Keseluruhan

  • Model ECN membawa kepada pelaksanaan pesanan yang pantas dan meningkatkan kepercayaan pelanggan
  • Kos perdagangan yang kompetitif
  • Tiada kos tambahan selain daripada kos perdagangan
  • Platform perdagangan yang canggih seperti MT4, MT5, cTrader, TradingView serta alat perdagangan salin
  • Lebih daripada 26,000 aset kewangan
Ditulis oleh E. Ifeanyi | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal