Ditulis oleh Naylyan Nazifova
Naylyan Nazifova ialah seorang pakar yang diiktiraf dalam bidang perdagangan dalam talian. Beliau mempunyai banyak penerbitan dan analisis yang merangkumi perdagangan forex, pelaburan saham dan kewangan peribadi.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Jenis Akaun di BlackBull Markets

Bergantung pada pengalaman anda, toleransi risiko, dan matlamat perdagangan keseluruhan, anda boleh membuka akaun berbeza dengan BlackBull Markets. Sebaik sahaja anda membuka borang pendaftaran, anda diberi pilihan untuk menyediakan akaun Demo yang akan membantu anda berlatih berdagang menggunakan dana maya, menghapuskan risiko kehilangan wang sebenar sambil masih mempelajari asas pasaran Forex.

Sudah tentu perdagangan langsung menjadi fokus utama di sini, sebab itulah broker ini menawarkan beberapa pilihan akaun untuk menepati pelbagai gaya pedagang. Terdapat tiga jenis akaun langsung yang boleh dibuka dengan BlackBull:

  1. ECN Standard: Pilihan akaun pertama, ECN Standard, sesuai untuk pedagang baharu kerana ia tidak mempunyai keperluan deposit minimum. Ini bermaksud pedagang boleh membuat deposit mengikut jumlah yang mereka selesa. Perdagangan lot mikro dibenarkan dengan saiz perdagangan minimum 0.01 lot. Spread bermula dari 0.8 pip, dan tiada komisen dikenakan pada setiap perdagangan.
  2. ECN Prime: Jika anda ingin mengurangkan kos perdagangan, anda boleh memilih ECN Prime yang menawarkan spread lebih ketat bermula dari 0.1 pip. Terdapat komisen kecil untuk pusingan penuh sebanyak $6 setiap lot yang dikenakan pada perdagangan, tetapi jumlah kos perdagangan masih lebih rendah.
  3. ECN Institutional: Mereka yang lebih suka berdagang dalam jumlah yang lebih besar untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi boleh menggunakan akaun ECN Institutional. Spread dikurangkan sehingga serendah 0.0 pip, dan komisen pusingan penuh hanyalah $4.

Seperti yang anda lihat, kesemuanya menawarkan pelaksanaan pesanan ECN. Variasi akaun ini menyokong lot mikro dan menawarkan leveraj maksimum yang sama iaitu 1:500. Selain itu, akaun ECN Standard dan ECN Prime menyokong perdagangan tanpa swap untuk pedagang Muslim. Jika anda tertanya-tanya jenis akaun yang sesuai untuk anda, BlackBull Markets menyediakan kuiz ringkas untuk membantu anda membuat keputusan.

Akaun DemoTersedia
Akaun IslamikTersedia
Akaun ECNTersedia
Akaun ProTersedia
Akaun MAMTersedia

Keperluan Deposit Minimum Akaun

BlackBull Markets telah mengubah suai tawaran akaun untuk menepati jumlah perdagangan dan keutamaan deposit pelbagai pedagang. Kami mencadangkan pedagang baharu untuk memilih akaun ECN Standard kerana ia tidak mempunyai keperluan deposit minimum, membolehkan mereka membuat deposit mengikut jumlah yang mereka kehendaki. Namun begitu, kami ingin menekankan bahawa keperluan kontrak minimum untuk akaun ini ialah 0.01 lot yang bersamaan dengan 1,000 unit dalam mata wang asas akaun. Itu bermakna pedagang mesti mempunyai sekurang-kurangnya US$1,000 dalam baki mereka untuk dapat membuat pesanan.

Jika anda lebih berpengalaman dan ingin mengurangkan kos perdagangan, anda boleh mengaktifkan akaun ECN Prime dengan BlackBull Markets yang memerlukan deposit sekurang-kurangnya $2,000. Memandangkan saiz kontrak minimum ialah 0.01 lot, kami berpendapat bahawa keperluan minimum bernilai $2,000 adalah munasabah untuk jenis akaun ini.

Seperti yang dinyatakan sebelumnya, ECN Institutional paling sesuai untuk pedagang volum besar kerana ia memerlukan deposit minimum $20,000. Dengan itu, membuat perdagangan dalam jumlah yang lebih besar boleh menjadi sangat menguntungkan kerana kos perdagangan dikurangkan dengan ketara.

Instrumen Boleh Dagang

Tanpa mengira jenis akaun, anda boleh mengakses pelbagai platform perdagangan, memberi anda peluang untuk berdagang 26,000 instrumen. Pasaran yang disediakan untuk pelanggan termasuk Forex, ekuiti, komoditi, indeks, niaga hadapan, dan kripto. Broker telah bekerjasama dengan penyelesaian pihak ketiga yang popular seperti cTrader, MT4, MT5, dan TradingView. Selain platform tersebut, BlackBull Markets juga telah melancarkan platform CopyTrader proprietari miliknya sendiri, sesuai untuk menjejak pembekal isyarat yang berjaya dan meniru perdagangan mereka.

Jika anda minat berdagang pasangan mata wang, bahagian Forex akan menawarkan lebih daripada 60 pasangan boleh dagang, termasuk pasangan utama, minor, dan eksotik. Jika anda berminat khususnya dengan pasaran saham, anda juga boleh mencuba platform BlackBull Invest milik broker ini yang memberikan akses kepada beribu-ribu saham, bon, ETF, opsyen, dan aset lain.

Proses Pendaftaran di BlackBull Markets – Mengambil masa kira-kira 1-2 minit

  1. Untuk menyertai BlackBull Markets, klik butang Join Now di halaman utama laman web broker.BlackBull Markets Registration Step 1
  2. Anda akan dialihkan ke halaman pendaftaran yang meminta alamat e-mel anda untuk meneruskan. Sebagai alternatif, anda boleh memilih untuk mendaftar dengan akaun Google, Apple, atau Facebook anda.BlackBull Markets Registration Step 2
  3. Berikan butiran yang diperlukan untuk pendaftaran dan pilih sama ada anda ingin membuka Akaun Demo atau Akaun Langsung. Sahkan anda bukan penduduk AS dan setuju dengan dasar BlackBull Markets.BlackBull Markets Registration Step 3
  4. Langkah seterusnya adalah memasukkan butiran tambahan mengenai akaun perdagangan anda, alamat, dan beberapa maklumat yang digunakan untuk mengenal pasti diri anda.BlackBull Markets Registration Step 4
  5. Setelah anda memberikan butiran tambahan, anda boleh pergi ke langkah seterusnya yang memerlukan anda untuk memilih keutamaan perdagangan. Ini termasuk jenis akaun, mata wang asas, leveraj, dan platform perdagangan.BlackBull Markets Registration Step 5
  6. Langkah seterusnya berkaitan dengan memberi BlackBull maklumat mengenai pekerjaan anda dan dana yang anda miliki. Ini akan membantu broker menilai kemampuan anda dalam perdagangan.BlackBull Markets Registration Step 6

Proses Pengesahan Identiti – Mengambil masa kira-kira 5 minit

Untuk membuat akaun perdagangan Langsung dengan BlackBull Markets, anda juga perlu menjalani pengesahan identiti dan alamat. Walaupun proses ini mungkin mengambil masa yang sedikit lama daripada pendaftaran, kami akan menerangkan semua dokumen yang anda perlukan dan membimbing anda melalui proses ini untuk membantu anda melalui langkah-langkah ini dengan secepat mungkin.

  1. Selepas anda melengkapkan soal selidik Pekerjaan, anda boleh pergi ke langkah seterusnya yang memerlukan bukti pengenalan diri, iaitu dengan muat naik gambar dokumen seperti lesen memandu atau pasport. Pastikan anda melengkapkan langkah ini dengan mengikut arahan yang diberikan dalam bahagian ini.BlackBull Markets Registration Step 7
  2. Pedagang juga mesti menyediakan bukti alamat yang memerlukan muat naik bil utiliti, penyata bank, atau dokumen lain yang berkaitan. Sila ambil perhatian bahawa dokumen tersebut mesti memenuhi keperluan yang disenaraikan dalam bahagian Maklumat Penting.BlackBull Markets Registration Step 8
  3. Setelah anda memuat naik dokumen yang diperlukan, permintaan akaun perdagangan Langsung anda akan siap untuk mendapatkan kelulusan daripada pasukan BlackBull Markets. Sementara menunggu, anda boleh teruskan dengan membiayai akaun perdagangan anda dengan memilih beberapa daripada kaedah pilihan pembayaran yang mudah.BlackBull Markets Registration Step 9

Pandangan Keseluruhan

Kami berpendapat kebanyakan peminat Forex akan menghargai kesederhanaan pendaftaran di BlackBull Markets, ini kerana mereka yang ingin membuka akaun Demo boleh mula berdagang dengan wang maya beberapa minit selepas memulakan proses pendaftaran. Sementara itu, pedagang yang bersedia untuk memulakan perdagangan menggunakan wang sebenar juga boleh membuka akaun langsung dalam hanya beberapa langkah. Pengesahan identiti juga mudah, dan jika anda telah menyediakan dokumen yang diperlukan, anda boleh melengkapkan langkah ini dalam masa 5 minit ataupun kurang.

Ditulis oleh N. Nazifova | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal