Ditulis oleh Zornitsa Stefanova
Zornitsa Stefanova ialah seorang penganalisis forex dan kripto yang berpengalaman. Beliau juga mengulas pelbagai topik kewangan seperti perdagangan saham dan pelaburan persaraan.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Anda berminat untuk membuka akaun perdagangan langsung di Axi, tetapi tidak tahu perbandingan kos perdagangannya dengan broker lain? Jika ya, artikel ini sesuai untuk anda. Kami mengkaji komisen dan spread Axi secara mendalam untuk membantu anda menilai sama ada kos tersebut selari dengan bajet anda. Artikel ini juga merangkumi maklumat tentang kadar pembiayaan semalaman, yuran pentadbiran pada akaun tanpa swap, dan kos bukan perdagangan yang timbul daripada yuran transaksi, penyelenggaraan akaun, dan perkhidmatan berasaskan langganan seperti pengehosan VPS. Tanpa berlengah lagi, mari kita selami perincian-perincian tersebut dan bandingkan kos perdagangan di antara pelbagai akaun Axi.

Kos Perdagangan Axi

Pelanggan yang mendaftar boleh membuka akaun Standard atau Pro, kedua-duanya menawarkan penetapan harga lima angka untuk ketelusan yang lebih baik. Akaun-akaun ini membolehkan perdagangan mudah alih dan automatik serta sesuai untuk pelanggan runcit, memberi mereka akses kepada lebih 220 pasaran kewangan (290 di bahagian antarabangsa), termasuk lebih 70 pasangan mata wang. Mata wang asas yang disediakan adalah sama bagi akaun Standard dan Pro, tetapi bergantung kepada negara.

Pelanggan yang mendaftar melalui entiti CySEC boleh memilih EUR, USD, dan PLN sebagai mata wang asas. Saiz posisi minimum bermula dari 0.01 lot, dengan keperluan baki awal sebanyak USD5 untuk pelanggan CySEC. Itu sahaja persamaan yang dilihat kerana Akaun Standard membolehkan perdagangan tanpa komisen, manakala Akaun Pro mengenakan komisen tetap bagi setiap lot standard.

Kos Perdagangan Forex untuk Akaun Standard

Pelanggan dengan Akaun Standard boleh berdagang EUR/USD tanpa komisen dan dengan purata spread 0.6 pip. Jumlah kos bagi setiap sisi bergantung pada saiz posisi seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah. Membuka posisi 100,000 unit mata wang (satu lot standard) dikenakan kos USD6 (0.00006 x 100,000) bagi setiap sisi. Dengan itu, satu lot standard dalam EUR/USD akan menelan kos USD12 secara keseluruhan jika kita anggap harga buka dan tutup adalah sama.

Berdagang EUR/USD dalam lot mikro dengan spread ini sesuai untuk pedagang dengan bajet yang rendah kerana yuran spread adalah USD0.06 (0.00006 x 1,000) bagi setiap sisi. Begitu juga, kos spread untuk satu lot mini dalam pasangan utama ini mempunyai purata USD0.6 (0.00006 x 10,000) bagi setiap sisi. Caj spread ini adalah sedikit tinggi berbanding beberapa broker terkenal lain seperti Fusion Markets di mana satu lot standard EUR/USD menelan kos kira-kira USD10.10 untuk akaun tanpa komisen.

Purata Kos Spread* untuk Akaun Standard di Axi
Pasangan ForexSpread (dalam pip)KomisenKos setiap Lot MikroKos setiap Lot Standard
EUR/USD0.60$0$0.0600$6.00
USD/JPY0.70$0$0.0448$4.48
EUR/GBP0.90$0$0.1213$12.12
GBP/USD0.80$0$0.0800$8.00
AUD/USD0.70$0$0.0700$7.00
USD/CAD0.80$0$0.0583$5.83
USD/CHF0.80$0$0.1035$10.31
USD/CNH32.00$0$0.4647$46.47
NZD/USD0.80$0$0.0800$8.00

*Kami telah menyenaraikan kos purata untuk posisi tanpa leveraj yang bersamaan 100,000 dan 1,000 unit mata wang. Nilai tersebut mencerminkan perbelanjaan pedagang bagi setiap sisi, iaitu semasa membuka posisi.

Kos Perdagangan Forex untuk Akaun Pro

Pelanggan Axi boleh mengurangkan lagi kos perdagangan mereka dengan memilih Akaun Pro yang menawarkan spread minimum dari 0.00 pip. Untuk mengimbangi pengurangan harga yang ketara ini, broker mengenakan komisen sebanyak USD3.50 setiap lot standard bagi setiap sisi perdagangan. Secara asasnya, pelanggan membayar komisen pusingan penuh sebanyak USD7 bagi setiap lot standard.

Satu lot mini akan dikenakan USD0.35 bagi setiap sisi atau USD0.70 secara keseluruhan. Lot mikro dikenakan komisen pusingan penuh terendah, iaitu sebanyak USD0.07. Kadar komisen adalah tetap tetapi berbeza mengikut mata wang akaun asas seperti yang dapat dilihat dalam jadual di bawah. Menurut jadual produk broker, komisen untuk jenis akaun ini digunakan untuk menampung kos penjelasan (clearing) dan pengagregatan Axi. Kadar ini sebahagiannya selari dengan purata industri, iaitu antara USD3 dan USD3.50 bagi setiap sisi.

Kadar Komisen Akaun Pro Mengikut Mata Wang Akaun
Mata Wang AsasKomisen Pusingan Penuh Setiap Lot StandardKomisen Pusingan Penuh Setiap Lot MiniKomisen Pusingan Penuh Setiap Lot Mikro
USD$7.00$0.70$0.07
EUR€6.50€0.65$0.065
GBP£4.50£0.45£0.045
AUD$7.00$0.70$0.07
CAD$9.00$0.90$0.09
CHF₣7.25₣0.73₣0.07
HKD$55.00$5.50$0.55
JPY¥850¥85.00¥8.50
NZD$11.00$1.10$0.11
PLNzł28.00zł2.80zł0.28
SGD$10.00$1.00$0.10

Nota: Komisen bagi mata wang lain setara dengan USD7.00.

Apabila mengira jumlah kos keseluruhan, pemegang Akaun Pro juga harus mengambil kira purata spread 0.00 pip untuk pasangan EUR/USD. Ini bermaksud berdagang satu lot standard dalam pasangan mata wang ini akan menelan kos USD0 di samping komisen USD3.50 bagi setiap sisi ($3.50 secara keseluruhan). Dengan itu, membuka dan menutup posisi pada harga ini akan memerlukan USD7 (USD0 daripada spread dan USD7 untuk komisen).

Jumlah Kos Perdagangan Forex* untuk Akaun Pro di Axi
Pasangan ForexSpread (dalam pip)Komisen Setiap SisiKos Setiap Lot MikroKos Setiap Lot Standard
EUR/USD0.00$3.50 / $0.035*$0.0350$3.50
USD/JPY0.00$3.50 / $0.035$0.0350$3.50
EUR/GBP0.30$3.50 / $0.035$0.0754$10.31
GBP/USD0.10$3.50 / $0.035$0.0850$7.54
AUD/USD0.00$3.50 / $0.035$0.0350$3.50
USD/CAD0.00$3.50 / $0.035$0.0350$3.50
USD/CHF0.00$3.50 / $0.035$0.0350$3.50
USD/CNH17.00$3.50 / $0.035$0.2819$28.19
NZD/USD0.00$3.50 / $0.035$0.0350$3.50

*Nilai kedua merujuk kepada komisen setiap sisi yang dikenakan untuk perdagangan forex dalam lot mikro. **Kos setiap lot termasuk kedua-dua kos spread dan komisen setiap sisi untuk lot mikro dan standard. Komisen terpakai pada Akaun Pro berdenominasi USD.

Akaun Standard dan Pro Axi berkongsi beberapa persamaan seperti saiz perdagangan minimum bermula dari 0.01 lot, keperluan deposit minimum $5, portfolio melebihi 220 CFD, keserasian EA, dan ketersediaan langganan VPS, serta lain-lain.

Sebagai kesimpulan, pedagang yang ingin mengurangkan kos jangka panjang mereka sebaiknya memilih Akaun Pro kerana jumlah kos perdagangan keseluruhannya adalah dua kali ganda lebih rendah berbanding akaun tanpa komisen. Sebagai contoh, satu lot penuh EUR/USD hanya menelan kos USD3.50 bagi setiap arah berbanding $6 bagi setiap arah dengan Akaun Standard. Kami turut mendapati trend yang sama bagi semua pasangan forex utama semasa menjalankan kajian dan penilaian terhadap kos perdagangan Axi.

Kos Pembiayaan Semalaman Axi

Yuran pembiayaan semalaman (swap) dikenakan apabila pelanggan mengekalkan posisi terbuka selepas waktu tutup setiap hari perdagangan. Pelarasan ini mencerminkan perbezaan relatif dalam kadar faedah pasangan mata wang dan aset asas lain serta terpakai kepada posisi leveraj yang dibiayai dengan modal pinjaman. Akaun Axi sama ada akan dikreditkan atau didebitkan dengan yuran swap, bergantung pada arah perdagangan anda.

Yuran tersebut dikenakan setiap hari kira-kira 30 saat sebelum sesi New York ditutup. Broker mengenakan kadar swap tiga kali ganda pada hari Rabu, namun beberapa pasangan mata wang seperti USD/CAD mengenakan swap tiga kali ganda pada hari Khamis. Oleh kerana kadar faedah sentiasa berubah, yuran swap juga tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Untuk melihat kadar swap terkini, anda mesti log masuk ke akaun perdagangan anda dan buka “symbol specifications” untuk pasangan forex pilihan anda.

Kadar Swap Axi* untuk Pasangan Forex Utama
Pasangan ForexMata Wang AsasIsipadu Dalam LotSwap BeliSwap Jual
EUR/USDUSD1-8.505.53
USD/JPYUSD111.48-19.50
EUR/GBPUSD1-6.962.93
GBP/USDUSD1-1.000
AUD/USDUSD1-1.950
USD/CADUSD12.50-7.50
USD/CHFUSD16.00-12
USD/CNHUSD17.00-130
NZD/USDUSD1-2.600.58

*Kadar swap disenaraikan dalam mata dan mencerminkan amaun yang akan didebitkan atau dikreditkan kepada pelanggan yang mempunyai posisi terbuka pada akhir setiap hari perdagangan. Nilai swap di atas adalah tepat untuk akaun berdenominasi USD apabila memegang 1 lot standard dalam pasangan mata wang berkaitan.

Yuran Pentadbiran untuk Perdagangan Tanpa Swap

Bergantung pada lokasi pelanggan baharu, mereka mungkin mempunyai pilihan untuk mendaftar akaun tanpa swap, membolehkan mereka memegang posisi dalam forex, logam berharga, indeks, dan mata wang kripto tanpa dikenakan yuran pembiayaan semalaman. Pelanggan yang layak akan menikmati tempoh tangguh lima hari dan dikenakan yuran pegangan semalaman bermula pada hari keenam. Ini bermaksud posisi anda boleh kekal terbuka selama lima hari tanpa dikenakan sebarang caj pentadbiran.

Yuran pegangan tersebut dikenakan tanpa mengira arah posisi anda dan tidak berkaitan dengan swap pasaran asas dan kadar faedah. Berikut adalah yuran pentadbiran semalaman yang boleh anda jangkakan apabila memegang satu kontrak standard bagi pasangan mata wang yang paling popular. Semua yuran disenaraikan dalam dolar AS.

Yuran Pentadbiran untuk Perdagangan Forex Tanpa Swap di Axi
Pasangan ForexYuran PentadbiranPasangan ForexYuran Pentadbiran
EUR/USD$10AUD/USD$7.5
USD/JPY$10USD/CAD$7.5
EUR/GBP$7.5USD/CHF$10
GBP/USD$7.5XAU/USD$20
USD/HKDTidak BerkenaanNZD/USD$7.5

Berikut adalah contoh cara Axi menolak caj pembiayaan semalaman ini. Katakan anda membuka posisi 2 lot standard dalam EUR/USD dan mengekalkannya selama 8 hari. Anda akan membayar yuran pentadbiran sebanyak USD60 sepanjang 3 hari yang dikenakan (USD10 x 2 lot x 3 hari), atau USD20 setiap hari. Yuran tetap ini juga terpakai kepada posisi yang dilindung nilai. Jika pilihan tanpa swap tidak disediakan di rantau anda, anda boleh menghubungi sokongan pelanggan Axi dan meminta mereka menghantar borang permohonan yang diperlukan.

Kos Bukan Perdagangan Axi

Selain spread, komisen, pembiayaan semalaman, dan yuran pentadbiran, pelanggan boleh menjangka beberapa caj tidak langsung yang tidak berkaitan dengan perdagangan. Broker mengenakan yuran tidak aktif ke atas akaun yang tidak mempunyai sebarang posisi terbuka atau aktiviti perdagangan selama 12 bulan berturut-turut. Yuran yang dikenakan berbeza bergantung pada mata wang akaun asas anda.

Yuran Tidak Aktif Axi
Mata Wang Akaun AsasYuran Tidak Aktif
USD$10
GBP£10
EUR€10
PLNzł40
SGD$10
NZDN$10
JPY¥1,000
AUD$10
CAD$10
HKD$80
CHF₣10

Secara umumnya, deposit adalah percuma tetapi terdapat pengecualian. Pelanggan yang menggunakan kad kredit dan Neteller boleh membuat pindahan sehingga USD50,000 sebulan ke baki akaun langsung mereka tanpa dikenakan yuran tambahan. Broker berhak untuk memindahkan caj transaksi kepada pelanggan yang membuat deposit melebihi had bulanan ini.

Bagi pengeluaran, anda mesti membuat permohonan melebihi USD50 atau mengeluarkan keseluruhan baki anda untuk mengelakkan bayaran tambahan. Permohonan pengeluaran di bawah jumlah ini mungkin dikenakan caj pentadbiran sebanyak USD25. Tiada yuran dikenakan untuk pembukaan dan penyelenggaraan akaun bagi pelanggan yang aktif. Axi juga menyediakan perkhidmatan perdagangan salin tanpa komisen yang sangat baik. Walaupun menyalin perdagangan boleh dilakukan secara percuma, kos tambahan mungkin dikenakan daripada yuran prestasi yang perlu dibayar kepada penyedia isyarat.

Yuran ini ditolak dari akaun yang terlibat pada minggu pertama setiap bulan dan tidak boleh melebihi 50% daripada keuntungan bulanan penyalin. Sebagai contoh, jika anda menyalin posisi dengan yuran 25% dan ia menghasilkan keuntungan USD1,000, penyedia isyarat anda akan mengutip USD250. Jumlah yang ditolak akan muncul sebagai “signal fee” dalam rekod MetaTrader 4 anda. Pelanggan yang menggunakan perkhidmatan pengehosan VPS MT4 tertakluk kepada yuran langganan bulanan sebanyak USD10. Pelanggan dengan volum bulanan melebihi 20 lot setiap bulan kalendar layak mendapat diskaun.

Ringkasan Kos Bukan Perdagangan Axi
Yuran DepositDeposit bulanan melebihi USD50,000 mungkin dikenakan yuran tambahan oleh penyedia pembayaran (kad kredit dan Neteller sahaja)
Yuran PengeluaranUSD25 untuk pengeluaran di bawah USD50
Yuran Pembukaan AkaunPercuma
Yuran Tidak Aktif$/£/€10 (mungkin berbeza bagi mata wang akaun lain)
Langganan Pengehosan VPSUSD10 sebulan (diskaun untuk volum perdagangan bulanan melebihi 20 lot)
Perdagangan SalinPenyedia isyarat mungkin mengenakan yuran prestasi sehingga 50%

Kesimpulan Tentang Yuran Axi

Kami berharap artikel ini memberikan gambaran yang tepat mengenai jumlah perbelanjaan yang boleh anda jangkakan apabila berdagang di Axi. Seperti yang mungkin anda perhatikan, membuka Akaun Pro menawarkan nilai yang sedikit baik walaupun dengan komisen USD3.50 yang dikenakan setiap sisi. Kami mengaitkannya dengan pengurangan purata spread yang dalam sesetengah kes adalah enam kali lebih rendah berbanding Akaun Standard.

Komisen Axi sedikit tinggi berbanding beberapa pesaingnya. Sebagai contoh, Akaun Raw di FP Markets mengenakan komisen USD3 setiap sisi, manakala Fusion Markets mempunyai caj yang lebih rendah sebanyak USD2.25 setiap sisi. Kos bukan perdagangan seperti yuran tidak aktif, deposit dan pengeluaran juga perlu dipertimbangkan jika anda bertegas untuk mengurangkan kos kepada jumlah minimum. Sila semak ulasan penuh kami untuk pecahan terperinci tentang produk Axi.

Ditulis oleh Z. Stefanova | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal