Shakirah Manijal ialah penterjemah dan penyunting kandungan kewangan bagi edisi Bahasa Melayu BestBrokers.com. Beliau menterjemah, menyunting dan menyesuaikan ulasan broker, perbandingan platform serta panduan mengenai forex, saham, CFD, mata wang kripto dan pasaran kewangan lain untuk pembaca di Malaysia.
Dalam menjalankan tugasnya, Shakirah memberi perhatian kepada ketepatan istilah kewangan, kejelasan ayat dan kesetiaan terjemahan terhadap kandungan asal. Beliau memastikan maklumat seperti syarat dagangan, yuran, skor penilaian dan amaran risiko disampaikan secara konsisten dan mudah difahami dalam Bahasa Melayu.
Setiap halaman yang diterjemahkan oleh Shakirah turut memaparkan nama penulis asal dan, jika berkenaan, penyunting pakar. Pendekatan ini membezakan tanggungjawab terhadap penyelidikan dan analisis kewangan daripada tanggungjawab terhadap terjemahan, penyuntingan dan penyesuaian kandungan untuk pembaca tempatan.
Artikel Terkini
Broker Forex dengan Platform Perdagangan Automatik
Dengan purata volum perdagangan harian melebihi USD9.6 trilion, pasaran pertukaran asing adalah pasaran terbesar dan paling cair di dunia. Namun demikian, sukar bagi pedagang untuk memperoleh keuntungan secara konsisten, ini mungkin disebabkan oleh emosi, kekangan masa pelaksanaan yang tidak konsisten. Salah satu cara untuk membantu mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan perdagangan automatik yang membuat […]
Broker Forex untuk Scalping
Scalping ialah strategi popular dalam perdagangan forex yang digunakan untuk meraih keuntungan daripada pergerakan kecil harga pasangan mata wang. Apabila dilaksanakan dengan cekap, teknik ini boleh memberi banyak keuntungan. Namun, tidak semua broker menyokong scalping, dan sesetengahnya mengehadkan atau mengenakan penalti kepada pelanggan yang menggunakan strategi perdagangan jangka pendek ini. Berikut adalah broker-broker forex yang […]
Broker Forex dengan Deposit Minimum yang Rendah
Perdagangan forex menjadi semakin mudah diakses, termasuk oleh pedagang yang lebih suka membuat pesanan bersaiz kecil dalam pasangan mata wang yang popular. Untuk menampung jumlah perdagangan yang lebih rendah, banyak broker forex kini menawarkan akaun dengan keperluan deposit yang minimum ataupun tanpa deposit. Fleksibiliti ini menjadikan perdagangan forex lebih mudah didekati oleh pedagang santai dan […]
Broker Forex yang Menawarkan Akaun PAMM
Bagi pelabur yang kekurangan masa atau kepakaran untuk berdagang forex secara langsung, akaun PAMM (Percentage Allocation Management Module) boleh menjadi satu alternatif bagi mereka. Akaun jenis ini membolehkan pelabur memperuntukkan sebahagian modal mereka kepada pedagang profesional yang menguruskan modal tersebut bagi pihak mereka sebagai pertukaran dengan yuran prestasi. Keuntungan dan kerugian diagihkan secara berkadar mengikut […]
Broker Forex untuk Lindung Nilai (Hedging)
Lindung nilai forex adalah alat pengurusan risiko yang membolehkan pedagang membuka posisi yang direka untuk melindungi diri daripada pergerakan pasaran yang tidak menguntungkan. Matlamatnya adalah untuk mengurangkan risiko portfolio dengan membeli atau menjual instrumen kewangan yang sebahagian atau sepenuhnya mengimbangi pendedahan sedia ada. Banyak broker forex yang membenarkan lindung nilai, tetapi butiran lindung nilai itu […]
Broker Forex dengan Akaun Terurus (Managed)
Akaun terurus telah muncul sebagai pilihan bagi ramai individu yang berminat dalam forex dan pasaran lain. Akaun ini memberi pelanggan peluang untuk menyertai pasaran forex tanpa melaksanakan perdagangan sendiri, sebaliknya dengan membenarkan ahli profesional berpengalaman menguruskan dana perdagangan mereka. Akaun terurus memerlukan pertimbangan yang teliti, dan artikel ini bertujuan untuk memberikan gambaran jelas tentang maksudnya […]
Broker Forex ECN
ECN adalah singkatan bagi “electronic communication network,” ia membolehkan broker menghubungkan pelanggan kepada penyedia kecairan dan institusi. Broker ECN sering dikaitkan dengan spread yang rendah dan harga yang telus, namun keadaan perdagangan boleh berbeza mengikut broker, jenis akaun dan persekitaran pasaran. Jika anda mencari broker ECN dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang jenis pelaksanaan pesanan […]
Broker Forex dengan Akaun Mikro
Membuka akaun mikro adalah pilihan yang sesuai untuk pedagang yang mempunyai modal terhad. Jika anda mencari platform perdagangan yang menyokong akaun mikro, halaman ini mengandungi pilihan broker dikawal selia yang menawarkan perdagangan forex serendah satu mikro lot. Pilihan kami adalah berdasarkan beberapa kriteria, bermula dengan keperluan deposit minimum dan ambang saiz posisi. Selain itu, kami […]
Broker Forex yang Menawarkan Akaun Islamik
Sukar untuk mencari broker yang beroperasi selaras dengan prinsip kewangan Syariah. Untuk membantu pedagang Muslim mencari platform yang sesuai, pasukan di Best Brokers telah menyediakan senarai pendek laman web perdagangan yang menawarkan akaun Islamik. Kedudukan di bawah adalah berdasarkan analisis langsung dan kajian teliti yang dijalankan oleh pasukan pakar dalaman kami. Kami telah menilai setiap […]
Broker Forex dengan Kos Rendah
Tanpa mengira strategi perdagangan dan toleransi risiko mereka, semua pedagang berusaha untuk mengurangkan kos keseluruhan dan mendapatkan nilai terbaik daripada perdagangan mereka. Berikut ialah senarai broker forex kos rendah yang kompetitif. Semua broker yang disenaraikan menawarkan jenis akaun yang membolehkan perdagangan berkos rendah, termasuk pilihan berasaskan spread sahaja dan berasaskan komisen untuk memenuhi keperluan pedagang […]
