Ditulis oleh Zornitsa Stefanova
Zornitsa Stefanova ialah seorang penganalisis forex dan kripto yang berpengalaman. Beliau juga mengulas pelbagai topik kewangan seperti perdagangan saham dan pelaburan persaraan.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Ringkasan Jenis Akaun Plus500 AS

Plus500 AS membolehkan pelanggan baharu berlatih perdagangan simulasi (paper trading) menggunakan akaun demo, membolehkan mereka mengasah kemahiran sebelum membuat deposit menggunakan wang sebenar. Semua akaun baharu dicipta dalam mod demo secara automatik, tetapi anda boleh beralih dengan mudah ke perdagangan langsung dari papan pemuka, seperti yang akan anda lihat sebentar lagi.

Akaun demo memberikan anda dana maya bernilai $50,000 untuk berlatih perdagangan margin, namun pengguna boleh menetapkan semula baki dengan mudah jika dana itu sudah habis. Akaun langsung membolehkan perdagangan kontrak niaga hadapan standard, mini, dan mikro, dengan margin harian dari $20 hingga melebihi $1,000.

Kontrak standard dan mini dikenakan komisen sebanyak $0.89 satu sisi. Komisen untuk niaga hadapan mikro lebih rendah dengan $0.49 setiap sisi. Akaun langsung di Plus500 AS didenominasikan dalam dolar AS. Pelanggan dengan akaun tidak aktif tidak dikenakan yuran tidak aktif. Pembukaan akaun, penghalaan, deposit, pengeluaran, dan penggunaan platform proprietari Plus500 juga percuma, menjadikan broker ini satu pilihan yang menarik untuk pedagang baharu.

Akaun DemoTersedia
Akaun IslamikTidak Tersedia
Akaun ECNTidak Tersedia
Akaun ProTidak Tersedia
Akaun MAMTidak Tersedia

Keperluan Deposit Minimum Plus500 AS

Pelanggan yang mendaftar boleh mula berdagang niaga hadapan margin dengan deposit awal serendah $100 menggunakan kad debit. Pedagang boleh membiayai baki langsung mereka dengan kaedah pembayaran biasa seperti Mastercard, Visa, Apple Pay, dan pindahan bank. Kad kredit tidak diterima buat masa ini. Jumlah minimum untuk deposit pindahan bank adalah lebih tinggi iaitu US$200. Tiada yuran deposit atau pengeluaran dari pihak broker. Deposit biasanya segera, manakala pengeluaran memerlukan masa 1 hingga 3 hari bekerja untuk diproses.

Apa yang boleh Didagangkan dengan Akaun Langsung Plus500 AS

Versi Plus500 untuk pasaran AS menawarkan pilihan pasaran yang agak terhad, iaitu sekitar 60 kontrak niaga hadapan pada aset popular seperti pasangan mata wang, pertanian, logam, indeks, tenaga, mata wang kripto, dan kadar faedah. Pedagang dengan bajet terhad boleh melabur dalam niaga hadapan mikro dan e-mini dengan margin intrahari yang jauh lebih rendah daripada $20 hingga $1,000. Ketiadaan niaga hadapan saham adalah satu kekurangan yang ketara.


Pendaftaran Langkah demi Langkah di Plus500 AS – Mengambil Masa Kira-kira 15 minit

  1. Pelanggan baharu perlu pergi ke Plus500 AS dan klik butang biru “Start Trading” di sudut kanan atas untuk memulakan proses pendaftaran.Registration Steps
  2. Anda boleh membuat akaun menggunakan profil Apple, Facebook, atau Google anda secara automatik atau masukkan e-mel dan kata laluan pilihan anda secara manual. Tandakan kotak untuk bersetuju dengan terma penggunaan dan klik “Create Demo Account.”Registration StepsSekarang anda sudah sedia untuk memulakan perdagangan simulasi menggunakan akaun demo baharu anda. Berikut adalah rupa platform proprietari.

    Registration Steps

  3. Setelah anda mengasah kemahiran dalam perdagangan simulasi, anda boleh mendaftar akaun langsung secara mudah dengan mengklik menu burger di sudut kiri atas papan pemuka dan pilih “Switch to Real Money Account”.Registration StepsPilih “Account” dan kemudian pergi ke “Verify Account.”

    Registration Steps

    Pilih negara dan negeri anda daripada menu ke bawah untuk pergi ke langkah seterusnya.

    Registration Steps

  4. Isikan butiran peribadi anda dalam borang pendaftaran dengan tepat seperti yang tertera pada dokumen pengenalan anda. Ini termasuk tarikh lahir anda serta nama pertama dan nama keluarga. Nama tengah adalah pilihan.Registration StepsBerikan nombor telefon yang sah di medan yang ditetapkan dan nyatakan sama ada itu adalah nombor mudah alih atau talian tetap.

    Registration Steps

    Masukkan Nombor Keselamatan Sosial (SSN) sembilan digit yang sah dalam ruangan seterusnya menggunakan format XXX-XX-XXXX. Anda akan memerlukannya kemudian untuk tujuan pengesahan identiti.

    Registration Steps

    Isikan alamat tempat tinggal semasa anda, termasuk bandar anda, poskod, nama jalan dan nombor rumah atau bangunan.

    Registration Steps

  5. Berikan butiran kewangan anda, bermula dengan status pekerjaan semasa. Pilih sektor perniagaan daripada menu ke bawah dan masukkan nama syarikat, alamat, serta jawatan yang anda pegang sekarang. Jika anda bekerja dalam sektor kewangan, Plus500 AS juga akan memerlukan dokumen daripada majikan semasa anda.Registration StepsPilih julat pendapatan tahunan anda, simpanan semasa dan pelaburan, dan sumber dana daripada menu ke bawah dalam langkah seterusnya.

    Registration Steps

  6. Sahkan anda ialah pemilik sah dana yang ingin didepositkan dan akaun sebenar yang anda daftarkan.Registration Steps
  7. Lengkapkan soal selidik supaya Plus500 AS dapat menilai pengalaman perdagangan semasa anda. Mereka akan bertanya tentang kekerapan anda berdagang niaga hadapan, opsyen, dan sekuriti.
    Registration Steps
  8. Sahkan anda merupakan pemastautin cukai Amerika Syarikat atau penduduk asing yang sah, serta akui risiko yang terlibat dalam perdagangan niaga hadapan.Registration Steps
  9. Tandakan kotak untuk mengesahkan anda telah membaca terma penggunaan, pernyataan pendedahan risiko, perjanjian akaun, dasar privasi, dan lain-lain.Registration Steps

Pengesahan KYC Akaun Plus500 AS – Mengambil Masa Kira-kira 5 Minit

  1. Akses Verification Center dari menu ‘burger’ dalam papan pemuka utama untuk melengkapkan pengesahan identiti dan alamat anda. Anda boleh menggunakan telefon bimbit untuk mengambil dan memuat naik foto yang diperlukan dengan mudah sambil kekal log masuk di komputer meja anda. Plus500 menerima empat format dokumen (jpg, png, gif, dan pdf).Registration Steps
  2. Sahkan alamat e-mel anda dengan memasukkan kod yang dihantar melalui e-mel oleh Plus500 AS.Registration StepsRegistration Steps
  3. Sahkan nombor mudah alih anda dengan memasukkan kod pengesahan yang dihantar oleh broker melalui pesanan teks. Sebagai alternatif, anda boleh meminta panggilan telefon jika anda mendaftar menggunakan nombor talian tetap.Registration StepsRegistration Steps
  4. Muat naik foto dokumen pengenalan yang sah, seperti permit tempat tinggal, visa, kad pengenalan keluaran kerajaan, pasport, atau lesen memandu. Anda boleh melakukan ini di komputer meja jika anda telah menyediakan dokumen-dokumen tersebut. Jika tidak, anda boleh mengimbas kod QR untuk mengambil foto menggunakan kamera telefon pintar dan memuat naiknya secara terus dari telefon anda.Registration Steps

    Nota tambahan: Anggota tentera, ahli suku kaum, dan pendaftar yang memiliki senjata api boleh memuat naik gambar kad pengenalan tentera, kad suku kaum, atau FOID (Kad Pengenalan Pemilik Senjata Api – Firearm Owner’s Identification). Semua maklumat mestilah jelas dan mudah dibaca. Dokumen yang telah tamat tempoh tidak akan diterima.

  5. Sahkan alamat kediaman anda dengan memuat naik penyata bank terkini, bil utiliti, atau dokumen lain yang anda terima secara berkala, seperti surat pencen, penyata insurans, bil perubatan, sijil pendaftaran kenderaan, slip gaji, penyata gadai janji, atau perjanjian sewa.Registration Steps

    Nota tambahan: Resit dan dokumen bagi perkhidmatan komunikasi sekali guna tidak diterima. Dokumen mestilah mengandungi nama penuh anda dan alamat kediaman semasa, logo atau nama pihak yang mengeluarkan dokumen tersebut, serta tarikh pengeluaran. Plus500 AS hanya menerima dokumen yang dikeluarkan dalam tempoh 90 hari yang lalu.

  6. Akhir sekali, anda mesti mengesahkan Nombor Keselamatan Sosial (Social Security NumberSSN) anda dengan memuat naik gambar yang jelas bagi penyata cukai anda atau kad Keselamatan Sosial (Social Security). Sekali lagi, anda boleh melakukannya menggunakan komputer meja atau telefon pintar anda.Registration Steps
  7. Jabatan berkaitan di Plus500 AS mungkin memerlukan masa sehingga 24 jam untuk menyemak dan meluluskan pengesahan akaun anda sekiranya semua dokumen lengkap dan teratur. Setelah disahkan, anda boleh menambah dana ke dalam akaun sebenar anda dan mula berdagang niaga hadapan menggunakan wang sebenar. Perlu ditegaskan bahawa kaedah pembayaran anda juga perlu melalui proses pengesahan. Buka bahagian juruwang (cashier) dengan mengklik ikon bank seperti yang ditunjukkan di bawah dan ikut langkah-langkah yang diberikan.Registration Steps
  8. Klik “Add New Card” (contoh).Registration Steps
  9. Muat naik salinan bahagian depan dan belakang kad debit anda seperti yang ditunjukkan di bawah. Plus500 AS biasanya mengambil masa tidak lebih daripada 5 jam untuk menyemak dan meluluskan kaedah pembayaran anda.Registration Steps

Impresi Akhir

Walaupun terdapat banyak langkah dan sublangkah dalam proses pendaftarannya, pendaftaran di Plus500 AS adalah proses yang teratur, pantas, dan intuitif. Kami mengambil masa kira-kira 15 minit untuk melengkapkan borang dan memuat naik dokumen pengesahan yang diminta. Menggunakan kamera telefon pintar menjadi cara terpantas untuk melengkapkan pengesahan anda, terutama jika anda telah menyediakan dokumen terlebih dahulu. Anda boleh beralih semula dengan mudah ke akaun demo apabila menguji strategi baharu dalam mod perdagangan simulasi (paper trading).

Ditulis oleh Z. Stefanova | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal