Laman Utama » Broker Perdagangan Kripto Terbaik pada 2026 » Platform Perdagangan Cardano

Platform Perdagangan Cardano

Ditulis oleh Naylyan Nazifova
Naylyan Nazifova ialah seorang pakar yang diiktiraf dalam bidang perdagangan dalam talian. Beliau mempunyai banyak penerbitan dan analisis yang merangkumi perdagangan forex, pelaburan saham dan kewangan peribadi.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Cardano dilancarkan pada tahun 2017 dan muncul dengan cepat sebagai ahli penting dalam dunia mata wang kripto dengan permodalan pasaran melebihi $19.06 bilion pada November 2025. Platform rantaian blok awam yang masih baru ini memudahkan transaksi kontrak pintar yang boleh disahkan menggunakan altcoin asalnya ADA dan bergantung pada proof of stake sebagai mekanisme konsensus. Rangkaian ini menempatkannya sebagai satu alternatif yang layak kepada pesaing rantaian blok seperti Ethereum, sekali gus menarik perhatian ramai pedagang kripto.

Token asalnya, ADA, boleh didagangkan di kebanyakan bursa kripto di mana pelabur boleh membeli, menjual, menukar, dan menyimpan syiling Cardano mereka. Menggunakan perkhidmatan broker dalam talian yang bereputasi baik ini adalah alternatif bagi mereka yang ingin membuat spekulasi terhadap turun naik harga tanpa memiliki token ADA.

Malangnya, mencari platform perdagangan yang boleh dipercayai bukan tugas yang mudah kerana banyak faktor yang perlu dipertimbangkan, daripada kos transaksi dan keselamatan sehingga antara muka pengguna dan pilihan keseluruhan mata wang kripto yang boleh didagangkan. Pasukan kami telah menjalankan kajian menyeluruh untuk mengenal pasti bursa dan broker terbaik yang membolehkan anda berdagang ADA dengan yakin dan mudah pada kos yang minimum. Terokai senarai pendek kami untuk mengetahui aspek-aspek yang menjadikan platform pilihan teratas kami ini sebagai platform terbaik untuk perdagangan Cardano.

1Plus500 US logoPlus500 US
Rating: 4.2 ⭐
Kandungan ini hanya terpakai kepada Plus500 US dan pelanggan dari Amerika Syarikat. Perdagangan niaga hadapan melibatkan risiko kerugian.
Penilaian Tertinggi
2eToro logoeToro
Rating: 4.2 ⭐
50% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
3Fusion Markets logoFusion Markets
Rating: 4.8 ⭐
74-89% daripada akaun CFD pelabur runcit kehilangan wang
4BlackBull Markets logoBlackBull Markets
Rating: 4.8 ⭐
Perdagangan produk berleveraj adalah berisiko
5Uphold logoUphold
Rating: 4.5 ⭐
6Axi logoAxi
Rating: 4.2 ⭐
Sebahagian besar akaun pelanggan runcit mengalami kerugian.

Platform Terbaik untuk Perdagangan Spekulatif Cardano

  1. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Fusion Market menjadi broker berwibawa dalam dunia perdagangan runcit atas talian dengan menawarkan keadaan yang sangat menggalakkan, khidmat pelanggan yang tiada cela, dan pilihan akaun yang fleksibel tanpa keperluan minimum. Dikawal selia di Australia, Seychelles, dan Vanuatu, broker ini menyediakan perdagangan CFD dengan leveraj untuk 13 mata wang kripto popular, termasuk ADA.

    Pelanggan boleh membuat spekulasi tentang harga token asli Cardano terhadap dolar AS, menggunakan leveraj maksimum 1:2 atau 1:10, bergantung kepada entiti Fusion Markets yang disertai. Spread minimum bagi pasangan ADA/USD bermula pada 0.0 pip, menjadikan Fusion Markets pilihan yang sesuai untuk semua pedagang kripto yang mementingkan bajet.

    Pilihan pasaran yang disokong oleh broker ini meliputi Bitcoin, Ethereum, Dogecoin, Solana, Stellar, dan Avalanche, antara mata wang kripto bernilai tinggi yang lain. Banyak token ini boleh digunakan untuk deposit dan pengeluaran daripada akaun Fusion Markets anda. Pelanggan yang baru mula menceburi perdagangan kripto boleh mendepositkan apa sahaja jumlah yang mereka anggap sesuai kerana tiada keperluan akaun minimum di Fusion Markets. Selain kripto, Fusion Markets menyediakan pilihan lebih daripada 250 pasaran lain, termasuk lebih daripada 90 pasangan mata wang, indeks, saham, dan komoditi.

    Gleneagle Asset Management Limited (ABN 29 103 162 278) yang beroperasi sebagai Fusion Markets, adalah penerbit Produk Fusion Markets yang diterangkan dalam komunikasi ini. Perdagangan dalam Produk Fusion Markets melibatkan potensi keuntungan serta risiko kerugian yang mungkin melebihi jumlah deposit awal anda dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Anda harus membaca dengan teliti semua Terma Perkhidmatan Produk Kewangan ini, Kenyataan Pendedahan Produk (PDS) dan Panduan Perkhidmatan Kewangan (disediakan di laman web kami), mempertimbangkan keadaan kewangan, keperluan dan objektif anda sendiri untuk melabur dalam Produk Fusion Markets ini dan mendapatkan nasihat kewangan bebas.
  2. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Pedagang kripto boleh menemui beberapa keadaan perrdagangan terbaik di FP Markets, iaitu broker bereputasi yang menawarkan pilihan luas melebihi 10,000 instrumen boleh dagang kepada pelanggannya. Mata wang kripto, pasangan forex, komoditi, indeks, ETF, bon, dan pasaran lain disediakan sebagai produk CFD yang membolehkan pelanggan FP Markets membuat spekulasi ke atas perubahan harga pelbagai instrumen tanpa benar-benar memiliki aset asas tersebut.

    Jika anda mengikut turun naik harga Cardano, anda pasti gembira mengetahui bahawa ia termasuk dalam dua belas mata wang kripto yang boleh didagangkan di FP Markets. Penetapan harga yang adil sememangnya salah satu ciri paling kukuh bagi broker ini, menawarkan purata spread sebanyak 0.004 untuk pasangan ADA/USD. Gabungkan spread yang ketat itu dengan perdagangan tanpa komisen, dan anda akan mendapat nilai yang baik untuk perdagangan kripto anda.

    Oleh kerana perdagangan dengan leveraj boleh dilakukan, anda boleh membuka posisi yang lebih besar dengan jumlah yang lebih kecil. Di bawah peraturan CySEC dan ASIC, leveraj maksimum yang disediakan untuk perdagangan CFD Cardano dihadkan kepada 1:2. Had ini terpakai kepada pedagang runcit dan profesional. Walau bagaimanapun, penting untuk anda ambil perhatian bahawa entiti lain bagi broker ini mungkin mempunyai had leveraj maksimum yang berbeza untuk perdagangan kripto, jadi ia satu tindakan yang wajar untuk menyemak dengan broker sebelum anda mula berdagang.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan leveraj. 73.33% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko yang tinggi kehilangan wang anda.
  3. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Dengan rangkaian pasaran boleh dagang yang luas dan lebih 26,000 aset yang boleh didagangkan merentasi berbilang platform, BlackBull Markets boleh menjadi tempat terbaik untuk berdagang Cardano dan mempelbagaikan portfolio anda dengan pelbagai produk lain. Dikawal selia oleh FMA (New Zealand) dan FSA (Seychelles), BlackBull Markets sememangnya jenama global yang memenuhi keperluan pedagang dari lebih 180 negara dan wilayah.

    Anda boleh meneroka lebih 40 mata wang kripto terkenal dan juga mata wang yang baru muncul, dan membuat spekulasi harganya tanpa membeli aset asas. Anda boleh mengambil posisi panjang atau pendek dalam perdagangan kripto anda, memperoleh keuntungan apabila harga meningkat ataupun menurun. Cardano boleh didagangkan sebagai pasangan, sama ada terhadap USD atau EUR, bergantung pada mata wang asas akaun BlackBull Markets anda.

    Anda boleh mengaktifkan akaun ECN Standard anda dengan membuat deposit sebarang jumlah yang anda mahu dan mula berdagang posisi yang lebih besar dengan menggunakan leveraj. Kebanyakan pedagang akan mendapat akses leveraj sehingga 1:50 pada pasangan ADA/USD. Spread sentiasa kompetitif, dengan spread purata bagi pasangan kripto ini pada masa penulisan ulasan ini adalah sekitar 3 mata. Posisi kripto tidak dikenakan komisen tambahan tanpa mengira jenis akaun yang dibuka oleh pelanggan.

  4. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan
    4. Axi

    Axi ialah sebuah broker dalam talian yang dikawal selia oleh pelbagai pihak, ia terkenal kerana pelaksanaan pesanan yang pantas, spread yang ketat, dan struktur yuran yang telus. Broker ini menawarkan perdagangan CFD dengan kira-kira 30 mata wang kripto terkenal, termasuk Ethereum, Cardano, Bitcoin, Ripple dan Litecoin. Pelanggan boleh membuat spekulasi tentang harga ADA terhadap USD dalam keadaan kompetitif dengan spread serendah 0.015 pip.

    Pasangan ADA/USD memerlukan margin awal sebanyak 50%, membolehkan pedagang runcit dari EU menggunakan leveraj pada kadar maksimum 1:2. Pedagang kripto antarabangsa boleh meningkatkan kuasa pembelian mereka dengan leveraj sehingga 1:100 (margin 1%). Saiz perdagangan untuk pasangan ini ialah antara 0.1-200 lot. Pelanggan Eropah boleh memulakan perdagangan kripto mereka dengan deposit awal serendah $5.

    Tiada keperluan deposit minimum dikenakan bagi pelanggan yang mengakses Axi melalui domain antarabangsa. Broker ini menerima pembayaran melalui banyak kaedah perbankan yang biasa digunakan, termasuk Visa, Mastercard, PayPal, Skrill, Perfect Money dan Neteller. Membiayai baki anda dengan mata wang kripto seperti Bitcoin, Ethereum dan Ripple juga merupakan pilihan yang disediakan di Axi, dengan had transaksi antara $30 dan $250,000 bagi setiap deposit.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. Kebanyakan akaun pelanggan runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD. Anda perlu menilai sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  5. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Ditubuhkan pada tahun 2007, eToro mengendalikan firma broker dalam talian dan bursa kripto terkemuka di pasaran dengan antara muka pengguna intuitif yang membolehkan pelanggan berdagang, membeli, menjual, menukar, dan menyimpan aset digital dengan mudah. Syarikat ini juga mengendalikan rangkaian perdagangan sosial terbesar di dunia yang mengumpulkan lebih 35 juta pelanggan di seluruh dunia. Pelanggan boleh mengikut dan menyalin perdagangan pelabur kripto berpengalaman untuk meningkatkan peluang mereka memperoleh keuntungan.

    Pengguna berdaftar di platform eToro boleh berdagang dan melabur lebih 140 mata wang kripto utama dan kecil, termasuk ADA, Bitcoin, Ethereum, Ripple, dan Litecoin. Mereka boleh mendapat keuntungan daripada kenaikan dan penurunan harga dengan memasuki kontrak perbezaan ADA (CFD), di mana leveraj maksimum sehingga 1:5 disediakan bagi entiti eToro di Seychelles dan 1:2 bagi Eropah, Australia, dan UK.

    Telus mengenai syarat perdagangannya, broker ini mengenakan caj 1% untuk pembelian dan penjualan mata wang kripto. Pedagang boleh menyimpan dan memindahkan aset kripto mereka dengan mudah melalui dompet kripto eToro Money, tetapi ketersediaan dompet tersebut berbeza mengikut negara. Memandangkan posisi CFD yang dibuat dengan leveraj tidak melibatkan pemilikan aset digital asas, eToro mengenakan yuran semalaman sebanyak -AS$0.00051058 bagi CFD ADA yang dibawa ke hari berikutnya (rolled-over).

    Instrumen CFD adalah rumit dan membawa risiko tinggi untuk kehilangan wang dengan cepat disebabkan leveraj. 61% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Pertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi, dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  6. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan
    6. IG

    Dengan pengalaman melebihi 50 tahun, IG Markets adalah firma broker dalam talian terkemuka dalam industri yang dilesenkan oleh beberapa pengawal selia gred satu, termasuk FCA, ASIC, FINMA, CFTC dan BaFin. Pelanggan boleh berdagang berdasarkan harga yang naik dan turun bagi lebih sedozen mata wang kripto popular, termasuk Cardano, Bitcoin, Ether, Polkadot, Stellar, dan Dogecoin.

    Pedagang boleh meluaskan pendedahan pasaran mereka dengan membuat spekulasi mengenai pergerakan harga bagi indeks Crypto 10 yang mengukur prestasi sepuluh mata wang kripto terbesar di dunia. Terdapat juga pilihan untuk berdagang dengan dua pasangan silang kripto – Bitcoin Cash/Bitcoin dan Bitcoin/Ether USD.

    Broker yang tersenarai di LSE ini menawarkan perdagangan kripto melalui CFD, tetapi pelanggan boleh memperoleh pendedahan tambahan kepada pasaran Cardano melalui waran turbo. Pedagang ADA akan mendapat manfaat daripada spread serendah 1.4 pip dan tiada komisen tambahan untuk perdagangan mata wang kripto. Walau bagaimanapun, posisi Cardano yang dipegang semalaman akan dikenakan yuran pembiayaan semalaman. Pedagang kripto boleh mengakses leveraj maksimum 1:2 atau 1:10 bergantung pada bidang kuasa mereka.

    IG Markets menawarkan platform perdagangan proprietari selain perisian pihak ketiga seperti MetaTrader 4/5 dan ProRealTime. Perlindungan baki negatif disediakan untuk pelanggan yang berdagang dengan margin, menghalang mereka daripada kehilangan dana melebihi deposit mereka. Bahagian IG Academy menampilkan kandungan pendidikan eksklusif, membolehkan pedagang meningkatkan pengetahuan mereka tentang pasaran mata wang kripto.

    CFD adalah instrumen yang kompleks. 67% akaun pelanggan runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia pelaburan ini. Anda boleh kehilangan wang anda dengan cepat akibat leveraj. Sila pastikan anda memahami cara produk ini berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang.
  7. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Dilancarkan lebih 20 tahun lalu, ActivTrades ialah broker yang mantap dengan rekod panjang dalam menyediakan persekitaran perdagangan yang selamat dan harga yang telus. Ia memberi perkhidmatan kepada lebih 100,000 pelanggan dari 170 bidang kuasa di bawah pengawasan pengawal selia peringkat 1 seperti FCA di UK dan CMVM di Portugal. ActivTrades menawarkan perdagangan di lebih 1,130 pasaran kewangan, terutamanya melalui CFD, dengan kontrak niaga hadapan yang disediakan untuk beberapa kelas aset.

    Broker yang dikawal selia dengan ketat ini memenuhi keperluan penggemar kripto dengan 15 syiling digital, termasuk Cardano, Bitcoin, Bitcoin Cash, Ethereum, Ripple, dan Stellar. Spread CFD Cardano biasanya 0.02 mata, dan akan melebar semasa turun naik berlaku dalam pasaran. Pedagang Cardano boleh memasuki kontrak sekecil 0.1 lot, dengan had maksimum volum perdagangan adalah 2,000 lot.

    Pelanggan yang membuat deposit boleh menambah baki langsung mereka dengan 10 mata wang kripto, termasuk ADA, BTC, ETH, XRP, USDT, dan LTC. Deposit kripto biasanya diproses dalam masa setengah jam. Broker ini telah menggugurkan keperluan deposit minimum, tetapi pengeluaran kripto hendaklah berjumlah $25 atau lebih. Kaedah pembayaran fiat seperti Visa, Mastercard, PayPal, Skrill, dan Neteller juga disediakan. Pemindahan dana masuk dan keluar dari baki akaun anda adalah percuma dengan mata wang kripto yang disokong.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. 82% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini.Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.

Perbandingan Komprehensif 5 Platform Perdagangan Cardano Teratas

Broker ADABaki Akaun MinimumPengawal SeliaSpreadYuran LainLeverajInstrumenMata Wang KriptoJenis AkaunPerlindungan Baki NegatifRating Trust Pilot
1. Fusion Markets$0Dikawal selia oleh ASIC, FSA (Seychelles) dan VFSC (Vanuatu)0.0 purata
  • Akaun Zero - komisen pusingan penuh AU$4.50;
  • Tiada yuran deposit;
  • Tiada yuran komisen untuk pedagang CFD kripto;
  • Yuran perdagangan semalaman dikemas kini setiap hari;
  • Spread minimum BTC/USD - 27.5
  • Spread purata - 28
Leveraj 1:10 (VFSC, FSA), 1:2 (ASIC)Kontrak untuk perbezaan (CFD)13 tahun ke atasAkaun Zero, Akaun Klasik, Akaun Islamik, Akaun Demo, Akaun ProfesionalYa (Entiti ASIC)4.8 ⭐
2. IC Markets USD200FSA (Seychelles), CySEC (Siprus), ASIC (Australia), SCB (Bahamas), CMA (Kenya)0.00 purataAkaun Raw Spread (cTrader) - komisen US$3 bagi setiap US$100,000; Akaun Raw Spread - komisen US$3.50 setiap lot bagi setiap pihak; Swap bagi posisi panjang dan pendek ialah -15 mata; Tiada yuran deposit dan pengeluaranLeveraj: 1:2 (ASIC, CySEC), 1:5 (FSA), 1:200 (MT4/MT5)Kontrak untuk perbezaan (CFD)23Akaun Raw Spread cTrader, Raw Spread MT, Standard MTYa, disediakan kepada pelanggan runcit4.8 ⭐
3. eToroUSD50 hingga USD100 (berbeza mengikut bidang kuasa)FCA, CySEC, ASIC, MFSA, FSRA, FSA, FINRA/FinCEN, AMF, SEC dan GFSC1% beli/jual
  • Yuran beli/jual - kadar tetap 1%;
  • Yuran pemindahan aset kripto - 2%;
  • Penukaran: 1.5%-3%;
  • Yuran pembiayaan semalaman: -$1.29659079 untuk ETH; -$0.00115106 untuk XRP; -$0.04594521 untuk LTC; -$0.00031295 untuk ADA
Leveraj 1:2 (ASIC dan CySEC), 1:5 (Seychelles)Pasaran spot, CFD, perdagangan salinBitcoin, Ethereum, Bitcoin Cash, Ripple, Dash, Litecoin, Ethereum Classic, API3, Cronos, Skale Network, IoTex, Immutable X, Cardano, IOTA, Stellar, EOS, NEO, TRON, ZCash, Build and Build, Tezos, Polkadot, Maker, Compound, Chainlink, Uniswap, Yearn. finance, Dogecoin, Aave, Filecoin, Algorand, Cosmos, Decentraland, ApeCoin, Loopring, Enjin, Biconomy, Basic Attention Token, Bancor, Origin Protocol, Polygon, Flare, Gala V2, My Neighbor Alice, Chiliz, Hedera Hashgraph, dYdX, Solana, ThetaDompet Kripto (eToro Money), Runcit, Profesional, Korporat, Demo, IslamikYa (FCA, CySEC, ASIC, MFSA, entiti FSA Seychelles)4.2 ⭐
4. Axi$0 ($5 untuk pelanggan EU)ASIC, FCA, CySEC, DFSA, FSA (Saint Vincent dan Grenadines), FMA0.015USD0 untuk CFD kripto; yuran pembiayaan semalaman dipaparkan di platform; tiada yuran deposit; tiada yuran pengeluaran untuk transaksi melebihi USD50Leveraj: 1:2 (FCA, CySEC, ASIC), 1:100 (DFSA, FSA)Kontrak untuk Perbezaan (CFD)30Standard, Elit, Profesional, Demo, IslamikYa (FCA, CySEC, ASIC, DFSA)4.2 ⭐
5. IG$0Pihak berkuasa kawal selia: ASIC, FCA, DFSA, CFTC, FMA, FINMA, BaFin, MAS, JFSA, FSCA, BMA (Bermuda)1.4 (minimum)Yuran pembiayaan semalaman: 0.0764 peratus (posisi panjang), 0.0347 peratus (posisi pendek)Leveraj: 1:2 (FCA, ASIC, BaFin, FINMA), 1:10 (BMA)CFDs, waran turbo, indeks crypto 1014Akaun spread betting, akaun perdagangan CFD, akaun risiko terhad, akaun DMA, akaun Islamik, akaun profesional, akaun demo, akaun opsyen dan akaun perdagangan saham*Ya (FCA, ASIC, BaFin, FINMA, FSCA, JFSA, DFSA, MAS, FMA, CFTC)3.9 ⭐

*Ketersediaan jenis akaun yang berbeza di IG berbeza mengikut negara

Platform Terbaik untuk Membeli dan Menukar ADA

BursaSyiling boleh dagangYuran Maker/TakerKadar FaedahPerkhidmatan DompetStakingLeveraj MaksimumSaiz PesananKaedah PembayaranPengawal SeliaRating Trust Pilot
1. CoinJar60+0.10% / 0.10% untuk pasangan kripto-fiat; 0.00% / 0.06% untuk pasangan kripto-kripto dan kripto-stablecoinT/BYa (Kustodian)Tidak (menawarkan program ganjaran berasaskan mata)T/BBergantung pada saiz tandaPindahan Bank, Pindahan SEPA, PayID, Faster Payments, Pembelian Segera melalui Visa, Mastercard, ApplePay dan GPayFCA (No. 928767), ASIC (ACN 163 543 824), MAS3.5 ⭐
2. OKX 350+Pengguna Biasa: 1.00% APR (pinjaman maksimum 200,000)Ya (Bukan Kustodian)Ya (1.28%)1:100 untuk niaga hadapan; 1:10 untuk spot10 ADAKad Debit, Kad Kredit, Dompet Mudah Alih, SEPA, iDeal, Pix, Pindahan Bank, Kripto, Bancontact, PayNowFSA (Seychelles), VARA (Dubai), MFSA (Malta)2 ⭐
3. Kraken560+Spot: 0.25% - 0.40%; Margin: 0.02% - 0.02%; Niaga Hadapan: 0.0200% - 0.500%0.02% setiap 4 jamYa (Kustodian Kendiri)Ya (1% - 4% APY)1:50 (1:3 untuk ADA/USD)20 ADAVisa, Mastercard, PayPal, Pindahan Bank, Etana Custody, Apple Pay, Google Pay, Crypto, iDealFinCEN (AS), FINTRAC (Kanada), FCA (UK), FSRA (Abu Dhabi), AUSTRAC (Australia), CBI (Ireland), DNB (Belanda), BoS (Sepanyol), OAM (Itali), CBB (Bahrain), VARA (Dubai), BAPPEBTI (Indonesia), SEC (Thailand), SAT (Mexico), CNAD (El Salvador), FSP Berdaftar di Afrika Selatan1.7 ⭐
4. KuCoin1,000+Spot: -0.100% / 0.100%; Niaga Hadapan: 0.020% / 0.060%-0.0069% untuk niaga hadapan ADA/USDTMYa (Kustodian)0.5% ~ 4%1:100 (1:20 lalai)10 ADAKad Kredit/Debit, Pindahan SEPA, Pindahan Bank, ApplePay, GPay, Revolut, PaySera, Skrill, Advcash, Interac dan banyak lagiSFSA (Seychelles), FIU (India)1.6 ⭐
5. Binance500+Spot dan Margin: 0.1000% / 0.1000%; Niaga Hadapan: 0.0200% / 0.0500%0.00049583% sejam; 4.34% setahunYa (Kustodian Kendiri)Ya (0.19% dengan Simple Earn Plan)1:125 (1:20 untuk niaga hadapan ADA/USD, 1:10 untuk spot ADA/BTC)1 kontrak (10 USD) untuk niaga hadapan ADA/USDKad Kredit/Debit, Pindahan Bank, iDEAL, Dompet Digital, KriptoAMF (Perancis), OAM (Itali), FIU (Lithuania), BoS (Sepanyol), FSA (Sweden), AIFC (Kazakhstan), FSRA (Abu Dhabi), CBB (Bahrain), VARA (Dubai), AUSTRAC (Australia), JFSA (Jepun), BAPPEBTI (Indonesia), FMA (New Zealandout), SEC (New Zealand) (Mexico), CNAD (El Salvador)1.4 ⭐
  1. Kraken

    Kraken muncul sebagai salah satu bursa mata wang kripto terbesar di dunia yang mencapai lebih 15 juta pelanggan daripada lebih 190 negara. Berpegang teguh kepada pematuhan kawal selia, bursa ini telah menerima kebenaran di beberapa bidang kuasa di Amerika Utara, Eropah, Oceania, dan Timur Tengah. Platform ini memudahkan pembelian, penjualan, dan pertukaran 560 mata wang kripto, termasuk syiling bermodal tinggi seperti ETH, BTC, ADA, XRP, LTC, dan SOL.

    Pelanggan boleh membiayai akaun Kraken mereka dengan syiling kripto atau menggunakan kaedah pembayaran biasa seperti pindahan bank, dompet digital, serta kad kredit dan debit. Kraken juga menyediakan dompet kripto tersendiri yang boleh dipercayai untuk menyimpan syiling Cardano anda dan memperoleh ganjaran staking (1-4% APR). Pelanggan menikmati autonomi sepenuhnya dalam melakukan transaksi dan mengurus pelaburan kripto mereka.

    Dompet ini percuma untuk digunakan dan serasi dengan peranti mudah alih yang menggunakan iOS 15.1 dan Android 8.0 atau yang terkini. Perdagangan niaga hadapan dan margin juga merupakan pilihan bagi pelanggan yang ingin menerokai pasaran Cardano. Leveraj sehingga 1:3 disediakan untuk pasangan ADA/USD, walaupun kadar leveraj mungkin mencapai 1:50 untuk kontrak niaga hadapan yang melibatkan altcoin lain.

  2. Binance

    Binance menjadi bursa kripto terbesar di dunia dengan purata volum perdagangan harian sebanyak $72.9 bilion pada November 2025. Platform ini sesuai untuk pedagang kripto baharu dan berpengalaman kerana ia menawarkan banyak ciri yang hebat, yuran transaksi yang kompetitif, dan sokongan cemerlang dalam lebih 40 bahasa. Ia telah memperoleh kebenaran di beberapa bidang kuasa, termasuk Jepun, Brazil, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, dan Perancis.

    Platform ini membolehkan pengguna membeli, menjual, menukar, dan berdagang lebih 500 mata wang kripto dan altcoin, termasuk ADA, BTC, ETH, SOL, LTC, dan XLM. Pemilik mata wang kripto boleh menyimpan dan mengurus token mereka dengan mudah dalam dompet milik platform ini. Binance memberikan pendedahan kepada pasaran Cardano melalui niaga hadapan, spot, dan perdagangan margin. Kedua-dua niaga hadapan tetap dan perpetual disediakan.

    Niaga hadapan perpetual dan suku tahunan untuk pasangan silang seperti ADA/USD boleh menggunakan leveraj maksimum 1:20 (margin 2.5%), tetapi kadar ini berbeza bergantung pada posisi anda. Leveraj untuk mata wang kripto lain mencapai 1:125 dalam beberapa kes. Pedagang boleh memperoleh pendapatan pasif melalui staking lebih 300 syiling, termasuk ADA, dengan kadar tahunan antara 0.09% hingga 86.03%. Platformnya mengenakan yuran maker/taker yang kompetitif pada spot, bermula pada 0.1000% / 0.1000% untuk pengguna biasa.

  3. OKX

    Beroperasi sejak tahun 2017, OKX muncul sebagai bursa mata wang kripto global yang dipercayai oleh lebih 60 juta pelanggan di seluruh dunia. Ia memegang lesen penyedia aset maya daripada pihak berkuasa pengawalseliaan Dubai dan Seychelles. Bursa ini menyediakan pelbagai perkhidmatan, termasuk perlombongan, pinjaman, perdagangan spot, dan margin. Pelanggan bursa yang sudah kukuh ini juga boleh mempelbagaikan portfolio mereka dengan derivatif seperti niaga hadapan perpetual dan opsyen.

    Pelanggan OKX boleh menyimpan aset digital mereka dalam dompet bukan kustodian, mengekalkan kawalan penuh ke atas token dan kunci peribadi mereka. Dari segi jenis produk, bursa ini menyediakan pilihan lebih 350 mata wang kripto dan altcoin, dengan ADA, ETH, BTC, XRP, LTC, dan BCH termasuk antara pilihan yang paling popular.

    Platform OKX adalah pilihan yang baik untuk pedagang Cardano yang mencari kadar leveraj tinggi kerana ia menawarkan leveraj maksimum 1:100 untuk kontrak niaga hadapan dan 1:10 untuk transaksi spot. Yuran maker/taker di OKX umumnya selari dengan purata industri pada 0.140% dan 0.230% untuk perdagangan spot yang melibatkan pasangan ADA/EUR. Jumlah minimum token Cardano yang boleh dibeli serta-merta ialah 10 ADA.

  4. CoinJar

    CoinJar ialah bursa mata wang kripto popular yang mensasarkan pelanggan dari Australia dan UK, namun pedagang dari pasaran lain juga dialu-alukan. Ia tergolong antara bursa kripto yang paling lama beroperasi di dunia bersama Kraken, beroperasi selama lebih satu dekad (ditubuhkan pada tahun 2013). Kecairan yang tinggi, yuran transaksi yang rendah, dan kebolehgunaan tanpa gangguan adalah ciri utama CoinJar yang beroperasi dengan kebenaran dari FCA UK dan AUSTRAC Australia.

    Barisan produk CoinJar merangkumi lebih 60 mata wang kripto dan stablecoin popular, termasuk BTC, ADA, ETH, USDT, SOL, dan DOGE. Pengguna berdaftar boleh membeli dan menjual aset digital dengan segera menggunakan mata wang fiat seperti USD, AUD, GBP, dan AUD. Pelanggan boleh menyimpan ADA dan syiling lain dalam dompet kustodian CoinJar, menjimatkan mereka daripada mengurus kunci peribadi.

    Perdagangan spot adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan pendedahan kepada pasaran Cardano, ini kerana CoinJar tidak menawarkan perdagangan derivatif atau margin buat masa ini. Berdasarkan volum perdagangan 30 hari, yuran taker CoinJar adalah antara 0.06% hingga 0.10% dan yuran maker – dari 0.02% hingga 0.10%. Meningkatkan posisi Cardano anda dengan leveraj tidak boleh dilakukan buat masa ini, tetapi kami berharap bursa ini akan menambah baik kekurangan ini tidak lama lagi. Pada sisi yang positif, pelanggan CoinJar boleh meningkatkan pendedahan mereka dengan membeli beberapa mata wang kripto dalam satu kelompok. ADA turut disenaraikan dalam CoinJar Universe dan Green Bundles.

  5. KuCoin

    Dilancarkan pada tahun 2017, KuCoin menyediakan persekitaran perdagangan yang selamat, telus, dan mudah kepada lebih 40 juta peminat kripto. Platform ini beroperasi di lebih 200 negara dan menawarkan pembelian, penjualan, pertukaran, dan pegangan lebih 1,000 mata wang kripto besar dan kecil. Pelanggan KuCoin boleh berdagang ADA secara spot atau membuat spekulasi terhadap turun naik harga melalui instrumen derivatif seperti kontrak niaga hadapan.

    Memperoleh pendapatan pasif tanpa memantau pasaran Cardano secara berterusan boleh dilakukan melalui bot perdagangan. Pelanggan boleh menyimpan token ADA mereka dengan selamat dalam dompet kustodian yang ditawarkan oleh KuCoin tanpa mengurus kunci peribadi. Bursa mengenakan yuran yang kompetitif pada spot dan niaga hadapan Cardano, tetapi kadarnya berbeza bergantung pada tahap VIP seseorang.

    Bukan pelanggan VIP dikenakan yuran maker/taker 0.100% / 0.100% untuk spot ADA, tetapi caj menurun secara mendadak kepada -0.005% / 0.025% untuk pelanggan pada tahap tinggi. Pedagang yang membayar yuran dengan token KuCoin mendapat diskaun, dengan yuran maker/taker 0.080% / 0.080% untuk pelanggan peringkat rendah. Bursa ini menggalakkan pelanggan menyimpan syiling Cardano mereka dengan menawarkan ganjaran staking yang fleksibel sebanyak 3% setahun.

    Pelanggan KuCoin juga boleh berdagang ADA melalui kontrak niaga hadapan perpetual, dalam kes ini mereka masing-masing dikenakan yuran maker/taker 0.060% dan 0.020%. Satu kontrak niaga hadapan bersamaan 10 ADA.

Fakta Ringkas tentang ADA dan Rantaian Blok Cardano

Tarikh dilancarkanSeptember 2017
PenciptaCharles Hoskinson
Mata wang kripto asalADA
JenisToken utiliti
Tujuan utamaMelaksanakan transaksi kontrak pintar pada rangkaian Cardano
Modal pasaran tertinggi$87.65 bilion pada Ogos 2021
Harga tertinggi setakat ini$3.10 pada 30 Ogos 2021
Jumlah Transaksi115,398,700 pada November 2025
Edaran bekalan$35.86 bilion pada November 2025
Kelajuan transaksi1,000 TPS (transaksi sesaat)
Pasaran spot terbesar mengikut volum 24 jamADA/USDT, ADA/USD, ADA/KRW (November 2025)

Dilancarkan pada akhir tahun 2017, Cardano merupakan rangkaian rantaian blok sumber terbuka yang dibangunkan oleh Charles Hoskinson, seorang usahawan ternama yang membantu mencipta Ethereum. Blockchain ini berkongsi banyak persamaan dengan Ethereum kerana ia memudahkan transaksi kontrak pintar dan menggunakan proof of stake sebagai mekanisme konsensus.

Ahli-ahli yang memiliki stake dalam rantaian blok ini terlibat secara aktif dalam proses pengesahan transaksi. Rantaian blok ini dinamakan sempena ahli matematik abad ke-16 Gerolamo Cardano. Mata wang kripto asalnya, ADA, dinamakan sempena Ada Lovelace (anak perempuan Lord Byron) yang dianggap oleh orang ramai sebagai pengatur cara komputer pertama di dunia.

ADA Cardano tergolong antara mata wang kripto yang paling banyak didagangkan, dengan volum perdagangan 24 jam sebanyak $2.67 bilion pada akhir Ogos 2025. Ia juga merupakan mata wang kripto terkemuka mengikut permodalan pasaran ($31.03 bilion). Ia berusaha membetulkan kekurangan Ethereum, seperti kebolehskalaan (scalability), kelemahan dari segi keselamatan, dan peningkatan kos transaksi rantaian blok. Pembangunannya dilaksanakan secara berperingkat dan dinamakan sempena tokoh terkenal dalam bidang sastera dan sains seperti Shelley, Byron, Goguen, dan Basho.

Pada masa penulisan ini dibuat, rangkaian Cardano secara rasmi telah beralih ke era pembangunan kelima dan terakhir, dikenali sebagai Voltaire. Objektif teras fasa ini adalah membina rangka kerja tadbir urus yang sepenuhnya terdesentralisasi, membolehkan pemegang token ADA mengambil bahagian secara aktif dalam evolusi rangkaian dengan menggunakan hak mengundi dan memanfaatkan perbendaharaan yang dikawal oleh komuniti. Ramai peminat kripto mengutamakan Cardano berbanding Ethereum kerana Cardano menawarkan desentralisasi yang lebih tinggi, mekanisme staking yang lebih baik, dan menawarkan transaksi yang lebih pantas dan kos yang lebih rendah.

Broker Cardano lwn. Bursa Cardano

Cardano menjadi pilihan popular bagi pelabur dan pedagang mata wang kripto, menarik perhatian mereka dengan potensi pertumbuhan yang besar, yuran transaksi lebih rendah, dan pelbagai kegunaan. Syiling asal rantaian blok ini, ADA, boleh didagangkan di banyak bursa kripto dan broker dalam talian. Memilih antara kedua-duanya bergantung kepada matlamat pelaburan dan toleransi risiko anda.


Bursa Kripto

Crypto ExchangesBursa kripto seperti Binance dan Kraken lebih sesuai untuk individu yang ingin membeli, menjual, dan menukar mata wang kripto seperti ADA. Bursa sedemikian memudahkan perdagangan spot kripto, membolehkan pelanggan membeli token sebenar dan menyimpannya dalam dompet khas. Anda membeli dan menjual token terus daripada pelanggan lain yang berdaftar di bursa.

Bursa menawarkan kepelbagaian pasaran yang lebih besar kerana pelanggan boleh memilih daripada ratusan altcoin dan pasangan silang yang boleh didagangkan. Pembelian token tidak boleh tukar (NFT) juga boleh dibuat di bursa seperti Binance. Pengguna bursa layak menerima ganjaran staking apabila memegang mata wang kripto berasaskan proof-of-stake seperti ADA untuk tempoh yang panjang bagi tujuan pengesahan rangkaian.


Broker Kripto

Crypto BrokersBroker kripto pula biasanya menyediakan perdagangan margin dengan instrumen derivatif seperti kontrak untuk perbezaan (contracts for difference – CFD). Daripada membeli token ADA sebenar, pelanggan hanya membuat spekulasi terhadap kenaikan atau penurunan harganya tanpa memiliki aset asas.

Pedagang memperoleh pendedahan lebih besar kepada pasaran Cardano dengan menggunakan leveraj. Ia membolehkan mereka berdagang jumlah yang besar dengan deposit awal yang lebih kecil dengan meminjam dana tambahan daripada broker mereka. Broker yang dilesenkan di EU dan Australia menawarkan leveraj runcit maksimum 1:2 untuk ADA dan mata wang kripto yang lain. Sebaliknya, pedagang runcit Forex boleh menggunakan leveraj 15 kali lebih tinggi iaitu 1:30. Hadnya jauh lebih rendah untuk mata wang kripto disebabkan volatiliti yang lebih tinggi dan turun naik harga yang dramatik.


Penggunaan leveraj melibatkan risiko yang besar kerana ia boleh meningkatkan potensi keuntungan dan kerugian anda. Broker menawarkan leveraj yang lebih tinggi daripada bursa kripto, tetapi biasanya mempunyai pilihan mata wang kripto yang lebih terhad. Platform sedemikian selalunya menawarkan perdagangan CFD sahaja, jadi pembelian dan pegangan ADA bukanlah pilihan untuk pelanggan mereka.

Cara untuk Memastikan Platform Perdagangan Cardano Dikawal Selia

Apabila memilih platform perdagangan, anda mesti mempertimbangkan faktor-faktor penting seperti kepercayaan pengguna dan pengawalseliaan. Broker Cardano yang berlesen biasanya jelas tentang status kawal selia mereka dan memberikan nombor lesen mereka di laman web, selalunya di bahagian footer, di mana anda juga akan menemui dasar KYC dan butiran perhubungan mereka. Setelah anda menemui nombor lesen broker, anda boleh menyemaknya dalam pangkalan data entiti yang diberi kuasa oleh pengawal selia berkenaan untuk mengesahkan kesahihan lesen firma perdagangan tersebut. Ini penting memandangkan lesen boleh tamat tempoh dan boleh dibatalkan, apatah lagi sekarang banyak firma klon yang dikendalikan oleh penipu semakin berleluasa.

Kami mengesyorkan anda berdagang ADA dengan broker yang diberi kuasa oleh agensi pengawalseliaan barisan pertama seperti FCA, ASIC, CySEC, dan SEC. Semak daftar pengawal selia ini untuk mengesahkan broker Cardano pilihan anda itu benar-benar memiliki lesen dengan mereka.

Bursa kripto tertakluk kepada pengawalseliaan yang kurang ketat disebabkan sifat terdesentralisasi aset maya. Selain itu, banyak negara masih belum memperkenalkan rangka kerja peraturan untuk perdagangan aset digital. Walau bagaimanapun, bursa kripto utama seperti Kraken dan Binance berusaha untuk mematuhi kawal selia di pasaran sasaran mereka.

Platform bursa yang bereputasi mendapat lesen atau pendaftaran penyedia aset maya daripada agensi risikan kewangan seperti AUSTRAC, VARA, dan FinCEN. Sama seperti menyemak broker, anda juga boleh menyemak status pendaftaran bursa pilihan dalam daftar entiti pengawal selia ini. Sebagai alternatif, anda boleh mencari penilaian pengguna mengenai pelbagai bursa di laman web seperti Trustpilot yang membolehkan anda mendapatkan maklum balas daripada pelanggan sebenar.

Cara Berdagang ADA Secara Dalam Talian

Perdagangan spot dan derivatif merupakan dua cara paling biasa untuk mendapatkan pendedahan kepada pasaran Cardano. Perdagangan spot melibatkan pemilikan token ADA yang dibeli atau dijual pada harga pasaran semasa. Anda membeli mata wang kripto pada harga yang rendah dan kemudian menjualnya pada harga yang lebih tinggi untuk merealisasikan keuntungan. Sebagai alternatif, anda boleh menukar token ADA anda untuk mata wang kripto lain.


Perdagangan Spot ADA

Trading ADA on the SpotUntuk terlibat dalam perdagangan spot, anda mesti mendaftar di bursa kripto dan mengesahkan identiti anda dengan menghantar dokumen yang diminta. Anda boleh membeli token Cardano melalui kad bank, pindahan kawat, atau kaedah pembayaran berasaskan fiat yang lain. Pilihan lain adalah membeli stablecoin seperti Tether dan menggunakannya untuk membeli ADA secara spot. Memiliki token menjadikan anda layak untuk memperoleh ganjaran staking daripada token Cardano yang anda simpan dalam dompet kripto anda.


Perdagangan Margin ADA

ADA Margin TradingPerdagangan margin adalah cara popular lain untuk mendapatkan pendedahan kepada pasaran Cardano. Ia membolehkan anda membuat spekulasi terhadap kenaikan atau penurunan harga ADA dengan meminjam aset daripada bursa kripto. Bentuk perdagangan ini melibatkan penggunaan leveraj yang boleh menggandakan keuntungan dan kerugian anda. Nisbah leveraj yang berbeza disediakan untuk pelanggan bursa, misalnya 1:2, 1:5, 1:10, dan kadangkala lebih tinggi.

Pedagang margin membuka posisi panjang (beli) apabila yakin harga ADA akan naik, dalam kes ini mereka meminjam token mengikut harga pasaran semasa untuk dijual kelak pada harga yang lebih tinggi. Jika mereka berpendapat ADA akan susut nilainya, mereka membuka posisi pendek (jual) untuk membuat spekulasi dan berpotensi untuk mendapat keuntungan daripada penurunan harga. Posisi pendek melibatkan peminjaman aset mengikut harga pasaran semasa dan membelinya semula apabila nilainya menurun.


Kontrak untuk Perbezaan ADA (CFD)

ADA Contracts for Difference (CFDs)Kontrak untuk Perbezaan (CFD) serupa dengan perdagangan margin di bursa kripto kerana ia juga melibatkan spekulasi terhadap kenaikan atau penurunan harga. Perbezaan utama ialah CFD melibatkan pinjaman modal tambahan daripada broker melalui leveraj dan bukannya mata wang kripto sebenar. Dalam kes ini, tiada pemilikan aset maya asas.
Pedagang membuka posisi panjang (beli) apabila yakin harga ADA akan meningkat atau pendek (jual) jika mereka fikir nilai token akan jatuh. Anda mendapat keuntungan jika harga bergerak mengikut arah yang anda ramalkan. Instrumen derivatif yang berisiko tinggi ini tidak sesuai untuk pedagang kripto yang tidak berpengalaman. Penggunaan leveraj boleh menyebabkan kerugian besar jika pasaran Cardano bergerak menentang perdagangan anda secara mendadak.


Opsyen ADA

ADA OptionsOpsyen berkongsi beberapa persamaan dengan kontrak untuk perbezaan. Ia mendapat nilainya daripada aset asas (token Cardano dalam kes ini) dan melibatkan spekulasi terhadap pergerakan harga tanpa pemilikan aset asas. Opsyen ialah kontrak derivatif yang memberi hak tetapi bukan kewajipan kepada pemegang untuk membeli atau menjual mata wang kripto pada harga yang telah dipersetujui menjelang tarikh tertentu. Opsyen beli memberi hak kepada pemegang kontrak untuk membeli, manakala opsyen jual memberi hak untuk menjual aset digital seperti ADA.


Niaga Hadapan ADA

ADA FuturesKontrak niaga hadapan menyerupai opsyen kerana ia membolehkan pedagang membuat spekulasi terhadap turun naik harga masa depan bagi aset kripto asas. Dua pihak yang terlibat dalam kontrak bersetuju untuk menukar token ADA atau setara tunainya pada harga tetap pada tarikh yang dipersetujui terlebih dahulu. Ia sama seperti membuat pertaruhan pada pergerakan harga masa depan. Satu pihak percaya ADA akan meningkat harganya, manakala pihak lain berpendapat harga akan mengalami susut nilai. Pihak yang membuat ramalan tepat akan menerima bayaran daripada pihak yang kalah apabila kontrak niaga hadapan tamat tempoh.


Perdagangan ADA dengan Leveraj

Kebanyakan bursa dan broker dalam talian membolehkan pelanggan meningkatkan pendedahan pasaran mereka dengan berdagang ADA menggunakan leveraj. Kontrak untuk perbezaan (CFD) dan perdagangan margin merupakan dua cara paling biasa untuk mengakses leveraj. Nisbah leveraj boleh bermula daripada 1:2 hingga 1:125, bergantung pada tempat anda berdagang. Berikut adalah contohnya.

Katakan Cardano didagangkan pada $0.40, dan anda yakin harganya akan meningkat kepada $0.55. Membeli 10,000 ADA pada harga $0.40 memerlukan dana berjumlah $4,000, tetapi baki anda hanyalah $500 . Anda memutuskan untuk menggunakan leveraj nisbah 1:10, dalam kes ini anda memerlukan 1/10 x 10,000 x 0.40 = $400 sebagai margin awal.

Jika ramalan anda betul dan harga ADA naik kepada $0.55, anda akan menutup posisi anda dengan keuntungan dan memperoleh $0.15 x 10,000 = $1,500. Sebaliknya, jika harga turun sebanyak $0.05 kepada $0.35, anda akan rugi $0.05 x 10,000 = $500. Memandangkan margin awal anda ialah $400, kerugian bernilai $500 sudah melebihi margin anda dan boleh mencetuskan panggilan margin atau pembubaran posisi.

Apa yang Menggerakkan Harga ADA?

Sebelum menceburi perdagangan Cardano, anda patut membiasakan diri dengan semua faktor yang mempengaruhi harga ADA. Bekalan dan permintaan memainkan peranan utama dalam pergerakan harga mata wang kripto ini. Permintaan rendah yang dicirikan oleh penurunan aktiviti transaksi, akan menyebabkan harga ADA menurun. Sebaliknya, peningkatan aktiviti staking dan jumlah transaksi yang lebih tinggi pada rantaian blok Cardano menunjukkan permintaan yang semakin meningkat, sekali gus mendorong harga ADA naik.

Turun naik nilai mata wang kripto bermodal besar seperti Ethereum dan Bitcoin boleh memberi kesan mendalam kepada arah mata wang kripto yang lain, dan ADA tidak terkecuali. Sentimen pasaran bearis untuk mata wang kripto utama ini boleh menolak harga ke bawah, dan begitu juga sebaliknya. Ciri baharu dan peningkatan umum dalam rangkaian Cardano memberi kesan positif kepada harga ADA kerana minat pelabur yang meningkat.

Liputan media, terutamanya apabila tidak menguntungkan, adalah aspek lain yang perlu dipertimbangkan oleh pedagang. Satu contoh adalah pada tahun 2023 apabila Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) memfailkan saman terhadap beberapa bursa kripto utama dan menuduhnya menawarkan sekuriti tidak berdaftar seperti ADA, SOL, dan MATIC. Apabila berita saman itu tersebar, harga ketiga-tiga mata wang kripto tersebut merosot lebih 40%.

Selain itu, beberapa faktor lain turut memacu dinamik harga ADA. Naik taraf teknologi seperti pelancaran penyelesaian penskalaan lapisan kedua Hydra dan platform kontrak pintar Plutus meningkatkan kebolehskalaan serta potensi penggunaan Cardano, sekali gus mengukuhkan keyakinan pasaran terhadap ADA. Pelaburan institusi juga semakin meningkat seperti yang dibuktikan oleh pengurus dana seperti Grayscale yang menambah pegangan ADAnya, mencerminkan permintaan institusi yang meningkat.

Metrik rantaian (metric on-chain) juga merupakan penunjuk penting bagi hala tuju harga masa depan. Peratusan ADA yang tinggi dalam staking (melebihi 70%) serta peningkatan jumlah transaksi menunjukkan aktiviti rangkaian yang sihat, lazimnya menyokong kestabilan dan pertumbuhan harga. Sebaliknya, kelewatan dalam kemas kini utama atau ketidakpastian pengawalseliaan, termasuk kemungkinan pengelasan ADA sebagai sekuriti boleh menyebabkan harga menurun.

Kos yang Berkaitan dengan Perdagangan ADA

Spread, komisen, yuran maker/taker, caj transaksi, dan yuran pembiayaan semalaman merupakan kos-kos utama yang boleh anda jangkakan apabila berdagang Cardano dengan bursa kripto atau broker dalam talian. Kebanyakan broker yang menawarkan perdagangan spekulatif kripto memperoleh keuntungan daripada spread, iaitu perbezaan antara harga beli dan jual bagi mata wang kripto yang ditawarkan. Semakin sempit spread, semakin baik untuk pedagang.

Sesetengah broker menawarkan spread terapung bermula dari sifar pip, tetapi mengenakan komisen berasaskan peratus untuk mengimbangi spread yang lebih rendah. Pedagang juga mungkin dikenakan yuran pembiayaan semalaman untuk memegang posisi ADA berleveraj mereka semalaman. Broker secara automatik menolak caj ini daripada baki pedagang CFD setiap hari. Posisi panjang biasanya dikenakan yuran pembiayaan semalaman yang lebih tinggi berbanding posisi pendek.

Yuran maker/taker dikenakan apabila anda berdagang Cardano di bursa kripto. Pesanan yang dilaksanakan dengan serta-merta mengikut harga pasaran semasa tertakluk kepada yuran taker. Sebaliknya, pesanan ambil untung (take profit) dan pesanan had (limit order) yang tidak dilaksanakan serta-merta akan menambah kecairan kepada pasaran. Pesanan “tertunda” ini dikenakan yuran maker yang lazimnya lebih rendah daripada yuran taker. Kadar yuran sebenar berbeza mengikut bursa dan biasanya bergantung pada purata volum perdagangan anda dalam tempoh 30 hari.

Semakin tinggi volum perdagangan anda, semakin rendah yuran maker/taker yang anda bayar. Banyak bursa telah mengamalkan struktur yuran berlapis ini untuk menggalakkan pedagang volum besar. Pelanggan yang berdagang margin membayar faedah semasa mereka meminjam aset kripto daripada bursa.

Transaksi di platform Cardano sendiri mengenakan yuran rantaian blok. Ini berbeza bergantung pada beban keseluruhan rangkaian dan saiz transaksi anda.

Sebab untuk Menyokong dan Menentang Perdagangan ADA

Mengapa berdagang ADA?

  • ADA ialah salah satu mata wang kripto terkemuka mengikut permodalan pasaran.
  • ADA tergolong dalam syiling yang berkembang paling pesat di pasaran kripto.
  • ADA boleh didagangkan di semua bursa kripto dan broker dalam talian yang dikawal selia.
  • Memasukkan ADA ke dalam portfolio anda adalah cara yang sesuai untuk meningkatkan pendedahan anda kepada pasaran kripto.
  • Anda boleh menggunakan ADA untuk pembelian praktikal dalam gedung talian seperti Amazon.

Sebab menentang perdagangan ADA

  • Seperti semua mata wang kripto, ADA sangat tidak stabil dan tidak sesuai untuk pedagang yang tidak berpengalaman.
  • Berdagang ADA dengan leveraj boleh menyebabkan anda mengalami kerugian besar.
  • Cardano mempunyai penggunaan yang lebih terhad berbanding rantaian blok perintis seperti Bitcoin dan Ethereum.
  • Seperti semua mata wang kripto, pergerakan harga ADA sukar untuk diramalkan.
  • Pengawasan kawal selia mungkin memberi kesan negatif kepada ADA.
Ditulis oleh N. Nazifova | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal