Ditulis oleh Zornitsa Stefanova
Zornitsa Stefanova ialah seorang penganalisis forex dan kripto yang berpengalaman. Beliau juga mengulas pelbagai topik kewangan seperti perdagangan saham dan pelaburan persaraan.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Ringkasan Jenis Akaun XTB

Di Eropah, XTB menawarkan satu akaun runcit utama yang membolehkan perdagangan kontrak untuk perbezaan tanpa komisen. Menyediakan dan menyelenggara akaun langsung adalah percuma untuk pedagang yang aktif, dan saiz transaksi minimum ialah 0.01 lot. Akaun langsung membolehkan perdagangan di peranti desktop, mudah alih, dan tablet.

Transaksi diproses dalam euro melalui entiti CySEC, tetapi mata wang asas tambahan disediakan untuk pelanggan dari bidang kuasa luar EU. Kami gembira melihat broker ini tidak mengenakan bayaran deposit. Walau bagaimanapun, pengguna perlu ambil perhatian bahawa pelanggan dengan akaun tidak aktif akan dikenakan yuran bulanan €10 selepas tidak aktif selama setahun.

Akaun DemoTersedia
Akaun IslamikTersedia
Akaun ECNTidak Tersedia
Akaun ProTersedia
Akaun MAMTidak Tersedia

Keperluan Deposit Minimum XTB

Pelanggan yang mendaftar boleh membiayai akaun langsung mereka dengan sebarang jumlah kerana XTB tidak mempunyai keperluan deposit minimum. Deposit adalah percuma tetapi pengeluaran di bawah €100 dikenakan yuran pemprosesan tambahan sebanyak €10. Broker mengasingkan dana pelanggan daripada modal operasi mengikut keperluan pengawalseliaan CySEC. Pelbagai pilihan deposit segera disediakan, termasuk Visa, Mastercard, Maestro, Skrill, PayPal, PayU, dan Ecommpay. Tiada kos tambahan untuk penukaran mata wang.

Apa yang Boleh Didagangkan dengan Akaun Langsung XTB

Membuka akaun langsung di XTB membolehkan anda membuat spekulasi terhadap pergerakan harga lebih 2,000 pasaran leveraj, termasuk lebih 70 pasangan mata wang dengan spread dari 0.8 pip. Leveraj Forex dihadkan kepada 1:30 untuk pelanggan runcit. Broker menyediakan perlindungan baki negatif kepada semua pelanggan runcit, mencegah mereka dari mengalami baki akaun negatif. Perdagangan indeks, komoditi, saham, mata wang kripto, dan ETF juga disediakan di XTB. Broker ini melaksanakan pesanan melalui platform proprietari xStation5. Daripada pemerhatian kami, MT4 disokong untuk akaun demo.

Pendaftaran Langkah Demi Langkah di XTB – Mengambil Masa Kira-kira 20 Minit Secara Keseluruhan

  1. Buka www.xtb.com/cy pada pelayar mudah alih atau desktop anda dan klik butang Create Account berwarna hijau di penjuru kanan atas halaman utama.Registration Steps
  2. Masukkan alamat e-mel anda, pilih negara anda dari menu ke bawah, dan tandakan kotak di bawah untuk menerima terma dan syarat umum. Pilih kata laluan yang kukuh untuk mengakses akaun langsung anda.Registration Steps
  3. Isikan butiran peribadi anda dalam borang pendaftaran, termasuk gelaran, nama, tempat lahir, dan tarikh lahir.Registration Steps

    Anda juga mesti menyatakan kewarganegaraan anda dan memasukkan nombor pengenalan kebangsaan. Tandakan kotak yang sesuai di bawah untuk mengesahkan anda bukan warganegara AS dan anda pemilik sah dana yang didepositkan dalam akaun anda.

    Registration Steps

    Masukkan alamat kediaman semasa anda, termasuk nama jalan, nombor bangunan dan unit, poskod, dan bandar.

    Registration Steps

    Pilih bahasa pilihan anda dan masukkan kod promosi jika anda bercadang untuk menggunakannya.

    Registration Steps

  4. Sekarang tiba giliran untuk menjalani ujian kesesuaian pelanggan XTB untuk menentukan sama ada anda mempunyai pengetahuan dan pengalaman mencukupi untuk berdagang instrumen berisiko tinggi dengan leveraj. Ujian ini akan berkisar tentang kekerapan anda berdagang saham, bon, niaga hadapan, opsyen, swap, dan lain-lain.Registration Steps

    Anda juga mesti menyatakan jumlah purata perdagangan tahunan anda dan nisbah leveraj purata yang anda gunakan. Berikan maklumat tentang saiz posisi purata yang ingin digunakan di XTB serta tahap pendidikan atau kelayakan anda dalam pasaran kewangan.

    Registration Steps

    Seterusnya, anda mesti mengisi satu soal selidik ringkas supaya XTB dapat menilai kepakaran anda dalam mengendalikan instrumen derivatif berleveraj. Menjawab soalan-soalan ini sepatutnya mudah jika anda mempunyai pengalaman sebelumnya dalam perdagangan CFD.

    Registration Steps

  5. Sekarang tiba masa untuk penilaian kewangan. XTB juga akan bertanya tentang objektif pelaburan anda, simpanan, dan pendapatan tahunan boleh guna.Registration Steps
  6. Tandakan kotak untuk memberi persetujuan terhadap syarat penggunaan dan mengesahkan bahawa anda telah membaca pendedahan risiko broker. Anda juga mesti memberikan maklumat sama ada anda seorang individu yang terdedah secara politik (PEP) yang lebih berisiko terlibat dalam rasuah atau sogokan. Jika ya, anda mesti mengisi borang pengisytiharan PEP khas.Registration Steps

    Anda telah mencipta akaun langsung baharu dan boleh meneruskan pengesahan KYC.

    Registration Steps

  7. Pengesahan KYC untuk Akaun XTB – Mengambil Masa 5 hingga 10 Minit Secara PurataKlik butang hijau untuk mengakses akaun langsung baharu anda dan kemudian pilih Verify Account di penjuru kiri bawah skrin.

    Registration Steps

  8. Muat naik foto dokumen pengenalan pilihan anda (pasport atau kad pengenalan) dalam format yang disokong (jpg, png, atau pdf). Saiz fail anda tidak boleh melebihi 12 MB. XTB menerima foto, imbasan, dan tangkapan skrin selagi semua maklumat boleh dibaca. Tarikh pengeluaran dan tarikh luput juga mesti kelihatan.Registration Steps
  9. Anda hampir selesai; anda hanya perlu memuat naik dokumen untuk mengesahkan alamat tempat tinggal semasa anda. XTB menerima pelbagai dokumen untuk tujuan ini, termasuk bil utiliti, penyata bank, surat bank, sijil tempat tinggal, bayaran perkhidmatan perbandaran, sijil cukai, dan sijil institusi pencen.Registration Steps
  10. Tahniah, anda telah berjaya mencipta akaun perdagangan XTB anda. Kini anda mesti menunggu broker meluluskan dokumen pengesahan anda secara manual sebelum anda boleh membuat deposit dan pesanan. Pasukan broker ini telah meluluskan dokumen penyemak kami dalam masa beberapa jam, tetapi ia bergantung kepada beban kerja semasanya. Pasukan XTB akan memaklumkan keputusan pengesahan melalui e-mel.Registration Steps

Impresi Akhir

Pendaftaran melalui entiti CySEC adalah agak mudah, terutamanya jika anda mempunyai semua dokumen yang diperlukan. Anda boleh menyelesaikan keseluruhan proses pada komputer desktop atau telefon bimbit dalam masa kira-kira 20 minit, dengan syarat pengetahuan anda sudah cukup untuk menjawab soalan kesesuaian dengan cepat. XTB juga menilai dokumen pengesahan dengan pantas, membolehkan pelanggan yang telah mendaftar untuk mula berdagang dalam masa beberapa jam.

Ditulis oleh Z. Stefanova | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal