Ditulis oleh Zornitsa Stefanova
Zornitsa Stefanova ialah seorang penganalisis forex dan kripto yang berpengalaman. Beliau juga mengulas pelbagai topik kewangan seperti perdagangan saham dan pelaburan persaraan.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Dengan ciri perdagangan sosial miliknya dan kepelbagaian pasaran yang mengagumkan, eToro adalah broker yang boleh menarik minat pedagang dari pelbagai latar belakang. Walau bagaimanapun, sebelum mendaftar dengan broker ini, anda perlu mengetahui caj-caj yang akan mempengaruhi sesi perdagangan anda.

Mujurlah yuran perdagangan eToro agak mudah untuk difahami, menjadikannya sesuai untuk pedagang baharu dan pedagang berpengalaman. Jika anda sedang mempertimbangkan eToro dan mahu mengenali kos-kos perdagangan yang ditawarkan oleh broker ini, pasukan pakar kami telah mengkaji spread, swap, caj pengeluaran, dan sebarang yuran lain yang perlu diketahui oleh pengguna.

Kos Perdagangan eToro

Di eToro, terdapat beberapa jenis akaun yang boleh dipilih. Akaun pertama ialah akaun runcit (peribadi). Leverajnya dihadkan kepada dua, iaitu 1:30 atau 1:400, bergantung kepada tempat tinggal pedagang dan badan pengawal selia yang mengawasi sektor kewangan tempatan mereka.

eToro menampilkan spread terapung, dan spread minimum bagi sesetengah pasangan mata wang boleh serendah 1 pip. Walaupun spread eToro bukan yang paling kompetitif, ramai pelanggan yang akan menghargainya kerana ia tidak mempunyai komisen. Kita akan gunakan EUR/USD sebagai contoh. Jika spread pasangan ini berada pada paras terendahnya (1 pip), maka kos bagi satu lot standard boleh dikira dengan mendarabkan spread dengan 100,000 unit. Memandangkan tiada komisen dikenakan, formulanya adalah seperti berikut:

0.0001 x 100,000 = USD10.

Formulanya juga hampir sama untuk perdagangan lot mikro, kecuali anda perlu mendarabkan spread dengan 1,000 unit:

0.0001 x 1,000 = USD0.10

Dalam jadual di bawah, anda boleh melihat pecahan kos bagi beberapa pasangan mata wang eToro:

Kos Spread Minimum Dengan Akaun Standard
Pasangan Mata WangSpread (Pip)Komisen Setiap Lot, Setiap SisiKos setiap Lot MikroKos setiap Lot Standard
AUD/USD1 PipUSD0USD0.10USD10
EUR/GBP1.5 PipUSD0USD0.2029USD20.2896
EUR/JPY2 PipUSD0USD0.12938USD12.9382
EUR/USD1 PipUSD0USD0.10USD10
GBP/JPY3 PipUSD0USD0.19407USD19.4073
GBP/USD2 PipUSD0USD0.20USD20
NZD/USD2.5 PipUSD0USD0.25USD25
USD/CAD1.5 PipUSD0USD0.10972USD10.97237
USD/CHF1.5 PipUSD0USD0.19417USD19.41722
USD/CNH10 PipUSD0USD0.1452USD14.52047
USD/JPY1 PipUSD0USD0.06469USD6.4691

eToro juga mempunyai jenis akaun yang sesuai untuk golongan profesional. Pelanggan profesional eToro boleh memanfaatkan leveraj tinggi yang berpotensi meningkatkan keuntungan, tetapi ia juga membawa risiko besar. Disebabkan inilah ia lebih sukar untuk membuka akaun profesional berbanding membuka akaun runcit. Jika anda tinggal di UK atau Eropah, anda perlu memenuhi dua daripada tiga kriteria berikut untuk layak membuka akaun profesional:

  • Telah melaksanakan sekurang-kurangnya 10 transaksi besar setiap suku tahun sepanjang empat suku tahun lalu
  • Mempunyai portfolio melebihi €500,000
  • Mempunyai sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman profesional dalam sektor kewangan

Terdapat juga akaun Islamik disediakan yang berbeza kerana tiada yuran semalaman. Akhir sekali adalah akaun Korporat eToro yang tidak disediakan untuk pelanggan individu, tetapi untuk entiti sah yang menggunakan modal perniagaan mereka untuk berdagang.

Semua pilihan akaun yang dinyatakan setakat ini adalah akaun perdagangan langsung. Jika anda ingin berlatih dan mempelajari asas perdagangan tanpa mempertaruhkan wang sebenar, anda boleh mengaktifkan mod perdagangan maya eToro. Ia disertakan dengan dana demo berjumlah USD100,000.

Selain pedagang forex, eToro juga memenuhi keperluan individu yang berminat dengan saham, ETF, komoditi, indeks, dan mata wang kripto. Saham merupakan satu-satunya instrumen di eToro yang melibatkan komisen, sama ada USD1 atau USD2 bergantung kepada tempat tinggal pelanggan serta negara tempat bursa saham tersebut beribu pejabat. Memandangkan eToro terkenal dengan tawaran kripto, kami ingin menyatakan bahawa broker ini mengenakan yuran 1% sahaja bagi urus niaga pembelian dan penjualan mata wang kripto.

Kos Pembiayaan Semalaman eToro

Kadar semalaman adalah faedah yang dikenakan atau dibayar untuk posisi CFD yang dibuka semalaman. Kadar ini juga boleh dipanggil yuran rollover atau swap, dan nilainya boleh menjadi negatif atau positif. Kadar positif merujuk kepada posisi yang berakhir dengan pedagang menerima faedah, dan ia berlaku apabila mata wang yang dibeli mempunyai kadar faedah lebih tinggi daripada mata wang yang dijual.

eToro mengenakan kadar semalaman pada jam 21:00 GMT setiap hari. Semasa waktu penjimatan siang, yuran dikenakan atau dibayar pada jam 22:00 GMT. Pedagang forex perlu ambil perhatian bahawa kadar semalaman akan menjadi tiga kali ganda untuk menampung caj hujung minggu. Untuk perdagangan forex, caj ini dikenakan pada hari Rabu.

Broker ini telah menegaskan bahawa yuran swap adalah tidak tetap dan mungkin dipengaruhi oleh keadaan global. Oleh itu, pedagang perlu sentiasa menyemak semula kadar yang disenaraikan pada tarikh tertentu dan merancang tindakan mereka dengan sewajarnya. Dalam jadual di bawah, anda boleh melihat kadar swap yang dikeluarkan pada masa penulisan:

Yuran swap eToro (20 Februari 2026)
Pasangan mata wangMata wang asas*Isipadu dalam lotLong (Beli)Short (Jual)
AUD/USDUSD1-0.00002556-0.00002756
EUR/GBPUSD1-0.000101110.0001075
EUR/JPYUSD1-0.00000319-0.00008604
EUR/USDUSD1-0.000100720.00001128
GBP/JPYUSD10.00006069-0.00016241
GBP/USDUSD1-0.00005203-0.00005103
NZD/USDUSD1-0.00004558-0.00000158
USD/CADUSD10.00000539-0.00008043
USD/CHFUSD10.00006764-0.00014443
USD/CNHUSD10.00002693-0.00010203
USD/JPYUSD10.0000444-0.00011999

Yuran dalam USD, semalam, setiap unit

Kos Perdagangan Tanpa Swap di eToro

Menurut undang-undang Syariah, menerima dan membayar faedah adalah perbuatan yang dilarang, menjadikan akaun perdagangan biasa tidak sesuai untuk pedagang beragama Islam. Sehubungan itu, eToro telah menyediakan akaun tanpa swap yang tidak melibatkan kos semalaman, dan ia sebaliknya mengenakan yuran pentadbiran kepada pelanggan selepas tempoh tangguh tujuh hari. Jumlah yuran ini berbeza-beza bergantung pada mata wang yang membentuk sesuatu pasangan dan boleh berada antara USD10 hingga USD80. Memandangkan kadar rollover hujung minggu adalah tiga kali ganda, ia turut terpakai untuk yuran pentadbiran bagi pedagang Muslim. Yuran pentadbiran untuk tiga hari akan dikenakan pada hari Rabu.

Yuran Pentadbiran Akaun Islamik eToro (Mata Wang)
InstrumenTempoh TangguhYuran Pentadbiran setiap Lot Setiap HariSaiz LotYuran Tiga Hari
Pasangan yang menggabungkan AUD, CAD, JPY, NZD, EUR, CHF, GBP, ILS, NOK, PLN, SGD, SEK, HKD7 hariUSD10100,000 UnitRabu
Pasangan yang mengandungi HUF, ZAR, KRW7 hariUSD15100,000 UnitRabu
Pasangan yang mengandungi MXN, COP, CLP, BRL, TRY7 hariUSD20100,000 UnitRabu
Pasangan yang mengandungi TRY7 hariUSD80100,000 UnitKhamis

Kos Bukan Perdagangan eToro

Beberapa yuran yang tiada kaitan langsung dengan perdagangan juga akan memainkan peranan dalam jumlah kos penggunaan akaun eToro. Walaupun broker ini tidak mengenakan caj deposit ataupun yuran pembukaan akaun, yuran sebanyak $5 mungkin dikenakan apabila pelanggan membuat pengeluaran. eToro akan mengenakan caj ini sekiranya pedagang mempunyai akaun dalam USD dan mengeluarkan dana ke akaun luar. Sebaliknya, pengeluaran akaun EUR adalah percuma, begitu juga untuk akaun GBP:

Ringkasan Kos Bukan Perdagangan eToro
Yuran DepositPercuma
Yuran Pengeluaran
  • Akaun USD ke akaun luar: USD5
  • Akaun GBP/EUR ke akaun GBP/EUR luar: Percuma
Yuran Pembukaan AkaunPercuma
Yuran Tidak AktifUSD10 sebulan selepas 12 bulan tidak aktif*
Yuran PengurusanPercuma
Langganan Pengehosan VPSTiada pengehosan VPS

*Dalam jadual di atas, tidak aktif merujuk kepada kegagalan log masuk ke akaun seseorang

Tiada yuran pengurusan, dan disebabkan eToro tidak menawarkan perkhidmatan pengehosan pelayan peribadi maya (VPS), anda juga tidak perlu risau tentang caj berkaitan VPS. Namun begitu, pastikan anda log masuk ke akaun sendiri secara berkala, ini kerana yuran bulanan USD10 akan dikenakan jika akaun tidak aktif selama 12 bulan. Selain kos yang dinyatakan tadi, eToro juga mengenakan yuran penukaran. Anda boleh mengetahuinya dengan lebih lanjut dalam bahagian berikutnya.

Yuran Penukaran Mata Wang

Mata wang lalai di eToro ialah USD, manakala EUR, DKK dan GBP disediakan untuk pelanggan di Eropah dan UK. Dalam keadaan tertentu, pelanggan eToro akan dikenakan yuran penukaran. Deposit dan pengeluaran yang berkaitan dengan akaun USD sebagai contoh, akan melibatkan yuran penukaran mata wang sekiranya mata wang tersebut tidak sepadan dengan mata wang akaun pengguna. Sebagai contoh, jika anda menggunakan kad bank, yuran penukaran bagi Franc Switzerland ialah 1%, manakala penggunaan PayPal atau dompet digital lain akan dikenakan yuran penukaran sebanyak 150 pip. Pemindahan aset antara akaun yang menggunakan mata wang berbeza juga memerlukan penukaran mata wang dan seterusnya akan menyebabkan caj dikenakan.

Anda boleh menyemak yuran penukaran eToro dalam jadual di bawah. Ingat, caj ini boleh berubah. Oleh itu, penting untuk merujuk halaman rasmi Conversion Fees eToro bagi memastikan anda sentiasa mendapat maklumat terkini tentang kos yang mungkin dikenakan setiap kali anda membuat pemindahan dana.

Yuran Penukaran eToro
Mata WangYuran Kad Kredit/DebitYuran PayPal, Neteller, SkrillYuran Trustly, Przelewy24, iDEAL, RapidTransferYuran Pindahan BankYuran Akaun eToro GBP/EUR
EUR, GBP150 PIPs150 PIPs150 PIPs150 PIPs0.75%
AUD150 PIPs150 PIPs150 PIPs150 PIPs
CHF1%150 PIPs150 PIPs
DKK1%1000 PIPs1000 PIPs
NOK1%1600 PIPs1600 PIPs
PLN1%650 PIPs650 PIPs
SEK1%1600 PIPs1600 PIPs
HUF1%550 PIPs550 PIPs
RON1%
CZK1%3300 PIPs3300 PIPs
MYR1330 PIPs1330 PIPs
SGD410 PIPs410 PIPs
IDR450 PIPs450 PIPs
VND71000 PIPs71000 PIPs
PHP8500 PIPs
THB100 PIPs
PEN790 PIPs
MXN6000 PIPs
QAR820 PIPs
BHD7900 PIPs
OMR7800 PIPs
AED820 PIPs820 PIPs
KRW390000 PIPs
BRL15555 PIPs
CLP2300000 PIPs

Kesimpulan mengenai Yuran eToro

Pasukan kami  berpuas hati dengan struktur yuran eToro. Walaupun ketiadaan perdagangan berasaskan komisen mungkin menjadi isu bagi sesetengah pedagang berpengalaman, pedagang baharu mungkin menghargai ketiadaan caj tersebut serta kejelasan kos perdagangan secara keseluruhan. Deposit adalah percuma, ini sememangnya satu kelebihan, manakala caj sederhana sebanyak USD5 dikenakan bagi transaksi pengeluaran tertentu.


eToro ialah platform pelbagai aset yang menawarkan pelaburan dalam saham dan juga aset kripto, serta perdagangan CFD.

CFD adalah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi untuk kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 61% akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi, dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.

Komunikasi ini bertujuan sebagai maklumat dan pendidikan sahaja dan tidak harus dianggap sebagai nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan. Prestasi lalu bukan petunjuk keputusan masa depan.

Copy Trading tidak sama dengan nasihat pelaburan. Nilai pelaburan anda mungkin meningkat atau menurun. Modal anda dalam risiko.

Jangan melabur melainkan anda bersedia untuk kehilangan semua wang yang anda laburkan. Ini merupakan pelaburan berisiko tinggi dan anda tidak seharusnya menjangkakan perlindungan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Luangkan masa 2 minit untuk mengetahui lebih lanjut

eToro USA LLC tidak menawarkan CFD dan tidak membuat sebarang kenyataan serta tidak menanggung liabiliti mengenai ketepatan atau kelengkapan kandungan penerbitan ini yang telah disediakan oleh rakan kongsi kami menggunakan maklumat yang boleh didapati secara umum dan bukan khusus entiti eToro.

Ditulis oleh Z. Stefanova | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal