Ditulis oleh Naylyan Nazifova
Naylyan Nazifova ialah seorang pakar yang diiktiraf dalam bidang perdagangan dalam talian. Beliau mempunyai banyak penerbitan dan analisis yang merangkumi perdagangan forex, pelaburan saham dan kewangan peribadi.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Untuk mendapatkan gambaran penuh tentang pengalaman perdagangan keseluruhan di XM, kami mencadangkan anda supaya memberi perhatian khusus kepada kos perdagangan kerana ia akan membantu anda menentukan sama ada broker ini merupakan pilihan yang tepat untuk anda. Spread, komisen, dan yuran lain cukup penting untuk membolehkan penilaian bajet perdagangan seseorang dibuat dengan tepat, sebab itulah pasukan pakar kami telah merangkumi semua kos tambahan yang berkaitan dengan perdagangan di XM.

Disebabkan sekatan pengawalseliaan yang berbeza dan tawaran khusus mengikut rantau, jenis akaun XM mungkin berbeza antara entiti broker. Dengan itu, kami telah menguji semua pilihan akaun yang disediakan kepada pedagang, merangkumi kos perdagangan untuk setiap satu daripadanya. Teruskan membaca untuk melihat perincian model harga XM dan cara ia mempengaruhi setiap jenis akaun.

Kos Perdagangan XM

Di XM, pedagang yang berbeza boleh memilih pelbagai jenis akaun yang sesuai dengan gaya perdagangan mereka. Entiti Eropah dan Australia bagi broker ini akan memberi akses kepada dua jenis akaun utama – Ultra Low dan Zero. Entiti yang dikawal selia oleh FSC juga menambah akaun Standard pada pilihan perdagangan yang disediakan untuk klien XM. Selain itu, pedagang baharu yang ingin berdagang dengan saiz yang lebih kecil boleh membuka akaun Standard Micro dan Ultra Low Micro yang membolehkan perdagangan dengan saiz kontrak minimum 0.01 lot.

Jika kita bandingkan akaun Standard, Ultra Low, dan Zero di XM, kita akan dapati pilihan akaun pertama menawarkan spread yang lebih luas, manakala akaun Ultra Low dan Zero mengurangkan kos perdagangan melalui spread yang lebih ketat. Bahkan, spread pada akaun Zero bermula dari 0.0 pip pada pelbagai pasangan forex. Walaupun akaun Standard dan Ultra Low tidak mengenakan komisen, akaun Zero mengenakan komisen kecil sebanyak USD3.50 setiap sisi bagi perdagangan satu lot standard.

Kadar Komisen Pusingan Penuh XM Mengikut Jenis Akaun
Jenis AkaunSetiap Lot StandardSetiap Lot MiniSetiap Lot Mikro
Akaun MikroUSD0USD0USD0
Akaun StandardUSD0USD0USD0
Akaun Ultra LowUSD0USD0USD0
Akaun ZeroUSD7USD0.7USD0.07

Walaupun tiada komisen dikenakan pada perdagangan akaun Standard atau Ultra Low di XM, spread yang lebih ketat pada akaun Zero sudah cukup rendah untuk mengurangkan jumlah kos perdagangan dengan ketara, walaupun ada caj komisen. Untuk menunjukkan perbezaan kos keseluruhan perdagangan bagi setiap jenis akaun, kami akan membandingkan perdagangan satu lot EUR/USD dengan ketiga-tiga jenis akaun di XM.

Dalam contoh ini, anggap perdagangan dibuka dan ditutup pada harga yang sama, dan kita akan berdagang satu lot (100,000 unit), dengan pergerakan pip bersamaan USD10. Pada masa penulisan ini dibuat, purata spread pasangan EUR/USD masing-masing adalah 2 pip, 1.1 pip, dan 0.2 pip pada akaun Standard, Ultra Low, dan Zero.

Dalam kes ini, perdagangan pasangan EUR/USD akan kelihatan seperti berikut:


Akaun Standard:

Spread: 2 pip
Komisen setiap sisi: USD0
Jumlah Kos: 2 x USD10 = USD20 setiap sisi dan USD40 untuk perdagangan pusingan penuh


Akaun Ultra Low:

Spread: 1.1 pip
Komisen setiap sisi: USD0
Jumlah Kos: 1.1 x USD10 = USD11 setiap sisi dan USD22 untuk perdagangan pusingan penuh


Akaun Zero:

Spread: 0.2 pip
Kos Spread: 0.2 x USD10 = USD2
Komisen setiap sisi: USD3.50
Jumlah Kos: (USD2 x 2) + (USD3.50 x 2) = USD4 + USD7 = USD11 untuk perdagangan pusingan penuh


Seperti yang anda lihat, akaun Zero menawarkan kos perdagangan yang paling rendah walaupun komisen dikenakan pada kedua-dua sisi perdagangan.

Dalam jadual di bawah, kami telah memaparkan nilai spread minimum bagi ketiga-tiga jenis akaun yang ditawarkan oleh XM kepada pelanggannya. Ini membolehkan anda menganggarkan kos perdagangan akhir bagi setiap lot untuk pasangan forex yang popular. Ambil perhatian bahawa kos purata perdagangan bagi setiap pasangan boleh menjadi sedikit tinggi kerana XM menawarkan spread terapung yang boleh menjadi lebih lebar daripada nilai minimum yang dinyatakan di bawah.

Kos Spread Minimum dengan Akaun Standard
Pasangan Mata WangSpread Serendah (dalam pip)Komisen setiap SisiKos setiap Lot MikroKos setiap Lot Standard
EUR/USD1.6$0$0.16$16.00
USD/JPY2.0$0$0.1281$12.81
EUR/GBP1.8$0$0.2705$27.05
GBP/USD1.8$0$0.1800$18.00
AUD/USD2.3$0$0.2300$23.00
USD/CAD2.3$0$0.1680$16.80
USD/CHF1.9$0$0.2456$24.56
USD/CNH3.6$0$0.0525$5.24
NZD/USD2.8$0$0.2800$28.00

*Kos perdagangan semua pasangan dinyatakan dalam USD

Kos Spread Minimum dengan Akaun Ultra Low
Pasangan Mata WangSpread Serendah (dalam pip)Komisen setiap SisiKos setiap Lot MikroKos setiap Lot Standard
EUR/USD0.8$0$0.0800$8.00
USD/JPY0.8$0$0.0512$5.12
EUR/GBP1.7$0$0.2299$22.99
GBP/USD0.8$0$0.0800$8.00
AUD/USD1.3$0$0.1300$13.00
USD/CAD1.9$0$0.1388$13.88
USD/CHF1.1$0$0.1422$14.22
USD/CNH3.1$0$0.0452$4.52
NZD/USD2.0$0$0.2000$20.00

*Kos perdagangan semua pasangan dinyatakan dalam USD

Kos Spread Minimum dengan Akaun Zero
Pasangan Mata WangSpread Serendah (dalam pip)Komisen setiap SisiKos setiap Lot MikroKos setiap Lot Standard
EUR/USD0.0$3.50/$0.035$0.035$3.50
USD/JPY0.0$3.50/$0.035$0.035$3.50
EUR/GBP0.0$3.50/$0.035$0.035$3.50
GBP/USD0.0$3.50/$0.035$0.035$3.50
AUD/USD0.0$3.50/$0.035$0.035$3.50
USD/CAD0.0$3.50/$0.035$0.035$3.50
USD/CHF0.0$3.50/$0.035$0.035$3.50
USD/CNH0.0$3.50/$0.035$0.035$3.50
NZD/USD0.0$3.50/$0.035$0.035$3.50

*Kos perdagangan semua pasangan dinyatakan dalam USD

Kos Pembiayaan Semalaman XM

Walaupun perdagangan harian adalah strategi popular yang boleh digunakan dengan mudah pada mana-mana jenis akaun yang ditawarkan oleh XM, pedagang juga boleh mengekalkan posisi mereka terbuka semalaman dan menerima atau membayar faedah, bergantung pada pergerakan pasaran. Faedah ini juga dikenali sebagai swap, dan pedagang boleh sama ada menerima atau membayar swap bergantung pada perbezaan kadar antara dua mata wang yang didagangkan.

Untuk perdagangan Forex dan Logam, XM mengira kadar swap berdasarkan kadar tom-next yang ditambah dengan tambahan harga kecil. Kadar tom-next boleh bernilai negatif atau positif, bergantung pada perbezaan kadar faedah antara mata wang dalam pasangan tersebut.

Walaupun terdapat alat kalkulator yang boleh digunakan oleh pedagang untuk melihat kadar swap semasa bagi pelbagai instrumen, penting untuk mengetahui XM menggunakan formula berikut untuk mengira swap Forex dan logam:

Saiz Perdagangan x (+/- Kadar tom-next + Tambahan (Mark-Up))

Kadar Swap pada Pasangan Forex Popular untuk Jenis Akaun Standard (saiz lot standard)
SimbolMata Wang AsasVolum dalam LotSwap Pasangan BeliSwap Pasangan Jual
EUR/USDUSD1-9.032.57
USD/JPYUSD10.95-26.85
EUR/GBPUSD1-6.581.72
GBP/USDUSD1-3.73-3.83
AUD/USDUSD1-2.14-2.04
USD/CADUSD12.05-9.65
USD/CHFUSD14.16-12.74
USD/CNHUSD10.22-13.18
NZD/USDUSD1-4.030.47

Kos Perdagangan Tanpa Swap di XM

Memandangkan XM adalah broker yang komited kepada keterangkuman, ia menawarkan pedagang Muslim dengan peluang untuk membuka akaun Islamik yang akan menghapuskan sebarang caj swap yang masuk atau keluar dari akaun mereka. Ini bermakna sebarang posisi yang dibiarkan terbuka semalaman tidak akan menghasilkan faedah, jadi akaun Islamik tidak akan dikenakan sebarang yuran pembiayaan semalaman atau dikenakan yuran swap pada posisi semalaman mereka.

Broker ini tidak menyatakan sebarang yuran pentadbiran untuk mengekalkan posisi semalaman dalam beberapa malam di bawah akaun Islamik. Walau bagaimanapun, menurut Terma & Syarat XM, jika broker menganggap pedagang menyalahgunakan keistimewaan akaun Islamik, XM berhak untuk menarik balik status tanpa swap akaun tersebut dan mula mengenakan kadar swap ke atas posisi semalaman.

Kos Bukan Perdagangan XM

Selain kos perdagangan di XM, seseorang juga perlu mengambil kira yuran lain yang mungkin dikenakan ke akaun perdagangan mereka dengan broker ini. Anda boleh membuat akaun demo dan akaun sebenar secara percuma yang memberi anda akses kepada pelbagai instrumen yang boleh didagangkan dan penyelesaian perisian perdagangan. Apabila anda bersedia untuk berdagang menggunakan wang sebenar, anda boleh membuat deposit dengan memilih daripada beberapa pilihan yang mudah, tanpa sebarang yuran yang dikenakan. Pengeluaran juga percuma, membolehkan pedagang mengurus semua bayaran masuk dan keluar dari XM tanpa perlu membayar kos tambahan.

Jika akaun anda tidak aktif lebih daripada 90 hari, anda akan dikenakan yuran tidak aktif sebanyak USD15. Jika akaun anda terus tidak aktif, ia akan dikenakan caj sebanyak USD10 sebulan. Jika baki anda menjadi USD0 semasa akaun tidak aktif, broker boleh menutup akaun anda.

Bagi pedagang yang ingin meningkatkan pengalaman perdagangan mereka menggunakan perkhidmatan pengehosan VPS, XM menawarkan perkhidmatan VPS MT4 yang boleh diakses oleh pedagang yang memilih untuk membuat langganan berbayar sebanyak USD28 sebulan. Alternatif lain, pedagang yang mengekalkan baki sekurang-kurangnya USD5,000 dalam semua akaun perdagangan mereka dan melakukan sekurang-kurangnya 5 perdagangan pusingan penuh lot standard setiap bulan untuk menikmati perkhidmatan VPS MT4 secara percuma.

Kos Bukan Perdagangan XM
Yuran DepositPercuma
Yuran PengeluaranPercuma
Yuran Pembukaan AkaunPercuma
Yuran Tidak AktifUSD15 selepas 90 hari tiada aktiviti dan kemudian USD10 sebulan
Langganan Pengehosan VPSUSD28 sebulan

Kesimpulan tentang Yuran XM

Kos perdagangan keseluruhan di XM adalah lebih daripada kompetitif, ia membolehkan pedagang memilih daripada beberapa pilihan akaun yang sama ada menghapuskan caj komisen sepenuhnya atau mengurangkan kos perdagangan dengan menawarkan spread yang lebih ketat. Selain itu, broker ini tidak mengenakan sebarang yuran untuk deposit dan pengeluaran, membolehkan pedagang menguruskan dana mereka dengan cara yang menjimatkan kos. Namun, perlu diingat bahawa selepas akaun anda tidak mempunyai sebarang aktiviti selama tiga bulan, anda akan dikenakan yuran tidak aktif, oleh itu anda disarankan untuk memeriksa akaun XM anda secara berkala. Walaupun pengehosan VPS disediakan kepada pedagang yang melanggan perkhidmatan ini dengan yuran USD28 sebulan, pedagang volum tinggi mungkin layak untuk menggunakan pengehosan VPS MT4 secara percuma.

Ditulis oleh N. Nazifova | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal