Ditubuhkan pada tahun 2009, Vantage merupakan broker CFD terkemuka di dunia yang mempunyai lebih 5 juta pengguna berdaftar dan portfolio melebihi 1,000 instrumen kewangan. Berdagang dengan jenama ini menawarkan banyak faedah, termasuk spread yang kompetitif, alat dan ciri perdagangan yang maju, pelaksanaan pantas, dan sumber pendidikan yang percuma. Selain itu, struktur harganya yang telus membolehkan pedagang memahami kos yang dikaitkan dengan perdagangan mereka. Panduan ini menyediakan maklumat terperinci mengenai kos perdagangan dan bukan perdagangan yang berkaitan dengan jenis akaun perdagangan Vantage yang paling popular.
Kos Perdagangan Vantage
Vantage menawarkan beberapa jenis akaun perdagangan yang direka untuk pedagang di semua peringkat pengalaman. Pilihan akaun termasuk akaun Standard STP untuk pedagang baharu, akaun Raw ECN yang sesuai untuk pedagang berpengalaman, dan akaun Pro ECN yang disesuaikan untuk pedagang profesional. Selain itu, semua pilihan di atas boleh ditukar menjadi akaun tanpa swap untuk pedagang yang tidak boleh membayar atau menerima swap kerana kepercayaan agama. Pedagang baharu juga boleh bermula dengan akaun Demo dan meningkatkan kemahiran perdagangan mereka menggunakan dana maya.
Vantage menyokong beberapa platform perdagangan yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pedagang yang pelbagai. Pengguna boleh berdagang melalui aplikasi semua-dalam-satu Vantage App, MT4, MT5, ProTrader (dikuasakan oleh TradingView), Copy Trading, atau platform Demo Trading.
Tanpa mengira jenis akaun yang dipilih, pedagang boleh yakin dengan harga yang kompetitif dan telus broker ini. Dengan saiz perdagangan minimum 0.01 lot bagi setiap perdagangan, lebih 1,000 aset untuk dipilih dan pelbagai mata wang asas akaun, Vantage menawarkan keadaan perdagangan yang sangat baik.
Dalam bahagian ini, kami akan bertumpu kepada ciri akaun Standard STP dan Raw ECN broker ini, mengira kos perdagangan yang berkaitan dan memberi gambaran yang jelas kepada bakal pelanggan mengenai kos perdagangan mereka.
Mari kita mulakan dengan kadar komisen pusingan penuh bagi akaun Raw ECN berdasarkan pilihan mata wang akaun yang disediakan untuk pelanggan Vantage, termasuk pengiraan untuk perdagangan lot standard, mini, dan mikro.
| Kadar Komisen Pusingan Penuh Akaun Raw ECN Berdasarkan Mata Wang Akaun | |||
|---|---|---|---|
| Mata Wang Akaun Perdagangan | Setiap Lot Standard | Setiap Lot Mini | Setiap Lot Mikro |
| AUD | $6.00 | $0.60 | $0.06 |
| USD | $6.00 | $0.60 | $0.06 |
| GBP | £4.00 | £0.40 | £0.04 |
| EUR | €5.00 | €0.50 | €0.05 |
| SGD | $7.00 | $0.70 | $0.07 |
| JPY | ¥550.00 | ¥55 | ¥5.50 |
| NZD | $6.50 | $0.65 | $0.065 |
| CAD | $6.00 | $0.60 | $0.06 |
| PLN | zł30.00 | zł3 | zł0.30 |
| HKD | $50.00 | $5 | $0.50 |
| INR | ₹500.00 | ₹50 | ₹5 |
Sekarang kami akan menerangkan kos perdagangan yang dikaitkan dengan perdagangan 1 lot standard pasangan EUR/USD menggunakan Akaun Standard STP dan Raw ECN Vantage, dengan mengambil kira satu pip bersamaan dengan USD10. Spread Vantage untuk pasangan EUR/USD bermula dari 1.18 pip untuk Akaun Standard STP dan 0.08 pip untuk Akaun Raw ECN berserta komisen. Anggap perdagangan dibuka dan ditutup pada harga yang sama.
Akaun STP Standard Vantage:
Spread: 1.18
Jumlah Kos: 1.18 x USD10 = USD11.80 setiap sisi atau USD23.60 bagi 1 lot perdagangan pusingan penuh
Akaun ECN Raw Vantage:
Spread: 0.08
Kos Spread: 0.08 x USD10 = USD0.80 setiap sisi
Komisen: USD3.00 setiap sisi
Jumlah Kos: (USD0.80)x2 + (USD3.00)x2 = USD1.60 + USD6 = USD7.60 bagi 1 lot perdagangan pusingan penuh
Selepas kita membandingkan jumlah kos perdagangan untuk akaun Standard STP dan Raw ECN Vantage, kita boleh menyimpulkan bahawa akaun Raw ECN menawarkan keadaan yang lebih kompetitif.
Dalam jadual di bawah, anda boleh menyemak kos perdagangan beberapa pasangan mata wang popular dengan akaun Standard STP Vantage yang menggunakan model harga tanpa komisen. Sila ambil perhatian bahawa kos lot mikro dan standard adalah untuk satu sisi perdagangan sahaja.
| Purata Kos Spread dengan Akaun Standard Vantage | ||||
|---|---|---|---|---|
| Pasangan Mata Wang | Spread (dalam pip) | Komisen setiap sisi | Kos setiap Lot Mikro | Kos setiap Lot Standard |
| EUR/USD | 1.18 | $0 | $0.118 | $11.80 |
| USD/JPY | 1.41 | $0 | $0.091 | $9.07 |
| EUR/GBP | 1.22 | $0 | $0.164 | $16.44 |
| GBP/USD | 1.30 | $0 | $0.130 | $13.00 |
| AUD/USD | 1.34 | $0 | $0.134 | $13.40 |
| USD/CAD | 1.22 | $0 | $0.089 | $8.90 |
| USD/CHF | 1.21 | $0 | $0.156 | $15.59 |
| USD/CNH | 3.26 | $0 | $0.047 | $4.73 |
| NZD/USD | 1.25 | $0 | $0.125 | $12.50 |
*Kos perdagangan pasangan mata wang dinyatakan dalam USD
Kami akan menggunakan pasangan mata wang yang sama untuk menggambarkan kos perdagangan yang dikaitkan dengan Akaun Raw ECN Vantage yang menawarkan spread lebih ketat dan model harga berasaskan komisen. Kos bagi lot mikro dan standard adalah untuk satu sisi perdagangan sahaja.
| Purata Kos Spread dengan Akaun Raw Vantage | ||||
|---|---|---|---|---|
| Pasangan Mata Wang | Spread (dalam pip) | Komisen setiap sisi | Kos setiap Lot Mikri | Kos setiap Lot Standard |
| EUR/USD | 0.08 | $0.03/$3.00 | $0.038 | $3.80 |
| USD/JPY | 0.31 | $0.03/$3.00 | $0.044 | $4.35 |
| EUR/GBP | 0.12 | $0.03/$3.00 | $0.046 | $4.62 |
| GBP/USD | 0.20 | $0.03/$3.00 | $0.050 | $5.00 |
| AUD/USD | 0.24 | $0.03/$3.00 | $0.054 | $5.40 |
| USD/CAD | 0.12 | $0.03/$3.00 | $0.039 | $3.88 |
| USD/CHF | 0.11 | $0.03/$3.00 | $0.044 | $4.42 |
| USD/CNH | 2.16 | $0.03/$3.00 | $0.061 | $6.13 |
| NZD/USD | 0.15 | $0.03/$3.00 | $0.045 | $4.50 |
*Kos perdagangan pasangan mata wang dinyatakan dalam USD
Spread untuk akaun Pro ECN Vantage adalah sepadan dengan Akaun Raw ECN, tetapi dengan kelebihan tambahan komisen yang lebih rendah iaitu USD1.5 setiap sisi, atau USD3 bagi perdagangan pusingan penuh. Selain itu, keperluan deposit minimum untuk jenis akaun ini bermula daripada USD10,000.
Kos Pembiayaan Semalaman Vantage
Selain spread dan komisen Vantage, pedagang mesti mengetahui kos pembiayaan semalaman yang dikenakan oleh broker ini. Ia juga dikenali sebagai kadar swap atau kadar rollover faedah yang dikenakan apabila mengekalkan posisi aktif semalaman.
Apabila hari perdagangan berakhir, pedagang mempunyai pilihan sama ada untuk menutup posisi mereka atau membiarkannya terbuka, di mana jika ia dibiarkan terbuka, faedah akan terkumpul. Bergantung pada instrumen forex dan arah perdagangan, broker sama ada membayar atau mengenakan kadar swap ini pada akaun pedagang. Jika anda membeli mata wang dengan kadar faedah lebih tinggi berbanding mata wang yang dijual, akaun anda akan menerima kredit swap. Sebaliknya, jika kadar faedah mata wang yang dibeli lebih rendah, swap akan menyebabkan caj dikenakan ke atas akaun.
Pedagang boleh menyemak kadar swap bagi pasangan forex yang diminati dengan pergi ke platform perdagangan pilihan mereka dan klik kanan pada instrumen tersebut. Di bawah bahagian ’Market Specification’, mereka akan menemui kadar swap untuk pasangan forex tersebut yang dinyatakan dalam mata.
Jadual di bawah memberikan maklumat tentang kadar swap Vantage untuk beberapa pasangan forex yang popular. Pedagang mesti tahu yang kadar swap ini bergantung pada keadaan pasaran dan oleh itu, ia tertakluk kepada perubahan.
| Kadar Swap pada Pasangan Forex Popular (saiz lot standard) | ||||
|---|---|---|---|---|
| Simbol | Mata Wang Asas | Volum dalam Lot | Swap Pasangan Beli, dalam mata | Swap Pasangan Jual, dalam mata |
| EUR/USD | USD | 1 | -7.32 | 3.43 |
| USD/JPY | USD | 1 | 7.26 | -16.5 |
| EUR/GBP | USD | 1 | -7.92 | 1.25 |
| GBP/USD | USD | 1 | -1.03 | -0.89 |
| AUD/USD | USD | 1 | -0.32 | -0.87 |
| USD/CAD | USD | 1 | 2.57 | -7.55 |
| USD/CHF | USD | 1 | 4.91 | -12.31 |
| USD/CNH | USD | 1 | 9.11 | -72.64 |
| NZD/USD | USD | 1 | -3.17 | 1.50 |
Kos Perdagangan Tanpa Swap di Vantage
Vantage menawarkan akaun tanpa swap yang membolehkan pedagang Muslim mengekalkan posisi semalaman tanpa dikenakan yuran tambahan atau yuran swap yang telah diterangkan dalam bahagian sebelum ini. Akaun ini direka khas untuk pedagang yang tidak boleh membayar atau menerima swap atas sebab kepercayaan agama.
Akaun broker yang mematuhi Hukum Syariah ini menampilkan spread dari 0.0 pip, keperluan deposit minimum USD50, dan tanpa yuran deposit. Bilangan instrumen boleh dagang, termasuklah forex, komoditi, saham, dan bon adalah melebihi 1,000. Bagi saiz lot minimum, perdagangan boleh bermula daripada 0.01 lot.
Sebagai ganti kepada yuran swap, broker mengenakan yuran pentadbiran kerana mengekalkan posisi perdagangan semalaman yang akan ditolak dari baki pedagang. Yuran pentadbiran ini merangkumi caj daripada penyedia kecairan Vantage dan yuran pemprosesan dalaman sekitar 10%.
Kos Bukan Perdagangan Vantage
Vantage tidak mengenakan yuran untuk deposit dan pengeluaran. Walau bagaimanapun, pedagang mesti tahu transaksi melalui sesetengah pemproses pembayaran mungkin dikenakan yuran yang tidak berkaitan dengan broker. Satu lagi perkara yang perlu dipertimbangkan mengenai deposit dan pengeluaran ialah syarikat ini mengamalkan polisi “return to source” yang mewajibkan pelanggan menggunakan kaedah yang sama untuk membuat deposit dan mengeluarkan dana.
Di Vantage, tiada caj dikenakan kerana membuka mana-mana jenis akaun yang disokong. Walau bagaimanapun, pedagang mesti mematuhi keperluan minimum akaun broker yang bermula dari USD50. Vantage juga menonjol daripada kebanyakan syarikat broker lain kerana tidak mengenakan yuran tidak aktif yang memberi kelebihan kepada pedagang yang tidak berdagang secara konsisten.
Disebabkan pelayan (server) peribadi maya forex (VPS), pedagang boleh mengelakkan gangguan kerana isu capaian internet atau gangguan bekalan kuasa. Vantage menyediakan video tutorial yang berguna tentang cara mendaftar VPS Forex terus dari akaun MT4 mereka. Untuk mendapatkan perkhidmatan VPS Forex secara percuma, pelanggan mesti memenuhi beberapa syarat tertentu seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.
| Kos Bukan Perdagangan Vantage | |
|---|---|
| Yuran Deposit | Percuma
|
| Yuran Pengeluaran | Percuma
|
| Yuran Pembukaan Akaun | Percuma |
| Yuran Tidak Aktif | Percuma |
| VPS Forex | Disediakan secara percuma dengan mengikut syarat-syarat berikut:
|
Kesimpulan mengenai Yuran Vantage
Memandangkan yuran perdagangan dan bukan perdagangan boleh memberi kesan yang besar kepada prestasi perdagangan, penting untuk memilih broker yang menawarkan harga kompetitif. Vantage ialah broker Forex dan CFD yang cemerlang dalam aspek ini. Sama ada anda lebih suka akaun Standard STP yang berasaskan spread atau akaun Raw ECN yang berasaskan komisen, anda akan menikmati keadaan perdagangan yang baik serta struktur harga yang telus. Akaun profesional dan akaun tanpa swap juga disediakan untuk pelanggan yang layak. Secara keseluruhan, pilihan akaun ini membolehkan pedagang dari semua peringkat pengalaman memilih jenis akaun yang paling sesuai dengan keutamaan dan gaya perdagangan mereka.

