Ditulis oleh Zornitsa Stefanova
Zornitsa Stefanova ialah seorang penganalisis forex dan kripto yang berpengalaman. Beliau juga mengulas pelbagai topik kewangan seperti perdagangan saham dan pelaburan persaraan.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

ActivTrades ialah broker dalam talian yang memenangi anugerah dengan pengalaman melebihi dua dekad, iaitu dilancarkan pada tahun 2001. Broker ini mengendalikan lebih 100,000 pelanggan dari 170 bidang kuasa dengan lesen daripada FCA, SCB, BACEN dan CVM, CMVM, dan FSC. Ia menawarkan spread ketat dan keadaan perdagangan yang kompetitif untuk lebih 1,500 pasaran kewangan merentasi kelas aset utama seperti forex, saham, indeks, komoditi, bon, mata wang kripto, dan dana perdagangan bursa.

Pelanggan mempunyai akses kepada platform proprietari yang intuitif (ActivTrader) selain pilihan popular seperti MT4, MT5, dan TradingView. Broker ini memperoleh rating kukuh 3.9 bintang di Trustpilot daripada lebih 1,250 pengguna, dengan lebih 72% pengulas memberikan skor 5 bintang. Teruskan membaca untuk menentukan sama ada ActivTrades sesuai untuk anda. Kami mengkaji semua aspek penting operasi broker ini, termasuk spread dan kos perdagangan, jenis pasaran yang disediakan, ciri-ciri platform, dan banyak lagi.

Ringkasan Keseluruhan ActivTrades
Tahun Ditubuhkan2001
Deposit Minimum$0
Instrumen Boleh Dagang1,500+
Skor Trustpilot
Carta dimuatkan
Bilangan Ulasan TrustPilot
Carta dimuatkan
Lesen mengikut Tahap Pengawal Selia
Carta dimuatkan
Bilangan Pasangan FX yang Disediakan
Carta dimuatkan

Kelebihan dan Kekurangan Utama

Sebelum kita teruskan, berikut adalah gambaran ringkas mengenai kelebihan dan kekurangan utama apabila berdagang dengan ActivTrades.

Kelebihan Utama

  • Pengalaman melebihi 20 tahun
  • Sebut1 harga menunjukkan spread yang sempit bagi lebih 1,000 instrumen merentasi 7 kelas aset, termasuk lebih 50 pasangan mata wang
  • Tiada requotes dan purata masa pelaksanaan 0.004 saat
  • Menyediakan sokongan dalam lapan bahasa
  • Menawarkan analisis pasaran harian, webinar mingguan, tinjauan mingguan, serta isyarat dan amaran pergerakan harga
  • Leveraj runcit maksimum 1:1000 untuk entiti Mauritius
  • Insurans dana dinaikkan sehingga $1 juta

Kekurangan Utama

  • Sokongan pelanggan tidak disediakan pada hari hujung minggu
  • Akaun Profesional tidak disediakan di entiti yang dikawal selia oleh FCB
  • Mengenakan caj $12.50 untuk pengeluaran melalui pindahan bank dalam dolar AS
  • Pelanggan yang tidak aktif akan dikenakan yuran $10 selepas 52 minggu

Maklumat Syarikat

ActivTrades ditubuhkan 24 tahun lalu di Switzerland. Syarikat ini telah berkembang dengan pesat sejak dilancarkan pada  tahun 2001 dan kini mempunyai lebih daripada 100,000 pelanggan dari 170 negara, termasuk UK, Jerman, Itali, Brazil, Portugal, Australia, dan China. Kecemerlangan perkhidmatannya telah membawa kepada lebih 60 anugerah antarabangsa berprestij.

Pencapaian terkini syarikat ini termasuk dipilih sebagai Best Forex Broker and Safest Global Broker pada tahun 2023 oleh International Investor Magazine. Broker ini mempunyai pejabat di London, Nassau, Milan, Sofia, Lisbon, Port Louis, dan Florianopolis. Ia menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan global di bawah entiti berikut:

  • ActivTrades Plc, berlesen dan dikawal selia oleh Financial Conduct Authority (FCA) di UK di bawah lesen bernombor 434413, dengan pejabat berdaftar di The Loom, Office 2.6, 14 Gowers Walk, London, Tower Hamlets E1 8PY.
  • ActivMarkets Empresa de Investimento S.A., berlesen dan diawasi oleh Portuguese Securities Market Commission (CMVM) di bawah nombor pendaftaran 516 929 291. Entiti Portugal beralamat di Rua Duque de Palmela, No. 37, 1A-1250-097, Lisbon.
  • ActivTrades Markets, diberi kuasa dan dikawal selia oleh Financial Services Commission (FSC) Mauritius di bawah nombor pendaftaran GB24203277. Pejabat berdaftar entiti Mauritius terletak di 1st Floor River Court, 6 St Denis Street, 11328, Port Louis.
  • ActivTrades Corp, berlesen dan diberi kuasa oleh Securities Commission of the Bahamas (SCB) di bawah lesen bernombor 199667(B). Alamat rasmi entiti ini ialah 209 & 210 Church Street Sandyport, 1 P.O. Box SP 64388 Nassau, Bahamas.
  • ActivTrades CCTVM, diberi kuasa oleh Bank Pusat Brazil dan diawasi oleh Securities and Exchange Commission (CVM) Brazil, dengan alamat berdaftar di Rua Ângelo La Porta, 53, Ático 1 e 2, Florianópolis.

Memandangkan ia mempunyai banyak pendaftaran dan lesen, ia tidak menghairankan untuk ActivTrades mengamalkan tahap keselamatan, ketelusan, dan pematuhan pengawalseliaan yang tinggi. Syarikat ini ditubuhkan oleh Alex Pusco yang juga merupakan individu yang bertanggungjawab melancarkan StreamBank yang berpangkalan di Wales pada tahun 2021. Pada lewat tahun 2024, Matteo Paganini dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif bagi bahagian syarikat yang dikawal selia di Mauritius.

Mengapa Perlu Berdagang dengan ActivTrades?

Pasukan pengulas kami telah menyusun senarai sebab paling kukuh anda patut mencuba ActivTrades selepas menjalankna kajian menyeluruh dan menguji perkhidmatan broker ini dengan akaun langsung. Kami meringkaskan penemuan utama tersebut dalam jadual di bawah.

AspekPerkara yang kami suka
Broker Berbilang LesenBroker ini memegang lesen daripada 5 badan pengawal selia, termasuk pengawal selia peringkat pertama FCA di UK.
Insurans Dana yang MenyeluruhPampasan pelabur mencapai sehingga $1 juta, jauh lebih tinggi berbanding nilai ditawarkan oleh broker berlesen lain kepada pelanggan runcit.
Pilihan Platform Perdagangan yang MeluasSelain perisian proprietari, broker ini turut menyokong MT4, MT5, dan TradingView yang sangat popular.
Syarat Perdagangan KompetitifPedagang Forex tidak dikenakan komisen dan menikmati spread minimum dari 0.5 pip.
Pengalaman Perdagangan yang LancarActivTrades mengurangkan risiko sebut harga semula dengan memastikan pelaksanaan pesanan pantas dengan purata kelajuan 4 ms.
Pendidikan dan Penyelidikan BerkualitiPedagang boleh meningkatkan pengetahuan mereka dengan webinar mingguan, analisis pasaran harian, amaran harga, dan tinjauan pasaran mingguan.
Sokongan Pelanggan Berbilang BahasaPelanggan boleh mendapatkan bantuan dalam 8 bahasa, termasuk Portugis, Itali, Cina, dan Jerman.
Ketersediaan Aset yang Jarang DitawarkanSelain forex, pedagang boleh menceburi pasaran yang kurang ditawarkan seperti ETF dan bon.

Pengawalseliaan

Sebagai broker dalam talian global, ActivTrades memegang lesen daripada 5 pengawal selia berbeza. Syarikat ini menerima pelanggan dari United Kingdom dengan lesen yang dikeluarkan oleh Financial Conduct Authority (FCA), salah satu badan pengawasan paling ketat di dunia. Bahagian UK broker ini, ActivTrades Plc, mendapat kebenaran daripada pengawal selia British pada Julai 2009 dan hanya pernah dikenakan tindakan tatatertib sekali sahaja dalam tempoh 16 tahun lepas.

Syarikat ini juga mengendalikan bahagian di pulau Mauritius dan Bahamas di bawah lesen yang dikeluarkan oleh Financial Services Commission (FSC) dan Securities Commission of the Bahamas (SCB). Lesen luar pesisir ini membolehkan broker berurusan dengan pelanggan dari kebanyakan kawasan di seluruh dunia, termasuk Asia, Oceania, Afrika, dan Amerika Latin.

Broker yang berpangkalan di London ini turut mengukuhkan operasinya di Amerika Latin selepas menerima kebenaran daripada Comissão de Valores Mobiliários (CVM) Brazil pada lewat tahun 2021. Menurut pangkalan data pengawal selia, anak syarikat Brazil beribu pejabat di Florianopolis, ibu negeri Santa Catarina. Perkhidmatan di bawah lesen Brazil bermula sekitar tahun 2023.

Syarikat membuka cawangan di Lisbon hampir pada masa yang sama selepas menerima lesen daripada Portuguese Securities Market Commission (CMVM). Memandangkan Portugal adalah sebahagian daripada Kesatuan Eropah, lesen CMVM membolehkan ActivTrades mendaftarkan pelanggan dari negara anggota EU lain tanpa perlu mendapatkan kebenaran dalam setiap negara Eropah. Sebagai contoh, walaupun broker ini berdaftar dengan pengawal selia Itali CONSOB, operasi ActivTrades di Itali sebenarnya dipantau oleh CMVM.

WilayahEntitiPihak BerkuasaTahun
PortugalActivMarkets Empresa de Investimento S.A.Portuguese Securities Market Commission (CMVM)2023
MauritiusActivTrades MarketsThe Financial Services Commission (FSC) of Mauritius2024
BahamasActivTrades CorpThe Securities Commission of the Bahamas (SCB)N/A
United KingdomActivTrades PlcThe Financial Conduct Authority (FCA)2009
BrazilActivTrades CCTVMThe Securities and Exchange Commission (CVM)2022

Sebagai broker yang mempunyai pelbagai lesen, ActivTrades mengamalkan piawaian keselamatan yang tinggi dan sentiasa melabur dalam infrastrukturnya untuk memastikan persekitaran perdagangan yang selamat bagi semua pelanggan. Syarikat ini melindungi pedagang dengan perlindungan baki negatif dan menyimpan dana mereka dalam akaun berasingan di bank peringkat pertama seperti Lloyd’s dan Barclays. Broker ini menyediakan pampasan pelabur yang ditambah baik tanpa kos tambahan kepada pelanggan.

Pengawalseliaan

  • Berlesen di 5 bidang kuasa
  • Memegang lesen daripada dua pengawal selia bertaraf tinggi (FCA dan CMVM)
  • Menawarkan insurans dana pelanggan yang dinaikkan sehingga $1,000,000 untuk entiti ActivTrades yang dikawal selia oleh SCB dan FSC
  • Perlindungan baki negatif untuk semua pemegang akaun ActivTrades
  • Menyimpan dana pelanggan dalam akaun berasingan di beberapa bank yang bereputasi
  • Diaudit secara berkala oleh firma perakaunan Big Four

Prosedur KYC untuk Membuka Akaun dan Membuat Deposit

Keperluan KYC banyak bergantung pada entiti ActivTrades yang didaftarkan oleh pelanggan. Proses membuka akaun mengambil masa kira-kira 5 minit jika anda sudah menyediakan semua dokumen yang diperlukan. Jabatan yang berkaitan akan menilai dokumen pengesahan dalam masa satu hari bekerja. Untuk memulakan proses pendaftaran, anda mesti memuatkan laman web broker di pelayar mudah alih atau desktop, klik butang Sign Up biru di sudut kanan atas skrin, dan lengkapkan langkah-langkah di bawah.

  1. Berikan maklumat peribadi anda: Lengkapkan borang dengan memilih negara tempat tinggal anda dan isi nama, alamat e-mel, dan kata laluan pilihan.
  2. Masukkan nombor telefon anda: Berikan nombor semasa supaya broker boleh menghubungi anda dengan mudah tentang perkara segera.
  3. Isi maklumat peribadi tambahan: Masukkan tarikh lahir, negara kelahiran, dan kewarganegaraan anda. Pelanggan dari negara tertentu juga mesti menyediakan nombor pengenalan cukai (TIN).
  4. Berikan alamat tempat tinggal penuh: Isi alamat tempat tinggal semasa, poskod, bandar atau bandar raya.
  5. Berikan maklumat pekerjaan: Nyatakan status pekerjaan semasa dan isi butiran pekerjaan seperti nama syarikat, industri, dan jawatan.
  6. Masukkan maklumat kewangan anda: Ini termasuk menyatakan nilai simpanan dan pendapatan tahunan anda. Broker juga akan meminta anda memasukkan jumlah deposit awal yang anda cadang untuk masukkan.
  7. Nyatakan sumber dana anda: Nyatakan cara anda memperoleh dana yang akan didepositkan, contohnya melalui pekerjaan, pelaburan, simpanan, atau warisan.
  8. Sahkan identiti dan alamat anda: Muat naik foto dokumen anda untuk melengkapkan proses pengesahan akaun. Broker ini menerima salinan kad pengenalan kebangsaan, permit tempat tinggal, pasport, dan bil utiliti terkini sebagai bukti alamat.
  9. Lengkapkan soal selidik: Jawab soalan supaya ActivTrades boleh menilai pengalaman dan kelayakan anda untuk berdagang derivatif.
  10. Pilih platform perdagangan pilihan: Anda boleh memilih ActivTrader proprietari, MT4, atau MT5. Pilih mata wang asas bagi akaun anda dan terima terma dan syarat.

Mendaftar akaun langsung adalah proses yang ringkas dan biasanya tidak mengambil masa lebih daripada beberapa minit jika anda telah menyediakan semua dokumen pengesahan terlebih dahulu. Pengesahan biasanya mengambil masa selama beberapa jam hingga satu hari bekerja, bergantung kepada beban kerja jabatan yang berkaitan. Pelanggan yang sudah disahkan boleh mendaftar sehingga 10 akaun langsung. Setelah broker mengesahkan identiti, anda boleh menambah dana ke baki langsung anda melalui pindahan bank, kad, atau e-dompet yang disokong. Tiada keperluan deposit awal minimum bagi pelanggan yang mendaftar melalui entiti EU, UK, FCB, dan FSC.

Pembukaan Akaun

  • Pendaftaran yang mudah, selesai dalam masa 5 minit
  • Tiada keperluan deposit minimum untuk pelanggan dari kebanyakan kawasan
  • Pelanggan mesti melengkapkan soal selidik kelayakan

Jenis Akaun

ActivTrades menawarkan pelanggan globalnya dengan tiga pilihan akaun utama, iaitu akaun individu, tanpa swap, dan akaun demo. Pelanggan Eropah juga boleh mendaftar akaun profesional jika mereka memenuhi kriteria kelayakan broker. Daripada pemerhatian kami, pilihan ini tidak disediakan untuk pedagang di bawah entiti Bahamas dan Mauritius. Broker ini menyokong mata wang asas akaun berikut:

  • Mata wang akaun utama: EUR, GBP, USD
  • Mata wang akaun tambahan: INR, KWD, AED, ARS, QAR, BRL, CHF, SEK

Akaun Demo di ActivTrades

ActivTrades membolehkan pelanggan baharu menguji perkhidmatan tanpa risiko dengan membuka akaun demo yang meniru keadaan persekitaran perdagangan langsung dengan rapat. Akaun ini sesuai untuk pedagang baharu dan berpengalaman, membolehkan mereka membiasakan diri dengan perisian dan menguji strategi baharu tanpa had. Oleh kerana persekitaran akaun demo diselaraskan dengan keadaan pasaran sebenar, pedagang boleh menguji strategi tanpa sekatan. Menetapkan akaun demo mudah sahaja: pilih platform pilihan, mata wang asas, baki maya, dan nisbah leveraj.

Pelanggan boleh membiayai baki demo mereka dengan 250 hingga 200,000 kredit maya. Broker ini mendakwa akaun demo disediakan tanpa had masa, tetapi selepas membuka satu akaun ini, kami mendapati ia tamat selepas 30 hari. Berita baiknya anda sentiasa boleh membuka akaun demo lain dari Ruang Peribadi anda. Kami juga perlu memberi amaran bahawa terdapat kelewatan 15 minit dalam sebut harga akaun demo. Akaun demo disediakan untuk MT4, MT5, dan ActivTrader.

Akaun Individu (Runcit)

ActivTrades menawarkan satu akaun individu yang disesuaikan untuk keperluan pelanggan runcit. Mendaftar akaun bersama dengan pasangan atau saudara juga merupakan pilihan selagi kedua-dua pihak telah mencipta akaun runcit individu terlebih dahulu. Akaun individu runcit tidak mengenakan komisen atas posisi forex dan menawarkan perdagangan dalam lot mikro merentas semua platform disokong (MT4, MT5, ActivTrader).

Pemegang akaun boleh melaksanakan pelbagai strategi perdagangan, termasuk perdagangan algoritma, lindung nilai, dan scalping. Broker tidak mengenakan komisen kerana semua kos CFD ditanggung melalui spread. Pengecualian diberikan untuk CFD saham sahaja. Selain pesanan pasaran, had, dan stop loss biasa, pengguna akaun akan mendapat manfaat daripada jenis pesanan lanjutan seperti Fill or Kill dan Immediate or Cancel.

Akaun Islamik

Pelanggan yang ingin mengelak daripada membayar atau menerima faedah boleh memohon untuk membuka akaun Islamik di ActivTrades. Jenis akaun ini mematuhi undang-undang Syariah dan membolehkan perdagangan tanpa swap di mana posisi yang kekal terbuka semalaman tidak akan dikenakan yuran rollover yang juga dikenali sebagai swap. Sebaliknya, pelanggan membayar yuran pentadbiran pada perdagangan semalaman selepas tempoh tangguh tertentu, ini tidak dinyatakan secara jelas di laman web ActivTrades.

Pelanggan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kriteria kelayakan boleh menghantar pertanyaan ke middleeastdesk@activtrades.com. Akaun ini serasi dengan semua platform perdagangan yang disokong, menawarkan perlindungan baki negatif, dan pedagang dapat menikmati insurans deposit yang dinaikkan. Akaun Islamik hanya disediakan untuk pelanggan yang mendaftar dari 13 negara.

Negara Mana yang Layak untuk Akaun Tanpa Swap?
MalaysiaKuwaitQatarLebanon
Emiriah Arab BersatuOmanArab SaudiBahrain
JordanAlgeriaTunisiaMesir

Akaun Profesional

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pelanggan yang mendaftar melalui entiti berlesen CMVM dan FCA boleh memohon akaun profesional. Jenis akaun ini tidak disediakan kepada pedagang yang mendaftar dari bahagian ActivTrades yang dikawal selia oleh Bahamas dan Mauritius. Pelanggan runcit dengan akaun langsung yang sudah disahkan juga boleh menaik taraf ke status profesional jika mereka memenuhi kriteria kelayakan.

Pedagang profesional menikmati pelbagai keistimewaan, bermula dengan leveraj yang jauh lebih tinggi iaitu 1:400 untuk CFD forex dengan tahap close-out sehingga 30%. Manakala, pelanggan runcit dari UK dan EU boleh menggunakan leveraj maksimum 1:30. Pemegang akaun mendapat perkhidmatan pengurus akaun berdedikasi dan layak untuk seminar khas melalui jemputan yang dianjurkan oleh broker. Mereka boleh meluaskan pengetahuan dengan mendaftar sesi latihan khusus berdua dengan pakar industri.

Pelanggan dengan akaun profesional juga boleh menyertai program cashback broker ini dan mendapat bonus rujukan untuk setiap pelanggan baharu yang mereka perkenalkan ke ActivTrades. Broker tidak akan mengecualikan mereka daripada perlindungan baki negatif dan pampasan pelabur, ini sesuatu yang jarang ditemui dalam industri. Pelanggan boleh memohon akaun pro dengan memuat turun dan mengisi borang permohonan PDF di laman web. Di bawah, kami menggariskan beberapa kriteria untuk menaik taraf ke akaun profesional. Anda mesti memenuhi sekurang-kurangnya dua syarat tersebut untuk layak menaik taraf ke akaun profesional.

  • Purata 10 transaksi volum besar dalam pasaran berkaitan setiap suku tahun sepanjang tahun sebelumnya. Pemohon mesti menyediakan cetakan aktiviti perdagangan mereka sebagai bukti.
  • Portfolio kewangan melebihi $/€500,000, termasuk aset kewangan dan deposit tunai. Pedagang yang layak mesti memuat naik penyata akaun sebagai bukti.
  • Satu tahun atau lebih pengalaman profesional dalam industri kewangan dalam jawatan yang berkaitan. ActivTrades mungkin menghubungi majikan semasa atau bekas majikan anda untuk mengesahkan perkara ini.

Jenis Akaun yang Tidak Disediakan di ActivTrades

Walaupun membuka akaun bersama adalah pilihan di ActivTrades, broker ini tidak menawarkan akaun Percentage Allocation Management Module (PAMM) buat masa ini. Ketiadaan akaun ini mungkin mengecewakan bakal pelanggan yang mencari pendekatan lebih praktikal dalam perdagangan forex dan pemelbagaian portfolio secara pasif. Selain itu, akaun berasaskan komisen juga tidak disediakan, namun ini bukanlah kelemahan besar memandangkan spread ketat yang ditawarkan oleh ActivTrades.

Jenis Akaun

  • Menawarkan akaun runcit, profesional, akaun tanpa swap serta akaun demo
  • Menyediakan perlindungan baki negatif kepada pedagang profesional
  • Lebih daripada 10 mata wang akaun asas, termasuk EUR, USD, CHF dan GBP
  • Pilihan untuk membuka sehingga 10 akaun sebenar bagi setiap pedagang
  • Permohonan untuk membuka akaun bersama boleh dibuat

Yuran Perdagangan dan Kos Lain

ActivTrades terkenal dengan struktur harga yang menarik, di mana perbelanjaan perdagangan berpunca semata-mata daripada spread dan kadar swap posisi semalaman. Menurut kenyataan pelaksanaan pesanan broker, ActivTrades bertindak sebagai pihak lawan dan berurusan atas akaun sendiri. Broker ini mendapatkan kecairan daripada pembekal pihak ketiga untuk menentukan sebut harga dan mengurus risiko. ActivTrades menerangkan dalam kenyataan pelaksanaannya bahawa ia bergantung pada pembekal kecairan luaran untuk meminimumkan pendedahan risikonya melalui hedging. Semua faktor ini membawa kami kepada kesimpulan bahawa ActivTrades adalah sebuah broker penggerak pasaran (market maker). Sekarang, mari kita lihat yuran dan struktur harga broker ini dengan lebih dekat.

  • Yuran perdagangan – Pelanggan boleh menjangkakan purata spread yang sempit dan yuran swap pada posisi semalaman.
  • Perbelanjaan bukan perdagangan – Kos ini timbul daripada transaksi menggunakan beberapa kaedah pembayaran, caj penukaran mata wang, dan yuran tidak aktif.
Kos/YuranMaksudDengan ActivTrades
YURAN PERDAGANGAN
SpreadSatu kos yang dimasukkan dalam semua perdagangan yang mencerminkan perbezaan antara harga bida dan tawar.ActivTrades menawarkan spread kompetitif yang umumnya bermula pada 0.5 pip merentasi semua jenis akaun.
KomisenYuran tetap atau berasaskan peratus yang dikenakan oleh broker untuk melaksanakan perdagangan pelanggan.ActivTrades tidak mempunyai akaun berasaskan komisen kerana semua kos dimasukkan dalam spread. Hanya CFD saham layak untuk komisen.
Caj Pembiayaan (Yuran Swap)Yuran berasaskan peratus atau poin yang dikenakan untuk mengekalkan posisi leveraj terbuka semalaman.Kadar swap di ActivTrades berubah berdasarkan simbol dan arah posisi (long, short). Ia sentiasa berubah disebabkan perubahan kadar faedah.
YURAN BUKAN PERDAGANGAN
Yuran DepositDikenakan untuk deposit melalui kaedah deposit tertentu.Broker mengenakan 0.5% hingga 1.5% untuk deposit kad kredit dan debit (lihat lebih lanjut dalam Kaedah Deposit di bawah)
Yuran PengeluaranDikenakan apabila membuat pengeluaran dari baki langsung anda menggunakan kaedah tertentu.Yuran $12.50 dikenakan untuk pengeluaran pemindahan bank dalam USD (lihat Kaedah Pengeluaran di bawah)
Yuran Penukaran Mata WangDikenakan apabila pedagang membuka posisi yang melibatkan mata wang berbeza daripada mata wang akaun asas mereka.Yuran penukaran mata wang sebanyak 0.5% dikenakan di ActivTrades.

Spread

Berdasarkan pemerhatian kami, purata spread di ActivTrades adalah hampir serupa merentasi semua jenis akaun yang disediakan. Pelanggan tidak dikenakan komisen merentas semua kelas aset kecuali saham. Pedagang saham dikenakan komisen $0.02 sesaham ($1 min) untuk saham AS, 0.05% (€1 min) atau 0.05% (€5 min) untuk saham Eropah, dan 0.10% (£1 min) untuk saham UK. Spread ketat broker ini memberi kelebihan yang kompetitif berbanding beberapa pesaing terdekatnya. Spread purata adalah 0.50 pip untuk pasangan mata wang utama seperti EUR/USD. ActivTrades agak telus tentang harganya, ia menyediakan maklumat terperinci mengenai purata spread dan kadar swap bagi semua simbol perdagangan yang ditawarkan.

InstrumenPurata Spread ActivTrades (pip)
EUR/USD0.50
GBP/USD0.80
USD/JPY0.50
USD/CHF1.00
AUD/USD0.60
USD/CAD1.00
NZD/USD1.00

Broker ini bertindak sebagai pihak lawan dalam semua transaksi dan memperoleh keuntungan semata-mata daripada spread. Pelanggan boleh mengira perbelanjaan perdagangan mereka dengan mendarab saiz posisi dengan spread semasa sambil mengambil kira nilai pip. Oleh itu, perbelanjaan perdagangan meningkat secara berkadar dengan saiz posisi anda. Semakin besar posisi anda, semakin tinggi kos perdagangan anda.

ActivTrades menyediakan sebut harga lima digit untuk kebanyakan pasangan forex yang ditawarkannya. Mari lihat jumlah kos bagi satu lot standard, mini, dan mikro EUR/USD di ActivTrades. Contoh-contoh di bawah mengandaikan anda membuka dan menutup posisi dalam hari yang sama, maka tiada yuran swap yang dikenakan.

Contoh 1 – Satu Lot Standard

Pasangan mata wang: EUR/USD
Saiz posisi: 100,000 unit
Purata spread: 0.00005
Nilai pip: $10 setiap pip (0.0001)
Kos purata spread: 100,000 x 0.00005 = $5

Beberapa penjelasan perlu dibuat di sini. Satu lot standard dalam forex bersamaan 100,000 unit dalam mata wang asas (euro). Anda mendapat nilai pip dengan mendarab bilangan unit mata wang asas dengan saiz ticker minimum. Oleh itu, setiap pergerakan harga satu pip bersamaan dengan 100,000 x 0.0001 = $10. Satu lagi cara mengira kos spread adalah dengan mendarab spread dalam pip dengan nilai pip seperti ini: 0.5 x $10 = $5. Mari lihat anggaran kos perdagangan bagi satu lot mini dan mikro dengan spread yang sama.

Contoh 2 – Satu Lot Mini

Pasangan mata wang: EUR/USD
Saiz posisi: 10,000 unit
Purata spread: 0.00005
Nilai pip: $1 setiap pip
Kos purata spread: 10,000 x 0.00005 = $0.50

Contoh 3 – Satu Lot Mikro

Pasangan mata wang: EUR/USD
Saiz posisi: 1,000 unit
Purata spread: 0.00005
Nilai pip: $0.10 setiap pip
Kos purata spread: 1,000 x 0.00005 = $0.05

InstrumenActivTradesFusion MarketsFP MarketsBlackBull MarketsPepperstone
EUR/USD0.501.011.201.001.10
GBP/USD0.801.141.501.001.20
USD/JPY0.501.171.401.001.20
USD/CHF1.001.141.701.401.30
AUD/USD0.601.021.401.001.10
USD/CAD1.001.121.501.101.40
NZD/USD1.001.131.601.401.30

Seperti yang ditunjukkan dalam jadual di atas, spread ActivTrades mengatasi pesaing terdekatnya. Sesetengah broker dalam senarai di atas menawarkan akaun berasaskan komisen di mana jumlah kos perdagangannya adalah lebih rendah disebabkan spread yang jauh lebih ketat. Namun, kami membandingkan kos berdasarkan akaun standard kerana ActivTrades tidak mengenakan komisen untuk perdagangan forex.

Spread & Komisen

  • Spread purata 0.5 pip untuk pasangan utama
  • Perdagangan tanpa komisen merentasi semua kelas aset
  • Kos spread purata $5 setiap lot standard bagi pasangan EUR/USD

Caj Pembiayaan

Posisi yang dipegang semalaman tertakluk kepada caj pembiayaan, dengan kadar swap yang berubah berdasarkan perbezaan kadar faedah antara dua mata wang yang membentuk pasangan forex. Kadar swap boleh menjadi nilai positif atau negatif, dan ini sebahagian besarnya bergantung pada arah posisi (beli/long atau jual/short). Swap negatif dikenakan apabila mata wang yang anda beli mempunyai kadar faedah lebih rendah daripada mata wang yang anda jual, maka anda perlu membayar faedah.

Sebaliknya, kadar swap menjadi positif (anda memperoleh faedah) apabila kadar faedah mata wang yang dibeli lebih tinggi daripada mata wang yang dijual. Pada masa penulisan ini dibuat, ActivTrades mempunyai kadar swap -1.07 pip untuk posisi beli EUR/USD dan 0.40 pip untuk posisi jual. Posisi beli menanggung yuran swap $10.70 bagi setiap lot standard, manakala posisi jual memperoleh faedah $4.0 setiap malam. ActivTrades akan mengenakan atau mendebitkan swap pada tengah malam mengikut waktu platform. Posisi dalam pasangan mata wang dan logam berharga dikenakan kadar swap tiga kali ganda pada hari Rabu.

Yuran Deposit

Pelanggan ActivTrades boleh membiayai akaun langsung mereka tanpa caj apabila membuat deposit menggunakan e-dompet digital seperti Skrill, Google Pay, Apple Pay, PayPal, dan Neteller. Pedagang yang berdaftar di bawah bahagian luar pesisir boleh menambah baki mereka secara percuma menggunakan mata wang kripto seperti Ethereum, Bitcoin, Tether, Ripple, dan lain-lain. Deposit kad kredit dan debit di bawah entiti CMVM juga diproses tanpa caj. Walau bagaimanapun, broker mengenakan yuran penukaran mata wang sebanyak 0.5%.

Yuran Pengeluaran

Pengeluaran melalui e-dompet dan kad umumnya adalah percuma di ActivTrades. Pelanggan Eropah menikmati pengeluaran pemindahan bank percuma dalam euro dan franc Swiss tetapi dikenakan yuran $12.50 apabila mengeluarkan dolar AS. Pelanggan UK yang berdaftar di bawah bahagian global membayar £9 untuk pengeluaran pindahan bank. Seperti deposit, penukaran mata wang disertai dengan yuran 0.5%.

Yuran Tidak Aktif

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ActivTrades mengenakan penalti kepada pelanggan kerana tidak aktif dengan menolak $/€10 sebulan daripada baki yang terdapat dalam akaun tidak aktif. Broker mengenakan levi ini selepas 52 minggu tidak aktif, seperti yang dimaklumkan oleh wakil khidmat pelanggan. Kami mengesyorkan anda untuk mengakses akaun dan membuat pesanan dari semasa ke semasa untuk mengelakkan perbelanjaan yang tidak perlu. Namun begitu, perlu diingat bahawa tiada yuran akan dikenakan sekiranya baki akaun tidak mencukupi.

Yuran Tidak Aktif

  • Caj $/€10 sebulan selepas 50 minggu tidak aktif
  • Hanya dikenakan caj jika akaun mempunyai baki positif

Keseluruhan mengenai Yuran

ActivTrades menempatkan dirinya sebagai broker yang ideal untuk pedagang santai dan volum rendah kerana ia menawarkan spread purata yang sangat rendah dan tidak mengenakan komisen pada posisi CFD merentasi semua kelas aset kecuali saham. Kadar swap broker ini selaras secara amnya dengan pesaing. Dari sisi negatif, pelanggan boleh menjangkakan beberapa kos bukan perdagangan, termasuk yuran tidak aktif, caj penukaran mata wang, dan yuran tambahan bagi pengeluaran menggunakan kaedah pembayaran tertentu.

Yuran Perdagangan dan Kos Lain

  • Spread purata yang sempit untuk pasangan mata wang dengan kecairan tinggi
  • Kadar swap yang dinyatakan dengan jelas untuk posisi semalaman
  • Perdagangan tanpa komisen sepenuhnya, tanpa mengira kelas aset
  • Perbelanjaan tambahan akibat yuran bukan perdagangan

Platform Perdagangan Desktop

Berikut adalah gambaran ringkas mengenai platform yang disokong di ActivTrades sebelum kita melihat cirinya dengan lebih dekat:

  • MetaTrader 4 – MT4 adalah platform paling popular di kalangan pelanggan ActivTrades dan lain-lain.
  • MetaTrader 5 – Versi yang dipertingkatkan daripada MT4 yang menawarkan ciri tambahan, indikator teknikal, objek grafik, dan banyak lagi.
  • ActivTrader – Perisian proprietari broker ini yang berjalan lancar dalam kebanyakan pelayar mudah alih dan desktop.
  • TradingView – Pelanggan boleh menyambungkan akaun ActivTrader mereka ke TradingView dan memanfaatkan kebolehan platform pihak ketiga ini.

MetaTrader 4

Dipercayai oleh berjuta-juta pengguna di seluruh dunia, MT4 menawarkan perdagangan forex, indeks, logam berharga, dan komoditi lain dalam persekitaran yang mesra pengguna. Perdagangan CFD saham dengan MT4 tidak disediakan di ActivTrades buat masa ini. Dikenali kerana cirinya yang lengkap, platform ini menawarkan set alat perdagangan unik untuk analisis teknikal lanjutan, membolehkan pengguna mencipta indikator teknikal tersuai. Platform ini serasi dengan pelayar mudah alih dan desktop, namun pengguna juga boleh memilih untuk memasang versi muat turun. Berikut adalah beberapa ciri paling ketara yang disediakan untuk pengguna MT4 di ActivTrades.

  1. Ciri-ciri utama platform: 3 jenis carta, 6 jenis pesanan, 9 rangka masa.
  2. Berpuluh indikator teknikal prapasang: Pengguna MT4 mempunyai akses kepada lebih 50 indikator teknikal sedia ada yang memberikan pandangan berguna tentang volatiliti pasaran, momentum, dan trend. Contoh popular termasuk Purata Pergerakan Ringkas dan Eksponen, Ichimoku Kinko Hyo, Osilator Stokastik, dan Jalur Bollinger.
  3. Perdagangan algoritma dengan Expert Advisors: MT4 membolehkan perdagangan algoritma melalui Expert Advisors (EA). Bot perdagangan yang diprogram dalam bahasa MQL4 ini boleh melaksanakan pesanan bagi pihak anda, membolehkan anda mengautomasikan strategi perdagangan sepenuhnya.
  4. Banyak pilihan penyesuaian: Platform yang sangat fleksibel ini membolehkan pengguna mencipta carta tersuai, indikator teknikal, dan skrip untuk perdagangan automatik. Pedagang boleh mengubah suai pengalaman mereka mengikut keperluan unik masing-masing.
  5. Antara muka berbilang bahasa: MT4 disediakan dalam lebih 20 bahasa, termasuk Sepanyol, Inggeris, Perancis, Jerman, dan Portugis. Pilihan bahasa yang pelbagai menjadikan platform ini mudah diakses oleh semua pelanggan ActivTrades tanpa mengira negara asal.
  6. Penguji strategi yang mudah: Platform memudahkan analisis pasaran retrospektif melalui backtester satu benang yang memproses data terdahulu dan mensimulasikan perdagangan satu persatu. Walaupun kelajuannya terhad, kaedah ini memudahkan pengesanan ralat dalam strategi baharu.

MetaTrader 5

MetaTrader 5 ialah versi penambahbaikan kepada MT4, membolehkan anda berdagang CFD pada saham, forex, mata wang kripto, indeks, dana perdagangan bursa, dan kelas aset utama yang lain. Ia mempunyai keupayaan yang lebih baik daripada pendahulunya, menawarkan lebih banyak indikator teknikal, rangka masa, dan objek grafik. MT5 turut menyokong jenis pesanan lanjutan seperti trailing stop. Mod lindung nilai disediakan atas permintaan. Seperti versi sebelumnya, MT5 serasi dengan kebanyakan peranti desktop dan mudah alih. Pengguna boleh membuat pesanan dalam pelayar mereka atau memasang klien desktop yang boleh dimuat turun pada komputer Mac dan Windows. Beberapa ciri utama MetaTrader 5 termasuk:

  1. Ciri utama platform: 3 jenis carta, 8 jenis pesanan, dan 21 rangka masa.
  2. Jenis pesanan lanjutan: MT5 sesuai untuk pedagang berpengalaman kerana ia mengandungi jenis pesanan lanjutan yang memastikan fleksibiliti dan kawalan yang lebih baik ke atas pelaksanaan pesanan.
  3. Kalendar ekonomi bersepadu: Pengguna boleh menjejak semua acara penting dalam dunia kewangan melalui kalendar ekonomi bersepadu yang menyediakan suapan berita masa nyata.
  4. Penguji strategi berbilang benang: Ini merupakan penambahbaikan berbanding MT4, membolehkan backtesting strategi yang lebih pantas dan cekap. Penguji berbilang benang ini menggunakan beberapa teras CPU, sekali gus meningkatkan kecekapan dan mengurangkan masa yang diperlukan untuk menilai prestasi strategi yang kompleks.
  5. Rangka masa tambahan: Pengguna MT5 di ActivTrades mempunyai akses kepada lebih 20 rangka masa, membolehkan analisis pasaran yang lebih menyeluruh.
  6. Penentuan harga tahap II: Pedagang akan mendapat manfaat daripada ciri Depth of Market (DOM) yang membolehkan mereka melihat aliran pesanan dan volum perdagangan. Ini memberikan pandangan yang berharga tentang kecairan pasaran. Ciri ini sangat berguna bagi pelanggan ActivTrades yang bergantung kepada analisis aliran pesanan.

ActivTrader

ActivTrader ialah platform proprietari berasaskan pelayar milik broker ini yang tidak memerlukan muat turun perisian tambahan pada desktop. Ia memenuhi keperluan pedagang baharu dan berpengalaman dengan antara muka yang mesra pengguna dan pelbagai ciri berkuasa, termasuk pengurusan posisi pukal, kemasukan pullback, trailing stop progresif, dan indikator sentimen pasaran. Ketiadaan penguji strategi merupakan salah satu kekurangan ActivTrader. Berikut adalah ciri-ciri yang menjadikan platform proprietari intuitif ini menonjol berbanding pesaing lain.

  1. Ciri utama platform: 14 jenis carta, 8 jenis pesanan, dan 9 rangka masa.
  2. Jenis pesanan lanjutan: ActivTrader mempunyai jenis pesanan lanjutan seperti progressive trailing stop yang membolehkan pengguna memilih dua tahap harga. Henti dinamik ini mengubah kedudukannya secara berperingkat apabila harga aset bergerak bertentangan atau memihak kepada anda, memberi kawalan yang lebih baik ke atas keuntungan dan kerugian.
  3. Sokongan untuk strategi lindung nilai (hedging): ActivTrader ideal untuk pelanggan yang ingin melaksanakan hedging dalam strategi mereka. Pendekatan ini membantu mengurangkan impak turun naik harga yang tidak diingini dengan membuka posisi beli dan jual pada simbol yang sama.
  4. Fungsi sentimen pasaran: Platform proprietari ini menyediakan pandangan berharga tentang sikap pedagang lain terhadap pasaran dan kelas aset tertentu. Ia membolehkan pelanggan menggunakan kebijaksanaan orang ramai untuk kelebihan keuntungan mereka.
  5. Pengurusan posisi pukal: Pengguna ActivTrader boleh menyesuaikan dan menutup beberapa posisi terbuka secara serentak, meningkatkan kecekapan dan pengurusan risiko.
  6. Antara muka berbilang bahasa: Perisian proprietari broker ini disediakan dalam beberapa bahasa untuk memenuhi keperluan pedagang yang tidak fasih dalam bahasa Inggeris. Pelanggan dari negara bukan berbahasa Inggeris boleh memuatkan platform dalam bahasa Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, Bulgaria, dan Portugis.

TradingView

Pelanggan boleh mengintegrasikan platform proprietari ActivTrader dengan TradingView untuk memanfaatkan keupayaan kedua-dua platform tersebut. Ciri menonjol platform ini ialah perdagangan carta dengan sokongan 12 jenis carta dan pilihan untuk memaparkan sehingga 8 carta dalam satu tab. Di bawah ini, kami telah meringkaskan manfaat utama apabila anda menyambungkan akaun anda ke TradingView.

  1. Pelbagai jenis carta: TradingView menyediakan pilihan 12 jenis carta, termasuk Point and Figure, Renko, dan Kagi.
  2. Berbilang carta dalam satu tab: Pengguna platform boleh memuatkan sehingga 8 carta dalam satu tab dan menyelaraskan lukisan, rangka masa, dan simbol.
  3. Pelbagai rangka masa: Platform ini menawarkan pilihan rangka masa yang meluas, termasuk bar julat dan rangka masa saat.
Perbandingan Platform yang Disokong oleh ActivTrades
CiriMetaTrader 4MetaTrader 5ActivTrader
Lindung NilaiYaDisediakan atas permintaanYa
Perdagangan AutomatikYaYaTidak
Mod Terang/GelapTidakTidakYa
Sentimen PasaranTidakTidakYa
Perdagangan Satu KlikYaYaYa
Pengurusan Beberapa Posisi Secara SerentakTidakTidakYa
Trailing Stop yang DinamikTidakTidakYa
Kemasukan PullbackTidakTidakYa
Kalendar EkonomiTidakYaYa
Penguji StrategiSatu-benangBerbilang-benangTidak
Bilangan Rangka Masa9219
Bilangan Jenis Pesanan868
Bilangan Jenis Carta3314
CFD pada SahamTidakYaYa
Akaun demoYaYaYa
Perdagangan lot mini dan lot mikroYaYaYa
Perdagangan mudah alihYaYaYa

Perdagangan Salin di ActivTrades

Buat masa ini, ActivTrades tidak menyediakan perkhidmatan perdagangan salin terbina dalam, ini mungkin mengecewakan pedagang baharu yang ingin memanfaatkan kepakaran pedagang berpengalaman dan pelanggan yang mencari pilihan pendapatan pasif. Namun, broker ini menyokong rangkaian platform MetaTrader yang membolehkan penggunaan Expert Advisors pihak ketiga. Ini membolehkan pelanggan melaksanakan EA pihak ketiga untuk perdagangan automatik yang konsepnya tidak jauh berbeza dengan perdagangan salin.

Platform Desktop

  • Sokongan untuk MT4, MT5 dan ActivTrader (hak milik)
  • Perdagangan salin terbina dalam tidak disediakan buat masa ini
  • Pilihan untuk memautkan akaun ActivTrader ke TradingView
  • Lindung nilai disokong pada semua platform yang disediakannya
  • Tiada CFD saham dalam MetaTrader 4

Platform Perdagangan Mudah Alih

Pelanggan ActivTrades boleh memantau pasaran tanpa mengira masa dan tempat kerana semua platform yang disokongnya serasi dengan peranti mudah alih. Aplikasi khusus ActivTrader sangat menarik dengan antara muka yang intuitif dan pelbagai ciri yang lengkap. Aplikasi natif ini memberikan pengalaman perdagangan yang sama mantap seperti versi desktop. Ia berfungsi dengan baik pada peranti Android dan iOS serta menawarkan pelbagai fungsi lanjutan, termasuk sentimen pasaran, pesanan Trailing Stop, dan senarai pantauan yang diperibadikan. Anda boleh menggunakannya dalam mod gelap atau terang. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi natif ActivTrader.

Platform Perdagangan Mudah Alih ActivTrades
CiriAndroidiOS
Keperluan Sistem Minimum6.0 atau lebih tinggi16.4 atau lebih tinggi
Rating Pengguna4.8 / 54.9 / 5
Ulasan Pengguna88119
Bahasa DisokongInggeris, Jerman, Perancis, Itali, Bulgaria, Cina (ringkas dan tradisional), Sepanyol, Arab, Vietnam, Rusia, Portugis, MelayuInggeris, Arab, Bulgaris, Perancis, Jerman, Hindi, Indonesia, Itali, Melayu, Portugis, Rusia, Cina Ringkas, Sepanyol, Thailand, Cina Tradisional, Vietnam
Pasangan Forex50+50+
Aset Boleh Dagang LainSaham, indeks, komoditi, bon, ETFSaham, indeks, komoditi, ETF, bon
CiriJenis pesanan lanjutan, senarai pantauan peribadi, paparan ringkas dan canggih, ciri sentimen pasaran, mod terang dan gelap, perlindungan baki negatif, pendidikan langsungPesanan trailing stop, penutupan separa, sentimen pasaran, mod terang dan gelap, paparan ringkas dan canggih, senarai pantauan boleh suai, perlindungan baki negatif, pendidikan langsung
Pengesahan BiometrikTidakTidak
Pengesahan 2-FaktorYaYa

Perdagangan Mudah Alih

  • Keperluan sistem yang rendah, terutamanya bagi pengguna Android
  • Percuma untuk dimuat turun, dipasang dan digunakan
  • Disediakan dalam lebih daripada 12 bahasa
  • Pesanan lanjutan seperti tutup separa dan trailing stop
  • Rekaan baharu, tetapi mesra pengguna

Instrumen Perdagangan

ActivTrades menyediakan banyak pilihan untuk pengagihan portfolio, dengan lebih 1,000 CFD merentasi kelas aset popular seperti Forex, saham, komoditi, indeks, dan mata wang kripto. Perlu ditekankan bahawa ketersediaan pasaran adalah berbeza mengikut rantau. Contohnya, pelanggan yang mendaftar melalui entiti yang dikawal selia oleh FCA tidak mempunyai akses kepada CFD mata wang kripto. Pelanggan Brazil boleh berdagang non-deliverable forwards yang tidak disediakan di entiti EU, UK, dan luar pesisir.

Broker ini juga menawarkan pilihan pasaran forex yang pelbagai, sebut harga untuk 56 pasangan mata wang. Saham membentuk sebahagian besar barisan produk ActivTrades kerana broker ini menyediakan ratusan CFD saham. Instrumen yang lebih sofistikated seperti bon dan dana dagangan bursa (ETF) turut disediakan kepada pedagang dari kebanyakan negara yang diterima. Pilihan mata wang kripto adalah sederhana, merangkumi sekitar sedozen syiling digital paling popular. Berikut adalah pecahan yang lebih terperinci.

Kelas AsetBilangan Pasaran Boleh Dagang
ActivTradesOANDAAvaTrade
BilanganPilihanBilanganBilangan
Forex56Sederhana6853
Indeks (Indeks Tunai & Niaga Hadapan)44Cemerlang1536
Komoditi (Spot & Niaga Hadapan)35Cemerlang3119
Saham1240Average1,600+ (CFD saham), 2,200+ (pelaburan langsung)643
Mata Wang Kripto15Cemerlang825
ETF135Cemerlang067
Bon7Kecil62
Opsyen0T/B087
Keseluruhan1532

Forex

ActivTrades menyediakan pilihan standard lebih 50 pasaran Forex yang merangkumi pasangan mata wang utama, minor, dan eksotik. Pasaran spot tidak dibuka kepada pelanggan ActivTrades pada masa ini. Semua pasaran Forex boleh didagangkan melalui kontrak untuk perbezaan (CFD) buat masa ini. Bahagian yang dikawal selia oleh EU dan UK mengehadkan leveraj runcit kepada 1:30 untuk pasangan utama dan 1:20 untuk pasangan minor dan eksotik. Keperluan margin masing-masing berkisar dari 3.33% hingga 5%. Pelanggan yang mendaftar di bawah entiti Mauritius mendapat akses kepada leveraj yang jauh lebih tinggi sehingga 1:1000.

Pedagang forex yang mendaftar melalui laman web berlesen Bahamas boleh menggunakan leveraj forex sehingga 1:200. Satu aspek lain yang perlu diberi perhatian ialah leveraj maksimum yang disediakan di entiti luar pesisir bergantung pada saiz posisi dalam lot. Semakin besar posisi anda, semakin rendah nisbah leveraj yang boleh digunakan. Di bawah ini adalah contoh untuk USD/CHF. Dari pemerhatian kami, had leveraj dinamik ini bertindih merentas semua pasangan utama.

Leveraj Forex Dinamik Di Bawah Entiti FSC (Mauritius)
Saiz PosisiHad LeverajKeperluan Margin
0 – 1 Lot1:10000.10%
1 – 5 Lot1:5000.20%
5 – 10 Lot1:2000.50%
10 – 25 Lot1:1001%
25 – 60 Lot1:502%
Lebih 60 Lot1:12.58%
Leveraj Forex Dinamik Di Bawah Entiti SCB (Bahamas)
Saiz PosisiHad LeverajKeperluan margin
0 – 15 Lot1:2000.50%
15 – 37.5 Lot1:1001%
37.5 – 150 Lot1:502%
Lebih 150 Lot1:254%

Broker ini menyediakan spesifikasi kontrak dalam lot standard, tetapi pedagang dengan bajet yang kecil boleh membuat pesanan dalam lot mikro juga. Jumlah minimum yang boleh didagangkan ialah 0.01 lot, bersamaan dengan 1,000 unit dalam mata wang asas. Saiz posisi maksimum untuk entiti EU dan UK mencecah 100 lot. Spesifikasi kontrak yang fleksibel ini menjadikan broker ini pilihan yang menarik untuk pedagang kecil dan besar.

Indeks

Pedagang boleh membuat spekulasi terhadap turun naik harga 33 indeks yang mengukur prestasi syarikat terbesar di Australia, Brazil, China, Jepun, Eropah, dan Amerika Syarikat. Contoh paling menonjol ialah DAX 40, China A50, S&P ASX 200, EuroStoxx 50, Nikkei 225, dan S&P 500. Pelanggan boleh mendapat pendedahan kepada pasaran indeks melalui indeks tunai dan niaga hadapan.

Leveraj dihadkan kepada 1:20 untuk indeks utama dan 1:10 untuk indeks kecil di entiti CMVM dan FCA. Bahagian Mauritius menyediakan leveraj maksimum 1:1000, manakala pelanggan yang mendaftar melalui laman web Bahamas boleh menggunakan leveraj sehingga 1:200. Perdagangan biasanya bermula dari 0.1 lot, walaupun had minimum sebenar bergantung kepada indeks yang didagangkan.

Saham

Saham menyumbang sebanyak 81% barisan produk ActivTrades. Broker ini menyediakan lebih daripada 1200 CFD saham syarikat dari UK, AS, Switzerland, Jerman, Perancis, Sepanyol, Itali, dan lain-lain. Walaupun pilihan ini masih memberikan kepelbagaian yang mencukupi bagi pedagang saham, jumlahnya masih terhad berbanding beberapa pesaing terdekat broker ini. Sebagai perbandingan, OANDA menawarkan lebih 1,600 CFD saham dan 2,200+ saham untuk pelaburan langsung.

Pelanggan ActivTrades boleh menyemak saham yang disediakan mengikut negara dan menggunakan leveraj maksimum 1:20 jika berpangkalan di EU atau UK. Pedagang saham di bawah entiti FSC dan SCB boleh mengakses leveraj yang lebih tinggi, iaitu leveraj 1:50 jika mereka menggunakan julat saiz posisi terkecil. Broker ini telah menguatkuasakan keperluan margin minimum 10% untuk posisi saham lindung nilai. Volum perdagangan minimum untuk saham ialah 0.01 lot. Manakala volum maksimumnya berbeza bergantung pada saham yang anda dagangkan.

Komoditi

ActivTrades menawarkan 30+ pasaran spot dan niaga hadapan untuk komoditi keras dan lembut, termasuk emas, perak, platinum, minyak mentah, koko, tembaga, dan gula. Pasaran yang kurang biasa seperti oat, kapas, dan pelepasan karbon juga ditawarkan. Ketersediaan niaga hadpan komoditi memberi kelebihan kepada ActivTrades, memandangkan banyak broker pesaing tidak menyediakan pilihan ini kepada pelanggannya.

Pelanggan UK dan EU boleh menggunakan leveraj sehingga 1:20 untuk emas dan 1:10 untuk komoditi lain. Pedagang di entiti Mauritius mendapat nisbah lebih tinggi iaitu 1:1000 untuk emas dan 1:500 untuk jagung, tembaga, dan kapas, serta beberapa komoditi lembut yang lain. Bahagian Bahamas mempunyai had leveraj lebih rendah iaitu 1:200 untuk emas. Saiz pesanan minimum biasanya 0.01 lot bagi kebanyakan komoditi.

Mata Wang Kripto

Pedagang mata wang kripto mempunyai pilihan yang sederhana sebanyak 15 syiling digital, termasuk BTC, BCH, ADA, ETH, DOT, XRP, LTC, DOGE, SOL, XLM, dan UNI. Syiling digital ini didagangkan terhadap dolar AS melalui CFD, sekali gus mengelakkan keperluan untuk menyediakan dompet kripto. Sebagai perbandingan, broker pesaing seperti Global Prime menawarkan lebih 30 mata wang kripto.

Pelanggan boleh meningkatkan pendedahan kripto mereka dengan leveraj maksimum 1:2 (EU) atau 1:20 (FSC, SCB). Saiz pesanan minimum berbeza mengikut instrumen: 0.01 lot untuk BTC/USD dan ETH/USD, 0.1 lot untuk DOT/USD dan ADA/USD, dan 1 lot untuk DOGE/USD.

ETF

Pedagang yang lebih berpengalaman berpeluang untuk mempelbagaikan portfolio mereka dengan 130+ dana perdagangan bursa yang disusun mengikut rantau (Eropah, UK, AS). Ini termasuk tiga ETF Eropah, 127 ETF AS, dan empat ETF UK. Terdapat juga kategori ETF kripto yang menampilkan iShares Bitcoin Trust ETF dan ProShares Bitcoin Strategy ETF.

Broker ini menawarkan ETF untuk emas, perak, tenaga, bon perbendaharaan, indeks seperti Dow Jones Industrial Average, dan banyak lagi. Dari segi leveraj, nisbah maksimum mencapai 1:5 dan 1:50 bergantung pada ETF dan bidang kuasa.

Bon

Sebanyak 6 CFD bon ditawarkan yang membolehkan pedagang berpengalaman membuat spekulasi pada pergerakan sekuriti hutang. Pilihannya termasuk Euro Bobl, Euro BTP, Euro Bund, Euro Schatz, USD vs BRL Futures, dan US T-Bond. Leveraj dihadkan kepada 1:5 di Eropah dan UK, 1:500 di bawah entiti Mauritius, dan 1:200 untuk pelanggan yang berdagang melalui bahagian yang dikawal selia oleh Bahamas.

Instrumen yang Tidak Disediakan di ActivTrades

Sebagai penutup untuk bahagian ini, ActivTrades menyediakan pilihan instrumen perdagangan yang seimbang dengan liputan yang memadai untuk semua kelas aset utama. Kehadiran kontrak niaga hadapan untuk indeks dan komoditi adalah satu kelebihan jelas yang memihak kepada broker. Begitu juga dengan bon dan ETF yang tidak disediakan oleh beberapa broker pesaing. Walau bagaimanapun, berikut ialah instrumen yang tiada dalam portfolio ActivTrades:

  • Tiada opsyen – Opsyen menawarkan lindung nilai yang baik terhadap kejatuhan pasaran tetapi ia tidak disediakan di ActivTrades buat masa ini.
  • Tiada NDF – Non-deliverable forwards (NDF) hanya disediakan untuk pelanggan Brazil yang berdaftar di bawah entiti CVM.

Instrumen Perdagangan

  • Menyediakan pilihan 1,137 simbol boleh dagang (1,131 di Eropah)
  • Menawarkan niaga hadapan komoditi dan indeks
  • 913 kontrak perbezaan (CFD) pada saham
  • ETF dan CFD untuk bon tersedia
  • Leveraj yang tinggi sehingga 1:1000 di bawah entiti FSC

Pelaksanaan Perdagangan

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, ActivTrades adalah tempat pelaksanaan tunggal bagi perdagangan pelanggan, berperanan sebagai pihak lawan dan berurus niaga menggunakan akaunnya sendiri. Broker ini mendapatkan dan membandingkan harga daripada beberapa pembekal kecairan untuk memberikan sebut harga terbaik kepada pelanggan. Penyata pelaksanaan pesanan syarikat ini turut mendedahkan bahawa ActivTrades bergantung kepada pembekal kecairannya untuk lindung nilai sebagai cara untuk mengurangkan pendedahan risiko.

ActivTrades membangunkan infrastruktur perdagangan proprietari yang sangat berskala di IBM Cloud, membolehkannya menyediakan pelaksanaan pesanan yang pantas dengan latensi rendah. Pelanggan boleh menjangkakan sebut harga semula (requote) yang sangat sedikit dan risiko gelinciran harga yang minimum. Broker ini juga menyatakan dalam penyata pelaksanaan pesanannya bahawa ia akan memindahkan gelinciran harga yang positif kepada pelanggan. Pelaksanaan pasaran disediakan untuk pelanggan yang berdagang melalui MT5, MT4, dan ActivTrader. Berikut adalah beberapa fakta utama tentang kualiti pelaksanaan pesanan di ActivTrades.

  1. Purata kelajuan pelaksanaan – ActivTrades mengiklankan purata kelajuan pelaksanaan pesanan di bawah 0.004 saat. Walaupun kami tidak dapat mengesahkan perkara ini dengan pasti, angka tersebut sangat mengagumkan memandangkan kebanyakan broker pesaing mengiklankan purata kelajuan antara 20 dan 100 milisaat.
  2. Bilangan perdagangan sesaat – Infrastruktur perdagangan broker ini mempunyai kapasiti untuk memproses lebih 100,000 pesanan setiap saat. Kapasiti ini menunjukkan ActivTrades boleh mengendalikan jumlah pesanan yang besar tanpa mengalami kelewatan atau kesesakan sistem yang ketara. Ia mengurangkan risiko gelinciran harga akibat beban sistem yang tinggi. Pelanggan aktif dan pedagang volum tinggi mendapat manfaat yang besar daripada kelajuan pemprosesan yang tinggi ini.
  3. Risiko menerima sebut harga semula (requote) yang minimum – Menurut ActivTrades, sistem perdagangannya melaksanakan 93.60% daripada semua pesanan mengikut harga tepat yang diminta oleh pelanggan. Risiko sebut harga semula yang dikurangkan ini membolehkan pengurusan risiko yang lebih tepat dan meningkatkan kuntungan (dalam kes gelinciran harga yang negatif).

Pelaksanaan Perdagangan

  • Mengiklankan purata masa pelaksanaan sepantas 0.004 saat
  • Menyalurkan gelinciran harga yang positif kepada pelanggan
  • Melaksanakan lebih daripada 93% pesanan pelanggan pada harga yang diminta
  • Memproses lebih 100,000 pesanan pelanggan pada setiap saat

Deposit

Broker ini memenuhi keperluan pelanggan globalnya dengan pilihan kaedah deposit yang seimbang, merangkumi pilihan popular seperti kad debit dan kredit, pindahan bank, mata wang kripto, dan e-dompet. Kaedah yang disediakan berbeza mengikut wilayah. Contohnya, deposit menggunakan duit syiling digital hanya menjadi pilihan untuk pelanggan yang berdaftar di bahagian ActivTrades yang berlesen di Bahamas dan Mauritius.

Tiada jumlah deposit minimum di bawah entiti FCA, FSC, FCB, dan CMVM. Keperluan deposit minimum untuk pelanggan dari Brazil ialah R$100,000. Deposit untuk pelanggan China mesti bermula dengan sekurang-kurangnya $500 dalam akaun mereka. Deposit menggunakan kad debit atau kredit dikenakan caj tambahan sehingga 1.5%. Transaksi e-dompet dan kripto tidak dikenakan yuran tambahan. Broker ini menyokong 11 mata wang asas akaun.

  • Euro (EUR)
  • Dolar AS (USD)
  • Pound sterling (GBP)
  • Rupee India (INR)
  • Dinar Kuwait (KWD)
  • Dirham UAE (AED)
  • Peso Argentina (ARS)
  • Riyal Qatar (QAR)
  • Real Brazil (BRL)
  • Franc Swiss (CHF)
  • Krona Sweden (SEK)

Jumlah deposit biasanya akan dipaparkan dalam baki perdagangan langsung anda dalam masa setengah jam atau kurang. Kami mengesyorkan anda untuk mendaftar akaun langsung dalam mata wang asal anda, jika disokong, untuk mengelakkan yuran penukaran 0.5%. Berikut adalah pecahan lengkap kaedah deposit yang disediakan di ActivTrades.

KaedahMasa PemprosesanYuran
Kad kredit dan debit yang dikeluarkan di UK dan EEASehingga 30 minit0.5%
Kad kredit dan debit yang dikeluarkan di luar EEASehingga 30 minit1.5%
Pindahan bankSehingga 24 jamPercuma
SkrillSehingga 30 minitPercuma
NetellerSehingga 30 minitPercuma
PayPalSehingga 30 minitPercuma
Google PayHari bekerja yang samaPercuma
Apple PayHari bekerja yang samaPercuma
Mata Wang Kripto*Sehingga 30 minitPercuma (tidak termasuk rangkaian bar blockchain)

* ActivTrades menerima deposit menggunakan 10 mata wang kripto – Bitcoin, Bitcoin Cash, Chainlink, Litecoin, Ethereum, US Coin, Tether, Stellar, Ripple, dan Dash.

Kaedah Deposit

  • Masa pemprosesan: 30 minit
  • Pilihan 11 mata wang asas untuk akaun
  • Tiada keperluan deposit minimum bagi kebanyakan pelanggan

Pengeluaran

Mengeluarkan dana dari baki langsung anda adalah satu proses yang mudah di ActivTrades kerana kebanyakan pembayaran akan diproses dalam hari bekerja yang sama. Kaedah pengeluaran yang disokong sama dengan kaedah deposit. Anda boleh membuat pengeluaran dana dari akaun anda menggunakan Visa, Mastercard, PayPal, Skrill, Neteller, dan pindahan bank. Pelanggan di bahagian luar pesisir boleh mengeluarkan keuntungan mereka ke dompet mata wang kripto.

KaedahMasa PemprosesanKosMinimum
Kad debit dan kreditDalam hari bekerja yang samaPercuma$0
Pindahan Bank1 hari bekerja$12.50 untuk pengeluaran USD di bawah entiti CMVM
£9 di entiti FSC dan SCB
$0
SkrillDalam hari bekerja yang samaPercuma$0
NetellerDalam hari bekerja yang samaPercuma$0
PayPalDalam hari bekerja yang samaPercuma$0
CryptoDalam hari bekerja yang samaPercuma$25

Kebanyakan kaedah pengeluaran yang diterima tidak dikenakan yuran tambahan. Pindahan bank dalam dolar AS ialah satu-satunya pengecualian kerana ia mengenakan yuran $12.50 di versi laman web untuk pelanggan EU. Memohon pengeluaran menggunakan kaedah pindahan bank di bawah entiti Bahamas dan Mauritius akan dikenakan kos £9. Tiada jumlah pengeluaran minimum.

Kaedah Pengeluaran

  • Tiada keperluan minimum untuk kebanyakan kaedah pengeluaran
  • Pengeluaran percuma melalui kad, e-dompet dan mata wang kripto
  • Masa pemprosesan sehingga 24 jam

Maklumat Perhubungan Sokongan Pelanggan

Memberi sokongan pelanggan yang pantas dan cekap ialah salah satu kekuatan terbesar ActivTrades. Jabatan sokongan bersedia berkhidmat kepada pelanggan sepanjang masa, memberikan bantuan yang cepat melalui pelbagai saluran komunikasi. Akan tetapi, kakitangannya hanya bertugas pada hari bekerja. Broker ini mengimbangi kekurangan tersebut dengan sokongan berbilang bahasa.

Perkhidmatan sokongannya ditawarkan dalam 8 bahasa, dan kami boleh mengesahkan bahasa yang disediakan, iaitu bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol, Portugis, Jerman, Itali, Cina, dan Arab. Pedagang boleh menghubungi wakil sokongan melalui salah satu saluran berikut.

  1. Sembang langsung – Ini tidak meragukan lagi sebagai satu cara terpantas untuk mendapat bantuan kerana ejen membalas dalam masa tidak lebih daripada beberapa minit, bergantung pada beban kerja mereka.
  2. WhatsApp – Anda boleh menghubungi wakil dengan segera melalui WhatsApp di peranti mudah alih atau komputer desktop anda.
  3. Mesej – Broker menyediakan borang perhubungan dalam talian untuk apa-apa isu dan pertanyaan yang tidak mendesak.
  4. Panggilan percuma – Sebagai alternatif, pelanggan yang mencari bantuan boleh meminta panggilan semula secara percuma. Menghubungi wakil secara langsung juga satu pilihan.
  5. E-mel – Menghantar pertanyaan melalui e-mel juga boleh dilakukan. Pengguna boleh menunggu maklum balas dalam masa beberapa jam hingga satu hari bekerja.
Sokongan PelangganButiran PerhubunganMaklum Balas
Soalan Lazim (FAQ)Disediakan di laman web
Sembang langsung24/5Dalam masa 2 minit
Telefon+44 207 650 0500 (UK)
+44 207 650 0567 (Eropah, UK)
+1 242 603 5200 (Bahamas)
0800 722 5548 (Brazil)
+359 2 49 34 393 (Mauritius)
Dalam masa beberapa minit
E-melenglishdesk@activtrades.eu
englishdesk@activtrades.bs
englishdesk@activtrades.com
suporte@activtrades.com.br
englishdesk@activtrades.mu
Dalam masa beberapa jam hingga 1 hari bekerja
WhatsAppMemerlukan WhatsAppSerta-merta

Sokongan Pelanggan

  • Menyediakan sokongan 24 jam pada hari bekerja
  • Pelbagai saluran komunikasi, termasuk WhatsApp
  • Panggilan semula yang percuma melalui telefon
  • Pusat bantuan terperinci dengan soalan lazim
  • Perkhidmatan sokongan dalam pelbagai bahasa

Penyelidikan dan Bahan Pendidikan

ActivTrades cemerlang dalam aspek penyelidikan dan pendidikan, menyediakan pelanggan dengan pelbagai bahan untuk membantu mereka mengasah kemahiran dan meningkatkan pengetahuan masing-masing. Kandungan pendidikan disediakan secara percuma. Berikut ialah perincian tentang bahan penyelidikan dan pembelajaran yang boleh dijangkakan oleh para pedagang.

Penyelidikan

Broker ini menyediakan rangkaian alat untuk penyelidikan dan analisis pasaran, termasuk bahagian berita khusus dan kalendar ekonomi. Semua alat ini boleh digunakan secara percuma dan tidak memerlukan langganan.

  1. Berita pasaran – Pedagang akan menemui tinjauan mingguan terperinci dan artikel berita dalam bahagian Analysis di laman web. Analisis makro pasaran juga disediakan.
  2. Kalendar ekonomi – Kalendar ekonomi membolehkan anda menapis peristiwa mengikut jenis, kepentingan, dan negara.
  3. Market Buzz – Ciri ini menyediakan pandangan dan analisis pasaran dalam masa nyata dan percuma untuk pelanggan yang nilai depositnya melebihi $1,000.
  4. Trading Central – Portal penyelidikan ini boleh digunakan secara percuma, memberikan pandangan ekonomi, pandangan orang ramai, dan banyak lagi.

Pendidikan

ActivTrades telah memperuntukkan satu bahagian khas di laman webnya untuk pembelajaran dan pendidikan, menunjukkan tumpuan yang kuat dalam membantu pelanggan meningkatkan pengetahuan kewangan mereka. Berikut adalah bahan pendidikan yang disediakan.

  1. Panduan Komprehensif – Broker ini mempunyai koleksi panduan yang luas untuk membantu pelanggan membiasakan diri dengan platform dan alat perdagangan yang disediakan.
  2. Seminar – Pelanggan boleh menambah pengetahuan dengan menyertai seminar langsung yang dianjurkan oleh pakar industri dari seluruh dunia.
  3. Webinar Percuma – Sebagai alternatif, pedagang boleh menyertai webinar berkala yang dikendalikan pakar dalam pelbagai bahasa, termasuk dalam bahasa Inggeris, Itali, Jerman, Portugis, Sepanyol, dan Perancis. Anda boleh mencari acara lalu dalam Arkib Webinar.

Penyelidikan & Pendidikan

  • Webinar percuma mingguan dalam pelbagai bahasa
  • Sokongan untuk portal penyelidikan Trading Central
  • Seminar langsung dianjurkan di beberapa negara

Keselamatan dan Jaminan Wang

Memandangkan ActivTrades memiliki lesen yang banyak, ia tidak mengejutkan yang broker ini mengamalkan standard yang sangat tinggi dari segi keselamatan, pematuhan, dan kebolehpercayaan. Broker ini menikmati reputasi cemerlang dalam industri dan menerima banyak pujian daripada pelanggan di Trustpilot, dengan rating 4.4 bintang.

Pelanggan dilindungi daripada menanggung hutang dengan perlindungan baki negatif yang disediakan untuk pedagang merentasi semua entiti. Menurut broker ini, pedagang profesional juga layak menerima perlindungan baki negatif. Selain itu, ActivTrades menjalankan audit berkala pada infrastrukturnya untuk mengesan dan membuang kelemahan jika perlu. Dana pelanggan diasingkan dari modal operasi broker dan disimpan di akaun berasingan di bank peringkat pertama seperti Barclays, Lloyd’s, Citibank, dan RBS.

ActivTrades mematuhi sepenuhnya piawaian pengawalseliaan beberapa badan pengawasan kewangan paling ketat di dunia. Selaras dengan keperluan tersebut, broker ini akan menjalani audit kewangan berkala oleh PricewaterhouseCoopers (PwC). PwC, bersama Deloitte, KPMG, dan Ernst & Young, iaitu empat firma audit terbesar dunia (Big Four) yang mengaudit syarikat awam dan swasta utama di peringkat global.

Selain perlindungan baki negatif, pelanggan layak untuk menerima pampasan pelabur sehingga €25,000 di bawah Investor Compensation System (ICS). Di samping itu, broker ini juga menawarkan pampasan tambahan sehingga $1 juta bagi setiap pelanggan (untuk pelanggan yang berdaftar di bawah entiti Bahamas dan Mauritius). Semua faktor ini menjadikan ActivTrades satu pilihan yang menarik bagi pedagang yang mengutamakan keselamatan.

Keselamatan Dana

  • Pampasan untuk pelabur sehingga €1 juta
  • Lesen daripada dua pengawal selia peringkat 1 (FCA dan CMVM)
  • Perlindungan baki negatif untuk semua pelanggan
  • Audit kewangan berkala oleh PwC
  • Akaun berasingan di Lloyd’s, Citibank, RBS dan Barclays

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, ActivTrades ialah broker dalam talian yang mantap dan berpotensi menarik minat pelbagai jenis pedagang. Spread yang kompetitif, pilihan platform yang pelbagai, dan pengawasan kawal selia yang kukuh turut menarik minat pedagang runcit dan profesional. Komitmen broker ini terhadap ketelusan dan pematuhan, digabungkan dengan pelbagai alat perdagangan, menjadikannya satu pilihan yang berdaya saing bagi mereka yang mencari rakan perdagangan dalam talian yang boleh dipercayai.

Keseluruhan

  • Antara keadaan perdagangan terbaik yang kami lihat sejak sekian lama
  • Pelbagai instrumen perdagangan, termasuk kontrak niaga hadapan.
  • Latar belakang pengawalseliaan yang kukuh dengan hanya beberapa tindakan tatatertib
  • Pelbagai mekanisme perlindungan pengguna
Ditulis oleh Z. Stefanova | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal