Ditulis oleh Zornitsa Stefanova
Zornitsa Stefanova ialah seorang penganalisis forex dan kripto yang berpengalaman. Beliau juga mengulas pelbagai topik kewangan seperti perdagangan saham dan pelaburan persaraan.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Jenis Akaun di eToro

eToro menawarkan beberapa jenis akaun yang memenuhi keperluan pelbagai pedagang, bermula dengan akaun Peribadi yang diperuntukkan untuk pelanggan runcit. Spread forex bermula dari 1 pip, dan leveraj maksimum dihadkan kepada 1:30 (CySEC, FCA, dan lain-lain) atau 1:400 (SFSA). Akaun Profesional pula membolehkan perdagangan dengan leveraj yang lebih tinggi, tetapi membuka akaun sedemikian bergantung pada kriteria kelayakan tertentu yang sudah dipenuhi.

Selain itu, kami juga ingin menekankan kewujudan akaun Tanpa Swap eToro yang tidak mengenakan faedah ke atas posisi terbuka dan tempoh tangguh tujuh hari sebelum yuran pentadbiran dikenakan. Broker ini juga menyediakan akaun Profesional yang sesuai untuk pelanggan korporat.

Akhir sekali, pedagang baharu boleh bertukar antara perdagangan maya dan perdagangan langsung selepas mendaftar. Akaun Demo menyediakan dana maya dan menawarkan persekitaran tanpa risiko bagi pedagang yang ingin berlatih dan mengasah kemahiran tanpa risiko mengalami kerugian wang.

Akaun DemoTersedia
Akaun IslamikTersedia
Akaun ECNTidak Tersedia
Akaun ProTersedia
Akaun MAMTidak Tersedia

Keperluan Deposit Minimum eToro

Pedagang harus ingat bahawa keperluan deposit pertama minimum eToro berbeza bergantung pada tempat tinggal seseorang. Di kebanyakan negara Eropah, termasuk UK, deposit pertama minimum ialah USD50. Jumlah yang sama terpakai kepada Taiwan, Australia, Malaysia, Singapura, AS, dan wilayah luar negara Perancis. Bagi UAE, deposit minimum yang diperlukan ialah USD100. Deposit awal sebanyak USD1,000 dikenakan ke atas mereka yang tinggal di negara seperti New Zealand, Kuwait, Isle of Man, Pulau Jersey, dan Pulau Reunion. Di beberapa negara, seperti Bulgaria dan Afrika Selatan, keperluan deposit pertama minimum ialah USD2,000, manakala warga Israel perlu mematuhi deposit pertama minimum USD10,000. Akhir sekali, pedagang dari negara yang layak tetapi tidak termasuk dalam senarai eToro tertakluk kepada minimum USD200. Deposit seterusnya mesti sekurang-kurangnya bernilai USD50, dengan pengecualian di UK (USD10) dan AS (USD1). Selain itu, deposit melalui pindahan bank mestilah sekurang-kurangnya USD500.

Apa yang Anda Boleh Dagangkan di eToro?

Salah satu kelebihan utama eToro ialah katalog produk miliknya. eToro adalah jenama utama dalam perdagangan sosial dan mata wang kripto, dan kebolehan platformnya dalam perdagangan forex juga menjanjikan reputasi yang baik di kalangan pedagang. Spread pasangan utama biasanya bermula daripada 1 pip dan pelanggan tidak perlu risau tentang komisen. Selain forex dan kripto, eToro juga menawarkan pasaran seperti saham, komoditi, indeks, dan ETF.

Pendaftaran Langkah Demi Langkah di eToro – Mengambil masa kira-kira 15 minit (Akaun langsung)

Proses pendaftaran eToro merupakan antara yang agak panjang, tetapi jika anda mengikut langkah-langkah yang diterangkan di bawah, anda akan selesai dalam masa yang singkat. Kami juga akan menerangkan cara untuk mengesahkan akaun anda.

  1. Langkah pertama ialah mengklik butang Join eToro di halaman utama broker.eToro Registration Step 1
  2. Seterusnya, masukkan e-mel anda dan cipta nama pengguna serta kata laluan. Terima Terma dan Dasar Privasi eToro, kemudian klik Create Account.eToro Registration Step 2
  3. Apabila akaun sudah diaktifkan, anda akan diberikan posisi kripto bernilai USD10 secara percuma. Pilihannya termasuk Bitcoin, Ethereum, EOS, Ethereum Classic, Shiba Inu Coin, Dogecoin, Litecoin, Chainlink, dan Uniswap. Setelah memilih syiling pilihan anda, klik Continue.
    eToro Registration Step 3
  4. Sekarang eToro akan meminta anda memulakan proses pengesahan.
    eToro Registration Step 4
  5. Sekarang, taip nama sah anda, pilih jantina, dan masukkan tarikh lahir anda.
    eToro Registration Step 5
  6. Berikan alamat anda, sahkan sama ada negara yang dipilih adalah tempat kelahiran dan negara kewarganegaraan anda, dan nyatakan sekiranya anda berasal dari AS.
    eToro Registration Step 6
  7. Sekarang anda boleh memberikan nombor kebangsaan anda. Langkah ini adalah pilihan.
    eToro Registration Step 7
  8. Maklumkan eToro tentang pengalaman anda dalam perdagangan saham dan ETF serta jumlah wang yang anda sudah laburkan dalam dua belas bulan terakhir.
    eToro Registration Step 8
  9. Seterusnya, lakukan perkara yang sama untuk mata wang kripto.
    eToro Registration Step 9
  10. eToro juga akan bertanya sama ada anda pernah berdagang CFD sebelum ini
    eToro Registration Step 10
  11. Jika anda mempunyai ijazah dalam bidang kewangan, pernah mengikuti kursus perdagangan yang memberi tumpuan kepada produk leveraj, atau seorang ahli profesional bertauliah dalam bidang kewangan, anda boleh memilih pilihan yang berkaitan. Jika tidak, pilih “No Training” dan teruskan ke langkah seterusnya.eToro Registration Step 11
  12. Ini adalah permulaan peringkat penilaian. Set pertama pernyataan adalah berkaitan leveraj dan asas lain, manakala set berikutnya akan menilai pemahaman anda tentang perdagangan kripto.eToro Registration Step 12
  13. Pilih tempoh masa anda akan memegang posisi.eToro Registration Step 13
  14. Maklumkan eToro tentang matlamat yang anda ingin capai dengan berdagang di eToro dan jumlah wang yang anda cadang untuk depositkan. Di bahagian paling bawah, anda akan menemui maklumat tentang deposit awal minimum yang ditetapkan di rantau anda.
    eToro Registration Step 14
  15. Pilih jawapan yang paling menggambarkan toleransi risiko anda, khususnya jumlah keuntungan dan kerugian yang anda jangkakan. Sebagai contoh, memilih 20%/-20% bermaksud anda sedia mempertaruhkan USD10,000 untuk potensi mendapatkan keuntungan sebanyak USD10,000.
    eToro Registration Step 15
  16. Halaman berikutnya bertujuan untuk menilai sama ada anda (atau ahli keluarga terdekat) adalah orang yang terdedah secara politik.
    eToro Registration Step 16
  17. Sekarang eToro akan bertanya tentang kewangan anda, iaitu sumber dana anda, pekerjaan anda, pendapatan tahunan bersih, dan simpanan anda.
    eToro Registration Step 17
  18. eToro akan meminta anda untuk memasukkan nombor telefon supaya ia boleh disahkan melalui mesej teks.
    eToro Registration Step 18
  19. Anda juga akan diminta menyediakan bukti pengenalan (POI) dengan mengambil satu atau dua foto dokumen yang layak. Ia boleh berupa pasport, lesen memandu, atau kad pengenalan. Kedua-dua bahagian hadapan dan belakang dokumen perlu dimuat naik.
    eToro Registration Step 19
  20. Penghantaran bukti alamat (POA) juga diperlukan. Dokumen POA yang sah termasuk penyata bank, penyata kad kredit, bil utiliti (elektrik, air, gas), bil cukai taksiran, surat cukai, perjanjian sewaan rasmi yang dikeluarkan kerajaan, surat daripada pihak berkuasa tempatan, bil telefon, atau bil internet. Perlu diingat bahawa mana-mana POA yang anda pilih mesti dikeluarkan dalam tempoh tiga bulan yang lalu.
    eToro Registration Step 20
  21. Akhir sekali, buka tetapan akaun anda dan sahkan e-mel anda dengan meminta kod 6 angka.
    eToro Registration Step 21

Membenarkan Perdagangan Maya – Mengambil masa kurang daripada seminit

Seperti yang dinyatakan, eToro juga menawarkan pilihan kepada pengguna untuk mencuba perdagangan demo menggunakan dana maya sebelum meneruskan perdagangan dengan dana sebenar.

  1. Selepas mendaftar, anda boleh melangkau proses pengesahan dan klik butang Switch to Virtual yang terletak di penjuru kiri bawah.
    eToro Registration Step 22
  2. Sekarang anda telah membuka tetingkap pengesahan yang memberikan gambaran ringkas tentang kegunaan mod maya. Klik butang Switch to Virtual Portfolio.
    eToro Registration Step 23
  3. Sekarang, anda sudah bersedia untuk meneroka instrumen eToro. Anda akan dapat menggunakan dana maya berjumlah USD100,000.
    eToro Registration Step 24

Kesimpulan

Secara keseluruhan, pendaftaran dan pengesahan boleh mengambil masa kira-kira 15 minit. Ini termasuk mengisi semua maklumat yang diperlukan dan memuat naik dokumen yang relevan. Menurut eToro, permintaan pengesahan diproses secara automatik, tetapi pengesahan manual (apabila perlu) mungkin mengambil masa sehingga tiga hari bekerja. Jika semakan tambahan dijalankan, ini boleh memanjangkan lagi masa menunggu.


eToro adalah platform pelbagai aset yang menawarkan pelaburan dalam saham dan aset kripto, serta perdagangan CFD.

CFD adalah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan leveraj. 61% akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang CFD dengan pembekal ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi, dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.

Komunikasi ini bertujuan sebagai maklumat dan pendidikan sahaja, dan tidak harus dianggap sebagai nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan. Prestasi lalu bukanlah petunjuk keputusan masa depan.

Perdagangan Salin tidak dianggap sebagai nasihat pelaburan. Nilai pelaburan anda mungkin naik atau turun. Modal anda berisiko.

Jangan membuat pelaburan melainkan anda bersedia untuk kehilangan semua wang yang dilaburkan. Ini adalah pelaburan yang berisiko tinggi dan anda tidak seharusnya mengharapkan perlindungan sekiranya sesuatu berlaku. Luangkan masa 2 minit untuk mengetahui lebih lanjut

eToro USA LLC tidak menawarkan CFD dan tidak membuat sebarang pernyataan serta tidak menanggung liabiliti berkaitan ketepatan atau kelengkapan kandungan artikel ini yang telah disediakan oleh rakan kongsi kami menggunakan maklumat awam yang tidak khusus kepada entiti eToro.

Ditulis oleh Z. Stefanova | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal