Laman Utama » Broker Forex Terbaik pada 2026 » Broker Forex Tanpa Meja Urus Niaga (No Dealing Desk)

Broker Forex Tanpa Meja Urus Niaga (No Dealing Desk)

Ditulis oleh Zornitsa Stefanova Zornitsa Stefanova
Zornitsa Stefanova - Penulis di BestBrokers.comZornitsa Stefanova ialah Financial Research and Platform Testing Analyst di BestBrokers.com, dengan pengkhususan dalam ulasan praktikal terhadap platform dagangan forex, kripto dan saham. Beliau menilai broker daripada perspektif pengguna dengan menguji aspek utama seperti pembukaan akaun, syarat dagangan, kebolehgunaan platform, pasaran yang tersedia dan kebolehpercayaan keseluruhan.
, | Editor Pakar Matthew Levy, CFA Matthew Levy, CFA
Matthew Levy, CFA - Penulis di BestBrokers.comMatthew Levy, CFA, ialah Senior Research Analyst di BestBrokers.com dengan pengalaman dalam perkhidmatan kewangan, analisis sekuriti, pengurusan portfolio dan dagangan. Kerja beliau menyokong proses pengujian broker melalui penyelidikan terperinci, analisis kewangan yang jelas dan pemahaman yang kukuh tentang perkara yang diperlukan oleh pedagang dan pelabur daripada platform dagangan dalam talian yang boleh dipercayai.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal Shakirah Manijal
Shakirah Manijal - Penulis di BestBrokers.comShakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Jika anda ingin berdagang forex dan instrumen kewangan lain pada kadar interbank, anda boleh menyemak senarai pendek kami untuk broker terkemuka yang memproses pesanan tanpa campur tangan meja urus niaga. Broker pilihan kami tidak pernah berdagang menentang posisi pelanggan mereka dan bekerjasama dengan penyedia kecairan yang boleh dipercayai untuk memberikan spread yang lebih ketat, pelaksanaan pesanan yang lebih cepat, dan ketelusan harga yang lebih tinggi. Kami juga menghuraikan manfaat menggunakan perkhidmatan mereka dan memberi petunjuk tentang cara untuk mengenal pasti broker tanpa meja urus niaga (NDD) yang boleh dipercayai.

Metodologi Pengujian
Prestasi pelaksanaan semua broker dalam penerbitan ini diuji selama 35 hari antara Mac dan April 2026. Akaun ujian dibuka dengan broker yang menawarkan model pelaksanaan ECN dan STP untuk menilai sama ada spread diperoleh daripada penyedia kecairan tanpa campur tangan meja urus niaga. Kelajuan pelaksanaan turut dipantau melalui ujian berulang bagi mengira purata masa pelaksanaan. Semua ujian dijalankan menggunakan MetaTrader 5, kecuali Saxo Bank yang diuji pada platform proprietarinya. Untuk maklumat lanjut, lihat metodologi pengujian penuh kami.
1Fusion Markets logoFusion Markets
Rating: 4.42 ⭐
74-89% daripada akaun CFD pelabur runcit kehilangan wang
Penilaian Tertinggi
2FP Markets logoFP Markets
Rating: 4.37 ⭐
73.33% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
3BlackBull Markets logoBlackBull Markets
Rating: 4.28 ⭐
Perdagangan produk berleveraj adalah berisiko
4Pepperstone logoPepperstone
Rating: 4.19 ⭐
74.1% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang
5Global Prime logoGlobal Prime
Rating: 4.08 ⭐
74-89% daripada akaun CFD runcit kehilangan wang
6IC Markets logoIC Markets
Rating: 4 ⭐
70.64% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini.
7FxPro logoFxPro
Rating: 3.96 ⭐
74% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
8Plus500 US logoPlus500 US
Rating: 3.75 ⭐
Kandungan ini hanya terpakai kepada Plus500 US dan pelanggan dari Amerika Syarikat. Perdagangan niaga hadapan melibatkan risiko kerugian.
9eToro logoeToro
Rating: 3.24 ⭐
52% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian

Nota untuk pembaca di Malaysia: model NDD menerangkan cara pesanan diproses, bukan status kawal selia broker. Sebelum membuka akaun, semak entiti undang-undang yang memegang akaun anda, status kawal selianya, kaedah deposit dalam RM, serta sama ada saluran aduan tempatan seperti SC atau SIDREC terpakai kepada situasi anda.

Perbandingan Komprehensif 9 Broker forex Teratas Tanpa Meja Urus Niaga

Broker ForexAkaun demo disediakan?Deposit MinimumPlatform PerdaganganPengawal Selia
1. Fusion MarketsTidak$0MetaTrader 4, MetaTrader 5, cTrader, DupliTrade, dagangan salin Fusion+, TradingViewDikawal selia oleh ASIC, FSA (Seychelles) dan VFSC (Vanuatu)
2. FP MarketsTidakUSD 50 (AU$100)MetaTrader 4, MetaTrader 5, WebTrader, IRESS, cTrader, TradingViewASIC, CySEC, FSA (Seychelles), FSCA, FSA (St. Vincent dan Grenadines), SCB (Bahamas)
3. BlackBull MarketsTidakUSD 0 (Standard)
USD 2,000 (Prime)
USD 20,000 (Institutional)
MetaTrader 4, MetaTrader 5, TradingView, cTrader, MT WebTrader, BlackBull Shares, BlackBull CopyTrader, BlackBull Trade, BlackBull Invest, ZuluTradeFSA (Seychelles) (No. SD045), FMA (No. FSP403326)
4. PepperstoneTidakUSD 0MetaTrader 4, MetaTrader 5, cTrader, TradingViewDikawal selia oleh: ASIC (No. 414530), UK FCA (No. 684312), CySEC (No. 388/20), BaFin (No. 151148), DFSA (F004356), CMA (128), SCB Bahamas (SIA-F217), FSA (SD108)
5. FxProTidakUSD 100MetaTrader 4, MetaTrader 5, cTrader, FxPro Edge (platform proprietari)FCA (No. 509956), CySEC (No. 078/07), FSCA (No. 45052), SCB (No. SIA-F184), FSA (No. SD120)
6. Global PrimeTidakTiada deposit minimumMT4, MT4 WebTrader, MT4 Android; untuk pelanggan VFSC: MT4, MT5 dan GP CopyDikawal selia oleh ASIC (No. 385620) dan VFSC (No. 40256)
7. IC Markets TidakUSD 200MetaTrader 4, MetaTrader 5, cTrader, ZuluTradeFSA (Seychelles), CySEC (Cyprus), ASIC (Australia), SCB (Bahamas), CMA (Kenya)
8. Vantage MarketsTidakUSD 50 (USD 10,000 untuk akaun Pro ECN)MetaTrader 4, MetaTrader 5, ProTrader, TradingView, perdagangan salinFCA (FRN: 590299), VFSC (No. pendaftaran: 700271), ASIC (No. lesen: 428901), FSCA (No. lesen: 51268), CIMA (No. 1383491)
9. ActivTradesTidakUSD 0ActivTrader, TradingView, MT4 dan MT5FCA (UK), CMVM (Portugal), CVM (Brazil), SCB (Bahamas), FSC (Mauritius)

9 Broker Teratas dengan Pemprosesan Pesanan NDD

Tapis BrokerPerhalus hasil untuk mencari broker terbaik bagi gaya dan keperluan dagangan anda.
Dikuasakan oleh BrokerData™Hasil masa nyata diperoleh secara langsung daripada pangkalan data BrokerData™ proprietari BestBrokers dan disahkan melalui ujian akaun langsung yang berterusan oleh penganalisis kami.

Menunjukkan 9 broker berdasarkan pilihan penapis semasa.

  1. Skor Keseluruhan 4.42/5
    BERDAGANG SEKARANGBACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan
    41:21
    Akaun langsung diuji oleh BestBrokersUlasan Fusion Markets 2026: Ujian €100 di Akaun Sebenar MT4, MT5, cTrader & TradingView

    Model Fusion Markets berasaskan struktur Rangkaian Komunikasi Elektronik (ECN), dengan harga terbaik yang tersedia bagi setiap simbol diperoleh daripada rangkaian penyedia kecairan yang mantap. Harga kemudian disalurkan terus kepada pelanggan, menghasilkan spread kompetitif daripada 0.0 pip (Akaun Zero).

    Fusion Markets menunjukkan pelaksanaan pasaran yang baik dalam ujian kami, dengan kelajuan pelaksanaan menepati 37 milisaat seperti diiklankan di laman web broker. Kami turut mengesahkan bahawa spread mentahnya tidak mempunyai tokokan, menandakan pelaksanaan NDD sebenar. Broker juga menawarkan VPS percuma untuk memastikan kependaman rendah dan operasi 24/7. VPS diberikan percuma kepada pengguna dengan volum dagangan melebihi 20 lot setiap 30 hari. Kami mendapati syarat 20 lot dalam 30 hari sesuai untuk pedagang volum tinggi. Hanya dagangan forex dan logam diambil kira.

    Broker ini diluluskan oleh ASIC, VFSC dan FSA (Seychelles), serta menyediakan dagangan kos rendah dalam lebih 250 pasaran kewangan, termasuk forex (EUR/USD, AUD/USD, USD/JPY), logam berharga, tenaga, indeks dan saham AS. Akaun Zero yang kami buka mengenakan komisen pergi balik kompetitif sebanyak $4.50, antara yang terendah dalam industri. Dagangan salinan turut tersedia melalui platform proprietari Fusion+.

    Bukti daripada ujian akaun langsung kami

    Ujian depositDeposit €100 menggunakan kad di Fusion MarketsDeposit €100 menggunakan kad di Fusion Markets
    Dagangan langsungDagangan sebenar GBPUSD melalui MT4 di Fusion MarketsDagangan sebenar GBPUSD melalui MT4 di Fusion Markets
    Ujian pengeluaranUjian pengeluaran dana Fusion MarketsUjian pengeluaran dana Fusion Markets
    • Akaun dibuka
    • Deposit wang sebenar
    • Dagangan langsung dilaksanakan
    • Pengeluaran selesai
    Lihat ujian penuh deposit, dagangan dan pengeluaran kami
    Gleneagle Asset Management Limited (ABN 29 103 162 278) yang beroperasi sebagai Fusion Markets, adalah penerbit Produk Fusion Markets yang diterangkan dalam komunikasi ini. Perdagangan dalam Produk Fusion Markets melibatkan potensi keuntungan serta risiko kerugian yang mungkin melebihi jumlah deposit awal anda dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Anda harus membaca dengan teliti semua Terma Perkhidmatan Produk Kewangan ini, Kenyataan Pendedahan Produk (PDS) dan Panduan Perkhidmatan Kewangan (disediakan di laman web kami), mempertimbangkan keadaan kewangan, keperluan dan objektif anda sendiri untuk melabur dalam Produk Fusion Markets ini dan mendapatkan nasihat kewangan bebas.
  2. Skor Keseluruhan 4.37/5
    BERDAGANG SEKARANGBACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan
    36:21
    Akaun langsung diuji oleh BestBrokersUlasan FP Markets 2026: Pendaftaran, Deposit & Ujian Akaun Sebenar €100

    Sebagai broker berlesen yang menawarkan penetapan harga ECN mentah, FP Markets menyediakan kecairan mendalam dan harga telus, dengan kelajuan pelaksanaan pesanan purata 42 ms dan gelinciran minimum. Bergantung pada akaun, spread forex bermula daripada 1 pip (Standard) dan 0.0 pip (Raw). Pelanggan turut menikmati spread kompetitif untuk lebih 10,000 instrumen kewangan, daripada 70+ pasangan mata wang, saham dan komoditi hingga indeks, mata wang kripto dan bon.

    Pedagang boleh menghubungkan akaun spread mentah FP Markets kepada MT5, MT4 atau cTrader. Pasukan kami dikenakan komisen pergi balik $6 semasa menguji akaun ini. Deposit minimum bermula pada $50 atau $100, bergantung pada negara pendaftaran pelanggan.

    Sebagai broker tanpa meja urus niaga, FP Markets mendapatkan spread terus daripada penyedia kecairan terkemuka tanpa tokokan. Pelaksanaan dilakukan melalui pelayan Equinix di New York. Pelanggan runcit EU boleh meningkatkan pendedahan dengan leveraj maksimum 1:30 serta menerima perlindungan baki negatif. Profesional mendapat leveraj 1:500.

    Kami turut meneliti platform IRESS FP Markets yang menawarkan penetapan harga Akses Pasaran Langsung (DMA). Oleh sebab 100% pesanan DMA disalurkan terus ke bursa langsung, dagangan pelanggan mempengaruhi kecairan instrumen kewangan secara langsung.

    Bukti daripada ujian akaun langsung kami

    Ujian depositDeposit wang sebenar di FP MarketsDeposit wang sebenar di FP Markets
    Dagangan langsungDagangan sebenar minyak mentah WTI melalui MT5 di FP MarketsDagangan sebenar minyak mentah WTI melalui MT5 di FP Markets
    Ujian pengeluaranUjian pengeluaran dana FP MarketsUjian pengeluaran dana FP Markets
    • Akaun dibuka
    • Deposit wang sebenar
    • Dagangan langsung dilaksanakan
    • Pengeluaran selesai
    Lihat ujian penuh deposit, dagangan dan pengeluaran kami
    CFD adalah instrumen yang kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan leveraj. 73.33% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko yang tinggi kehilangan wang anda.
  3. Skor Keseluruhan 4.28/5
    BERDAGANG SEKARANGBACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan
    29:12
    Akaun langsung diuji oleh BestBrokersUlasan BlackBull Markets 2026: Pendaftaran, Ujian Wang Sebenar €100 & Pengeluaran

    BlackBull Markets ialah broker ECN/STP yang menawarkan spread daripada sifar pip kepada pelanggan dengan akaun ECN Prime. Broker menyalurkan harga daripada penyedia kecairan luar seperti Goldman Sachs dan Barclays terus kepada pelanggan tanpa campur tangan meja urus niaga. Model ini memberikan ketelusan harga lebih tinggi dan pelaksanaan bawah 75 milisaat, tanpa gelinciran dalam ujian kami.

    BlackBull Markets kini berkhidmat kepada pelanggan di lebih 180 bidang kuasa dan dilesenkan oleh Financial Markets Authority of New Zealand serta Financial Services Authority of Seychelles. Portfolionya merangkumi lebih 26,000 pasaran boleh dagang, termasuk lebih 50 pasangan forex seperti EUR/USD, EUR/JPY dan GBP/TRY, ratusan CFD saham, komoditi, mata wang kripto, niaga hadapan dan indeks.

    Pasukan kami menguji akaun ECN Standard, ECN Prime dan Prime+ BlackBull Markets pada platform MT5. Platform CFD lain termasuk MT4, cTrader dan TradingView. Broker ini juga mesra mudah alih; aplikasi iOS dan Androidnya menyediakan akses penuh akaun, pemberitahuan tolak yang andal, senarai pantauan simbol dan banyak lagi.

    Bukti daripada ujian akaun langsung kami

    Ujian depositDeposit wang sebenar €100 di BlackBull MarketsDeposit wang sebenar €100 di BlackBull Markets
    Dagangan langsungDagangan sebenar EURUSD melalui MT4 di BlackBull MarketsDagangan sebenar EURUSD melalui MT4 di BlackBull Markets
    Ujian pengeluaranUjian pengeluaran wang BlackBull Markets dan fi €5Ujian pengeluaran wang BlackBull Markets dan fi €5
    • Akaun dibuka
    • Deposit wang sebenar
    • Dagangan langsung dilaksanakan
    • Pengeluaran selesai
    Lihat ujian penuh deposit, dagangan dan pengeluaran kami
  4. Skor Keseluruhan 4.19/5
    BERDAGANG SEKARANGBACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan
    26:18
    Akaun langsung diuji oleh BestBrokersUlasan Pepperstone 2026: Pendaftaran, ujian wang sebenar €100 & pengeluaran

    Pepperstone mempunyai rekod kawal selia yang bersih, pilihan produk dagangan yang luas dan spread kompetitif untuk pasangan forex utama. Broker ini menjangkau pedagang dari lebih 160 bidang kuasa serta beroperasi dengan lesen ASIC, CySEC, CMA dan DFSA.

    Pepperstone menawarkan pilihan antara akaun Standard dan Raw, masing-masing dengan spread berubah dan mentah. Akaun Raw menawarkan spread serendah 0.0 pip. Harga ini terhasil daripada model ECN tanpa meja urus niaga yang menggunakan kumpulan besar penyedia kecairan, termasuk bank tahap 1, institusi kewangan utama dan broker global lain. Kami mendapati kelajuan pelaksanaan pesanan purata 30 milisaat.

    Penetapan harga ECN tersedia untuk lebih 1,400 instrumen kewangan, termasuk indeks mata wang, komoditi, saham dan ETF. Lesennya dikeluarkan oleh pengawal selia bertaraf tinggi seperti FCA UK (684312), Australian Securities and Investments Commission (414530), Cyprus Securities and Exchange Commission (388/20) dan Dubai Financial Services Authority (F004356), antara lainnya.

    Bukti daripada ujian akaun langsung kami

    Ujian depositDeposit €100 menggunakan kad debit di PepperstoneDeposit €100 menggunakan kad debit di Pepperstone
    Dagangan langsungDagangan langsung EURUSD melalui MT5 di PepperstoneDagangan langsung EURUSD melalui MT5 di Pepperstone
    Ujian pengeluaranUjian pengeluaran dana PepperstoneUjian pengeluaran dana Pepperstone
    • Akaun dibuka
    • Deposit wang sebenar
    • Dagangan langsung dilaksanakan
    • Pengeluaran selesai
    Lihat ujian penuh deposit, dagangan dan pengeluaran kami
    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kerugian wang dengan cepat disebabkan leveraj. 74.1% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kerugian wang anda.
  5. Skor Keseluruhan 4.11/5
    BERDAGANG SEKARANGBACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan
    27:59
    Akaun langsung diuji oleh BestBrokersUlasan Vantage Markets 2026: 5 Dagangan Sebenar, Copy Trading, Yuran & Ujian Pengeluaran

    Ditubuhkan pada 2009, Vantage dikawal selia oleh beberapa pihak berkuasa, termasuk Australian Securities and Investments Commission (ASIC) dan Financial Conduct Authority (FCA). Broker berbilang lesen ini menyediakan dagangan lebih 1,000 CFD untuk pasangan mata wang, komoditi lembut dan keras, saham serta indeks. Pelanggan berpengalaman boleh melabur dalam instrumen lebih kompleks seperti bon dan dana dagangan bursa (ETF).

    Vantage menggunakan teknologi ECN untuk memproses pesanan. Dalam ujian kami, kelajuan pelaksanaannya mencapai 30 ms dan spread boleh turun kepada 0.0 pip dengan akaun Raw dan Pro ECN. Syarikat ini mendapatkan sebut harga daripada beberapa penyedia kecairan tahap 1 seperti Goldman Sachs, Citibank, Westpac, UBS, Société Générale, HSBC dan J.P. Morgan.

    Contoh pasangan mata wang yang tersedia termasuk EUR/USD, AUD/USD dan USD/JPY. Bon dan dana dagangan bursa (ETF) turut tersedia kepada pelanggan berpengalaman.

    Bukti daripada ujian akaun langsung kami

    Ujian depositDeposit €100 menggunakan kad di Vantage MarketsDeposit €100 menggunakan kad di Vantage Markets
    Dagangan langsungDagangan sebenar S&P 500 melalui MT5 Vantage MarketsDagangan sebenar S&P 500 melalui MT5 Vantage Markets
    Ujian pengeluaranUjian pengeluaran dana daripada Vantage MarketsUjian pengeluaran dana daripada Vantage Markets
    • Akaun dibuka
    • Deposit wang sebenar
    • Dagangan langsung dilaksanakan
    • Pengeluaran selesai
    Lihat ujian penuh deposit, dagangan dan pengeluaran kami
  6. Skor Keseluruhan 4.08/5
    BERDAGANG SEKARANGBACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan
    21:43
    Akaun langsung diuji oleh BestBrokersUlasan Global Prime 2026: Pendaftaran, ujian wang sebenar €100 & pengeluaran

    Global Prime menyediakan akses kepada kecairan mendalam melalui pelaksanaan pesanan ECN tanpa meja urus niaga dan sebut harga bida dan tanya yang kompetitif untuk lebih 150 instrumen dalam enam kelas aset, termasuk bon, mata wang, kripto, komoditi dan indeks.

    Pesanan pelanggan disalurkan kepada lebih 25 penyedia kecairan, termasuk Currenex dan FastMatch, sekali gus memastikan akses pasaran langsung, ketelusan dan kecairan bank tahap 1 dengan kelajuan pelaksanaan 10 ms.

    Model penetapan harga ECN broker ini menawarkan spread serendah 0.0 pip bagi akaun berasaskan komisen. Dalam ujian, kami dikenakan komisen munasabah $3.50 setiap lot, bagi setiap sisi. Dagangan CFD saham AS dengan leveraj 1:20 turut tersedia.

    Broker ini melayani pelanggan antarabangsa dengan lesen daripada ASIC (385620) dan VFSC (40256). Sokongan pelanggan tersedia 24/7, di samping pendanaan akaun tanpa yuran, tiada yuran ketidakaktifan dan perlindungan baki negatif untuk pelanggan ASIC. Pedagang berpengalaman juga boleh mendapat VPS percuma jika berdagang 20+ lot (forex, logam) dalam setiap tempoh 30 hari.

    Bukti daripada ujian akaun langsung kami

    Ujian depositDeposit sebenar €100 di Global PrimeDeposit sebenar €100 di Global Prime
    Dagangan langsungDagangan sebenar minyak mentah WTI melalui MT5 di Global PrimeDagangan sebenar minyak mentah WTI melalui MT5 di Global Prime
    Ujian pengeluaranUjian pengeluaran dana Global PrimeUjian pengeluaran dana Global Prime
    • Akaun dibuka
    • Deposit wang sebenar
    • Dagangan langsung dilaksanakan
    • Pengeluaran selesai
    Lihat ujian penuh deposit, dagangan dan pengeluaran kami
    Global Prime adalah nama dagang FMGP Trading Group Pty Ltd (ABN 74 146 086 017) dan dikawal selia oleh ASIC serta diberi lesen untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan kewangan di Australia di bawah lesen perkhidmatan kewangan Australia No. 385620. Gleneagle Securities Pty Limited yang berdagang sebagai Global Prime FX, ialah sebuah syarikat Vanuatu berdaftar (Nombor Syarikat 40256) dan dikawal selia oleh VFSC. Laman web ini dimiliki dan dikendalikan oleh FMGP Trading Group Pty Ltd, ABN 74 146 086 017.
  7. Skor Keseluruhan 4.06/5
    BERDAGANG SEKARANGBACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan
    24:55
    Akaun langsung diuji oleh BestBrokersUlasan ActivTrades 2026: Pendaftaran, ujian wang sebenar €100 & pengeluaran

    Dilesenkan dalam pelbagai bidang kuasa, termasuk Portugal dan UK, ActivTrades berkhidmat kepada lebih 100,000 pedagang dari 170 negara di seluruh dunia. Infrastruktur broker ini mampu memproses lebih 100,000 pesanan pelanggan sesaat.

    Pelanggan boleh berdagang tanpa komisen dengan spread daripada 0.5 pip bagi lebih 50 pasangan mata wang, ratusan saham, komoditi, indeks dan mata wang kripto. Sistem penghalaan automatik sepenuhnya memastikan pelaksanaan pesanan pantas, dengan kelajuan purata 0.004 saat.

    Kira-kira 93.60% daripada semua pesanan pelanggan dilaksanakan pada harga yang diminta atau lebih baik. Pedagang boleh mengurus risiko menggunakan jenis pesanan lanjutan seperti hentian mengekori progresif, segera atau batal, dan isi atau batal. Pelanggan boleh membuat pesanan melalui MT4, MT5 dan platform proprietari ActivTrader.

    Bukti daripada ujian akaun langsung kami

    Ujian depositDeposit €100 menggunakan kad debit di ActivTradesDeposit €100 menggunakan kad debit di ActivTrades
    Dagangan langsungDagangan langsung EURUSD melalui ActivTrader daripada ActivTradesDagangan langsung EURUSD melalui ActivTrader daripada ActivTrades
    Ujian pengeluaranUjian pengeluaran dana daripada ActivTradesUjian pengeluaran dana daripada ActivTrades
    • Akaun dibuka
    • Deposit wang sebenar
    • Dagangan langsung dilaksanakan
    • Pengeluaran selesai
    Lihat ujian penuh deposit, dagangan dan pengeluaran kami
    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. 72% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini.Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  8. Skor Keseluruhan 4/5
    BERDAGANG SEKARANGBACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    IC Markets telah beroperasi selama lebih 18 tahun dan tidak mempunyai buku pesanan proprietari kerana menggunakan model penetapan harga Rangkaian Komunikasi Elektronik (ECN). Infrastrukturnya bersambung kepada rangkaian 25+ penyedia kecairan, termasuk bank dan institusi kewangan utama, memberikan pelanggan akses kepada kumpulan kecairan mendalam serta harga kompetitif daripada 0.0 pip (akaun Raw).

    Model perkhidmatannya memfokuskan harga kompetitif dan teknologi dagangan untuk pelaksanaan pesanan yang cekap.

    Sistem ini disokong oleh pelayan kependaman rendah di pusat data strategik seperti Equinix NY4 di New York dan LD5 di London, bersama algoritma penghalaan pesanan yang mengoptimumkan kelajuan pelaksanaan dan kadar pengisian. IC Markets juga menawarkan akses VPS percuma kepada penggunanya, namun syarat kelayakan berbeza mengikut pelan. Pelan Standard memerlukan sekurang-kurangnya 15 lot sebulan, manakala peringkat Premium memerlukan volum bulanan 75 lot.

    IC Markets mengekalkan rekod kawal selia yang konsisten dan diawasi oleh ASIC, CySEC, CMA, FSA dan SCB. Firma ini menawarkan lebih 2,850 instrumen kewangan, termasuk 60 pasangan forex seperti EUR/USD, USD/TRY, NZD/USD dan GBP/USD. Kelas aset lain merangkumi indeks, saham, komoditi, bon, niaga hadapan dan mata wang kripto.

    CFD adalah instrumen kompleks dan melibatkan risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan penggunaan leveraj. 70.64% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan pembekal ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  9. Skor Keseluruhan 3.96/5
    BERDAGANG SEKARANGBACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    FxPro sesuai untuk pedagang yang mengutamakan pelaksanaan No Dealing Desk (NDD), kelajuan pesanan dan kos dagangan yang telus. Kebanyakan pesanan dilaksanakan dalam kurang 8 milisaat, dengan lebih 90% pesanan pasaran dipenuhi pada harga diminta atau lebih baik serta kapasiti sehingga 3,468 pesanan sesaat.

    Dari segi kos, dagangan forex dan logam spot melalui cTrader dikenakan komisen sekitar USD35 bagi setiap USD1 juta yang didagangkan, manakala posisi semalaman boleh dikenakan caj swap.

    FxPro tidak mengenakan yuran deposit atau pengeluaran, walaupun caj pihak ketiga mungkin terpakai. Broker ini turut menawarkan lebih 2,100 instrumen melalui MT4, MT5, cTrader, TradingView dan platform proprietarinya.

    Berdaganglah dengan rasa tanggungjawab. CFD adalah instrumen yang kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan penggunaan leveraj. 74% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sekiranya anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.

Apa Itu Broker Tanpa Meja Urus Niaga (No Dealing Desk – NDD)?

Broker yang menggunakan model harga tanpa meja urus niaga (NDD) bertindak sebagai perantara antara pedagang dan peserta pasaran interbank. Apabila mendapatkan harga, broker NDD bergantung kepada rangkaian penyedia kecairan yang pelbagai, biasanya bank tahap 1 dan institusi kewangan bukan bank. Bank tahap 1 merupakan bank global utama dengan sumber kewangan yang besar, sekali gus menyumbang kepada kedalaman pasaran dan spread yang ketat, manakala institusi bukan bank termasuk dana lindung nilai berskala besar dan firma pelaburan.

Bagi pedagang Malaysia, penting untuk membezakan pasaran forex dan CFD OTC daripada pasaran berpusat seperti Bursa Malaysia. Saham tersenarai di Bursa biasanya diniagakan melalui akaun perdagangan dan akaun CDS dengan broker saham berlesen, manakala banyak produk forex dan CFD runcit dilaksanakan secara OTC melalui broker dalam atau luar negara. Oleh itu, label NDD tidak menjadikan produk tersebut setara dengan perdagangan saham Bursa Malaysia atau menjamin perlindungan tempatan.

Dikenali sebagai buku pesanan (order book), Depth of Market (DOM) membolehkan pedagang melihat bekalan dan permintaan sebenar bagi sesuatu aset pada pelbagai tahap harga. Ia amat relevan bagi broker NDD kerana ia memberikan pedagang akses kepada kedalaman pasaran dan membantu memahami keseimbangan bekalan dan permintaan. Oleh kerana broker NDD menghubungkan pedagang dengan pasaran interbank atau rangkaian penyedia kecairan, DOM yang dipaparkan pada platformnya boleh mencerminkan aliran pesanan daripada pelbagai penyedia kecairan. Walau bagaimanapun, DOM pada broker OTC tidak sama dengan buku pesanan bursa berpusat seperti Bursa Malaysia, jadi maklumat ini perlu dibaca bersama spread, komisen dan dasar pelaksanaan pesanan broker.

Selain itu, model harga ini membantu mengurangkan potensi konflik kepentingan kerana broker yang menggunakannya tidak sepatutnya bergantung pada kerugian pelanggan sebagai sumber hasil utama. Ia juga membolehkan pedagang mendapat akses yang lebih langsung kepada pasaran asas. Harga diperoleh daripada kumpulan penyedia kecairan yang besar, sekali gus mengurangkan risiko gelinciran harga dan sebut harga semula (requote), walaupun kedua-duanya masih boleh berlaku ketika pasaran bergerak pantas. Pedagang berpengalaman dan profesional biasanya mengutamakan broker NDD kerana ia sering menawarkan spread mentah, pemprosesan pesanan yang lebih pantas, dan kelajuan pelaksanaan yang lebih baik.

Faktor-faktor ini secara keseluruhannya dapat mengurangkan jumlah kos perdagangan yang boleh dipertimbangkan oleh pedagang yang mengutamakan pelaksanaan perdagangan yang menjimatkan kos. Walau bagaimanapun, model harga ini juga mempunyai kelemahan. Sementara spread mentah boleh menawarkan jurang harga yang lebih kecil, ia biasanya mempunyai komisen tetap bagi setiap perdagangan.

Jika akaun anda dibiayai dalam RM tetapi akaun perdagangan berdenominasi USD, kos sebenar juga dipengaruhi oleh kadar tukaran, caj penukaran mata wang, serta caj deposit atau pengeluaran melalui pindahan bank. Contohnya, jika komisen ialah USD7.00 untuk satu pusingan perdagangan bagi lot standard, jumlah itu masih perlu ditukar kepada RM mengikut kadar yang digunakan oleh broker atau penyedia pembayaran.

Apakah Perbezaan Broker NDD dengan Penggerak Pasaran (Market Maker)?

Broker NDD biasanya menawarkan ketelusan harga yang lebih baik kerana ia memberikan pedagang akses kepada harga yang diperoleh daripada pasaran interbank atau penyedia kecairan, bergantung pada model pelaksanaan broker. Broker jenis ini memproses pesanan tanpa campur tangan meja urus niaga. Penggerak pasaran pula mengendalikan meja urus niaga dalaman, menyediakan sebut harga sendiri dan memperoleh hasil daripada perbezaan antara harga bida dan tawar.

Broker yang menggunakan meja urus niaga dikatakan “mencipta” pasaran untuk pelanggannya, justeru namanya “penggerak pasaran”. Mereka kadang-kadang berdagang bertentangan dengan posisi pelanggannya, dan ini berpotensi menimbulkan konflik kepentingan. Broker yang menggunakan model ini sering menawarkan spread tetap dan bukannya spread apungan.

Apabila seorang pedagang membuat pesanan beli dengan penggerak pasaran, broker terlebih dahulu akan cuba mencari pesanan jual yang sepadan daripada pelanggan lain dalam buku pesanannya. Apabila gagal mencari pesanan yang sepadan, penggerak pasaran akan mengambil posisi yang bertentangan dengan pesanan pelanggan. Broker jenis ini sebahagian besarnya menguruskan pesanan secara dalaman daripada mendapatkan harga secara terus daripada penyedia kecairan luaran.

Bagi pembaca di Malaysia, perbezaan ini penting apabila menilai kos sebenar sesuatu akaun. Spread tetap yang kelihatan mudah difahami tidak semestinya lebih murah, kerana kos keseluruhan bergantung pada spread, komisen, swap atau caj semalaman, kadar tukaran RM dan kaedah pelaksanaan. Dalam keadaan pasaran yang bergerak pantas, seperti ketika pengumuman kadar faedah utama atau data ekonomi AS, kedua-dua model boleh mengalami gelinciran harga; perbezaannya ialah sumber harga dan cara pesanan dihalakan.

Jenis Broker NDD

Kita boleh membezakan antara dua jenis utama broker NDD, bermula dengan model pelaksanaan pemprosesan terus (Straight Through Processing – STP). Broker STP bertindak sebagai perantara dalam transaksi dengan pelanggannya. Pesanan pelanggan dialihkan ke pelayan broker STP sebelum diserahkan kepada pihak lawan perdagangan.

Peserta pasaran interbank, penggerak pasaran, dan broker STP lain boleh bertindak sebagai pihak lawan dalam kes ini. Tiada sebut harga semula (requote) pesanan atau campur tangan meja urus niaga semasa proses ini. Kelajuan pelaksanaan, walaupun pantas, biasanya berbeza berdasarkan laluan yang diambil oleh setiap pesanan. Broker STP memperoleh hasil dengan mengenakan komisen dan menambah mark-up nominal kepada spreadnya.

Di Malaysia, istilah STP pada bahan pemasaran broker tidak harus dianggap sebagai bukti kawal selia atau jaminan kualiti pelaksanaan. Semak dasar pelaksanaan pesanan, jadual komisen, penyata risiko dan entiti undang-undang yang memegang akaun anda sebelum membuat keputusan.

Subkategori kedua broker NDD ialah syarikat yang menggunakan model rangkaian komunikasi elektronik (ECN). Dengan broker ECN, pesanan pelanggan dihantar terus ke rangkaian kecairan elektronik. Ini membolehkan broker memadankan pesanan pada harga terbaik yang tersedia tanpa campur tangan dealer atau meja urus niaga, dengan pelaksanaan yang boleh berlaku dalam beberapa milisaat. Broker ECN sebahagian besarnya memperoleh hasil daripada komisen dan lazimnya menawarkan spread berubah-ubah.

Walaupun kedua-dua broker STP dan ECN menghantar pesanan ke pasaran interbank atau rangkaian kecairan, broker ECN tidak semestinya menghubungkan pesanan kepada penyedia kecairan tertentu. Sebaliknya, ia boleh menghalakan pesanan kepada ahli lain dalam pasaran interbank, dan selalunya pihak lawan ini ialah broker besar. Dengan mengambil kira kedua-dua model pemprosesan pesanan ini, kita boleh katakan semua broker ECN juga diklasifikasikan sebagai broker STP, tetapi tidak semua broker STP tergolong dalam kategori broker ECN.

Jika broker mendakwa dirinya ECN tetapi tidak menerangkan komisen, pihak lawan, dasar gelinciran harga atau cara pesanan dilaksanakan, pedagang wajar meminta penjelasan lanjut. Ketelusan dokumen dan konsistensi pelaksanaan biasanya lebih penting daripada label pemasaran semata-mata.

Cara Mengenal Pasti Broker NDD yang Boleh Dipercayai

Apabila mencari broker NDD yang boleh dipercayai, lesen dan kawal selia adalah perkara pertama yang perlu diperiksa. Untuk pedagang di Malaysia, semakan harus bermula dengan entiti undang-undang yang membuka dan memegang akaun anda, bukan hanya nama jenama globalnya. Semak Daftar Awam Pemegang Lesen dan Orang Berdaftar SC serta Senarai Amaran Pelabur SC; jika entiti beroperasi dari Labuan, semak juga statusnya dengan Labuan FSA. Lesen Labuan atau lesen luar negara tidak semestinya sama dengan lesen SC untuk memasarkan produk kepada pelabur runcit di Malaysia.

BNM pula relevan untuk institusi kewangan, pembayaran, remitan dan dasar pertukaran asing; rujukan kepada BNM tidak dengan sendirinya membuktikan bahawa broker forex/CFD runcit diberi kebenaran untuk menerima pelanggan Malaysia. Firma broker yang turut dikawal selia oleh pengawal selia kewangan luar negara seperti FCA, ASIC, dan CySEC mungkin tertakluk kepada piawaian ketelusan harga, keselamatan, dan perlindungan pelanggan di bidang kuasa masing-masing, namun lesen luar negara perlu dibaca bersama entiti akaun sebenar, lokasi dana pelanggan dan saluran aduan yang tersedia.

Keperluan seperti pengasingan dana pelanggan, had leveraj runcit dan perlindungan baki negatif bergantung pada bidang kuasa lesen dan entiti akaun anda. Tidak semua pelanggan Malaysia yang membuka akaun dengan broker antarabangsa mendapat perlindungan yang sama seperti pelanggan di bidang kuasa asal lesen tersebut. Jika pertikaian melibatkan perantara pasaran modal yang berlesen atau berdaftar di Malaysia, SIDREC boleh menjadi saluran penyelesaian untuk tuntutan kewangan yang layak, termasuk tuntutan tertentu sehingga RM250,000. Untuk broker luar pesisir yang bukan ahli SIDREC atau tidak berada di bawah bidang kuasa Malaysia, pilihan penyelesaian pertikaian mungkin lebih terhad.

Anda juga perlu memeriksa komisen dan kos lain yang dikenakan oleh broker yang anda minati. Broker NDD terbaik di pasaran mengenakan komisen pusingan penuh yang kompetitif berbanding pesaingnya dan hanya membuat tambahan kecil (jika ada) kepada spreadnya.

Untuk akaun Malaysia, jangan hanya melihat spread yang dipaparkan pada laman utama. Semak sama ada deposit RM disokong, kadar penukaran jika akaun asas dalam USD, masa pemprosesan, caj pindahan bank dan polisi pengeluaran kepada akaun bank atas nama sendiri. Simpan juga penyata akaun, bukti deposit dan pengeluaran, serta rekod pesanan, kerana dokumen ini penting jika anda perlu membuat aduan kepada broker, SC atau SIDREC.

Perhatikan caj pembiayaan semalaman, caj pengeluaran, caj penukaran mata wang dan bayaran tidak aktif, kerana semua ini boleh mengurangkan pulangan bersih anda. Jenis akaun yang disediakan dan saiz perdagangan minimum juga perlu diambil kira. Pedagang baharu dan berskala kecil perlu mencari broker NDD yang menawarkan akaun mikro atau akaun sen yang memudahkan perdagangan dengan pecahan lot standard.

Pedagang Muslim di Malaysia juga boleh menyemak sama ada broker menawarkan Akaun Islamik atau akaun swap-free. Baca syaratnya dengan teliti kerana sesetengah broker menggantikan swap dengan caj pentadbiran atau mengenakan had tempoh pegangan; label “Islamik” tidak semestinya bermaksud produk itu mempunyai pengesahan patuh Syariah oleh penasihat Syariah di Malaysia.

Jika broker turut menyediakan CFD kripto atau akses kepada aset digital, bezakan antara kontrak derivatif/CFD dengan pembelian aset digital sebenar. Di Malaysia, pengendali pertukaran aset digital yang beroperasi sebagai RMO-DAX perlu berdaftar dengan SC; menggunakan broker luar negara untuk CFD kripto tidak sama dengan membeli aset digital melalui pengendali berdaftar tempatan.

Kelebihan dan Kekurangan Berdagang dengan Broker NDD

Berdagang dengan broker NDD mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri. Akses pasaran langsung dan kos perdagangan yang lebih telus, biasanya melalui gabungan spread mentah dan komisen, adalah antara kelebihan utamanya. Menggunakan broker NDD boleh membawa kepada kelajuan pelaksanaan yang lebih pantas kerana ia lazimnya mengautomasikan pemprosesan pesanan tanpa campur tangan manual. Struktur teknikal ini direka untuk mengurangkan latensi yang boleh meminimumkan perbezaan antara harga yang dipaparkan dan harga pelaksanaan akhir. Pedagang boleh mendapat manfaat daripada kecairan yang mendalam kerana harga diperoleh daripada kumpulan penyedia kecairan yang besar. Risiko manipulasi harga oleh meja urus niaga dan potensi konflik kepentingan dapat dikurangkan apabila berdagang tanpa campur tangan meja urus niaga.

Selain itu, broker NDD cenderung menawarkan ketelusan yang lebih besar dengan memaparkan harga pasaran sebenar yang dikumpulkan daripada pelbagai penyedia kecairan, dengan kurang campur tangan manual dan sebut harga semula. Sebagai hasilnya, ini sering membawa kepada harga yang lebih adil semasa keadaan pasaran yang tidak stabil. Banyak broker NDD juga menyediakan akses kepada platform dan alat perdagangan lanjutan yang sesuai untuk pedagang profesional dan strategi algoritma.

Untuk pedagang Malaysia yang aktif, kelebihan ini paling ketara apabila jumlah perdagangan mencukupi untuk mengimbangi komisen tetap. Contohnya, spread mentah yang rendah boleh kelihatan menarik, tetapi jika setiap posisi kecil dikenakan komisen minimum, kos per unit mungkin lebih tinggi berbanding akaun spread sahaja.

Spread berubah-ubah mungkin merupakan kelemahan terbesar apabila berurusan dengan broker NDD, ini kerana sukar untuk mengetahui dengan tepat jumlah kos perdagangan yang akan dibayar. Spread berubah-ubah boleh menjadi lebar dengan ketara semasa tempoh peningkatan volatiliti pasaran dan kecairan yang rendah.

Contohnya, semasa pengumuman kadar faedah AS atau pergerakan mendadak USD/MYR, spread pada pasangan mata wang tertentu boleh melebar dan pesanan henti rugi boleh dilaksanakan pada harga yang kurang baik daripada paras yang ditetapkan. Ini bukan semestinya tanda manipulasi, tetapi sebahagian daripada risiko pelaksanaan dalam pasaran yang bergerak pantas.

Satu lagi kelemahannya ialah potensi gelinciran harga, iaitu pesanan mungkin dilaksanakan pada harga yang berbeza daripada harga jangkaan, terutamanya semasa pasaran bergerak dengan pantas. Walaupun spread yang lebih rendah itu perkara biasa, broker NDD sering mengenakan komisen tetap bagi setiap perdagangan yang boleh menambah kos keseluruhan untuk pedagang yang sangat aktif. Tambahan pula, pedagang mempunyai kawalan terhad ke atas pelaksanaan pesanan kerana broker hanya bertindak sebagai perantara semata-mata tanpa campur tangan.

Leveraj juga perlu dinilai secara konservatif. Pada leveraj 1:100, margin RM1,000 boleh memberi pendedahan nosional kira-kira RM100,000; pergerakan harga 1% yang bertentangan boleh menghapuskan sebahagian besar margin sebelum mengambil kira komisen, spread dan gelinciran harga. Oleh itu, model NDD tidak mengurangkan risiko pasaran, risiko leveraj atau risiko kerugian melebihi deposit jika perlindungan baki negatif tidak terpakai pada entiti akaun anda.

Soalan Lazim Tentang Broker NDD

  • Adakah broker NDD menawarkan perlindungan baki negatif?

    Ini bergantung pada tempat broker NDD anda dikawal selia. Jenama yang memegang lesen daripada pengawal selia teratas seperti ASIC, CySEC, BaFin dan FCA diwajibkan secara undang-undang untuk melindungi pelanggan runcit mereka daripada baki negatif. Menurut keperluan kawal selia, mereka akan menutup secara automatik posisi berleveraj yang mengalami kerugian dengan cepat apabila baki pelanggan jatuh di bawah margin penyelenggaraan minimum.

  • Bagaimana saya dapat mengetahui sama ada broker melaksanakan pesanan tanpa campur tangan meja urus niaga?

    Broker yang dikawal selia selalunya bersikap jujur tentang dasar pemprosesannya dan mendedahkan maklumat ini kepada pelanggannya. Selain itu, broker yang mengendalikan meja urus niaga dalaman cenderung menawarkan spread tetap, manakala broker ECN mempunyai spread terapung atau berubah-ubah. Anda boleh menghubungi sokongan pelanggan untuk bertanya tentang model pelaksanaan broker.

  • Adakah broker NDD sesuai untuk pedagang yang baru bermula?

    Broker NDD sesuai untuk semua pedagang tanpa mengira pengalaman dan toleransi risiko. Banyak broker yang menggunakan model pelaksanaan ini memenuhi keperluan pelanggan yang kurang berpengalaman atau pedagang yang ingin berjimat dengan menawarkan akaun mikro dan sen, membolehkan mereka berdagang kontrak yang lebih kecil. Broker NDD yang terbaik dalam industri juga menawarkan sumber pendidikan yang lengkap untuk membantu pedagang baharu meningkatkan pengetahuan mereka tentang pasaran.

  • Adakah broker NDD menawarkan pelaksanaan pesanan yang lebih baik?

    Broker yang menggunakan model ini biasanya memberikan pelaksanaan lebih pantas berbanding penggerak pasaran. Faktor seperti lokasi pelayan dan kualiti infrastruktur juga mempengaruhi kelajuan pelaksanaan pesanan. Perisian perdagangan yang digunakan oleh broker anda juga penting. Platform pelbagai utas (multi thread) seperti MT5 cenderung berprestasi lebih baik daripada platform utas tunggal (single thread).

  • Apakah gaya perdagangan yang sesuai untuk broker NDD?

    Broker yang tidak melibatkan campur tangan meja urus niaga menawarkan pelaksanaan pesanan yang lebih pantas, menjadikannya sesuai untuk pedagang frekuensi tinggi dan scalper yang membuka dan menutup banyak perdagangan setiap hari. Pedagang aktif biasanya memilih broker yang menggunakan model ECN kerana kos perdagangan keseluruhan yang lebih rendah.

Tentang Pasukan Editorial

Matthew Levy, CFA
Matthew Levy, CFA, ialah Senior Research Analyst di BestBrokers.com dengan pengalaman dalam perkhidmatan kewangan, analisis sekuriti, pengurusan portfolio dan dagangan. Kerja beliau menyokong proses pengujian broker melalui penyelidikan terperinci, analisis kewangan yang jelas dan pemahaman yang kukuh tentang perkara yang diperlukan oleh pedagang dan pelabur daripada platform dagangan dalam talian yang boleh dipercayai. Beliau juga merupakan salah seorang penyumbang utama yang bertanggungjawab membangunkan dan memperhalusi metodologi pengujian yang digunakan di seluruh BestBrokers.com.
Sahkan sijil CFA
Zornitsa Stefanova
Zornitsa Stefanova ialah Financial Research and Platform Testing Analyst di BestBrokers.com, dengan pengkhususan dalam ulasan praktikal terhadap platform dagangan forex, kripto dan saham. Beliau menilai broker daripada perspektif pengguna dengan menguji aspek utama seperti pembukaan akaun, syarat dagangan, kebolehgunaan platform, pasaran yang tersedia dan kebolehpercayaan keseluruhan.
Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.