Laman Utama » Broker Forex Terbaik pada 2026 » Broker Forex dengan Platform Perdagangan Automatik

Broker Forex dengan Platform Perdagangan Automatik

Ditulis oleh Naylyan Nazifova Naylyan Nazifova
Naylyan Nazifova - Author at BestBrokers.comNaylyan Nazifova ialah Financial Research and Platform Testing Analyst di BestBrokers.com yang bertanggungjawab mengulas dan menguji broker dalam talian merentas forex, saham, pelaburan, dan kewangan peribadi. Pengalaman beliau dalam kandungan dagangan dalam talian dan analisis broker membantu pembaca memahami prestasi platform secara praktikal, bermula daripada alat dagangan dan yuran sehinggalah kemudahan penggunaan dan kesesuaian untuk pelabur.
, | Editor Pakar Matthew Levy, CFA Matthew Levy, CFA
Matthew Levy, CFA - Author at BestBrokers.comMatthew Levy, CFA, ialah Senior Research Analyst di BestBrokers.com dengan pengalaman dalam perkhidmatan kewangan, analisis sekuriti, pengurusan portfolio, dan dagangan. Kerja beliau menyokong proses pengujian broker melalui penyelidikan terperinci, analisis kewangan yang jelas, dan pemahaman yang kukuh tentang keperluan pedagang dan pelabur daripada platform dagangan dalam talian yang boleh dipercayai.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal Shakirah Manijal
Shakirah Manijal - Author at BestBrokers.comShakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Dengan purata volum perdagangan harian melebihi USD9.6 trilion, pasaran pertukaran asing adalah pasaran terbesar dan paling cair di dunia. Namun demikian, sukar bagi pedagang untuk memperoleh keuntungan secara konsisten, ini mungkin disebabkan oleh emosi, kekangan masa pelaksanaan yang tidak konsisten. Salah satu cara untuk membantu mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan perdagangan automatik yang membuat pesanan secara automatik melalui platform khusus dan strategi yang telah ditetapkan lebih awal. Pendekatan ini berpotensi mengurangkan tekanan, kekangan masa dan keputusan impulsif ketika berdagang.

1Plus500 US logoPlus500 US
Rating: 4.2 ⭐
Kandungan ini hanya terpakai kepada Plus500 US dan pelanggan dari Amerika Syarikat. Perdagangan niaga hadapan melibatkan risiko kerugian.
Penilaian Tertinggi
2eToro logoeToro
Rating: 4.2 ⭐
52% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
3Fusion Markets logoFusion Markets
Rating: 4.8 ⭐
74-89% daripada akaun CFD pelabur runcit kehilangan wang
4FP Markets logoFP Markets
Rating: 4.9 ⭐
73.33% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
5BlackBull Markets logoBlackBull Markets
Rating: 4.8 ⭐
Perdagangan produk berleveraj adalah berisiko
6Eightcap logoEightcap
Rating: 4 ⭐
59.57% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini.
7Global Prime logoGlobal Prime
Rating: 4.7 ⭐
74-89% daripada akaun CFD runcit kehilangan wang
8Pepperstone logoPepperstone
Rating: 4.4 ⭐
73.7% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang
9XM Group logoXM Group
Rating: 2.7 ⭐
72.82% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian wang
10AvaTrade logoAvaTrade
Rating: 4.7 ⭐
57% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang

Perdagangan automatik memberikan pendekatan yang lebih tersusun dengan membenarkan perisian perdagangan melaksanakan pesanan berdasarkan strategi yang telah ditetapkan dan analisis pasaran. Ini membolehkan pedagang mengambil peluang perdagangan walaupun mereka tidak memantau pasaran secara aktif. Walaupun pedagang forex boleh teragak-agak kerana emosi, kecenderungan peribadi atau keputusan impulsif, perisian perdagangan automatik membantu mengurangkan unsur manusia tersebut dengan melaksanakan pesanan mengikut logik strategi sebaik sahaja syarat yang ditetapkan dipenuhi.

Salah satu kualiti terbaik perdagangan automatik ialah ia memastikan strategi anda kekal aktif walaupun anda tidak sedang log masuk ke akaun perdagangan anda. Perisian tersebut akan melaksanakan pesanan secara automatik selepas mengimbas pasaran, menggunakan parameter yang telah ditetapkan untuk mengekalkan konsistensi.

Di Malaysia, konteks pengawalseliaan perlu dinilai dengan teliti sebelum menggunakan broker atau platform automatik. Aktiviti pasaran modal seperti sekuriti, derivatif dan nasihat pelaburan berada di bawah seliaan Securities Commission Malaysia (SC), manakala Bank Negara Malaysia (BNM) menyelia institusi kewangan serta dasar pertukaran asing negara. Bursa Malaysia dan Bursa Malaysia Derivatives pula menyediakan pasaran tempatan untuk saham dan derivatif tersenarai. Jika anda menggunakan broker forex/CFD luar negara atau entiti Labuan FSA, semak nama entiti undang-undang, bidang kuasa, skop lesen dan saluran aduan yang tersedia kerana perlindungan pelanggan mungkin berbeza daripada perantara yang berlesen atau berdaftar di Malaysia.

Sebagai langkah praktikal, semak nama entiti broker melalui Daftar Awam Pemegang Lesen dan Orang Berdaftar SC, Senarai Amaran Pelabur SC, Senarai Amaran Pengguna Kewangan BNM dan, jika berkaitan, direktori Labuan FSA. Contohnya, jika laman web menggunakan logo pengawal selia atau alamat tempatan tetapi meminta deposit melalui akaun pihak ketiga, statusnya masih perlu disahkan secara rasmi. Perkara ini penting kerana isu seperti pengeluaran dana, pindahan bank, penukaran MYR kepada USD dan aduan pelanggan biasanya bergantung pada entiti yang menandatangani perjanjian akaun anda.

Dalam panduan ini, kami akan merangkumi semua maklumat mengenai perdagangan automatik yang perlu anda tahu untuk membantu anda memahami strategi algoritma dengan lebih baik. Kami juga akan menyenaraikan 12 broker forex yang membenarkan penggunaan perisian perdagangan automatik dan menyediakan infrastruktur yang sesuai untuk perdagangan algoritma.

Apa Itu Perdagangan Automatik?

Perdagangan automatik, yang juga dikenali sebagai perdagangan algoritma, membolehkan pesanan perdagangan dilaksanakan secara automatik berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan terlebih dahulu, berbeza dengan perdagangan manual di mana anda membuat keputusan dan membuka atau menutup perdagangan sendiri.

Ciri-ciri utama dan kelebihannya termasuk:

  • Parameter perdagangan yang telah ditetapkan dahulu: Jika anda menggunakan perisian perdagangan automatik, anda perlu menetapkan kriteria untuk menentukan titik buka dan tutup perdagangan forex anda.
  • Pengurusan wang: Pengurusan wang ialah faktor penting apabila menetapkan syarat pesanan untuk perdagangan automatik anda, termasuk saiz posisi, had risiko, henti rugi dan paras kerugian maksimum sebelum strategi dihentikan.
  • Strategi berasaskan algoritma: Terdapat pelbagai pilihan perisian perdagangan automatik yang disediakan secara dalam talian. Algoritma untuk jenis perdagangan ini mungkin berdasarkan analisis teknikal, analisis fundamental atau berita ekonomi yang digunakan untuk mengesan trend.
  • Pelaksanaan tanpa emosi: Program perdagangan automatik tidak mempunyai emosi, kecenderungan peribadi dan faktor lain yang boleh menjejaskan proses membuat keputusan manusia. Sebaliknya, perisian ini hanya menggunakan kriteria yang telah ditetapkan terlebih dahulu dan memantau pasaran forex, mencari pasangan mata wang yang sepadan dengan parameter yang telah ditetapkan. Apabila pasangan mata wang yang sepadan dikenal pasti, perisian akan melaksanakan arahan beli atau jual secara automatik.
  • Tindak balas pasaran: Walaupun perisian perdagangan automatik boleh digunakan oleh pelbagai jenis pedagang, ia sering digunakan oleh pedagang yang mahu bertindak pantas terhadap perubahan spread, momentum atau pergerakan harga jangka pendek. Program perdagangan automatik boleh mengesan pergerakan harga dengan cepat dan membuat pesanan yang sepadan dengan kriteria yang telah ditetapkan.
  • Kepelbagaian strategi: Selain spread, terdapat juga indikator pasaran seperti persilangan purata bergerak, corak triple top atau bottom, serta isyarat sokongan dan rintangan yang boleh mencetuskan perdagangan automatik.

Kelebihan utama menggunakan perisian jenis ini ialah anda tidak perlu membuka dan menutup perdagangan secara manual sepanjang masa. Namun, ini tidak bermaksud anda boleh mengabaikan akaun sepenuhnya. Strategi automatik masih perlu diuji, dipantau dan disemak secara berkala, terutama apabila spread melebar, data ekonomi penting diumumkan atau sambungan internet/VPS terganggu. Untuk pedagang Malaysia, faktor tambahan seperti mata wang asas akaun, kos penukaran MYR, caj pengeluaran dan waktu sokongan pelanggan juga wajar dipertimbangkan.

10 Broker forex Teratas yang Menawarkan Platform Perdagangan Automatik

  1. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Menawarkan lebih daripada 90 pasangan mata wang, spread yang kompetitif dan purata kelajuan pelaksanaan pesanan sepantass 37 milisaat, Fusion Markets merupakan destinasi yang sesuai untuk ramai pedagang. Jika anda membuat akaun Fusion Markets, anda boleh memilih daripada beberapa pilihan platform dengan MT4, MT5 dan cTrader yang membolehkan anda sama ada membangunkan EA sendiri atau menggunakan penyelesaian perisian sedia ada untuk perdagangan automatik.

    Fusion Markets turut menyokong DupliTrade, membolehkan anda menyalin pesanan pedagang lain ke dalam akaun MT4 anda. Pilihan lain dengan Fusion Markets adalah menggunakan platform proprietari Fusion+ milik syarikat yang membolehkan salinan perdagangan percuma untuk pelanggan dengan volum perdagangan bulanan sekurang-kurangnya 2.5 lot dalam forex dan logam.

    Gleneagle Asset Management Limited (ABN 29 103 162 278) yang beroperasi sebagai Fusion Markets, adalah penerbit Produk Fusion Markets yang diterangkan dalam komunikasi ini. Perdagangan dalam Produk Fusion Markets melibatkan potensi keuntungan serta risiko kerugian yang mungkin melebihi jumlah deposit awal anda dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Anda harus membaca dengan teliti semua Terma Perkhidmatan Produk Kewangan ini, Kenyataan Pendedahan Produk (PDS) dan Panduan Perkhidmatan Kewangan (disediakan di laman web kami), mempertimbangkan keadaan kewangan, keperluan dan objektif anda sendiri untuk melabur dalam Produk Fusion Markets ini dan mendapatkan nasihat kewangan bebas.
  2. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    FP Markets adalah broker runcit yang telah menjadi nama terkenal dalam pasaran pertukaran asing sejak tahun 2005.  Ia meliputi pelbagai pasaran CFD, termasuk lebih daripada 60 pasangan mata wang.

    Untuk menawarkan keadaan perdagangan yang kompetitif kepada pelbagai jenis pelabur dan pedagang, FP Markets menyokong pelbagai platform, termasuk MT4, MT5, cTrader, WebTrader, dan lain-lain. Perdagangan algoritma/automatik disediakan pada semua pilihan platform yang disokong, membolehkan pedagang menggunakan EA atau membina algoritma mereka sendiri untuk berdagang.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan leveraj. 73.33% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko yang tinggi kehilangan wang anda.
  3. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    BlackBull Markets dikenali kerana menawarkan keadaan perdagangan yang sesuai dengan pelbagai jenis pedagang, termasuk peminat perdagangan automatik. Blackbull menyediakan pelbagai jenis pasaran yang terdiri daripada CFD dan forex serta banyak lagi, dan ia dikawal selia oleh FMA (New Zealand) dan FSA (Seychelles). Selain itu, ia menyokong platform perdagangan paling popular yang sesuai untuk perdagangan automatik, seperti MT4, MT5 dan cTrader. TradingView juga disediakan melalui Blackbull Markets.

    Pedagang boleh menggunakan Expert Advisors (EA) atau membina algoritma khusus sendiri untuk melaksanakan strategi masing-masing. Dengan spread daripada 0.8 pip (ECN Standard) dan 0.0 pip (ECN Prime), leveraj yang kompetitif dan kelajuan pelaksanaan di bawah 75 milisaat, BlackBull Markets sesuai untuk mereka yang ingin mengautomasikan perdagangan forex.

  4. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Pepperstone ialah broker runcit yang memberi akses kepada pelbagai pasaran boleh dagang, dengan bahagian forex yang menawarkan lebih daripada 90 pasangan mata wang untuk didagangkan. Pepperstone terkenal di kalangan pelabur kerana harga yang kompetitif, dengan spread akaun Razor pada mata wang utama bermula serendah 0.0 pip.

    Untuk sesi perdagangannya, pelabur boleh memilih platform seperti MT4, MT5 dan cTrader. Ketiga-tiga platform ini menyokong alat perdagangan automatik, membolehkan pelanggan membangunkan, menguji dan melaksanakan EA untuk perdagangan algoritma masa depan mereka. Gabungan spread yang ketat dan sokongan platform yang luas menjadikan Pepperstone satu persekitaran ideal untuk strategi perdagangan algoritma yang canggih dan mempunyai kekerapan tinggi.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kerugian wang dengan cepat disebabkan leveraj. 73.7% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kerugian wang anda.
  5. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Sama ada anda baru dalam perdagangan forex atau seorang pedagang berpengalaman, keadaan perdagangan Eightcap mungkin terbukti sesuai  dengan keutamaan anda disebabkan liputan pasarannya yang mengagumkan. Lebih daripada 40 pasangan mata wang boleh didagangkan di Eightcap, berserta lebih 800 saham, 100 mata wang kripto dan instrumen CFD yang lain.

    Eigthcap menyokong beberapa platform paling popular untuk perdagangan automatik. Kedua-dua platform MT4 dan MT5 disediakan untuk pelanggan Eightcap, membolehkan mereka membangunkan EA dan memulakan perdagangan automatik apabila syarat yang telah ditetapkan dipenuhi. Sementara itu, FlashTrader akan membolehkan pedagang menetapkan pencetus dan henti automatik, membolehkan mereka mengurus tahap risiko semasa berdagang dengan bot. TradingView juga adalah antara platform yang disokong.

    CFD adalah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. 76.09% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  6. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Global Prime ialah broker runcit yang telah lama bertapak dan memenuhi keperluan pelbagai jenis pedagang, termasuk peminat forex yang berminat dengan perdagangan algoritma. Broker ini menawarkan akaun Standard ECN dengan spread bermula dari 0.9 pip, serta akaun Raw ECN berasaskan komisen dengan spread bermula dari 0.0 pip.

    Walaupun broker ini belum disediakan lagi untuk pengguna TradingView, ia menyokong MT4 dan MT5. Platform-platform ini sesuai untuk perdagangan automatik dan menyokong pelbagai alat yang berguna untuk melaksanakan strategi algoritma semasa sesi perdagangan.

    Global Prime adalah nama dagang FMGP Trading Group Pty Ltd (ABN 74 146 086 017) dan dikawal selia oleh ASIC serta diberi lesen untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan kewangan di Australia di bawah lesen perkhidmatan kewangan Australia No. 385620. Gleneagle Securities Pty Limited yang berdagang sebagai Global Prime FX, ialah sebuah syarikat Vanuatu berdaftar (Nombor Syarikat 40256) dan dikawal selia oleh VFSC. Laman web ini dimiliki dan dikendalikan oleh FMGP Trading Group Pty Ltd, ABN 74 146 086 017.
  7. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Apabila berkenaan perdagangan forex, XM telah membuktikan dirinya sebagai satu destinasi yang kukuh bagi ramai pelabur. XM menyokong pelbagai pilihan akaun, spread daripada 0.08 atau 1.6 pip pada pelbagai pasangan mata wang.

    Ahli XM boleh berdagang di platform MT4 dan MT5, kedua-dua platform ini membolehkan penggunaan pelbagai alat perdagangan. Ahli XM juga boleh menyediakan algoritma sendiri atau menggunakan EA sedia ada, membolehkan mereka menjalankan perdagangan algoritma/automatik dalam masa nyata.

    Amaran risiko: CFD adalah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. 72.82% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus menilai sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  8. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    eToro merupakan jenama perdagangan global yang telah menjadi popular kerana menawarkan fungsi perdagangan sosial. Merangkumi pelbagai pasaran, eToro juga memenuhi keperluan pedagang forex, menawarkan lebih daripada 50 pasangan mata wang utama, kecil dan eksotik.

    Pelanggan broker ini akan mendapat akses ke platform milik eToro, manakala mereka yang ingin menyalin pesanan pedagang lain yang berjaya boleh menggunakan perisian CopyTrader. Broker ini juga menekankan aspek sosial, membolehkan pelanggan eToro berkomunikasi dengan pelabur lain dan melihat pelbagai pedagang berjaya yang mereka boleh salin.

    Instrumen CFD adalah rumit dan membawa risiko tinggi untuk kehilangan wang dengan cepat disebabkan leveraj. 52% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Pertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi, dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  9. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    AvaTrade merupakan broker forex yang telah beroperasi sejak tahun 2006. Sebagai penggerak pasaran dalam pasaran forex global, AvaTrade memastikan spread tetap daripada 0.8 pip dan kelajuan pelaksanaan yang pantas untuk mengurangkan gelinciran harga.

    Selain menyokong platform perdagangan popular seperti MT4 dan MT5, AvaTrade juga menawarkan beberapa platform yang sesuai untuk perdagangan automatik. AvaSocial membolehkan anda menyertai komuniti besar AvaTrade dan menyalin perdagangan pelabur forex yang lain. DupliTrade dan ZuluTrade turut disokong, membolehkan pelanggan AvaTrade mengikut dan menyalin pedagang berjaya yang lain.

    CFD adalah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. 57% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus menilai sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  10. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan
    10. IG

    Dengan pengalaman yang luas, harga perdagangan bermula pada 0.6 ataupun 0.1 pip bergantung pada jenis akaun, dan pelbagai pasaran, IG merupakan pilihan yang kompetitif bagi ramai pedagang di seluruh dunia.  Broker ini menawarkan perdagangan algoritma, memberi pelanggannya pilihan untuk membangunkan, menguji dan melaksanakan strategi perdagangan mereka dalam perdagangan forex masing-masing.

    Perisian ProRealTime membolehkan anda membina strategi perdagangan dan menguji kadar kejayaan sepenuhnya sebelum melaksanakannya untuk perdagangan automatik anda. Mereka yang berpengalaman dalam pengaturcaraan juga boleh membina algoritma menggunakan API asli milik IG. Selain itu, pedagang boleh menggunakan EA yang mereka cipta semasa berdagang pasangan mata wang melalui perisian seperti MT4 dan MT5 kerana kedua-duanya disokong oleh IG.

    CFD adalah instrumen yang kompleks. 67% akaun pelanggan runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia pelaburan ini. Anda boleh kehilangan wang anda dengan cepat akibat leveraj. Sila pastikan anda memahami cara produk ini berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang.

Kedudukan Broker forex dengan Platform Perdagangan Automatik Mengikut Skor Trustpilot

Perbandingan Komprehensif 10 Broker forex Teratas dengan Platform Perdagangan Automatik

Broker ForexMinimum AkaunJenis AkaunBilangan pasangan FXSpread MinimumKomisenLeveraj MaksimumPlatformPengawal SeliaRating Trust Pilot
1. FP MarketsUSD50 (AU$100)Standard, Raw, Demo, Profesional, Islamik70+1.0 pip untuk akaun Standard; 0.0 pip untuk akaun RawUSD0 untuk Akaun Standard; USD6 setiap pusingan pada Akaun Pro1:30 (runcit)
1:500 (profesional)
MetaTrader4, MetaTrader5, WebTrader, IRESS, cTrader, TradingViewASIC, CySEC, FSA (Seychelles), FSCA, FSA (St. Vincent dan Grenadines), SCB (Bahamas)4.9 ⭐
2. Fusion Markets$0Akaun Zero, Akaun Klasik, Akaun Islamik, Akaun Demo, Akaun Profesional90+daripada 0.9 pip (Classic); daripada 0.0 pip (Zero)USD0 untuk Akaun Classic, USD4.50 setiap pusingan penuh untuk Akaun Zero1:30 untuk entiti ASIC (1:500 untuk entiti VFSC)MetaTrader4, MetaTrader5, cTrader, DupliTrade, Fusion+ Salin dagangan, TradingViewDikawal selia oleh ASIC, FSA (Seychelles) dan VFSC (Vanuatu)4.8 ⭐
3. BlackBull MarketsUSD0ECN standard, ECN prime, ECN institutional70 ke atas0.8 pip untuk Standard; 0.1 pip untuk Prime; 0.0 pip untuk InstitutionalUSD0 Asas; USD6 setiap lot Perdana; USD4 setiap lot Institusi1:30 (Runcit)
1:500 (Profesional)
MetaTrader4, MetaTrader5, TradingView, cTrader, MT WebTrader, BlackBull Shares, BlackBull CopyTrader, BlackBull Trade, BlackBull Invest, ZuluTradeFSA (Seychelles) (No. SD045), FMA (No. FSP403326)4.8 ⭐
4. Global PrimeUSD0Standard, tanpa markup, demo, profesional59Spread: 0.9 pip untuk akaun Standard, 0.0 pip untuk akaun RawUSD0 untuk akaun standard; USD7 untuk pusingan penuh pada akaun Raw1:30 (runcit)
1:500 (profesional)
MT4, MT4 Webtrader, MT4 Android; untuk pelanggan VFSC: MT4, MT5 dan GP CopyDikawal selia oleh ASIC (No. 385620) dan VFSC (No. 40256)4.7 ⭐
5. AvaTradeUSD100.00Runcit, Profesional, Islamik, MAMLebih 50Daripada 0.9 pip (runcit), 0.6 pip (pro)USD01:30 (1:400 untuk akaun Pro dan akaun bukan EU)MetaTrader 4, MetaTrader 5, WebTrader, Aplikasi AvaTrade, AvaSocial, AvaOptions, DupliTradeFFAJ (Lesen No.1574), CySEC (No. 347/17), ISA (No. 514666577), IIROC, ADGM / FSRA (No.190018), CBI (No.C53877), BVIFSC (No. SIBA/L/13/1049), FSCA(No.45984), ASIC (No.406684), JFSA (No. 1662)4.7 ⭐
6. PepperstoneUSD0Akaun Standard dan akaun Razor90+Daripada 0.0 pip untuk Akaun Razor dan 1 pip untuk Akaun Standard.USD0 (Akaun standard), USD7 yuran pusingan penuh (Akaun Razor)1:30 (runcit ASIC, CySEC, FCA); 1:500 (profesional); 1:400 (CMA)MetaTrader 4, MetaTrader 5, cTrader, TradingViewDikawal selia oleh: ASIC (No. 414530), UK FCA (No. 684312), CySEC (No. 388/20), BaFin (No. 151148), DFSA (F004356), CMA (128), SCB Bahamas (SIA-F217), FSA (SD108)4.4 ⭐
7. EightcapUSD100.00Akaun standard, raw dan TradingViewLebih daripada 500.1 pip pada Akaun Standard dan TradingView; 0.0 pip pada Akaun RawUSD0 untuk akaun Standard dan TradingView; USD7 setiap pusingan penuh untuk akaun RawLeveraj 1:30 (ASIC, CySEC)
Leveraj 1:500 (FSA)
MetaTrader4, MetaTrader5, WebTrader, TradingView, Capitalise.ai, FlashTraderSCB (No. SIA-F220), ASIC (No.391441), CySEC (No. 246/14), FCA (No. 921296), SCA4.2 ⭐
8. eToroUSD50 hingga USD100 (berbeza mengikut bidang kuasa)Dompet Kripto (eToro Money), Runcit, Profesional, Korporat, Demo, Islamik60+Mula dari 1 pipUSD1 atau USD2 (saham sahaja)Leveraj 1:30 (FCA, ASIC, CySEC); 1:400 (FSA)eToro Investing, Aplikasi eToro, TradingView, eToro CopyTrader, platform proprietariFCA, CySEC, ASIC, MFSA, FSRA, FSA, FINRA/FinCEN, AMF, SEC dan GFSC4.2 ⭐
9. IG$0Akaun spread betting, akaun perdagangan CFD, akaun risiko terhad, akaun DMA, akaun Islamik, akaun profesional, akaun demo, akaun opsyen dan akaun perdagangan saham*90 ke atasdaripada 0.6 pip untuk perdagangan Forex; purata spread 0.165 pip untuk perdagangan DMA$01:30 (runcit)
1:500 (profesional)
MetaTrader4, L2 Dealer, ProRealTime, perisian proprietari IG, TradingView,Pihak berkuasa kawal selia: ASIC, FCA, DFSA, CFTC, FMA, FINMA, BaFin, MAS, JFSA, FSCA, BMA (Bermuda)3.9 ⭐
10. XM GroupUSD5Akaun demo, akaun standard, akaun mikro, akaun ultra rendah, XM Zero, akaun saham, akaun islamik50+Daripada 0.0 pip (Akaun Zero), daripada 0.8 pip (Akaun Standard dan Micro)USD0 akaun mikro ultra rendah dan akaun standard ultra rendah; USD3.50 setiap sisi untuk akaun XM ZeroLeveraj 1:30 bagi entiti CySEC dan ASIC (1:1000 bagi bidang kuasa lain)MetaTrader4, MetaTrader5, MT4 WebTrader, MT5 WebTrader, MT4 Multiterminal, Aplikasi XMCySEC (lesen no. 120/10), FSC Belize (lesen no. 000261/27), FSC of Mauritius (GB23202700), FSA Seychelles (SD190), DFSA (ruj. no. F003484), FSCA (49976), Pendaftaran bagi pasport EU: - BaFin, CNMV, MNB, CONSOB, ACPR, FIN-FSA (Finland), KNF, AFM, FI3.8 ⭐

Skor pihak ketiga dan ciri platform boleh berubah dari semasa ke semasa, jadi gunakan jadual perbandingan sebagai titik permulaan, bukan sebagai satu-satunya asas keputusan. Untuk pasaran Malaysia, semakan tambahan seperti status entiti, kaedah deposit/pengeluaran yang tersedia kepada pelanggan Malaysia, kos pertukaran mata wang dan prosedur aduan adalah sama penting dengan skor ulasan.

Jenis Perdagangan Automatik

Seperti yang telah dinyatakan, terdapat banyak bentuk perisian perdagangan automatik yang menggunakan carta dan sumber maklumat berbeza untuk mengesan trend atau keadaan pasaran yang memenuhi kriteria strategi. Secara umumnya, perisian perdagangan automatik terbahagi kepada dua kategori utama, bergantung pada cara ia menentukan kriteria untuk membuka dan menutup perdagangan:

  • Perdagangan Salin/Sosial: Alat yang secara automatik menyalin perdagangan pedagang lain yang biasanya lebih berpengalaman.
  • Bot Perdagangan (Perdagangan Algoritma): Perisian yang menganalisis data pasaran, carta dan berita secara autonomi untuk mengenal pasti peluang perdagangan berdasarkan algoritma atau peraturan yang telah ditetapkan.

Untuk pedagang di Malaysia, pastikan ciri salin atau bot dibenarkan oleh broker untuk jenis akaun anda. Sesetengah broker boleh mengenakan syarat khusus terhadap scalping, hedging, penggunaan VPS atau salinan automatik. Jika automasi digunakan untuk aset digital, bezakan antara perdagangan aset digital di platform yang berdaftar sebagai Recognized Market Operator-Digital Asset Exchange (RMO-DAX) di bawah rangka kerja SC dengan produk seperti CFD kripto yang ditawarkan oleh broker luar negara; perlindungan dan bidang kuasanya tidak semestinya sama.

Perdagangan Salin/Sosial

Perdagangan salin atau sosial ialah bentuk perdagangan automatik yang disepadukan ke dalam beberapa platform perdagangan yang disokong oleh broker runcit. Banyak broker menyokong alat seperti ZuluTrade dan DupliTrade yang biasanya boleh disambungkan kepada platform MetaTrader. Perisian ini membolehkan anda menjejak perdagangan dan juga cadangan daripada pedagang yang lebih berpengalaman, dengan ZuluTrade melaksanakan pesanan yang sama seperti pedagang yang diikuti secara automatik. Perdagangan salin memang popular dalam kalangan sebahagian pedagang, tetapi ia tetap memerlukan masa untuk menilai penyedia strategi, rekod prestasi, drawdown, saiz posisi dan tempoh sejarah perdagangan sebelum anda memilih pedagang untuk disalin.

Contohnya, penyedia strategi yang mencatat pulangan tinggi tetapi pernah mengalami drawdown besar mungkin tidak sesuai untuk akaun kecil bermodal RM1,000 atau RM5,000, terutama jika saiz posisi salinan tidak dilaraskan. Prestasi lampau juga tidak menjamin hasil masa depan, jadi had kerugian, henti salinan dan peruntukan modal perlu ditetapkan sebelum strategi diaktifkan.

Bot Perdagangan (Algoritma dan Expert Advisor)

Perdagangan sosial bukan untuk semua orang, oleh itu terdapat juga pilihan perdagangan automatik menggunakan bot. Daripada bergantung pada keputusan pedagang lain yang mungkin dipengaruhi oleh pelbagai faktor, perdagangan automatik dengan bot akan membuat pesanan berdasarkan algoritma yang telah ditetapkan oleh anda atau perisian Expert Advisor (EA) yang anda beli. Bot akan menjejak pasaran dan melaksanakan pesanan apabila indikator pasaran menunjukkan keadaan yang memenuhi syarat strategi.

Sebagai contoh, EA boleh diarahkan untuk membuka posisi beli EUR/USD apabila purata bergerak 50 tempoh melintasi purata bergerak 200 tempoh dan indikator momentum mengesahkan trend. Namun, jika spread melebar ketika pengumuman data pekerjaan AS atau sambungan VPS terputus, keputusan sebenar boleh berbeza daripada ujian ke belakang. Oleh itu, ujian demo, rekod jurnal, had kerugian harian dan pemantauan berkala masih diperlukan walaupun strategi berjalan secara automatik.

Kedua-dua perdagangan sosial dan perdagangan automatik yang menggunakan bot mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Pilihan terbaik bergantung kepada tahap pengalaman, masa lapang, modal, toleransi risiko dan keutamaan peribadi anda.

Platform Perdagangan Automatik Terbaik

Kebanyakan broker runcit yang bereputasi biasanya menawarkan platform perdagangan popular yang menyokong perdagangan sosial/salin atau membenarkan penggunaan EA untuk perdagangan beralgoritma. Tanpa mengira versi perdagangan automatik yang anda pilih, anda tetap perlu tahu tentang platform yang mampu menawarkan pengalaman perdagangan forex yang paling sesuai dengan gaya, kos dan tahap risiko anda.

Bagi pembaca di Malaysia, penting untuk diingat bahawa MT4, MT5, cTrader, DupliTrade dan ZuluTrade ialah teknologi atau rangkaian platform, bukan lesen pengawalseliaan. Platform yang sama boleh disediakan oleh entiti berbeza di bawah bidang kuasa berbeza. Semak nama entiti broker pada perjanjian akaun, mata wang asas akaun, kaedah deposit dan pengeluaran dalam MYR atau USD, serta sama ada sokongan pelanggan tersedia pada waktu Malaysia. Jika broker menawarkan Akaun Islamik atau akaun swap-free, baca terma dengan teliti kerana sesetengah penyedia mungkin mengenakan caj pentadbiran alternatif, tempoh pegangan maksimum atau pengecualian instrumen tertentu; label swap-free sahaja tidak semestinya bermaksud produk tersebut disahkan patuh Syariah di Malaysia.

Untuk instrumen tempatan seperti saham tersenarai di Bursa Malaysia atau kontrak derivatif Bursa Malaysia Derivatives, penggunaan pesanan automatik tertakluk kepada sistem, kelulusan dan kawalan risiko broker tempatan masing-masing. Ini berbeza daripada forex/CFD OTC antarabangsa, di mana harga, pelaksanaan dan mekanisme aduan biasanya bergantung pada broker dan bidang kuasa entiti yang digunakan.


MT4Sama ada anda baru dalam perdagangan forex atau anda telah menjadi pedagang mata wang jangka panjang, anda berkemungkinan besar pernah mendengar tentang MetaTrader 4, atau MT4. Ini adalah antara platform perdagangan dalam talian yang paling dikenali, menjadikannya mudah diakses oleh pelbagai jenis pedagang. MT4 menggabungkan pelbagai alat, termasuk ciri perdagangan salin/sosial.

Platform ini membolehkan penggunanya membangunkan, menguji dan mengintegrasikan EA ke dalam sesi perdagangan forex masing-masing. Disebabkan persekitaran pembangunan MQL4 IDE (Integrated Development Environment) miliknya, pengguna MT4 boleh membangunkan strategi perdagangan mereka dan menggunakan bot perdagangan yang boleh melaksanakan pesanan secara automatik berdasarkan indikator yang diarahkan untuk dijejak dan dikesan olehnya semasa menganalisis pasaran forex.


MT5MetaTrader 5 (MT5) dianggap sebagai generasi yang lebih baharu daripada pendahulunya, MT4, dan juga memberi peluang kepada pedagang untuk menggunakan bot perdagangan bagi perdagangan algoritma. Disebabkan persekitaran MQL5 IDE yang terintegrasi dalam MT5, pedagang forex boleh membangunkan, menguji, menyahpepijat dan menggunakan bot perdagangan untuk pengalaman perdagangan algoritma mereka.

MT5 juga boleh menjadi pilihan untuk pedagang yang mahu menguji strategi pada lebih banyak jenis instrumen atau tempoh masa, bergantung pada tawaran broker. Namun, keupayaan platform tidak menggantikan keperluan menyemak kos sebenar seperti spread, komisen, swap, gelinciran harga dan kelajuan pelaksanaan pada akaun yang digunakan.


cTraderWalaupun MT4 dan MT5 disokong oleh banyak broker runcit, banyak juga jenama yang telah menggunakan platform cTrader, satu penyelesaian popular untuk sesi perdagangan forex yang lebih moden, membolehkan penggunaan pelbagai alat termasuk ciri perdagangan automatik seperti cBots, indikator dan pemalam beralgoritma (algorithmic plugins). Pedagang boleh membangunkan indikator baharu, cBots dan pemalam selagi mereka menggunakan cTrader Desktop. Setelah dibangunkan, alat-alat ini boleh digunakan untuk perdagangan automatik berdasarkan analisis pasaran yang terperinci.

cTrader sering menarik minat pedagang yang mahukan paparan pelaksanaan dan alat carta yang kemas. Untuk pedagang Malaysia, pertimbangkan juga lokasi pelayan, kestabilan sambungan dan sama ada broker menawarkan VPS atau integrasi pihak ketiga yang sesuai, kerana strategi frekuensi tinggi atau scalping lebih sensitif kepada kelewatan pelaksanaan.


DupliTradeSeperti yang disebutkan tadi, perdagangan salin/sosial juga merupakan satu bentuk perdagangan automatik yang boleh digunakan oleh pedagang forex. Satu platform popular untuk perdagangan salin ialah DupliTrade, dan ia disediakan oleh beberapa broker runcit utama. Ia membolehkan penggunanya memilih penyedia strategi untuk disalin, sambil memberi ruang kepada pelanggan DupliTrade untuk melaraskan parameter perdagangan mereka apabila meniru pesanan penyedia strategi tersebut.

Sebelum menggunakan DupliTrade melalui broker yang menerima pelanggan Malaysia, semak deposit minimum, mata wang akaun, pilihan pengeluaran, sejarah prestasi penyedia strategi dan sama ada terdapat had risiko yang boleh disesuaikan. Strategi yang kelihatan stabil pada akaun besar mungkin membawa risiko berlebihan jika disalin ke akaun yang lebih kecil tanpa pelarasan saiz posisi.


ZuluTradePerdagangan automatik jenis sosial juga popular di platform ZuluTrade yang disokong oleh beberapa broker runcit. Pedagang pakar boleh mendaftar untuk berkongsi strategi, dan prestasi mereka disenaraikan oleh ZuluRank. Ini membolehkan pelabur memilih pedagang dan menyalin posisi mereka secara automatik. Pengguna boleh menggunakan lebih 40 penapis untuk memilih pakar yang sesuai, mengambil kira metrik seperti keuntungan, drawdown dan gaya perdagangan. ZuluTrade juga menampilkan ZuluGuard, alat pengurusan risiko yang membantu melaraskan atau menghentikan salinan strategi jika prestasi menyimpang daripada jangkaan.

Walaupun alat seperti ZuluGuard boleh membantu mengurus risiko, ia tidak menggantikan henti rugi, had pendedahan dan pemantauan akaun. Jika akaun anda dibiayai dalam MYR tetapi strategi asal menggunakan USD atau EUR, perubahan kadar pertukaran dan caj penukaran juga boleh mempengaruhi hasil bersih apabila dana dikeluarkan semula ke akaun bank tempatan.


Kelebihan dan Kekurangan Perdagangan Automatik

Jika anda masih tertanya-tanya sama ada perdagangan automatik sesuai sebagai strategi untuk perdagangan forex anda, anda boleh membandingkan kelebihan dan kekangan penggunaan perisian perdagangan automatik ini. Di bawah ini, kami telah menyusun perbandingan antara kelebihan dan kekurangan penggunaan perisian perdagangan automatik untuk perdagangan forex anda:

Untuk pedagang Malaysia, kelebihan ini perlu dibaca bersama risiko pengawalseliaan dan operasi. Jika anda berurusan dengan perantara berlesen atau berdaftar di Malaysia, aduan biasanya perlu dikemukakan dahulu kepada penyedia perkhidmatan tersebut dan, jika layak, boleh dirujuk kepada Financial Markets Ombudsman Service (FMOS), yang mengambil alih fungsi penyelesaian pertikaian termasuk peranan yang sebelum ini dikaitkan dengan SIDREC. Jika anda memilih broker luar negara, saluran aduan lazimnya tertakluk kepada pengawal selia dan undang-undang bidang kuasa entiti tersebut.

Sebelum mengaktifkan bot atau salinan automatik dengan wang sebenar, semak sekurang-kurangnya lima perkara: status entiti di daftar SC, Labuan FSA atau pengawal selia asing yang relevan; kos keseluruhan termasuk spread, komisen, swap, caj tidak aktif dan caj penukaran MYR; had risiko seperti henti rugi dan saiz posisi; rekod ujian ke belakang serta ujian demo; dan prosedur pengeluaran melalui pindahan bank atau kaedah pembayaran yang tersedia kepada pelanggan Malaysia. Pendekatan ini membantu anda menilai perdagangan automatik sebagai alat pengurusan proses, bukan jalan pintas untuk menjana pulangan.

Kelebihan Utama

  • Perdagangan hanya berdasarkn algoritma dan logik, menghapuskan unsur emosi
  • Sesuai untuk pelabur yang sibuk, membolehkan perdagangan automatik dijalankan walaupun tidak log masuk ke akaun perdagangan mereka
  • Mengoptimumkan perdagangan dengan membolehkan pembukaan dan penutupan posisi pada paras harga yang paling menguntungkan mengikut parameter anda
  • Perdagangan automatik telah disepadukan ke dalam kebanyakan platform perdagangan popular yang digunakan oleh broker terkemuka

Kekurangan Utama

  • Mencari pakar yang sesuai untuk disalin dalam perdagangan salin boleh mengambil masa dan memerlukan kajian tambahan, hasil yang positif juga tidak dijamin
  • Tidak semua pedagang boleh membangunkan algoritma perdagangan yang berjaya, jadi ramai yang membeli EA yang boleh didapati dalam talian
  • Perdagangan automatik boleh menjadi agak berisiko dan memerlukan penyesuaian strategi secara berkala, ini mungkin mengambil lebih banyak masa lapang anda

Soalan Lazim

  • Adakah Perdagangan Forex Automatik Sah Di Sisi Undang-undang?

    Penggunaan perisian perdagangan automatik adalah sah dan boleh digunakan di beberapa pasaran, termasuk forex. Tiada sekatan undang-undang yang melarang penggunaan bot perdagangan atau alat salinan perdagangan apabila anda berdagang pasangan mata wang. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya anda memastikan broker pilihan anda tidak mengenakan sebarang sekatan terhadap penggunaan platform perdagangan automatik atau beralgoritma.

  • Adakah Perdagangan Automatik Disediakan pada Mana-mana Jenis Platform Forex?

    Walaupun benar bahawa kebanyakan platform perdagangan forex yang popular menyokong penggunaan alat perdagangan automatik, anda perlu ingat bahawa broker mungkin tidak membenarkan pelanggannya menggunakannya. Kebanyakan broker yang bereputasi sesuai untuk perdagangan automatik.

  • Adakah Perdagangan Automatik Lebih Menguntungkan daripada Perdagangan Manual?

    Perdagangan automatik memang mudah bagi sesetengah pedagang, tetapi ia tidak semestinya lebih menguntungkan berbanding membuat pesanan forex sendiri. Perdagangan automatik boleh menjimatkan masa yang diperlukan untuk memantau pasaran dengan teliti, membolehkan pelaksanaan pesanan yang cepat pada setiap kali perisian menunjukkan pergerakan pasaran yang berpotensi menguntungkan.

  • Adakah Perdagangan Salin dan Perdagangan Sosial?

    Perdagangan salin dan perdagangan sosial memang mempunyai banyak persamaan, kedua-duanya membolehkan pedagang menjalankan perdagangan automatik dengan meniru perdagangan pelabur forex yang lebih berpengalaman. Walau bagaimanapun, perdagangan salin tidak mempunyai elemen sosial, dengan salinan perdagangan yang serta-merta tanpa sebarang interaksi lanjut dengan pakar yang anda salin. Sementara itu, pedagang sosial sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain, membandingkan strategi dan menjadikan keseluruhan proses perdagangan lebih interaktif.

  • Bolehkah Perisian Perdagangan Automatik Gagal Menghantar Pesanan?

    Seperti teknologi lain, perdagangan automatik boleh mengalami beberapa kegagalan teknikal. Walau bagaimanapun, untuk pedagang, banyak platform yang membenarkan pembangunan bot perdagangan turut menyediakan kemudahan untuk menguji dan menyahpepijat sebarang masalah atau ralat. Ingat, anda tidak boleh bergantung pada perdagangan automatik sebagai sistem yang bebas daripada kegagalan pada setiap masa.

Ditulis oleh N. Nazifova | Editor Pakar Matthew Levy, CFA | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal