Ditulis oleh Zornitsa Stefanova
Zornitsa Stefanova ialah seorang penganalisis forex dan kripto yang berpengalaman. Beliau juga mengulas pelbagai topik kewangan seperti perdagangan saham dan pelaburan persaraan.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Jenis Akaun di FP Markets

FP Markets menawarkan dua jenis akaun langsung, Standard dan Raw. Akaun pertama menawarkan spread daripada 1.0 pip dan tanpa komisen. Jika anda berminat untuk memanfaatkan spread yang lebih rendah, akaun Raw merupakan alternatif yang sesuai. Pedagang akaun Raw boleh menikmati spread daripada 0 pip ditambah komisen USD3 (sehala).

Perkara di atas adalah perbezaan utama antara akaun Raw dan Standard. Platform pihak ketiga lanjutan seperti MT4, MT5, TradingView, dan cTrader semuanya disediakan untuk pelanggan tanpa mengira jenis akaun. Pedagang runcit boleh menggunakan leveraj sehingga 1:30.

Pedagang profesional yang ingin berdagang dengan leveraj lebih tinggi perlu membuat akaun runcit terlebih dahulu. Mereka kemudiannya boleh memohon untuk membuka akaun profesional yang mempunyai had leveraj forex sebanyak 1:500. Kelulusan diberikan jika pedagang memenuhi dua daripada tiga kriteria berikut:

  • Telah melakukan transaksi sekurang-kurangnya 1 lot sebanyak 10 kali setiap suku tahun dalam tempoh 4 suku tahun terakhir
  • Mempunyai portfolio melebihi €500,000
  • Mempunyai pengalaman satu tahun sebagai pedagang profesional dalam sektor kewangan
Akaun DemoTersedia
Akaun IslamikTersedia
Akaun ECNTersedia
Akaun ProTersedia
Akaun MAMTersedia

Keperluan Deposit Minimum Akaun

Bagi jenis akaun runcit FP Markets, broker tidak mengenakan keperluan deposit minimum yang berbeza. Oleh itu, sama ada anda membuka akaun Standard atau Raw, anda akan dikehendaki membuat deposit sekurang-kurangnya $/€/£50. Jumlah ini menjadikan FP Markets agak mudah diakses kerana banyak broker lain yang mempunyai keperluan deposit awal yang jauh lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pedagang perlu mengambil kira yang saiz perdagangan minimum di FP Markets ialah 0.01 lot, bersamaan dengan 1,000 unit mata wang asas akaun.

Instrumen yang Boleh Didagangkan

Pilihan instrumen FP Markets merangkumi pelbagai kontrak untuk perbezaan (CFD), bermula dengan CFD Forex. Lebih 60 pasangan mata wang yang disediakan untuk Forex, dengan contoh utama seperti EUR/USD, AUD/CAD, USD/JPY, dan EUR/GBP. Perlu diingat bahawa perdagangan pasangan mata wang di FP Markets dilakukan melalui CFD, jadi ia tidak melibatkan pembelian aset asas.

CFD saham merupakan satu lagi tarikan kerana FP Markets memberi peluang kepada pelanggannya untuk berdagang CFD pada saham syarikat seperti Apple Inc (AAPL.xnas), PayPal Holdings Inc (PYPL.xnas), Microsoft Corp (MSFT.xnas), dan Tesla Inc (TSLA.xnas), serta lain-lain. Lebih daripada sedozen indeks, termasuk US500, CHINA50, dan EURO50, juga disediakan. Jika anda berminat dengan kripto, terdapat lebih daripada sedozen CFD kripto yang ditawarkan. Jenis instrumen lain termasuk logam, komoditi, dan ETF.

Pendaftaran Akaun di FP Markets – Mengambil masa kira-kira 2 minit (Akaun Demo)

  1. Buka halaman utama FP Markets, klik Quick Start, dan di bawah pilihan Your Account, pilih Try a Demo.FP Markets Registration Step 1
  2. Masukkan nama dan e-mel anda, pilih negara anda, dan berikan nombor telefon. Seterusnya, pilih MetaTrader4, MetaTrader5, cTrader, atau TradingView. Cipta kata laluan yang kukuh, pilih antara membuka akaun demo Raw atau Standard, dan pilih mata wang anda. Akhir sekali, lengkapkan CAPTCHA dan pergi ke langkah seterusnya.FP Markets Registration Step 2
  3. FP Markets akan meminta anda memasang platform pilihan menggunakan maklumat log masuk yang dihantar ke e-mel anda. Versi web trader juga akan disediakan sebagai pilihan. Setelah anda membuka platform, anda boleh log masuk dan mula menggunakan akaun demo anda.FP Markets Registration Step 3

Pendaftaran Akaun di FP Markets – Mengambil masa kira-kira 10 minit (Akaun Langsung)

FP Markets jelas berusaha menjadikan proses pendaftaran seringkas dan sejelas yang mungkin, dan jika anda mengikut langkah-langkah yang diterangkan di bawah, proses tersebut boleh diselesaikan dalam masa yang singkat.

  1. Pergi ke halaman utama FP Markets dan klik butang Open Live untuk memulakan proses pendaftaran.FP Markets Registration Step 4
  2. Seterusnya, anda boleh pilih untuk mendaftar menggunakan e-mel, akaun Google, atau akaun Facebook. Setelah selesai, taip nama pertama dan nama keluarga anda, dan pilih Individual dalam bahagian jenis akaun. Cari negara tempat tinggal anda, pilih gelaran anda, berikan nombor telefon, dan sahkan anda berumur 18 tahun atau ke atas. Akhir sekali, tekan butang Save and Next.FP Markets Registration Step 5
  3. Langkah seterusnya melibatkan pemberian maklumat peribadi seperti tarikh dan tempat lahir, nombor pasport, dan alamat anda. Terdapat beberapa bahagian mengenai cukai dan negara tempat tinggal anda. Jika anda menjawab soalan “Do you have a tax identification number?” dengan ya, medan untuk memasukkan nombor tersebut akan muncul. Jika anda menjawab tidak, anda perlu menyatakan sebabnya. Anda kemudian perlu memberikan maklumat mengenai status pekerjaan, pendapatan tahunan anda, dan jumlah wang yang anda mampu gunakan untuk berdagang. Akhir sekali, nyatakan sebab-sebab anda ingin membuka akaun FP Markets dan teruskan.FP Markets Registration Step 6
  4. Sekarang anda akan dibawa ke bahagian konfigurasi akaun anda. Pilih platform perdagangan yang dikehendaki, dan pilih jenis akaun yang ingin digunakan. Seterusnya, pilih mata wang anda dan pilih kaedah deposit yang anda cadang untuk gunakan. Akhir sekali, cipta kata laluan yang kukuh. Setelah selesai, anda boleh ke langkah seterusnya.FP Markets Registration Step 7
  5. Di sini, FP Markets akan bertanya soalan tentang pengalaman perdagangan anda, pengetahuan anda tentang perdagangan, dan toleransi risiko anda. Setelah anda menjawab semua soalan, klik Accept and Submit.FP Markets Registration Step 8
  6. Langkah berikutnya adalah membaca Terma dan Syarat serta Dasar Privasi FP Markets. Setelah anda menandakan kedua-dua kotak yang disediakan, anda boleh klik Accept and Open Account. FP Markets akan menghantar e-mel yang mengesahkan bahawa anda telah berjaya mendaftar. E-mel tersebut akan menyertakan butiran akaun anda, termasuk nombor akaun perdagangan anda.FP Markets Registration Step 9
  7. Sekarang anda telah berjaya mendaftar, tetapi ingat, apabila anda sampai ke halaman akaun, anda akan diminta untuk menjalani proses KYC FP Markets. Ini melibatkan proses memuat naik dokumentasi yang berkaitan dan menunggu kelulusan. Langkah ini wajib kerana ia dikehendaki oleh pengawal selia yang mengeluarkan lesen kepada FP Markets.FP Markets Registration Step 10

Kesimpulan

Secara keseluruhan, proses pendaftaran FP Markets agak panjang, namun ia tidak sepatutnya mengambil masa lebih daripada 10 minit. Selain itu, pedagang tidak perlu bimbang apabila broker meminta pelbagai maklumat peribadi; ini adalah amalan standard dalam perdagangan forex kerana broker perlu mematuhi undang-undang AML (Anti-Money Laundering) dan CFT (Combating the Financing of Terrorism). Pasukan FP Markets akan berusaha untuk mengesahkan butiran anda dalam masa sejam, tetapi dalam sesetengah keadaan, ia boleh mengambil masa sehingga satu hari bekerja.

Ditulis oleh Z. Stefanova | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal