Ditulis oleh Naylyan Nazifova
Naylyan Nazifova ialah seorang pakar yang diiktiraf dalam bidang perdagangan dalam talian. Beliau mempunyai banyak penerbitan dan analisis yang merangkumi perdagangan forex, pelaburan saham dan kewangan peribadi.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Sebelum anda mula berdagang dengan FxPro, kami menyarankan anda untuk mengenali model harga broker ini kerana ia akan memberi anda gambaran yang baik mengenai kos keseluruhan apabila berdagang dengan FxPro. Bagi membantu anda menentukan bajet yang sesuai untuk sesi perdagangan anda atau jenis akaun yang menawarkan nilai terbaik untuk perdagangan anda, kami telah mengumpulkan ulasan terperinci tentang semua yuran perdagangan dan bukan perdagangan di FxPro.

Di bawah ini, pasukan pakar kami telah mengkaji komisen, spread, kadar swap, dan caj tambahan lain yang mungkin anda temui semasa berdagang Forex, logam, dan instrumen lain dengan broker ini. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang kos perdagangan keseluruhan di FxPro, kami sarankan anda untuk terus membaca artikel ini.

Kos Perdagangan FxPro

Untuk membantu anda menentukan kos perdagangan di FxPro, kami terlebih dahulu mesti menerangkan pelbagai model harga yang diguna pakai oleh jenis akaun yang disokong oleh broker ini. Bergantung pada keutamaan perdagangan peribadi, anda boleh membuka Akaun Standard, Raw+, atau cTrader. Akaun Standard dan Raw+ menyokong perdagangan di platform MT4 dan MT5, manakala Akaun cTrader, seperti namanya, hanya menyokong perdagangan di platform cTrader.

Ketiga-tiga jenis akaun ini menyokong lot mikro dengan saiz pesanan minimum ialah 0.01 lot. Walaupun anda boleh memilih lindung nilai (hedging) sebagai strategi pengurusan posisi pada setiap tiga akaun, netting adalah pilihan yang disokong pada akaun Standard dan Raw+ sahaja.

Akaun Standard mengenakan komisen sifar untuk perdagangan forex, logam, dan instrumen lain. Akan tetapi, keseluruhan kos perdagangan dimasukkan ke dalam spread yang cenderung menjadi lebih lebar daripada spread akaun lain yang disediakan di FxPro. Akaun Raw+ menawarkan spread lebih ketat yang bermula pada 0.0 pip untuk pasangan forex utama, dengan komisen kecil USD3.50 dikenakan pada setiap sisi perdagangan bagi satu lot standard. Akaun cTrader juga mengurangkan kos perdagangan dengan menawarkan spread yang jauh lebih ketat dan mengenakan komisen yang sama iaitu USD3.50 setiap lot bagi setiap sisi.

Kadar Komisen Pusingan Penuh FxPro Mengikut Jenis Akaun
Jenis AkaunSetiap Lot standardSetiap Lot MiniSetiap Lot Mikro
MT4/5 Standard$0$0$0
MT5 Raw+$7$0.7$0.07
cTrader$7$0.7$0.07

Jika anda masih ragu-ragu sama ada lebih baik memilih akaun tanpa komisen atau akaun dengan spread lebih ketat, berikut ialah contoh ringkas yang menunjukkan jumlah kos perdagangan bagi kedua-dua pilihan akaun. Mari kita lihat perdagangan satu lot standard EUR/USD, di mana satu pergerakan pip bersamaan USD10. Untuk tujuan contoh ini, kami akan menganggap harga buka dan tutup perdagangan mempunyai nilai yang sama. Pada masa ulasan ini ditulis, spread pasangan EUR/USD ialah 1.45 pip pada Akaun Standard dan 0.45 pip pada Akaun cTrader. Dengan mengambil kira parameter ini, perdagangan akan kelihatan seperti berikut:


Akaun Standard:
Spread: 1.45
Komisen setiap sisi: USD0
Jumlah Kos: 1.45 x USD10 = USD14.5 setiap sisi atau USD29 untuk satu perdagangan pusingan penuh


Akaun cTrader:

Spread: 0.45
Kos Spread: 0.45 x USD10 = USD4.50
Komisen setiap sisi: USD3.50
Jumlah Kos: (USD4.50 x 2) + (USD3.50 x 2) = USD9 + USD7 = USD16 untuk satu perdagangan pusingan penuh


Seperti yang anda lihat, kos perdagangan akhir dengan spread yang lebih ketat pada Akaun cTrader adalah jauh lebih rendah berbanding kos perdagangan pasangan EUR/USD pada Akaun Standard.

Dalam jadual di bawah, kami telah menyediakan jumlah kos perdagangan pada pasangan Forex popular dengan Akaun Standard MT4/MT5 dan Akaun cTrader. Ingat, spread adalah terapung jadi nilai yang anda lihat di bawah mungkin tidak sama dengan spread sebenar yang anda lihat semasa berdagang menggunakan mana-mana akaun FxPro yang dibincangkan di atas.

Purata Kos Spread dengan Akaun Standard MT4/5
Pasangan Mata WangSpread (dalam pip)Komisen setiap sisiKos setiap Lot MikroKos setiap Lot Standard
EUR/USD1.45$0$0.145$14.5
USD/JPY1.85$0$0.126$12.60
EUR/GBP1.85$0$0.250$25.01
GBP/USD1.99$0$0.199$19.90
AUD/USD2.09$0$0.209$20.90
USD/CAD1.81$0$0.132$13.15
USD/CHF2.14$0$0.336$33.68
USD/CNH12.75$0$0.179$17.91
NZD/USD2.92$0$0.292$29.20

*Kos perdagangan semua pasangan dikira dalam USD

Purata Kos Spread dengan Akaun cTrader
Pasangan Mata WangSpread (dalam pip)Komisen setiap sisiKos setiap Lot MikroKos setiap Lot Standard
EUR/USD0.45$3.50/$0.035$0.08$8
USD/JPY0.60$3.50/$0.035$0.076$7.58
EUR/GBP1.03$3.50/$0.035$0.174$17.42
GBP/USD0.95$3.50/$0.035$0.130$13
AUD/USD0.60$3.50/$0.035$0.095$9.50
USD/CAD0.54$3.50/$0.035$0.074$7.42
USD/CHF1.60$3.50/$0.035$0.235$23.46
USD/CNH8.70$3.50/$0.035$0.157$15.72
NZD/USD1.14$3.50/$0.035$0.149$14.90

*Kos perdagangan semua pasangan dikira dalam USD

Kos Pembiayaan Semalaman FxPro

Walaupun pedagang harian boleh menjalankan perdagangan harian dengan mana-mana akaun FxPro, terdapat juga pilihan untuk mengekalkan posisi anda terbuka semalaman. Perdagangan seperti ini menghasilkan faedah yang sama ada perlu dibayar (swap negatif) atau diterima (swap positif) oleh pedagang, bergantung pada pergerakan pasaran semalaman. Kadar faedah ini dikenali sebagai swap, FxPro mengira swap dengan menambah komisen rollover posisi semalaman kepada kadar faedah pasangan mata wang yang didagangkan.

Untuk pasangan Forex, berikut ialah formula pengiraan swap: Nilai pip x Nilai swap (dinyatakan dalam mata) / 10

Untuk instrumen bukan Forex, berikut ialah formula pengiraan swap: Saiz lot x Nilai swap x Bilangan malam posisi dibuka

Swap dikenakan sekali setiap hari bekerja, tetapi kerana ia tidak boleh dikenakan pada hari hujung minggu disebabkan pasaran ditutup pada hari Sabtu dan Ahad, swap pada hari Rabu adalah tiga kali ganda untuk Forex dan logam. Caj swap tiga kali ganda untuk instrumen lain adalah pada hari Jumaat.

Walaupun kadar swap dikemas kini secara berkala kerana sifatnya yang dinamik, kami telah menyediakan jadual swap untuk pasangan Forex popular yang terpakai pada waktu penulisan artikel ini. Broker ini juga menyediakan Kalkulator Swap yang boleh membantu anda melihat anggaran caj swap pada mana-mana instrumen yang boleh mengumpul faedah apabila didagangkan semalaman.

Kadar Swap Pasangan Forex Popular (saiz lot standard)
SimbolMata Wang AsasVolum dalam LotSwap Pasangan Beli dalam USDSwap Pasangan Jual dalam USD
EUR/USDUSD1-8.011.9
USD/JPYUSD14.5-18.25
EUR/GBPUSD1-10.271.67
GBP/USDUSD1-3.3-4.1
AUD/USDUSD1-3.6-1.1
USD/CADUSD10.31-5.97
USD/CHFUSD16.13-16.91
USD/CNHUSD1-6.01-12.15
NZD/USDUSD1-2.5-2.1

Kos Perdagangan Tanpa Swap di FxPro

Memandangkan sesetengah pedagang tidak boleh menerima atau membayar faedah kerana kepercayaan agama mereka, FxPro membenarkan pelanggan dari beberapa negara Islam membuka akaun tanpa swap. Bentuk perdagangan ini membolehkan perdagangan indeks, niaga hadapan, dan saham dilakukan tanpa had, tanpa perlu membayar atau menerima faedah. Instrumen lain pula membenarkan tempoh tangguh tertentu untuk perdagangan tanpa swap, selepas itu broker mengenakan yuran komisen.

Tempoh tangguh ini berbeza mengikut instrumen, dengan pasangan forex utama membenarkan bilangan malam tanpa swap yang paling lama sebelum komisen dikenakan. Di bawah, kami telah menyediakan jadual terperinci yang memaparkan tempoh tangguh untuk kebanyakan instrumen yang boleh didagangkan, bersama komisen yang dikenakan selepas tempoh tangguh tamat.

Tempoh Tangguh dan Yuran Rollover pada Akaun Tanpa Swap di FxPro
InstrumenTempoh Tangguh (bilangan malam)Yuran Rollover Akaun Tanpa Swap cTraderYuran Rollover Akaun Tanpa Swap MT4 dan FxPro Edge
EUR/USD8$7.50Dikira berdasarkan kadar swap
USD/JPY8$7.50Dikira berdasarkan kadar swap
EUR/GBP8$7.50Dikira berdasarkan kadar swap
GBP/USD8$7.50Dikira berdasarkan kadar swap
AUD/USD3$7.50Dikira berdasarkan kadar swap
USD/CAD8$7.50Dikira berdasarkan kadar swap
USD/CHF8$7.50Dikira berdasarkan kadar swap
USD/CNH3$7.50Dikira berdasarkan kadar swap
NZD/USD3$7.50Dikira berdasarkan kadar swap
Logam Berharga4$7.50Dikira berdasarkan kadar swap
Logam Berharga (Paladium, Platinum)3$7.50Dikira berdasarkan kadar swap
Spot Tenaga1$25Dikira berdasarkan kadar swap
Kripto3Dikira berdasarkan kadar swap

Kos Bukan Perdagangan FxPro

Selain yuran perdagangan, pelanggan FxPro juga mungkin perlu menanggung beberapa yuran bukan perdagangan. Akan tetapi, kami hampir tidak menemui sebarang yuran tambahan yang perlu dibayar oleh pedagang selain daripada spread dan komisen yang berkaitan dengan perdagangan menggunakan akaun FxPro. Untuk permulaan, membuka akaun dengan broker ini adalah percuma, dan walaupun tiada aktiviti perdagangan selama tiga bulan, tiada yuran tidak aktif yang akan dikenakan. Sebaliknya, broker akan menyahaktifkan akaun FxPro anda dan ia boleh diaktifkan semula dengan menghubungi pasukan sokongan broker.

Membiayai akaun FxPro boleh dilakukan melalui beberapa kaedah pembayaran. Tanpa mengira kaedah deposit yang dipilih, broker ini tidak akan mengenakan sebarang yuran. Pengeluaran di FxPro juga juga adalah percuma. Namun demikian, jika tiada aktiviti perdagangan dibuat dan pedagang memohon pengeluaran melalui Skrill atau Neteller, yuran 2.6% atau 2% akan ditolak daripada baki.

Bagi pedagang yang ingin meningkatkan perdagangan mereka dan juga mengekalkan EA mereka aktif tanpa melancarkan mana-mana platform perdagangan broker, perkhidmatan VPS (Virtual Private Server) turut disediakan. Produk ini disediakan oleh BeeksFX, dan ia memerlukan langganan berbayar USD30 sebulan. Walau bagaimanapun, pemegang Akaun Premium boleh menggunakan perkhidmatan FXPro VPS secara percuma.

Kos Bukan Perdagangan FxPro
Yuran DepositPercuma
Yuran Pengeluaran
  • Neteller: 2.6% jika pengguna tidak berdagang
  • Skrill: 2% jika pengguna tidak berdagang
  • PayPal: 2.7% jika pengguna tidak berdagang
Yuran Pembukaan AkaunPercuma
Yuran Tidak AktifTiada
Langganan Pengehosan VPS
  • USD30 sebulan untuk pedagang runcit;
  • percuma untuk pemegang akaun Premium

Kesimpulan mengenai Yuran FxPro

Jika anda ingin berdagang dengan FxPro, anda mempunyai peluang untuk memilih daripada tiga versi akaun dan setiap akaunnya menawarkan keadaan perdagangan yang agak murah. Sama ada anda lebih suka menghapuskan faktor komisen, atau spread yang lebih ketat nampak lebih sesuai untuk anda, anda mempunyai beberapa pilihan akaun yang sesuai dengan tahap pengalaman anda.

Bukan sahaja pedagang boleh mengurangkan kos perdagangan melalui beberapa jenis akaun di FxPro, mereka juga boleh menguruskan dana mereka tanpa dikenakan yuran deposit dan pengeluaran. Perdagangan tanpa swap juga disediakan, membolehkan tempoh tangguh yang lama untuk pelbagai instrumen dan yuran rollover yang sangat munasabah setelah tempoh tangguh tersebut tamat. Semua ini membuktikan FxPro adalah broker yang menawarkan perdagangan kos rendah kepada pelbagai jenis pedagang.

Ditulis oleh N. Nazifova | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal