Ditulis oleh Zornitsa Stefanova
Zornitsa Stefanova ialah seorang penganalisis forex dan kripto yang berpengalaman. Beliau juga mengulas pelbagai topik kewangan seperti perdagangan saham dan pelaburan persaraan.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Jenis Akaun di FxPro

FxPro ialah sebuah broker bereputasi yang sesuai untuk pedagang baharu dan berpengalaman. Pedagang baharu boleh berlatih menggunakan akaun demo atau memilih akaun Standard MT4/5 yang menawarkan spread forex dari 1.2 pip dan membolehkan pedagang menggunakan perisian MetaQuotes, FxPro Webtrader, atau aplikasi mudah alih broker ini. Saiz perdagangan minimum ialah 0.01 lot.

Bagi pedagang yang mahukan spread lebih rendah dan tidak kisah membayar komisen, mereka boleh memilih akaun Raw+. Kali ini, spread forex boleh turun serendah 0 pip, tetapi komisen sebanyak USD3.5 (setiap sisi) perlu diambil kira. Perdagangan lot mikro juga disediakan, dan pilihan platform adalah sama seperti yang diakses oleh pelanggan akaun Standard.

Jika anda tidak berminat menggunakan platform yang dinyatakan tadi, anda mungkin perlu memilih akaun cTrader FxPro. Jenis akaun ini membolehkan pengguna FxPro menikmati lebih 55 indikator teknikal, antara muka mesra pengguna, dan lain-lain.

Terdapat juga FxPro VIP, satu jenis akaun yang didatangkan dengan perkhidmatan VPS percuma, komisen yang lebih rendah (diskaun sehingga 30% dengan platform cTrader), pelaksanaan di bawah 13 milisaat, dan faedah-faedah yang lain. Perlu dinyatakan bahawa FxPro turut menawarkan akaun korporat.

Akaun DemoTersedia
Akaun IslamikTersedia
Akaun ECNTidak Tersedia
Akaun ProTersedia
Akaun MAMTersedia

Keperluan Deposit Minimum Akaun

Jika anda tidak mahu membuat deposit yang besar untuk memulakan perjalanan perdagangan anda, tetapi masih mahu membuka akaun sebenar, akaun Standard FxPro akan menjadi pilihan yang ideal. FxPro tidak mengenakan keperluan deposit minimum walaupun dalam bahagian Soalan Lazim, broker ini mengesyorkan anda agar memulakan perdagangan dengan sekurang-kurangnya USD1,000 sebagai modal perdagangan.

Jika anda memilih untuk membuka akaun Raw+, anda perlu membuat deposit tidak kurang daripada USD250. Perlu diingat bahawa akaun Raw+ menawarkan spread yang lebih rendah, sebab itu ramai pedagang tidak terhalang dengan keperluan deposit minimum tersebut.

Jenis akaun yang paling sukar diakses adalah FxPro VIP. Untuk membuka akaun jenis ini dan menikmati pelbagai manfaatnya, anda memerlukan deposit minimum berjumlah USD50,000.

Instrumen yang Boleh Didagangkan

Dari segi pasaran, pengguna FxPro boleh memilih daripada CFD Forex, saham, instrumen tenaga, mata wang kripto, indeks, niaga hadapan, logam, dan ETF. Ini merupakan pilihan yang sangat menyeluruh dan sesuai dengan keutamaan ramai pedagang. Pilihan forex merangkumi berpuluh pasangan mata wang dan beberapa contohnya adalah EUR/USD, GBP/USD, AUD/NZD.

Pendaftaran Akaun di FxPro – Mengambil masa kira-kira 5 minit (Akaun Demo)

Jika anda ingin membuka akaun FxPro, anda pasti gembira mengetahui prosesnya tidak mengambil masa yang lama. Langkah-langkah berikut akan membantu membimbing anda melalui proses tersebut:

  1. Pergi ke halaman utama FxPro dan klik butang Register.FxPro Registration Step 1
  2. Pilih negara tempat tinggal anda, masukkan e-mel anda, dan cipta kata laluan yang selamat.FxPro Registration Step 2
  3. Seterusnya, isikan nama pertama dan nama keluarga anda, tarikh lahir, dan nombor telefon anda.FxPro Registration Step 3
  4. Di sini, anda perlu nyatakan kewarganegaraan anda dan sama ada anda seorang penduduk AS.FxPro Registration Step 4
  5. Seterusnya, masukkan alamat tempat tinggal anda, termasuk nombor jalan, poskod, dan bandar/pekan.FxPro Registration Step 5
  6. Di halaman ini, FxPro akan bertanya tentang status pekerjaan anda dan tahap pendidikan. Pilih jawapan yang sesuai daripada menu lungsur, dan klik Save and continue.FxPro Registration Step 6
  7. Seterusnya, anda perlu berikan butiran mengenai kewangan anda, iaitu pendapatan tahunan, aset bersih, sumber wang anda, dan jumlah wang yang anda cadang untuk depositkan dalam tempoh 12 bulan akan datang.FxPro Registration Step 7
  8. Ini merupakan soal selidik ringkas mengenai pengetahuan perdagangan anda. Soalan berkisar tentang leveraj dan aspek pedagangan  yang lain, serta pengalaman dan toleransi risiko anda. Setelah anda menjawab semuanya, pergi ke langkah seterusnya.FxPro Registration Step 8
  9. Dalam bahagian ini, anda boleh memilih mata wang akaun anda. Pilihannya ialah EUR, AUD, CHF, GBP, dan HUF. Di sini juga anda mesti mengesahkan bahawa anda bersedia untuk menghadapi risiko perdagangan dan anda menerima Perjanjian Pelanggan dan dasar FxPro.FxPro Registration Step 9
  10. Sekarang anda akan dibawa ke halaman pengesahan. Anda boleh rujuk FxPro Verification untuk mengetahui lebih lanjut tentang proses pengesahan.FxPro Registration Step 10
  11. Setelah anda mengesahkan akaun sendiri, anda boleh membuka halaman akaun anda. Profil anda akan mempunyai akaun lindung nilai Standard yang sudah dibuat, tetapi anda boleh membuka akaun demo terlebih dahulu jika mahu. Di halaman Akaun, pilih Demo Account. Kemudian, klik “Create new account.”FxPro Registration Step 11
  12. Satu-satunya pilihan akaun demo ialah FxPro Raw+. Setelah menyemak ciri-ciri akaun, klik butang Continue with Raw+ Demo.FxPro Registration Step 12
  13. Tentukan jumlah dana maya yang diperlukan dalam baki akaun demo anda, pilih antara Netting dan Hedging, dan klik Create Demo Account. Setelah itu, akaun demo anda sudah siap.FxPro Registration Step 13

Pengesahan FxPro (Kira-kira 4 minit)

Platform FxPro memudahkan dan mempercepatkan penghantaran dokumen pengesahan anda. Anda boleh merujuk langkah-langkah berikut untuk melakukannya.

  1. Kembali ke halaman pengesahan, anda boleh menggunakan kod QR untuk meneruskan pengesahan melalui telefon atau kekal di pelayar PC buat masa ini. Pada halaman seterusnya, klik Continue.FxPro Registration Step 14
  2. Di sini, FxPro akan memberikan penerangan mengenai pasukan broker yang memerlukan anda untuk memuat naik dokumen pengenalan dan melakukan pemeriksaan liveness. Klik butang Continue on phone.FxPro Registration Step 15
  3. Gunakan kod QR yang diberikan dan teruskan proses pengesahan pada telefon pintar anda. Ambil perhatian bahawa anda akan memerlukan dokumen seperti kad pengenalan, pasport, atau lesen memandu. Bukti tempat tinggal juga diperlukan, dan dokumen tersebut mesti dalam bentuk bil utiliti yang dikeluarkan dalam tempoh 6 bulan yang lalu. Selain itu, anda perlu membuat pemeriksaan liveness menggunakan kamera telefon sendiri. Setelah selesai, pasukan FxPro akan menilai dokumen anda.FxPro Registration Step 16
  4. Di halaman Akaun, pilih jenis Akaun Perdagangan dan klik “Create new account”.FxPro Registration Step 17
  5. Jika anda bercadang untuk membuka akaun perdagangan, anda akan diberi pilihan antara FxPro Standard dan FxPro Raw+.FxPro Registration Step 18
  6. Setelah anda memilih jenis akaun yang dikehendaki, turunkan had leveraj jika perlu, pilih mata wang akaun, dan pilih antara Netting dan Hedging di bawah bahagian Kaedah Pelaksanaan. Kemudian, klik Create Account. Harus diingat bahawa status akaun ini akan menjadi Read Only jika anda melangkau proses pengesahan. Untuk mengaktifkan akaun, anda perlu menghantar semua dokumentasi yang diperlukan kepada FxPro dan membuat deposit.FxPro Registration Step 19

Pandangan Keseluruhan

Kesimpulannya, pasukan kami tidak menghadapi sebarang masalah semasa menguji proses pendaftaran FxPro. FxPro telah menjadikan langkah-langkah yang diperlukan agak mudah dan mesra pengguna. Berdasarkan pengalaman pasukan kami, kebanyakan tindakan yang perlu dilakukan boleh diselesaikan dalam masa kurang daripada 10 minit. Pengesahan juga dilakukan dengan pantas, tetapi ambil perhatian bahawa FxPro mungkin memerlukan sedikit masa tambahan untuk menyemak dokumen anda dan sama ada meluluskan atau meminta anda memuat naik semula sekiranya terdapat sebarang kekurangan.

Ditulis oleh Z. Stefanova | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal