Laman Utama » Broker Perdagangan Kripto Terbaik pada 2026 » Platform Perdagangan Ethereum (ETH)

Platform Perdagangan Ethereum (ETH)

Ditulis oleh Zornitsa Stefanova
Zornitsa Stefanova ialah seorang penganalisis forex dan kripto yang berpengalaman. Beliau juga mengulas pelbagai topik kewangan seperti perdagangan saham dan pelaburan persaraan.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Ethereum adalah salah satu daripada dua rantaian blok paling popular di dunia, dengan permodalan pasaran melebihi $408.1 bilion pada awal November 2025. Mata wang kripto asalnya, iaitu Ether (ETH), mencapai jumlah transaksi harian yang mengagumkan sebanyak $38.29 bilion pada masa penerbitan ini ditulis dan tersenarai sebagai salah satu syiling kripto yang paling banyak didagangkan di dunia. Ratusan platform menawarkan pembelian dan perdagangan mata wang kripto ini, tetapi sesetengahnya menawarkan syarat yang lebih baik daripada yang lain.

Pasukan kami meneliti berpuluh-puluh platform untuk mengenal pasti broker dan bursa terbaik yang membolehkan anda berdagang token Ethereum dengan yakin. Kami mengambil kira pelbagai kriteria semasa proses pemilihan, termasuk kos transaksi, keselamatan, ciri platform, pengawalseliaan, dan rangkaian syiling yang boleh didagangkan.

Selain itu, kami menilai rating keseluruhan pengguna di Trustpilot untuk menonjolkan platform Ethereum yang menerima kedudukan tertinggi di kalangan pedagang. Panduan ini juga memuatkan maklumat berguna tentang leveraj, kos perdagangan, faktor yang mempengaruhi harga Ether, dan banyak lagi.

1Plus500 US logoPlus500 US
Rating: 4.2 ⭐
Kandungan ini hanya terpakai kepada Plus500 US dan pelanggan dari Amerika Syarikat. Perdagangan niaga hadapan melibatkan risiko kerugian.
Penilaian Tertinggi
2eToro logoeToro
Rating: 4.2 ⭐
50% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
3Fusion Markets logoFusion Markets
Rating: 4.8 ⭐
74-89% daripada akaun CFD pelabur runcit kehilangan wang
4FP Markets logoFP Markets
Rating: 4.9 ⭐
73.33% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
5Uphold logoUphold
Rating: 4.5 ⭐
6Eightcap logoEightcap
Rating: 4 ⭐
59.57% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini.

Platform Terbaik untuk Perdagangan CFD Ethereum

  1. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Pilihan pertama kami, eToro, menawarkan pengalaman perdagangan mata wang kripto yang unggul dan dipercayai oleh lebih 40 juta pelanggan di seluruh dunia. Dipilih sebagai broker terbaik untuk perdagangan mata wang kripto pada tahun 2024, eToro menawarkan pelaburan untuk lebih 150 aset mata wang kripto yang popular dan kurang dikenali, termasuk Ethereum, Bitcoin, Solana, Shiba Inu, dan Ripple. Bergantung pada negara tempat tinggal, pelanggan boleh membeli dan menjual token Ethereum sebenar atau berdagang derivatif yang berpandukan harga Ether asas. Syarikat ini melancarkan dompet mata wang kripto sendiri pada tahun 2019 yang membolehkan pelanggan menyimpan dan menguruskan syiling yang dibeli. Dompet ini hanya disediakan di beberapa negara buat masa ini. Jordan, Mesir, Estonia, dan Qatar dikecualikan.

    Spread untuk mata wang kripto seperti Ether adalah berubah-ubah di eToro dan biasanya agak kompetitif. Anda juga boleh mengikut pedagang mata wang kripto yang berpengalaman dan menyalin posisi mereka di platform eToro yang terkenal dengan kebolehan perdagangan sosial miliknya yang unggul. Pedagang baharu Ethereum boleh meningkatkan pengetahuan mereka melalui panduan tentang mata wang kripto popular ini di bahagian eToro Academy. Pedagang akan menemui kemas kini mingguan mengenai harga Ethereum, bersama mata wang kripto lain yang mempunyai volum perdagangan tertinggi. Broker ini menawarkan leveraj maksimum 1:5 untuk perdagangan mata wang kripto melalui entiti yang dikawal selia di Seychelles dan 1:2 melalui entiti Eropah, Australia, dan UK.

    Instrumen CFD adalah rumit dan membawa risiko tinggi untuk kehilangan wang dengan cepat disebabkan leveraj. 61% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Pertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi, dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  2. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Fusion Markets ialah sebuah firma broker dalam talian yang berpangkalan di Melbourne dan menawarkan perdagangan spekulatif kos rendah bagi 13 mata wang kripto dan altcoin, termasuk Ethereum. Ia beroperasi dengan lesen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pengawalseliaan Australia, Vanuatu, dan Seychelles. Pelanggan boleh berdagang ETH/USD melalui kontrak untuk perbezaan (CFD) dengan leveraj maksimum 1:10 atau 1:2, bergantung pada negara tempat tinggal mereka.

    Broker ini menawarkan syarat perdagangan yang sangat kompetitif kerana spread purata bagi perdagangan Ethereum adalah 2.50 mata dan tiada komisen. Spekulasi terhadap pergerakan harga Ether boleh dilakukan melalui platform pihak ketiga yang mantap seperti MT4, MT5, TradingView atau cTrader. Pelanggan baharu boleh mencuba perdagangan pasaran kripto yang tidak menentu dengan membuka akaun demo percuma. Selain Ether, Fusion Markets juga menawarkan perdagangan untuk token popular yang lain seperti Bitcoin, Solana, Cardano, Stellar, EOS, Bitcoin Cash, Dogecoin dan Chainlink.

    Gleneagle Asset Management Limited (ABN 29 103 162 278) yang beroperasi sebagai Fusion Markets, adalah penerbit Produk Fusion Markets yang diterangkan dalam komunikasi ini. Perdagangan dalam Produk Fusion Markets melibatkan potensi keuntungan serta risiko kerugian yang mungkin melebihi jumlah deposit awal anda dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Anda harus membaca dengan teliti semua Terma Perkhidmatan Produk Kewangan ini, Kenyataan Pendedahan Produk (PDS) dan Panduan Perkhidmatan Kewangan (disediakan di laman web kami), mempertimbangkan keadaan kewangan, keperluan dan objektif anda sendiri untuk melabur dalam Produk Fusion Markets ini dan mendapatkan nasihat kewangan bebas.
  3. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Antara lebih 26,000 aset boleh dagang yang tersedia di BlackBull Markets, pedagang juga akan menemui CFD pada Ethereum dan lebih 40 syiling digital lain. Ini membolehkan pedagang kripto membuat spekulasi terhadap harga Ether berbanding dolar AS. Instrumen ini disediakan di semua platform pihak ketiga yang digunakan oleh broker, bermaksud anda boleh berdagang ETH/USD di MT4, MT5, TradingView dan cTrader.

    Had maksimum yang disediakan untuk pedagang Ethereum di BlackBull bergantung pada badan pengawalseliaan yang mengawal operasi entiti tempat anda mendaftar. Bagi pedagang yang didaftarkan di bawah FMA (Financial Markets Authority), had CFD kripto ialah 1:100. Oleh kerana BlackBull Markets berusaha menawarkan spread yang ketat dan kompetitif, anda boleh menikmati kos perdagangan yang lebih rendah apabila mengambil posisi panjang (long) atau pendek (short) pada pasangan ETH/USD. Semasa ulasan ini ditulis, spread langsung bagi kripto yang popular ialah 3.29 mata. Broker tidak mengenakan sebarang komisen untuk membuka atau menutup posisi mata wang kripto.

  4. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Dikawal selia oleh ASIC dan CySEC, FP Markets adalah pilihan yang kukuh bagi sesiapa yang ingin berdagang kripto dalam persekitaran yang selamat dan adil. Spread kripto broker ini lebih rendah daripada purata industri dan bermula pada 4.32 pip untuk CFD yang melibatkan Ether berbanding dolar AS. Perdagangan mata wang kripto kedua terbesar di dunia ini boleh dilakukan melalui cTrader, MetaTrader 4, dan MetaTrader 5. Pedagang kripto di FP Markets juga boleh mengharapkan pelaksanaan yang mempunyai latensi rendah, dengan kebanyakan pesanan dipenuhi dalam masa kurang daripada 40 milisaat.

    Broker ini menawarkan akaun berasingan, perlindungan baki negatif, dan levaraj maksimum 1:2 kepada pedagang Ethereum dari Eropah dan Australia. Pelanggan boleh mempelbagaikan portfolio mereka dengan 11 kripto dan altcoin tambahan, termasuk Ripple, Litecoin, Bitcoin Cash, Solana, Stellar, Polkadot, dan Dogecoin. Ia mempunyai akses kepada sokongan pelanggan 24 jam dalam lebih 40 bahasa, termasuk Jepun, Jerman, Melayu, Sepanyol, Perancis, dan Itali.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan leveraj. 73.33% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko yang tinggi kehilangan wang anda.
  5. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Global Prime menjadi pilihan yang boleh dipercayai dan mampu milik bagi mereka yang ingin mencuba perdagangan kripto, menawarkan spread ketat bagi 40 syiling kripto, termasuk Ether. Dikawal selia di Australia dan Vanuatu, broker ini tidak mempunyai keperluan akaun minimum dan menawarkan transaksi masuk dan keluar akaun pelanggan secara percuma.

    Global Prime menyediakan kontrak perbezaan (CFD) ETH/USD dengan spread purata 12.50 mata dan leveraj maksimum yang ketat pada 1:5 untuk pelanggan yang mendaftar melalui entiti Vanuatu, dengan paras henti-margin ditetapkan pada 20%. Pelanggan dari Australia mempunyai akses kepada nisbah leveraj yang lebih rendah iaitu 1:2, tetapi mendapat manfaat daripada perlindungan baki negatif dan pampasan pelabur. Saiz perdagangan minimum untuk simbol ETH/USD ditetapkan pada 0.01 lot. Altcoin popular lain yang disediakan untuk perdagangan CFD di Global Prime termasuk Dash, Litecoin, Cardano, Chainlink, Ripple, Bitcoin Cash, dan Solana.

    Global Prime adalah nama dagang FMGP Trading Group Pty Ltd (ABN 74 146 086 017) dan dikawal selia oleh ASIC serta diberi lesen untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan kewangan di Australia di bawah lesen perkhidmatan kewangan Australia No. 385620. Gleneagle Securities Pty Limited yang berdagang sebagai Global Prime FX, ialah sebuah syarikat Vanuatu berdaftar (Nombor Syarikat 40256) dan dikawal selia oleh VFSC. Laman web ini dimiliki dan dikendalikan oleh FMGP Trading Group Pty Ltd, ABN 74 146 086 017.
  6. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    ActivTrades membolehkan perdagangan CFD dengan Ethereum dan 14 mata wang kripto lain, termasuk Bitcoin, Solana, Chainlink, Litecoin, dan Ripple. Broker ini memudahkan perdagangan Ethereum dengan tanpa komisen dan purata spread sebanyak 4 mata. Pedagang Ethereum mendapat manfaat daripada perlindungan baki negatif, akaun berasingan, dan perlindungan dana yang ditingkatkan sehingga €1 juta.

    Posisi ETH/USD mempunyai had leveraj 1:2 di Eropah dan 1:20 di bawah entiti di Bahamas dan Mauritius. Keperluan margin masing-masing antara 5% hingga 50%. Saiz minimum posisi ETH/USD ialah 0.01 lot, manakala saiz maksimum boleh mencecah 10 lot. ActivTrades menyokong beberapa platform, termasuk MT4 dan MT5. Anda juga boleh menyambungkan akaun ActivTrader anda ke TradingView. Pelanggan boleh memilih daripada akaun individu, profesional dan bebas swap, dengan pilihan untuk berlatih tanpa risiko dalam format demo.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. 82% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini.Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.

Perbandingan Komprehensif 5 Platform Perdagangan Ethereum Teratas

Broker ETHBaki Akaun MinimumPengawal SeliaSpreadYuran LainLeverajInstrumenMata Wang KriptoJenis AkaunPerlindungan Baki NegatifRating Trust Pilot
1. FP MarketsUSD50 (AU$100)ASIC, CySEC, FSA (Seychelles), FSCA, FSA (St. Vincent dan Grenadines), SCB (Bahamas)4.32
  • -30.00 swap bagi posisi long, -10.00 swap bagi posisi short;
  • Fi semalaman -20% untuk posisi long / -0.20% untuk posisi short bagi ETH, LTC, XRP, SOL;
  • Tiada yuran deposit;
  • Yuran 1% hanya untuk pengeluaran melalui Skrill dan Neteller;
  • Komisen sifar untuk akaun standard
  • Spread purata BTC/USD - 21.08
Leveraj 1:2 (ASIC, CySEC)Kontrak untuk perbezaan (CFD)12Standard, Raw, Demo, Profesional, IslamikYa (entiti CySEC dan ASIC)4.9 ⭐
2. Fusion Markets$0Dikawal selia oleh ASIC, FSA (Seychelles) dan VFSC (Vanuatu)2.5 purata
  • Akaun Zero - komisen pusingan penuh AU$4.50;
  • Tiada yuran deposit;
  • Tiada yuran komisen untuk pedagang CFD kripto;
  • Yuran perdagangan semalaman dikemas kini setiap hari;
  • Spread minimum BTC/USD - 27.5
  • Spread purata - 28
Leveraj 1:2 (ASIC), 1:10 (VFSC, FSA)Kontrak untuk perbezaan (CFD)13 tahun ke atasAkaun Zero, Akaun Klasik, Akaun Islamik, Akaun Demo, Akaun ProfesionalYa (Entiti ASIC)4.8 ⭐
3. Global PrimeUSD0Dikawal selia oleh ASIC (No. 385620) dan VFSC (No. 40256)12.50 purataUSD7 komisen pusingan penuh pada akaun Raw, yuran dagangan 0.1%Leveraj: 1:2 (ASIC), 1:5 (VFSC)Kontrak untuk perbezaan (CFD)40Standard, tanpa markup, demo, profesionalYa (entiti ASIC)4.7 ⭐
4. PrimeXBT$1FCIS (Lithuania), FSC (Mauritius), CNAD (El Salvador), FSCA (Afrika Selatan), FSA (Seychelles)0.01Yuran perdagangan 0.05%; swap panjang 0.0658%; swap pendek 0.03%; yuran pengeluaran 0.5%2:40Spot, CFD, Niaga Hadapan, Perdagangan Salin37Standard, DemoYa4.3 ⭐
5. eToroUSD50 hingga USD100 (berbeza mengikut bidang kuasa)FCA, CySEC, ASIC, MFSA, FSRA, FSA, FINRA/FinCEN, AMF, SEC dan GFSC1% beli/jual
  • Yuran beli/jual - kadar tetap 1%;
  • Yuran pemindahan aset kripto - 2%;
  • Penukaran: 1.5%-3%;
  • Yuran pembiayaan semalaman: -$1.29659079 untuk ETH; -$0.00115106 untuk XRP; -$0.04594521 untuk LTC; -$0.00031295 untuk ADA
1:2 (CySEC, ASIC), 1:5 (Seychelles)Pasaran spot, CFD, perdagangan salinBitcoin, Ethereum, Bitcoin Cash, Ripple, Dash, Litecoin, Ethereum Classic, API3, Cronos, Skale Network, IoTex, Immutable X, Cardano, IOTA, Stellar, EOS, NEO, TRON, ZCash, Build and Build, Tezos, Polkadot, Maker, Compound, Chainlink, Uniswap, Yearn. finance, Dogecoin, Aave, Filecoin, Algorand, Cosmos, Decentraland, ApeCoin, Loopring, Enjin, Biconomy, Basic Attention Token, Bancor, Origin Protocol, Polygon, Flare, Gala V2, My Neighbor Alice, Chiliz, Hedera Hashgraph, dYdX, Solana, ThetaDompet Kripto (eToro Money), Runcit, Profesional, Korporat, Demo, IslamikYa (FCA, CySEC, ASIC, MFSA, entiti FSA Seychelles)4.2 ⭐

Platform Terbaik untuk Membeli dan Menukar Ether

BursaSyiling boleh dagangYuran Maker/TakerKadar FaedahPerkhidmatan DompetStakingLeveraj MaksimumSaiz PesananKaedah PembayaranPengawal SeliaRating Trust Pilot
1. Coinbase340+0.60% / 0.40%8% setiap tahunYa (Kustodian Kendiri)Ya1:101/10 untuk Niaga Hadapan Nano ETHPindahan SEPA, Pindahan Bank, 3D Secure Card, Pengeluaran Kad Segera, Sofort, iDeal, PayPal, Apple Pay, Google Pay, BancomatPay, Sofort, iDeal, KriptoBaFin, FCA, CFTC, CSSF, FINTRAC, Dilesenkan di hampir semua negeri di AS4 ⭐
2. Bybit2,350+Spot: 0.1000% / 0.1000%; Niaga Hadapan: 0.0200% / 0.0550%; Opsyen: 0.0300% / 0.0300%0.00%Ya (Kustodian Kendiri)Ya4:200.01 ETHKad Debit/Kredit, Pindahan SWIFT, Pindahan Bank, PIX, SEPA, Zen.com, iDEAL, BLIKSCA (UAE), CySEC (Cyprus), AFSA (Kazakhstan)3.4 ⭐
3. MEXC4,200+Spot: 0.000% / 0.050%; Niaga Hadapan: 0.000% / 0.020%0.00%YaYa4:200.001 ETH (spot)Pindahan bank, kad bank, Skrill, Apple Pay, kriptoBerdaftar di Seychelles1.8 ⭐
4. Kraken560+Spot: 0.25% / 0.40%; Margin: 0.02% / 0.02%; Niaga Hadapan: 0.0200% / 0.0500%0.02%Ya (Kustodian Kendiri)Ya1:500.01 ETHVisa, Mastercard, PayPal, Pindahan Bank, Etana Custody, Apple Pay, Google Pay, Crypto, iDealFinCEN (AS), FINTRAC (Kanada), FCA (UK), FSRA (Abu Dhabi), AUSTRAC (Australia), CBI (Ireland), DNB (Belanda), BoS (Sepanyol), OAM (Itali), CBB (Bahrain), VARA (Dubai), BAPPEBTI (Indonesia), SEC (Thailand), SAT (Mexico), CNAD (El Salvador), FSP Berdaftar di Afrika Selatan1.7 ⭐
5. KuCoin1,000+Spot: dari 0.100% / 0.100% hingga -0.005% / 0.025%; Niaga Hadapan: dari 0.020% / 0.060% hingga -0.008% / 0.025%5.00%Ya (Kustodian)0.5% ~ 2.16%1:100 (niaga hadapan)0.00001 ETHKad Kredit/Debit, Pindahan SEPA, Pindahan Bank, ApplePay, GPay, Revolut, PaySera, Skrill, Advcash, Interac dan banyak lagiSFSA (Seychelles), FIU (India)1.6 ⭐
  1. KuCoin

    Ditubuhkan pada tahun 2017, KuCoin telah muncul sebagai salah satu bursa kripto terbesar di dunia, membolehkan syiling digital diakses oleh orang awam dan pengguna awal. Platform ini mencapai lebih 41 juta pelanggan di seluruh dunia dan memproses transaksi bernilai $11.02 bilion sehari. KuCoin menawarkan suite mengagumkan yang melebihi 1,072 mata wang kripto, melangkaui pilihan popular seperti Ethereum dan Bitcoin. Di KuCoin, pelanggan boleh membeli Ether menggunakan pelbagai kaedah pembayaran berasaskan fiat, termasuk pindahan bank, Visa, Mastercard, PayPal, Wise, Skrill, dan Zelle.

    Pertukaran ini menawarkan perdagangan spot dan juga derivatif seperti niaga hadapan kripto untuk pelanggan KuCoin. Kontrak niaga hadapan bagi mata wang kripto utama seperti Ether mempunyai yuran maker/taker yang kompetitif, dari -0.008% / 0.025% hingga 0.020% / 0.060%, bergantung pada tahap VIP seseorang. Leveraj maksimum yang boleh digunakan oleh pedagang niaga hadapan ialah 1:100 tetapi tetapan lalai ialah 1:20. Pelanggan akan mendapat manfaat daripada dompet kustodian untuk menyimpan syiling mereka dan boleh memperoleh ganjaran staking kerana memegang kripto untuk tempoh lama.

  2. Mexc

    Mexc ialah penyedia perkhidmatan aset digital yang bereputasi dan dipercayai oleh lebih 40 juta peminat kripto di seluruh dunia. Bursa yang didaftarkan di Seychelles ini menarik pelanggan dengan pilihan mata wang kripto yang sangat luas, merangkumi lebih 4,200 syiling digital pasaran bersaiz kecil dan besar. Pelabur boleh mendapatkan pendedahan kepada lebih 2,600 pasangan spot dan 1,580 pasangan niaga hadapan. Pembelian dan perdagangan altcoin adalah proses yang dimudahkan di Mexc, walaupun untuk pelanggan yang baru dalam pasaran kripto. Pelanggan boleh menyimpan syiling mereka dalam dompet sejuk (cold storage), mengurangkan risiko serangan penggodam dan kecurian.

    Anda boleh membeli Ether menggunakan mata wang kripto dan kaedah pembayaran fiat seperti Visa dan Mastercard atau menggunakan perkhidmatan peer-to-peer untuk membeli daripada pelanggan lain. Selain perdagangan spot, Mexc menawarkan kontrak niaga hadapan untuk Ethereum dengan leveraj boleh laras sehingga 1:500 dan yuran maker/taker yang munasabah iaitu 0.00% / 0.020% untuk jumlah yang lebih besar. Jumlah minimum Ether yang boleh dikeluarkan dari akaun ialah 0.003 ETH. Bursa ini menyediakan program rujukan yang menarik dan menawarkan ganjaran staking antara 0.50% hingga 4.80% berdasarkan jumlah Ether yang anda pegang. Selain Ether, pelanggan boleh melakukan staking pada 27 syiling lain.

  3. Bybit

    Bybit dilancarkan pada tahun 2018 dan dengan cepat mendapat tempat dalam komuniti kripto kerana khidmat pertukaran, penyimpanan, dan perdagangan yang unggul. Pelanggan baharu boleh menyediakan akaun sehenti untuk berdagang spot kripto, opsyen, dan derivatif. Bursa ini membolehkan pembelian, penjualan, dan pegangan lebih 2,300 mata wang kripto, termasuk Ethereum, Bitcoin, Ripple, Tether, dan Dai. Anda boleh membeli Ether menggunakan Apple Pay, Google Pay, Visa, Mastercard, Revolut, atau pindahan bank. Pelbagai kaedah pembayaran tempatan juga disediakan. Bursa ini menawarkan leveraj 1:10 kepada pedagang spot kripto.

    Pelanggan boleh mengembangkan pegangan kripto mereka melalui inisiatif staking yang menarik. Ganjaran staking untuk memegang Ether adalah dari 0.80% hingga 10% bergantung pada tempoh pegangan. Selain itu, Bybit menjadi rumah bagi komuniti sosial perdagangan yang berkembang dengan lebih 118,000 penyedia isyarat kripto untuk disalin dan diikuti. Akaun patuh shariah tanpa faedah pada posisi leveraj semalaman juga disediakan. Satu lagi manfaat ialah Bybit menegakkan standard keselamatan yang tinggi di bawah peraturan CySEC (Syria), AFSA (Kazakhstan), dan VARA (Dubai).

  4. Kraken

    Kraken ialah bursa kripto yang boleh dipercayai dan terkenal kerana mengekalkan standard keselamatan yang tinggi serta menawarkan julat yang kukuh melebihi 560 mata wang digital. Reputasinya yang cemerlang tidaklah menghairankan memandangkan Kraken adalah salah satu bursa kripto tertua di dunia, dengan sejarahnya bermula dari tahun 2011. Ia beroperasi pada platform mesra pengguna dengan antara muka intuitif yang pasti menarik minat pendatang baharu dan veteren kripto.

    Yuran maker/taker pada transaksi spot kripto agak munasabah di Kraken, dari 0.00% / 0.08% hingga 0.25% / 0.40%, bergantung pada volum bulanan. Pelanggan juga boleh berdagang margin, dengan yuran buka dan rollover sebanyak 0.02% setiap posisi Ethereum. Yuran rollover dikenakan setiap empat jam. Mereka yang berdagang niaga hadapan boleh meningkatkan pendedahan pasaran mereka dengan leveraj maksimum 1:50. Leveraj pada pasangan yang melibatkan Ether adalah dari 1:2 hingga 1:5. Memegang Ether yang anda beli untuk tempoh panjang boleh memberi ganjaran staking terikat antara 2.25% hingga 6.50% di Kraken, tanpa had minimum untuk jumlah yang distake. Pelan staking fleksibel juga disediakan untuk pemegang Ether, dengan kadar ganjaran antara 1% hingga 3%.

  5. Coinbase

    Coinbase ialah bursa mata wang kripto yang bereputasi dengan sejarah sejak tahun 2012. Platform ini membolehkan pembelian dan penjualan lebih 270 aset terdesentralisasi, dengan lebih 470 syiling yang tersedia untuk penjagaan (custody). Coinbase turut menawarkan dompet digital dan peluang memperoleh token tambahan melalui staking lebih 130 aset digital, dengan kadar ganjaran sehingga 1.88% untuk Ether.

    Perdagangan dan penyimpanan NFT dalam dompet kustodian juga merupakan pilihan di Coinbase. Pembelian Ether boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah bayaran biasa, termasuk kad debit, pindahan bank, PayPal, Apple Pay, dan Google Pay. Pelanggan runcit yang berada di luar Sepanyol dan UK boleh berdagang derivatif seperti niaga hadapan kripto, dengan saiz kontrak minimum 1/10 ETH untuk Ethereum dan 1/100 BTC untuk Bitcoin. Leveraj adalah fleksibel dan bergantung pada nilai nosional kontrak niaga hadapan anda.

Fakta Ringkas tentang Ether dan Rantaian Blok Ethereum

Tarikh dilancarkanJulai 2015
PenciptaVitalik Buterin, Gavin Wood
Mata wang kripto asliEther (ETH)
JenisToken utiliti
Tujuan utamaMemudahkan transaksi kontrak pintar
Modal pasaran tertinggi$572 bilion pada November 2021
Harga tertinggi setakat ini$4,946.05 pada 24 Ogos 2025
Bilangan transaksi harian1.613 juta (4 November 2025)
Bekalan edaran120.70 juta ETH
Kelajuan transaksi15 TPS (transaksi sesaat)
Pasaran spot terbesar mengikut volum 24 jamETH/USDT, ETH/FDUSD, ETH/USDC, ETH/USD

Ethereum muncul pada tahun 2015 sebagai rantaian blok popular yang membolehkan pengatur cara membangunkan dan menjalankan aplikasi terdesentralisasi pada rangkaiannya. Rantaian blok ini memudahkan kontrak pintar, membolehkan ahli dalam rantaian blok menjalankan transaksi tanpa campur tangan berpusat daripada kerajaan atau institusi kewangan. Pada dasarnya, rantaian blok berfungsi sebagai lejar yang merekodkan semua sejarah transaksi. Maklumat ini diedarkan merentasi rangkaian untuk dilihat oleh semua ahli rantaian blok yang menigkatkan keselamatan, ketelusan, dan kebolehpercayaan data.

Ether (ETH) ialah mata wang kripto yang digunakan untuk transaksi di rantaian blok Ethereum. Ether tidak mempunyai had bekalan edaran, berbeza dengan Bitcoin yang mempunyai had bekalan 21 juta syiling. Token Ether mempunyai pelbagai kegunaan, termasuk membayar ahli yang menyokong rangkaian dan membekalkan tenaga komputasi yang diperlukan untuk melaksanakan kontrak pintar. Sesetengah pemilik Ether menggunakan syiling mereka untuk membeli barangan dan perkhidmatan, seperti yang mereka lakukan dengan mata wang fiat. Pemilik lain memasukkannya dalam portfolio pelaburan sebagai simpanan nilai, manakala kumpulan ketiga membuat spekulasi terhadap turun naik harga Ether tanpa memiliki apa-apa token.

Broker Ethereum lwn. Bursa Ethereum

Bergantung pada matlamat pelaburan anda, terdapat dua cara utama untuk mengakses pasaran Ethereum. Cara pertama adalah menyertai bursa mata wang kripto di mana anda boleh membeli dan menjual pelbagai token kripto daripada orang lain mengikut harga pasaran semasa. Ini melibatkan pemilikan aset digital asas. Anda boleh membeli Ether dan altcoin lain menggunakan mata wang fiat dan kaedah seperti kad bank, pindahan wayar, atau dompet digital.

Banyak bursa kripto menawarkan dompet kustodian untuk pelanggan menyimpan syiling mereka dan mengurus kunci peribadi bagi pihak mereka. Dompet kustodian ini juga boleh dikategorikan kepada dompet kustodian panas dan sejuk. Dompet panas (hot wallets) bersambung ke internet melalui aplikasi mudah alih atau desktop dan sangat sesuai untuk individu yang kerap melakukan transaksi kripto.

Sebaliknya, dompet sejuk tidak memerlukan sambungan internet kerana syiling disimpan di luar talian. Transaksi adalah lebih perlahan dan melibatkan lebih banyak langkah. Dompet sejuk menawarkan keselamatan yang dipertingkatkan dan lebih sesuai untuk mereka yang ingin memegang syiling dalam tempoh yang lama sebagai pelaburan jangka panjang. Bursa Ethereum biasanya memberi ganjaran kepada pelanggan yang menyimpan token mereka melalui staking. Peminjaman juga disediakan oleh beberapa bursa, membolehkan pelanggan meminjamkan mata wang kripto mereka kepada pelabur lain dan memperoleh faedah sebagai pulangan.

Menggunakan broker konvensional adalah pilihan yang lebih baik untuk pedagang baharu yang baru belajar asas perdagangan mata wang kripto seperti Ether. Kebanyakan broker dalam talian membenarkan pelanggan membuat spekulasi terhadap pergerakan harga Ether tanpa membeli token asas. Ia biasanya berlaku melalui instrumen derivatif seperti kontrak perbezaan (CFD), di mana pedagang mendapat keuntungan jika harga aset bergerak mengikut ramalan mereka. CFD adalah instrumen leveraj berisiko tinggi yang melibatkan perdagangan margin, tetapi perkara ini akan dihuraikan secara lanjut kemudian.

Sesetengah broker menawarkan derivatif kripto seperti opsyen dan niaga hadapan selain daripada kontrak perbezaan. Pelanggan menggunakan platform broker untuk membuat pesanan perdagangan dan menanggung yuran dalam bentuk spread (perbezaan antara harga bida dan tawaran yang dikutip oleh broker). Broker juga mungkin mengenakan komisen selain spread. Dompet kustodian biasanya tidak disediakan kerana pelanggan tidak membeli sebarang Ether, sekurang-kurangnya dengan kebanyakan broker konvensional.

Cara Memastikan Platform Perdagangan Ethereum Itu Sah

Memilih platform yang boleh dipercayai adalah satu kemestian bagi peminat kripto yang ingin mendapatkan nilai maksimum daripada perdagangan Ethereum mereka. Berdagang kripto dengan broker derivatif yang dilesenkan menghasilkan ketelusan harga yang lebih tinggi dan keselamatan yang ditingkatkan. Ia juga memberi anda perlindungan undang-undang sekiranya sesuatu masalah berlaku. Semua broker sah yang menawarkan perdagangan spekulatif kripto menyediakan maklumat peraturan yang terperinci di laman web mereka.

Maklumat ini biasanya disediakan di bahagian bawah (footer) laman web broker yang menyenaraikan semua lesen mereka. Pedagang Ethereum boleh menyemak semula maklumat ini dalam daftar pemegang lesen rasmi badan pengawal selia seperti CySEC, FSA, FCA, dan ASIC. Broker yang dikawal selia oleh pihak berkuasa peringkat pertama tersebut menegakkan standard keselamatan yang tinggi dan pelanggan jarang menghadapi isu besar apabila berdagang dengannya.

Keadaan menjadi lebih rumit dengan bursa kripto kerana sifat desentralisasi aset yang diuruskannya. Sebagai fenomena yang agak baharu, mata wang kripto dikawal selia secara sebahagian di beberapa negara, manakala negara lain kekurangan rangka kerja peraturan sepenuhnya. Status kawal selia mata wang kripto mungkin berbeza dengan ketara dari satu bidang kuasa ke bidang kuasa lain.

Walau bagaimanapun, banyak pemain utama dalam industri ini bersedia mematuhi kawal selia dan mendapatkan kebenaran rasmi di pasaran sasaran mereka. Kraken dan Coinbase adalah dua contoh yang ketara kerana ia telah memperoleh kelulusan daripada pengawal selia seperti FinCEN (AS), FCA (UK), ADGM (Abu Dhabi), dan AUSTRAC (Australia). Pedagang Ethereum boleh menemui maklumat ini dengan mudah di bahagian bawah (footer) atau di bahagian About Us di laman web bursa masing-masing.

Cara Berdagang Ether Dalam Talian

Terdapat pelbagai cara untuk berdagang ETH secara dalam talian, termasuk perdagangan spot dan spekulasi harga dengan instrumen derivatif seperti kontrak perbezaan (CFD), niaga hadapan, dan opsyen. Pendekatan yang anda pilih bergantung kepada matlamat pelaburan, toleransi risiko, pengalaman, dan modal anda. Tempoh masa pelaburan juga penting. Adakah anda ingin memperoleh keuntungan jangka pendek atau jangka panjang daripada perdagangan ETH anda? Berikut ialah gambaran ringkas tentang instrumen paling biasa yang akan ditemui dalam perjalanan perdagangan Ethereum anda.

  1. Perdagangan Spot

    Perdagangan spot merujuk kepada tindakan membeli dan menjual Ether pada harga pasaran semasa yang melibatkan pemilikan aset asas. Dengan pendekatan ini, anda memperoleh token pada harga pasaran semasa dan menjualnya apabila nilainya meningkat, sekali gus memperoleh keuntungan daripada perbezaan harga. Jika anda berminat untuk terlibat dalam perdagangan spot ETH, anda mesti mendaftar dengan satu bursa dan membiayai baki anda dengan mata wang fiat atau mata wang kripto untuk membeli syiling Ether.

  2. Kontrak untuk Perbezaan (Contracts for Difference – CFD)

    CFD disediakan secara meluas di broker yang menawarkan perdagangan ETH, membenarkan pedagang membuat spekulasi pada turun naik harga tanpa membeli sebarang syiling. Matlamatnya adalah meramalkan sama ada nilai Ether akan meningkat atau menurun. Anda akan masuk posisi panjang (beli) jika percaya harga akan naik atau posisi pendek (jual) jika fikir harganya akan turun.

    Pedagang memperoleh keuntungan apabila ramalan mereka mengenai pergerakan harga tepat. CFD adalah instrumen leveraj di mana pedagang menggunakan modal yang dipinjam untuk meningkatkan pendedahan pasaran mereka dan membesarkan saiz posisi. Perdagangan CFD boleh mengakibatkan kerugian besar jika tiada pengurusan risiko yang sesuai dan pengetahuan yang mencukupi.

  3. Opsyen Ethereum

    Seperti CFD, opsyen adalah kontrak derivatif yang membolehkan pedagang mendapat pendedahan kepada pasaran Ethereum tanpa membeli aset asas. Pedagang opsyen juga boleh mendapat keuntungan daripada kenaikan atau kejatuhan harga. Dua pihak mengambil bahagian dalam transaksi, pembeli dan penjual. Apabila memasuki kontrak opsyen panggilan (call), penjual bertanggungjawab untuk menjual aset, manakala pembeli mempunyai hak untuk membeli aset tersebut.

    Dengan kontrak opsyen put (jual), penjual wajib membeli aset dan pembeli mempunyai hak untuk menjualnya. Pembeli dikenakan premium kerana mereka mempunyai hak tetapi tidak wajib untuk menjual atau membeli aset. Penjual menanggung risiko yang lebih tinggi kerana mereka wajib memenuhi kontrak. Opsyen sudah jelas sebagai satu instrumen yang kompleks, menjadikan ia tidak sesuai untuk mereka yang baru dalam perdagangan Ethereum.

  4. Niaga Hadapan Ethereum

    Kontrak niaga hadapan serupa dengan opsyen kerana ia juga membolehkan spekulasi harga dibuat tanpa memerlukan pemilikan aset. Setiap kontrak melibatkan dua pihak yang bersetuju untuk membeli atau menjual Ether pada tarikh yang telah ditetapkan, pada harga yang dipersetujui. Berbeza dengan opsyen, kedua-dua pihak bertanggugnjawab untuk memenuhi bahagian kontrak mereka. Pembeli diwajibkan membeli aset pada harga yang dipersetujui apabila kontrak tamat.

    Sebaliknya, penjual mesti menyerahkan aset semasa kontrak tamat. Niaga hadapan memperoleh nilainya daripada nilai aset asas, dalam kes ini mata wang kripto asal iaitu Ethereum. Dua jenis niaga hadapan Ethereum yang biasa adalah niaga hadapan suku tahunan yang tamat selepas tiga bulan, dan niaga hadapan kekal yang tiada tarikh luput tertentu dan boleh kekal sehingga pemegang kontrak dibubarkan.

Berdagang Ethereum dengan Leveraj

Seperti yang dinyatakan sebelumnya, instrumen seperti CFD membolehkan pedagang kripto meningkatkan pendedahan pasaran mereka dengan menggunakan leveraj. Sebagai contoh, katakan harga semasa Ether ialah $4,000. Satu siaran berita akan dikeluarkan, menyebabkan anda percaya Ether akan meningkat kepada $4,500. Anda mempunyai baki sebanyak $2,000, dan anda mahu membeli 2 ETH menggunakan leveraj 1:5.

Keperluan margin anda ialah 1/5 x $4,000 x 2 = $1,600, atau 20% daripada saiz posisi keseluruhan anda ($8,000). Dengan andaian Ether naik kepada $4,500, anda akan menjana keuntungan bersih sebanyak $1,000 (500 x 2 ETH). Namun, jika Ether susut sebanyak $100 dan jatuh kepada $3,900, anda akan hilang seluruh baki anda. Apabila menggunakan leveraj, pendapatan dan kerugian dikira berdasarkan nilai keseluruhan posisi anda dan bukannya margin awal sahaja.

Sebaliknya, anda boleh menggunakan leveraj untuk mendapat keuntungan daripada kejatuhan harga Ether. Katakan ETH didagangkan pada harga $4,000, tetapi anda mempunyai alasan untuk berfikir harga akan turun sebanyak $200. Anda menjual 2 ETH dengan leveraj 1:5, jadi margin anda sekali lagi ialah $1,600 (1/5 x $2,000 x 2 ETH). Jika harga Ether jatuh kepada $3,800, posisi anda mungkin menghasilkan keuntungan $400 (200 x 2 ETH). Jika harga bergerak ke arah bertentangan dan Ether meningkat, posisi pendek (jual) anda sekali lagi akan menyebabkan anda kehilangan semua baki.

Apa yang Menggerakkan Harga Ethereum?

Memahami faktor yang mempengaruhi pergerakan harga Ether adalah penting untuk menjadi pedagang kripto yang menguntungkan. Memperoleh pengetahuan pasaran yang mencukupi adalah lebih penting dalam perdagangan margin di mana pergerakan pasaran yang tidak menguntungkan boleh menyebabkan kerugian besar disebabkan leveraj. Faktor mikroekonomi memberi kesan yang lebih rendah ke atas harga mata wang kripto seperti Ether disebabkan sifat desentralisasinya. Berikut ialah pemacu utama pergerakan harga ETH yang perlu diambil kira.


Bekalan dan Permintaan

Supply and DemandKetersediaan Ether berubah-ubah walaupun Ethereum tidak mempunyai had maksimum pada jumlah syiling edaran. Oleh itu, bekalan dan permintaan boleh memberi impak ketara kepada nilai mata wang kripto kedua terbesar di dunia ini. Harga Ether cenderung naik apabila bekalan rendah tetapi permintaan tinggi. Sebaliknya, harga token menurun apabila bekalan meningkat manakala permintaan berkurang.


Siaran Berita

News ReleasesSiaran berita boleh mempengaruhi bekalan dan permintaan, menyebabkan pedagang membeli atau menjual Ethereum secara besar-besaran. Kenyataan berita yang negatif berkait dengan serangan penggodam atau kelemahan keselamatan yang mempengaruhi persepsi awam dan menurunkan harga. Sebaliknya, liputan berita yang positif mengenai peningkatan kelajuan transaksi, pengurangan yuran, atau peningkatan ganjaran staking akan menaikkan harga.


Keputusan Kawal Selia

Regulatory DecisionsWalaupun mata wang kripto bersifat desentralisasi, semakin banyak kerajaan yang memperkenalkan rangka kerja kawal selia bagi aset baharu ini. Keputusan kawal selia utama boleh mempengaruhi pergerakan harga jangka pendek dan meningkatkan turun naik pasaran. Satu contoh terkini ialah pada Mei 2024 apabila Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) meluluskan jualan dana perdagangan pertukaran spot Ethereum, keputusan yang menaikkan harga harian Ether sebanyak 5%.


Mata Wang Kripto yang Lain

Other CryptocurrenciesAkhir sekali, Ethereum merupakan sebahagian daripada ekosistem kripto yang lebih luas dan tidak didagangkan secara berasingan. Ether menunjukkan korelasi yang kuat dengan pesaing utamanya, iaitu Bitcoin, di mana pergerakan harga Bitcoin sering mempengaruhi harga token kripto lain. Apabila BTC mengalami turun naik yang tinggi, mata wang utama lain seperti Ether biasanya akan bergerak seiring. Salah satu contoh utama ialah peristiwa Bitcoin halving.

Istilah tersebut merujuk kepada pengurangan berkala ganjaran perlombongan BTC sebanyak separuh, proses yang berlaku kira-kira setiap empat tahun. Halving menyebabkan harga BTC melonjak kerana ia mengurangkan bekalan dan mewujudkan kekurangan. Data terdahulu menunjukkan Ethereum secara konsisten berkorelasi dengan pergerakan harga Bitcoin selepas peristiwa halving.


Kos yang Berkaitan dengan Perdagangan Ethereum

Mencari broker dengan komisen yang berpatutan adalah penting bagi semua peminat Ethereum yang ingin mengurangkan kos perdagangan keseluruhan mereka. Dengan cara ini, anda akan memperoleh lebih banyak hasil daripada perdagangan yang berjaya dan mengembangkan bajet kripto anda dengan lebih cepat. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang yuran yang boleh anda jangkakan semasa berdagang Ethereum dalam talian.


Spread

SpreadsSpread mewakili perbezaan antara harga bida dan tawaran sesuatu aset, termasuk mata wang kripto seperti Ether. Broker memasukkan spread ke dalam perdagangan kripto untuk menjana keuntungan dan menampung kos pelaksanaan pesanan. Mata wang kripto yang sangat cair seperti Ethereum dan Bitcoin biasanya mempunyai spread yang lebih sempit kerana pasaran yang cair menarik lebih banyak pembeli dan penjual.


Komisen

CommissionsSesetengah broker mengenakan komisen ke atas CFD selain spread. Kadarnya berbeza mengikut broker dan biasanya bergantung pada saiz perdagangan. Broker menganggap pembukaan dan penutupan posisi sebagai dua perdagangan berasingan, bermakna anda akan menanggung komisen untuk setiap sisi perdagangan. Komisen pusingan penuh (round-turn) mewakili jumlah kos untuk membuka dan menutup perdagangan sepenuhnya. Jika broker mengenakan $2.25 setiap lot bagi setiap sisi, seorang pedagang akan membayar komisen pusingan penuh sebanyak $4.50.


Yuran Pembiayaan

Financing FeeYuran pembiayaan “semalaman” dikenakan apabila pedagang membiarkan posisi CFD berleveraj mereka dibuka semalaman. Caj ini biasanya berdasarkan peratusan dan didebitkan atau dikreditkan ke akaun perdagangan, bergantung pada arah posisi terbuka. Posisi panjang (beli) membayar caj pembiayaan semalaman, manakala posisi pendek (jual) memperoleh bayaran pembiayaan. Pedagang boleh mengira yuran ini dengan mendarabkan saiz posisi mereka dengan yuran pembiayaan broker dan harga tutup. Contohnya, kontrak panjang (beli) untuk ETH/USD yang didagangkan pada $3,400 secara hipotesisnya boleh menelan kos $2.24 sehari (1 x 3,400 x 0.0658%).


Yuran Maker/Taker

Maker/Taker FeesBursa mata wang kripto seperti Kraken dan Coinbase mengenakan yuran maker dan taker berdasarkan peratusan. Yuran maker dikenakan ke atas pesanan kripto yang tidak diisi serta-merta, membantu menambah kecairan pasaran. Pesanan yang diproses serta-merta menanggung yuran taker dan mengurangkan kecairan pasaran. Secara amnya, yuran taker selalunya lebih tinggi daripada yuran maker. Membandingkan yuran maker dan taker yang dikenakan oleh platform berbeza adalah penting untuk keuntungan kerana kadarnya mungkin berbeza mengikut bursa.


Yuran Gas (Transaksi)

Gas (Transaction) FeesYuran gas bertujuan untuk menampung perbelanjaan memulakan transaksi pada rangkaian rantaian blok dan dicaj dalam Ether pada rangkaian Ethereum. Pada rantaian blok lain, caj ini dipanggil komisen perlombongan atau yuran transaksi. Pedagang Ethereum mungkin menanggungnya apabila memindahkan token Ether dari satu dompet ke dompet lain, contohnya. Ia serupa dengan memulakan pindahan wang di bank di mana anda mesti membayar untuk menggunakan rangkaiannya. Yuran meningkat dan menurun selari dengan jumlah transaksi pada rantaian blok. Lebih banyak trafik mengakibatkan yuran gas yang lebih tinggi dan begitu juga sebaliknya.


Sebab untuk Menyokong dan Menentang Perdagangan Ethereum

Menggabungkan Ether ke dalam portfolio perdagangan atau pelaburan anda menawarkan beberapa kelebihan, tetapi terdapat juga kekurangan kerana menceburi pasaran yang volatil ini. Penting untuk membiasakan diri dengan kedua-dua sisi sebelum anda menceburkan diri dalam perdagangan Ethereum. Kami mengakhirinya dengan beberapa sebab yang sah untuk menyokong dan menentang perdagangan ETH yang wajar anda pertimbangkan sebelum melabur.

Mengapa berdagang Ethereum?

  • Anda boleh memperoleh keuntungan daripada jualan singkat melalui akaun margin.
  • Anda boleh meningkatkan pendedahan pasaran anda dengan menggunakan leveraj.
  • Kebanyakan broker berwibawa dan dikawal selia menawarkan perdagangan spekulatif dengan ETH.
  • Anda boleh menggunakan Ether untuk mempelbagaikan portfolio.
  • Ether boleh didagangkan terhadap mata wang fiat, altcoin lain, dan komoditi seperti emas.
  • Kecairan tinggi Ethereum memastikan pelaksanaan perdagangan yang pantas dan kos yang lebih rendah.

Sebab-sebab menentang perdagangan Ethereum

  • Ethereum lebih volatil berbanding aset tradisional seperti Forex dan saham.
  • Kebanyakan broker mempunyai keperluan margin yang lebih tinggi untuk perdagangan ETH berleveraj.
  • Membuat spekulasi pada pergerakan harga kripto dengan CFD adalah dilarang di beberapa bidang kuasa (contohnya UK).
  • Kerumitan Ethereum menjadikannya tidak sesuai untuk pedagang yang kurang pengalaman dengan kripto.
  • Proof-of-work adalah mekanisme konsensus rantaian blok yang lebih dipercayai berbanding proof-of-stake Ethereum.
Ditulis oleh Z. Stefanova | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal