Ditulis oleh Zornitsa Stefanova
Zornitsa Stefanova ialah seorang penganalisis forex dan kripto yang berpengalaman. Beliau juga mengulas pelbagai topik kewangan seperti perdagangan saham dan pelaburan persaraan.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

CMC Markets merupakan sebuah firma broker yang berpangkalan di UK dan telah wujud selama lebih tiga puluh tahun. Ditubuhkan pada tahun 1989, CMC Markets kekal sebagai broker pilihan bagi ramai pedagang di seluruh dunia yang menghargainya kerana pilihan produk yang ditawarkan, pelbagai platform, dan kos perdagangan yang berpatutan.

Spread boleh turun di bawah 1 pip, dan salah satu jenis akaun broker ini mempunyai komisen serendah USD2.50 setiap lot, setiap sisi. Lebih daripada 12,000 instrumen kewangan disokong di platform web dan aplikasi broker yang berkuasa ini, serta pada platform pihak ketiga yang popular seperti MT4, MT5, dan TradingView. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kos CMC Markets di bawah.

Kos Perdagangan CMC Markets

Apabila berdagang mata wang, kos utama yang perlu diambil kira oleh pedagang forex ialah spread dan komisen. CMC Markets menyediakan pilihan untuk membuka akaun CFD Standard yang mana semua kos perdagangan dimasukkan ke dalam spread. Satu lagi jenis akaun, dipanggil FX Active, ialah akaun yang boleh dipilih oleh pengguna jika mereka mahukan akses kepada spread yang lebih rendah. Akaun FX Active disediakan di entiti CMC Markets yang berada di bawah pengawalseliaan UK, Kanada, dan Bermuda.

Kos Perdagangan Akaun CFD Standard

Di CMC Markets, pelanggan mendapat spread yang agak kompetitif jika memilih Akaun CFD Standard. Contohnya pasangan EUR/USD yang mempunyai spread serendah 0.5 pip. Dengan spread sebegini, pedagang akan menanggung kos sebanyak USD5 bagi setiap lot standard, manakala lot mikro boleh menelan kos serendah USD0.05. Untuk mengira kos spread lot Standard, pedagang mesti mendarab nilai spread dengan 100,000 apabila berdagang dengan akaun yang didenominasi dalam USD.

0.00005 x 100,000 = USD5.

Pengiraannya serupa untuk lot mikro, kecuali anda hanya perlu mendarab spread dengan 1,000. Berikut ialah ringkasan kos minimum yang berkaitan dengan beberapa pasangan paling popular di CMC Markets:

Kos Spread Minimum dengan Akaun CFD Standard
Pasangan Mata WangSpreadKomisen Setiap Lot, Setiap SisiKos setiap Lot MikroKos setiap Lot Standard
AUD/USD0.6USD0USD0.06USD6
EUR/GBP0.8USD0USD0.11USD10.78
EUR/JPY1.3USD0USD0.08USD8.37
EUR/USD0.5USD0USD0.05USD5
GBP/JPY1.9USD0USD0.19USD19
GBP/USD0.9USD0USD0.09USD9
NZD/USD1.7USD0USD0.17USD17
USD/CAD1.3USD0USD0.094USD9.39
USD/CNH5.60USD0USD0.226USD22.6
USD/JPY0.7USD0USD0.047USD4.73

Kos Perdagangan Akaun FX Active

Jika anda mencari spread yang lebih rendah, berbaloi untuk melihat akaun FX Active CMC Markets. Pilihan akaun ini melibatkan komisen, bermaksud pengiraan jumlah kos setiap lot standard bagi setiap sisi dilakukan dengan menambah kos spread kepada komisen. Memandangkan pasangan seperti EUR/USD, GBP/USD, AUD/USD, USD/CAD, USD/JPY, dan NZD/USD mempunyai spread yang boleh jatuh kepada 0 pip, ini bermakna kos minimum ialah komisen itu sendiri:

Kos Spread Minimum dengan Akaun FX Active
Pasangan Mata WangSpreadKomisen Setiap Lot, Setiap SisiKos setiap Lot MikroKos setiap Lot Standard
AUD/USD0USD0.025 / USD2.50USD0.025USD2.50
EUR/GBP0.6USD0.025 / USD2.50USD0.105USD10.58
EUR/JPY0.98USD0.025 / USD2.50USD0.085USD8.8
EUR/USD0USD0.025 / USD2.50USD0.025USD2.50
GBP/JPY1.42USD0.025 / USD2.50USD0.116USD11.63
GBP/USD0USD0.025 / USD2.50USD0.025USD2.50
NZD/USD0USD0.025 / USD2.50USD0.025USD2.50
USD/CAD0US$0.025 / USD2.50USD0.025USD2.50
USD/CNH1.5USD0.025 / USD2.50USD0.046USD4.59
USD/JPY0USD0.025 / USD2.50USD0.025USD2.50

Perlu ditekankan bahawa jenis akaun FX Active tidak disediakan pada semua entiti CMC Markets. Contohnya, pelanggan di kebanyakan negara Eropah hanya boleh memilih antara akaun CFD, akaun MT4, dan akaun Korporat, dan spread forexnya akan bermula dari 0.2 pip tanpa mengira pilihan yang diambil. Di beberapa bidang kuasa, akaun spread betting juga disediaakn. Entiti CMC Markets yang menawarkan akaun FX Active berada di bawah pengawasan pihak berkuasa kewangan di bidang kuasa seperti UK, Kanada, atau Bermuda dan lain-lain. Pedagang juga perlu mengambil kira Akaun FX Active yang disediakan pada platform proprietari broker serta platform MetaTrader 4.

Kos Pembiayaan Semalaman CMC Markets

Jika anda memutuskan untuk mengekalkan posisi terbuka semalaman, anda mungkin dikenakan yuran swap CMC Markets yang berdasarkan perbezaan kadar faedah antara mata wang. Jika mata wang yang dijual mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi daripada mata wang yang dibeli, anda akan dikenakan caj. Sebaliknya, jika pergerakan posisi memihak kepada anda dengan kadar faedah mata wang yang dibeli menjadi lebih tinggi daripada mata wang yang dijual, kadar swap akan menjadi positif. Dalam erti kata lain, anda akan menerima faedah.

Seperti yang dinyatakan di laman web CMC Markets, yuran swap dikenakan pada jam 05:00 waktu New York setiap hari. Contoh kos yang ditunjukkan di bawah ini dikeluarkan pada 27 Ogos 2025:

Yuran Swap CMC Markets (27 Ogos 2025)
Pasangan Mata WangMata Wang AsasVolum LotKos Pegangan Beli (Harian)Kos Pegangan Jual (Harian)Kos Pegangan Beli (Tahunan)Kos Pegangan Jual (Tahunan)
AUD/USDUSD1-0.00434%0.00122%-1.58480%0.44530%
EUR/GBPUSD1-0.00829%-0.00251%-3.02710%-0.91470%
EUR/JPYUSD10.00148%0.00716%0.53920%2.61400%
EUR/USDUSD1-0.00942%-0.00384%-1.40220%-3.43940%
GBP/JPYUSD10.00837%0.01439%3.05590%5.25280%
GBP/USDUSD1-0.00400%0.00156%0.56810%-1.45870%
NZD/USDUSD1-0.00719%-0.00064%-2.62390%-0.23370%
USD/CADUSD10.00184%0.00752%0.67240%2.74500%
USD/CNHUSD10.00578%0.01158%2.10820%4.22580%
USD/JPYUSD10.00813%0.01365%2.96820%4.98300%

Seperti yang anda lihat dalam jadual di atas, CMC Markets memaparkan kedua-dua kadar swap tahunan dan harian. Kadar tahunan pada asasnya merupakan data sejarah, manakala kadar harian tertakluk kepada perubahan berkala. Oleh itu, pedagang disarankan untuk menyemak kadar harian di laman web CMC Markets setiap kali mereka mempertimbangkan untuk mengekalkan posisi semalaman.

Kos Perdagangan Tanpa Swap di CMC Markets

Pada masa penulisan ini dibuat, tiada entiti CMC Markets yang menawarkan akaun tanpa swap. Kadar swap adalah wajib bagi posisi forex yang dipegang semalaman. Jika perkara ini menjadi masalah bagi anda, maka CMC Markets mungkin bukan pilihan yang sesuai.

Kos Bukan Perdagangan CMC Markets

Selain daripada kos yang telah dibincangkan setakat ini, terdapat beberapa caj lain yang perlu dipertimbangkan sebelum anda membuka akaun CMC Markets. Secara umumnya, broker ini tidak mengenakan yuran untuk membuka akaun, membuat deposit, atau pengeluaran, tetapi ini boleh berbeza bergantung pada tempat tinggal pedagang. Contohnya di Kanada, deposit dan pengeluaran melalui pindahan wayar boleh dikenakan yuran USD15.

Jika anda ingin berdagang menggunakan pelayan peribadi maya (VPS), Beeks ialah pembekal VPS pilihan CMC Markets. Biasanya, pendaftaran dan penggunaan pelayan Beeks akan dikenakan yuran bulanan yang boleh bermula daripada £31 hingga £97, bergantung pada pelan anda. Walau bagaimanapun, anda boleh mendapat VPS percuma jika anda berdagang dengan CMC Markets, dengan syarat volum perdagangan bulanan anda adalah sekurang-kurangnya 15 lot standard. Dari segi manfaat VPS, pelayan ini diketahui menawarkan kelajuan pelaksanaan yang mengagumkan, keselamatan yang baik, latensi rendah, dan kebolehan perdagangan automatik.

Akhir sekali, jika anda memutuskan bahawa anda tidak lagi ingin menggunakan akaun perdagangan CMC Markets anda, ingat bahawa CMC Markets mungkin mengenakan yuran tidak aktif. Akaun anda akan dianggap tidak aktif jika anda tidak melaksanakan perdagangan selama 12 bulan berturut-turut, dan yuran adalah berbeza bergantung pada entiti CMC Markets tempatan anda. Sebagai contoh, pedagang UK dengan akaun tidak aktif perlu membayar yuran £10 sebulan. Selain itu, CMC Markets mengenakan yuran USD15 sebulan di Singapura dan Kanada. Bagi peminat forex di Eropah, khususnya mereka yang mempunyai akaun di entiti CMC Markets yang dilesenkan oleh BaFin, mereka tidak akan dikenakan yuran tidak aktif.

Sekilas Pandang tentang Kos CMC Markets
Yuran DepositPercuma*
Yuran PengeluaranPercuma*
Yuran Pembukaan AkaunPercuma
Yuran Tidak AktifYuran bulanan USD15/£10** selepas 12 bulan tidak aktif
Langganan Pengehosan VPSYuran bulanan Beeks: £31 (Bronze), £55 (Silver), £97 (Gold)

* Yuran mungkin dikenakan bergantung kepada bidang kuasa dan kaedah pembayaran anda

** Tidak dikenakan di CMC Markets Germany GmbH

Kesimpulan mengenai Yuran CMC Markets

Banyak pedagang yang akan mendapati yuran CMC Markets agak rendah. Ditambah pula dengan hakikat bahawa broker bereputasi ini telah memperoleh kelulusan kawal selia daripada pihak berkuasa seperti Germany’s Federal Financial Supervisory Authority (BaFin) dan Financial Conduct Authority (FCA) di United Kingdom, CMC Markets menjadi pilihan yang menarik bagi ramai peminat perdagangan forex. Sekiranya anda menghadapi sebarang isu berkaitan kos semasa berdagang atau sekadar mempunyai pertanyaan tentang akaun perdagangan peribadi, anda boleh menghubungi sokongan pelanggan CMC Markets melalui e-mel, telefon, atau sembang langsung. Pasukan sokongannya sedia membantu pelanggan 24 jam sehari, lima hari seminggu.

Ditulis oleh Z. Stefanova | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal