Laman Utama » Panduan Perdagangan Forex
Ditulis oleh Richard Perry
Richard Perry ialah seorang pakar yang diiktiraf dalam analisis teknikal dan strategi pasaran, dengan pengalaman yang luas dalam pasaran mata wang dan ekuiti. Beliau telah menubuhkan firma sendiri bernama Perry Market Analysis yang menyediakan perkhidmatan perundingan dan analisis bagi pasaran utama, termasuk penyelidikan melalui webinar, video dan analisis bertulis.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Pertukaran asing (juga dikenali sebagai forex atau FX) adalah aspek yang sangat penting dalam sistem kewangan global. Jumlah perdagangan hariannya dianggarkan bernilai US$7.5 trilion setakat April 2022 dan ia memberi kesan kepada jutaan pedagang di seluruh dunia.

Dalam Panduan Perdagangan Forex ini, kami akan merangkumi semuanya tentang Forex, cara pasaran kewangan berfungsi, dan pelbagai aspek perdagangan forex. Kami akan membimbing anda melalui semua istilah yang anda perlu tahu sebagai persediaan untuk memulakan perjalanan anda dalam perdagangan forex.

Apa maksud forex?

Mari kita mulakan dengan perkara asas. Forex, atau pertukaran asing, ialah pasaran kewangan di mana satu mata wang ditukar dengan mata wang lain pada harga tertentu. Harga forex dinyatakan dalam bentuk pasangan mata wang dan mencerminkan nilai sesuatu mata wang berbanding nilai mata wang yang lain.

Apakah pasangan Forex?

Harga forex sentiasa mempunyai dua sisi. Oleh itu, harga forex sentiasa dinyatakan dalam bentuk pasangan. Apabila anda membeli satu mata wang, anda mesti menjual satu mata wang lagi yang bertindak sebagai pasangannya dalam pasangan forex tersebut.

forex pair

EUR/USD ialah pasangan forex yang paling banyak didagangkan di dunia dan menunjukkan nilai euro yang dibandingkan dengan dolar AS. Euro (EUR) adalah “mata wang asas” (yang pertama) dan dolar AS (USD) adalah “mata wang disebut” atau “mata wang lawan” (yang kedua).

Sebut harga forex menunjukkan bilangan unit mata wang disebut yang diperlukan untuk menukar satu unit mata wang asas. Dalam kes EUR/USD, ia menunjukkan jumlah dolar AS yang diperlukan untuk membeli 1 EUR atau untuk menjual 1 EUR. Pergerakan harga dalam pasangan forex biasanya diukur dalam pip yang mewakili perubahan peratusan yang sangat kecil dalam nilai mata wang, biasanya digit keempat selepas titik perpuluhan dalam sebut harga.

Pasangan Utama, Bersilang dan Eksotik

Pasangan mata wang yang didagangkan di pasaran Forex global biasanya dibahagikan kepada tiga kategori utama. Dalam panduan ini, kita akan melihat pasangan mata wang yang paling biasa didagangkan dalam pasaran forex. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, terdapat 180 mata wang yang digunakan di 195 negara. Sebanyak 37 mata wang mengandungi perkataan “dolar” dalam namanya, dengan beberapa contoh paling popular termasuk dolar Australia (AUD), dolar Hong Kong (HKD), dolar Singapura (SGD), dolar Kanada, dan sudah tentu, dolar AS (USD).

Pasangan Forex dibentuk dengan menggabungkan mata wang fiat yang berbeza. Berdasarkan jumlah dagangannya, pasangan forex dikelompokkan kepada tiga kategori:


Major pairsPasangan utama – ini adalah pasangan mata wang yang paling banyak didagangkan dari segi volum dan biasanya mengandungi dolar AS yang didagangkan terhadap mata wang kukuh lain seperti EUR, JPY, GBP, CHF, AUD, CAD, dan NZD. Lapan mata wang ini bergabung untuk membentuk tujuh pasangan mata wang utama, iaitu EUR/USD, USD/JPY, GBP/USD, AUD/USD, USD/CHF, USD/CAD, dan NZD/USD.


CrossesBersilang (atau Minor) – pasangan forex ini mengandungi mata wang daripada negara dengan ekonomi maju tetapi tidak termasuk USD. Contoh popular termasuk EUR/JPY, EUR/GBP dan EUR/CHF.


exoticsEksotik – pasangan forex ini terdiri daripada mata wang yang mempunyai kecairan dan jumlah perdagangan yang lebih rendah serta perbezaan kadar faedah yang lebih tinggi. Kebanyakannya dipasangkan dengan USD, tetapi tidak semestinya. Antara contohnya adalah USD/TRY, USD/MXN dan USD/HKD.


Seperti yang dapat dilihat dalam jadual di bawah, menurut Bank for International Settlements, mata wang seperti yuan China (CNY) dan dolar Hong Kong (HKD) telah menjadi semakin popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ia kini banyak didagangkan dan menyaingi beberapa mata wang utama dari segi volum. Menarik juga untuk melihat NZD/USD menjadi satu-satunya pasangan utama yang mengalami penurunan jumlah perdagangan sepanjang tempoh tinjauan tiga tahun 2022.

Dengan menggunakan data dari tinjauan tiga tahun yang telah dijalankan oleh Bank for International Settlements, kami menyusun jadual volum perdagangan harian bagi pasangan mata wang paling popular dan perubahannya dari tahun 2019 hingga tahun 2022.

Pasangan forex2019

  • Volum
  • Peratusan Jumlah Volum FX
2022

  • Volum
  • Peratusan Jumlah Volum FX
Perubahan Volum Perdagangan dari Tahun 2019 sehingga 2022
Semua pasangan mata wang$6,590bn$7,508bn
EUR/USD$1,584bn24.00%$1,706bn22.70%7.70%
USD/JPY$871bn13.20%$1,014bn13.50%16.4%
GBP/USD$630bn9.60%$714bn9.50%13.3%
AUD/USD$358bn5.40%$381bn5.10%6.4%
USD/CAD$287bn4.40%$410bn5.50%42.9%
USD/CHF$228bn3.40%$293bn3.90%28.5%
NZD/USD$107bn1.60%$99bn1.30%-7.5%
Jumlah Utama (Major)$4,065bn61.70%$4,617bn61.50%13.6%
USD/CNY$269bn4.10%$495bn6.60%84%
USD/HKD$233bn3.30%$178bn2.40%-23.6%
EUR/GBP$131bn2.00%$154bn2.00%17.6%
USD/KRW$125bn1.90%$128bn1.70%2.4%
EUR/JPY$114bn1.70%$103bn1.40%-9.6%
USD/INR$110bn1.70%$118bn1.60%7.3%
USD/SGD$110bn1.70%$170bn2.30%54.5%
USD/MXN$105bn1.50%$103bn1.40%-1.9%
USD/SEK$86bn1.30%$93bn1.20%8.1%
USD/NOK$73bn1.10%$81bn1.10%11%
EUR/CHF$73bn1.10%$68bn0.90%-6.8%
USD/BRL$66bn1.00%$63bn0.80%-4.5%

Sumber: Bank for International Settlements Triennial Central Bank Survey 2022

Pasaran forex

Forex ialah pasaran terbesar di dunia dan mengatasi pasaran lain dengan margin yang besar. Menurut Triennial Central Bank Survey 2022 mengenai turnover forex yang dijalankan oleh Bank for International Settlements, pasaran forex mencatatkan jumlah turnover harian global sebanyak $7.5 trilion. Ini merupakan peningkatan 14% daripada $6.6 trilion pada tiga tahun sebelumnya (mengikut data tinjauan 3 tahun 2019).

Untuk memberi gambaran tentang saiz pasaran forex, kita boleh membandingkannya dengan saiz pasaran ekuiti global. Walaupun pasaran saham mempunyai sejarah yang lebih panjang daripada forex, forex telah berkembang secara eksponen, mengatasi semua pasaran kewangan lain. Nilai keseluruhan pasaran forex telah mmencecah $2.74 kuadrilion pada tahun 2022.

Forex market

Pasaran Forex – Siapa pemainnya?

Forex ialah pasaran global yang sebenar dan beroperasi secara terdesentralisasi sebagai pasaran over-the-counter (OTC). Pedagang tidak bergantung pada bursa seperti New York Stock Exchange atau London Stock Exchange untuk melaksanakan perdagangan mereka. Anda boleh berdagang forex dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia.

Pasaran forex merangkumi bank pusat dan bank korporat, syarikat bukan kewangan, dan individu. Banyak transaksi forex dilakukan untuk tujuan praktikal, seperti mengimport mesin. Syarikat-syarikat juga menggunakan forex untuk melindung nilai pendedahan mereka terhadap turun naik mata wang asing. Pelancong yang menukar mata wang negara mereka kepada mata wang tempatan destinasi juga menyertai pasaran forex, walaupun pada skala yang jauh lebih kecil. Sebahagian besar perdagangan forex di seluruh dunia dilakukan oleh pedagang (baik institusi mahupun individu) untuk tujuan mendapatkan keuntungan.

Berikut ialah pemain utama dalam pasaran forex:


Central banksBank pusat – merupakan aspek yang sangat penting dalam pasaran forex. Bank pusat menetapkan kadar faedah yang penting untuk menentukan nilai sesuatu mata wang. Perbezaan kadar faedah antara mata wang adalah kunci kepada pergerakan harga dalam forex. Pedagang sentiasa melihat perbezaan kadar faedah antara dua mata wang kerana kadar faedah yang lebih tinggi di satu negara boleh menjadikan mata wangnya lebih menarik kepada pelabur yang mencari pulangan lebih baik. Bank pusat boleh campur tangan dalam pasaran forex dengan membeli atau menjual mata wang yang turut mempengaruhi nilainya. Jika bank pusat percaya mata wangnya terlalu lemah dan memberi kesan kepada inflasi, ia mungkin memasuki pasaran dan membeli mata wangnya sendiri, meningkatkan permintaan dan berpotensi mengukuhkan nilainya.


Investment and commercial banksBank pelaburan dan komersial – pasaran interbank (bank berdagang mata wang antara satu sama lain) menghasilkan volum perdagangan tertinggi dalam pasaran forex. Bank akan berdagang bagi pihak pelanggan atau bagi pihaknya sendiri melalui meja perdagangan proprietarinya.


Money managers and hedge fundsPengurus dana dan dana lindung nilai (hedge fund) – Mana-mana organisasi kewangan yang menguruskan portfolio mesti mempertimbangkan perdagangan forex. Malah, banyak syarikat besar mengupah golongan profesional untuk berdagang sebahagian daripada wang entiti dan mendapatkan keuntungan daripada modal yang dilaburkan. Apabila dana pencen dan insurans hayat, pengurus aset dan dana lindung nilai berdagang portfolio antarabangsa, mereka menggunakan forex untuk membiayai pembelian mereka dan melindungi portfolio mereka.


Non-financial companiesSyarikat bukan kewangan – syarikat yang membeli dan menjual barangan dari luar negara juga bergantung pada pasaran forex. Instrumen seperti swap mata wang sering digunakan untuk melindungi risiko pendedahan mata wang.


IndividualsIndividu – pedagang runcit bergantung pada perkhidmatan broker forex untuk membuat spekulasi terhadap pergerakan harga pasangan mata wang atau membeli mata wang secara spot.


Berikut ialah peratusan perdagangan forex harian mengikut pihak kaunter (counterparty), seperti yang dianggarkan oleh Bank for International Settlements.

Pihak Kaunter ForexJumlah (US$)Peratusan
Reporting Dealers$3,462bn46.10%
Institusi kewangan lain$3,622bn48.20%
Pelanggan bukan kewangan$425bn5.70%
Jumlah$7,508bn100%

Sumber: Bank for International Settlements Triennial Central Bank Survey 2022

Beberapa statistik forex

Berikut adalah beberapa statistik forex yang mungkin menarik untuk anda:


US dollar (USD) is still kingDolar AS (USD) masih lagi raja – USD merupakan bahagian besar dalam pasaran forex, berada pada satu sisi 88.5% daripada semua perdagangan forex. Ia adalah mata wang rizab dunia dan digunakan dalam banyak transaksi antarabangsa. Euro (EUR) ialah mata wang kedua paling banyak didagangkan dengan perkongsian 30.5%, diikuti oleh yen Jepun (JPY) dengan 16.7% dan paun Britain (GBP) dengan 12.9%.


EUR/USDEUR/USD ialah pasangan mata wang yang paling banyak didagangkan, menyumbang sebanyak 22.7% daripada jumlah volum perdagangan forex – Ini diikuti oleh USD/JPY dengan 13.5% dan kemudian GBP/USD dengan 9.5%.


Individual forex tradingPerdagangan forex individu (runcit mahupun profesional) masih kecil dalam skala besar – Kepentingan perdagangan runcit forex (pelanggan bukan kewangan) kekal kecil kerana ia hanya menyumbang sekitar 6% sahaja daripada jumlah turnover global pasaran forex.


Berikut ialah 20 mata wang paling banyak didagangkan pada satu sisi perdagangan forex:

Mata WangKodVolum HarianPerkadaran
MATA WANG UTAMA
Dolar ASUSD$6,639bn88.50%
EuroEUR$2,292 bn30.50%
Yen JepunJPY$1,253 bn16.70%
Paun BritishGBP$968bn12.90%
Dolar AustraliaAUD$479bn6.40%
Dolar KanadaCAD$466bn6.20%
Franc SwissCHF$390bn5.20%
Dolar New ZealandNZD$125bn1.70%
LAIN-LAIN
Yuan ChinaCNY$526bn7.00%
Dolar Hong KongHKD$194bn2.60%
Krona SwedenSEK$168bn2.20%
Won KoreaKRW$142bn1.90%
Dolar SingapuraSGD$182bn2.40%
Krone NorwayNOK$125bn1.70%
Peso MexicoMXN$114bn1.50%
Rupee IndiaINR$122bn1.60%
Ruble RusiaRUB$14bn0.00%
Rand Afrika SelatanZAR$73bn1.00%
Lira TurkiTRY$27bn0.00%
Real BrazilBRL$66bn1.00%
Jumlah$7,506bn100.00%

Sumber: Bank for International Settlements Triennial Central Bank Survey 2022

Forex – pasaran 24 jam sehari, 5 hari seminggu

Pasaran forex adalah pasaran global yang tidak pernah tidur (kecuali pada hujung minggu). Ia beroperasi 24 jam sehari, lima hari seminggu.

Pusat perdagangan utama adalah London, New York, Sydney dan Tokyo. Dengan menggunakan Greenwich Mean Time (GMT) sebagai rujukan umum untuk mengelakkan kerumitan waktu jimat siang (daylight saving), pasaran forex sentiasa dibuka di suatu tempat di dunia sepanjang hari bekerja. Bagi pedagang di Eropah, minggu perdagangan bermula pada lewat malam Ahad (dari 10 mlm GMT apabila pasaran di Asia dan Australasia dibuka) dan berterusan sehingga malam Jumaat (kira-kira 10 mlm GMT apabila sesi AS berakhir).

Walau bagaimanapun, memandangkan zon masa Australia dan Jepun agak dekat, kedua-dua negara ini digabungkan menjadi satu sesi Asia. Sesi Asia unik kerana ia berlangsung lebih lama disebabkan waktu pembukaan yang berperingkat di seluruh rantau tersebut. Perdagangan bermula apabila hari perniagaan bermula di New Zealand, diikuti oleh Tokyo, dan kemudian pusat-pusat utama lain seperti Sydney, Hong Kong, dan Singapura mula beroperasi sepanjang pagi mengikut zon masa masing-masing.

Kesemua ini menghasilkan sistem tiga sesi dalam perdagangan forex. Berikut ialah waktu bagi tiga sesi global berikut:

SesiPusat utamaTempoh Sesi
Sesi EropahLondon8 pg GMT / 5 ptg GMT
Sesi Amerika UtaraNew York1 ptg GMT / 10 mlm GMT
Sesi AsiaSydney / Tokyo12 pg GMT / 9 pg GMT

Memerhatikan volatiliti semasa pertindihan sesi

Melihat pada waktu operasi tiga sesi tersebut, kita boleh nampak beberapa pertindihan. Apabila ramai pedagang yang aktif dalam pasaran semasa pertindihan ini, tempoh tersebut dicirikan oleh volum yang lebih tinggi dan seterusnya volatiliti yang lebih besar.

Pertindihan 1

Overlap 1Apabila sesi Asia hampir tamat dan sesi Eropah mengambil alih, terdapat pertindihan sekitar 1 jam 7 pg GMT/8 pg GMT.

Pertindihan 2

Overlap 2Apabila memasuki waktu petang Eropah, pedagang AS baru sahaja tiba di meja mereka dengan air kopi. Ini memberi sekitar 4 jam antara 12 tgh hari GMT dan 4 ptg GMT apabila pedagang AS dan Eropah semua aktif pada masa yang sama.

Terdapat juga satu tingkap penurunan volum perdagangan yang perlu diberi perhatian. Apabila sesi AS beransur-ansur tamat sekitar 8 mlm GMT/9 mlm GMT, ia mengambil masa beberapa jam sebelum pedagang Asia mula aktif. Terdapat perbezaan masa lima jam antara pantai barat Amerika Utara dan New Zealand, dan itu juga sebelum Tokyo mula beroperasi.

Di bawah ini kita akan melihat carta volum untuk EUR/USD (pasangan forex yang paling banyak didagangkan) di sepanjang 24 jam. Kita dapat melihat lonjakan volum di sekitar pertindihan sesi, dan juga kelembapan volum apabila sesi AS beralih kepada sesi Asia.

Kita juga dapat melihat volum tertinggi dalam perdagangan forex berlaku semasa waktu petang Eropah, iaitu semasa pertindihan antara sesi Eropah dan Amerika Utara.

Spekulasi Forex

Sekarang kami akan membawa anda melihat semua maklumat yang anda perlu tahu tentang membuat spekulasi di pasaran forex, dalam kata lain, perdagangan forex.

Perdagangan forex yang ringkas

Jika pedagang membeli EUR/USD apabila ia didagangkan pada $1.2000, ini bermakna mereka menggunakan $1.20 untuk membeli €1. Jika harga naik kepada $1.2500 dan pedagang memutuskan untuk menjual (iaitu menutup) posisi itu, maka jualan €1 itu akan menghasilkan $1.25. Perjalanan penuh perdagangan tersebut menghasilkan keuntungan $0.05.

Spekulator berdagang forex berdasarkan jangkaan bahawa harga forex akan naik atau turun. Anda boleh membeli (go long) atau menjual (go short) pasangan mata wang.

Jika anda percaya nilai EUR akan mengukuh berbanding nilai USD, anda akan membeli (atau go long) EUR/USD. Jika anda percaya nilai EUR akan lemah berbanding nilai USD, maka anda akan menjual (atau go short) EUR/USD.

forex trade

Sebut harga forex

Berikut adalah sebut harga sebenar untuk EUR/USD yang diambil dari platform perdagangan MetaTrader 4.

Di sini kos untuk membeli €1 adalah $1.18196 (atau 1.18196 dolar AS untuk membeli 1 euro). Walau bagaimanapun, anda juga akan menyedari bahawa terdapat dua harga yang membentuk satu sebut harga.

Apakah maksud spread?

Dua harga yang membentuk sebut harga forex ialah “harga bida” (dalam kes ini, harga anda membeli euro) dan “harga tawar” (harga anda menjual euro).

  1. Harga bida selalunya harga yang lebih tinggi, dalam contoh ini, 1.18196.
  2. Harga tawar selalunya harga yang lebih rendah, iaitu 1.18185. Ini kadangkala dirujuk sebagai harga “tawaran (offer)”.

Perbezaan antara harga Bida dan Tawar dikenali sebagai “spread”. Inilah cara broker/dealer forex menjana pendapatan mereka. Pada sebut harga ini, spread ialah 0.00011 atau 1.1 pip. Tetapi apa maksudnya?

Apakah maksud pip?

Sebut harga forex diukur dalam pip. Pip bermaksud peratusan dalam mata (“percentage in point”). Dalam kebanyakan sebut harga forex, pip adalah pergerakan satu digit pada tempat perpuluhan keempat bagi pasangan mata wang.

Jika harga EUR/USD bergerak dari $1.1853 ke $1.1857, maka pasangan itu telah naik sebanyak 4 pip.

Kebanyakan broker forex akan menyatakan sebut harga mereka hingga satu-persepuluh pip, menambah tempat perpuluhan kelima pada harga. Ini kerana mereka mempunyai spread berubah-ubah dalam sebut harga tersebut. Contohnya, harga EUR/USD mungkin berubah dari $1.18376 kepada $1.18293. Ini adalah penurunan sebanyak 8.3 pip.

Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian besar kepada peraturan ini, iaitu apabila anda berdagang yen Jepun. Apabila berdagang pasangan mata wang silang yen, perubahan 1 pip berlaku pada tempat perpuluhan kedua. Sebagai contoh, jika harga USD/JPY berubah dari 110.52 kepada 110.57, ini akan menjadi kenaikan sebanyak 5 pip.

Kalkulator Pip Forex

Nilai
Keputusan
MetrikNilai
Lot Standard$0.00
Lot Mini$0.00
Lot Mikro$0.00
Nilai Pip$0.00

Penggunaan leveraj

Berbanding pasaran lain yang boleh anda dagangkan, pergerakan dalam pasangan forex adalah kecil. Ia perkara biasa untuk mata wang kripto atau saham mengalami kenaikan atau penurunan sebanyak 10% dalam sehari. Namun, jika pasangan forex bergerak lebih daripada 1% atau 2% sehari, ini dianggap pergerakan besar kerana perubahan peratusan harian jarang melebihi 0.5% dalam pasaran pertukaran asing. Jika EUR/USD bergerak sebanyak 10% sehari, ia mungkin bermaksud dunia yang kita kenal ini akan mengalami kehancuran dan turun naik harga yang dramatik ini akan menyebabkan kekacauan besar di seluruh pasaran kewangan.

Jadi jika pasangan forex tidak bergerak dengan banyak, bagaimana anda boleh membuat keuntungan yang baik dengan berdagang? Jawapannya adalah melalui leveraj.

Lot

Dalam akaun perdagangan standard, posisi perdagangan forex diukur dalam “lot”, iaitu 1 lot bersamaan 100,000 unit mata wang asas.

Jika anda membeli 1 lot EUR/USD pada harga $1.1850, anda sebenarnya sedang berdagang $118,500. Ini bermakna pergerakan 1 pip (ingat, tempat perpuluhan keempat dalam harga) akan bersamaan dengan perubahan $10 pada posisi tersebut.

Oleh itu, 1 lot EUR/USD yang anda beli pada harga $1.1850, jika harganya meningkat sebanyak 22 pip dan anda menutup posisi pada $1.1872, jumlah posisi kini akan bernilai $118,720. Keuntungan perdagangan itu ialah $220.

forex market

Margin & Leveraj

Tanpa leveraj, kebanyakan pedagang forex tidak akan mempunyai modal yang mencukupi untuk berdagang 100,000 unit mata wang asas. Berdagang dengan leveraj memberi anda pendedahan yang jauh lebih besar kepada pasaran forex. Jumlah leveraj yang tersedia kepada pedagang bergantung pada bidang kuasa kawal selia tempat mereka berdagang, walau bagaimanapun, leveraj boleh tersedia daripada tiga puluh kali (1:30 dalam bidang kuasa Eropah) sehingga beberapa ratus kali (di bidang kuasa seperti Mauritius, Vanuatu atau Bahamas).

Leveraj 1:30 bermaksud pedagang memerlukan margin 3.33% dalam akaun mereka. Untuk posisi $100,000, pedagang hanya memerlukan $3,300 didepositkan dalam baki mereka.

Kalkulator Margin & Leveraj

Nilai
Keputusan

Margin Diperlukan: 0.00

Nilai
Keputusan

Hasil: 0.00

Risiko berdagang forex menggunakan margin

Walau bagaimanapun, berdagang saiz yang lebih besar datang dengan risiko yang jauh lebih tinggi. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, berdagang 1 Lot (100,000 unit mata wang asas) bermakna setiap pergerakan 1 pip dalam EUR/USD bernilai $10.

Walaupun pasangan forex mungkin tidak banyak bergerak dari segi peratusan, apabila menggunakan leveraj, pergerakan 40/50 pip dalam harga boleh berlaku dalam beberapa minit. Melainkan anda berdagang forex dengan perlindungan yang mencukupi untuk posisi anda (seperti stop-loss), akaun anda boleh musnah dengan sangat cepat.

Bentuk perdagangan forex yang berbeza

Terdapat beberapa cara untuk berdagang forex dan kami akan membantu anda membezakannya. Anda boleh terlibat dalam perdagangan spot forex (membeli dan menjual mata wang asas), atau berdagang derivatif (menggunakan kontrak untuk berspekulasi pada pergerakan harga mata wang). Terdapat beberapa elemen berkaitan perkara ini yang kami akan terangkan.


spot forexSpot forex – Perdagangan spot ialah pasaran utama untuk perdagangan forex. Bank besar cenderung menjadi antara pelaku utama dalam pasaran ini dan di sinilah terbitnya istilah “pasaran interbank”. Pedagang institusi selalunya berdagang secara langsung antara satu sama lain dengan penghantaran standard T+2, bermaksud jika sebuah bank membeli EUR pada hari Isnin, pertukaran sebenar dana biasanya berlaku pada hari Rabu.


Individual traders (the retail trader)Pedagang individu (pedagang runcit) – Individu memasuki pasaran forex melalui broker, iaitu secara tidak langsung melalui pasaran sekunder. Broker bertindak sebagai orang tengah antara pedagang individu dan pihak kaunter seperti bank-bank besar. Pemain yang lebih besar menyediakan kecairan kepada broker untuk kegunaan pelanggan mereka (pedagang individu). Broker menawarkan individu keupayaan untuk berdagang dengan margin di mana pedagang boleh menggandakan akaun mereka berkali ganda daripada saiz asal. Walau bagaimanapun, berdagang menggunakan margin meningkatkan tahap risiko pedagang dengan ketara.


Forex Forwards and FuturesForex Forward dan Niaga Hadapan – Forward ialah kontrak peribadi antara dua pihak untuk menukar mata wang pada tarikh masa hadapan mengikut harga yang telah ditetapkan. Niaga Hadapan ialah kontrak standard untuk penyerahan mata wang pada tarikh masa hadapan mengikut harga yang ditetapkan. Perbezaan besar antara kedua-duanya adalah forwards merupakan perjanjian di luar bursa, manakala niaga hadapan didagangkan di pasaran komoditi awam.


Forex OptionsOpsyen Forex – Perdagangan opsyen forex memberi anda hak, tetapi bukan kewajipan untuk membeli atau menjual forex pada tarikh tertentu di masa akan datang pada harga yang telah ditetapkan. Perdagangan opsyen dalam forex serupa dengan perdagangan niaga hadapan. Perbezaannya ialah kontrak niaga hadapan mempunyai kewajipan untuk penyerahan, tetapi tidak untuk opsyen. Jika harga bergerak memihak kepada pemegang opsyen, mereka boleh melaksanakan hak untuk membeli atau menjual. Namun, jika harga bergerak menentang mereka, mereka boleh membiarkan opsyen itu luput, sekali gus mengehadkan kerugian kepada premium yang dibayar pada awalnya.


Forex SwapsSwap Forex – Swap ialah perjanjian untuk menukar bayaran faedah antara dua pihak asing pada tarikh tertentu di sepanjang tempoh kontrak. Swap mata wang digunakan sebagai alat jangka masa panjang untuk melindungi risiko mata wang bagi pelaburan asing jangka panjang. Syarikat boleh menggunakan swap untuk mendapatkan kadar pinjaman yang lebih baik dalam mata wang asing berbanding jika mereka meminjam secara langsung di luar negara. Contohnya, sebuah syarikat AS yang memerlukan euro mungkin mendapati lebih murah untuk meminjam dalam USD dan kemudian menukar bayaran faedah dan prinsipal USD itu kepada bayaran EUR dengan sebuah syarikat Eropah yang memerlukan USD. Dengan cara ini, kedua-duanya berpotensi memperoleh kadar faedah keseluruhan yang lebih menguntungkan dalam EUR berbanding meminjam terus di Zon Euro.


Jadual ini menunjukkan tahap dan perkadaran volum harian bagi pelbagai instrumen perdagangan forex.

Instrumen FXJumlah (US$)Peratusan Jumlah Volum Forex
Spot$2,107bn28.10%
Outright forwards$1,163bn15.50%
Swap FX$3,810bn50.70%
Swap Mata Wang$124bn1.70%
Opsyen FX$304bn4.10%
Jumlah pasaran$7,508bn100.00%

Sumber: Bank for International Settlements Triennial Central Bank Survey 2022

Bagaimana cara untuk menjadi pedagang forex?

Sekarang mari kita lihat langkah-langkah untuk menjadi seorang pedagang forex:


Learn your tradePelajari perdagangan anda – Baca tentang subjek perdagangan forex. Memahami perkara yang anda akan ceburi adalah langkah terbaik. Sebelum anda menceburkan diri dalam perdagangan forex, anda harus belajar tentang spread, leveraj, volatiliti, dan cara pasaran forex bergerak. Terokai sumber dalam talian yang bereputasi baik, buku mengenai perdagangan forex, dan bahan pendidikan yang disediakan oleh broker anda. Ini akan memberi anda asas untuk membangunkan kemahiran sendiri. Paling penting, anda juga harus mempelajari prinsip pengurusan risiko, termasuk penggunaan pesanan henti rugi (stop-loss) dan saiz posisi yang sesuai.


Set up an accountBuka akaun dengan broker forex – buat penyelidikan tentang broker yang memenuhi keutamaan anda. Sesetengahnya baik dari segi yuran, sesetengahnya pula membantu dengan idea perdagangan, dan sesetengahnya baik dari segi khidmat pelanggan. Fikirkan perkara yang penting bagi anda. Laman web seperti BestBrokers.com boleh membantu.


Develop a trading strategyBangunkan strategi perdagangan – berdagang secara rawak tidak akan menguntungkan anda dalam jangka masa panjang. Luangkan masa untuk membangunkan idea perdagangan dan memikirkan posisi serta strategi keluar anda. Ini akan memberi peluang terbaik untuk berjaya. Selain itu, kami juga mengesyorkan anda untuk belajar cara menggunakan platform perdagangan. Ini akan membantu anda mengelakkan kesilapan biasa yang merugikan.


Forex SwapsRenungan diri – memasuki perdagangan forex tanpa sebarang persediaan adalah cara terpantas untuk kehilangan wang. Perdagangan boleh menjadi perjalanan emosi yang tidak stabil, dan anda perlu membuat keputusan berdasarkan trend, analisis, dan pemikiran kritikal. Jika anda boleh memahami sebab-sebab di sebalik keputusan anda, maka anda boleh belajar daripada kesilapan sendiri dan memperbaikinya.


Forex SwapsIkuti perkembangan semasa – Pasaran sentiasa berubah arah. Kenali pasaran anda, dan fahami faktor yang menggerakkannya. Mengikuti perkembangan acara yang mempengaruhi pasaran akan membolehkan anda mengubah posisi apabila pasaran berubah.


Apakah maksud broker forex?

Anda boleh membawa dolar atau euro ke pejabat pertukaran asing tempatan untuk membeli dan menjual mata wang lain. Walaupun biro pertukaran mata wang tradisional membenarkan pembelian dan penjualan mata wang asing, ia biasanya menawarkan kadar pertukaran yang tidak menguntungkan, mengenakan yuran yang tinggi, mempunyai waktu operasi yang terhad, dan tidak memberi leveraj untuk potensi pulangan yang lebih besar.

Mujurlah terdapat cara yang lebih mudah untuk seseorang individu memasuki pasaran forex dan berpeluang mendapatkan keuntungan. Namun, mereka memerlukan sedikit bantuan. Pedagang memerlukan perantara untuk menghubungkan mereka ke pasaran. Perantara ini ialah penyedia perdagangan pertukaran asing yang juga dipanggil broker forex.

Broker akan menyediakan pedagang dengan platform perdagangan dan akses ke pasaran forex. Pedagang kemudiannya boleh membuat spekulasi pada pergerakan dalam pasaran forex. Broker juga boleh memberikan pedagang leveraj untuk akaun mereka, memberi tahap pendedahan yang lebih tinggi dan kebolehan untuk membuat keuntungan yang lebih besar. Broker melaksanakan perdagangan bagi pihak pedagang sebagai pertukaran untuk bayaran (diperoleh melalui spread, komisen, atau kedua-duanya).

Gaya Perdagangan Forex yang Berbeza

Terdapat banyak cara berbeza untuk pedagang boleh mencuba pasaran forex. Ada yang berdagang dengan pandangan jangka pendek, manakala yang lain suka strategi jangka panjang.

  • Scalping: Anggap scalper cuba menangkap keuntungan kecil daripada banyak pergerakan harga sepanjang hari, seperti mengutip lebihan kecil berkali-kali.
  • Perdagangan Harian : Pedagang harian bertujuan meraih keuntungan dari pergerakan harga intrahari, menutup semua posisi sebelum hari perdagangan berakhir untuk mengelakkan risiko semalaman, serupa dengan menyelesaikan hari bekerja penuh dalam aktiviti perdagangan.
  • Perdagangan Swing: Pedagang swing cuba untuk menangkap ‘ayunan’ harga dalam beberapa hari, menunggang trend jangka pendek dan selalunya memegang posisi semalaman, seperti meluncur di atas gelombang pasaran.
  • Mengejar Trend: Pengikut trend mengenal pasti trend yang mantap dan cuba menunggangnya untuk tempoh yang lebih lama, memanfaatkan momentum, seperti mengikuti arus semasa.
  • Perdagangan Posisi: Pedagang posisi mengambil pandangan jangka panjang, selalunya menyelaraskan perdagangan mereka dengan trend ekonomi fundamental dan memegang posisi selama beberapa bulan ataupun tahun, seperti melabur dalam saham pertumbuhan jangka panjang.

Mari lihat kaedah-kaedah yang anda boleh gunakan.

Gaya perdaganganKekerapan anda berdagangTempoh memegang posisiCara menjana idea
ScalpingBanyak kali sehari – Posisi dibuka dan ditutup dengan sangat cepatBeberapa saat hingga minitAnalisis Teknikal Jangka Pendek
Perdagangan harianBeberapa kali sehariBeberapa minit hingga jamData / Aliran Berita / Analisis Teknikal
Perdagangan swingBeberapa kali semingguBeberapa hariAnalisis Teknikal
Mengejar trendBeberapa kali sebulanBeberapa mingguAnalisis teknikal
Perdagangan posisiBeberapa kali setahunBeberapa bulan, mungkin tahunFundamental

Apa yang menggerakkan pasaran forex?

Pasaran forex sentiasa bergerak dan dipacu oleh pelbagai faktor. Prospek untuk satu mata wang berbanding mata wang lain merupakan aspek utama dalam pergerakan forex. Memahami faktor-faktor yang menyebabkan turun naik harga dan meramalkan pergerakan ini boleh menjadi penentu antara kejayaan dan kegagalan.

Berikut adalah beberapa faktor utama yang menggerakkan pasaran:


interest ratesGambaran kadar faedah – Bank pusat menyesuaikan kadar faedah untuk mengurus ekonominya, mengelakkannya daripada menjadi terlalu panas atau lembap. Pasaran forex memberi tindak balas yang kuat kepada spekulasi tentang langkah seterusnya yang akan diambil oleh bank pusat atau jangkaan trajektori kadar faedah dalam jangka panjang. Kadar faedah yang lebih tinggi boleh menjadikan mata wang lebih menarik kepada pelabur asing yang mencari pulangan lebih baik. Hasil bon pula berfungsi sebagai cerminan utama jangkaan kadar faedah ini, dengan kadar forex sering bergerak seiring dengan sentimen pasaran bon.


NewsflowAliran berita – aliran berita mengenai peristiwa politik (seperti pertukaran kerajaan), data ekonomi (seperti inflasi, pertumbuhan atau pengangguran) dan kejadian semula jadi (seperti bencana alam) semuanya boleh memberi kesan kepada harga sesuatu mata wang dan penilaian relatifnya berbanding mata wang lain.


SentimentSentimen – kuasa pasaran, momentum dan sentimen adalah semua aspek penting dalam pergerakan forex. Pedagang menggunakan alat analitik seperti analisis fundamental dan analisis teknikal untuk meramalkan cara pasaran akan bergerak.


Kelebihan dan Kekurangan perdagangan forex

Sebelum anda mula berdagang forex, terdapat beberapa faktor yang mungkin anda ingin pertimbangkan. Terdapat banyak sebab mengapa perdagangan forex begitu popular di kalangan pedagang runcit. Walau bagaimanapun, perdagangan forex juga datang dengan beberapa risiko.

Berikut adalah beberapa kelebihan dan kekurangan perdagangan forex:

Kelebihan Utama

  • Dagangkan forex 24 jam sehari, lima hari seminggu – pasaran dibuka setiap jam, Isnin hingga Jumaat. Ini membolehkan pedagang berdagang pada bila-bila masa mereka mahu, siang atau malam.
  • Buka posisi beli atau jual - apabila berdagang forex, anda boleh membuat spekulasi sama ada harga akan naik atau turun. Tanpa mengira arah pasaran yang anda jangkakan itu, anda boleh memperoleh keuntungan. Pilihan di tangan anda.
  • Pasaran forex sangat cair - bilangan ahli pasaran yang besar membolehkan spread yang ketat dan mengurangkan jurang harga. Spread yang ketat pada pasaran membantu mengekalkan kos perdagangan yang rendah. Dengan forex, anda berdagang dalam pasaran global sebenar, bermaksud apabila ramai ahli pasaran, ia mengurangkan kemungkinan gelinciran harga dan jurang harga apabila pesanan dipenuhi.
  • Yuran lebih rendah – Berdagang ekuiti, bon dan dana (seperti ETF dan unit amanah) selalunya akan melibatkan yuran tambahan dan komisen, bahkan mungkin dikenakan di atas spread. Jika anda telah mengkaji dan memilih broker yang tepat, perdagangan forex boleh menjadi kelas aset yang mengekalkan kos perdagangan anda jauh lebih rendah berbanding aset lain. Komisen dan yuran tambahan biasanya bukan ciri perdagangan forex (kecuali anda memilih akaun spread sifar yang direka khas untuk mengurangkan kos lanjut).
  • Berdagang forex dengan margin – memberi anda pendedahan untuk memperoleh keuntungan yang lebih besar. Broker biasanya menawarkan tahap margin yang lebih tinggi pada instrumen forex. Dengan tahap kecairan yang tinggi dan pasaran yang bergerak pantas, berdagang forex dengan margin membolehkan pedagang menjana pulangan dengan lebih cepat.

Kekurangan Utama

  • Perdagangan margin boleh mempunyai risiko yang sama seperti manfaatnya. Perdagangan margin dalam pasaran yang sangat tidak menentu bermakna leveraj yang tinggi boleh menyebabkan kerugian yang besar dan cepat.
  • Caj pembiayaan semalaman – boleh dianggap sebagai kos tersembunyi dalam perdagangan forex. Pedagang selalunya (tetapi tidak semestinya) dikenakan caj hanya kerana mengekalkan posisi terbuka semalaman. Ini berbeza dengan pelaburan dalam ekuiti atau bon yang tidak mempunyai caj pembiayaan dan secara berkala membayar pulangan (sama ada dividen atau faedah) kerana memegang aset tersebut.
  • Kelemahan menjadi 'ikan kecil dalam kolam besar' - pasaran forex didominasi oleh bank-bank besar yang mempunyai akses kepada teknologi canggih, penyelidikan dan boleh mempengaruhi harga dengan posisinya. Pedagang runcit forex mungkin berasa seolah-olah mereka dicampak ke sana sini oleh pemain yang lebih besar dalam permainan ini. Namun begitu, hanya kerana bank-bank lebih besar, tidak bermakna mereka sentiasa betul.

Kesimpulan

Perdagangan forex adalah bentuk pelaburan yang sangat popular. Disebabkan ketersediaan margin, pedagang forex yang berjaya boleh mencapai apa sahaja daripada pendapatan sampingan yang menguntungkan sehinggalah menjadikannya sumber rezeki yang lumayan.

Dalam panduan ini, kami telah menerangkan maksud forex dan cara pasaran forex berfungsi. Kami juga telah menghuraikan cara untuk memulakan perjalanan anda dalam perdagangan forex. Seperti yang kami telah jelaskan, aspek paling penting yang perlu diingat adalah buat kajian anda dan ceburi perdagangan forex dengan penuh kesedaran.

Semoga anda semua berjaya dalam perdagangan forex!

Ditulis oleh R. Perry | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal