Ditulis oleh Zornitsa Stefanova
Zornitsa Stefanova ialah seorang penganalisis forex dan kripto yang berpengalaman. Beliau juga mengulas pelbagai topik kewangan seperti perdagangan saham dan pelaburan persaraan.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Ringkasan Jenis Akaun AvaTrade

Pelanggan Eropah yang didaftarkan di bawah entiti CySEC AvaTrade mendapat manfaat daripada Akaun Standard yang membolehkan perdagangan CFD Forex tanpa komisen, Kos spread minimum untuk jenis akaun ini bermula dari 0.8 pip, dan berubah bergantung pada pasangan mata wang yang didagangkan. Saiz perdagangan minimum ialah 0.01 lot, bersamaan dengan 1,000 unit mata wang. Pelanggan yang baru mendaftar boleh menyambungkan akaun runcit baru mereka ke MT4 atau MT5.

Membuka Akaun Profesional adalah pilihan lain untuk pelanggan CySEC dengan syarat mereka memenuhi kriteria kelayakan. Ini termasuk aktiviti perdagangan yang mencukupi dalam tempoh setahun yang lalu, pengalaman berkaitan dalam kewangan, dan portfolio kewangan melebihi €500,000. Akaun Profesional menawarkan spread lebih rendah dari 0.6 pip untuk pasangan utama dan leveraj maksimum 1:400. Jenis akaun ini terhad kepada pelanggan yang menetap di negara tertentu, termasuk Sweden, Jerman, Sepanyol, Bulgaria, Perancis, Itali, Portugal, Poland, Denmark, dan UK. Akaun AvaOptions juga disediakan untuk pedagang yang berpengalaman.

Sebagai alternatif, pelanggan yang tidak boleh membayar atau menerima faedah disebabkan kepercayaan agama mereka boleh memohon akaun Islamik yang membolehkan perdagangan tanpa swap dalam Forex, emas, perak, dan indeks. Posisi berleveraj boleh kekal terbuka sehingga lima hari tanpa dikenakan caj semalaman (swap). AvaTrade menawarkan akaun spread betting yang disediakan untuk pelanggan yang menetap di UK dan Ireland di bawah peraturan FCA. Akaun Demo tanpa had membolehkan pedagang menguji WebTrader proprietari broker, MT4, MT5, dan Apl AvaTrade tanpa mempertaruhkan dana sebenar.

Akaun DemoTersedia
Akaun IslamikTersedia
Akaun ECNTidak Tersedia
Akaun ProTersedia
Akaun MAMTersedia

Keperluan Deposit Minimum AvaTrade

Deposit minimum di AvaTrade ialah €100 atau setara dalam mata wang asas lain yang disokong seperti GBP, USD, atau AUD. Dengan ini, broker mengesyorkan pelanggan yang mendaftar membuat deposit sekurang-kurangnya €1,000 untuk perdagangan yang cekap. Pedagang baharu boleh menambah baki langsung mereka dengan kad kredit/debit dan pindahan wayar.

E-dompet seperti Neteller, WebMoney, dan Skrill disediakan untuk pelanggan dari beberapa negara terpilih. AvaTrade mengenakan yuran tidak aktif €50 selepas tiga bulan tidak digunakan secara berturut-turut. Pelanggan dengan akaun yang tidak aktif dikenakan caj pentadbiran tambahan €100 selepas tidak aktif selama 12 bulan berturut-turut.

Apa yang Boleh Didagangkan di AvaTrade?

Pelanggan AvaTrade boleh berdagang lebih 1,200 pasaran kewangan, termasuk lebih 50 pasangan mata wang, indeks, komoditi, saham, mata wang kripto, dan opsyen. Semua kos perdagangan dimasukkan ke dalam spread yang bermula dari 0.8 pip untuk pelanggan runcit. Rangkaian platform perdagangan yang disokong termasuk MetaTrader 4, MetaTrader 5, DupliTrade, WebTrader, dan AvaOptions. Dua platform terakhir adalah proprietari. AvaSocial yang juga proprietari membolehkan perdagangan salin.

Pendaftaran Langkah demi Langkah di AvaTrade – Mengambil Masa Kira-kira 20 Minit Secara Keseluruhan

  1. Pergi ke www.avatrade.com dan klik butang Register Now berwarna jingga di penjuru atas sebelah kanan skrin anda.Registration Steps
  2. Berikan alamat e-mel sah yang didaftarkan atas nama anda, pilih kata laluan yang kukuh, dan pilih negara anda dari menu kebawah.Registration Steps
  3. Taip butiran peribadi anda dalam borang pendaftaran, termasuk nama pertama dan keluarga, tarikh lahir, alamat jalan, bandar, dan poskod. Berikan nombor mudah alih yang sah dan pergi ke langkah seterusnya.Registration Steps
  4. Pada langkah ini, anda mesti memberikan maklumat kewangan seperti pekerjaan profesional utama anda, status pekerjaan, sumber dana, purata pendapatan tahunan, pelaburan, dan simpanan. Nyatakan tahap risiko yang anda mampu terima. Maklumat ini membantu AvaTrade menentukan sama ada anda sesuai untuk perdagangan derivatif.Registration Steps
  5. AvaTrade juga akan menilai pengalaman dan kepakaran anda dengan meminta anda melengkapkan kuiz ringkas mengenai perdagangan leveraj.Registration Steps
  6. Terima terma dan syarat serta sahkan anda bukan pemastautin cukai di Amerika Syarikat. Anda juga boleh memilih untuk menerima kemas kini berkaitan akaun melalui WhatsApp.Registration Steps
  7. AvaTrade akan menilai permohonan anda berdasarkan butiran kewangan dan keputusan kuiz anda. Pelanggan yang diluluskan kini boleh log masuk ke akaun yang baru dibuat untuk mengesahkan identiti dan alamat kediaman mereka.Registration Steps
  8. Pengesahan KYC Akaun AvaTrade – Kira-kira 5 hingga 10 Minit Anda mesti memuat naik dokumen yang diminta sebelum anda boleh membuat deposit dan pesanan.Registration Steps

    Mulakan dengan memuat naik dokumen pengenalan anda. Ini boleh menjadi kad pengenalan negara, pasport, atau lesen memandu. Tanpa mengira dokumen yang anda pilih, pastikan anda memuat naik salinan bahagian hadapan dan belakang yang jelas.

    Registration Steps

  9. Berikan salinan bil utiliti terkini supaya AvaTrade dapat mengesahkan alamat tempat tinggal semasa anda sepadan dengan alamat yang anda masukkan dalam borang pendaftaran.Registration Steps
  10. Tandakan kotak untuk mengesahkan kewarganegaraan anda sepadan dengan negara tempat tinggal anda. Jika tidak, tambahkan kewarganegaraan lain. Akhir sekali, anda mesti menyatakan sama ada anda membayar cukai di negara tempat tinggal dan memberikan nombor pengenalan cukai unik anda (TIN). Di beberapa negara EU seperti Bulgaria, ini adalah nombor sivil bersatu (UCN) yang disertakan dalam dokumen pengenalan anda. Klik Hantar dan tunggu AvaTrade menilai pengesahan anda.Registration Steps

Impresi Akhir

Keseluruhan proses pendaftaran di AvaTrade tidak mengambil masa lebih daripada 20 minit dengan syarat anda sudah menyiapkan semua dokumen berkaitan. Kuiz yang mengumpulkan maklumat kewangan dan pengetahuan sepatutnya boleh dijawab jika anda mempunyai pengalaman terdahulu dalam perdagangan derivatif. Ambil perhatian, broker ini mungkin mengambil masa sehingga satu hari bekerja untuk menilai permohonan dan dokumen anda apabila berhadapan dengan beban kerja yang tinggi. Penting untuk ditekankan bahawa AvaTrade tidak menerima pendaftaran dari bidang kuasa seperti Amerika Syarikat, Rusia, New Zealand, Lubnan dan Cuba.

Ditulis oleh Z. Stefanova | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal