Mempunyai lebih daripada 26,000 instrumen boleh dagang, platform perdagangan yang inovatif, dan yuran yang rendah, BlackBull menawarkan beberapa keadaan perdagangan paling kompetitif yang boleh diminta oleh pedagang. Untuk membantu anda memahami kos perdagangan di BlackBull, kami telah mengkaji semua yuran perdagangan dan bukan perdagangan yang mungkin anda temui sebagai pelanggan broker ini. Spread, komisen, dan kadar swap hanyalah beberapa daripada kos utama yang kami rungkaikan untuk membantu pedagang menilai sama ada BlackBull merupakan pilihan broker terbaik untuk perdagangan masa depan mereka. Untuk memahami jumlah kos perdagangan di BlackBull, kami menyarankan anda untuk terus membaca ulasan terperinci kami mengenai struktur yuran broker ini.
Kos Perdagangan BlackBull
Spread dan komisen adalah faktor utama yang memainkan peranan dalam pengiraan kos perdagangan di BlackBull. Perlu diambil perhatian bahawa broker ini menawarkan tiga jenis akaun yang sesuai dengan gaya perdagangan berbeza para pedagang. Ketiga-tiga pilihan akaun ini juga mempunyai model harga yang berbeza, dengan satu jenis akaun menawarkan model harga berdasarkan spread sahaja, manakala dua akaun lagi menyediakan spread yang lebih ketat dan kadar komisen yang rendah.
ECN Standard, ECN Prime, dan ECN Institutional adalah tiga versi akaun yang boleh dipilih oleh pedagang apabila membuka akaun perdagangan langsung di BlackBull. Ketiga-tiga akaun ini menyokong lot mikro dengan saiz minimum kontrak ialah 0.01 lot. Semua platform perdagangan yang ditawarkan oleh broker ini juga disedia pada ketiga-tiga akaun, memberi akses kepada lebih 26,000 instrumen boleh dagang. Leveraj maksimum yang boleh digunakan oleh pedagang juga sama bagi ketiga-tiga versi akaun.
Akaun ECN Standard dan ECN Prime menyokong perdagangan tanpa swap yang eksklusif untuk pelanggan yang layak dari beberapa negara Islam tertentu. Namun, untuk membiayai akaun anda dan mula berdagang, anda perlu memenuhi keperluan deposit minimum yang berbeza. ECN Standard, ECN Prime, dan ECN Institutional masing-masing mempunyai syarat deposit minimum sebanyak USD0, USD2,000, dan USD20,000.
Akaun ECN Standard mempunyai dasar sifar komisen, bermaksud keseluruhan kos perdagangan dimasukkan ke dalam spread, dengan nilai spread bermula pada 0.8 pip untuk pasangan forex utama. Dua akaun lain mengurangkan kos perdagangan dengan menawarkan spread yang lebih ketat dan mengenakan komisen kecil bagi setiap lot yang didagangkan. Spread ECN Prime bermula dari 0.1 pip, dengan komisen pusingan penuh sebanyak USD6 dikenakan pada perdagangan satu lot standard. ECN Institutional menawarkan spread yang bermula pada 0.0 pip dan caj komisen pusingan penuh yang lebih rendah iaitu USD4 setiap lot.
| Kadar Komisen Pusingan Penuh BlackBull Mengikut Jenis Akaun | |||
|---|---|---|---|
| Jenis Akaun | Setiap Lot Standard | Setiap Lot Mini | Setiap Lot Mikro |
| ECN Standard | $0.00 | $0.00 | $0.00 |
| ECN Prime | $6.00 | $0.60 | $0.06 |
| ECN Institutional | $4.00 | $0.40 | $0.04 |
Untuk membantu anda menilai jumlah kos perdagangan Forex bagi setiap jenis akaun, kami akan memberikan contoh ringkas dengan perdagangan satu lot standard EUR/USD di mana 1 pip bersamaan USD10. Untuk tujuan contoh ini, anggap perdagangan dibuka dan ditutup pada nilai harga yang sama. Pada masa penulisan artikel ini, BlackBull menawarkan Live Spread pada pasangan EUR/USD masing-masing 0.8 pip, 0.1 pip, dan 0.0 pip pada akaun ECN Standard, ECN Prime, dan ECN Institutional. Perlu diingat yang broker ini menawarkan spread terapung yang sentiasa dikemas kini mengikut keadaan pasaran yang relevan.
Dengan mengambil kira spread yang dinyatakan di atas, perdagangan EUR/USD dengan akaun BlackBull akan kelihatan seperti berikut:
Akaun ECN Standard:
Spread: 0.8
Komisen: USD0
Jumlah Kos: 0.8 x USD10 = USD8 setiap sisi atau USD16 untuk satu perdagangan pusingan penuh
Akaun ECN Prime:
Spread: 0.1
Kos spread: 0.1 x USD10 = USD1
Komisen setiap sisi: USD3
Jumlah kos: (USD1)x2 + (USD3)x2 = USD2 + USD6 = USD8 untuk satu perdagangan pusingan penuh
Akaun ECN Institutional:
Spread: 0.0
Kos spread: 0.0 x USD10 = USD0
Komisen setiap sisi: USD2
Jumlah kos: (USD0)x2 + (USD2)x2 = USD0 + USD4 = USD4 untuk satu perdagangan pusingan penuh
Seperti yang dapat dilihat daripada contoh yang kami berikan, semakin ketat spread yang ditawarkan pada pasangan, semakin rendah kos keseluruhan perdagangan. Itu bermaksud walaupun akaun ECN Prime dan ECN Institutional mengenakan komisen, kos akhir setiap perdagangan masih jauh lebih rendah berbanding kos perdagangan pada akaun ECN Standard.
Dalam jadual di bawah, kami telah memaparkan Spread Langsung yang ditawarkan pada pasangan Forex popular merentasi ketiga-tiga jenis akaun BlackBull. Ingat, broker ini hanya memaparkan spread langsung yang sentiasa dikemas kini dan mungkin tidak sepadan dengan nilai yang disediakan di bawah.
| Purata Kos Spread dengan Akaun ECN Standard | ||||
|---|---|---|---|---|
| Pasangan Mata Wang | Spread (dalam pip) | Komisen setiap sisi | Kos setiap Lot Mikro | Kos setiap Lot Standard |
| EUR/USD | 0.8 | $0 | $0.0800 | $8.00 |
| USD/JPY | 0.8 | $0 | $0.0515 | $5.15 |
| EUR/GBP | 1.4 | $0 | $0.1882 | $18.82 |
| GBP/USD | 0.8 | $0 | $0.0800 | $8.00 |
| AUD/USD | 0.8 | $0 | $0.0800 | $8.00 |
| USD/CAD | 0.8 | $0 | $0.0584 | $5.84 |
| USD/CHF | 0.9 | $0 | $0.1159 | $11.59 |
| USD/CNH | 1.7 | $0 | $0.1094 | $10.93 |
| NZD/USD | 0.9 | $0 | $0.0900 | $9.00 |
*Semua kos perdagangan pasangan mata wang dinyatakan dalam USD
| Purata Kos Spread dengan Akaun ECN Prime | ||||
|---|---|---|---|---|
| Pasangan Mata Wang | Spread (dalam pip) | Komisen setiap sisi | Kos setiap Lot Mikro | Kos setiap Lot Standard |
| EUR/USD | 0.1 | $3/$0.030 | $0.04 | $4.00 |
| USD/JPY | 0.1 | $3/$0.030 | $0.0364 | $3.64 |
| EUR/GBP | 0.7 | $3/$0.030 | $0.1240 | $12.41 |
| GBP/USD | 0.1 | $3/$0.030 | $0.0400 | $4.00 |
| AUD/USD | 0.1 | $3/$0.030 | $0.0400 | $4.00 |
| USD/CAD | 0.1 | $3/$0.030 | $0.0373 | $3.73 |
| USD/CHF | 0.2 | $3/$0.030 | $0.0558 | $5.58 |
| USD/CNH | 1.0 | $3/$0.030 | $0.0943 | $9.43 |
| NZD/USD | 0.2 | $3/$0.030 | $0.0500 | $5.00 |
*Semua kos perdagangan pasangan mata wang dinyatakan dalam USD
| Purata Kos Spread dengan Akaun ECN Institutional | ||||
|---|---|---|---|---|
| Pasangan Mata Wang | Spread (dalam pip) | Komisen setiap sisi | Kos setiap Lot Mikro | Kos setiap Lot Standard |
| EUR/USD | 0.0 | $2/$0.020 | $0.0200 | $2.00 |
| USD/JPY | 0.0 | $2/$0.020 | $0.0200 | $2.00 |
| EUR/GBP | 0.6 | $2/$0.020 | $0.1007 | $10.06 |
| GBP/USD | 0.0 | $2/$0.020 | $0.0200 | $2.00 |
| AUD/USD | 0.0 | $2/$0.020 | $0.0200 | $2.00 |
| USD/CAD | 0.0 | $2/$0.020 | $0.0200 | $2.00 |
| USD/CHF | 0.1 | $2/$0.020 | $0.0329 | $3.29 |
| USD/CNH | 0.9 | $2/$0.020 | $0.0779 | $7.79 |
| NZD/USD | 0.1 | $2/$0.020 | $0.0300 | $3.00 |
*Semua kos perdagangan pasangan mata wang dinyatakan dalam USD
Kos Pembiayaan Semalaman BlackBull
Selain spread dan komisen, bergantung sama ada anda mengekalkan posisi terbuka semalaman, anda mungkin dikenakan yuran swap, iaitu kadar faedah yang akan dibayar atau diterima oleh pedagang. Perlu dinyatakan bahawa BlackBull mengira kadar swap berdasarkan kadar faedah yang disediakan oleh bank teratas global dan penyedia kecairan.
Untuk pengiraan swap, BlackBull menggunakan formula berikut:
(Satu Mata/Kadar Pertukaran) x Saiz Perdagangan (atau Saiz Lot) x Nilai Swap (dinyatakan dalam mata)
Walaupun berguna untuk mengetahui cara broker mendapatkan kadar swapnya, anda tidak perlu melakukan pengiraan ini pada setiap kali anda merancang untuk mengekalkan posisi terbuka semalaman. Sebaliknya, anda boleh menggunakan Kalkulator Swap BlackBull di mana anda boleh memilih instrumen, mata wang asas akaun anda, dan saiz perdagangan anda. Itu akan membolehkan anda melihat dengan serta-merta kadar swap semasa yang akan dikenakan pada perdagangan anda.
Disebabkan kadar swap bergantung pada pelbagai keadaan pasaran, ia sentiasa dikemas kini. Walau bagaimanapun, kami telah menyenaraikan kadar swap semasa dalam USD untuk pasangan forex popular, menunjukkan swap bagi posisi panjang (beli) dan pendek (jual) setiap pasangan.
| Kadar Swap pada Pasangan Forex Popular (saiz lot standard) | ||||
|---|---|---|---|---|
| Simbol | Mata Wang Asas | Volum dalam Lot | Swap Beli Pasangan | Swap Jual Pasangan |
| EUR/USD | USD | 1 | -8.59000 | 2.91000 |
| USD/JPY | USD | 1 | 7.680 | -16.830 |
| EUR/GBP | USD | 1 | -6.37000 | 2.13000 |
| GBP/USD | USD | 1 | -3.30000 | -3.40000 |
| AUD/USD | USD | 1 | -1.57000 | -1.97000 |
| USD/CAD | USD | 1 | 2.37000 | -9.13000 |
| USD/CHF | USD | 1 | 5.09000 | -10.12000 |
| NZD/USD | USD | 1 | -4.02000 | 0.78000 |
Satu perkara penting yang perlu diingat jika anda memutuskan untuk berdagang dengan posisi yang dibiarkan terbuka selepas sesi perdagangan harian adalah swap tiga kali ganda pada hari Rabu. Ini kerana pasaran ditutup pada hari Sabtu dan Ahad, bermaksud tiada caj swap yang dikenakan pada hujung minggu.
Kos Perdagangan Tanpa Swap di BlackBull
Bagi pedagang yang tidak dibenarkan membayar atau menerima faedah disebabkan kepercayaan agama mereka, BlackBull menawarkan perdagangan tanpa swap pada akaun ECN Standard atau ECN Prime. Terdapat beberapa saranan untuk pedagang yang ingin mengekalkan akaun mereka tanpa swap dan tidak membayar/menerima faedah. Nasihat utama broker ini adalah untuk kekal pada perdagangan harian dan elakkan daripada membiarkan posisi terbuka semalaman.
Walaupun akaun tanpa swap tidak akan mengenakan faedah atau apa-apa yuran lain, mengekalkan posisi terbuka semalaman boleh meletakkan akaun tanpa swap anda dalam risiko untuk ditukar kembali menjadi akaun ECN Standard atau ECN Prime biasa. Itu bermaksud anda akan mula menerima atau membayar faedah ke atas sebarang posisi yang dibiarkan semalaman.
Kos Bukan Perdagangan BlackBull
Walaupun kami telah merangkumi sebarang yuran perdagangan yang mungkin dikenakan pada perdagangan anda di BlackBull, kami juga ingin membincangkan kos tambahan bukan perdagangan, jika ada. Tanpa mengira jenis akaun yang ingin dibuka dengan broker, anda boleh menggunakan beberapa kaedah mudah untuk membiayai dompet perdagangan anda. Kelebihannya, broker tidak mengenakan apa-apa yuran ke atas deposit yang dibuat ke akaun BlackBull anda. Walaupun pedagang boleh menambah baki akaun perdagangan mereka secara percuma, setiap kali mereka memulakan pengeluaran, broker akan mengenakan yuran kecil sebanyak USD5.
Walaupun membuka akaun dengan BlackBull adalah percuma, anda harus tahu jika akaun anda tidak mempunyai sebarang aktiviti perdagangan melebihi 90 hari, broker akan menolak yuran tidak aktif USD5 daripada baki anda. Sebelum tempoh 90 hari tamat, broker akan memaklumkan anda tentang caj yang akan dikenakan. Jika akaun anda kekal tidak aktif, anda akan dikenakan yuran tidak aktif USD5 untuk setiap bulan berikutnya. Jika baki akaun anda menjadi sifar selepas yuran tidak aktif dikenakan, broker berhak menutup akaun anda.
Bagi pedagang yang ingin menambah baik perdagangan mereka dengan mengurangkan latensi, meningkatkan perdagangan automatik, dan membuka ciri-ciri eksklusif yang lain, khidmat pengehosan VPS disediakan oleh beberapa rakan kongsi BlackBull. Membuka perkhidmatan VPS memerlukan langganan berbayar yang bermula daripada USD30 sebulan. Pedagang aktif yang menghasilkan volum perdagangan lebih besar berpeluang untuk menikmati pengurangan kos langganan VPS tersebut.
| Kos Bukan Perdagangan BlackBull | |
|---|---|
| Yuran Deposit | Percuma |
| Yuran Pengeluaran | USD5 |
| Yuran Pembukaan Akaun | Percuma |
| Yuran Tidak Aktif | USD5 |
| Langganan Pengehosan VPS | Daripada USD30 sebulan |
Kesimpulan Mengenai Yuran BlackBull
Pedagang yang menyertai BlackBull berpeluang menikmati keadaan perdagangan yang kompetitif merentasi pelbagai jenis akaun. Sama ada anda seorang pedagang baharu yang lebih suka dengan perdagangan kecil atau perdagangan volum tinggi, di BlackBull, anda boleh menemui pilihan akaun yang sesuai dan membayar kos yang rendah untuk berdagang dengan broker. Spread yang ketat dan kadar komisen yang rendah adalah beberapa manfaat utama berdagang di BlackBull.
Malangnya, pelanggan broker mungkin dikenakan beberapa yuran bukan perdagangan, dengan akaun tidak aktif akan dikenakan yuran tidak aktif sebanyak USD5. Disamping itu, pengeluaran juga akan dikenakan yuran USD5 tanpa mengira kaedah pembayaran yang dipilih. Selain itu, tiada caj tambahan lain yang memberi kesan kepada kos keseluruhan perdagangan di BlackBull, menjadikan pengalaman berdagang dengan broker ini secara umumnya sangat menjimatkan kos.

