Ditulis oleh Zornitsa Stefanova
Zornitsa Stefanova ialah seorang penganalisis forex dan kripto yang berpengalaman. Beliau juga mengulas pelbagai topik kewangan seperti perdagangan saham dan pelaburan persaraan.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

FXTM membuka pintu mayanya pada tahun 2011 dan kini memenuhi keperluan lebih satu juta pelanggan di puluhan negara. Forex, saham, mata wang kripto, indeks, dan komoditi adalah antara pasaran yang disediakan olehnya. Broker ini juga serba boleh dari segi kos, memandangkan pelanggan FXTM boleh berdagang tanpa komisen dengan akaun Advantage Plus atau menikmati spread yang lebih ketat dengan memilih akaun berasaskan komisen, iaitu Advantage. Pasukan pakar kami telah meneliti struktur kos FXTM dengan membuka akaun langsung, dan selain caj tambahan yang disebutkan tadi, anda akan menemui maklumat mengenai yuran bukan perdagangan broker ini jika anda terus membaca artikel ini.

Kami juga menguji pilihan platform yang disediakan di FXTM. Walaupun broker ini tidak menawarkan perisian proprietari untuk perdagangan desktop, ia menyokong platform pihak ketiga yang popular seperti MetaTrader4 dan MetaTrader5. Broker ini juga menyediakan perkhidmatannya kepada pedagang yang berada di luar kerana ia mesra mudah alih.

Kos Perdagangan FXTM

FXTM telah menyediakan dua jenis akaun langsung yang direka untuk memenuhi keutamaan berbeza pedagang Forex dan mereka yang berminat dengan produk lain. Pilihan tersebut ialah Advantage dan Advantage Plus. Pilihan pertama merupakan akaun tanpa spread, bermaksud spreadnya boleh turun serendah 0 pip, tetapi komisen USD3.5 setiap lot standard dikenakan untuk pasangan forex. Manakala Advantage Plus pula sesuai untuk pedagang yang enggan membayar komisen dan lebih menyukai spread menjadi kos perdagangan utama mereka.

Selain pilihan di atas, FXTM menawarkan dua lagi jenis akaun. Individu yang hanya berminat dengan saham boleh membuka akaun Advantage Stocks yang mempunyai spread dari 2 sen dan tiada komisen. Selain itu, pedagang baharu boleh memilih untuk memulakan perjalanan perdagangan mereka dengan akaun demo FXTM. Ia percuma dan menyediakan persekitaran tanpa risiko yang membolehkan pengguna berdagang tanpa kerugian modal sebenar.

Akaun Advantage Plus

Jenis akaun pertama yang disediakan di FXTM ialah akaun Advantage Plus yang menawarkan spread dari 1.5 pip. Ia menawarkan perdagangan tanpa komisen untuk pedagang yang mengutamakan struktur kos yang jelas dan mudah difahami.

Kita akan melihat pasangan AUD/USD untuk menunjukkan cara mengira purata kos perdagangan forex. Pertama sekali, kita perlu mendarabkan spread 0.00021 dengan 100,000 yang menghasilkan kos USD21 setiap lot standard. Bagi lot mikro pula, kosnya lebih rendah iaitu USD0.21 kerana ia berdasarkan jumlah 1,000 unit. Manakala untuk lot mini yang terdiri daripada 10,000 unit, kosnya ialah $2.10. Dalam jadual di bawah, anda boleh menyemak kos bagi beberapa pasangan mata wang lain yang sering menjadi pilihan pedagang:

Purata Kos Spread dengan Akaun Advantage Plus
Pasangan Mata WangSpreadKomisen Setiap Lot, Setiap SisiKos setiap Lot MikroKos setiap Lot Standard
AUD/USD2.1USD0USD0.21USD21
EUR/GBP2.7USD0USD0.365USD36.52
EUR/JPY2.5USD0USD0.16USD16
EUR/USD2.1USD0USD0.21USD21
GBP/JPY6.9USD0USD0.446USD44.64
GBP/USD2.5USD0USD0.25USD25
NZD/USD15USD0USD1.5USD150
USD/CAD2.8USD0USD0.205USD20.48
USD/CHF2.7USD0USD0.350USD34.95
USD/CNH19.8USD0USD0.288USD28.75
USD/JPY2.5USD0USD0.162USD16.17

Akaun Advantage

Seterusnya, kita akan melihat akaun yang dinamakan “Advantage.” Walaupun jenis akaun ini melibatkan komisen USD3.5, ia juga memberi peluang kepada pedagang untuk berdagang dengan spread yang jauh lebih rendah. Malah, purata spread bagi kebanyakan pasangan yang kami teliti biasanya berada di bawah 1 pip, sekali gus menghasilkan kos keseluruhan yang agak rendah.

Proses untuk mengira jumlah kos adalah hampir sama seperti yang diterangkan sebelum ini, cuma perbezaannya adalah kita perlu mengambil kira komisen. Oleh kerana kos awal pasangan AUD/USD setiap lot standard berjumlah USD5 (0.00005 x 100,000 = USD5), menambah komisen USD3.5 memberi jumlah kos USD8.5. Komisen ialah USD0.035 bagi lot mikro yang apabila ditambah kepada spread awal (0.00005 x 1,000 = USD0.05), menghasilkan jumlah kos USD0.085.

Purata Kos Spread dengan Akaun Advantage
Pasangan Mata WangSpreadKomisen Setiap Lot, Setiap SisiKos setiap Lot MikroKos setiap Lot Standard
AUD/USD0.5$0.035/$3.5$0.085$8.5
EUR/GBP0.6$3.5$0.11616$11.61584
EUR/JPY0.4$3.5$0.06088$6.08764
EUR/USD0.1$3.5$0.045$4.5
GBP/JPY0.9$3.5$0.09322$9.32219
GBP/USD2$3.5$0.235$23.5
NZD/USD4$3.5$0.435$43.5
USD/CAD0.6$3.5$0.07889$7.88895
USD/CHF0.5$3.5$0.09972$9.97241
USD/CNH16.8$3.5$0.27894$27.89439
USD/JPY0.6$3.5$0.07381$7.38146

Ambil maklum bahawa komisen adalah berbeza untuk logam spot (USD25 bagi setiap satu juta nilai nosional). Manakala CFD indeks dan komoditi mempunyai komisen USD35 bagi setiap satu juta nilai nosional). Komisen USD0.02 setiap sisi/lot perdagangan dikenakan untuk CFD saham, dan komisen minimum ialah USD0.01. Pedagang kripto juga akan dikenakan komisen jika mereka memilih jenis akaun ini, yang pada masa ini berjumlah 0.03% daripada nilai nosional.

Kos Pembiayaan Semalaman FXTM

Jika anda merancang untuk berdagang mata wang dan mengekalkan posisi panjang atau pendek semalaman, yuran swap adalah sesuatu yang perlu anda perhatikan memandangkan ia berubah setiap hari. Anda boleh sama ada membayar atau menerima faedah apabila ia berkaitan dengan swap, dan anda akan menerima faedah apabila mata wang yang dibeli mempunyai kadar faedah lebih tinggi daripada mata wang yang dijual. Jadual berikut adalah ringkasan kadar yang berkuat kuasa pada masa penulisan.

Yuran swap FXTM (23 Februari 2026)
Pasangan Mata WangJual (Pendek)Beli (Panjang)
AUD/USD-0.166-0.0118
EUR/GBP-0.309-1.159
EUR/JPY-2.244-0.824
EUR/USD0.245-0.783
GBP/JPY-3.601-0.051
GBP/USD-0.252-0.223
NZD/USD0.095-0.359
USD/CAD-0.8850.327
USD/CHF-1.3840.086
USD/CNH-1.17480.0462
USD/JPY-2.5010.089

Kos Perdagangan Bebas Swap di FXTM

Perdagangan bebas swap adalah sesuatu yang boleh diakses tanpa mengira sama ada anda menggunakan akaun Advantage atau Advantage Plus. Ia mengecualikan anda daripada membayar atau menerima faedah rollover dan, sebaliknya menawarkan yuran harian tetap yang lebih telus. Yuran ini hanya dikenakan jika anda tidak menutup posisi selepas tempoh tangguh tujuh hari berakhir.

Ia boleh diaktifkan dengan pergi ke bahagian Accounts Overview di papan pemuka MyFXTM. Perlu diingat bahawa pilihan ini mungkin tidak tersedia serta-merta. FXTM mungkin meminta anda membuktikan anda seorang Muslim dengan menghantar dokumen yang sesuai kepada pasukan khidmat pelanggan broker. Seperti yang dinyatakan oleh FXTM, ini biasanya sijil yang disediakan oleh ketua agama, seperti imam atau pihak berkuasa agama yang diiktiraf.

Yuran Pentadbiran Akaun Islamik FXTM
PasanganTanpa Swap (Yuran Harian), USD setiap lotTempoh Tangguh Tanpa Swap
AUD/USD-57
EUR/GBP-57
EUR/JPY-157
EUR/USD-107
GBP/JPY-157
GBP/USD-57
NZD/USD-1.57
USD/CAD-57
USD/CHF-107
USD/CNH-507
USD/JPY-207

Kos Bukan Perdagangan FXTM

FXTM telah memperkenalkan yuran tetap USD3 yang dikenakan untuk transaksi deposit dan pengeluaran berjumlah $30 atau kurang. Dengan pengecualian ini, deposit adalah tanpa yuran. Tiada yuran dikenakan apabila membuka akaun, namun anda perlu mematuhi deposit minimum $/€/£200.

Ringkasan Kos Bukan Perdagangan FXTM
Yuran Deposit
  • Deposit USD30 atau kurang: yuran transaksi USD3
  • Deposit melebihi USD30: Percuma
Yuran Pengeluaran
  • Pengeluaran USD30 atau kurang: yuran transaksi USD3
  • Pengeluaran melebihi USD30: Yuran mungkin dikenakan
Yuran Pembukaan AkaunPercuma
Yuran Tidak AktifUSD10 setiap bulan selepas 3 bulan tidak aktif
Langganan Pengehosan VPSPerkhidmatan VPS FXTM adalah percuma jika pedagang mengekalkan baki USD3,000. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan VPS luar atas risiko sendiri.

FXTM tidak mengenakan yuran untuk kebanyakan kaedah pengeluaran tunai yang diterimanya, selagi pengguna membuat pengeluaran melebihi USD30. Perfect Money adalah salah satu kaedah pengeluaran tersebut, dan kaedah tanpa yuran yang lain termasuklah Skrill, TC Pay Wallet, GlobePay, dan beberapa kaedah lain yang bergantung pada rantau tertentu. Walau bagaimanapun, terdapat juga kaedah pembayaran yang mengenakan caj tambahan, dan anda boleh menyemak kos-kos kaedah tersebut di bawah:

Yuran Pengeluaran FXTM
KaedahYuran / Komisen
FasaPay0.5%
Penyelesaian tempatan Afrika (C) (NGN)$1
Pindahan Bank Vietnam4%
Perbankan Dalam Talian Asia Tenggara1.4 %
Nganluong (E-dompet & saluran perbankan) (VND)1.1% + $0.05
Visa€2/$3/£2
Mastercard€2/$3/£2
Maestro€2/$3/£2
WebMoney2%
Yandex.Money1.5%
QIWI1.5%
Konnexone2%
Pindahan Wang melalui Bank€30

Pedagang yang berminat dengan pelayan peribadi maya pasti gembira mengetahui bahawa mereka berpeluang untuk memanfaatkan VPS tanpa yuran di FXTM. Pengguna boleh mengetahui lebih lanjut tentang cara untuk melayakkan diri untuk VPS percuma ini dengan menghubungi Pengurus Perkhidmatan Akaun yang ditetapkan atau menghubungi pasukan sokongan.

Spesifikasi teknikal VPS adalah: 1 CPU (2.2GHz), 1GM RAM, 30GB HDD, Windows Server 2008R2. Anda juga boleh memilih perkhidmatan VPS luar, tetapi FXTM menegaskan bahawa anda melakukannya atas risiko sendiri.

Akhir sekali, anda dinasihatkan untuk menggunakan akaun sendiri untuk berdagang atau menyahaktifkannya sekiranya anda bercadang untuk berhenti berdagang secara kekal. Jika tidak, akaun anda mungkin akan dikenakan yuran tidak aktif. FXTM mengenakan yuran tidak aktif $/€/£10 sebulan jika akaun tidak aktif selama 3 bulan berturut-turut.

Kesimpulan mengenai Yuran FXTM

FXTM agak sederhana dari segi kos. Purata spread yang ditawarkan kepada pengguna Advantage Plus bukanlah yang terendah dalam industri, tetapi terdapat akaun tanpa spread yang sesuai untuk pedagang yang mencari spread rendah. Broker ini telus mengenai yuran rollover yang dikenakannya, serta kos pentadbiran yang perlu dipertimbangkan oleh pelanggan yang menggunakan akaun Islamik. Tiada yuran deposit yang dikenakan oleh broker ini adalah satu lagi kelebihan yang boleh dimanfaatkan, dengan syarat anda tidak membuat deposit berjumlah USD30 atau kurang.

Ditulis oleh Z. Stefanova | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal