Laman Utama » Broker Perdagangan Kripto Terbaik pada 2026 » Platform Perdagangan Solana

Platform Perdagangan Solana

Ditulis oleh Naylyan Nazifova Naylyan Nazifova
Naylyan Nazifova - Penulis di BestBrokers.comNaylyan Nazifova ialah Financial Research and Platform Testing Analyst di BestBrokers.com yang bertanggungjawab mengulas dan menguji broker dalam talian dalam bidang forex, saham, pelaburan dan kewangan peribadi. Pengalaman beliau dalam menghasilkan kandungan berkaitan dagangan dalam talian dan menganalisis broker membantu pembaca memahami prestasi sebenar platform, termasuk alat dagangan, yuran, kemudahan penggunaan dan kesesuaiannya untuk pelbagai jenis pelabur.
, | Editor Pakar Matthew Levy, CFA Matthew Levy, CFA
Matthew Levy, CFA - Penulis di BestBrokers.comMatthew Levy, CFA, ialah Senior Research Analyst di BestBrokers.com dengan pengalaman dalam perkhidmatan kewangan, analisis sekuriti, pengurusan portfolio dan dagangan. Kerja beliau menyokong proses pengujian broker melalui penyelidikan terperinci, analisis kewangan yang jelas dan pemahaman yang kukuh tentang perkara yang diperlukan oleh pedagang dan pelabur daripada platform dagangan dalam talian yang boleh dipercayai.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal Shakirah Manijal
Shakirah Manijal - Penulis di BestBrokers.comShakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Solana (SOL) ialah aset digital yang didagangkan secara meluas, dengan permodalan pasaran sekitar $68.5 bilion dan volum dagangan 24 jam kira-kira $4.3 bilion pada September 2026. Rangkaian ini terkenal dengan kos transaksi yang rendah dan pemprosesan pantas. Solana mengenakan yuran asas sebanyak 5,000 lamport bagi setiap tandatangan, manakala masa slot rangkaian telah dikurangkan kepada sekitar 300 ms pada Ogos 2026.

Ekosistem Solana turut berkembang merangkumi aplikasi DeFi, NFT, pembayaran dan aset dunia sebenar. Dalam artikel ini, kami menerangkan perkara utama tentang perdagangan SOL serta broker dan bursa kripto yang menyokong aset ini.

Metodologi Pengujian
Untuk menilai platform dalam ulasan ini, kami menjalankan ujian langsung selama 36 hari, dari 1 Jun hingga 6 Julai 2026. Bagi broker CFD, kami membuka akaun sebenar untuk mengukur purata spread SOL/USD dan mengesahkan had leveraj mengikut bidang kuasa. Bagi bursa kripto, kami menilai yuran spot dan niaga hadapan, tahap VIP, serta ketersediaan dan pulangan program staking SOL. Untuk maklumat lanjut, lihat metodologi pengujian penuh kami.
1Fusion Markets logoFusion Markets
Rating: 4.42 ⭐
74-89% daripada akaun CFD pelabur runcit kehilangan wang
Penilaian Tertinggi
2FP Markets logoFP Markets
Rating: 4.37 ⭐
73.33% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
3BlackBull Markets logoBlackBull Markets
Rating: 4.28 ⭐
Perdagangan produk berleveraj adalah berisiko
4Plus500 US logoPlus500 US
Rating: 3.75 ⭐
Kandungan ini hanya terpakai kepada Plus500 US dan pelanggan dari Amerika Syarikat. Perdagangan niaga hadapan melibatkan risiko kerugian.
5eToro logoeToro
Rating: 3.24 ⭐
52% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian

Nota untuk pembaca Malaysia: Solana boleh dibeli sebagai aset digital melalui bursa aset digital atau didagangkan secara spekulatif melalui produk derivatif seperti CFD, bergantung pada platform. Di Malaysia, aktiviti Digital Asset Exchange (DAX) berada di bawah rangka kerja Securities Commission Malaysia (SC), manakala Bank Negara Malaysia (BNM) berkaitan dengan sistem pembayaran, pindahan dana dan pematuhan kewangan. Mana-mana platform global dalam halaman ini tidak semestinya berdaftar atau dibenarkan di Malaysia; semak status entiti pada daftar SC, senarai DAX berdaftar dan Senarai Amaran Pelabur SC sebelum membuat deposit dalam RM.

SOL tidak disenaraikan untuk perdagangan spot di Bursa Malaysia. Bursa Malaysia lebih relevan untuk saham, ETF, waran dan derivatif tempatan, manakala pendedahan kepada SOL biasanya berlaku melalui DAX, bursa kripto global, atau broker derivatif. Jika platform berpangkalan di luar Malaysia atau dikawal selia oleh bidang kuasa lain, status tersebut tidak boleh dianggap setara dengan kebenaran tempatan daripada SC.

Platform Terbaik untuk Perdagangan Spekulatif Solana

Tapis BrokerPerhalus hasil untuk mencari broker terbaik bagi gaya dan keperluan dagangan anda.
Dikuasakan oleh BrokerData™Hasil masa nyata diperoleh secara langsung daripada pangkalan data BrokerData™ proprietari BestBrokers dan disahkan melalui ujian akaun langsung yang berterusan oleh penganalisis kami.

Menunjukkan 5 broker berdasarkan pilihan penapis semasa.

  1. Skor Keseluruhan 4.42/5
    BERDAGANG SEKARANGBACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan
    41:21
    Akaun langsung diuji oleh BestBrokersUlasan Fusion Markets 2026: Ujian €100 di Akaun Sebenar MT4, MT5, cTrader & TradingView

    Fusion Markets menawarkan CFD bagi 13 mata wang kripto popular, termasuk Solana, tanpa syarat deposit minimum. Broker ini tidak mengenakan komisen untuk dagangan CFD kripto kerana kos dagangan dimasukkan dalam spread. Pedagang boleh mengambil posisi panjang dan pendek untuk membuat spekulasi terhadap pergerakan harga SOL tanpa memiliki token asas.

    Untuk menilai syarat dagangan Solana, kami membuka akaun Classic sebenar dan memperdagangkan CFD SOL/USD di MetaTrader 5 (MT5). Kami mencatatkan purata spread 0.20%, yang mengecil kepada 0.17% ketika kecairan lebih tinggi. Leveraj maksimum ialah 1:2 untuk pelanggan runcit dan sehingga 1:10 untuk pedagang profesional.

    Bagi posisi SOL jangka panjang, caj pembiayaan semalaman dikenakan pada 00:00 waktu pelayan bagi setiap hari posisi CFD kripto kekal terbuka. Kadar berkenaan dipaparkan pada platform dagangan. Oleh sebab pedagang mendapat pendedahan derivatif dan bukannya membeli SOL, posisi CFD tidak layak menerima ganjaran staking Solana.

    Fusion Markets turut menawarkan purata spread 0.03% untuk Bitcoin dan 0.17% untuk Ethereum. Selain MT5, CFD kripto boleh didagangkan melalui MetaTrader 4 (MT4), TradingView dan cTrader. Akaun demo tersedia untuk menguji platform sebelum menggunakan dana sebenar.

    Bukti daripada ujian akaun langsung kami

    Ujian depositDeposit €100 menggunakan kad di Fusion MarketsDeposit €100 menggunakan kad di Fusion Markets
    Dagangan langsungDagangan sebenar GBPUSD melalui MT4 di Fusion MarketsDagangan sebenar GBPUSD melalui MT4 di Fusion Markets
    Ujian pengeluaranUjian pengeluaran dana Fusion MarketsUjian pengeluaran dana Fusion Markets
    • Akaun dibuka
    • Deposit wang sebenar
    • Dagangan langsung dilaksanakan
    • Pengeluaran selesai
    Lihat ujian penuh deposit, dagangan dan pengeluaran kami
    Gleneagle Asset Management Limited (ABN 29 103 162 278) yang beroperasi sebagai Fusion Markets, adalah penerbit Produk Fusion Markets yang diterangkan dalam komunikasi ini. Perdagangan dalam Produk Fusion Markets melibatkan potensi keuntungan serta risiko kerugian yang mungkin melebihi jumlah deposit awal anda dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Anda harus membaca dengan teliti semua Terma Perkhidmatan Produk Kewangan ini, Kenyataan Pendedahan Produk (PDS) dan Panduan Perkhidmatan Kewangan (disediakan di laman web kami), mempertimbangkan keadaan kewangan, keperluan dan objektif anda sendiri untuk melabur dalam Produk Fusion Markets ini dan mendapatkan nasihat kewangan bebas.
  2. Skor Keseluruhan 4.37/5
    BERDAGANG SEKARANGBACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan
    36:21
    Akaun langsung diuji oleh BestBrokersUlasan FP Markets 2026: Pendaftaran, Deposit & Ujian Akaun Sebenar €100

    FP Markets beroperasi di bawah pelbagai lesen kawal selia, termasuk ASIC di Australia dan CySEC di Cyprus, serta pengawal selia di Afrika Selatan, Seychelles, Mauritius, Kenya dan Bahamas. Pelanggan boleh memperdagangkan Solana tanpa membeli atau menyimpan token SOL melalui CFD berleveraj yang menyokong posisi panjang dan pendek.

    Selepas membuka akaun Standard sebenar, kami mendapat akses kepada CFD bagi 12 mata wang kripto, termasuk Solana, Bitcoin, Ethereum, Bitcoin Cash, Litecoin, Cardano, Dogecoin, Polkadot, Chainlink, Ripple dan Stellar. Dalam ujian sebenar kami, purata spread SOL/USD ialah 0.88%. FP Markets turut mengiklankan purata pelaksanaan pesanan di bawah 40 milisaat, disokong oleh kecairan daripada infrastruktur dagangannya.

    CFD kripto tersedia 24 jam sehari, lima hari seminggu, bukannya mengikut jadual 24/7 pasaran mata wang kripto asas. Posisi semalaman dikenakan caj pembiayaan. Ketika semakan kami, jadual swap broker menyenaraikan mata swap SOL/USD sebanyak -20 untuk posisi panjang dan -5 untuk posisi pendek, tetapi kadar boleh berubah mengikut keadaan pasaran.

    Kami menjalankan ujian sebenar menggunakan MT5, manakala FP Markets turut menyokong MetaTrader 4, cTrader dan TradingView. Broker ini menawarkan lebih 10,000 instrumen, membolehkan pedagang SOL mempelbagaikan dagangan kepada forex, saham, indeks, komoditi, logam dan pasaran lain daripada akaun yang sama.

    Bukti daripada ujian akaun langsung kami

    Ujian depositDeposit wang sebenar di FP MarketsDeposit wang sebenar di FP Markets
    Dagangan langsungDagangan sebenar minyak mentah WTI melalui MT5 di FP MarketsDagangan sebenar minyak mentah WTI melalui MT5 di FP Markets
    Ujian pengeluaranUjian pengeluaran dana FP MarketsUjian pengeluaran dana FP Markets
    • Akaun dibuka
    • Deposit wang sebenar
    • Dagangan langsung dilaksanakan
    • Pengeluaran selesai
    Lihat ujian penuh deposit, dagangan dan pengeluaran kami
    CFD adalah instrumen yang kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan leveraj. 73.33% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko yang tinggi kehilangan wang anda.
  3. Skor Keseluruhan 4.28/5
    BERDAGANG SEKARANGBACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan
    29:12
    Akaun langsung diuji oleh BestBrokersUlasan BlackBull Markets 2026: Pendaftaran, Ujian Wang Sebenar €100 & Pengeluaran

    BlackBull Markets ialah broker New Zealand yang menyediakan akses kepada lebih 26,000 instrumen kewangan, termasuk 22 pasangan mata wang kripto utama melalui CFD. Solana, Bitcoin, Ethereum, Cardano, Ripple, Litecoin dan aset digital lain boleh didagangkan berbanding dolar AS tanpa membeli atau menyimpan syiling asas.

    Berdasarkan penilaian langsung kami terhadap akaun Prime, purata spread SOL/USD ialah 0.08% ketika ujian. Pedagang Solana boleh mengakses leveraj sehingga 1:50 melalui entiti yang dikawal selia di Seychelles, walaupun nisbah tersedia bergantung pada akaun dan bidang kuasa. BlackBull menyenaraikan saiz kontrak sebanyak 1 SOL bagi setiap lot, dengan posisi SOL/USD bermula daripada 0.1 lot dan volum maksimum 10,000 lot.

    Pedagang yang membiarkan posisi terbuka semalaman perlu mengambil kira kos pembiayaan. Spesifikasi SOL/USD BlackBull menyenaraikan caj swap berasingan untuk posisi panjang dan pendek, maka kos pegangan boleh terkumpul bagi dagangan berbilang hari. Oleh sebab SOL didagangkan melalui derivatif dan bukannya dibeli, pedagang CFD juga tidak menerima ganjaran staking Solana.

    Kami menggunakan MT5 semasa ulasan, manakala BlackBull turut menyokong cTrader dan TradingView serta menyediakan BlackBull CopyTrader proprietarinya untuk menyalin posisi pedagang lain. Pedagang berbilang aset boleh memilih akaun ECN Standard bebas komisen atau ECN Prime, yang menawarkan spread forex daripada 0.0 pip dengan komisen FX pergi balik $6. Prime+ menyasarkan pedagang bervolum tinggi dengan harga dan rebat tersuai.

    Bukti daripada ujian akaun langsung kami

    Ujian depositDeposit wang sebenar €100 di BlackBull MarketsDeposit wang sebenar €100 di BlackBull Markets
    Dagangan langsungDagangan sebenar EURUSD melalui MT4 di BlackBull MarketsDagangan sebenar EURUSD melalui MT4 di BlackBull Markets
    Ujian pengeluaranUjian pengeluaran wang BlackBull Markets dan fi €5Ujian pengeluaran wang BlackBull Markets dan fi €5
    • Akaun dibuka
    • Deposit wang sebenar
    • Dagangan langsung dilaksanakan
    • Pengeluaran selesai
    Lihat ujian penuh deposit, dagangan dan pengeluaran kami
  4. Skor Keseluruhan 4.06/5
    BERDAGANG SEKARANGBACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan
    24:55
    Akaun langsung diuji oleh BestBrokersUlasan ActivTrades 2026: Pendaftaran, ujian wang sebenar €100 & pengeluaran

    ActivTrades telah beroperasi sejak 2001 dan menyediakan perkhidmatan kepada lebih 300,000 pedagang di lebih 170 negara. Broker ini dikawal selia dalam beberapa bidang kuasa, termasuk oleh FCA di UK, CMVM di Portugal, SCB di Bahamas dan FSC di Mauritius. Selain forex, saham, indeks dan komoditi, pelanggan boleh memperdagangkan Solana bersama 14 CFD mata wang kripto lain.

    Semasa ujian sebenar akaun Individual, purata spread SOL/USD ialah 0.06%, manakala dagangan mata wang kripto bebas komisen. ActivTrades menyenaraikan nilai mata 1 USD untuk SOL/USD, dengan saiz posisi antara 0.01 hingga 50 lot. Pelanggan yang berdaftar melalui entiti Mauritius dan Bahamas boleh mengakses leveraj sehingga 1:20, walaupun keperluan margin boleh berubah mengikut keadaan pasaran.

    Pedagang yang membiarkan posisi SOL terbuka semalaman perlu mengambil kira kos pembiayaan. Ketika semakan kami, ActivTrades memaparkan kadar swap SOL/USD sebanyak -21% untuk posisi panjang dan +3% untuk posisi pendek, menjadikan kos pegangan amat relevan bagi dagangan berleveraj jangka panjang. Broker ini turut mengehadkan pendedahan nosional maksimum SOL/USD kepada $500,000 bagi setiap pelanggan.

    CFD SOL tersedia melalui MT4, MT5, TradingView dan ActivTrader. Pelanggan turut mendapat manfaat daripada akaun diasingkan dan insurans dana tambahan sehingga $1 juta, bergantung pada entiti serta terma polisi berkenaan. Oleh sebab Solana didagangkan sebagai CFD, pedagang boleh mengambil posisi panjang dan pendek tetapi tidak memiliki token SOL asas atau memperoleh ganjaran staking.

    Bukti daripada ujian akaun langsung kami

    Ujian depositDeposit €100 menggunakan kad debit di ActivTradesDeposit €100 menggunakan kad debit di ActivTrades
    Dagangan langsungDagangan langsung EURUSD melalui ActivTrader daripada ActivTradesDagangan langsung EURUSD melalui ActivTrader daripada ActivTrades
    Ujian pengeluaranUjian pengeluaran dana daripada ActivTradesUjian pengeluaran dana daripada ActivTrades
    • Akaun dibuka
    • Deposit wang sebenar
    • Dagangan langsung dilaksanakan
    • Pengeluaran selesai
    Lihat ujian penuh deposit, dagangan dan pengeluaran kami
    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. 72% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini.Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  5. Skor Keseluruhan 4.04/5
    BERDAGANG SEKARANGBACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    AvaTrade menyediakan akses kepada lebih 1,000 pasaran CFD, termasuk kira-kira 20 instrumen mata wang kripto, dengan deposit minimum $100. Pedagang Solana boleh mengambil posisi panjang atau pendek tanpa membeli SOL atau mengekalkan dompet kripto. Broker ini turut menyokong dagangan algoritma melalui Expert Advisors dan dagangan salinan, di samping alat AvaProtect™ dan Trading Central.

    Semasa ujian sebenar akaun Standard AvaTrade, kami mencatatkan purata spread atas pasaran 0.30% bagi SOL/USD. Leveraj dihadkan kepada 1:2 kerana kami menguji tawaran runcit yang dikawal selia EU, manakala pelanggan profesional dan antarabangsa yang layak boleh mengakses nisbah lebih tinggi bergantung pada bidang kuasa. AvaTrade juga boleh meningkatkan keperluan margin kripto ketika volatiliti tinggi.

    AvaTrade mengenakan had maksimum posisi SOL sebanyak $50,000 bagi setiap pelanggan, manakala akaun MetaTrader menyokong saiz dagangan minimum 0.01 lot. Pedagang yang memegang CFD SOL semalaman juga perlu mengambil kira caj pembiayaan. Dagangan kripto tidak tersedia pada akaun Islam, manakala pelanggan runcit UK tidak boleh memperdagangkan CFD mata wang kripto.

    Selain Solana, AvaTrade menawarkan CFD bagi Bitcoin, Ethereum, Bitcoin Cash, Litecoin, Ripple, Stellar, Dash dan mata wang kripto lain. Platformnya termasuk MT4, MT5, WebTrader dan aplikasi mudah alih AvaTrade, manakala AvaSocial dan DupliTrade menyokong dagangan salinan. Oleh sebab SOL didagangkan melalui CFD, pelanggan tidak memiliki token asas atau menerima ganjaran staking.

    CFD adalah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. 57% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus menilai sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.

Apabila membandingkan broker untuk perdagangan spekulatif Solana, beri perhatian kepada entiti undang-undang yang membuka akaun anda, bidang kuasa kawal selianya, perlindungan baki negatif, peraturan margin, kaedah deposit dalam RM, serta saluran aduan yang tersedia. Untuk pengguna Malaysia, kewujudan lesen luar negara atau lesen Labuan FSA perlu dibaca mengikut skopnya dan tidak harus dianggap sebagai jaminan bahawa semua produk yang ditawarkan sesuai atau dibenarkan untuk pelabur runcit Malaysia.

Perbandingan Komprehensif 5 Platform Perdagangan Solana Teratas

Broker SOLBaki Akaun MinimumPengawal SeliaSpreadYuran LainLeverajInstrumenMata Wang KriptoJenis AkaunPerlindungan Baki NegatifSkor Kami
1. Fusion Markets$0Dikawal selia oleh ASIC, FSA (Seychelles) dan VFSC (Vanuatu)Purata 0.26
  • Akaun ZERO: komisen pusingan penuh AU$4.50;
  • Tiada yuran deposit;
  • Tiada komisen untuk dagangan CFD kripto;
  • Yuran dagangan semalaman dikemas kini setiap hari;
  • Spread minimum BTC/USD: 27.5
  • Spread purata BTC/USD: 28
Akaun Fusion Pro serta pelanggan Seychelles dan VFSC: 1:10; pelanggan ASIC: 1:2Kontrak untuk perbezaan (CFD)13+Akaun ZERO, Akaun Classic, Akaun Islamik, Akaun Demo, Akaun ProfesionalYa (entiti ASIC)4.42 ⭐
2. FP MarketsUSD 50 (AU$100)ASIC, CySEC, FSA (Seychelles), FSCA, FSA (St. Vincent dan Grenadines), SCB (Bahamas)0.898
  • Swap -30.00 bagi posisi long dan -10.00 bagi posisi short;
  • Yuran semalaman -20% untuk posisi long / -0.20% untuk posisi short bagi ETH, LTC, XRP dan SOL;
  • Tiada yuran deposit;
  • Yuran 1% hanya untuk pengeluaran melalui Skrill dan Neteller;
  • Komisen sifar untuk akaun Standard
  • Spread purata BTC/USD: 21.08
1:2Kontrak untuk perbezaan (CFD)12Standard, Raw, Demo, Profesional, IslamikYa (entiti CySEC dan ASIC)4.37 ⭐
3. BlackBull MarketsUSD 0FSA (Seychelles) (No. SD045), FMA (No. FSP403326)199.5 pip (spread masa nyata)
  • Akaun ECN Standard: komisen pusingan penuh USD 0;
  • Akaun ECN Prime: komisen pusingan penuh USD 6;
  • Akaun ECN Institutional: komisen pusingan penuh USD 4.
1:500Kontrak untuk perbezaan (CFD)20ECN Standard, ECN Prime, ECN InstitutionalYa4.28 ⭐
4. ActivTradesUSD 0FCA (UK), CMVM (Portugal), CVM (Brazil), SCB (Bahamas), FSC (Mauritius)Bermula daripada 0.1%
  • Akaun Individu: komisen pusingan penuh USD 0;
  • Caj semalaman ke atas posisi terbuka;
  • Yuran penukaran sebanyak 0.5%.
1:2 (Bahamas: 1:20)Kontrak untuk perbezaan (CFD)15Individu, Demo, Islamik, ProfesionalYa (pedagang runcit)4.06 ⭐
5. AvaTradeUSD 100.00FFAJ (Lesen No. 1574), CySEC (No. 347/17), ISA (No. 514666577), IIROC, ADGM/FSRA (No. 190018), CBI (No. C53877), BVIFSC (No. SIBA/L/13/1049), FSCA (No. 45984), ASIC (No. 406684), JFSA (No. 1662)0.30%
  • Premium semalaman dikenakan ke atas posisi yang dipegang semalaman;
  • Tiada yuran deposit dan pengeluaran;
  • Yuran sebanyak USD 50 dikenakan selepas 3 bulan tidak aktif;
  • Spread BTC/USD 0.08% melebihi pasaran;
1:2 untuk pedagang runcit dan 1:5 untuk pedagang profesionalCFD untuk SOL/USD18Runcit, Profesional, Islamik, MAMYa4.04 ⭐

Platform Terbaik untuk Membeli dan Menukar Solana

BursaSyiling boleh dagangYuran Maker/TakerKadar FaedahPerkhidmatan DompetStakingLeveraj MaksimumSaiz PesananKaedah PembayaranPengawal SeliaRating Trust Pilot
1. PrimeXBT130+Niaga Hadapan Kripto: 0.01% / 0.02%Swap posisi beli, 24J - 0.0452%; Swap posisi jual 24J - 0.03%YaYa4:200.01 SOLKad Kredit, Kad Debit, Kripto, VOLET, Promptpay, Perfect MoneyPerkhidmatan Siasatan Jenayah Kewangan (FCIS), Lithuania3.9 ⭐
2. Bybit2,350+Pengguna bukan VIP:
Perdagangan spot - 0.1000%/0.1000%
Perdagangan Perpetual dan Niaga Hadapan - 0.055%/0.02%
Perdagangan Opsyen - 0.02%/0.03%
Kadar Faedah Harian - 0.01344276%; Kadar Faedah Tahunan - 4.91%Ya (Kustodian Kendiri)Ya4:20SOL BTC - 0.12 SOL; SOLUSDT - 0.023 SOL; SOLEUR - 0.052 SOLKad Debit/Kredit, Pindahan SWIFT, Pindahan Bank, PIX, SEPA, Zen.com, iDEAL, BLIKSCA (UAE), CySEC (Cyprus), AFSA (Kazakhstan)3.4 ⭐
3. OKX 350+Pengguna Biasa: 3.00% APR (pinjaman maksimum 40,000)Ya (Bukan Kustodian)Ya (5.90%)2:40Spot/Margin: SOL/USD - 0.01 SOL; SOL/USDT - 0.01 SOLKad Debit, Kad Kredit, Dompet Mudah Alih, SEPA, iDeal, Pix, Pindahan Bank, Kripto, Bancontact, PayNowFSA (Seychelles), VARA (Dubai), MFSA (Malta)2 ⭐
4. MEXC4,200+Spot: 0.000% / 0.050%; Niaga Hadapan: 0.000% / 0.020%0.00%YaYa4:200.001 SOLPindahan bank, kad bank, Skrill, Apple Pay, kriptoBerdaftar di Seychelles1.8 ⭐
5. KuCoin1,000+Spot: dari 0.100% / 0.100% hingga -0.005% / 0.025%; Niaga Hadapan: dari 0.020% / 0.060% hingga -0.008% / 0.025%Kadar Pembiayaan SOL Perpetual/USDT: 0.0186%Ya (Kustodian)0.1% ~ 20%1:100 (niaga hadapan)Mata wang kripto bernilai $1Kad Kredit/Debit, Pindahan SEPA, Pindahan Bank, ApplePay, GPay, Revolut, PaySera, Skrill, Advcash, Interac dan banyak lagiSFSA (Seychelles), FIU (India)1.6 ⭐

Senarai berikut menerangkan ciri beberapa platform global yang sering digunakan untuk membeli, menjual atau menukar Solana. Untuk pengguna Malaysia, senarai ini bukan pengesahan bahawa platform tersebut berdaftar sebagai RMO-DAX di bawah SC. Jika matlamat anda ialah membeli dan menyimpan SOL dengan saluran kawal selia tempatan, semak dahulu DAX berdaftar SC dan sama ada SOL disokong di platform tersebut.

  1. Bybit

    Ditubuhkan pada tahun 2018, Bybit merupakan bursa mata wang kripto yang berfokus pada pertumbuhan aset digital dan sektor Web3. Pada tahun 2025, syarikat ini telah mencapai purata volum perdagangan harian sebanyak USD32 bilion. Bybit menyediakan perkhidmatannya kepada pengguna global di 241 negara dan wilayah, dengan sokongan pelanggan 24/7 untuk perkhidmatan perdagangannya. Pada masa ini, bursa ini merupakan antara bursa mata wang kripto terbesar dalam sektor ini mengikut volum perdagangan.

    Bybit menyenaraikan lebih daripada 2,350 mata wang kripto dan altcoin serta menawarkan dompet kustodian. Dengan susun atur yang mesra pengguna, pelanggan boleh membeli, menjual, berdagang, dan menjalankan staking SOL dalam beberapa klik sahaja, jika produk tersebut tersedia di lokasi mereka. Solana termasuk antara syiling yang disokong untuk deposit dan pengeluaran. Yuran perdagangan spot di Bybit untuk pengguna standard (VIP 0) bermula pada 0.10% untuk kedua-dua pesanan maker dan taker. Melalui program VIP/PRO miliknya, yuran boleh turun sehingga serendah 0.0300% untuk maker dan 0.0450% untuk taker bagi tahap tertinggi (“Supreme VIP”).

    Untuk konteks Malaysia, SC pernah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Bybit kerana mengendalikan DAX tanpa pendaftaran di Malaysia. Oleh itu, pengguna Malaysia perlu menyemak status terkini di SC dan memahami bahawa akaun global atau luar pesisir tidak semestinya mempunyai perlindungan yang sama seperti pengantara yang berdaftar di Malaysia.

  2. KuCoin

    Ditubuhkan pada September 2017, KuCoin merupakan bursa mata wang kripto global yang membolehkan pedagang kripto membeli, menjual, dan berdagang Solana selain daripada 1,000+ syiling lain. Bursa ini menyediakan perkhidmatannya kepada lebih 40 juta pelanggan di lebih 200 negara dan wilayah. KuCoin menyediakan akses kepada pasaran luas yang merangkumi senarai “Hot Coins” dan penyenaraian token baharu yang kerap, disokong oleh kemas kini berkala mengenai trend pasaran. Infrastruktur ini membolehkan pedagang memantau aset yang baru muncul merentasi pelbagai instrumen digital.

    Syarikat ini mempunyai struktur yuran yang telus untuk perdagangan spot dan niaga hadapan kripto yang bergantung pada tahap VIP akaun dan aset kripto tertentu. Terdapat 13 tahap VIP, dari LV0 hingga LV12. Yuran maker/taker untuk perdagangan spot Solana, yang termasuk antara mata wang kripto utama yang disokong oleh bursa, adalah 0.100% untuk pemegang akaun Tahap VIP 0. Yuran maker/taker untuk kontrak niaga hadapan dalam SOL/USDM dan SOL/USDTM bermula daripada 0.020% dan 0.060% dengan yuran penyelesaian 0.025%. Deposit adalah tanpa yuran, manakala pengeluaran SOL dikenakan caj (0.008 SOL + 0% daripada amaun), dengan syarat pengeluaran minimum 0.016 SOL.

    Bagi pengguna Malaysia, akses kepada KuCoin perlu dinilai bersama status pendaftaran tempatan, kaedah deposit yang tersedia, kos penukaran RM kepada aset digital, dan risiko jika platform tidak berada di bawah rangka kerja DAX SC.

  3. OKX

    Turut dilancarkan pada tahun 2017, OKX beribu pejabat di Seychelles dan mempunyai beberapa pejabat di seluruh dunia. Dengan portfolio lebih 350 mata wang kripto yang disokong dan 500 pasangan perdagangan, OKX kini menyediakan perkhidmatannya kepada lebih 60 juta pengguna di lebih 180 negara. Selain perdagangan spot dan margin, pelanggan mempunyai akses kepada perkhidmatan lain seperti opsyen, niaga hadapan kekal (perpetual futures), peminjaman, dan perkhidmatan perlombongan.

    Bursa ini mempunyai struktur yuran berperingkat, berdasarkan volum perdagangan 30 hari pengguna, dengan yuran perdagangan bagi tahap VIP bermula daripada Pengguna Biasa dan VIP 1 sehingga VIP 8. Sebagai contoh, pengguna Tahap VIP 1 membayar yuran maker/taker sebanyak 0.045% / 0.050% untuk perdagangan spot mereka. Yuran perdagangan menurun kepada -0.005% dan 0.015% dengan volum perdagangan yang lebih tinggi. Pengguna boleh membeli Solana dan pelbagai mata wang kripto lain dalam beberapa klik menggunakan kad bank, pindahan bank, atau dompet digital, tertakluk pada ketersediaan kaedah tersebut di lokasi mereka. Amaun pengeluaran minimum untuk transaksi Solana bermula dari 0.0035 SOL, tetapi yuran rangkaian sebanyak 0.0025 SOL dikenakan.

    Untuk pedagang Malaysia, semak sama ada saluran deposit dan pengeluaran yang digunakan adalah saluran rasmi platform, dan elakkan pindahan kepada akaun pihak ketiga yang tidak jelas kerana ia boleh meningkatkan risiko penipuan atau sekatan akaun bank.

  4. MEXC

    Ditubuhkan pada tahun 2018, MEXC ialah bursa mata wang kripto yang menyediakan perkhidmatannya kepada lebih 40 juta pengguna di lebih 170 pasaran. Bursa ini berupaya menyelesaikan 1.4 juta transaksi sesaat. Sebanyak 2,687 pasangan spot dan lebih 1,583 pasangan niaga hadapan disediakan pada masa artikel ini ditulis.

    Deposit melalui Rangkaian Solana adalah tanpa yuran, manakala pengeluaran dikenakan yuran pengeluaran 0.000213 SOL dan mempunyai had minimum 0.1 SOL. Yuran maker/taker spot yang dikenakan bagi kebanyakan pasangan perdagangan ialah 0.000% / 0.050%, tetapi yuran sebenar boleh berbeza mengikut instrumen. Yuran maker/taker niaga hadapan ialah 0.0000% / 0.020% dan juga boleh berbeza mengikut instrumen. Untuk menyemak kadar faedah setiap jam untuk kripto pilihan mereka di MEXC, pengguna boleh mengklik butang ‘Loan’ dalam antara muka transaksi.

    Seperti bursa global lain, pengguna Malaysia perlu menilai risiko kawal selia, risiko kustodi, dan kos penukaran mata wang sebelum memindahkan dana atau aset digital ke platform luar negara.

  5. PrimeXBT

    PrimeXBT dilancarkan pada tahun 2018 dan kini mempunyai lebih 1 juta pengguna di lebih 150 pasaran. Bursa ini mempunyai penarafan Trustpilot 3.8/5 bintang daripada lebih 350 ulasan pengguna. Syarikat ini telah membina platform sehenti di mana pemegang mata wang kripto boleh berdagang kontrak niaga hadapan, melibatkan diri dalam lebih 100 pasaran CFD, menyalin langkah dan strategi pedagang lain, atau membeli mata wang kripto.

    Selain kripto, PrimeXBT menyokong perdagangan saham, komoditi, forex, dan indeks. Pelanggan boleh membuat deposit dan pengeluaran melalui lebih 100 kaedah, tertakluk pada negara, mata wang, dan pengesahan akaun. PrimeXBT memegang lesen daripada beberapa pengawal selia kewangan luar Malaysia, termasuk Financial Services Authority of Seychelles (FSA), Financial Sector Conduct Authority of South Africa (FSCA), dan Financial Services Commission of Mauritius (FSC). Lesen ini perlu dinilai mengikut skop masing-masing dan tidak semestinya bermaksud PrimeXBT dibenarkan oleh SC untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelabur Malaysia.

    Yuran maker/taker untuk perdagangan niaga hadapan SOL ialah 0.01% / 0.045%. PrimeXBT mempunyai yuran maker serendah 0.01% untuk semua aset kripto yang disediakan untuk perdagangan. Yuran taker berada antara 0.045% hingga 0.02% untuk volum perdagangan bulanan sebanyak USD20 juta atau lebih tinggi. Deposit adalah tanpa yuran, manakala pengeluaran bermula dari USD0.50 bergantung pada rantaian blok yang dipilih. Tiada yuran tambahan dikenakan untuk membuka akaun, penyelenggaraan akaun, atau untuk persekitaran perdagangan demo bursa ini.

Fakta Ringkas mengenai Solana dan Rantaian Blok Solana

Tarikh dilancarkanMac 2020
PenciptaSolana Labs, diasaskan oleh Anatoly Yakovenko pada tahun 2018.
Mata wang kripto asalSolana (SOL)
JenisToken utiliti
Tujuan utamaMencipta dan menggunakan aplikasi terdesentralisasi
Modal pasaran tertinggiUSD113.54 bilion pada 1 September 2025
Harga tertinggi setakat iniATH USD295 pada 18 Januari 2025.
Bilangan transaksi harian200 juta+ transaksi harian (Januari 2025)
Bekalan edaran553.47 juta SOL
Kelajuan transaksi3,000 TPS (transaksi sesaat) dalam keadaan dunia sebenar
Pasaran spot terbesar mengikut volum perdagangan 24 jamSOL/USDT (Tether) (7 November 2025)

Solana ialah platform rantaian blok yang diperkenalkan kepada umum pada tahun 2020 oleh Solana Labs dan telah ditubuhkan oleh Anatoly Yakovenko dua tahun lebih awal. Dilancarkan pada harga awal USD0.9511, mata wang kripto baharu ini dengan cepat mendapat perhatian hasil mekanisme konsensus uniknya yang menggabungkan Proof of Stake dan Proof of History.

Dalam konteks Malaysia, SOL perlu difahami sebagai aset digital, bukan mata wang sah seperti ringgit. Jika SOL diperdagangkan melalui DAX berdaftar, aktiviti tersebut tertakluk kepada rangka kerja aset digital SC. Jika ia didagangkan melalui platform luar negara atau sebagai derivatif seperti CFD, tahap perlindungan, hak pemilikan, dan saluran aduan boleh berbeza dengan ketara.

Transaksi boleh diproses pada kelajuan yang pantas dan melibatkan kos yang agak rendah tanpa menjejaskan keselamatan dan desentralisasi. Mata wang kripto natif rangkaian ini, iaitu SOL, disokong oleh banyak broker dan bursa mata wang kripto terkemuka. Menjelang November 2021, Solana mencapai All-Time High (ATH) sebanyak USD260.06, satu rekod yang berjaya dipecahkan pada pertengahan Januari 2025 apabila harga mencecah USD295 setiap syiling.

Kertas putih (whitepaper) Solana yang diterbitkan pada November 2017 bertumpu pada kebolehskalaan, satu ciri penting yang membezakan rantaian blok ini daripada banyak mata wang kripto lain dan kaedah pembayaran konvensional. Selepas pelancarannya pada tahun 2020, rangkaian Solana direka untuk memproses sehingga 65,000 transaksi sesaat, menjadikan kadar pemprosesan yang tinggi satu ciri utama dalam pembinannya. Masa pemprosesan Solana yang pantas ini menjadi salah satu aset terbesarnya. Sehingga November 2025, kelajuan transaksi telah mencapai 3,000 TPS dalam keadaan pasaran sebenar.

Solana tidak memerlukan banyak sumber seperti beberapa mata wang kripto lain, menghasilkan yuran transaksi dan kos yang lebih rendah. Ini menjadikan Rangkaian Solana satu alternatif dengan penggunaan tenaga yang lebih rendah berbanding rangkaian proof-of-work seperti Bitcoin. Dengan permodalan pasaran sebanyak USD87.10 bilion dan harga anggaran sekitar USD157 pada 7 November 2025, Solana menjadi salah satu mata wang kripto paling bernilai di dunia.

Broker Solana lwn. Bursa Solana

Meskipun mata wang kripto mendapat banyak perhatian baru-baru ini, ia beroperasi dalam cara yang berbeza dengan aset tradisional. Oleh sebab itu, pedagang perlu memahami pelbagai cara berbeza tersebut untuk berdagang mata wang kripto ini. Dua pilihan yang paling popular adalah melalui broker dan bursa. Membezakan kedua-duanya akan membantu pedagang dan pelabur membuat keputusan yang lebih baik.

Di Malaysia, istilah “bursa” boleh merujuk kepada Bursa Malaysia untuk sekuriti tempatan, tetapi bursa kripto biasanya merujuk kepada DAX atau platform aset digital. SOL spot tidak dibeli melalui Bursa Malaysia seperti saham biasa; ia dibeli melalui platform aset digital yang menyokong SOL atau didagangkan secara derivatif melalui broker.

Broker Solana lazimnya memberi peluang kepada pedagang untuk berdagang Kontrak untuk Perbezaan (CFD). Daripada membeli aset asas secara langsung, atau Solana dalam kes ini, pedagang boleh mendapat pendedahan kepada pergerakan harga tanpa memiliki asetnya. Melalui CFD, pedagang membuat spekulasi terhadap pergerakan harga mata wang kripto tertentu. Pedagang mesti menyesuaikan saiz posisi mereka dan membuka pesanan beli atau jual.

Sebelum CFD kripto diperkenalkan, aset digital kebanyakannya didagangkan melalui bursa mata wang kripto tradisional. Pedagang akan membeli atau menjual mata wang kripto melalui bursa yang membawa kepada pemilikan langsung aset tersebut.

Perdagangan CFD kripto dan perdagangan tradisional kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Salah satu ciri utama perdagangan CFD kripto ialah pilihan untuk menggunakan leveraj, yang meningkatkan pendedahan pelabur dan membolehkan mereka membuka posisi yang lebih besar dengan modal yang lebih kecil. Potensi keuntungan meningkat, begitu juga dengan risiko kerugian yang besar.

Berdagang mata wang kripto melalui broker menghapuskan keperluan untuk mendaftar akaun di bursa, tetapi mungkin melibatkan yuran yang lebih tinggi dan tidak memberi hak untuk mengeluarkan SOL ke dompet peribadi. Bursa perdagangan pula memberi pelabur pilihan mata wang kripto yang lebih luas berbanding broker CFD.

Untuk pedagang Malaysia, perbezaan ini penting dari sudut kawal selia dan penyelesaian pertikaian. Jika anda membeli SOL spot melalui platform yang berdaftar di bawah SC, terma kustodi dan operasi platform tertakluk kepada rangka kerja tempatan. Jika anda menggunakan bursa atau broker luar negara yang tidak berdaftar di Malaysia, anda mungkin berdepan risiko tambahan seperti saluran aduan tempatan yang terhad, sekatan pengeluaran, perubahan akses platform, atau tindakan kawal selia yang menjejaskan akaun pengguna.

Kedua-dua kaedah ini dikaitkan dengan perbelanjaan tertentu. Broker biasanya mengenakan spread, atau perbezaan antara harga beli dan jual, tetapi sesetengah syarikat pula mengenakan komisen. Bursa memperoleh keuntungan daripada yuran bagi setiap transaksi.

Bagaimana Cara untuk Memastikan Platform Perdagangan Solana Dikawal Selia?

Pedagang yang melabur dalam Solana mesti menyemak beberapa aspek broker/bursa yang dipilih sebelum melaburkan wang sebenar.

Pertama sekali, mereka mesti mengesahkan pematuhan kawal selia syarikat tersebut. Di Malaysia, semakan perlu bermula dengan SC untuk aktiviti pasaran modal dan aset digital. Untuk bursa aset digital, cari sama ada operator tersebut disenaraikan sebagai Recognized Market Operator untuk DAX. Untuk broker saham, derivatif atau CFD tempatan, semak sama ada entiti tersebut mempunyai lesen atau pendaftaran yang berkaitan dengan aktiviti yang ditawarkan. Nama jenama pemasaran juga perlu sepadan dengan nama entiti undang-undang, kerana satu kumpulan syarikat boleh menggunakan beberapa entiti di bidang kuasa berbeza.

Rangka kerja aset digital Malaysia dibangunkan di bawah undang-undang sekuriti yang menetapkan mata wang digital dan token digital sebagai sekuriti bagi tujuan kawal selia tertentu. Pada tahun 2026, SC turut memperkukuh garis panduan pasaran diiktiraf untuk DAX, termasuk aspek tadbir urus, perlindungan aset pelanggan dan daya tahan operasi. Sebagai gambaran skala pasaran tempatan, nilai perdagangan pada DAX terkawal di Malaysia telah mencecah RM17.14 bilion pada tahun 2025, menunjukkan bahawa pasaran aset digital tempatan semakin berkembang tetapi masih perlu dipilih melalui saluran yang sah.

Berdasarkan pasaran tempat broker/bursa beroperasi, broker berkemungkinan akan mematuhi keperluan pengawalseliaan badan pemantauan kewangan yang berbeza. Badan kawal selia selalunya dinyatakan di bahagian bawah (footer) halaman utama dengan pautan kepada pihak berkuasa pengawal selia yang berkenaan.

Untuk pengguna Malaysia, jangan berhenti setakat membaca logo pengawal selia di laman web broker. Semak nombor lesen, nama entiti, negara pendaftaran, jenis produk yang dibenarkan, dan sama ada aktiviti tersebut meliputi pelanggan Malaysia. Contohnya, jika sebuah platform hanya dikawal selia untuk perkhidmatan di luar Malaysia, ia tidak semestinya mempunyai kebenaran untuk menawarkan DAX atau produk derivatif kepada penduduk Malaysia. Jika entiti menyebut Labuan FSA, semak skop lesen Labuan tersebut kerana ia mungkin berkaitan dengan aktiviti kewangan tertentu di Labuan, bukan semestinya akses runcit Malaysia secara umum.

Memberikan maklumat yang jelas dan telus juga mencerminkan kredibiliti sesebuah syarikat. Maklumat tentang kos dan yuran, terma dan syarat, butiran perhubungan syarikat, dan ahli pasukan adalah bahagian penting dalam membina reputasi yang kukuh.

Ulasan pengguna di platform popular seperti Trustpilot merupakan satu lagi cara untuk mengesahkan sama ada syarikat itu boleh dipercayai. Namun begitu, ulasan pengguna bukan bukti kawal selia. Semak juga Senarai Amaran Pelabur SC untuk melihat sama ada sesuatu entiti pernah diberi amaran, dan bandingkan maklumat tersebut dengan pengumuman rasmi syarikat. Menyemak cara syarikat menangani maklum balas negatif juga penting untuk menilai reputasi keseluruhannya.

Jika berlaku pertikaian, pelabur yang berurusan dengan pengantara pasaran modal yang layak di Malaysia mungkin mempunyai akses kepada SIDREC untuk penyelesaian pertikaian tertentu. Sebaliknya, jika akaun dibuka dengan bursa atau broker luar negara yang tidak berdaftar di Malaysia, saluran seperti SIDREC mungkin tidak tersedia, dan pengguna mungkin perlu bergantung pada proses aduan dalaman platform atau pihak berkuasa di negara lain.

Pertimbangan penting lain adalah kewujudan langkah-langkah keselamatan, inovasi teknologi, dan sokongan pelanggan yang berpengetahuan. Contoh langkah keselamatan yang wajar dinilai termasuk pengesahan dua faktor, pengasingan aset pelanggan, polisi dompet sejuk, proses pengeluaran, audit keselamatan, dan ketelusan tentang insiden keselamatan terdahulu.

Cara Berdagang Solana Secara Dalam Talian

Dengan banyak cara berbeza untuk berdagang mata wang kripto, pedagang baharu harus mempunyai pemahaman asas tentang kaedah yang paling umum. Setelah memahami ciri-ciri utamanya, mereka akan dapat memilih kaedah yang paling sesuai untuk mereka.

Untuk pembaca Malaysia, pilihan kaedah juga perlu mengambil kira saluran deposit dalam RM, status platform di bawah SC, kos pertukaran mata wang, dan sama ada anda mahu memiliki SOL sebenar atau hanya mendapat pendedahan kepada harganya.


Spot tradingPerdagangan spot melibatkan pembelian atau penjualan aset secara langsung seperti Solana, pada harga pasarannya yang memberi pelabur pemilikan segera. Ia memerlukan penggunaan perkhidmatan bursa tanpa pilihan menggunakan leveraj. Manakala, perdagangan margin spot pula membolehkan pedagang menggunakan leveraj untuk membeli serta menjual lebih banyak aset dengan meminjam dana daripada platform perdagangan. Secara keseluruhan, perdagangan spot menawarkan kesederhanaan dan pendedahan langsung kepada pasaran.

Di Malaysia, perdagangan spot yang lebih mudah dinilai dari sudut kawal selia ialah melalui DAX berdaftar, jika aset tersebut disokong. Jika SOL tidak tersedia di platform tempatan yang anda gunakan, membeli melalui platform luar negara boleh melibatkan risiko tambahan seperti penukaran RM kepada USDT atau USD, had pengeluaran, dan saluran aduan yang berbeza.


CFDsKontrak untuk Perbezaan (CFD) membolehkan pedagang membuat spekulasi terhadap turun naik harga Solana dan mata wang kripto lain tanpa memiliki aset asas. Pedagang berpotensi memperoleh keuntungan daripada harga aset yang naik dan turun. Mereka boleh memanfaatkan leveraj untuk mengawal posisi yang lebih besar di pasaran, namun pada masa yang sama, ia turut meningkatkan risiko yang terlibat.

Untuk pedagang Malaysia, CFD Solana perlu difahami sebagai produk spekulatif, bukan cara untuk memiliki atau memindahkan SOL ke dompet sendiri. Jika CFD ditawarkan oleh broker luar negara, semak entiti yang menyediakan akaun, bidang kuasa kawal selia, polisi margin, serta sama ada anda mempunyai saluran penyelesaian pertikaian yang praktikal.


Futures tradingPerdagangan niaga hadapan melibatkan pembelian atau penjualan kontrak niaga hadapan yang memperoleh nilainya daripada aset asas. Apabila membeli atau menjual kontrak niaga hadapan SOL, pedagang tidak memiliki aset asasnya, tetapi mereka mencapai perjanjian untuk membeli atau menjual aset pada harga yang telah ditetapkan pada tarikh masa hadapan. Keuntungan dan kerugian ditentukan berdasarkan perbezaan antara nilai aset ketika pedagang memasuki pasaran dan nilai semasa mereka menjual kontrak tersebut.

Niaga hadapan kripto, terutamanya kontrak kekal berleveraj, boleh menyebabkan kerugian berlaku dengan sangat cepat. Contohnya, pergerakan harga SOL yang kecil boleh mencetuskan margin call atau likuidasi jika leveraj tinggi digunakan. Pedagang Malaysia perlu memastikan mereka memahami syarat pembiayaan, kadar pembiayaan, saiz kontrak, dan risiko akses platform sebelum berdagang.


Setiap instrumen perdagangan yang disebutkan di atas menawarkan kelebihan dan kekurangan tertentu. Pedagang mesti membuat pertimbangan mengenai matlamat perdagangan dan penerimaan risiko mereka untuk memilih instrumen yang paling sesuai dengan mereka. Sebagai amalan berhati-hati, elakkan membuat pindahan bank kepada individu atau akaun pihak ketiga yang tidak jelas, dan simpan rekod semua deposit, pengeluaran, yuran, serta kadar tukaran dalam RM.

Perdagangan Solana dengan Leveraj

Perdagangan Solana dan mata wang kripto lain dengan leveraj melibatkan peminjaman dana daripada broker untuk meningkatkan kuasa beli. Pedagang menggunakan modal sendiri sebagai ‘margin’ untuk mendapatkan akses kepada dana yang dipinjam, dikenali sebagai ‘leveraj’. Leveraj boleh menggandakan kedua-dua potensi keuntungan dan kerugian.

Leveraj biasanya digunakan dengan CFD kripto di mana pedagang tidak memiliki aset asas. Mereka boleh memilih untuk membuka posisi panjang atau pendek, bergantung pada jangkaan mereka, dan akan memperoleh keuntungan jika ramalan mereka tepat. Perkadaran margin kepada leveraj biasanya dipaparkan dalam bentuk nisbah (1:2, 1:5, dan sebagainya).

Sebagai contoh, jika anda menggunakan margin RM1,000 dengan leveraj 1:10, pendedahan pasaran anda menjadi RM10,000. Pergerakan harga 10% yang bertentangan dengan posisi anda boleh menghapuskan sebahagian besar atau keseluruhan margin, tidak termasuk spread, yuran pembiayaan, dan gelinciran harga. Inilah sebabnya leveraj tinggi tidak sesuai untuk semua pedagang, walaupun ia kelihatan menarik dari sudut modal permulaan.

Berdasarkan pasaran tempat broker beroperasi, terdapat keperluan berbeza untuk leveraj maksimum yang dibenarkan untuk perdagangan CFD kripto. Untuk pengguna Malaysia, had leveraj dan kelayakan produk bergantung pada jenis produk, status pelanggan, dan entiti yang menawarkan perkhidmatan. Broker luar negara mungkin memaparkan leveraj yang lebih tinggi, tetapi itu tidak bermaksud leveraj tersebut sesuai, selamat, atau dilindungi oleh rangka kerja tempatan.

Untuk menguruskan risiko berkaitan perdagangan CFD kripto dengan leveraj secara berkesan, pedagang boleh menggunakan pesanan henti rugi atau membuka akaun demo untuk berlatih. Walau bagaimanapun, pesanan henti rugi tidak menjamin harga pelaksanaan dalam pasaran yang sangat tidak menentu. Risiko juga boleh diuruskan dengan menaikkan nisbah leveraj secara berperingkat, mengehadkan saiz posisi, mengelakkan perdagangan ketika berita besar, dan mengekalkan posisi dibuka untuk tempoh yang singkat.

Apa yang Menggerakkan Harga Solana?

Seperti aset dan mata wang kripto yang lain, harga Solana boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor, perkembangan, dan tindakan dalam pasaran kewangan. Perubahan kawal selia juga boleh memberi impak langsung kepada harga Solana dalam kedua-dua arah.

Sebagai contoh, perkembangan kawal selia yang lebih jelas boleh meningkatkan keyakinan pedagang terhadap kripto, manakala peristiwa negatif seperti sekatan pengawalseliaan boleh memberi kesan buruk dan menyebabkan penurunan harganya. Selepas kenyataan akhbar pada Jun 2021 mengenai Solana Labs yang melengkapkan Jualan Token Persendirian bernilai USD314.15 juta yang diketuai oleh Andreessen Horowitz dan Polychain Capital, aset kripto ini mencapai paras tertinggi sepanjang masa (ATH) sebanyak USD260.06, hanya lima bulan kemudian, iaitu pada November 2021.

Selepas itu, harga Solana jatuh hampir 96% daripada ATH susulan kejatuhan bursa FTX, pemegang SOL terbesar ketika itu. Seperti yang dapat dilihat dalam contoh ini, harga Solana boleh dipengaruhi oleh turun naik dan perkembangan keseluruhan dalam pasaran mata wang kripto. Turun naik harga Bitcoin dan Ethereum juga boleh memberi impak langsung kepada pasangan SOL/USD.

Untuk pedagang Malaysia, pulangan sebenar dalam RM turut dipengaruhi oleh kadar tukaran USD/MYR atau USDT/MYR kerana kebanyakan pasaran SOL global disebut dalam USD atau stablecoin. Contohnya, jika SOL naik dalam USD tetapi ringgit mengukuh pada masa yang sama, keuntungan yang diterima dalam RM mungkin lebih kecil. Sebaliknya, penyusutan ringgit boleh meningkatkan nilai RM bagi pegangan SOL walaupun harga SOL dalam USD tidak banyak berubah.

Faktor tempatan juga boleh mempengaruhi akses dan sentimen, seperti kemas kini garis panduan DAX oleh SC, kemasukan atau penyingkiran aset pada platform berdaftar, perubahan kaedah pembayaran, atau amaran terhadap entiti tidak berdaftar. Perubahan seperti ini tidak semestinya mengubah teknologi Solana, tetapi boleh mempengaruhi kecairan, keyakinan pengguna, dan kemudahan membeli atau menjual SOL bagi pedagang Malaysia.

Penambahbaikan rangkaian yang akan datang boleh meningkatkan keyakinan pasaran dan berpotensi menyokong sentimen harga jika berjaya dilaksanakan. Ini termasuk peningkatan Alpenglow yang bertujuan untuk mempercepatkan pengesahan blok dengan mengurangkan masa pengesahan transaksi kepada sekitar 100-150 milisaat, dan mainnet Firedancer yang direka untuk meningkatkan kadar pemprosesan transaksi dan kebolehpercayaan rangkaian melalui klien pengesah berprestasi tinggi yang baharu.

Kos yang Berkaitan dengan Perdagangan Solana

Jika anda minat untuk berdagang Solana, anda perlu membiasakan diri dengan kos perdagangan yang berkaitan. Broker mendapat keuntungan daripada spread, atau perbezaan antara harga bida dan tawar sesuatu aset. Model harga yang diikut oleh sesetengah broker melibatkan komisen atau yuran langsung yang dikenakan untuk membuka dan menutup perdagangan.

Yuran pembiayaan semalaman berkaitan dengan kos mengekalkan posisi perdagangan semalaman pada perdagangan berleveraj, iaitu faedah yang dibayar atas penggunaan leveraj. Pedagang juga harus mengambil kira yuran transaksi untuk membuat deposit dan mengeluarkan dana dari akaun perdagangan mereka. Bergantung pada kaedah pembayaran yang dipilih, yuran transaksi ini boleh berbeza-beza dan pedagang harus menyemaknya terlebih dahulu.

Dalam konteks Malaysia, kos sebenar juga boleh merangkumi spread tukaran RM kepada USD atau USDT, caj pindahan bank, caj kad, yuran rangkaian Solana, dan spread yang lebih luas ketika pasaran kurang cair. Jika platform tidak menyokong deposit RM secara langsung, anda mungkin perlu melalui beberapa langkah penukaran, dan setiap langkah boleh menambah kos.

Bursa mata wang kripto mengenakan dua jenis yuran – yuran maker dan taker. Pesanan maker adalah perdagangan yang tidak dilaksanakan dengan segera dan menambah kecairan. Pesanan taker pula dilaksanakan dengan segera dan mengurangkan kecairan. Yuran maker/taker ditentukan berdasarkan pasangan perdagangan dan volum perdagangan pedagang dalam tempoh tertentu, biasanya bulan sebelumnya.

Jika platform menawarkan perdagangan P2P, semak reputasi pihak lawan, arahan pembayaran, dan risiko pembatalan transaksi. Untuk tujuan rekod peribadi dan cukai, simpan butiran tarikh transaksi, harga dalam RM, yuran, alamat dompet, dan bukti pindahan. Layanan cukai bergantung pada fakta dan corak aktiviti masing-masing, jadi pedagang aktif wajar mendapatkan nasihat cukai profesional jika transaksi berlaku dengan kerap atau berskala besar.

Sebab untuk Menyokong dan Menentang Perdagangan Solana

Dengan kadar pemprosesan yang tinggi, kos transaksi yang rendah, dan mekanisme konsensus Proof of History yang inovatif, Solana ialah pesaing yang kuat dalam pasaran perdagangan mata wang kripto. Di bawah ini, kami telah menggariskan kelebihan dan kekurangan utamanya supaya pedagang boleh membuat keputusan sama ada untuk berdagang syiling ini atau tidak.

Bagi pembaca Malaysia, kelebihan teknikal Solana perlu diseimbangkan dengan aspek praktikal seperti status platform yang digunakan, sokongan deposit dan pengeluaran dalam RM, keselamatan kustodi, serta saluran aduan jika berlaku pertikaian. Teknologi yang baik tidak menghapuskan risiko harga, risiko platform, atau risiko kawal selia.

Kelebihan Solana

  • Kelajuan transaksi yang sangat pantas: Kelajuan transaksi Solana adalah kekuatan utamanya. Berbanding kira-kira 15 TPS Ethereum pada lapisan asas, Solana direka untuk menyokong kadar pemprosesan yang jauh lebih tinggi.
  • Kos transaksi yang lebih rendah: Disebabkan penggunaan Proof of History dan Proof of Stake, transaksi disahkan melalui mekanisme yang lebih cekap, menjadikan yuran rangkaian Solana lazimnya rendah berbanding banyak rangkaian lain.
  • Pilihan dengan penggunaan tenaga yang lebih rendah: Solana menawarkan alternatif yang lebih cekap tenaga berbanding rangkaian proof-of-work seperti Bitcoin kerana ia tidak bergantung pada perlombongan intensif kuasa.

Kekurangan Solana

  • Kestabilan: Berbanding mata wang kripto yang lebih lama seperti Ethereum, Solana mempunyai sejarah operasi yang lebih singkat. Hal ini mungkin menyumbang kepada kebimbangan berkaitan kestabilan seperti gangguan rangkaian.
  • Kebimbangan mengenai pemusatan: Mekanisme konsensus campuran Solana menyebabkan sesetengah pemerhati bimbang tentang kemungkinan berlakunya pemusatan, yang mungkin menjadi kelemahan untuk sesetengah pedagang mata wang kripto.
  • Volatiliti yang melampau: Disebabkan sifat pasaran mata wang kripto yang secara keseluruhannya sangat tidak menentu, harga Solana sukar untuk diramalkan dan boleh bergerak mendadak dalam tempoh yang singkat.

Tentang Pasukan Editorial

Matthew Levy, CFA
Matthew Levy, CFA, ialah Senior Research Analyst di BestBrokers.com dengan pengalaman dalam perkhidmatan kewangan, analisis sekuriti, pengurusan portfolio dan dagangan. Kerja beliau menyokong proses pengujian broker melalui penyelidikan terperinci, analisis kewangan yang jelas dan pemahaman yang kukuh tentang perkara yang diperlukan oleh pedagang dan pelabur daripada platform dagangan dalam talian yang boleh dipercayai. Beliau juga merupakan salah seorang penyumbang utama yang bertanggungjawab membangunkan dan memperhalusi metodologi pengujian yang digunakan di seluruh BestBrokers.com.
Sahkan sijil CFA
Naylyan Nazifova
Naylyan Nazifova ialah Financial Research and Platform Testing Analyst di BestBrokers.com yang bertanggungjawab mengulas dan menguji broker dalam talian dalam bidang forex, saham, pelaburan dan kewangan peribadi. Pengalaman beliau dalam menghasilkan kandungan berkaitan dagangan dalam talian dan menganalisis broker membantu pembaca memahami prestasi sebenar platform, termasuk alat dagangan, yuran, kemudahan penggunaan dan kesesuaiannya untuk pelbagai jenis pelabur.
Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.