Laman Utama » Broker Forex Terbaik pada 2026 » Broker Forex yang Menawarkan Akaun Islamik

Broker Forex yang Menawarkan Akaun Islamik

Ditulis oleh Zornitsa Stefanova
Zornitsa Stefanova ialah seorang penganalisis forex dan kripto yang berpengalaman. Beliau juga mengulas pelbagai topik kewangan seperti perdagangan saham dan pelaburan persaraan.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Anda sedang mencari broker boleh dipercayai yang beroperasi selaras dengan prinsip kewangan Syariah? Kami di Best Brokers membentangkan senarai pendek laman web perdagangan teratas yang menawarkan akaun Islamik. Kedudukan di bawah adalah berdasarkan analisis langsung dan kajian teliti yang dijalankan oleh pasukan pakar dalaman kami. Broker yang disenaraikan di bawah semuanya menawarkan akaun tanpa swap dengan keadaan perdagangan yang cemerlang, membolehkan pelanggan yang beragama Islam mendapatkan lebih nilai daripada sesi perdagangan mereka.

1Plus500 US logoPlus500 US
Rating: 4.2 ⭐
Kandungan ini hanya terpakai kepada Plus500 US dan pelanggan dari Amerika Syarikat. Perdagangan niaga hadapan melibatkan risiko kerugian.
Penilaian Tertinggi
2eToro logoeToro
Rating: 4.2 ⭐
50% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
3Fusion Markets logoFusion Markets
Rating: 4.8 ⭐
74-89% daripada akaun CFD pelabur runcit kehilangan wang
4FP Markets logoFP Markets
Rating: 4.9 ⭐
73.33% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
5BlackBull Markets logoBlackBull Markets
Rating: 4.8 ⭐
Perdagangan produk berleveraj adalah berisiko
6Eightcap logoEightcap
Rating: 4 ⭐
59.57% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini.
7Pepperstone logoPepperstone
Rating: 4.4 ⭐
72.9% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang
8FxPro logoFxPro
Rating: 3.2 ⭐
74% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
9AvaTrade logoAvaTrade
Rating: 4.7 ⭐
57% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang
10IC Markets logoIC Markets
Rating: 4.8 ⭐
70.64% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini.
11Tickmill logoTickmill
Rating: 4.1 ⭐
70% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
12Axi logoAxi
Rating: 4.2 ⭐
Sebahagian besar akaun pelanggan runcit mengalami kerugian.

13 Broker Teratas dengan Akaun Islamik

  1. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Fusion Markets adalah broker diskaun bertaraf tinggi yang dipuji kerana menawarkan keadaan perdagangan yang menguntungkan, komisen yang lebih rendah daripada nilai purata, dan spread ketat bermula dari sifar pip. Berlesen di Vanuatu, Australia, dan Seychelles, broker ini menawarkan lebih 250 instrumen kewangan dan dua jenis akaun utama (Classic dan Zero). Akaun MT4 dan MT5 tanpa swap dalam lapan mata wang asas (AUD, CAD, EUR, GBP, JPY, SHD, THB, dan USD) disediakan untuk pelanggan beragama Islam yang layak.

    Pedagang Islamik akan mendapat manfaat daripada pilihan lebih 50 pasaran kewangan popular, spread minimum 1.4 pip, tanpa komisen, dan perdagangan lot mikro. Tiada sekatan strategi atau keperluan baki minimum untuk akaun tanpa swap di Fusion Markets. Pelanggan yang layak boleh melakukan scalping, lindung nilai, dan terlibat dalam perdagangan algoritma. Pedagang boleh membiarkan posisi mereka terbuka sehingga tujuh hari tanpa dikenakan yuran semalaman. Caj sebenar bergantung pada pasaran, bermula daripada $1 sehingga $370.

    Gleneagle Asset Management Limited (ABN 29 103 162 278) yang beroperasi sebagai Fusion Markets, adalah penerbit Produk Fusion Markets yang diterangkan dalam komunikasi ini. Perdagangan dalam Produk Fusion Markets melibatkan potensi keuntungan serta risiko kerugian yang mungkin melebihi jumlah deposit awal anda dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Anda harus membaca dengan teliti semua Terma Perkhidmatan Produk Kewangan ini, Kenyataan Pendedahan Produk (PDS) dan Panduan Perkhidmatan Kewangan (disediakan di laman web kami), mempertimbangkan keadaan kewangan, keperluan dan objektif anda sendiri untuk melabur dalam Produk Fusion Markets ini dan mendapatkan nasihat kewangan bebas.
  2. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    FP Markets adalah laman web yang boleh dipercayai oleh pedagang runcit dan profesional yang mencari syarat perdagangan terbaik. Dikawal selia oleh pihak berkuasa tahap atasan seperti ASIC, CySEC dan lain-lain, FP Markets memastikan persekitaran perdagangan yang selamat dan adil, dengan pelabur runcit berpeluang menggunakan alat keselamatan tambahan seperti skim pampasan pelabur dan perlindungan baki negatif.

    Bergantung pada keutamaan perdagangan masing-masing, ahli broker ini boleh memilih akaun Forex Standard atau Forex Raw dengan spread serendah 0.0 pip dan komisen $3 setiap sisi. Selain itu, mereka yang menganut agama Islam dan tidak boleh membayar atau menerima faedah boleh membuka akaun Islam dengan FP Markets.

    Walaupun anda boleh memulakan perjalanan anda di FP Markets dengan akaun demo Islamik, anda juga boleh berdagang secara langsung dan menggunakan akaun tanpa swap untuk berdagang pasangan forex sama ada di platform MT4 atau MT5. Yuran pentadbiran adalah antara $1 untuk AUS200 dan mata wang kripto hingga $80 untuk XNG/USD. Jenis akaun ini membolehkan anda berdagang lebih 70 pasangan Forex, 19 indeks, 120 saham dan komoditi seperti emas dan perak. Untuk layak mendapatkan akaun perdagangan tanpa swap dengan broker ini, anda mesti memenuhi kriteria tertentu yang boleh ditemui dengan mudah di laman web rasmi FP Markets. Jenis akaun perdagangan ini mungkin tidak disediakan kepada penduduk beberapa negara.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan leveraj. 73.33% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko yang tinggi kehilangan wang anda.
  3. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    BlackBull Markets, sebuah broker forex yang bereputasi dan ditubuhkan di New Zealand, adalah pilihan yang baik bagi pedagang yang tidak boleh terlibat dalam transaksi yang melibatkan faedah kerana kepercayaan agama mereka. Akaun Islamik (tanpa swap), yang ditawarkan oleh BlackBull, membolehkan pedagang Muslim mengambil bahagian dalam pasaran global tanpa perlu membayar atau menerima faedah untuk posisi semalaman.

    Disediakan pada platform seperti MT4 dan MT5, akaun Islamik BlackBull Markets menawarkan spread yang kompetitif, memberikan pengalaman perdagangan yang lancar. Pedagang boleh mengakses pelbagai pasaran, termasuk Forex dan CFD, dan melaksanakan strategi mereka tanpa sekatan. BlackBull Markets memberikan fleksibiliti untuk scalping, hedging dan perdagangan algoritma pada akaun tanpa swapnya, membolehkan pedagang menguruskan posisi mengikut kepercayaan mereka. Pelanggan boleh beralih antara jenis akaun yang berbeza; namun, broker hanya menawarkan akaun tanpa swap kepada pelanggan yang layak, dan ia berhak untuk menarik balik status tersebut sekiranya berlaku penyalahgunaan. Caj pentadbiran sehingga $170 dikenakan sekali setiap lima hari tetapi caj sebenar bergantung pada aset yang anda dagangkan.

  4. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Pepperstone ialah broker yang berpangkalan di Melbourne dengan kehadiran global yang meliputi lebih daripada 750,000 pelanggan dari 170 negara. Syarikat broker ini menarik pedagang dengan spread yang sangat ketat, pelaksanaan yang pantas dan boleh dipercayai, serta latar belakang kawal selia yang kukuh. Hakikat bahawa ia menawarkan harga yang sangat kompetitif pada lebih 1,400 pasaran kewangan turut meningkatkan daya tarikan Pepperstone. Pelanggan boleh membuat pesanan melalui platform perdagangan yang biasa seperti MT5, MT4, cTrader, dan TradingView.

    Pedagang yang kepercayaan agama mereka menghalang mereka daripada membayar atau menerima faedah boleh mendaftar akaun Islamik bebas komisen dengan mudah. Akaun tanpa swap di Pepperstone menawarkan spread purata sebanyak 0.77 pip untuk EUR/USD dan menyokong perdagangan dalam lot mikro. Saiz perdagangan adalah daripada 0.01 hingga 100 lot. Ia disediakan dalam empat mata wang asas (USD, AUD, GBP, dan EUR), tanpa sekatan lindung nilai atau scalping. Penasihat pakar juga dibenarkan. Jenis akaun ini tidak mempunyai ambang pembukaan minimum, walaupun jumlah minimum yang disyorkan ialah $500. Yuran pentadbiran sebanyak $100 bagi setiap 1 saiz lot standard dikenakan selepas tempoh kelonggaran selama lima hari.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kerugian wang dengan cepat disebabkan leveraj. 72.9% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kerugian wang anda.
  5. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Beroperasi sejak tahun 2007, eToro meneraju rangkaian terbesar di dunia untuk perdagangan sosial dan perdagangan salin. Ia kini menyediakan perkhidmatannya kepada komuniti global melebihi 40 juta pengguna berdaftar dari 75 negara, menawarkan mereka pilihan sebanyak 7,600 pasaran boleh dagang. Platform berbilang aset proprietari miliknya menyokong perdagangan kos rendah merentasi semua kelas aset utama, termasuk Forex, saham, indeks, dana dagangan bursa (ETF), komoditi, dan kripto.

    Perdagangan melalui platform eToro boleh dilakukan sama ada dengan atau tanpa menggunakan leveraj. Pelanggan baharu eToro yang mencari pilihan tanpa faedah boleh memohon akaun patuh Syariah tanpa swap dan caj pengurusan akaun. Pelanggan yang berminat mesti mendaftar, mengesahkan identiti mereka, dan membuat deposit sekurang-kurangnya $1,000 sebelum memohon akaun Islamik di eToro. Pelanggan yang layak hanya perlu membayar yuran pentadbiran apabila tempoh pegangan posisi semalaman mereka melebihi tujuh hari. Caj adalah antara dari $0.10 untuk indeks seperti Nikkei 225 hingga $20 untuk komoditi dan pasangan Forex yang mengandungi mata wang MXN, COP, CLP, BRL, dan TRY. Antara alat perdagangan lanjutan yang disediakan untuk pemegang akaun tanpa swap ialah carta TradingView, kalendar ekonomi, dan trailing stop-loss.

    Instrumen CFD adalah rumit dan membawa risiko tinggi untuk kehilangan wang dengan cepat disebabkan leveraj. 61% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Pertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi, dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  6. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    AvaTrade ialah broker dalam talian yang telah lama beroperasi dengan pengalaman selama 19 tahun dalam menyediakan perkhidmatan perdagangan dengan kos rendah. Broker terkemuka ini telah menyediakan perkhidmatannya kepada lebih 400,000 pelanggan di seluruh dunia dengan lesen daripada pengawal selia kewangan bertaraf tinggi seperti CySEC, KNF, dan ASIC. Selain daripada latar belakang kawal selia yang kukuh, AvaTrade menawarkan spread yang kompetitif untuk lebih 1,000 instrumen kewangan, daripada Forex, mata wang kripto dan saham sehingga bon, perbendaharaan dan komoditi.

    Broker ini memenuhi keperluan pelanggan Islamik dengan akaun tanpa swap, membolehkan mereka mengekalkan posisi terbuka sehingga lima hari tanpa dikenakan caj semalaman. Pelanggan beragama Islam boleh memohon akaun tanpa swap selepas mengesahkan identiti mereka dan membiayai baki langsung mereka. AvaTrade mengambil masa satu hingga dua hari bekerja untuk menilai permohonan tersebut.

    CFD adalah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. 57% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus menilai sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  7. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Ditubuhkan pada tahun 2009, Vantage ialah broker yang telah lama beroperasi dan menawarkan harga yang kompetitif dan telus pada lebih 1,000 CFD, termasuk Forex, indeks, saham, bon dan komoditi seperti emas dan perak. Berpusat di Sydney, broker ini menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dari lebih 170 bidang kuasa dengan kebenaran daripada ASIC, FSCA dan VFSC. Pelanggan berdaftar boleh berdagang melalui MT5, MT4, TradingView atau ProTrader. Sebagai tambahan, broker ini menyokong perdagangan salin, membolehkan pelanggan mengikut lebih 84,000 penyedia isyarat dan meniru posisi mereka.

    Pelanggan yang berdagang melalui akaun tanpa swap mesti memenuhi keperluan deposit minimum sebanyak $50. Mereka akan menikmati tiada yuran deposit ($0), sokongan pelanggan 24/7, dan kecairan bertaraf institusi yang disediakan oleh pembekal kecairan teratas. Saiz perdagangan minimum 0.01 lot memudahkan kedua-dua pedagang baharu dan berpengalaman yang ingin memperhalusi strategi mereka. Daripada apa yang kami perolehi, pedagang dengan akaun tanpa swap hanya boleh menghubungkannya kepada MetaTrader 4. Vantage menawarkan akaun Islamik Pro ECN, Raw ECN dan Standard STP.

  8. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Dengan 11 tahun pengalaman dalam pasaran, Tickmill terkenal kerana menawarkan spread yang sangat ketat, komisen yang lebih rendah daripada purata, dan pelaksanaan pesanan yang sangat pantas. Lesen CySEC, FCA dan FSCA miliknya memberi asas yang kukuh kepada kesahihan broker ini. Tickmill menawarkan pelbagai peluang pelaburan dan perdagangan kerana portfolionya merangkumi lebih 600 instrumen kewangan, termasuk 62 pasangan Forex.

    Pelanggan Tickmill boleh meningkatkan kepakaran perdagangan mereka dengan pelbagai bahan pendidikan, termasuk video tutorial, e-buku, infografik, pandangan pasaran, dan artikel. Ia menawarkan akaun patuh Syariah kepada pelanggan beragama Islam dengan yuran pentadbiran kompetitif yang dikenakan selepas tiga hingga enam hari tanpa caj. Mereka perlu membuka mana-mana akaun dengan broker, Classic atau Raw, dan kemudian menukarnya kepada jenis Islamik.  Tiada tempoh tangguh untuk beberapa pasaran seperti gas asli dan pasangan Forex yang melibatkan lira Turki sebagai mata wang yang disebut. Yuran pentadbiran juga bergantung pada simbol, daripada $0.01 untuk Nikkei 225 sehingga $200 untuk GBP/TRY.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat disebabkan oleh leveraj. 70% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan Tickmill Europe Ltd. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kerugian wang anda.
  9. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Ditubuhkan pada tahun 2007, IC Markets telah berkembang menjadi broker forex terkemuka yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih 200,000 pelanggan aktif di seluruh dunia. Broker yang dikawal selia oleh pelbagai pihak ini menarik pedagang berpengalaman dengan gabungan kecairan peringkat atas yang mendalam, pemprosesan pesanan unggul, dan spread mentah. Pilihan lebih daripada 2,250 instrumen kewangan yang mengagumkan menambahkan lagi daya tarikan broker ini.

    MT5, MT4, TradingView dan cTrader merupakan pilihan platform yang sesuai untuk pelanggan IC Markets. Broker ini menawarkan akaun Standard dan Raw, membolehkan pelanggan Muslim berdagang lebih 90 pasaran kewangan tanpa faedah bagi posisi semalaman. Akaun Islamik menawarkan spread serendah sifar pip dan leveraj sehingga 1:1000 melalui entiti broker yang berlesen di Seychelles. Caj pentadbiran dikenakan selepas tempoh tangguh selama 5 hari. Caj berbeza mengikut instrumen, bermula dari $0.01 bagi CFD mata wang kripto seperti DSH/USD dan LNK/USD dan mencecah $140 bagi XNG/USD.

    CFD adalah instrumen kompleks dan melibatkan risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan penggunaan leveraj. 70.64% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan pembekal ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  10. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan
    10. FxPro

    Ditubuhkan pada tahun 2006, FxPro ialah broker dalam talian dipercayai yang menawarkan pelaksanaan pesanan tanpa gangguan serta syarat dagangan yang sangat kompetitif kepada lebih 11 juta akaun pelanggan berdaftar. Broker ini beroperasi di bawah pengawasan kawal selia CySEC, SCB, FCA, dan FSCA. FxPro memudahkan perdagangan ke atas lebih 2,100 instrumen kewangan, termasuk 70 pasangan mata wang, saham, niaga hadapan (futures), komoditi, mata wang kripto, dan indeks.

    Pedagang boleh membuat pesanan melalui MT4, MT5, cTrader, atau platform perdagangan proprietari FxPro. Setiap pelanggan layak untuk membuka sehingga lima akaun perdagangan langsung. Akaun Islamik (bebas swap) turut disediakan untuk pelanggan yang ingin berdagang tanpa membayar atau menerima faedah. Pedagang mesti menghantar permohonan melalui e-mel kepada jabatan back-office FxPro di backoffice@fxpro.com untuk memohon akaun bebas swap.

    Berdaganglah dengan rasa tanggungjawab. CFD adalah instrumen yang kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan penggunaan leveraj. 74% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sekiranya anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  11. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Plus500, sebuah broker yang dipercayai dan diiktiraf di peringkat antarabangsa, menyokong akaun perdagangan CFD tanpa swap yang mematuhi prinsip kewangan Islam. Oleh itu, akaun ini tidak mengenakan caj pembiayaan semalaman, tiada komisen, dan tiada yuran untuk deposit dan pengeluaran. Pedagang Muslim boleh mendapat keuntungan daripada turun naik harga di pelbagai pasaran kewangan, termasuk Forex, kripto, indeks, saham, opsyen, dana perdagangan bursa, dan komoditi.

    Untuk membuka akaun tanpa swap dengan Plus500, pedagang mesti terlebih dahulu membuka akaun perdagangan Plus500, dan kemudian, di skrin pendaftaran, memilih pilihan ‘akaun perdagangan Islamik’. Sebagai alternatif, pedagang boleh memilih akaun demo terlebih dahulu. Mereka juga boleh menghubungi pasukan sokongan pelanggan broker 24/7 untuk meminta maklumat lanjut tentang terma dan syarat akaun ini.

    79% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu membuat pertimbangan sama ada mampu atau tidak menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  12. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Dilancarkan pada tahun 2001, ActivTrades ialah broker berlesen pelbagai yang dikawal selia oleh FCA, SCB, CMVM, FSC, dan CVM. Broker ini menawarkan spread kompetitif daripada 0.5 pip untuk lebih 1,000 pasaran kewangan, termasuk 54 pasangan mata wang, 913 saham, indeks, komoditi, dan mata wang kripto. Instrumen yang lebih kompleks seperti bon, niaga hadapan, dan ETF turut disediakan. ActivTrades menyediakan akaun Islamik untuk pelanggan Muslim di mana tiada faedah rollover dikenakan ke atas posisi semalaman.

    Akaun Islamik tidak mempunyai keperluan deposit minimum dan menikmati perlindungan dana yang ditingkatkan sehingga €1 juta. Pelanggan boleh menghubungkan akaun Islamik mereka ke MT4, MT5, atau platform proprietari ActivTrader. Perdagangan tanpa swap disediakan untuk pelanggan yang mendaftar dari 13 negara, termasuk Qatar, Kuwait, Malaysia, Mesir, Oman, Tunisia, Aljazair, Arab Saudi, dan Emiriah Arab Bersatu.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. 82% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini.Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  13. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan
    13. Axi

    Axi ialah broker forex kos rendah yang dikawal selia di UK, Australia, dan Cyprus. Jenama yang mempunyai lesen berganda ini telah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju global yang berdedikasi dalam menyediakan spread dan pelaksanaan pesanan yang unggul, disertai dengan khidmat pelanggan terbaik dalam kelasnya. Ia menawarkan harga yang telus untuk lebih 220 produk kewangan, lengkap dengan satu rangkaian penuh sumber pendidikan dan penyelidikan pasaran.

    Broker ini menerima deposit dan pengeluaran tanpa yuran menggunakan kaedah pembayaran yang dipercayai seperti Mastercard, Neteller, dan Visa. Pembiayaan untuk akaun Islamik juga boleh dilakukan melalui pindahan bank biasa. Pedagang tanpa swap memperoleh akses kepada lebih 140 instrumen yang boleh didagangkan di platform MT4 yang biasa, termasuk mata wang, komoditi, dan indeks saham. Terdapat tempoh moratorium selama 5 hari untuk kedudukan semalaman, selepas itu yuran pentadbiran akan dikenakan.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. Kebanyakan akaun pelanggan runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD. Anda perlu menilai sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.

Perbandingan Komprehensif 11 Broker Forex Teratas dengan Akaun Islamik

Broker ForexDeposit MinimumMata Wang DisokongSpreadKomisenYuran PentadbiranScalpingLindung Nilai (Hedging)PlatformKetersediaanRating Trust Pilot
1. FP MarketsUSD50 (AU$100)1.0 pip untuk akaun Standard; 0.0 pip untuk akaun RawUSD0 untuk Akaun Standard; USD6 setiap pusingan pada Akaun ProYaMetaTrader4, MetaTrader5, WebTrader, IRESS, cTrader, TradingView4.9 ⭐
2. Fusion Markets$0AUD, CAD, EUR, GBP, JPY, THB, SGD, USDdaripada 0.9 pip (Classic); daripada 0.0 pip (Zero)USD0 untuk Akaun Classic, USD4.50 setiap pusingan penuh untuk Akaun ZeroUSD50 sekali setiap 7 hari (mungkin berbeza bergantung pada pasangan mata wang)YaYaMetaTrader4, MetaTrader5, cTrader, DupliTrade, Fusion+ Salin dagangan, TradingViewSemua negara yang disokong4.8 ⭐
3. IC Markets USD200Dolar AS, dolar Australia, euro, pound sterling, dolar Singapura, dolar New Zealand, yen Jepun, franc Swiss, dolar Hong Kong, dolar Kanada.0.8 pip untuk akaun Standard, 0.0 pip untuk akaun RawUSD0 untuk Standard MT; USD6 yuran pusingan penuh untuk Raw cTrader; USD7 yuran pusingan penuh untuk Raw MTUSD2-USD9 setiap lot (bergantung pada pasangan mata wang)YaYaMetaTrader4, MetaTrader5, cTrader, ZuluTradeSemua negara yang disokong4.8 ⭐
4. AvaTradeUSD100USD, CHF, EUR, GBPDaripada 0.9 pip (runcit), 0.6 pip (pro)USD0Yuran dikenakan selepas memegang posisi terbuka selama lebih daripada 5 hari (jumlah tidak dinyatakan)YaYaMetaTrader 4, MetaTrader 5, WebTrader, Aplikasi AvaTrade, AvaSocial, AvaOptions, DupliTradeSemua negara yang disokong4.7 ⭐
5. Vantage MarketsUSD50 (USD10,000 untuk akaun Pro ECN)USD (dolar AS), GBP (paun Sterling), EUR (euro), NZD (dolar New Zealand), SGD (dolar Singapura), JPY (yen Jepun), CAD (dolar Kanada), HKD (dolar Hong Kong)1.1 pip pada akaun Standard; 0.0 pip pada akaun Raw, Cent dan ProUSD3 setiap sisi untuk akaun Raw; USD1.50 setiap sisi untuk akaun ProBerbeza disebabkan oleh kadar caj terapung penyedia kecairanYaYaMetaTrader4, MetaTrader5, ProTrader, TradingView, Perdagangan salinSemua negara yang disokong4.5 ⭐
6. PepperstoneUSD0AUD, EUR, GBP, USDDaripada 0.0 pip untuk Akaun Razor dan 1 pip untuk Akaun Standard.USD0 (Akaun standard), USD7 yuran pusingan penuh (Akaun Razor)USD100 caj pentadbiran untuk posisi perdagangan yang ditahan lebih daripada 5 hariYaYaMetaTrader 4, MetaTrader 5, cTrader, TradingViewAlbania, Bangladesh, Burkina Faso, Bahrain, Brunei, Brunei Darussalam, Aljazair, Mesir, Indonesia, Jordan, Kyrgyzstan, Kuwait, Maghribi, Mauritania, Maldives, Malaysia, Niger, Oman, Pakistan, Qatar, Sierra Leone, Turki, Uzbekistan, dan Kosovo.4.4 ⭐
7. eToroUSD50 atau USD100 bergantung kepada negara (USD10 untuk UK, USD1 di AS)USDMula dari 1 pipUSD1 atau USD2 (saham sahaja)USD10-USD20 dikenakan jika memegang posisi melebihi 7 hari; jumlah mungkin berbeza mengikut pasangan mata wang.TidakDibenarkaneToro Investing, Aplikasi eToro, TradingView, eToro CopyTrader, platform proprietariSemua negara yang disokong4.2 ⭐
8. AxiUSD0; USD5 (EU dan UK)EUR (euro), USD (dolar AS), PLN (zloty)Dari 0.0 pips (Akaun Elite dan Pro), 0.9 pips (Akaun Standard)USD0 pada Akaun Standard; $7 bagi transaksi pusingan penuh pada Akaun ProUSD7.5-USD10 setiap lot bagi pasangan mata wang utama selepas posisi ditahan lebih daripada 5 hariYa YaMetaTrader4, MT4 WebTrader, Axi MobileSemua negara yang disokong4.2 ⭐
9. Tickmill$100USD, EUR, GBP, PLN, CHFDaripada 0.0 pip (Akaun Raw), 1.6 pip (Akaun Classic)$0 untuk Akaun Classic; $3 setiap sisi untuk Akaun Raw$10 setiap lot selepas mengekalkan posisi terbuka melebihi 3 hari (caj mungkin berbeza bergantung pada pasangan mata wang)YaYaMT4, MT5, WebTrader, ZuluTrade, TradingViewSemua negara yang disokong4.1 ⭐
10. FxProUSD100USD, EUR, GBP, AUD, CHF, JPY, PLNSpread: 0.0 pip (Raw, Elite), 1.2 pip (Standard)USD0 untuk akaun standard; USD3.5 bagi setiap sisi untuk akaun Raw+ dan EliteTidak dinyatakanYaYaMetaTrader4, MetaTrader5, cTrader, FxPro Edge (milik syarikat)Semua negara yang disokong3.9 ⭐
11. AdmiralsUSD100 (USD1 bagi akaun Invest MT5)EUR (euro), GBP (pound sterling), USD (dolar AS), CHF (franc Switzerland), BGN (lev Bulgaria), CZK (koruna Republik Czech), HRK (kuna Kroasia), HUF (forint Hungary), PLN (zloty Poland), RON (leu Romania)Bermula daripada 0.0 pip untuk akaun Invest dan Zero; akaun Trade bermula pada 0.5 pipUSD3 setiap lotSelepas memegang posisi perdagangan lebih daripada 3 hari, anda akan dikenakan caj $10 pada hari pertama dan $7 bagi setiap lot pasangan EUR/USD.YaYaMetaTrader4, MetaTrader5, WebTrader, MT Supreme Edition, StereoTraderSemua negara yang disokong3.8 ⭐

Kedudukan Broker Forex Terbaik dengan Akaun Islamik Mengikut Skor Trustpilot

Apakah Akaun Islamik?

Kewangan Islam mematuhi satu set prinsip agama yang dikenali sebagai undang-undang Syariah. Syariah mengharamkan aktiviti seperti mengenakan atau membayar faedah (riba), perjudian (maisir), dan terlibat dalam transaksi kewangan seperti jualan singkat yang melibatkan ketidakpastian berlebihan (gharar). Riba, maisir, dan gharar semuanya dianggap “haram” menurut undang-undang Islam.

Pedagang yang berdagang derivatif seperti kontrak perbezaan biasanya memperoleh atau membayar faedah ke atas posisi leveraj yang kekal terbuka semalaman. Broker forex membayar atau mengenakan yuran swap apabila mengekalkan posisi pelanggan melepasi titik rollover harian. Amalan ini boleh menjadi masalah kepada pelanggan Muslim kerana swap adalah satu bentuk riba atau faedah menurut prinsip Syariah.

Untuk mengatasi isu ini, banyak broker menawarkan pelanggan Muslim dengan akaun Islamik yang tidak mengenakan yuran swap pada posisi semalaman. Broker menggantikan ketiadaan kadar faedah tersebut dengan mengenakan yuran pentadbiran dan komisen tetap bagi setiap posisi yang dipegang semalaman. Akaun yang mematuhi Syariah membolehkan pelanggan Muslim terlibat dalam aktiviti perdagangan tanpa mengorbankan kepercayaan agama mereka. Mereka boleh mengakses kebanyakan pasaran kewangan dengan akaun ini sambil mematuhi garis panduan etika dan amalan pengurusan risiko.

Kos Berkaitan dengan Akaun Islamik

Akaun Islamik menawarkan perdagangan tanpa faedah, tetapi caj alternatif akan dikenakan untuk menggantikan ketiadaan swap. Akaun Islamik mengenakan yuran pentadbiran tetap ke atas posisi yang dipegang melebihi waktu tutup harian pasaran. Dalam beberapa kes, broker juga mungkin meluaskan spreadnya sedikit untuk memenuhi keperluan kewangan Syariah.

Dalam perdagangan forex, saiz yuran pentadbiran bergantung pada volum perdagangan dan jenis pasangan mata wang yang berkenaan (utama, kecil, silang). Yuran pentadbiran dianggap dibenarkan kerana ia adalah caj perkhidmatan dan bukannya caj yang dikira sebagai peratusan daripada modal pinjaman atau tempoh pinjaman (riba). Perbezaan struktur ini penting untuk mengekalkan pematuhan Syariah.

Biasanya terdapat tempoh tangguh beberapa hari bekerja sebelum posisi semalaman anda mula dikenakan yuran pentadbiran. Banyak broker menyesuaikan caj pentadbirannya pada hari-hari tertentu untuk mengimbangi kos pegangan yang meningkat semasa hujung minggu. Yuran pegangan untuk posisi forex semalaman menjadi tiga kali ganda pada hari Rabu, manakala untuk indeks, ia menjadi tiga kali ganda pada hari Jumaat. Dengan kata lain, Rabu dan Jumaat masing-masing dikira sebagai tiga hari, menyebabkan caj pentadbiran menjadi tiga kali ganda.

Pedagang menanggung perbelanjaan tambahan melalui spread yang mewakili perbezaan antara harga bida dan tawar. Komisen setiap lot bagi setiap sisi juga dikenakan dalam beberapa kes. Pelanggan Muslim mungkin dikenakan yuran tidak aktif secara bulanan jika akaun Islamik mereka kekal tidak aktif selama sebulan sehingga dua belas bulan, bergantung pada broker. Pedagang beragama Islam umumnya mendapat manfaat daripada deposit tanpa yuran tetapi pengeluaran di bawah ambang tertentu mungkin dikenakan yuran pemprosesan tambahan di sesetengah broker. Caj penukaran mata wang juga dikenakan pada setiap kali pedagang melakukan transaksi dalam mata wang selain mata wang asas akaun mereka.

Sekatan Pasaran dalam Akaun Islamik

Walaupun akaun Islamik menawarkan syarat perdagangan yang lebih kurang sama seperti akaun standard, pelanggan Muslim lazimnya mendapat akses kepada pilihan pasaran boleh dagang yang lebih terhad. Broker yang mematuhi Syariah telah sengaja mengeluarkan beberapa produk yang dianggap “haram” daripada akaun Islamik untuk kekal konsisten dengan prinsip kewangan Syariah.

  1. Bon, Niaga Hadapan dan Kontrak Hadapan

    Pelanggan biasanya tidak boleh memasuki kontrak hadapan dan niaga hadapan apabila berdagang melalui akaun tanpa swap. Produk sebegini bersifat sangat spekulatif, melibatkan risiko yang berlebihan, dan tiada pemilikan aset asas. Ramai ulama Islam berhujah bahawa sifat-sifat ini bercanggah dengan prinsip kewangan Syariah. Perkara yang sama berlaku untuk sekuriti hutang seperti bon konvensional kerana ia melibatkan keuntungan daripada faedah dan oleh itu kebanyakannya tidak disediakan kepada pelanggan Muslim.

  2. Pasangan Mata Wang Eksotik

    Sesetengah broker juga mengenakan sekatan pada perdagangan pasangan eksotik tertentu melalui akaun Islamik. Mata wang eksotik dari ekonomi membangun dikaitkan dengan kadar faedah bank pusat yang lebih tinggi. Ia tidak menguntungkan broker untuk menawarkan pasangan mata wang tersebut kepada pedagang tanpa swap.

  3. Spread Betting

    Spread betting adalah satu lagi aktiviti yang diharamkan menurut undang-undang Syariah kerana ia melibatkan spekulasi jangka pendek terhadap pergerakan harga masa depan tanpa pemilikan aset asas. Amalan ini amat menyerupai perjudian (maisir) dan melibatkan risiko berlebihan (gharar) kerana satu pihak secara harfiah mempertaruhkan wang pada hasil yang tidak pasti sambil berharap akan mendapat keuntungan atas kos pihak lain.

  4. Saham Syarikat dengan Aktiviti Perniagaan yang ‘Tidak Boleh Diterima’

    Undang-undang Syariah juga mengehadkan pelaburan dalam syarikat yang aktiviti perniagaan utamanya dianggap ‘haram’. Contohnya termasuk saham bank yang mengenakan faedah atau syarikat yang terlibat dalam pengeluaran alkohol, tembakau, perjudian, produk berasaskan khinzir, dan jenis hiburan tertentu. Pedagang Muslim biasanya menggunakan ‘tapisan halal’ yang disediakan oleh broker mereka atau perkhidmatan pihak ketiga untuk berdagang saham yang mematuhi Syariah sahaja.

Perdagangan Komoditi dengan Akaun Islamik

Terlibat dalam perdagangan komoditi adalah aktiviti yang dibenarkan (halal), dengan syarat-syarat tertentu dipenuhi. Contohnya, perdagangan yang melibatkan komoditi keras seperti perak atau emas hendaklah disokong oleh logam berharga fizikal untuk mematuhi prinsip Syariah. Transaksi mesti berlaku secara serta-merta dengan pemindahan dana segera daripada pembeli kepada penjual atau sebaliknya.

Untuk menghuraikan lagi, pedagang Muslim memberi kuasa kepada broker mereka untuk membeli jumlah tertentu logam berharga dan memotong jumlah yang sepadan daripada baki akaun mereka. Seperti dalam perdagangan Forex, broker yang mematuhi Syariah tidak boleh mengenakan yuran rollover pada posisi komoditi semalaman. Menjual komoditi tertangguh pada harga tertangguh adalah tidak dibenarkan dalam perdagangan Islam.

Kriteria dan Proses Permohonan untuk Membuka Akaun Islamik

Sesetengah broker mengehadkan ketersediaan akaun tanpa swap kepada pelanggan dari negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, walaupun ini tidak semestinya berlaku. Contohnya ialah Pepperstone yang hanya menyediakan akaun tanpa swap untuk pelanggan dari Maghribi, Mesir, Algeria, Malaysia, Kuwait, Turki, dan Qatar, selain beberapa rantau lain. Kami mengesyorkan anda untuk menghubungi sokongan pelanggan untuk bertanya sama ada broker pilihan anda mengenakan sekatan negara ke atas akaun Islamik.

Anda mesti mendaftar akaun perdagangan langsung dengan mengisi maklumat peribadi dan alamat tempat tinggal anda dalam borang. Langkah seterusnya dalam proses permohonan melibatkan pengesahan identiti anda dengan mengemukakan dokumen yang berkaitan seperti gambar dokumen yang dikeluarkan oleh kerajaan, bil utiliti, penyata bank, dan kad kredit/debit (bahagian hadapan dan belakang).

Setelah mengesahkan anda ialah orang yang anda dakwa, anda harus menambah dana ke baki anda. Hanya pelanggan dengan akaun yang disahkan dan dibiayai layak untuk memohon dalam kebanyakan kes. Pemohon juga mesti mengemukakan bukti pegangan agama jika dokumen pengenalan tersebut tidak menyatakan pegangan agama mereka dengan jelas.

Pedagang yang ingin membuka akaun tanpa swap dengan broker forex mesti mengambil perhatian bahawa memohon akaun Islamik akan menafikan kelayakan untuk menggunakan akaun standard atau akaun profesional dengan broker tersebut. Oleh kerana akaun tanpa swap terikat dengan beberapa syarat dan caj tertentu, tiada kemungkinan untuk menggabungkan perdagangan tanpa swap dengan syarat khusus yang terpakai pada jenis akaun perdagangan lain.

Kebanyakan broker yang mematuhi Syariah meminta surat rasmi daripada pemimpin masjid (imam) atau wakil agama lain sebagai bukti pegangan agama. Jika tidak, semua orang akan memohon akaun Islamik untuk memanfaatkan perdagangan tanpa faedah. Pelanggan Muslim harus memberi masa beberapa hari bekerja untuk jabatan broker yang berkenaan menilai permohonan mereka. Malangnya, perlu dinyatakan bahawa pedagang Muslim yang tinggal di negara di luar senarai rantau yang layak untuk perdagangan tanpa swap mungkin tidak dapat memohon akaun perdagangan Islamik.

Kelebihan dan Kekurangan Berdagang dengan Akaun Islamik

Kelebihan Utama

  • Salah satu kelebihan akaun Islamik ialah pedagang Muslim boleh mengakses pasaran kewangan tanpa mengorbankan prinsip agama mereka.
  • Satu lagi manfaat jelas daripada akaun Islamik adalah ketiadaan yuran swap apabila menahan posisi selepas pasaran ditutup pada hari tersebut.
  • Pedagang Muslim boleh memegang posisi jangka panjang tanpa membayar faedah harian, ini berpotensi mengurangkan jumlah perbelanjaan perdagangan mereka. Sebaliknya, yuran pentadbiran akan dikenakan. Yuran ini selalunya lebih rendah berbanding swap negatif yang ditolak daripada baki anda.

Kekurangan Utama

  • Spread yang lebih luas adalah salah satu kekurangan yang berkaitan dengan perdagangan melalui akaun Islamik. Broker sering memasukkan spread yang lebih besar ke dalam harga bida-tawar untuk mengimbangi ketiadaan yuran swap yang merupakan sebahagian besar daripada pendapatan mereka.
  • Sesetengah broker dalam talian mengenakan komisen tetap bagi setiap perdagangan di atas spreadnya yang menambah kos perdagangan pelanggannya. Kami mengesyorkan anda untuk menyemak perkara ini terlebih dahulu untuk mengelakkan kejutan yang tidak menyenangkan kemudian. Broker yang dipaparkan di halaman ini semuanya mempunyai struktur harga yang telus, membolehkan pelanggan menentukan kos yang mereka boleh jangkakan.
  • Walaupun broker mengenakan yuran pentadbiran sebagai pengganti swap negatif, akaun Islamik tidak menawarkan alternatif kepada swap positif. Pelanggan Muslim tidak boleh menerima faedah daripada posisi semalaman, ini menjadi satu kekurangan kecil walaupun ia selari dengan kepercayaan agama mereka.
  • Sebagai kesimpulan, akaun Islamik biasanya menawarkan jenis instrumen kewangan yang lebih terhad, sekali gus mengehadkan peluang perdagangan pelanggan Muslim.
Ditulis oleh Z. Stefanova | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal