Ditulis oleh Zornitsa Stefanova
Zornitsa Stefanova ialah seorang penganalisis forex dan kripto yang berpengalaman. Beliau juga mengulas pelbagai topik kewangan seperti perdagangan saham dan pelaburan persaraan.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Berlesen di Australia, Vanuatu, dan Seychelles, Fusion Markets sememangnya unggul dalam menyediakan perdagangan kos rendah dalam lebih 250 pasaran kewangan, termasuk 90 pasangan mata wang, komoditi, indeks, mata wang kripto, dan CFD saham AS. Broker ini menyediakan pelaksanaan pesanan ECN tanpa campur tangan meja urus niaga, memastikan suapan harga terbaik yang diperoleh daripada rangkaian penyedia kecairan yang dipercayai.

Fusion Markets tergolong antara broker paling mampu milik dalam industri perdagangan dalam talian. Pelanggan yang mendaftar boleh menjangkakan beberapa jenis kos perdagangan dan bukan perdagangan, termasuk spread, komisen, yuran pentadbiran untuk akaun tanpa swap, dan kos pembiayaan semalaman. Teruskan bersama kami untuk pecahan terperinci tentang semua perbelanjaan yang dikenakan pada perdagangan forex di Fusion Markets.

Kos Perdagangan Fusion Markets

Perbelanjaan perdagangan di Fusion Markets sebahagian besarnya bergantung pada jenis akaun yang dibuka oleh pelanggan. Broker ini menawarkan kedua-dua perdagangan berdasarkan spread dan berdasarkan komisen. Pesanan yang dibuat melalui Akaun Classic tidak dikenakan komisen kerana semua kos perdagangan dimasukkan ke dalam spread. Fusion Markets mengimbangi ketiadaan komisen dengan tambahan 0.9 pip pada semua spread mentah.

Kos Perdagangan Forex untuk Akaun Classic

Purata spread EUR/USD ialah 1.01 pip, dengan komisen sifar pada perdagangan apabila menggunakan Akaun Classic di Fusion Markets. Nilai spread dalam pip didarabkan dengan saiz posisi untuk mengira jumlah kos satu perdagangan. Satu lot standard bersamaan 100,000 unit mata wang asas akan menelan kos 0.00009 x 100,000 = USD9.00 di Fusion Markets.

Sebagai penjelasan, nilai pip untuk lot standard ialah USD10, bermakna setiap pergerakan harga satu pip menelan belanja USD10. Apabila berdagang lot mikro (1,000 unit mata wang) turun naik harga satu pip adalah bersamaan dengan USD0.10. Oleh itu, kos spread bagi satu lot mikro untuk pasangan EUR/USD secara purata adalah 9 sen dengan spread 0.90 pip (0.00009 x 1,000 unit = USD0.09). Manakala pelanggan yang berdagang lot mini (10,000 unit mata wang) akan membayar USD0.90 apabila membuka dan menutup posisi mereka pada harga 0.00009.

Purata Kos Spread* dengan Akaun Classic
Pasangan ForexSpread (dalam pip)KomisenKos setiap Lot MikroKos setiap lot Standard
EUR/USD0.90$0$0.09$9.00
USD/JPY1.04$0$0.0668$6.68
EUR/GBP1.03$0$0.1393$13.93
GBP/USD1.04$0$0.104$10.40
AUD/USD0.91$0$0.091$9.10
USD/CAD0.93$0$0.0680$6.80
USD/CHF1.01$0$0.1307$13.07
USD/CNH7.05$0$0.1027$10.27
NZD/USD0.95$0$0.095$9.50

*Untuk tujuan memudahkan pengiraan, kos purata dikira berdasarkan perdagangan bernilai USD100,000 dan USD1,000 tanpa leveraj. Semua kos spread disenaraikan dalam dolar AS dan mencerminkan perbelanjaan anda apabila membuka posisi (satu arah perdagangan sahaja).

Kos Perdagangan Forex untuk Akaun Zero

Akaun Zero menawarkan spread mentah dari 0.00 pip, dengan purata 0.11 pip untuk EUR/USD tanpa tambahan 0.9 pip yang dimasukkan dalam spread standard. Broker mengenakan komisen USD2.25 semasa membuka dan menutup posisi, berjumlah USD4.50 bagi setiap lot standard. Kadar komisen berbeza mengikut mata wang asas yang disokong, seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah. Pelanggan yang berdagang saiz lot lebih kecil membayar USD0.45 bagi setiap lot mini dan USD0.045 bagi setiap lot mikro. Posisi bersamaan satu lot mini akan dikenakan komisen pusingan penuh sebanyak USD0.45.

Kadar Komisen Akaun Zero Berdasarkan Mata Wang Akaun
Mata Wang AsasKomisen Pusingan Penuh bagi Setiap Lot StandardKomisen Pusingan Penuh bagi Setiap Lot MiniKomisen Pusingan Penuh bagi Setiap Lot Mikro
USD$4.50$0.45$0.045
EUR€4.05€0.41€0.041
GBP£3.55£0.36£0.036
AUD$4.50$0.45$0.045
CHF₣4.50₣0.45₣0.045
CAD$6.00$0.60$0.06
NZD$6.90$0.69$0.069
SEKkr50.00kr5.00kr0.50
JPY¥495.00¥49.50¥4.95

Jadual di bawah memberikan gambaran mengenai jumlah kos perdagangan Forex yang boleh dijangkakan oleh pelanggan Akaun Zero apabila kos spread turut diambil kira. Ini membolehkan anda menentukan jenis akaun Fusion Markets yang menawarkan keadaan perdagangan lebih menguntungkan dan sesuai dengan bajet anda.

Jumlah Kos Perdagangan Forex dengan Akaun Zero
Pasangan ForexSpread (dalam pip)Komisen Setiap SisiKos setiap Lot MikroKos setiap Lot Standard
EUR/USD0.00*$2.25 / $0.0225**$0.0225$2.25
USD/JPY0.14$2.25 / $0.0225$0.0315$3.15
EUR/GBP0.13$2.25 / $0.0225$0.0401$4.01
GBP/USD0.14$2.25 / $0.0225$0.0365$3.65
AUD/USD0.01$2.25 / $0.0225$0.0235$2.35
USD/CAD0.03$2.25 / $0.0225$0.0247$2.47
USD/CHF0.11$2.25 / $0.0225$0.0367$3.67
USD/CNH6.15$2.25 / $0.0225$0.1121$11.21
NZD/USD0.05$2.25 / $0.0225$0.0275$2.75

*Nilai-nilai tersebut merujuk kepada spread mentah purata tanpa tambahan 0.9 pip. **Nilai kedua pula merujuk kepada komisen yang dikenakan bagi setiap lot mikro untuk setiap arah. Kos bagi setiap lot merangkumi gabungan kos spread dan komisen.

Seperti yang dapat dilihat daripada jadual, Akaun Zero menawarkan keadaan perdagangan yang lebih menguntungkan berbanding akaun tanpa komisen di Fusion Markets. Satu lot standard dalam EUR/USD akan menelan kos USD9.00 setiap sisi dengan Akaun Classic, iaitu hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding Akaun Zero di mana kos setiap sisi hanyalah USD2.25  dengan komisen dan spread purata sifar pip. Pedagang lot mini dan mikro boleh menjangkakan bayaran sebanyak USD0.25 dan USD0.025 bagi setiap sisi apabila berdagang pasangan pada harga 0.00 pip dengan komisen.

Kos Pembiayaan Semalaman Fusion Markets

Posisi leveraj akan dikenakan yuran rollover tambahan apabila dibiarkan terbuka semalaman. Perbelanjaan ini akan terkumpul secara beransur-ansur jika anda mengekalkan posisi terbuka untuk tempoh masa yang panjang dan sekali gus membentuk sebahagian besar daripada keseluruhan kos perdagangan anda. Berita baik ialah Fusion Markets mempunyai kadar pembiayaan semalaman yang agak rendah berbanding kebanyakan broker pesaing.

Caj swap berbeza mengikut mata wang, jenis akaun, pasangan forex, saiz perdagangan, dan leveraj. Swap tiga kali ganda (untuk tiga hari) dikenakan pada hari Rabu. Menggunakan kalkulator swap yang disediakan oleh Fusion Markets adalah cara termudah untuk mengira perbelanjaan pembiayaan semalaman anda. Cara lain adalah menggunakan formula yang disediakan oleh broker.

F = SR x LN x PV

  • F sepadan dengan kos pembiayaan harian semalaman (positif atau negatif).
  • SR sepadan dengan kadar swap.
  • LN merujuk kepada bilangan lot.
  • PV adalah singkatan bagi nilai pip (contohnya 1 pip = USD10 untuk lot standard).

Fusion Markets tidak menyediakan maklumat mengenai kadar swap secara langsung di laman webnya. Untuk melihat kadar swap semasa bagi posisi panjang dan pendek semalaman, pelanggan boleh mengakses akaun langsung MT4 atau MT5 mereka di desktop, klik kanan pada pasangan mata wang pilihan, dan pilih Specifications.

fusion markets overnight funding costs

Sekali lagi, anda boleh menggunakan dengan mudah kalkulator swap percuma yang disediakan oleh Fusion Markets untuk mengira kos pembiayaan semalaman anda. Anda mesti memilih kelas aset (contohnya forex), simbol, mata wang asas akaun, dan volum perdagangan dalam lot. Kalkulator tersebut akan memaparkan swap panjang dan pendek anda dalam mata wang asas dan mata wang yang ditukar.

Kadar Swap Fusion Markets* untuk Pasangan Forex Utama
Pasangan ForexMata Wang AsasVolum dalam LotSwap BeliSwap Jual
EUR/USDUSD1-7.373.49
USD/JPYUSD14.16-11.73
EUR/GBPUSD1-6.761.62
GBP/USDUSD1-1.72-2.11
AUD/USDUSD1-1.02-1.49
USD/CADUSD13.31-8.3
USD/CHFUSD14.4-10.73
USD/CNHUSD1-12.7-84.58
NZD/USDUSD1-3.371.04

*Kadar swap dipaparkan dalam mata dan tertakluk kepada perubahan. Swap untuk posisi beli dan jual semalaman mencerminkan kos harian yang akan ditanggung oleh pelanggan dengan akaun berdenominasi USD apabila memegang 1 lot standard bagi pasangan mata wang berkenaan.

Kos Perdagangan Tanpa Swap di Fusion Markets

Fusion Markets menawarkan akaun tanpa swap kepada pelanggan yang tidak dapat membayar atau menerima faedah atas sebab keagamaan. Seperti namanya, jenis akaun ini membolehkan pelanggan mengekalkan posisi terbuka selepas pasaran ditutup tanpa menanggung kos pembiayaan semalaman (seperti dalam akaun CFD standard). Pedagang dengan akaun tanpa swap akan dikenakan yuran pentadbiran oleh Fusion Markets apabila pelanggan mengekalkan posisi terbuka melebihi 7 hari.

Mengikut perspektif, broker hanya akan menolak caj pentadbiran daripada baki anda sekali sahaja jika anda menutup posisi leveraj 10 hari selepas membukanya. Kami juga ingin menegaskan bahawa bukan semua pasangan forex tersedia untuk perdagangan tanpa swap kerana beberapa pasangan dikaitkan dengan perbelanjaan swap yang lebih tinggi. Ini menyukarkan Fusion Markets untuk mengurus kos perdagangan secara adil dalam format tanpa swap.

Yuran Pentadbiran untuk Perdagangan Forex Tanpa Swap di Fusion Markets
Pasangan ForexYuran PentadbiranPasangan ForexYuran Pentadbiran
EUR/USD$60AUD/USD$15
USD/JPY$120USD/CAD$50
EUR/GBP$70USD/CHF$120
GBP/USD$20XAU/USD$500
USD/HKD$350NZD/USD$30

Fusion Markets membenarkan perdagangan tanpa swap di semua negara yang boleh menerima perkhidmatannya secara sah dengan lesen VFSC, FSAS, dan ASIC. Perkhidmatan ini tidak disediakan di negara dan wilayah yang terhad seperti Jepun, New Zealand, Ontario, Rusia, Ukraine, Syria, Sepanyol, Puerto Rico, Sudan, Iraq, dan Amerika Syarikat, serta lain-lain.

Kos Bukan Perdagangan Fusion Markets

Selain yuran perdagangan, bakal pelanggan juga perlu mempertimbangkan kos tambahan yang terhasil daripada transaksi, penyelenggaraan akaun, perdagangan salin, dan perkhidmatan berasaskan langganan seperti hos VPS. Fusion Markets tidak mengenakan bayaran tambahan untuk deposit dan pengeluaran. Membuka akaun langsung adalah percuma. Latihan menggunakan akaun demo juga percuma. Pelanggan tidak dikenakan penalti kerana jarang berdagang kerana broker ini tidak mengenakan yuran tidak aktif.

Perdagangan salin dikaitkan dengan beberapa perbelanjaan tambahan. Penyedia isyarat dan pengikutnya boleh menggunakan perkhidmatan ini secara percuma dengan syarat volum perdagangan bulanan mereka dalam forex dan logam ialah 2.5 lot atau lebih. Pelanggan yang tidak memenuhi syarat ini dikenakan yuran bulanan USD10 untuk menampung kos pegangan broker. Bergantung pada penyedia isyarat mereka, pengikut juga mungkin membayar yuran prestasi sehingga 30% .

Ringkasan Kos Bukan Perdagangan Fusion Markets
Yuran DepositTiada
Yuran PengeluaranTiada
Yuran Membuka AkaunPercuma
Yuran Tidak AktifTiada
Langganan Hos VPS
  • Sehingga USD60 sebulan (NYCServers)
  • Sehingga USD600 setahun (NYCServers)
Perdagangan Salin
  • USD10 sebulan (percuma untuk pelanggan dengan volum perdagangan forex bulanan 2.5 lot atau lebih)
  • Yuran prestasi sehingga 30%

Fusion Markets menawarkan perkhidmatan hos VPN dengan latensi rendah melalui kerjasama dengan pembekal VPS terkemuka, New York City Servers. Perkhidmatan ini memerlukan langganan, dengan pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih daripada tiga pelan bulanan atau tahunan. Melanggan pelan tahunan menawarkan nilai yang lebih baik kerana anda akan membayar kadar yang lebih rendah pada setiap bulan.

Pelan Langganan Hos VPS Fusion Markets
Pelan LanggananCaj Bulanan*Caj Tahunan*Lokasi PelayanRAMSesuai Untuk
Basic VPS$25$250London, New York, Tokyo2 GBSehingga 2 akaun perdagangan
Standard VPS$40$400London, New York, Tokyo4GB3 hingga 6 akaun perdagangan
Professional VPS$60$600London, New York, Tokyo8 GBSehingga 7 akaun perdagangan

*Ini adalah tawaran harga biasa tanpa sebarang diskaun langganan.

Pelanggan yang mempunyai volum perdagangan bulanan melebihi 20 lot untuk logam dan forex boleh menikmati hos VPS percuma yang ditaja oleh Fusion Markets. Untuk memanfaatkan tawaran ini, pelanggan yang layak mesti melanggan perkhidmatan ini dari Fusion Hub mereka. Broker kemudiannya akan menghantar kelayakan VPS kepada mereka dan memulangkan semula yuran langganan mereka.

Kesimpulan Tentang Yuran Fusion Markets

Secara keseluruhan, Fusion Markets menawarkan keadaan perdagangan yang lebih baik berbanding pesaing terdekatnya. Broker ini mengenakan komisen pusingan penuh terendah yang pernah kami lihat setakat ini, dipadankan dengan spread sempit dari sifar pip untuk pasangan mata wang paling cair. Hasil kajian kami mendapati pelanggan yang mendaftar dengan broker ini boleh mengurangkan lagi kos perdagangan mereka dengan memilih akaun berasaskan komisen.

Jumlah kos perdagangan untuk kebanyakan pasangan forex utama ialah tiga kali lebih rendah berbanding akaun Classic berasaskan spread. Dengan yuran berkaitan akaun yang sedikit atau hampir tiada, Fusion Markets terbukti sebagai pilihan menarik untuk pedagang yang ingin memaksimumkan keuntungan dan mengurangkan kos mereka. Kami mengesyorkan anda untuk membaca ulasan penuh kami tentang Fusion Markets jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang broker diskaun ini.

Ditulis oleh Z. Stefanova | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal