Laman Utama » Broker Perdagangan Emas Terbaik pada 2026
Ditulis oleh Emmanuel Ifeanyi
Emmanuel Ifeanyi Ekwomadu ialah seorang penulis kandungan kewangan yang pakar dalam perdagangan Forex, Saham dan Kripto. Beliau merupakan individu di sebalik kebanyakan ulasan broker yang anda akan temui di BestBrokers.com
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Jika anda ingin melabur dalam emas dan komoditi lain, anda terlebih dahulu mesti mencari platform sesuai yang menawarkan spread kompetitif, komisen rendah, dan alat analisis yang mencukupi. Perkara ini bukan mudah, terutamanya apabila banyak bilangan broker dalam talian yang muncul dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Di bawah ini, anda akan menemui senarai broker perdagangan emas terbaik yang kami pilih berdasarkan beberapa faktor penilaian, termasuk skor Trustpilot, pengawalseliaan, yuran untuk membeli dan menjual emas sebagai CFD, kelajuan pelaksanaan perdagangan, kaedah deposit, dan kepantasan pengeluaran.

1Plus500 US logoPlus500 US
Rating: 4.2 ⭐
Kandungan ini hanya terpakai kepada Plus500 US dan pelanggan dari Amerika Syarikat. Perdagangan niaga hadapan melibatkan risiko kerugian.
Penilaian Tertinggi
2eToro logoeToro
Rating: 4.2 ⭐
50% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
3Fusion Markets logoFusion Markets
Rating: 4.8 ⭐
74-89% daripada akaun CFD pelabur runcit kehilangan wang
4FP Markets logoFP Markets
Rating: 4.9 ⭐
73.33% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
5BlackBull Markets logoBlackBull Markets
Rating: 4.8 ⭐
Perdagangan produk berleveraj adalah berisiko
6Pepperstone logoPepperstone
Rating: 4.4 ⭐
72.9% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang

Mungkin anda masih baharu dalam perdagangan komoditi dan tidak mengetahui faktor-faktor yang perlu dijadikan panduan apabila memilih broker. Jangan risau, BestBrokers ada di sini untuk menjelaskan kekeliruan dengan pilihan menyeluruh platform perdagangan emas yang dipercayai untuk anda pertimbangkan. Kami mengetengahkan broker perdagangan emas yang paling boleh dipercayai supaya anda mempunyai peluang yang adil untuk berjaya dalam pelaburan komoditi anda.

Mengulas dan menilai laman web perdagangan adalah kepakaran kami. Pasukan kami terdiri daripada penulis, editor, dan pedagang mahir yang tahu tentang ciri-ciri yang menjadikan sebuah broker dalam talian itu terbaik. Tiada masa untuk membaca ulasan penuh kami? Tidak mengapa, di bawah ini anda akan menemui senarai terperinci broker perdagangan emas terbaik di pasaran, beserta rating yang tidak berat sebelah untuk tujuan perbandingan.

Broker Emas Terbaik

  1. DEPOSIT MINIMUM
    $0
    SAIZ MINIMUM PERDAGANGAN
    0.01 untuk logam dan komoditi lain
    CARA BERDAGANG
    CFD
    PIHAK KAWAL SELIA
    Diselia oleh ASIC (Australia), VFSC (Vanuatu) dan FSA (Seychelles)
    YURAN
    Tiada komisen untuk Akaun Standard, purata spread XAU/USD 1.70 pip; komisen $4.50 pusingan penuh untuk Akaun Zero, purata spread XAU/USD 0.80 pip
    KOMODITI LAIN
    Perak, zink, tembaga, platinum, aluminium, nikel, plumbum, paladium, minyak WTI, minyak Brent, gas asli, kacang soya, gula mentah, gula putih, koko, kopi robusta, kopi arabika, jus oren, kapas, jagung, gandum
    Gleneagle Asset Management Limited (ABN 29 103 162 278) yang berdagang sebagai Fusion Markets adalah penerbit Produk Fusion Markets yang dihuraikan dalam komunikasi ini. Perdagangan dalam Produk Fusion Markets melibatkan potensi keuntungan serta risiko kerugian yang mungkin jauh melebihi jumlah deposit awal anda dan ia tidak sesuai untuk semua pelabur. Anda harus membaca semua Terma Perkhidmatan Produk Kewangan ini, Kenyataan Pendedahan Produk (PDS) dan Panduan Perkhidmatan Kewangan (boleh didapati di laman web kami) dengan teliti, mempertimbangkan keadaan kewangan, keperluan dan objektif anda untuk melabur dalam Produk Fusion Markets ini dan mendapatkan nasihat kewangan bebas.

    Fusion Markets ialah broker Forex dan komoditi yang berorientasikan pasaran Australia dan berhasrat untuk memberikan akses yang lebih mudah, pantas dan kos efefktif ke pasaran global. Entiti perdagangan yang dikawal selia oleh ASIC ini menawarkan kadar komisen yang kira-kira 36% lebih rendah berbanding pesaing terdekatnya. Pelanggan tidak dihadkan oleh saiz akaun minimum dan boleh menggunakan perkhidmatan perdagangan salin (copy trading) untuk menyalin posisi pelanggan Fusion yang berprestasi tinggi.

    Broker Australia yang mesra ini menyokong rangkaian lebih 250 pasaran kewangan untuk perdagangan, termasuk lebih 90 pasangan mata wang fiat, indeks ekuiti dan CFD saham. Terdapat juga pelbagai komoditi keras dan lembut untuk didagangkan.

    Pelanggan boleh mempelbagaikan portfolio mereka dengan logam berharga, tenaga dan produk pertanian, semuanya boleh didagangkan melalui CFD dengan leveraj. Fusion Markets menawarkan pelaksanaan No Dealing Desk (NDD) untuk perdagangan komoditi.

    Dua jenis akaun disediakan – Zero dan Classic. Spread pada akaun Zero bermula pada sifar pip, dengan komisen pusingan penuh sebanyak $4.50 setiap lot standard untuk logam berharga. Purata spread untuk XAU/USD ialah sekitar 0.80, tetapi berbeza untuk logam berharga lain.

    Pelanggan runcit Australia yang berdagang secara margin boleh menggunakan leveraj maksimum 1:20 untuk posisi emas dan 1:10 untuk komoditi lain. Pedagang profesional dan pelanggan yang mendaftar melalui versi Fusion Markets yang dikawal selia oleh VFSC boleh menggunakan leveraj sehingga 1:500 untuk logam berharga.

  2. DEPOSIT MINIMUM
    $50 (AU$100)
    SAIZ PERDAGANGAN MINIMUM
    1.00
    CARA BERDAGANG
    ETF dan CFD
    PIHAK PENGAWAL SELIA
    ASIC (Australia), CySEC (Cyprus), FSA (Seychelles), SCB (Bahamas), FSCM (Mauritius), CMA (Kenya)
    YURAN
    Tiada komisen dan purata spread 0.26 pip pada XAU/USD untuk Akaun Standard; US$3 setiap sisi dan spread minimum 0.07 pip pada XAU/USD untuk Akaun Raw
    KOMODITI LAIN
    Perak, Minyak Mentah, Gas Asli, Gandum, Beras, Kopi, Kapas, Kacang Soya, Gula, Koko, Ternakan & Daging, dan lain-lain
    CFD ialah instrumen yang kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. 73.33% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.

    Ditubuhkan pada tahun 2005, FP Markets ialah broker runcit yang menawarkan peluang kepada pelanggan untuk berdagang CFD di lebih daripada 10,000 pasaran merentasi semua kelas aset utama. Jika anda mencari broker bereputasi untuk disertai dan mula berdagang emas, perak atau komoditi lain, anda pasti akan mendapat manfaat dengan membuka akaun di FP Markets.

    Selain menawarkan akaun kepada pedagang runcit dan profesional, jenama ini juga membenarkan pelanggannya memilih antara dua model akaun yang menampilkan harga kompetitif dan pelbagai instrumen perdagangan. Akaun Standard FP Markets menarik kerana tiada komisen yang dikenakan pada setiap perdagangan, dengan purata spread yang kompetitif, iaitu sekitar 0.26 pip pada XAU/USD. Sementara itu, mereka yang memilih model akaun Raw akan membayar komisen kecil sebanyak $3 setiap sisi dan spread ketat yang bermula pada 0.07 pip untuk XAU/USD.

    Untuk mengaktifkan salah satu jenis akaun dan mula berdagang, anda hanya perlu mendepositkan $50 ke dalam baki anda, atau A$100 jika akaun anda dinyatakan dalam dolar Australia. Pedagang yang berminat dengan emas boleh berdagang harga spot logam itu terhadap dolar AS, euro dan dolar Australia. Ahli FP Markets juga boleh berdagang perak, paladium, minyak mentah, gas asli, beras, kopi dan pelbagai komoditi keras dan lembut yang lain.

  3. DEPOSIT MINIMUM
    $0 untuk Standard dan ECN Prime; $20,000 untuk ECN Institutional
    SAIZ MIN PERDAGANGAN
    0.01 lot (50 maksimum)
    CARA BERDAGANG
    CFD Spot Emas, CFD Niaga Hadapan
    PIHAK KAWAL SELIA
    FMA (New Zealand); FSA (Seychelles)
    YURAN
    Akaun Standard - spread dari 0.8 pip dan tanpa komisen; Akaun ECN Prime- spread dari 0.0 pip dan komisen $6 setiap lot; Akaun ECN Institutional - spread dari 0.0 pip dan komisen $4 setiap lot
    KOMODITI LAIN
    Minyak Mentah, Platinum, Perak, Aluminium, Paladium, Tembaga, Plumbum, Zink
    Perdagangan Forex dengan margin membawa tahap risiko yang tinggi dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Tahap leverage yang tinggi boleh memberi kesan kepada anda sama ada menguntungkan atau merugikan. Sebelum membuat keputusan untuk berdagang Forex, anda perlu mempertimbangkan dengan teliti objektif pelaburan, tahap pengalaman dan selera risiko anda. Wujud kemungkinan anda boleh menanggung kerugian sebahagian atau keseluruhan pelaburan awal anda dan oleh itu, anda tidak seharusnya melaburkan wang yang anda tidak mampu terima kerugiannya. Anda mesti tahu semua risiko yang berkaitan dengan perdagangan forex dan mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan tentang cara sesuatu kerugian akan menjejaskan gaya hidup anda.

    Ditubuhkan pada tahun 2014, BlackBull Markets ialah broker terkenal kerana menawarkan spread yang ketat, yuran yang rendah dan menawarkan banyak peluang untuk pedagang antarabangsa. BlackBull dikawal selia oleh Financial Markets Authority (FMA) dan Financial Services Authority Seychelles (FSA), memastikan keselamatan sambil menawarkan leveraj yang tinggi dan akses kepada lebih daripada 26,000 pasaran, termasuk beribu-ribu saham.

    Bagi mereka yang ingin berdagang emas, BlackBull Markets menawarkan harga yang kompetitif dengan spread rendah dan leveraj maksimum 1:500. Dengan tumpuan utama pada penyediaan keadaan perdagangan yang berkualiti, broker ini memastikan pedagang runcit boleh mengakses emas spot dan logam berharga lain melalui CFD. CFD niaga hadapan untuk emas juga disediakan kepada pelanggan BlackBull. Spread untuk akaun Standard biasanya bermula pada 0.8 pip dan tanpa komisen, menawarkan keseimbangan yang baik antara kos dan kelajuan pelaksanaan.

    Broker ini juga menyediakan platform perdagangan yang canggih seperti cTrader, TradingView, MetaTrader 4 dan MetaTrader 5,  menawarkan semua alat dan ciri yang diperlukan untuk perdagangan emas yang berjaya. Selain emas, BlackBull Markets juga menawarkan komoditi lain seperti perak, minyak dan gas asli, memberikan pedagang pelbagai pasaran untuk diterokai.

    Jika anda berminat untuk berdagang emas melalui broker yang bereputasi dengan spread yang ketat, teknologi yang canggih dan pilihan leveraj yang fleksibel, anda patut mempertimbangkan BlackBull Markets.

  4. DEPOSIT MINIMUM
    $100
    SAIZ MIN PERDAGANGAN
    1.00
    CARA BERDAGANG
    CFD, ETF Emas, CFD Niaga Hadapan
    PIHAK KAWAL SELIA
    FCA (United Kingdom), CySEC (EEA), FSA (Jepun), CBI (Ireland), ISA (Israel), FRSA (Abu Dhabi), FSC (Kepulauan Virgin British), ASIC (Australia), FSCA (Afrika Selatan)
    YURAN
    Purata spread 0.37 mata (0.34 mata untuk niaga hadapan emas)
    KOMODITI LAIN
    Perak, tembaga, platinum, paladium, minyak mentah, minyak Brent, gas asli, minyak pemanas, petrol, jagung, gandum, kopi, kacang soya, gula, kapas, koko
    CFD adalah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh penggunaan leveraj. 71% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.

    AvaTrade ialah sebuah broker dalam talian yang mapan dan telah menawarkan perkhidmatan perdagangan premium hampir selama 20 tahun. Ia beroperasi di enam benua di bawah pengawasan pengawal selia kelas satu seperti FCA, ASIC, CBI, dan CySEC. Pedagang dalam talian yang menyertai firma broker terkemuka ini mendapat akses kepada lebih 1,000 pasaran kewangan melalui CFD, merangkumi kelas aset utama seperti pasangan mata wang, bon, sekuriti perbendaharaan, indeks, dan saham.

    Pelanggan yang ingin berdagang emas boleh melakukannya melalui kontrak untuk perbezaan (CFD) yang membolehkan mereka meningkatkan pendedahan posisi dengan leveraj maksimum 1:20 untuk akaun runcit dan 1:200 untuk akaun profesional. Purata spread untuk emas ialah 0.37, dengan margin 5% untuk pelanggan runcit. Selain itu, pelanggan yang didaftarkan mempunyai akses kepada ETF seperti Market Vectors TR Gold Miners di mana spread biasa ialah 0.13% dengan saiz perdagangan minimum 10. Perdagangan CFD niaga hadapan emas juga boleh dilakukan.

    Emas bukanlah satu-satunya pilihan bagi pedagang komoditi yang menyertai AvaTrade. Broker ini menawarkan logam berharga dan separa berharga lain seperti tembaga, paladium, perak, dan platinum. Tenaga dan komoditi pertanian juga disediakan, contohnya gandum, gula, gas asli, dan minyak mentah. Pembukaan akaun di AvaTrade memerlukan modal permulaan yang rendah kerana jumlah deposit minimum ialah $100 sahaja. Pedagang boleh membiayai baki perdagangan sebenar mereka menggunakan kad, dompet digital, dan perbankan dalam talian.

  5. DEPOSIT MINIMUM
    $10
    SAIZ MIN PERDAGANGAN
    0.01
    CARA BERDAGANG
    Emas spot, CFD dan ETF
    PIHAK KAWAL SELIA
    FCA (United Kingdom), CySEC (Cyprus), ASIC (Australia), BaFin (Jerman), SCB (Bahamas), DFSA (Dubai), CMA (Kenya)
    YURAN
    Spread minimum 0.05 mata, spread purata 0.15 mata pada XAU/USD untuk akaun Standard dan Razor; komisen $3.50 dikenakan bagi setiap sisi untuk posisi forex yang didagangkan melalui akaun Razor
    KOMODITI LAIN
    Perak, tembaga gred tinggi, paladium, platinum, koko, jagung, kopi, babi kurus, kapas, lembu hidup, kayu gergaji, gula, oat, jus oren, beras kasar, kacang soya, minyak kacang soya, dedak kacang soya, gandum, minyak mentah, minyak Brent, petrol, gas asli
    CFD adalah instrumen yang kompleks dan melibatkan risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan leveraj. 72.2% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi, dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.

    Diasaskan pada tahun 2010, Pepperstone menawarkan perkhidmatan perdagangan yang cemerlang dengan spread yang sentiasa kompetitif. Broker ini merupakan sebuah syarikat yang mempunyai banyak kawal selia dengan pejabat berdaftar di London, Dubai, Cyprus, Dusseldorf, Nairobi, dan Melbourne. Pelanggan Pepperstone boleh memanfaatkan pelbagai kaedah pembiayaan tanpa yuran, pelbagai perlindungan pelabur, dan pelaksanaan pesanan yang purata masanya adalah 30 milisaat.

    Firma terkenal ini telah mendapat kepercayaan lebih 750,000 pelanggan yang berpuas hati di seluruh dunia dan mencatatkan volum perdagangan bulanan purata $400 bilion. Di Pepperstone, pedagang akan menemui lebih daripada 1,470 instrumen kewangan merentasi semua kelas aset, termasuk indeks, pasangan forex, mata wang kripto, dan komoditi.

    Pelanggan runcit boleh berdagang emas melalui kontrak untuk perbezaan (CFD), dengan nisbah leveraj maksimum 1:20 di bawah peraturan ASIC, DFSA dan FCA. Mereka yang mendaftar Pepperstone melalui versi yang dikawal selia oleh SCB boleh menggunakan leveraj maksimum 1:200 untuk logam berharga seperti emas dan perak.

    Selain itu, Pepperstone membolehkan pelanggan mengakses pasaran emas melalui CFD ETF, menawarkan dana perdagangan bursa seperti VanEck Vectors Gold Miners, Perth Mint Gold, ETFS Gold Trust dan SPDR Gold Trust. Pedagang emas boleh mempelbagaikan portfolio mereka dengan pelbagai komoditi keras dan lembut lain, termasuk perak, tembaga gred tinggi, platinum, gas asli, minyak mentah, gula dan kopi.

  6. DEPOSIT MINIMUM
    $0
    SAIZ MIN PERDAGANGAN
    0.01 lot untuk emas spot (maksimum 50 lot)
    CARA BERDAGANG
    CFD pada emas spot, ETF emas
    PIHAK KAWAL SELIA
    FCA (United Kingdom), CMVM (Portugal), CVM (Brazil), SCB (Bahamas), FSC (Mauritius)
    YURAN
    Tiada komisen, spread sasaran 0.25 mata
    KOMODITI LAIN
    Paladium, perak, minyak mentah, diesel, minyak Brent, jus oren, gas asli, koko, bijirin oat, kopi robusta, jagung, gula, kacang soya, pelepasan karbon, tembaga, gandum
    CFD adalah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. 75% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.

    Sebagai perintis dalam perdagangan dalam talian, ActivTrades berpegang pada standard kawal selia tertinggi bagi memastikan pengalaman perdagangan yang lancar dalam persekitaran yang selamat dan telus. Broker ini telah berurusan dengan pelanggan selama lebih 20 tahun. Ia kini memegang lesen daripada FCA di UK, CMVM di Portugal, CVM di Brazil, SCB di Bahamas, dan FSC di Mauritius. Sebagai broker pelbagai aset  yang sebenar, ActivTrades menyediakan banyak pilihan untuk mempelbagaikan portfolio dengan rangkaian produk merangkumi lebih 1,100 pasaran kewangan.

    Pelanggan boleh mendapatkan pendedahan kepada pasaran emas melalui kontrak untuk perbezaan (CFD) dan tidak akan dikenakan komisen tersembunyi kerana ActivTrades memperoleh keuntungan daripada spread dan yuran swap bagi posisi semalaman. Spread untuk CFD emas spot purata ialah 0.25 mata. Saiz posisi bagi pasaran ini adalah antara 0.01 hingga 50 lot (sehingga 300 lot bagi ETF emas). Entiti Mauritius menawarkan leveraj yang ditingkatkan sehingga 1:1000 untuk emas. Pelanggan di UK dan Eropah boleh mengukuhkan pendedahan mereka kepada pasaran emas dengan leveraj maksimum 1:20, namun mereka boleh meningkatkan nisbah tersebut jika layak untuk akaun perdagangan profesional. Perlindungan baki negatif disediakan di semua entiti.

    Pelanggan yang baru mendaftar boleh mencuba perkhidmatan broker ini melalui akaun demo percuma yang aktif selama 30 hari dengan pilihan untuk membuka akaun baharu selepas akaun lama tamat tempoh. Pedagang yang cukup berpengalaman untuk memulakan dengan wang sebenar boleh memilih antara akaun individu dan akaun bebas swap. Akaun profesional hanya disediakan untuk pedagang di UK dan EU. Tiada had untuk deposit minimum.

Membandingkan purata spread untuk Emas bagi broker yang dipaparkan

Carta dimuatkan

Perbandingan Komprehensif 6 Broker Perdagangan Emas Teratas

Broker EmasPerdagangan Emas SpotCFD EmasKomisenLeveraj MaksimumJumlah Minimum Boleh DidagangkanMinimum AkaunCara Lain untuk BerdagangRating Trust Pilot
1. FP MarketsYaYaUSD3 bagi setiap pihak pada akaun Raw01:200.01 lotUSD50.00Tidak berkenaan4.9 ⭐
2. Fusion MarketsTidakYaUSD2.25 setiap sisi1:20 (ASIC)
1:500 (VFSC)
0.01 lot (USD0.10 setiap pip)$0Tidak berkenaan4.8 ⭐
3. AvaTradeYaYaTiada untuk CFD emas1:20 (Runcit)
1:200 (Profesional)
1.0 lot (100 t oz)USD100.00Opsyen, niaga hadapan, Bitcoin Gold, ETF4.7 ⭐
4. PepperstoneYaYaTiada maklumat untuk CFD emas.1:20 (Runcit)
1:500 (Profesional)
0.01 lot$0ETF, kontrak hadapan4.4 ⭐
5. AxiYaYaTiada pada akaun Standard, USD7 bagi transaksi pusingan penuh pada akaun Pro1:20 (Runcit)
1:100 (Profesional)
0.01 lotUSD0 untuk akaun StandardNiaga hadapan4.2 ⭐
6. FXTMYaYaUSD25 bagi setiap juta nilai nosional pada Advantage Accounts1:200.01 lotUSD500 untuk akaun Advantage dan Advantage PlusTidak berkenaan2.7 ⭐

Pendekatan dan Metodologi Rating Kami

  1. Kami berdagang dengan setiap broker yang kami ulas

    BestBrokers.com menonjol dalam lautan laman web ulasan dengan pendekatan berasaskan pengalaman pertama. Kami membuka akaun langsung di semua broker untuk pelabur kendiri yang kami ulas supaya kami dapat menilai kelebihan dan kekurangan setiap laman web yang kami sarankan dengan betul. Setiap ulasan yang kami terbitkan adalah berdasarkan pengalaman peribadi kami dengan firma broker tersebut, menerangkan kekuatan dan kelemahannya dengan telus.

  2. Kami sentiasa mengambil kira maklum balas pedagang lain

    Kami menggabungkan pengalaman luas kami dengan maklum balas pedagang untuk memberikan perspektif yang adil tentang perkara yang anda boleh jangkakan daripada setiap broker emas yang dicadangkan. Pasukan kami sentiasa memperbaiki metodologi dan menilai semula kriterianya untuk kekal selaras dengan industri perdagangan dalam talian yang sentiasa berubah.

  3. Kami memberi penarafan berdasarkan pelbagai kriteria

    Selain menambah ulasan broker baharu dalam senarai kami, kami berusaha untuk memastikan ulasan lama sentiasa dikemas kini supaya pembaca sentiasa mempunyai akses kepada maklumat yang tepat. Kami menilai broker berdasarkan pelbagai kriteria, termasuk pengawalseliaan, perisian, jenis instrumen kewangan, jenis akaun, sokongan, kos, dan pembayaran.

    Setiap kriteria ini dinilai secara berasingan sebelum kami memberikan penilaian akhir berdasarkan hasil dan pengalaman keseluruhan dengan broker tersebut. Pasukan kami akan meninjau semula firma broker tersebut untuk memastikan ia mengekalkan kualiti perkhidmatan yang sama. Jika tidak, penarafan akan dikemas kini untuk mencerminkan perubahan pada harga dan ciri platform.

Senarai Semak Penilaian Broker Emas Kami

Mengulas broker dalam talian bukanlah tugas satu dimensi, justeru itu kami menilai beberapa kriteria semasa proses penilaian. Broker diberikan skor berdasarkan prestasinya dalam setiap aspek utama pada senarai semak kami sebelum kami memberi rating akhir. Pasukan kami menggunakan sistem rating lima bintang, membundarkan skor kepada setengah bintang terdekat.

Lesen dan Latar Belakang Pengawalseliaan

Kami hanya mengesyorkan broker emas yang mempunyai latar belakang pengawalseliaan yang kukuh kerana kami mengutamakan keselamatan para pembaca dan dana mereka. Pengulas kami memberi keutamaan kepada laman web perdagangan yang memegang lesen daripada badan pengawal selia kewangan peringkat tinggi seperti CySEC, ASIC, FCA, CFTC, BaFin, dan FINMA, serta lain-lain.

Jenis Akaun

Broker emas memperoleh markah yang tinggi dalam aspek ini jika ia memenuhi keperluan pedagang melalui pelbagai jenis akaun. Kami mencari akaun profesional dan runcit yang mampu memenuhi keperluan pengguna yang berbeza berdasarkan saiz modal dan objektif perdagangan mereka. Pasukan kami juga mengambil kira jumlah deposit minimum akaun, iaitu jumlah terendah yang diperlukan untuk membuka akaun dan mula berdagang.

Kos Perdagangan

Pengulas BestBrokers mengumpulkan maklumat tentang kos perdagangan bagi pelbagai kelas aset, termasuk emas dan komoditi. Mereka menyelidik secara mendalam untuk mendedahkan kemungkinan yuran tersembunyi dengan mengambil kira kedua-dua kos perdagangan dan bukan perdagangan seperti komisen, kos rollover, caj pengeluaran, penukaran mata wang, dan yuran tidak aktif.

Platform Perdagangan

Mencapai keuntungan adalah mustahil jika anda menggunakan platform yang direka dengan lemah dan mempunyai pelaksanaan pesanan yang perlahan. Kami menguji perisian perdagangan broker yang kami ulas untuk memastikan ia memberikan pengalaman pengguna yang memuaskan. Pengulas menilai aspek-aspek seperti kelajuan pelaksanaan pesanan, kebolehsuaian, jenis pesanan, dan kepelbagaian ciri.

Keserasian Mudah Alih

Laman web perdagangan yang baik mesti serasi pada semua peranti, dengan aplikasi asli dan web yang intuitif serta berjalan lancar pada pelbagai peranti mudah alih. Firma broker yang lemah dari segi ini akan mendapat skor yang kurang.

Instrumen Kewangan

Kami juga menilai laman web perdagangan berdasarkan kepelbagaian instrumen kewangan dan kelas aset yang ditawarkan. Semakin banyak pilihannya, semakin tinggi skor yang diperoleh. Dalam konteks komoditi, kami mencari pilihan seperti logam, tenaga, dan produk pertanian.

Pelaksanaan Perdagangan

Broker emas yang komited dalam menyediakan pelaksanaan pesanan yang berkualiti tinggi dan pantas akan mendapat skor tertinggi dalam kategori ini. Pelaksanaan yang pantas mengurangkan gelinciran harga yang negatif semasa tempoh turun naik yang tinggi, sekali gus menyumbang kepada pulangan jangka masa panjang yang lebih tinggi bagi pedagang.

Kaedah Pembayaran

Ahli pasukan kami membuat deposit dan pengeluaran wang sebenar dari akaun langsung yang mereka buka untuk menilai keseluruhan proses pembayaran di firma broker. Ini membantu kami menilai aspek-aspek seperti tempoh pemprosesan, kos berkaitan pembayaran, dan jenis-jenis kaedah perbankan.

Sokongan Pelanggan

Pengulas menghubungi kakitangan sokongan melalui setiap saluran komunikasi yang disediakan (e-mel, telefon, dan sembang langsung) untuk menilai tahap profesionalisme dan layanan mereka terhadap pelanggan. Skor untuk aspek ini adalah berdasarkan beberapa interaksi dengan wakil sokongan.

Penyelidikan dan Bahan Pendidikan

Bahagian pendidikan yang menyeluruh dan tersusun rapi sentiasa menaikkan rating broker dalam bahagian ini. Semua laman web perdagangan yang baik memenuhi keperluan pedagang yang kurang berpengalaman dengan pelbagai alat dan bahan pengajaran seperti panduan komoditi, sentimen pasaran, video, webinar, dan podcast.

Keselamatan dan Jaminan Dana

Pasukan BestBrokers.com menilai perlindungan pelabur di setiap laman web dengan teliti untuk memastikan pedagang mempunyai saluran perlindungan sekiranya broker mengalami masalah kewangan. Kami hanya mengesyorkan broker yang menawarkan perlindungan baki negatif, pengasingan dana pelanggan, dan pampasan pelabur. Firma broker yang bekerjasama dengan institusi kewangan tahap 1 untuk menyimpan aset dan modal pelanggan mereka akan mendapat markah tambahan.

Cara Membuka Akaun Perdagangan Emas

Apabila mengulas tentang broker emas, kami memberi perhatian khusus kepada kemudahan proses pendaftaran itu sendiri. Ahli pasukan kami mengambil kira prosedur pengesahan yang sepatutnya cepat dan tidak sukar. Di bawah ini, kami memberikan panduan langkah demi langkah untuk membuka akaun di broker emas teratas pilihan kami. Anda boleh mula melabur dalam emas dalam masa kurang daripada sepuluh minit.

  1. Masukkan maklumat peribadi dan butiran perhubungan untuk memulakan, termasuk nama anda seperti yang tertera pada kad pengenalan, e-mel, dan nombor telefon. Sesetengah broker memberi pilihan pintasan untuk mendaftar melalui akaun Facebook atau Google.
  2. Tetapkan profil pengguna anda dengan mengisi tarikh lahir dan alamat tetap, termasuk poskod bandar anda.
  3. Lengkapkan soal selidik supaya broker dapat menilai pengalaman perdagangan anda. Jika anda membuka akaun margin, mereka akan bertanya kekerapan anda pernah berdagang menggunakan leveraj dan purata volum perdagangan anda yang menggunakan leveraj. Anda juga perlu menjawab beberapa soalan lagi untuk memberi gambaran tentang pengetahuan anda tentang derivatif.
  4. Pilih jenis akaun dan platform perdagangan pilihan anda berdasarkan objektif individu dan matlamat perdagangan. MetaTrader 5 (MT5) dan MetaTrader 4 (MT4) adalah antara pilihan yang paling biasa.
  5. Selesaikan pendaftaran dengan maklumat tentang status pekerjaan semasa anda, sumber dana, pendapatan tahunan, dan anggaran nilai pelaburan anda. Setuju dengan terma perkhidmatan, tetapi hanya selepas anda membacanya terlebih dahulu.
  6. Sahkan akaun anda dengan memuat naik salinan dokumen yang diminta. Ini termasuk pasport, lesen memandu, atau kad pengenalan (depan dan belakang), penyata bank, atau bil utiliti terkini. Disebabkan pengawalseliaan, ramai broker dalam talian mengkehendaki anda mengesahkan identiti sebelum anda boleh membuat deposit atau berdagang dengan mereka.
  7. Pergi ke bahagian pembayaran dan pilih kaedah deposit pilihan anda untuk menambah baki. Deposit adalah segera untuk semua broker yang kami senaraikan untuk anda. Tahniah, kini anda bersedia menakluk pasaran komoditi!

Komoditi Lain yang Boleh Diddagangkan Selain Emas

Broker dalam talian yang kami syorkan membenarkan anda berdagang pelbagai komoditi yang lain, ini merupakan cara terbaik untuk mempelbagaikan portfolio anda. Komoditi ini terbahagi kepada dua kategori utama, keras dan lembut.

Kumpulan komoditi keras merangkumi sumber semula jadi yang memerlukan perlombongan atau bentuk perlombongan lain daripada bumi. Kategori komoditi lembut pula termasuk produk pertanian yang memerlukan penanaman, bukan perlombongan. Dua jenis utama ini boleh dibahagikan lagi kepada empat subkumpulan seperti berikut:

  1. Komoditi tenaga merupakan subkumpulan penting kerana ia memberi impak paling besar dalam kehidupan seharian kita. Harganya mempengaruhi segala-galanya, daripada kos makanan yang kita ambil sehingga harga pakaian yang kita pakai. Subkumpulan ini merangkumi produk seperti petrol, gas asli, minyak mentah, arang batu, dan uranium.
  2. Komoditi logam adalah bahan yang digunakan dalam industri perhiasan, pembuatan, dan pembinaan. Ramai juga orang yang bergantung padanya untuk kepelbagaian dalam pelaburan. Kumpulan ini merangkumi logam berharga seperti emas, perak, tembaga, paladium, dan platinum. Anda juga boleh berdagang logam asas seperti besi, nikel, aluminium, dan zink, serta lain-lain.
  3. Komoditi pertanian merangkumi produk daripada pokok yang digunakan terutamanya sebagai sumber makanan, walaupun sesetengah daripadanya digunakan dalam industri pakaian dan pembuatan. Contohnya termasuk gula, jagung, kacang soya, kopi, gandum, koko, kapas, bulu, babi, dan lain-lain.
  4. Komoditi alam sekitar adalah kategori yang agak baharu dan merangkumi kredit tenaga tak ketara yang nilainya diperoleh daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan gas rumah hijau dan menggalakkan sumber tenaga yang bersih. Subkumpulan baru ini termasuk penjimatan tenaga, tenaga boleh diperbaharui, dan sijil pelepasan karbon.

Perdagangan Spot Emas, Pegangan Emas dan Perdagangan CFD Emas

Apabila anda berdagang spot emas, anda secara praktikalnya membeli dan menjual logam berharga ini dengan serta-merta, iaitu pada harga semasa sebagai pertukaran untuk sesuatu mata wang. Anda juga boleh melabur dalam emas fizikal jika mahu. Kelebihan utama membeli emas fizikal dan memegangnya ialah anda memiliki logam yang nilainya bertahan lama, berfungsi sebagai lindung nilai yang baik terhadap inflasi.


goldMemegang emas memerlukan kos tambahan penyimpanan dan insurans – Anda harus ingat bahawa memegang emas fizikal boleh menjadi agak mahal dalam jangka masa panjang. Anda perlu membayar kos tambahan untuk penyimpanan atau insurans kerana risiko kecurian dan rompakan yang lebih tinggi. Alternatifnya adalah memilih sijil pemilikan emas yang menyerupai nota bank dan berfungsi sebagai bukti bahawa anda memiliki sejumlah emas tertentu.


cfdCFD memberi pendedahan yang lebih besar kepada pasaran emas dan komoditi – Anda boleh memperoleh pendedahan yang lebih besar kepada pasaran emas dengan membeli derivatif seperti kontrak untuk perbezaan (CFD). Instrumen kewangan ini membolehkan anda membuat spekulasi mengenai pergerakan harga aset asas tanpa membeli atau memilikinya secara fizikal.

Ia membolehkan anda berdagang dengan margin dan mendapat akses kepada leveraj, bermaksud anda boleh membuka posisi besar dengan deposit yang lebih kecil dengan meminjam wang daripada broker anda. Apabila berdagang CFD, anda boleh membuka posisi beli dan jual. Ini membolehkan anda menjana keuntungan yang baik daripada pasaran menurun mahupun menaik.

Ingat, instrumen ini dikaitkan dengan tahap risiko yang tinggi kerana ia boleh menggandakan keuntungan dan kerugian anda. Broker emas yang dikawal selia dalam senarai kami semuanya menerbitkan amaran risiko standard untuk memberi amaran kepada pedagang runcit tentang bahaya perdagangan CFD.


Kaedah Lain untuk Berdagang Emas

Spot emas dan kontrak untuk perbezaan bukanlah satu-satunya cara untuk berdagang pasaran emas. Broker dalam talian yang kami pilih untuk anda menawarkan pelbagai produk derivatif lain seperti opsyen emas dan niaga hadapan emas. Dana perdagangan bursa (ETF) juga banyak disediakan.


gold futuresNiaga Hadapan Emas – Niaga hadapan adalah kontrak derivatif yang lebih kompleks dan mengikat pihak terlibat untuk membeli atau menjual aset asas tertentu (dalam kes ini emas) mengikut masa dan harga yang telah dipersetujui pada masa akan datang. Harga pasaran semasa tidak diambil kira apabila kontrak niaga hadapan itu matang. Niaga hadapan memberikan fleksibiliti dan leveraj yang lebih besar berbanding perdagangan komoditi spot. Ramai pelabur berpengalaman menggunakannya sebagai satu bentuk pengurusan risiko harga.


gold forwardsKontrak Hadapan Emas (Gold Forwards) – Kontrak hadapan (Forward) adalah perjanjian dua hala yang disesuaikan antara dua pihak untuk membeli atau menjual emas mengikut harga yang ditentukan pada tarikh akan datang. Tidak seperti niaga hadapan yang didagangkan di bursa, ia didagangkan di kaunter (over the counter). Oleh itu, ia sangat fleksibel, tetapi membawa risiko kegagalan pihak lawan yang lebih tinggi. Ia biasanya digunakan oleh entiti komersial untuk tujuan lindung nilai.


gold optionsOpsyen Emas – Opsyen emas tergolong dalam kategori derivatif yang memberikan pemegangnya hak untuk membeli atau menjual aset asas pada harga dan masa yang telah ditetapkan di masa hadapan, tetapi mereka tidak wajib untuk melakukannya. Pedagang runcit boleh membeli opsyen emas dengan jumlah kecil dan menggunakannya bersama leveraj. Kami mengesyorkan anda mendekati opsyen berleveraj dengan berhati-hati. Sama seperti CFD emas, anda boleh mengalami kerugian yang lebih besar jika ramalan anda mengenai turun naik harga salah.


gold etfsETF Emas – Istilah dana perdagangan bursa (ETF) merujuk kepada sekumpulan aset boleh dagang yang anda boleh beli atau jual di platform bursa saham. Dikendalikan oleh pengurus dana profesional, ETF memerlukan bayaran pentadbiran dan pengurusan. Ia memberi anda peluang untuk membeli emas, menyimpannya, dan kemudian menjualnya pada masa yang sesuai, sekaligus memperoleh keuntungan daripada margin harga.


gold mining stocksSaham Perlombongan Emas – Daripada membeli emas itu sendiri, anda boleh melabur dalam saham syarikat yang melombong dan menghasilkan emas. Kaedah ini membolehkan anda mendapat keuntungan daripada pergerakan pasaran emas sambil mendapat manfaat daripada prestasi, pengurusan, dan kecekapan operasi syarikat tersebut. Nilai saham ini bukan sahaja bergantung kepada harga emas, tetapi turut dipengaruhi oleh keuntungan syarikat, kejayaan penerokaan, dan faktor geopolitik di kawasan operasinya.


gold certificatesSijil Emas – Sijil emas adalah dokumen yang berfungsi sebagai bukti pemilikan sejumlah emas tertentu yang disimpan di dalam peti besi atau gudang pihak ketiga. Ia merupakan cara untuk memiliki emas tanpa kesulitan penyimpanan fizikal dan boleh dibeli serta dijual dengan mudah. Sijil ini disokong oleh emas fizikal, memberikan sokongan sebenar untuk pelaburan anda. Namun, anda bergantung kepada institusi pihak ketiga untuk menyimpan dan menguruskan emas, ini memperkenalkan set risiko lain seperti keselamatan dan kestabilan institusi tersebut.


Jenis Pesanan Perdagangan Emas

Keupayaan untuk membezakan antara jenis pesanan yang paling biasa dalam perdagangan komoditi adalah penting jika anda mahu menjadi pedagang yang menguntungkan. Apabila menghantar pesanan, anda memberi arahan kepada broker tentang cara anda mahu mereka membuat dan melaksanakan sesuatu perdagangan. Berikut adalah beberapa jenis pesanan yang paling kerap digunakan dalam perdagangan emas.

Pesanan Pasaran

Pesanan pasaran mungkin jenis pesanan yang paling mudah difahami. Apabila menghantar pesanan pasaran, anda mengarahkan broker untuk melaksanakan perdagangan anda dengan serta-merta pada harga semasa yang ada.

Pesanan Had

Pedagang menghantar pesanan had apabila mereka mahu perdagangan dilaksanakan pada harga tertentu atau harga yang lebih baik. Dengan pesanan had beli, anda mahu pesanan dilaksanakan pada harga atau di bawah harga pasaran semasa. Sebaliknya bagi pesanan had jual, anda mengarahkan broker untuk membuka posisi anda pada harga atau di atas harga pasaran semasa.

Pesanan Henti

Pesanan henti mengarahkan pembelian atau penjualan aset pada harga pasaran dengan syarat aset tersebut telah didagangkan pada atau melintasi harga tertentu yang dikenali sebagai harga henti. Apabila aset mencapai harga henti yang dikehendaki, ia menjadi pesanan pasaran biasa dan broker akan melaksanakannya pada harga pasaran tersedia seterusnya.

Pesanan Isi atau Batal (Fill or Kill Order)

Pelabur menghantar pesanan isi atau batal (Fill or Kill, FOK) apabila mereka mahu perdagangan dilaksanakan serta-merta pada harga tertentu. Jika broker gagal memadankan tawaran harga sebanyak tiga kali berturut-turut, mereka membatalkan, atau “membunuh” pesanan tersebut.

Pesanan Pasaran pada Penutupan (Market on Close Order)

Dengan jenis pesanan ini, anda menentukan masa pelaksanaan dan bukannya memilih harga tertentu. Broker akan melaksanakan pesanan pada apa sahaja harga yang tersedia apabila pasaran ditutup atau sejurus selepas penutupan itu. Pedagang berpengalaman biasanya menggunakan MOC apabila mereka percaya harga akan bergerak pada hari berikutnya.

Pesanan Sah Sehingga Dibatalkan (Good Till Canceled Order)

Pedagang lindung nilai dan pelabur komoditi yang bijak akan menggunakan pesanan sah sehingga dibatalkan (Good till Canceled, GTC) apabila mereka bersedia untuk menunggu lebih lama bagi mendapatkan harga yang dikehendaki. Pesanan GTC ini kekal terbuka sehingga pedagang membatalkannya atau dilaksanakan secara automatik.

Pesanan Sah Sehingga Tarikh Tertentu (Good till Date Order)

Pesanan sah sehingga tarikh (Good till Date, GTD) berkongsi beberapa persamaan dengan pesanan jenis GTC. Perbezaan utamanya ialah anda menetapkan tarikh pelaksanaan terlebih dahulu dan pesanan anda akan dibatalkan secara automatik jika broker gagal melaksanakannya sebelum tarikh yang ditetapkan.

Platform Perdagangan Emas

Semasa menilai broker komoditi, kami tidak dapat lari daripada memeriksa kualiti perisian perdagangan yang digunakannya. Kami mengambil kira aspek seperti kemudahan penggunaan, reka bentuk, keserasian, alat analisis teknikal, serta sumber penyelidikan dan pendidikan. Platform pihak ketiga yang disenaraikan di bawah telah terbukti dan masih menjadi pilihan ramai pedagang komoditi dan broker di seluruh dunia.


MetaTrader 4MetaTrader 4 (MT4) direka terutamanya untuk memenuhi keperluan pedagang Forex, tetapi ia juga menyokong perdagangan komoditi keras dan lembut melalui CFD, termasuk logam berharga dan tenaga. MT4 tidak boleh dimuat turun terus pada peranti Mac tetapi anda boleh memasangnya pada komputer anda dengan syarat ia menggunakan Windows 7 dan ke atas.


MetaTrader 5MetaTrader 5 (MT5) membolehkan anda melabur dalam beribu-ribu instrumen kewangan seperti komoditi, saham, pasangan mata wang, bon, dan indeks. Ini adalah versi peningkatan MT4 yang dilengkapi dengan pelbagai ciri tambahan, termasuk alat carta lanjutan, jenis pesanan yang lebih banyak, harga tahap II, perdagangan automatik, dan Depth of Market.


MetaTrader WebTraderMetaTrader WebTrader sesuai untuk mereka yang enggan memasang perisian tambahan. Ia membolehkan anda berdagang terus pada pelayar web yang serasi. Kelebihannya, WebTrader tidak memilih sistem operasi tertentu. Ia berfungsi dengan baik sama ada pada peranti iOS, Android, Windows, Mac, dan Linux.


cTradercTrader menampilkan antara muka yang kemas dan menarik, sesuai untuk pedagang komoditi yang baru bermula. Platform ini menyokong perdagangan CFD merentas pelbagai kelas aset, termasuk komoditi. Ia disediakan sebagai perisian kendiri yang serasi dengan Windows 7 atau yang lebih tinggi dan juga sebagai versi berasaskan pelayar. Pengguna akan mendapat manfaat daripada ciri seperti perdagangan algoritma, leveraj dinamik, dan perdagangan salin.


TradingViewTradingView dikenali terutamanya kerana kebolehan carta lanjutan dan rangkaian perdagangan sosial miliknya yang kukuh. Platform ini menawarkan ratusan indikator teknikal terbina dalam, koleksi pelbagai indikator tersuai yang dibuat melalui Pine Script, dan antara muka intuitif yang boleh diakses melalui mana-mana pelayar web moden. Platform ini boleh disepadukan terus dengan senarai broker yang semakin berkembang, membolehkan pedagang melaksanakan perdagangan emas terus dari carta.


Yuran Perdagangan Emas dan Kos Lain

Kos perdagangan wajar disemak terlebih dahulu kerana ia boleh menghakis modal anda secara beransur-ansur dan menjejaskan keuntungan jika terlalu tinggi. Berikut adalah yuran dan kos yang paling biasa dikaitkan dengan perdagangan emas dan komoditi.

  1. Spread mewakili perbezaan antara harga bida dan tawar. Harga bida selalunya lebih besar daripada harga tawar. Harga pasaran sebenar lazimnya berada di antara kedua-duanya. Terdapat dua jenis spread, tetap dan terapung.
  2. Komisen kadangkala digunakan sebagai alternatif kepada spread apabila anda berdagang komoditi melalui instrumen spekulatif seperti CFD. Sebagai contoh, jika anda membuka CFD emas bernilai $1,000 dengan komisen 0.3%, jumlah keseluruhan kos akan berjumlah $3. Anda perlu membayar komisen yang sama semasa menutup posisi anda.
  3. Yuran pegangan semalaman kebanyakannya dikenakan ke atas posisi berleveraj yang tidak ditutup oleh pedagang pada akhir sesi perdagangan hari tersebut. Caj tersebut mungkin positif atau negatif bergantung pada arah posisi anda.
  4. Caj pembayaran mungkin dikenakan apabila anda membuat deposit atau pengeluaran dari baki perdagangan anda menggunakan kaedah perbankan tertentu. Kebanyakan broker yang kami senaraikan menanggung kos transaksi masuk dan keluar akaun anda.
  5. Yuran tidak aktif dikenakan setiap bulan pada akaun yang tidak aktif tanpa sebarang aktiviti perdagangan untuk tempoh yang panjang (biasanya 12 bulan). Caj ini, yang boleh berkisar antara $10 hingga $50 sebulan, membantu broker menampung kos pentadbiran untuk mengekalkan akaun yang tidak digunakan.
  6. Yuran penukaran mata wang dikenakan apabila anda membeli atau menjual aset yang didenominasikan dalam mata wang yang berbeza daripada mata wang asas akaun anda.

Pengawalseliaan Perdagangan Emas

BestBrokers.com hanya menyokong laman web perdagangan emas dan komoditi yang diawasi secara ketat. Kami menyelidik latar belakang undang-undang setiap broker dengan teliti untuk memastikan ia memegang sekurang-kurangnya satu lesen daripada badan kawal selia kewangan peringkat atas.

Pengawalseliaan kewangan penting kerana ia memudahkan kestabilan pasaran secara keseluruhan, memerangi penipuan, dan menggalakkan tingkah laku yang berhemah daripada semua ahli pasaran. Antara badan pengawal selia yang mengawasi broker-broker yang kami cadangkan termasuklah:

Setiap negara mempunyai pengawal selia kewangan tersendiri dengan rangka kerja dan syarat yang berbeza. Jika anda memilih untuk berdagang emas di broker yang diberi kuasa oleh agensi pengawal selia yang disebutkan di atas, anda boleh mendapat manfaat daripada pelbagai perlindungan pelabur. Ini termasuk pengasingan dana pelanggan, perlindungan baki negatif, audit berkala, dana pampasan pelabur, dan amaran risiko yang jelas.

Sebab untuk Berdagang Emas dan Komoditi Lain

Emas adalah logam yang paling banyak didagangkan dan terdapat sebab kukuh untuk itu (atau lebih tepat, banyak sebab yang kukuh). Dihormati di seluruh dunia, logam berkilat ini mempunyai tahap kecairan yang tinggi dan berupaya mengekalkan nilainya dengan baik ketika inflasi. Kami menyenaraikan tiga sebab yang paling praktikal untuk mempertimbangkan pelaburan dalam emas dan komoditi berharga yang lain.

  1. Lindung Nilai terhadap Inflasi

    Anda boleh menggunakan komoditi sebagai lindung nilai untuk melindungi diri anda daripada inflasi. Mata wang terdedah kepada peristiwa yang tidak dijangka seperti konflik perang dan bencana alam yang boleh menyebabkan nilai dan kuasa belinya merosot. Ini tidak berlaku dengan emas dan komoditi lain yang nilainya cenderung untuk meningkat semasa tempoh ketidaktentuan.

  2. Perubahan Harga yang Kurang Dramatik

    Emas mempunyai volatiliti yang rendah kerana nilainya cenderung berubah secara beransur-ansur dan pada kadar yang lebih stabil. Anda tidak sepatutnya mengharapkan pergerakan harganya yang dramatik, berbeza dengan kelas aset lain seperti mata wang kripto, contohnya. Ia juga kurang tidak menentu berbanding komoditi lain seperti perak, tembaga, dan minyak mentah.

  3. Kepelbagaian Portfolio

    Kepelbagaian portfolio merupakan salah satu prinsip utama dalam perdagangan yang berjaya. Cara yang terbaik untuk mempelbagaikan portfolio anda adalah dengan mencari instrumen perdagangan yang mempunyai hubungan songsang antara satu sama lain, seperti emas, saham, dan mata wang utama seperti USD. Sebagai contoh, harga saham jatuh pada tahun 2008, manakala harga emas pula melonjak. Begitu juga pada tahun 2015, USD mengukuh berbanding mata wang utama lain yang menyebabkan kejatuhan harga emas.

Soal Jawab Perdagangan Emas

  • Selain emas, apakah komoditi lain yang boleh saya dagangkan di broker yang dicadangkan?

    Jenis komoditi yang disediakan untuk perdagangan dalam talian adalah berbeza bergantung pada tempat anda berdagang. Laman web perdagangan yang disenarai pendek oleh BestBrokers.com menawarkan pelbagai kontrak komoditi. Antaranya ialah kontrak tembaga, perak, platinum, kapas, jus oren, minyak mentah, gula, gas asli dan minyak pemanas.

  • Apakah leveraj maksimum yang boleh saya gunakan untuk emas dan komoditi lain?

    Ia bergantung pada bidang kuasa tempat anda tinggal. Status anda sebagai seorang pedagang profesional atau pedagang runcit juga memainkan peranan. Di bawah peraturan EU dan ASIC contohnya, pedagang runcit yang berdagang emas mempunyai akses kepada leveraj maksimum 1:20. Had leveraj untuk komoditi lain adalah lebih rendah, iaitu 1:10. Pedagang komoditi profesional dikecualikan daripada had ini.

  • Apakah pasaran yang disediakan untuk perdagangan emas spot?

    Pasaran spot emas sekali lagi bergantung kepada broker. Antara pilihan yang paling lazim ditawarkan oleh broker teratas kami termasuk XAU/USD, XAU/GBP, XAU/EUR, XAU/AUD, XAU/JPY dan XAU/CHF. Simbol untuk perdagangan spot perak ialah XAG/USD.

  • Bagaimana saya boleh membuat jualan singkat emas apabila berdagang dengan broker dalam talian?

    Jika anda yakin nilai emas akan susut, anda boleh membuka posisi jual dengan menggunakan instrumen derivatif seperti kontrak untuk perbezaan. Dengan derivatif ini, anda juga boleh menggunakan leveraj untuk meningkatkan saiz posisi anda dan memperoleh pendedahan yang lebih besar. Untuk membuka posisi jual pada emas, anda hanya perlu menghantar pesanan jual.

  • Adakah terdapat had maksimum bagi jumlah emas yang boleh dimiliki oleh pedagang dalam akaun mereka?

    Ya, kebanyakan broker mengenakan had terhadap posisi maksimum emas yang boleh dipegang oleh pelanggan mereka pada satu-satu masa. Had ini dinyatakan dalam auns troy dan berbeza mengikut tempat anda berdagang. Sesetengah broker membenarkan anda memegang antara 10 hingga 10,000 auns troy, tetapi kami mengesyorkan anda untuk mengesahkan perkara ini terlebih dahulu untuk kepastian.

Ditulis oleh E. Ifeanyi | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal