Laman Utama » Broker Forex Terbaik pada 2026 » Broker Forex untuk Perdagangan Harian

Broker Forex untuk Perdagangan Harian

Ditulis oleh Naylyan Nazifova Naylyan Nazifova
Naylyan Nazifova - Author at BestBrokers.comNaylyan Nazifova ialah Financial Research and Platform Testing Analyst di BestBrokers.com yang bertanggungjawab mengulas dan menguji broker dalam talian merentas forex, saham, pelaburan, dan kewangan peribadi. Pengalaman beliau dalam kandungan dagangan dalam talian dan analisis broker membantu pembaca memahami prestasi platform secara praktikal, bermula daripada alat dagangan dan yuran sehinggalah kemudahan penggunaan dan kesesuaian untuk pelabur.
, | Editor Pakar Eugene Lee, CFA Eugene Lee, CFA
Eugene Lee, CFA - Author at BestBrokers.comEugene Lee, CFA, ialah Head of Research di BestBrokers.com. Beliau memanfaatkan pengalaman lebih dua dekad dalam pasaran global, pengurusan portfolio, derivatif, dan analisis fintech untuk menilai broker dalam talian. Latar belakang beliau dalam pelaburan institusi dan penyelidikan kuantitatif membantu memastikan ulasan broker sentiasa berasaskan data, penilaian risiko, dan keadaan dagangan yang praktikal.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal Shakirah Manijal
Shakirah Manijal - Author at BestBrokers.comShakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Pasaran forex meyokong pelbagai jenis strategi perdagangan, bermula daripada scalping posisi jangka panjang sehingga jangka pendek. Salah satu strategi yang sangat popular ialah perdagangan harian di mana pedagang membuka dan menutup posisi dalam sesi perdagangan yang sama. Berbeza dengan pedagang swing yang boleh mengekalkan posisi terbuka selama beberapa hari, pedagang harian secara amnya ingin mengehadkan pendedahan semalaman, namun mengekalkan posisi selepas masa tutup harian bukanlah sesuatu yang luar biasa jika situasi perdagangan dianggap sesuai.

Memandangkan perdagangan harian bergantung pada pelaksanaan yang pantas dan spread yang ketat, pemilihan broker memberi kesan yang sangat besar terhadap hasil perdagangan. Broker-broker forex berikut menawarkan keadaan perdagangan yang kompetitif untuk pedagang harian.

1Plus500 US logoPlus500 US
Rating: 4.2 ⭐
Kandungan ini hanya terpakai kepada Plus500 US dan pelanggan dari Amerika Syarikat. Perdagangan niaga hadapan melibatkan risiko kerugian.
Penilaian Tertinggi
2eToro logoeToro
Rating: 4.2 ⭐
52% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
3Fusion Markets logoFusion Markets
Rating: 4.8 ⭐
74-89% daripada akaun CFD pelabur runcit kehilangan wang
4FP Markets logoFP Markets
Rating: 4.9 ⭐
73.33% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
5BlackBull Markets logoBlackBull Markets
Rating: 4.8 ⭐
Perdagangan produk berleveraj adalah berisiko
6Global Prime logoGlobal Prime
Rating: 4.7 ⭐
74-89% daripada akaun CFD runcit kehilangan wang
7Pepperstone logoPepperstone
Rating: 4.4 ⭐
73.7% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang
8Admirals logoAdmirals
Rating: 3.8 ⭐
73% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
9ActivTrades logoActivTrades
Rating: 3.9 ⭐
71% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang

Kedudukan 9 Broker Teratas untuk Perdagangan Harian Mengikut Skor Trustpilot

9 Broker forex Teratas untuk Perdagangan Harian

  1. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Fusion Markets menawarkan akses kepada lebih 90 pasangan mata wang dan kelas aset yang lain. Dengan pelaksanaan ultra pantas purata 37ms, pedagang harian boleh memasuki dan keluar posisi dengan cekap untuk menangkap pergerakan harga kecil. Pemegang akaun Classic hanya membayar komisen sifar bagi setiap perdagangan, manakala pedagang Akaun Zero akan membayar komisen pusingan penuh yang kecil sebanyak $4.50 sebagai pertukaran untuk spread rendah yang mungkin bermula dari 0.0 pip.

    Pedagang boleh melaksanakan pesanan pada MetaTrader 4 dan 5, menggunakan carta lanjutan, perdagangan satu klik, dan strategi automatik untuk mengoptimumkan prestasi perdagangan harian. Kecairan mendalam daripada penyedia kecairan utama membantu meminimumkan gelinciran harga walaupun semasa sesi volatiliti tinggi, menjadikan broker ini sesuai untuk scalping dan strategi jangka pendek.

    Gleneagle Asset Management Limited (ABN 29 103 162 278) yang beroperasi sebagai Fusion Markets, adalah penerbit Produk Fusion Markets yang diterangkan dalam komunikasi ini. Perdagangan dalam Produk Fusion Markets melibatkan potensi keuntungan serta risiko kerugian yang mungkin melebihi jumlah deposit awal anda dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Anda harus membaca dengan teliti semua Terma Perkhidmatan Produk Kewangan ini, Kenyataan Pendedahan Produk (PDS) dan Panduan Perkhidmatan Kewangan (disediakan di laman web kami), mempertimbangkan keadaan kewangan, keperluan dan objektif anda sendiri untuk melabur dalam Produk Fusion Markets ini dan mendapatkan nasihat kewangan bebas.
  2. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    FP Markets menawarkan CFD pada lebih daripada 70 pasangan mata wang yang boleh didagangkan di platform MT4, MT5, cTrader dan TradingView – menyokong pelbagai pesanan intrahari dengan alat carta yang canggih dan perdagangan satu klik.

    Akaun Standard menawarkan spread sekitar 1.0 pip tanpa komisen, manakala akaun Raw bermula daripada 0.0 pip dengan komisen pusingan penuh $6. Sementara itu, pelaksanaan yang pantas dan kecairan mendalam membantu meminimumkan gelinciran harga walaupun semasa sesi perdagangan yang mempunyai volatiliti tinggi, menjadikannya sesuai untuk scalping dan strategi jangka pendek.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan leveraj. 73.33% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko yang tinggi kehilangan wang anda.
  3. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    BlackBull Markets yang ditubuhkan pada tahun 2014 di New Zealand ini menyediakan akses kepada pasangan forex, komoditi, indeks dan CFD.

    Dengan akaun ECN Standard dan ECN Prime yang menawarkan spread mentah, bermula dari 0.0 pip dan pelaksanaan yang sangat pantas, BlackBull Markets direka untuk membantu pedagang aktif membuat pesanan yang banyak dengan gelinciran harga yang minimum. Selain itu, pedagang boleh memilih antara platform MT4, MT5 dan TradingView yang dilengkapi dengan alat carta dan analisis yang canggih untuk menyokong strategi masuk dan keluar yang tepat. Kecairan mendalam daripada penyedia utama menyokong strategi scalping serta jangka pendek, dan leveraj yang tinggi disediakan untuk jenis akaun yang layak.

  4. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Pepperstone menawarkan lebih daripada 90 pasangan mata wang utama, minor dan eksotik dengan spread ketat, komisen rendah dan purata kelajuan pelaksanaan 30 ms.

    Pepperstone juga menawarkan program khas Active Trader dengan faedah berdasarkan volum untuk pedagang yang aktif. Pedagang forex yang memohon program Active Trader layak menerima rebat atas perdagangan mereka dengan kadar rebat yang meningkat pada tahap volum yang lebih tinggi. Pedagang boleh melaksanakan perdagangan pada MetaTrader 4, MetaTrader 5, TradingView dan cTrader, memanfaatkan carta lanjutan, perdagangan satu klik dan strategi automatik. Kecairan mendalam daripada penyedia utama membantu meminimumkan gelinciran harga, menyokong pelaksanaan pesanan yang tepat semasa keadaan pasaran yang tidak menentu.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kerugian wang dengan cepat disebabkan leveraj. 73.7% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kerugian wang anda.
  5. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    eToro menawarkan pelaksanaan yang pantas dan platform proprietari dengan akses kepada lebih 40 pasangan mata wang. Pedagang juga boleh mendapat akses ke komuniti perdagangan yang mempunyai ahli seramai 30 juta yang membolehkan mereka berkongsi strategi. Perisian perdagangan dilengkapi carta masa nyata, perdagangan satu klik, dan alat pengurusan risiko yang sesuai untuk strategi harian. Stop Loss individu, perlindungan baki negatif, dan amaran harga juga antara alat unik yang disokong oleh broker ini.

    Spread daripada 1 pip dan komisen sifar menjadikan perdagangan harian satu jenis perdagangan yang menjimatkan kos. Ciri perdagangan salin dan perdagangan automatik menambah lagi fleksibiliti, membolehkan pedagang aktif melaksanakan pelbagai pendekatan perdagangan jangka pendek.

    Instrumen CFD adalah rumit dan membawa risiko tinggi untuk kehilangan wang dengan cepat disebabkan leveraj. 52% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Pertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi, dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  6. Admirals, dahulunya dikenali sebagai Admiral Markets, menawarkan lebih daripada 8,000 instrumen boleh dagang, dengan CFD forex yang membolehkan pedagang membeli dan menjual 80 pasangan mata wang utama, kecil, dan eksotik. Dengan pelaksanaan yang pantas, akses ke MT4 dan MT5, serta purata spread akaun perdagangan sekitar 1.6 pip dengan komisen $3/lot, broker ini menyokong perdagangan harian yang cekap.

    Pedagang juga boleh mengakses platform pendidikan Admirals yang menyeluruh. Platform ini merangkumi kandungan pendidikan mengenai strategi perdagangan harian untuk menyokong pembangunan kemahiran.

    Instrumen CFD adalah kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan penggunaan leveraj. 73% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  7. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Plus500 dikawal selia oleh FCA, ASIC, CySEC dan CFTC, sekali gus menyediakan rangka kerja untuk keadaan perdagangan yang selamat. Platform proprietari Plus500 membolehkan pedagang beralih antara mod Demo dan Live, dengan lebih 60 pasangan mata wang yang disediakan sebagai CFD.

    Plus500 mengenakan komisen sifar bagi setiap perdagangan yang mengurangkan kos setiap perdagangan untuk perdagangan intrahari yang kerap. Spread bersifat dinamik dan berbeza-beza mengikut keadaan pasaran. Carta masa nyata platform, alat pengurusan risiko, dan pelaksanaan pesanan yang pantas menjadikannya sangat sesuai untuk strategi perdagangan harian yang mementingkan ketepatan dan masa.

    79% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu membuat pertimbangan sama ada mampu atau tidak menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  8. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Global Prime menawarkan kos perdagangan yang rendah dan akses ke MT4 dan MT5 untuk pedagang runcit dan juga pedagang profesional. Membuka dan menutup banyak pesanan dalam tempoh yang singkat boleh dilakukan dengan mudah melalui platform MT4 dan MT5 yang membolehkan penggunaan Expert Advisor terbina dalam, carta dan alat analisis pasaran.

    Seseorang boleh memilih antara akaun Standard dan Raw di Global Prime, di mana akaun Standard menawarkan perdagangan forex tanpa komisen dan spread rendah daripada 0.9 pip, manakala akaun Raw membenarkan perdagangan dengan spread daripada 0.0 pip serta komisen kecil sebanyak $3.50 bagi setiap lot pada setiap sisi perdagangan. Pedagang profesional boleh mengakses leveraj sehingga 1:500 untuk pasangan mata wang utama, berbanding had biasa 1:30 untuk pedagang runcit.

    Global Prime adalah nama dagang FMGP Trading Group Pty Ltd (ABN 74 146 086 017) dan dikawal selia oleh ASIC serta diberi lesen untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan kewangan di Australia di bawah lesen perkhidmatan kewangan Australia No. 385620. Gleneagle Securities Pty Limited yang berdagang sebagai Global Prime FX, ialah sebuah syarikat Vanuatu berdaftar (Nombor Syarikat 40256) dan dikawal selia oleh VFSC. Laman web ini dimiliki dan dikendalikan oleh FMGP Trading Group Pty Ltd, ABN 74 146 086 017.
  9. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Dengan perdagangan harian yang digunakan oleh majoriti pedagang, ActivTrades memastikan keadaan-keadaan perdagangannya sesuai untuk semua gaya perdagangan. Pelaksanaan pesanan yang pantas amat penting untuk membuka dan menutup banyak perdagangan setiap hari, bermaksud pedagang harian boleh mendapat manfaat daripada purata kelajuan pelaksanaan pesanan broker ini iaitu 0.004 saat.

    Spread kompetitif daripada 0.5 pip dan tiada komisen bagi setiap perdagangan akan terus meningkatkan perdagangan harian di ActivTrades. Pedagang harian boleh memilih daripada beberapa pilihan platform perdagangan yang canggih, termasuk MT4, MT5, TradingView, dan platform proprietari ActivTrades sendiri.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. 71% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini.Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.

Perbandingan Komprehensif 9 Broker forex Teratas untuk Perdagangan Harian

Broker ForexMinimum AkaunPengawal SeliaPlatformPelaksanaan PesananBilangan pasangan FXKomisenSpread MinimumPurata Kelajuan PelaksanaanYuran Tidak AktifRating Trust Pilot
1. FP MarketsUSD50 (AU$100)ASIC, CySEC, FSA (Seychelles), FSCA, FSA (St. Vincent dan Grenadines), SCB (Bahamas)MetaTrader4, MetaTrader5, WebTrader, IRESS, cTrader, TradingViewNDD, ECN70+USD0 untuk Akaun Standard; USD6 setiap pusingan pada Akaun Pro1.0 pip untuk akaun Standard; 0.0 pip untuk akaun Raw40 msTidak4.9 ⭐
2. Fusion Markets$0Dikawal selia oleh ASIC, FSA (Seychelles) dan VFSC (Vanuatu)MetaTrader4, MetaTrader5, cTrader, DupliTrade, Fusion+ Salin dagangan, TradingViewTanpa meja urus niaga (NDD)90+USD0 untuk Akaun Classic, USD4.50 setiap pusingan penuh untuk Akaun Zerodaripada 0.9 pip (Classic); daripada 0.0 pip (Zero)37msTidak4.8 ⭐
3. BlackBull MarketsUSD0FSA (Seychelles) (No. SD045), FMA (No. FSP403326)MetaTrader4, MetaTrader5, TradingView, cTrader, MT WebTrader, BlackBull Shares, BlackBull CopyTrader, BlackBull Trade, BlackBull Invest, ZuluTradeSTP, ECN/STP70 ke atasUSD0 Asas; USD6 setiap lot Perdana; USD4 setiap lot Institusi0.8 pip untuk Standard; 0.1 pip untuk Prime; 0.0 pip untuk Institutional20 msUSD5 sebulan4.8 ⭐
4. Global PrimeUSD0Dikawal selia oleh ASIC (No. 385620) dan VFSC (No. 40256)MT4, MT4 Webtrader, MT4 Android; untuk pelanggan VFSC: MT4, MT5 dan GP CopyTanpa meja urus niaga (NDD)59USD0 untuk akaun standard; USD7 untuk pusingan penuh pada akaun RawSpread: 0.9 pip untuk akaun Standard, 0.0 pip untuk akaun Raw100 ms, 1-5 ms dengan VPSTidak4.7 ⭐
5. PepperstoneUSD0Dikawal selia oleh: ASIC (No. 414530), UK FCA (No. 684312), CySEC (No. 388/20), BaFin (No. 151148), DFSA (F004356), CMA (128), SCB Bahamas (SIA-F217), FSA (SD108)MetaTrader 4, MetaTrader 5, cTrader, TradingViewSTP, ECN/STP90+USD0 (Akaun standard), USD7 yuran pusingan penuh (Akaun Razor)Daripada 0.0 pip untuk Akaun Razor dan 1 pip untuk Akaun Standard.30 ms (milisaat)Tidak4.4 ⭐
6. eToroUSD50 hingga USD100 (berbeza mengikut bidang kuasa)FCA, CySEC, ASIC, MFSA, FSRA, FSA, FINRA/FinCEN, AMF, SEC dan GFSCeToro Investing, Aplikasi eToro, TradingView, eToro CopyTrader, platform proprietariKetekunan wajar60+USD1 atau USD2 (saham sahaja)Mula dari 1 pipKurang daripada 1000 msYuran USD10 sebulan selepas 1 tahun tidak aktif4.2 ⭐
7. Plus500USD0FSA (No.4.1-1/18), FCA (No. FRN 509909), CySEC (No.250/14), FMA (No.47546), SFSA (No. SD039), MAS (No. CMS100648), DFSA (No. F005651), ASIC (No. 417727), berdaftar dengan BaFin, SCB (SIA-F250)Platform proprietari, desktop dan mudah alih60 ke atasUSD00.8 pipTidak ditentukan4.2 ⭐
8. ActivTradesUSD0FCA (UK), CMVM (Portugal), CVM (Brazil), SCB (Bahamas), FSC (Mauritius)ActivTrader, TradingView, MT4 dan MT5NDD56USD0Dari 0.1 pip4 msUSD/EUR10 sebulan selepas 50 minggu tanpa sebarang aktiviti3.9 ⭐
9. AdmiralsUSD100.00Dikawal selia oleh pihak berkuasa: CySEC (No. 201/13), ASIC (No. 410681), FCA (No. 595450), JSC (No. 57026), FSCA (No. FSP51311), EFSA (No. 4.1-1/46), CMA (No. 178), CIRO, FSA (No. SD073)MetaTrader4, MetaTrader5, WebTrader, MT Supreme Edition, StereoTraderSTP dan ECN/STP82USD3 setiap lotBermula daripada 0.0 pip untuk akaun Invest dan Zero; akaun Trade bermula pada 0.5 pip150msYuran USD10 sebulan selepas dua tahun tidak aktif3.8 ⭐

Bagi pedagang di Malaysia, senarai broker perlu dinilai bersama konteks pengawalseliaan tempatan, bukan berdasarkan skor ulasan atau kos perdagangan semata-mata. Semak nama entiti undang-undang broker, bidang kuasa lesen, dokumen risiko dan sama ada penyedia tersebut mempunyai hubungan dengan pihak yang dikawal selia oleh Securities Commission Malaysia (SC), Bank Negara Malaysia (BNM) atau Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA), jika tuntutan sedemikian dibuat.

Perdagangan forex atau CFD dengan broker atas talian juga berbeza daripada membeli saham tersenarai di Bursa Malaysia melalui broker saham tempatan. Instrumen, proses penyelesaian, perlindungan pelabur dan saluran aduan tidak semestinya sama. Jika broker dikawal selia di luar Malaysia, nyatakan dan fahami bahawa pengawalseliaan luar negara tidak secara automatik memberikan perlindungan yang sama seperti rangka kerja pasaran modal Malaysia.

Sebelum membuka akaun, pedagang Malaysia wajar menyemak Senarai Amaran Pelabur SC, amaran berkaitan BNM, serta status mana-mana lesen Labuan FSA yang disebut oleh broker. Ketiadaan nama dalam senarai amaran bukan jaminan keselamatan, tetapi kemunculan nama broker atau entiti berkaitan dalam senarai tersebut ialah isyarat risiko yang perlu diberi perhatian. Untuk pertikaian, Securities Industry Dispute Resolution Center (SIDREC) biasanya relevan bagi pertikaian layak yang melibatkan ahli atau perantara pasaran modal di bawah rangka kerja Malaysia; akaun yang dibuka dengan entiti luar pesisir mungkin tidak berada dalam bidang kuasanya.

Apakah Perdagangan Harian dalam forex?

Perdagangan harian dalam pasaran forex melibatkan pembelian dan penjualan mata wang dalam rangka masa yang singkat, dengan kebanyakan posisi dibuka dan ditutup dalam sesi perdagangan yang sama. Matlamatnya adalah untuk memanfaatkan pergerakan harga kecil sambil mengehadkan pendedahan kepada risiko semalaman, termasuk caj swap atau rollover, perubahan harga selepas berita penting, dan jurang harga yang boleh berlaku selepas hujung minggu atau ketika kecairan rendah.

Cara pedagang harian berusaha memperoleh hasil adalah dengan membeli dan menjual beberapa pasangan mata wang dalam satu hari, kadangkala melaksanakan perdagangan beberapa kali sehari. Sebarang potensi keuntungan daripada perdagangan harian berasal daripada pergerakan kecil pasaran semasa pasaran forex aktif.

Bagi pedagang Malaysia, pasangan utama seperti EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY dan AUD/USD biasanya lebih cair berbanding pasangan yang lebih kecil. Pasangan yang melibatkan ringgit seperti USD/MYR boleh menjadi relevan jika ditawarkan oleh broker, tetapi spread, waktu aktif dan kecairannya mungkin berbeza daripada pasangan utama. Oleh sebab Malaysia berada dalam zon waktu MYT (UTC+8), ramai pedagang tempatan memantau sesi London dan New York pada waktu petang hingga lewat malam, dengan mengambil kira perubahan waktu musim panas di AS dan Eropah.

Perdagangan harian, yang juga dikenali sebagai perdagangan intrahari, tidak sesuai untuk setiap jenis pelabur forex. Untuk memanfaatkan pergerakan harga yang kecil, pedagang perlu memantau pasaran dengan teliti dan konsisten. Ini memerlukan masa, disiplin, serta kajian terperinci terhadap pelbagai pasaran. Pedagang harian perlu mampu bertindak balas dengan segera terhadap sebarang turun naik harga yang mendadak dan lazimnya perlu mengurus banyak perdagangan untuk mengejar hasil kecil pada setiap perdagangan.

Kebanyakan strategi pelaburan mencadangkan pedagang mengekalkan posisi terbuka untuk jangka masa yang lebih lama, dengan matlamat memperoleh hasil daripada pergerakan harga yang lebih besar dalam tempoh panjang. Walau bagaimanapun, pedagang harian menggunakan pendekatan yang berbeza, iaitu bergantung pada hasil yang lebih kecil tetapi lebih kerap, sambil mengawal risiko pada setiap posisi.

Jadual di bawah menunjukkan beberapa perbezaan utama antara perdagangan harian dan pelaburan jangka panjang.

Perbezaan antara Perdagangan Harian forex dan Pelaburan Jangka Panjang
Perdagangan HarianPelaburan Jangka Panjang
Melibatkan banyak posisi yang dibuka dan ditutup dalam masa sehariMelibatkan beberapa posisi yang dibuka setiap bulan atau tahun
Pedagang mengekalkan posisi selama beberapa minit hingga beberapa jamPosisi dipegang selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun
Lebih terdedah kepada volatiliti intrahari dan perubahan harga pantasLazimnya kurang volatil dan lebih berorientasikan pergerakan jangka panjang
Bergantung terutamanya pada analisis teknikal, aliran pesanan dan strategi perdagangan automatikBergantung terutamanya pada analisis fundamental dan penilaian jangka panjang
Kos perdagangan boleh menjadi lebih tinggi kerana kekerapan membuka posisiBilangan posisi yang lebih rendah boleh mengurangkan komisen dan kos keseluruhan
Memerlukan tumpuan, disiplin dan proses membuat keputusan yang pantasPelabur jangka panjang mempunyai lebih banyak masa untuk menilai keputusan seterusnya
Memerlukan pemantauan pasaran secara berterusanMemerlukan pemantauan pasaran yang kurang kerap dan boleh lebih sesuai untuk pedagang separuh masa
Pendedahan rollover lebih rendah kerana kebanyakan posisi biasanya ditutup dalam sesi perdagangan yang samaPosisi jangka panjang boleh dikenakan caj pembiayaan semalaman yang besar

Keperluan Utama untuk Berjaya dalam Perdagangan Harian

Perdagangan intrahari melibatkan beberapa istilah penting yang perlu difahami. Memahami konsep-konsep ini boleh membantu pedagang membuat keputusan yang lebih tersusun apabila membuka dan menutup pesanan beberapa kali sehari dalam gaya perdagangan forex yang khusus ini.

Beberapa faktor memainkan peranan penting dalam pasaran forex, khususnya untuk perdagangan intrahari. Tiga elemen utama boleh memberi kesan langsung kepada pergerakan harga intrahari.


LiquidityKecairan – kecairan merujuk kepada kepantasan seseorang boleh membuka dan menutup posisi di pasaran forex tanpa perubahan harga yang terlalu besar. Pedagang harian cenderung mencari pasaran dengan kecairan tinggi kerana gaya perdagangan mereka biasanya melibatkan banyak pelaksanaan pesanan dalam masa sehari.


VolatilityVolatiliti – ini ialah faktor utama lain untuk pedagang harian kerana ia menggambarkan kepantasan harga aset berubah sepanjang hari. Jika pasaran sangat volatil, keadaan ini boleh mewujudkan lebih banyak peluang perdagangan intrahari, tetapi pada masa yang sama meningkatkan risiko kerugian pantas.


Trading VolumeVolum Perdagangan – dalam pasaran forex, volum perdagangan menerangkan bilangan sesuatu pasangan mata wang dibeli atau dijual dalam tempoh tertentu. Dalam forex runcit, data volum pada platform broker biasanya mewakili volum broker atau tick volume, bukan keseluruhan pasaran global. Apabila volum atau aktiviti pasaran meningkat, ia boleh menunjukkan minat yang lebih tinggi terhadap pasangan mata wang tersebut dan membantu pedagang menilai titik masuk atau keluar.


Bagi pedagang di Malaysia, faktor tempatan dan global boleh sama-sama mempengaruhi pergerakan intrahari. Sebagai contoh, keputusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan kenyataan BNM boleh memberi kesan kepada sentimen ringgit, manakala data inflasi AS, keputusan kadar faedah Federal Reserve, laporan pekerjaan AS dan pergerakan harga komoditi boleh mempengaruhi pasangan utama serta pasangan yang berkaitan dengan USD/MYR. Pedagang berita perlu menyesuaikan kalendar ekonomi dengan waktu Malaysia supaya tidak terlepas pengumuman penting.

Sebelum terlibat dalam perdagangan harian, pedagang perlu membentuk beberapa kualiti penting. Disiplin amat diperlukan kerana pedagang mesti mengekalkan tumpuan kepada pasaran dan kekal peka terhadap perubahan sentimen atau berita yang boleh mencetuskan pergerakan harga mendadak pada pasangan mata wang. Pedagang yang kurang masa atau kurang disiplin lebih mudah terlepas pergerakan harga penting dan berisiko membuat keputusan terburu-buru.

Kemahiran membuat keputusan yang rasional juga merupakan komponen penting dalam perdagangan harian forex. Apabila pedagang memantau perubahan harga sepanjang hari, mereka perlu berhati-hati agar tidak membuat keputusan berdasarkan emosi. Sebaliknya, mereka perlu menilai tahap risiko, saiz posisi dan potensi pulangan secara objektif sebelum membuka atau menutup sesuatu posisi.

Strategi juga merupakan elemen utama dalam perdagangan harian kerana ia membolehkan pedagang menetapkan syarat khusus untuk membuka pesanan. Strategi yang telah ditetapkan membolehkan pedagang harian mengimbas pasaran dan mengenal pasti peluang untuk membeli atau menjual pasangan mata wang. Membangunkan strategi yang berkesan mengambil masa, dan ujian menggunakan akaun demo boleh membantu pedagang memperhalusi pendekatan sebelum menggunakan modal sebenar.

Strategi Perdagangan Harian yang Popular untuk Pedagang forex

Walaupun pedagang boleh membangunkan corak perdagangan tersuai, terdapat beberapa strategi perdagangan harian yang digunakan secara meluas oleh pedagang forex. Mencuba sistem berbeza menggunakan akaun demo dan menilai strategi berdasarkan rekod perdagangan sebenar boleh membantu pedagang memperbaiki hasil perdagangan harian dari semasa ke semasa. Bagi pedagang Malaysia, ujian strategi juga perlu mengambil kira waktu aktif pasaran yang sesuai dengan jadual harian, kelajuan pelaksanaan broker, spread semasa sesi Asia, London dan New York, serta kemungkinan slippage ketika berita besar.

  1. Perdagangan Mengikut Trend

    Walaupun mengikut trend bukan strategi khusus yang hanya digunakan oleh pedagang harian, ia adalah sistem yang sering digunakan oleh mereka yang berhasrat menutup posisi sebelum pasaran ditutup. Pedagang yang mengikut trend memastikan pergerakan harga di pasaran forex dikaji dengan teliti dan keputusan untuk membeli atau menjual pasangan mata wang bergantung pada sama ada terdapat trend menurun atau menaik.

    Harga yang meningkat akan menunjukkan paras tinggi berturut-turut yang mendorong pedagang mengambil posisi panjang (beli) dan membeli pasangan mata wang tersebut. Sebaliknya, trend menurun akan memberi isyarat paras rendah yang lebih rendah, bermaksud pedagang harian akan mengambil posisi pendek (jual) dan menjual pasangan mata wang. Walaupun ramai pedagang memilih untuk mengekalkan posisi semalaman apabila trend mencadangkan posisi beli, mereka yang berpegang kepada strategi perdagangan harian biasanya akan menutup posisi pada akhir sesi perdagangan mereka.

  2. Perdagangan Swing

    Satu lagi strategi yang digunakan oleh pedagang aktif ialah perdagangan swing, yang memberi tumpuan kepada peluang daripada turun naik harga jangka pendek dengan andaian harga pasangan mata wang tidak akan bergerak dalam arah yang sama secara berterusan. Dalam konteks perdagangan harian, pendekatan swing biasanya disesuaikan kepada pergerakan intrahari dan posisi ditutup dalam sesi yang sama. Berbanding dengan perdagangan mengikut trend, perdagangan swing lebih menumpukan pergerakan harga yang lebih kecil dan kerap, bukannya mengambil posisi berdasarkan trend jangka panjang.

  3. Scalping

    Antara strategi intrahari, scalping merupakan salah satu pendekatan yang digunakan secara meluas dalam perdagangan harian forex. Scalping memberi tumpuan kepada perubahan harga yang sangat kecil, dengan matlamat untuk menangkap pergerakan pantas melalui penutupan posisi dalam masa singkat. Elemen utama dalam scalping ialah strategi keluar yang ketat, spread rendah, komisen yang jelas dan pelaksanaan pesanan yang stabil. Pedagang juga perlu menyemak terma broker kerana sesetengah broker mengenakan syarat khusus terhadap gaya perdagangan berfrekuensi tinggi.

  4. Mean Reversion (Kembali kepada Purata)

    Pedagang harian merujuk pelbagai carta untuk membangunkan strategi yang membantu mereka mengenal pasti titik masuk dan keluar yang tepat. Data terdahulu kerap digunakan untuk menunjukkan cara harga aset bergerak pada masa lalu, termasuk kemungkinan pergerakan ekstrem yang boleh menjadi isyarat untuk membeli atau menjual pasangan mata wang. Kembali kepada purata memberi tumpuan pada kemungkinan harga yang terlalu jauh daripada purata sejarah akan kembali menghampiri paras purata tersebut. Apabila harga berada jauh di bawah purata, pedagang harian mungkin mempertimbangkan posisi beli, manakala harga yang jauh di atas purata boleh menjadi isyarat untuk menilai peluang jual.

  5. Aliran Wang

    Aliran wang ialah indikator teknikal popular yang digunakan oleh pedagang harian untuk menilai potensi pergerakan harga berdasarkan bekalan, permintaan dan volum. Selain daripada memberi tumpuan pada pergerakan harga, indikator aliran wang turut mengambil kira volum dengan membandingkan tekanan belian dan jualan dalam tempoh tertentu. Jika bacaan aliran wang melebihi 80%, ini boleh menunjukkan keadaan terlebih beli, manakala bacaan 20% atau lebih rendah boleh menunjukkan keadaan terlebih jual. Namun, bacaan ini sebaiknya digunakan bersama indikator lain kerana ia bukan arahan automatik untuk membeli atau menjual.

  6. Perdagangan Breakout

    Perdagangan breakout ialah strategi yang digemari oleh pedagang harian yang ingin memanfaatkan paras harga utama. Pedagang memerhatikan waktu harga pasangan mata wang menembusi paras sokongan atau rintangan yang telah ditetapkan, yang boleh menandakan momentum kuat ke arah breakout tersebut. Apabila harga menembusi paras rintangan, ia mungkin menunjukkan peluang beli, manakala penembusan di bawah paras sokongan boleh menjadi isyarat jual. Strategi ini selalunya memerlukan pengesahan breakout dengan peningkatan volum, pergerakan lilin yang jelas atau indikator teknikal lain untuk mengurangkan risiko isyarat palsu.

  7. Perdagangan Berasaskan Berita

    Ramai pedagang harian yang aktif berdagang sekitar waktu pengumuman berita ekonomi utama dan peristiwa pasaran. Strategi ini bergantung pada volatiliti dan pergerakan harga pantas yang dicetuskan oleh pengumuman penting atau tidak dijangka seperti keputusan bank pusat, laporan pekerjaan, data inflasi atau data KDNK. Bagi pedagang Malaysia, contoh peristiwa yang sering dipantau termasuk keputusan OPR BNM, data ekonomi Malaysia, keputusan Federal Reserve, laporan pekerjaan AS (NFP), data inflasi AS dan perkembangan ekonomi China yang boleh mempengaruhi sentimen Asia. Disebabkan ketidakpastian yang lebih tinggi pada masa-masa ini, pengurusan risiko dan pelaksanaan pantas adalah penting untuk mengambil peluang perdagangan jangka pendek tanpa menanggung kerugian besar.

  8. Perdagangan Julat

    Perdagangan julat melibatkan pengenalpastian pasangan mata wang yang bergerak dalam julat harga atau saluran yang ditentukan sepanjang hari perdagangan. Pedagang membeli berhampiran paras sokongan (sempadan bawah) dan menjual berhampiran paras rintangan (sempadan atas), dengan tujuan untuk mendapat manfaat daripada turun naik harga dalam julat ini. Strategi ini lebih sesuai dalam pasaran yang stabil atau mendatar di mana tiada trend jelas terbentuk. Ia boleh digabungkan dengan osilator seperti RSI atau indikator stokastik untuk meningkatkan ketepatan masa masuk dan keluar perdagangan.

Petua untuk Berjaya dalam Perdagangan Harian

Bagi pedagang yang menjadikan perdagangan harian sebagai strategi, beberapa langkah boleh membantu meningkatkan disiplin dan konsistensi. Sebelum mula, pedagang perlu terlebih dahulu menetapkan kaedah perdagangan sendiri. Perdagangan forex CFD popular kerana pedagang tidak memiliki aset asas yang didagangkan, sebaliknya hanya membuat spekulasi terhadap pergerakan harganya. Namun, CFD ialah produk berisiko tinggi kerana ia biasanya melibatkan leveraj, kos pembiayaan dan kemungkinan kerugian yang cepat jika pasaran bergerak bertentangan dengan posisi anda.

Untuk pembaca Malaysia, langkah pertama ialah menyemak entiti broker yang akan membuka akaun anda, bukan sekadar nama jenama globalnya. Pastikan anda memahami bidang kuasa pengawalseliaan, cara dana pelanggan disimpan, kaedah aduan, serta sama ada broker tersebut pernah muncul dalam Senarai Amaran Pelabur SC atau amaran pihak berkuasa berkaitan. Jika broker mendakwa dikawal selia di Labuan, semak status dan skop lesen tersebut dengan Labuan FSA kerana jenis lesen dan aktiviti yang dibenarkan boleh berbeza.

Kos sebenar untuk pedagang Malaysia bukan hanya spread dan komisen. Jika akaun perdagangan dibuka dalam USD atau mata wang lain, deposit dalam RM melalui kad, e-dompet atau pindahan bank boleh melibatkan kos pertukaran mata wang, caj pengeluaran dan perbezaan kadar tukaran. Sebagai contoh, strategi scalping yang kelihatan menguntungkan pada spread rendah boleh menjadi kurang berkesan jika komisen, slippage dan kos penukaran RM tidak diambil kira.

Sebelum terlibat dalam perdagangan harian, pedagang perlu memilih strategi untuk menentukan titik masuk dan keluar pada setiap sesi. Memilih indikator yang tepat untuk mengenal pasti trend dan titik sesuai untuk membeli atau menjual pasangan mata wang juga sama pentingnya. Pedagang yang aktif pada waktu Malaysia perlu merancang sama ada mereka akan berdagang semasa sesi Asia, sesi London, sesi New York atau pertindihan sesi, kerana spread dan volatiliti boleh berubah mengikut waktu.

Alat analisis fundamental termasuk berita kewangan, data makroekonomi, keputusan bank pusat dan laporan syarikat jika anda berdagang CFD saham. Maklumat ini boleh membantu pedagang menentukan sama ada wajar mengambil posisi pendek atau panjang. Sebagai alternatif, pedagang boleh menggunakan analisis teknikal yang biasanya melibatkan data sejarah harga pasangan mata wang, corak carta dan indikator teknikal lain bagi menilai peluang jual atau beli.

Jika broker turut menawarkan crypto atau aset digital, pedagang Malaysia perlu membezakan antara perdagangan CFD crypto dengan pembelian aset digital melalui platform yang berdaftar di bawah rangka kerja aset digital Malaysia. Di Malaysia, penawaran dan perdagangan aset digital tertentu berada di bawah pengawasan SC, dan platform Digital Asset Exchange (DAX) yang beroperasi untuk pasaran Malaysia perlu tertakluk kepada keperluan yang berkaitan. Produk crypto yang ditawarkan oleh broker luar pesisir tidak semestinya sama dari segi perlindungan, pemilikan aset atau saluran aduan.

Jika anda memerlukan Akaun Islamik, semak lebih daripada sekadar label bebas swap. Akaun bebas swap tidak secara automatik bermaksud produk tersebut patuh Syariah untuk semua keadaan. Semak struktur fi pentadbiran, tempoh pengecualian swap, instrumen yang layak, serta sama ada broker menyediakan maklumat yang jelas tentang dasar Akaun Islamik. Bagi pedagang Muslim di Malaysia, perkara ini penting kerana kos tersembunyi boleh menggantikan swap dalam bentuk lain.

Menilai tahap risiko dengan betul adalah sangat penting bagi pedagang harian. Dengan tempoh pegangan yang lebih singkat, risiko kerugian besar turut meningkat jika saiz posisi terlalu besar atau pasaran bergerak pantas. Broker menawarkan pelbagai alat untuk membantu mengawal kerugian, tetapi alat tersebut tidak menjamin harga keluar yang sempurna dalam semua keadaan. Menetapkan peraturan keluar yang jelas serta menggunakan pesanan henti rugi, ambil untung dan stop-limit merupakan komponen penting dalam pengurusan risiko. Sebagai contoh, pedagang yang menetapkan had kerugian harian lebih mudah berhenti selepas beberapa perdagangan rugi, berbanding terus berdagang secara emosi untuk “membalas” kerugian.

Merekod semua perdagangan yang anda jalankan dalam satu hari juga membantu pedagang memperbaiki pendekatan intrahari mereka dari semasa ke semasa. Seperti yang telah dinyatakan, perdagangan harian biasanya melibatkan banyak pesanan dalam masa sehari. Oleh itu, pedagang harus menjejak semua posisi terbuka dan menyemak posisi yang masih terbuka dalam sesi tersebut. Catatan perdagangan yang baik boleh merangkumi pasangan mata wang, waktu Malaysia, sebab membuka posisi, tahap henti rugi, hasil perdagangan, kos spread atau komisen, serta kesilapan yang berlaku. Simpan juga rekod deposit, pengeluaran dan penukaran mata wang dalam RM kerana ia boleh membantu penilaian prestasi dan perbincangan dengan penasihat cukai jika diperlukan.

Kelebihan dan Kekurangan Perdagangan Harian

Menentukan sama ada perdagangan harian ialah strategi forex yang sesuai memerlukan perbandingan antara kelebihan dan kekurangan pendekatan ini. Untuk pedagang Malaysia, pertimbangan tambahan termasuk kesesuaian waktu perdagangan dengan jadual harian, kos penukaran RM, status pengawalseliaan broker, saluran aduan yang tersedia dan kemampuan mengurus risiko ketika sesi pasaran utama berlaku pada waktu petang hingga lewat malam. Kelebihan dan kekurangan utama perdagangan harian adalah:

Kelebihan Utama

  • Potensi untuk keuntungan adalah besar melalui beberapa keuntungan kecil dalam satu hari
  • Kecairan tinggi pasaran Forex sangat dihargai oleh pedagang harian
  • Drawdown yang kecil sering membantu pedagang terus berdagang Forex untuk jangka masa yang lebih lama
  • Strategi jangka panjang seperti perdagangan mengikut trend juga sesuai untuk perdagangan harian
  • Perdagangan harian tidak melibatkan caj semalaman yang dikenali sebagai swap

Kekurangan Utama

  • Kekal dengan perdagangan harian kadangkala menyebabkan anda menutup pesanan walaupun terdapat potensi keuntungan lebih besar yang terkumpul semalaman
  • Perdagangan harian sering dikaitkan dengan risiko tinggi, terutamanya apabila pedagang membuat beberapa pesanan dalam masa yang singkat
  • Swap yang menawarkan pampasan kepada pedagang untuk posisi semalaman mereka tidak disediakan bagi pedagang harian
  • Perdagangan harian memerlukan banyak masa untuk melakukan analisis terperinci terhadap pergerakan harga pasaran

Soalan Lazim Tentang Perdagangan Harian Forex

  • Apakah Perbezaan antara Scalping dan Perdagangan Swing?

    Walaupun perdagangan scalping dan swing merupakan gaya perdagangan jangka pendek yang serupa, scalping memerlukan anda menjadi lebih mahir kerana anda dikehendaki untuk melaksanakan sejumlah besar perdagangan dalam masa sehari, selalunya dengan banyak pesanan yang hanya berlangsung dalam masa beberapa saat kerana pasaran Forex adalah sangat cair. Sementara itu, perdagangan swing membolehkan pedagang membuka pesanan yang bertahan lebih lama, dengan kebanyakan pedagang harian mengamalkan perdagangan swing menggunakan pergerakan harga yang ketara sebagai petunjuk untuk membuka dan menutup posisi.

  • Adakah Komisen akan Menjejaskan Keuntungan Saya dalam Perdagangan Harian?

    Pedagang harian mesti mengambil kira faktor komisen apabila merancang untuk melaksanakan beberapa perdagangan dalam sehari. Walaupun perdagangan harian boleh menguntungkan kerana anda akan mengumpul beberapa keuntungan kecil jika perdagangan anda berjaya, caj komisen bagi banyak perdagangan dalam masa sehari boleh mengurangkan keuntungan anda dengan ketara.

  • Adakah Terdapat Syarat Baki untuk Pedagang Harian?

    Sesetengah broker runcit memperkenalkan keperluan baki minimum untuk pedagang harian yang aktif. Lazimnya pedagang yang melakukan perdagangan harian sekurang-kurangnya empat kali dalam tempoh lima hari bekerja tergolong dalam kategori pedagang harian yang aktif. Biasanya, kategori ini memerlukan pedagang mempunyai baki sekurang-kurangnya $25,000.

  • Ada Had Bilangan Perdagangan yang Boleh Dibuat dalam Masa Sehari?

    Tidak, anda boleh membuat sebanyak mana pesanan dalam sehari mengikut bilangan yang anda mahu. Walau bagaimanapun, ingat baki anda yang ada, buat penilaian tahap risiko, dan pertimbangkan juga sebarang komisen yang mungkin dikenakan bagi setiap perdagangan yang anda buat pada hari tersebut. Walaupun tiada had untuk perdagangan harian, untuk dianggap sebagai pedagang harian, anda biasanya perlu membuat empat atau lebih perdagangan harian dalam lima hari bekerja berturut-turut.

  • Adakah Stop-Loss Penting dalam Perdagangan Forex Harian?

    Tanpa mengira berapa lama masa yang anda ambil untuk membangunkan strategi perdagangan harian yang optimum, tiada cara untuk meramalkan waktu trend akan bertentangan dengan keputusan perdagangan anda, sekali gus menyebabkan kerugian besar dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan alat stop-loss, anda boleh menetapkan penutupan pesanan automatik yang diaktifkan apabila kerugian anda mula terkumpul melebihi had yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Alat ini penting untuk perdagangan harian yang berjaya kerana ia boleh membantu mengurangkan kerugian harian anda dengan ketara.

Ditulis oleh N. Nazifova | Editor Pakar Eugene Lee, CFA | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal