Ditulis oleh Richard Perry
Richard Perry ialah seorang pakar yang diiktiraf dalam analisis teknikal dan strategi pasaran, dengan pengalaman yang luas dalam pasaran mata wang dan ekuiti. Beliau telah menubuhkan firma sendiri bernama Perry Market Analysis yang menyediakan perkhidmatan perundingan dan analisis bagi pasaran utama, termasuk penyelidikan melalui webinar, video dan analisis bertulis.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

IC Markets ialah sebuah broker ECN terkemuka dengan rangkaian global yang menawarkan penyelesaian untuk pedagang dari semua peringkat kemahiran, dan menggunakan pelbagai strategi serta gaya perdagangan daripada scalping hingga swing dan posisi.

Dalam ulasan broker ini, kami akan bertumpu pada aspek-aspek utama IC Markets yang mungkin anda pertimbangkan sebelum memutuskan untuk berdagang dengan broker ini. Halaman IC Markets di Trustpilot menerima bilangan ulasan positif yang tinggi, dengan skor terkumpul sebanyak 4.8/5. Daripada 46,810 ulasan pelanggan yang dihantar oleh pelanggan IC Markets pada Ogos 2025, 91% memberi rating 5 bintang, manakala hanya 3% yang memberi 1 bintang.

Ringkasan IC Markets
Tahun Ditubuhkan2007
Deposit Minimum$200
Instrumen Boleh DagangCFD Forex, CFD Komoditi, CFD Indeks, CFD Bon, CFD Kripto, CFD Saham, CFD Niaga Hadapan
Buka AkaunCara Membuka Akaun di IC Markets
Kos PerdaganganSpread, Yuran dan Komisen di IC Markets
Skor Trustpilot
Carta dimuatkan
Bilangan Ulasan TrustPilot
Carta dimuatkan
Lesen mengikut Tahap Pengawal Selia
Carta dimuatkan
Bilangan Pasangan FX yang Disediakan
Carta dimuatkan

Kelebihan dan Kekurangan Utama

Mari kami berikan gambaran ringkas tentang kelebihan dan kekurangan IC Markets.

Kelebihan Utama

  • Kecairan antara bank yang tinggi dan penentuan harga mentah
  • Pelaksanaan ECN sebenar tanpa campur tangan meja urus niaga
  • Tiada yuran untuk deposit atau pengeluaran dan tiada yuran tidak aktif
  • Pilihan jenis akaun yang baik, termasuk akaun Zero Spread
  • Pilihan platform perdagangan yang baik dan alat perdagangan yang menyeluruh
  • Leveraj sehingga 1:500 disediakan
  • Sokongan pelanggan dan perkhidmatan lain yang cemerlang

Kekurangan Utama

  • Tidak dikawal selia oleh FCA
  • Tiada pelanggan dari AS, Kanada dan Jepun
  • Perlindungan baki negatif hanya disediakan untuk pelanggan Australia dan EU

Maklumat Syarikat

IC Markets ditubuhkan pada tahun 2007 oleh pasukan pakar dengan pengalaman melebihi 20 tahun dalam pasaran derivatif. Beribu pejabat di Sydney, Australia, broker ini diasaskan dengan visi untuk memastikan akses yang adil dan telus ke pasaran Forex untuk pedagang aktif, sambil membawa penyelesaian yang sebelum ini hanya tersedia untuk profesional dan pelabur institusi, kepada pedagang runcit di seluruh dunia.

Kumpulan IC Markets terdiri daripada entiti berikut dengan pejabat berlesen masing-masing:

  1. International Capital Markets Pty Ltd, dikawal selia oleh ASIC; alamat pejabat: Suite 2, Level 6, 50 Carrington Street, Sydney, NSW 2000, Australia;
  2. IC Markets (EU) Ltd, dikawal selia oleh CySEC; alamat pejabat: 86 Franklinou Roosvelt, 4th floor, Office 401, 3011 Omonoia, Limassol, Cyprus
  3. Raw Trading Ltd, dikawal selia oleh Seychelles Financial Services Authority; alamat pejabat: Eden House, Floor 1, Eden Island, Mahe, Seychelles;
  4. IC Markets Ltd, dikawal selia oleh Securities Commission of The Bahamas; alamat pejabat: Unit 3B, Western Business Centre, Western Road, New Providence, Bahamas.
  5. IC Markets (KE) Ltd, dikawal selia oleh Capital Markets Authority (CMA) in Kenya; alamat pejabat: No. 6, 5th Floor, Top Plazza, Kindaruma Road Nairobi, Kenya.

Dengan lebih 200,000 pelanggan aktif di seluruh dunia, IC Markets adalah salah satu penyedia Forex dan CFD terbesar mengikut volum perdagangan global, menurut Laporan Intelijen Finance Magnates Q2 2020. Sehingga April 2024, broker ini telah melaporkan jumlah perdagangan global sebanyak $1.64 trilion.

Walau bagaimanapun, perlu diambil maklum bahawa broker Australia ini tidak menerima pelanggan dari beberapa negara tertentu, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, Jepun, New Zealand, Israel, Korea Utara dan Iran.

Mengapa Perlu Berdagang dengan IC Markets?

Sekarang, mari kami kemukakan senarai ringkas ciri-ciri utama yang kami suka tentang IC Markets.

AspekPerkara yang kami suka
PengawalseliaanBroker yang bereputasi baik dan selamat, dikawal selia oleh ASIC, CySEC, FSA Seychelles, dan pihak berkuasa antarabangsa yang lain
HargaSpread sangat rendah dan komisen yang kompetitif
PelaksanaanPelaksanaan pesanan yang cemerlang berdasarkan teknologi ECN terkini, memastikan tiada campur tangan meja urus niaga, tiada sebut harga semula dan mengurangkan risiko gelinciran harga. Dengan kata lain, keadaan terbaik untuk scalping dan strategi perdagangan automatik.
PerdaganganPilihan kelas aset yang pelbagai untuk didagangkan, termasuk pasangan mata wang, komoditi, CFD saham, indeks saham, mata wang kripto dan bon. Tiada sekatan pada pesanan perdagangan dan tiada had saiz perdagangan.
PlatformMetaTrader 4, MetaTrader 5, cTrader, dan TradingView. Alat perdagangan lanjutan disertakan.
Sokongan PelangganPerkhidmatan sokongan profesional 24/7 melalui beberapa saluran

Pengawalseliaan

IC Markets adalah penyedia forex dan CFD yang dikawal selia oleh pelbagai pihak. Di Australia, pasaran asalnya, ia mematuhi piawaian pengawalseliaan yang ketat daripada Australian Securities and Investments Commission (ASIC) yang merupakan pengawal selia industri bertaraf tinggi.

Di EU, ia diberi kuasa dan dikawal selia oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC) yang merupakan pengawal selia Tahap 2, atau kurang ketat berbanding pengawal selia seperti ASIC, FCA atau FINMA.

Selain itu, operasi IC Markets di bahagian lain dunia dikendalikan oleh entiti korporat yang berlesen dan dikawal selia oleh Securities Commission of The Bahamas yang pengawalseliannya boleh dianggap lebih longgar.

Perincian tentang pelbagai negara pengawalseliaan dipaparkan di bawah.

RantauEntitiPihak BerkuasaLesen
AustraliaInternational Capital Markets Pty LtdAustralian Securities and Investments Commission (ASIC)No. Lesen AFS 335692
EUIC Markets (EU) LtdCyprus Securities and Exchange Commission (CySEC)No Lesen: 362/18
AntarabangsaIC Markets LtdSecurities Commission of The BahamasNo Lesen: SIA-F214
AntarabangsaRaw Trading LtdSeychelles Financial Services Authority (FSA)No Lesen: SD018
KenyaIC Markets (KE) LtdCapital Markets Authority (CMA)No Lesen: 199

Boleh dikatakan pengawalseliaan broker ini adalah baik kerana memegang lesen daripada beberapa pengawal selia peringkat 1 seperti CySEC dan ASIC. Ini memastikan perlindungan baki negatif, pampasan pelabur, dan penilaian risiko melalui had leveraj untuk pedagang yang berdaftar di bawah entiti CySEC dan ASIC.

Bagaimanapun, ketiadaan pengawalseliaan daripada FCA bermaksud pelanggan UK tidak akan dapat menerima pampasan sehingga GBP 85,000 daripada Financial Services Compensation Scheme (FSCS) sekiranya broker muflis. Namun, di bawah peraturan CySEC, pelanggan EU akan diberi pampasan oleh Cyprus Investor Compensation Fund (ICF) sehingga EUR 20,000 jika cawangan EU IC Markets gagal memenuhi kewajipan kewangannya.

Sementara itu, ketiadaan pengawalseliaan CFTC bermaksud IC Markets tidak dapat menyediakan perkhidmatan perdagangan dalam talian kepada pelanggan yang berpusat di Amerika Syarikat.

Kami juga harus menyebut bahawa broker ini tidak menerima pelanggan dari beberapa negara lain, termasuk Kanada, Israel, New Zealand, Jepun dan Iran.

Pengawalseliaan

  • Pengawalseliaan daripada pelbagai bidang kuasa membantu memupuk kepercayaan
  • Pengawalseliaan CySEC bermakna pampasan sebanyak EUR 20,000 bagi setiap pelanggan yang dilindungi
  • Pengawalseliaan FSA membenarkan tahap leveraj yang lebih tinggi sehingga 1:500

Prosedur KYC untuk Membuka Akaun dan Membuat Deposit

Proses pendaftaran dengan IC Markets ternyata agak pantas dan mudah. Seluruh prosedur mengambil masa kurang daripada 10 minit, manakala akaun sebenar kami disahkan dalam masa 24 jam. Boleh dikatakan prosedurnya agak standard, langkah-langkahnya boleh dinyatakan seperti berikut:

  1. Butiran perhubungan – negara tempat tinggal, nama pertama dan keluarga, alamat e-mel dan nombor telefon;
  2. Sebahagian butiran peribadi – tarikh lahir dan alamat;
  3. Pemilihan jenis akaun – individu, bersama atau korporat;
  4. Konfigurasi akaun perdagangan – memilih platform perdagangan, jenis akaun (Standard atau Raw Spread) dan mata wang asas akaun;
  5. Kesesuaian perdagangan dan tetapan keselamatan – memberikan maklumat tentang pengalaman perdagangan anda dan memilih soalan keselamatan. Jawapan rahsia kepada soalan itu akan digunakan oleh broker untuk mengesahkan identiti anda apabila menghubunginya melalui telefon, e-mel atau sembang langsung;
  6. Menerima terma dan polisi broker – pengakuan bahawa anda telah membaca dan bersetuju dengan semua dokumentasi undang-undang IC Markets, termasuk Terma dan Syarat, Dasar Pelaksanaan Pesanan, Dasar Privasi dan Notis Pendedahan Risiko;
  7. Pengesahan akaun – menyediakan bukti ID (Pasport, atau kad pengenalan negara, atau Lesen Memandu) dan bukti tempat tinggal (bil utiliti, atau penyata akaun bank) yang perlu disahkan oleh IC Markets.

Setelah anda mengisi borang profil dan memuat naik dokumen pengenalan diri, anda perlu menunggu sehingga broker mengesahkan akaun anda. Prosedur ini mengambil masa satu hari bekerja. Setelah semakan selesai, anda boleh membiayai akaun dan mula berdagang.

Kami perlu maklumkan bahawa IC Markets juga akan menjalankan ujian kesesuaian yang akan meminta anda untuk memberikan maklumat tentang pekerjaan dan pendapatan anda serta pengetahuan dan pengalaman dalam perdagangan.

Pembukaan Akaun

  • Proses pendaftaran yang cepat (kurang daripada 10 minit)
  • Pendaftaran termasuk ujian kesesuaian

Jenis Akaun

Dalam usaha memenuhi keperluan perdagangan dan objektif kewangan pelanggan dari semua peringkat kemahiran, IC Markets telah mereka beberapa jenis akaun perdagangan sebenar, termasuk:

  • Akaun Standard
  • Akaun Raw Spread
  • Akaun cTrader Raw Spread

Akaun Standard

Akaun jenis ini sangat sesuai untuk pedagang baharu kerana kesederhanaannya dari segi penetapan harga dan kos prtdagangan. Anda boleh memanfaatkan ketiadaan komisen perdagangan kerana semua kos digabungkan ke dalam spread bida-tawar. Akibatnya, anda akan membayar spread yang lebih luas bagi semua kelas aset boleh dagang bermula dari 0.8 pip pada pasangan Forex utama seperti EUR/USD. Kelebihannya ialah anda tidak perlu membuat pengiraan kos sebelum membuat perdagangan. Platform perdagangan yang disediakan termasuk MetaTrader 4 dan MetaTrader 5. Had leveraj berbeza antara entiti broker tetapi had maksimum boleh mencecah 1:1000. Perdagangan lot mikro diaktifkan dan semua gaya perdagangan dibenarkan. Bilangan maksimum pesanan posisi bagi setiap akaun ialah 200.

Akaun Raw Spread

Menurut IC Markets, akaun ini merupakan jenis akaun yang paling popular di kalangan pelanggan pada masa ini. Disebabkan teknologi ECN canggih broker ini, anda akan dapat mengakses spread serendah yang mungkin (serendah 0.0 pip) pada semua pasangan forex utama dan minor serta Logam Spot. Sebagai pertukaran untuk syarat-syarat ini, broker akan mengenakan komisen kecil sebanyak $7.0 bagi setiap pusingan penuh 1 Lot Standard (100,000 unit mata wang) yang didagangkan. Pedagang yang lebih aktif akan mendapati akaun jenis ini agak menarik kerana ia membolehkan mereka mengurangkan kos perdagangan. Penetapan harga mentah bersama pelaksanaan pesanan yang cemerlang menjadikan Akaun Raw Spread sangat sesuai untuk scalper dan pelanggan yang menggunakan strategi perdagangan automatik. Platform perdagangan yang disediakan termasuk MetaTrader 4 dan MetaTrader 5. Sama seperti akaun Standard, bilangan maksimum pesanan posisi ialah 200.

Akaun Raw Spread cTrader

Ini adalah satu lagi jenis akaun yang membolehkan perdagangan dilakukan dengan spread Forex yang serendah mungkin, bermula dari 0.0 pip pada platform cTrader IC Markets. Sebagai pertukaran dengan syarat-syarat perdagangan ECN, anda akan dikenakan komisen kecil sebanyak $6.0 bagi setiap pusingan penuh untuk 1 Lot Standard. Serupa dengan jenis akaun Raw Spread, akaun Raw Spread cTrader sangat sesuai untuk scalper dan pedagang harian.

Jenis akaun ini tersedia pada platform cTrader dan TradingView. Bilangan maksimum pesanan posisi setiap akaun ialah 2,000, iaitu sepuluh kali lebih tinggi daripada had yang terdapat pada akaun Raw Spread dan Standard.

Terdapat juga beberapa jenis akaun tambahan yang ditawarkan oleh broker.

  1. Multi Accounts Manager – MAM/PAMM
    Ini adalah penyelesaian baik untuk pengurus wang dan pedagang profesional lain yang boleh mendapat manfaat daripada kaedah peruntukan fleksibel dan laporan prestasi serta komisen masa sebenar. Ia juga sesuai untuk pengurus wang yang menggunakan expert advisors.
  2. Akaun Islamik (Tanpa Swap)
    IC Markets juga menawarkan jenis akaun tanpa swap yang sesuai untuk pelanggan beragama Islam kerana tiada yuran faedah akan dikreditkan atau didebitkan. Perdagangan pasangan mata wang utama dan minor, Logam (emas, perak, platinum atau paladium) dan Indeks Saham tidak akan dikenakan swap atau faedah. Pengecualian hanyalah untuk instrumen seperti Brent Crude Oil, Gas Asli, WTI Crude Oil dan pasangan mata wang eksotik yang akan dikenakan caj kecil pembiayaan semalaman. Sebarang perdagangan instrumen tersebut yang kekal aktif lebih daripada 24 jam akan dikenakan yuran pembiayaan tetap ($10 setiap Lot dalam GBP/SEK, $30 setiap Lot dalam USD/RUB, $50 setiap Lot dalam EUR/TRY). Pilihan akaun Islamik disediakan pada ketiga-tiga jenis akaun utama.
  3. Akaun Demo
    Dengan IC Markets, anda juga boleh membuka Akaun Demo percuma yang dikonfigurasi untuk menyokong semua jenis akaun, semua platform perdagangan dan semua instrumen perdagangan yang tersedia dengan broker. Oleh kerana ia meniru keadaan perdagangan masa nyata, akaun demo ini sangat sesuai untuk menguji pelbagai strategi perdagangan dalam persekitaran tanpa risiko (dengan wang maya), sambil membiasakan diri dengan ciri dan alat platform.

Jenis Akaun

  • 3 jenis akaun utama: Standard, Raw Spread, cTrader Raw Spread
  • Akaun Islamik disediakan
  • Akaun standard sesuai untuk pedagang pemula
  • Akaun Raw Spread mengurangkan kos perdagangan

Yuran Perdagangan dan Kos Lain

Memilih broker yang mempunyai yuran perdagangan rendah adalah perkara penting yang perlu dipertimbangkan. Seperti mana-mana broker CFD dan broker Forex, dengan IC Markets, anda perlu memberi perhatian terhadap dua jenis yuran:

  • Yuran perdagangan – spread, komisen dan kadar pembiayaan semalaman;
  • Yuran bukan perdagangan – yuran pengurusan akaun, yuran deposit dan pengeluaran, yuran tidak aktif.

Mari kami sediakan pecahan bagi kedua-dua kategori ini dan lihat sekiranya IC Markets berjaya kekal kompetitif dari segi ini.

Kos/yuranMaksuddengan IC Markets
SpreadKos yang dimasukkan ke dalam harga aset yang anda dagangkan. Spread bida-tawar yang lebih lebar bermaksud kos yang lebih tinggi.
  • Spreadnya sangat nipis.
  • Akaun Standard: purata spread 0.82 pip pada EUR/USD sangat kompetitif.
  • Akaun Raw Spread: purata spread 0.02 pip pada EUR/USD kini antara yang terbaik di dunia.
KomisenYuran tetap yang dibayar pada setiap posisi yang sering digunakan sebagai alternatif kepada caj melalui spread.
  • Akaun Standard: Tiada komisen.
  • Akaun Raw Spread: $7.0 setiap lot untuk jumlah perdagangan adalah kompetitif.
Caj pembiayaanKos mengekalkan posisi aktif semalaman.Broker tidak akan mengenakan yuran tambahan di atas kadar swap standard.
Yuran depositYuran yang dikenakan oleh broker untuk membiayai akaun anda.Tiada
(lihat lebih lanjut di Kaedah Deposit di bawah)
Yuran pengeluaranYuran yang dikenakan oleh broker untuk mengeluarkan wang dari akaun anda.Tiada
(lihat Kaedah Pengeluaran di bawah)
Yuran tidak aktifYuran yang dikenakan pada akaun perdagangan yang tidak aktif.Tiada

Spread

Terdapat dua model harga berbeza pada jenis-jenis akaun utama IC Markets:

  • Akaun Standard – hanya spread inklusif sepenuhnya;
  • Akaun Raw Spread – spread sangat ketat (bermula daripada 0.0 pip) + komisen kecil (USD 7.0 setiap pusingan penuh, setiap lot untuk akaun berasaskan USD; EUR 5.5 setiap pusingan penuh, setiap lot untuk akaun berasaskan EUR).

Mari kita lihat purata spread pada kedua-dua jenis akaun:

Spread untuk jenis akaun yang berbeza di IC Markets
InstrumenAkaun Standard

  • Min.
  • Purata
Akaun Raw Spread

  • Min.
  • Purata
EUR/USD0.80 pip0.82 pip0.00 pip0.02 pip
GBP/USD0.80 pip1.03 pip0.00 pip0.23 pip
USD/JPY0.80 pip0.94 pip0.00 pip0.14 pip
USD/CHF0.80 pip0.99 pip0.00 pip0.19 pip
AUD/USD0.80 pip0.83 pip0.00 pip0.03 pip
USD/CAD0.80 pip1.05 pip0.00 pip0.25 pip
NZD/USD1.00 pip1.38 pip0.00 pip0.38 pip

Terdapat tambahan (0.8 pip) ke atas purata spread pada Akaun Standard IC Markets untuk menampung kos perdagangan.

Sekarang, mari bandingkan kos perdagangan untuk kedua-dua jenis akaun. Ambil contoh 1 Lot perdagangan pada EUR/USD (di mana pergerakan 1 pip bersamaan $10). Anggap perdagangan dibuka dan ditutup pada harga yang sama. Dengan menggunakan purata spread, kos perdagangan untuk kedua-dua akaun adalah:

  1. Akaun Standard
    • Spread – 0.82 pip
    • JUMLAH KOS – 0.82 x $10 = $8.20 setiap sisi dan $16.40 bagi perdagangan pusingan penuh.
  2. Akaun Raw Spread
    • Spread – 0.02 pip
    • Kos spread – 0.02 x $10 = $0.20 setiap sisi
    • Komisen – $7.00 setiap pusingan penuh
    • JUMLAH KOS – ($0.20 x 2) + $7.00 = $7.40 bagi perdagangan pusingan penuh.

Akhir sekali, mari bandingkan purata spread Akaun Standard IC Markets dengan tawaran broker-broker lain pada tiga pasangan Forex yang paling aktif didagangkan.

Perbandingan purata spread antara broker FX
InstrumenIC MarketsFusion MarketsAvaTradeIG Markets
EUR/USD0.82 pip1.01 pip0.8 pip0.85 pip
GBP/USD1.03 pip1.14 pip1.2 pip1.40 pip
USD/JPY0.94 pip1.17 pip1.3 pip0.94 pip
USD/CHF0.99 pip1.14 pip1.3 pip1.99 pip
AUD/USD0.83 pip1.02 pip0.9 pip0.82 pip
USD/CAD1.05 pip1.12 pip1.8 pip1.77 pip
NZD/USD1.38 pip1.13 pip1.4 pip2.05 pip

Jelas sekali yang IC Markets mengungguli pesaingnya dari segi purata spread yang ditawarkan pada pasangan utama dalam Akaun Standard.

Komisen

IC Markets akan mengenakan komisen $7.0 bagi 1 Lot untuk pusingan penuh (buka dan tutup perdagangan) pada Akaun Raw Spread.

Ini bermaksud:

  • untuk perdagangan 1 Lot Standard (100,000 unit), anda akan membayar komisen $7.0 untuk membuka dan menutup posisi;
  • untuk perdagangan 1 Lot Mikro (1,000 unit), anda akan membayar komisen $0.07 untuk membuka dan menutup posisi.

Komisen $7.0 untuk perdagangan 1 Lot adalah munasabah kerana banyak broker terkemuka lain mengenakan komisen yang serupa. Walau bagaimanapun, perdagangan yang sama pada akaun zero spread dengan broker seperti Fusion Markets akan mengenakan komisen $4.50 bagi setiap pusingan penuh, ini merupakan salah satu tawaran paling kompetitif dalam industri sekarang.

Spread & Komisen

  • Spread bagi Akaun Standard dan Akaun Raw Spread sangat kompetitif
  • Komisen untuk Raw Spread Account adalah munasabah, tetapi boleh menjadi lebih rendah

Caj pembiayaan

Jika anda memegang posisi mata wang semalaman, anda akan menanggung caj pembiayaan semalaman, atau kadar swap. Caj ini ditentukan oleh perbezaan kadar faedah semalaman antara dua mata wang dalam pasangan tertentu dan sama ada anda memegang posisi panjang atau pendek. Semua kadar swap dinyatakan dalam mata, manakala platform MT4 dan MT5 akan menukarnya secara automatik kepada mata wang asas akaun anda. Kadar swap MT4 IC Markets untuk beberapa pasangan utama ditunjukkan seperti berikut:

Pasangan Mata WangPosisi PanjangPosisi Pendek
AUD/USD-1.8150.301
EUR/USD-8.404-3.955
GBP/USD-1.881-0.726
USD/CHF6.034-11.275

*Kadar swap dalam jadual di atas adalah dari 11 Jun 2025 dan akan berubah dari semasa ke semasa untuk mencerminkan keadaan pasaran yang sentiasa berubah

Yuran deposit

IC Markets tidak akan mengenakan sebarang yuran deposit, ini merupakan amalan yang agak standard di kalangan broker besar – untuk maklumat lanjut lihat Kaedah Deposit

Yuran pengeluaran

IC Markets juga tidak akan mengenakan sebarang yuran pengeluaran pada semua pilihan pembayaran yang disediakan. Walau bagaimanapun, broker ini tidak dapat mengawal sebarang yuran yang mungkin dikenakan oleh bank antarabangsa untuk pemindahan kawat – untuk maklumat lanjut lihat Kaedah Pengeluaran

Yuran tidak aktif

IC Markets tidak akan mengenakan yuran tidak aktif sekiranya tiada aktiviti perdagangan pada akaun anda untuk suatu tempoh. Ini bukan situasi yang berlaku dengan begitu kerap kerana banyak broker besar akan mengenakan yuran sebegini. Oleh itu, IC Markets layak mendapat markah tertinggi dalam aspek ini.

Yuran Tidak Aktif

  • Tiada caj akaun tidak aktif

Keseluruhan mengenai Yuran

IC Markets menawarkan spread yang sangat ketat, komisen yang munasabah dan tiada yuran tambahan di atas caj pembiayaan semalaman. Selain itu, anda tidak akan menanggung kos bukan perdagangan, ini merupakan satu kelebihan besar.

Kami tidak memberi markah tertinggi untuk keseluruhan yuran kepada IC Markets, ini kerana komisennya sedikit tinggi berbanding beberapa pesaing industri (contohnya seperti Fusion Markets).

Yuran perdagangan dan kos lain

  • Spread yang sangat kompetitif pada akaun Standard dan Raw Spread
  • Tiada yuran tambahan selain daripada kadar swap standard
  • Tiada yuran selain yuran perdagangan
  • Komisen yang lebih tinggi berbanding beberapa pesaing

Platform Perdagangan Desktop

Pada masa ini, IC Markets tidak menawarkan sebarang platform desktop buatan sendiri. Namun, ia menawarkan beberapa platform pihak ketiga yang baik, termasuk MetaTrader 4, MetaTrader 5, cTrader, dan TradingView.

MetaTrader4

Sudah menjadi standard untuk perdagangan Forex, dengan IC Markets, MetaTrader 4 disediakan untuk kedua-dua komputer Windows dan Mac. Bersama ciri perdagangan lalai (perdagangan satu klik, jenis carta, indikator teknikal terbina dalam dan objek lukisan, rangka masa dan sebagainya), IC Markets menawarkan lebih 20 alat perdagangan eksklusif yang sebelum ini tidak tersedia pada MT4. Ini termasuk 11 aplikasi perdagangan lanjutan (seperti Correlation Matrix, Alarm Manager, Sentiment Trader, Mini Terminal, Stealth Orders dan sebagainya) serta 17 indikator tambahan (seperti Renko indicator, Keltner indicator, Magnifier indicator, Chart – in – Chart indicator, Donchian indicator, Gravity indicator dan sebagainya). Pek tambahan ini pasti dihargai oleh pedagang yang mencari alat berkualiti institusi selain daripada yang disediakan dalam platform asas.

Terdapat juga beberapa manfaat utama lain yang boleh anda gunakan:

  1. Pelaksanaan pesanan yang pantas (akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam ulasan ini);
  2. Harga mentah merentasi seluruh senarai produk Forex dan CFD broker ini, kerana purata spreadnya kekal ketat semasa minggu perniagaan disebabkan campuran kecairan IC Markets yang mendalam dan pelbagai;
  3. Anda boleh melakukan lindung nilai posisi kerana tiada peraturan “first in first out” dengan IC Markets;
  4. Tiada sekatan pada saiz perdagangan – lot mikro tersedia untuk didagangkan, membolehkan pengurusan risiko yang lebih baik;
  5. Tiada sekatan pada pesanan perdagangan – Stop Loss dan Take Profit boleh diletakkan pada jarak pip terdekat daripada harga pasaran semasa. Ciri ini tiada pada beberapa broker dalam talian utama yang lain;
  6. Pilihan fleksibel untuk deposit dan pengeluaran dana (akan dibincangkan dengan lebih terperinci kemudian);
  7. MT4 WebTrader yang boleh diakses melalui semua pelayar web popular, termasuk Chrome, Firefox, Safari, IE 10+. Ia menyediakan kebanyakan ciri yang tersedia pada versi desktop platform.

MetaTrader 5

MetaTrader 5 adalah versi kemas kini dan naik taraf daripada MT4, ia memberi akses kepada lebih banyak jenis pesanan, rangka masa, indikator teknikal dan objek lukisan serta persekitaran yang lebih komprehensif untuk pembangunan dan backtesting expert advisors. Selain itu, anda boleh berdagang lebih banyak kelas aset berbanding MT4, termasuk CFD Saham dan CFD Niaga Hadapan.

MetaTrader 5 juga membolehkan anda mengakses Harga Tahap II. Ini bermakna perisian akan mendedahkan keseluruhan julat harga yang tersedia untuk setiap mata wang terus daripada penyedia kecairan IC Markets, memastikan ketelusan penuh kecairan dan spread yang lebih ketat.

  1. Sambungan harga mentah yang menawarkan harga setaraf institusi dengan spread dari 0.0 pip dan tiada campur tangan meja urus niaga;
  2. Pelaksanaan pantas dengan latensi pelayan kurang daripada 1 ms dari pusat data Equinix NY4;
  3. Tiada sekatan perdagangan termasuk scalping dan perdagangan frekuensi tinggi;
  4. Menyokong kedua-dua sistem perdagangan hedging dan netting, tidak seperti MT4 yang hanya membenarkan hedging;
  5. Kebolehan perdagangan automatik dengan indikator teknikal terbina yang luas dan keupayaan membangunkan Expert Advisors dalam MQL5;
  6. Saiz lot yang fleksibel bermula daripada lot mikro (0.01) untuk menampung strategi pengurusan risiko berbeza;

Gabungan ini menjadikan MT5 pada IC Markets adalah platform perdagangan yang kukuh dan serba boleh untuk pedagang yang mahukan kawalan lebih, instrumen yang lebih banyak, dan keadaan perdagangan yang unggul.

cTrader

Platform perdagangan ini menawarkan antara muka yang mesra pengguna, prestasi pantas dan kecairan interbank yang mendalam pada 64 pasangan Forex dan 16 Indeks Saham utama. Anda boleh memanfaatkan pilihan penyesuaian susun atur yang fleksibel, termasuk carta boleh tanggal, paparan simbol yang diperluaskan, tiada sekatan pada had pesanan, sambil dapat berdagang lot mikto. Tiada had maksimum untuk saiz perdagangan. Ahli IC Markets hanya boleh berdagang dengan cTrader jika mereka membuka akaun Raw Spread. Walaupun spread mentah juga disediakan untuk pengguna MT4 dan MT5, akaun Raw Spread cTrader menawarkan komisen pusingan penuh yang lebih rendah, ini mengurangkan lagi kos perdagangan.

Mengikut pandangan kami, kelebihan yang paling penting dalam platform cTrader IC Markets termasuk:

  1. Akses penuh kepada Depth of Market – untuk setiap pasangan Forex, anda dapat melihat volum tersedia pada setiap tahap harga pada bila-bila masa;
  2. Smart Stop Out untuk perlindungan akaun maksimum – jika tahap margin anda jatuh di bawah tahap Smart Stop Out, posisi aktif anda akan ditutup separuh sehingga tahap margin kembali di atas tahap Smart Stop Out;
  3. Akses kepada cTrader Algo – perisian perdagangan automatik yang digunakan bersama cTrader. Anda boleh membangunkan sistem perdagangan algoritma dan indikator teknikal tersuai menggunakan editor kod sumber dan bahasa pengaturcaraan C#. Akses FIX API juga disediakan.

TradingView

Integrasi IC Markets dengan TradingView membawa pengalaman carta dan perdagangan bertaraf tinggi kepada pedagang di seluruh dunia, menggabungkan pelaksanaan dan kecairan kukuh IC Markets dengan alat analisis lanjutan TradingView. TradingView diiktiraf di peringkat global untuk carta terbaik dalam kelasnya, indikator teknikal yang luas, dan komuniti sosial besar melebihi 100 juta pedagang. Melalui integrasi ini, pelanggan IC Markets mendapat akses lancar ke platform berkuasa TradingView, membolehkan analisis teknikal yang dipertingkatkan, data pasaran masa nyata, dan pelaksanaan perdagangan sepenuhnya terus dari carta TradingView. Kerjasama ini memperkasakan pedagang dengan alat komprehensif yang direka untuk memaksimumkan peluang pasaran dan mempermudahkan strategi perdagangan merentas pelbagai peranti. Sama ada berdagang CFD pada mata wang kripto, niaga hadapan, indeks, atau forex, integrasi ini menawarkan pengalaman perdagangan yang lancar, cekap dan berwawasan.

  1. Akses kepada 15+ jenis carta interaktif dan 110+ alat lukisan untuk analisis teknikal unggul;
  2. Lebih 400 indikator terbina dan beribu-ribu indikator tersuai yang dihasilkan komuniti;
  3. Suapan data pasaran masa nyata dan amaran merentas pelbagai kelas aset termasuk CFDs pada mata wang kripto, niaga hadapan, indeks, dan forex;
  4. Keupayaan untuk melaksanakan perdagangan terus dari TradingView, menggabungkan carta dan perdagangan dalam satu platform;
  5. Sokongan untuk perdagangan akaun demo dan langsung, membolehkan peralihan dan ujian strategi secara lancar;
  6. Ciri perdagangan termasuk sembang komuniti, perkongsian strategi, dan keupayaan perdagangan salin;
  7. Akses pelbagai peranti melalui aplikasi TradingView desktop dan mudah alih untuk berdagang di mana sahaja;

Perdagangan Salin dengan IC Markets

Terdapat dua perkhidmatan perdagangan salin pihak ketiga dan satu platform sosial dalaman disediakan oleh IC Markets:

  1. Signal Start – anda boleh menggandakan perdagangan mana-mana sistem perdagangan yang dipilih terus ke akaun MT4 anda dengan broker;
  2. ZuluTrade – anda boleh mengakses isyarat perdagangan daripada 100,000 pedagang teratas dari 192 negara secara percuma terus ke akaun MT4 anda dengan broker.
  3. IC Social – alat inovatif ini yang tersedia untuk pengguna desktop dan mudah alih, membolehkan mana-mana ahli IC Markets menyambungkan akaun MT4 atau MT5 mereka ke IC Social dan mengikuti penyedia isyarat popular, berinteraksi dengan pedagang lain, dan berkongsi idea perdagangan dengan ahli IC Social yang lain. Perdagangan salin juga merupakan proses yang lancar melalui IC Social.

Platform desktop

  • MT4, MT5, cTrader dan TradingView disediakan
  • Tiada platform proprietari ditawarkan
  • Ciri dan alat perdagangan lanjutan disediakan
  • Perdagangan Salin disediakan melalui AutoTrade dan ZuluTrade

Platform Perdagangan Mudah Alih

Dengan IC Markets, anda boleh mengakses semua platform perdagangan pada pelbagai peranti mudah alih melalui aplikasi perdagangan mudah alih. Semua aplikasi mudah alih MT4, MT5, cTrader dan TradingView diterjemahkan dengan baik daripada versi platform desktop.

Aplikasi MetaTrader mudah alih IC Markets untuk peranti berasaskan Android menawarkan antara muka yang mesra pengguna, akses kepada sebut harga Forex dan CFD masa nyata, semua pesanan perdagangan (termasuk pesanan tertunda), carta interaktif masa nyata dengan zum dan tatal, 3 jenis carta (Bar, Kaki Lilin, Garis) dan lebih 30 indikator teknikal popular. Aplikasi memerlukan Android 5.0 atau lebih baru. Ciri serupa boleh dilihat pada aplikasi MetaTrader mudah alih IC Markets untuk peranti iOS (iPhone, iPad, iPod touch). Aplikasi memerlukan iOS 12.0 atau lebih baru.

Sementara itu, aplikasi asli cTrader untuk peranti Android memberi anda akses kepada fungsi asas yang sama seperti yang ditawarkan oleh cTrader Web. Anda boleh menggunakan alat analisis teknikal cekap (seperti indikator trend, pengayun, ukuran volatiliti) dan objek lukisan (seperti garis) terus dari dalam carta. Aplikasi ini juga membolehkan pelaksanaan pesanan satu klik, menjimatkan masa, dan memaparkan maklumat baki penuh, margin, untung dan rugi. Di samping itu, aplikasi cTrader yang memerlukan Android 7.0 atau lebih tinggi, mempunyai antara muka skrin berpisah khas untuk peranti seperti tablet.

Fungsi dan ciri ini juga boleh diakses pada aplikasi mudah alih cTrader untuk peranti iOS. Ia memerlukan iOS 15.0 atau lebih baru.

Namun, kami perlu nyatakan, berbeza dengan broker terkemuka lain, contohnya ThinkMarkets, IC Markets pada masa ini tidak menawarkan aplikasi perdagangan mudah alih proprietari.

IC Markets cTrader untuk AndroidIC Markets cTrader untuk iOS
Keperluan Sistem MinimumAndroid 7.0 dan ke atasiOS 15.0 atau terkini
Rating Pengguna4.44.7
Ulasan Pengguna8.85k46
Bahasa disokongInggeris, Perancis, Sepanyol, Itali, Jerman, Portugis, RusiaInggeris, Perancis, Sepanyol, Itali, Jerman, Portugis, Rusia
Pasangan Forex60+60+
Aset Boleh Dagang LainCFD Komoditi, CFD Indeks, CFD Bon, CFD Kripto, CFD Saham, CFD Niaga HadapanCFD Komoditi, CFD Indeks, CFD Bon, CFD Kripto, CFD Saham, CFD Niaga Hadapan
CiriJadual Perdagangan Simbol, Indikator Sentimen Pasaran, 4 Jenis Carta, 65 Indikator Teknikal, 8 Lukisan Carta, 5 Pilihan Paparan Carta, Pemberitahuan Automatik, Peringatan HargaJadual Perdagangan Simbol, Indikator Sentimen Pasaran, 4 Jenis Carta, 65 Indikator Teknikal, 8 Lukisan Carta, 5 Pilihan Paparan Carta, Pemberitahuan Automatik, Peringatan Harga
Pengesahan BiometrikYaYa
Pengesahan 2-faktorYaYa

Perdagangan mudah alih

  • Aplikasi mudah alih pihak ketiga untuk MT4, MT5 dan cTrader disediakan
  • Aplikasi menawarkan fungsi yang serupa berbanding versi platform desktop
  • Tiada aplikasi mudah alih proprietari ditawarkan

Instrumen Perdagangan

Walaupun IC Markets kebanyakannya bertumpu pada perdagangan Forex, broker ini telah mengembangkan senarai produk CFD sepanjang tahun dan kini, anda akan menemui lebih 2,250 instrumen kewangan yang boleh didagangkan merentasi pelbagai pasaran.

Kelas AsetIC MarketsFusion MarketsOANDA
Forex61 – OK7970
Indeks25 – Baik1115
Komoditi24 – OK1631
CFD Saham2,100+ – Terbaik100+0
Mata Wang Kripto21 – Baik52
Bon9 – Baik06
Niaga Hadapan4 – Kurang Memuaskan00
Opsyen0 – t/b00

Mari kita lihat senarai produk dengan lebih dekat.

Forex

IC Markets kini menawarkan lebih 61 pasangan mata wang utama, minor dan eksotik untuk didagangkan, iaitu lebih sedikit daripada purata di kalangan pesaing utama. Tetapi perkara yang benar-benar menjadikan broker ini menonjol ialah kecairan mendalamnya, harga mentah (spreads bermula dari 0.0 pip pada akaun Raw Spread) dan teknologi pelaksanaan ECN yang terkini. Purata spread EUR/USD ialah 0.02 pip pada Akaun Raw Spread – salah satu spread yang paling kompetitif dalam industri, manakala purata spread yang ditawarkan pada pasangan utama lain dan semua pasangan minor kekal ketat 24/5 kerana rangkaian penyedia kecairan peringkat tinggi IC Markets.

Leveraj Forex maksimum yang boleh diakses ialah 1:1000, tetapi di beberapa bidang kuasa seperti Australia dan EU, terdapat had leveraj untuk pedagang runcit (1:30 pada pasangan utama, 1:20 pada pasangan minor dan eksotik). Secara keseluruhan, perdagangan Forex dengan IC Markets memberi banyak kelebihan utama untuk dinikmati pelanggan.

CFD Indeks Saham

Dengan IC Markets, pedagang boleh mengakses CFD pada 25 Indeks Ekuiti Tunai seperti Indeks Australia S&P ASX 200, Nikkei 225, FTSE 100, DJIA 30, S&P 500 atau DE40. Leveraj maksimum yang dibenarkan ialah 1:200, tetapi bergantung pada entiti yang didaftarkan oleh pedagang.

Spread minimum bermula dari 0.0 mata indeks (pada ASX 200 dan US30) dan tiada komisen perdagangan yang dikenakan. Saiz kontrak minimum pada MT5 ialah 0.1 lot dan saiz maksimum boleh mencapai 250 lot. Secara keseluruhan, pilihan CFD indeks saham broker ini melebihi purata di kalangan pesaing industri lain.

CFD Saham

Dengan IC Markets, anda boleh berdagang CFD pada lebih 2,100 saham syarikat bermodalkan besar AS dan Australia merentasi bursa ASX, NYSE dan NASDAQ. CFD pada saham syarikat individu hanya terdapat pada platform MetaTrader 5, ia menawarkan alat carta lanjutan dan pelaksanaan bertaraf dunia. Leveraj maksimum yang dibenarkan ialah 1:20, tetapi di beberapa bidang kuasa seperti EU, terdapat had leveraj lebih rendah iaitu 1:5 untuk pedagang runcit.

Kadar komisen untuk perdagangan saham berbeza mengikut bursa. Untuk saham NASDAQ dan NYSE, komisen ialah $0.02 USD setiap sisi bagi setiap lot, manakala untuk ASX, 0.10% setiap sisi bagi setiap lot. Bursa lain seperti ETR, AMS, PAR, MAD, dan LSE juga mempunyai komisen 0.10% setiap sisi bagi setiap lot. Saiz satu lot bersamaan dengan satu saham di semua bursa. Had volum dan saiz langkah berbeza, dengan volum minimum biasa 0.1 atau 1 saham dan volum maksimum yang biasanya sehingga 1000 saham.

Keperluan margin bermula daripada 5% untuk saham AS dan Australia hingga 20% untuk saham di bursa lain. Hedging dan scalping dibenarkan, dengan margin sifar diperlukan untuk posisi dilindungi. Pelarasan dividen untuk posisi panjang dan pendek dikendalikan secara automatik oleh platform.

IC Markets juga menawarkan pilihan terhad ETF CFD, seperti yang dilakukan oleh banyak broker terkemuka. Kami perlu maklumkan bahawa sekarang terdapat yuran data pasaran tetap sebanyak AUD 22 sebulan untuk perdagangan CFD saham dan selain itu, anda akan dikenakan komisen minimum AUD7.00 pada setiap perdagangan (setiap pusingan penuh).

CFD komoditi

Terdapat lebih 22 CFD pada komoditi boleh dagang merangkumi tenaga, logam dan komoditi lembut. Pedagang boleh memperolehi pendedahan kepada pasaran ini melalui platform MetaTrader 4, 5, cTrader, dan TradingView. Leveraj berbeza mengikut instrumen dan entiti, tetapi boleh mencapai maksimum 1:1000.

Contoh logam spot yang boleh didagangkan termasuk emas, perak, platinum, dan paladium. Spot Energies di IC Markets merujuk kepada kontrak perdagangan bagi Minyak Mentah (XTI), Brent Oil (XBR), dan Gas Asli (XNG) sebagai instrumen spot terhadap Dolar AS.

IC Markets menawarkan pelbagai CFD komoditi lembut untuk didagangkan, termasuk produk pertanian popular seperti gandum, jagung, kacang soya, kopi, gula, koko, dan kapas. Komoditi lembut ini didagangkan sebagai CFD, memberi fleksibiliti kepada pedagang untuk membuat spekulasi terhadap pergerakan harga tanpa memiliki komoditi fizikal.

Emas boleh diniagakan terhadap beberapa mata wang termasuk USD, EUR, AUD, JPY, GBP, dan CHF, manakala perak, platinum, dan paladium kebanyakannya diniagakan terhadap USD dan kadangkala EUR.

CFD Mata Wang Kripto

IC Markets menawarkan platform perdagangan CFD mata wang kripto yang kukuh di mana pedagang boleh mendapat pendedahan kepada 21 mata wang digital paling popular yang diniagakan dalam pasangan terhadap Dolar AS dalam bentuk CFD. Ini membolehkan pelabur membuat spekulasi terhadap pergerakan harga tanpa memiliki syiling asas, menghapuskan keperluan menguruskan dompet atau bursa.

CFD kripto di IC Markets boleh didagangkan dalam posisi panjang dan pendek dengan leveraj sehingga 1:200 untuk pelanggan yang layak, tetapi di bidang kuasa tertentu, seperti EU, ia akan dihadkan kepada 1:2 untuk pedagang runcit. Pasaran beroperasi 7 hari seminggu, memberi peluang perdagangan harian yang berterusan. Broker Bitcoin menawarkan mata wang kripto popular seperti Bitcoin, Ethereum dan Ripple, bersama beberapa altcoin seperti Emercoin, PeerCoin, Polkadot atau Chainlink.

CFD Bon

Pelanggan IC Markets boleh mengakses 9 bon yang dikeluarkan oleh kerajaan di seluruh dunia, termasuk Eropah, Jepun, UK dan AS. Contoh-contoh terkenal termasuk BTP Italian Bonds, Euro Bond, US 10 Yr Treasury Note, dan Japanese 10 Yr. Pedagang boleh mengakses instrumen ini pada kedua-dua platform MT4 dan MT5. Leveraj maksimum untuk perdagangan CFD Bon ialah 1:200. Tiada komisen perdagangan yang dikenakan. Secara keseluruhan, ini adalah pilihan CFD yang baik memandangkan tidak banyak broker dalam talian yang menawarkan Bon sebagai instrumen boleh dagang.

CFD Niaga Hadapan

Terdapat lima Futures Global tersedia untuk didagangkan sebagai CFD di IC Markets, termasuk ICE Dollar Index Futures (DXY), CBOE VIX Index Futures (VIX), Brent Crude Oil Futures (Brent), WTI Crude Oil Futures (WTI), dan Gold Futures (GC). Spread bagi lima instrumen CFD niaga hadapan ini berbeza antara 0.23 dan 3.00. Leveraj maksimum yang dibenarkan untuk perdagangan CFD Niaga Hadapan ialah 1:200 dan tiada komisen perdagangan yang dikenakan. Saiz perdagangan untuk Niaga Hadapan emas berbeza antara 0.01 dan 100 lot, dan untuk semua yang lain – antara 1 dan 250 lot.

Sebaliknya, aset yang anda tidak boleh dagangkan di IC Markets ialah CFD Opsyen, CFD Kadar Faedah, dan instrumen kompleks lain yang mungkin menarik perhatian pedagang profesional.

Instrumen Perdagangan

  • Kepelbagaian kelas aset yang baik untuk perdagangan
  • Tawaran forex, indeks saham dan kripto melebihi purata
  • Penetapan harga asas yang kompetitif untuk Forex, Logam Spot dan Indeks Ekuiti Tunai
  • Pilihan Komoditi Lembut dan ETF yang terhad
  • Tiada opsyen CFD disediakan

Pelaksanaan Perdagangan

IC Markets adalah broker model tanpa meja urus niaga yang menggunakan kelebihan Electronic Communications Network (ECN) untuk melaksanakan perdagangan pelanggan. Model operasi sebegini bukan sahaja meningkatkan kepercayaan pelanggan, tetapi juga membolehkan kelajuan pelaksanaan yang sangat pantas.

IC Markets mendapatkan harga daripada 25 penyedia kecairan peringkat tinggi dan harga tersebut kemudian disalurkan ke pelanggannya tanpa campur tangan meja urus niaga. Campuran kecairan yang pelbagai ini membolehkan spread yang sangat ketat di seluruh senarai produk CFD broker.

IC Markets menggunakan model pelaksanaan pasaran. Ini bermakna semua perdagangan pelanggan dan pesanan tertunda diisi mengikut harga yang dipaparkan pada platform perdagangan broker pada masa pesanan dihantar. Ini juga bermakna tiada sebut harga semula.

Broker ini mendakwa platformnya mampu melaksanakan pesanan perdagangan pada kelajuan purata yang luar biasa, iaitu 36.5 ms.

Pelayan MetaTrader IC Markets terletak di pusat data Equinix NY4 di New York yang dianggap sebagai salah satu ekosistem kewangan paling selamat dan boleh dipercayai di dunia. Pelayar tersebut disambungkan terus kepada broker dan penyedia kecairannya, dengan tujuan memastikan latensi yang sangat rendah dan pelaksanaan pesanan yang sangat pantas.

Broker ini mendakwa pelayan MetaTrader miliknya “mempunyai latensi purata kurang daripada 1 milisaat kepada penyedia VPS utama yang turut ditempatkan di pusat data NY4 atau melalui talian khas ke pusat data berhampiran.” Keadaan ini mungkin sesuai untuk scalper, pedagang frekuensi tinggi dan pedagang yang menggunakan strategi perdagangan automatik.

Sementara itu, pelayan cTrader IC Markets terletak di LD5 IBX Equinix Data Centre di London, ia juga memastikan latensi rendah dan kelajuan pelaksanaan pesanan yang cemerlang untuk pelanggan.

Kami juga harus maklumkan yang broker Australia ini menawarkan perkhidmatan Virtual Private Server (VPS) yang berkualiti tinggi, membolehkan pelanggan menjalankan Expert Advisors 24/7 dengan sambungan terpantas ke pelayan perdagangannya. Langganan VPS dengan ketiga-tiga penyedia (Forex VPS, Beeks FX VPS dan New York City Servers) akan ditaja oleh IC Markets sekiranya pelanggan mencapai jumlah perdagangan bulanan sekurang-kurangnya 15 Lot (pusingan penuh). Keperluan ini merujuk kepada jumlah perdagangan Forex dan Logam sahaja.

Pelaksanaan Perdagangan

  • Model pelaksanaan ECN
  • Kelajuan pelaksanaan yang sangat pantas dan latensi yang amat rendah
  • Perkhidmatan VPS berkualiti tinggi

Deposit

IC Markets memerlukan deposit minimum $200 untuk semua jenis akaun langsung dan tidak akan mengenakan sebarang yuran deposit. Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa mungkin terdapat caj ke atas pemindahan ke dan dari bank antarabangsa yang bukan merupakan tanggungjawab IC Markets.

Broker menerima deposit yang dibuat dalam 10 mata wang asas akaun berbeza, termasuk Dolar Australia, Dolar Amerika Syarikat, Euro, Dolar Kanada, Paun British, Dolar New Zealand, Dolar Hong Kong, Dolar Singapura, Yen Jepun dan Franc Swiss. Perlu diingat bahawa entiti IC Markets yang berbeza mungkin menyokong bilangan mata wang akaun yang terhad dan mungkin berbeza daripada mata wang tempatan yang anda gunakan untuk membuat deposit. Dalam kes ini, caj penukaran mata wang standard akan dikenakan.

Broker menyimpan dana pelanggan dalam akaun wang klien yang berasingan di bank antarabangsa bertaraf tinggi. Teknologi SSL melindungi semua pembayaran, dengan maklumat pembayaran pelanggan digunakan semata-mata untuk tujuan pembiayaan akaun. Terdapat pelbagai pilihan pembiayaan akaun yang disediakan:

KaedahMasa Pemprosesan
Kad kredit dan Debit oleh Visa atau MasterCardpemprosesan segera
PayPalpemprosesan segera
Netellerpemprosesan segera
Neteller VIPpemprosesan segera
Skrillpemprosesan segera
UnionPaypemprosesan segera
FasaPaypemprosesan segera
Bpaymasa pemprosesan antara 12 dan 48 jam
Pemindahan Wayarmasa pemprosesan antara 2 dan 5 hari bekerja
Broker ke Brokermasa pemprosesan antara 2 dan 5 hari bekerja
Perbankan Internet Thailandmasa pemprosesan antara 15 dan 30 minit
POLipemprosesan segera
Rapidpaysehingga 2 hari bekerja
Klarnasehingga 2 hari bekerja
Perbankan Internet Vietnampemprosesan segera

Pada masa ini, tiada bonus deposit disediakan oleh IC Markets.

Deposit

  • Deposit minimum yang rendah
  • 10 mata wang asas
  • Tiada caj dikenakan untuk deposit
  • Pelbagai pilihan pembayaran
  • Tiada bonus tanpa deposit yang diberikan

Kaedah Pengeluaran

IC Markets kini mengkehendaki semua pelanggan membuat permohonan pengeluaran dari Secure Client Area miliknya. Semua pengeluaran biasanya diproses dalam masa 1 hari bekerja (jika sebelum 12:00 AEDT). Mengikut peraturan pematuhan pengubahan wang haram semasa, pengeluaran akan dipadankan dengan kaedah pembiayaan akaun. IC Markets tidak akan mengenakan sebarang yuran tambahan ke atas pengeluaran dana, kami menganggap perkara ini sebagai kelebihan yang kukuh.

Pengeluaran melalui Kad Debit atau Kad Kredit mungkin mengambil masa antara 3 dan 5 hari bekerja untuk diselesaikan, manakala pemindahan kawat bank antarabangsa mungkin mengambil masa lebih lama, bergantung pada bidang kuasa anda dan bank penerima – sehingga 14 hari. Untuk pengeluaran melalui kaedah ini, terdapat yuran pemprosesan sebanyak AUD 20 (atau setara mata wang) yang dikenakan oleh institusi perbankan IC Markets. Sementara itu, pemindahan bank dalam Australia biasanya akan selesai dalam masa 2-3 hari bekerja.

Pengeluaran melalui PayPal, Skrill atau Neteller biasanya akan selesai dalam masa 1 hari bekerja.

Kaedah Pengeluaran

  • IC Markets tidak mengenakan sebarang yuran bagi pengeluaran
  • Pemprosesan pengeluaran tepat pada masanya (1 hari bekerja)

Maklumat Perhubungan Sokongan Pelanggan

IC Markets mempunyai perkhidmatan sokongan pelanggan yang baik, 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Pelanggan boleh menghubungi pasukan sokongan broker melalui beberapa saluran:

Sokongan pelangganTersediaMaklum Balas
Sembang Langsung24/7Kurang daripada 30 saat
Talian telefon24/5Dalam beberapa minit
E-mel24/5Dalam beberapa jam
Soalan Lazim (FAQ)24/7Di laman web
  1. Sembang Langsung – Ini adalah cara paling mudah dan terpantas untuk menghubungi wakil broker kerana pilihan ini tersedia sepanjang minggu. Kotak sembang langsung terletak di bahagian bawah kanan laman web. Kami agak kagum dengan pengalaman sembang langsung kami kerana kami berjaya menghubungi IC Markets dalam masa kurang daripada setengah minit dan menerima jawapan pantas dan tepat kepada semua pertanyaan kami.
  2. Talian telefon – Pasukan sokongan broker boleh dihubungi melalui telefon hanya semasa waktu perniagaan tempatan, bergantung pada lokasi pejabat:
    • Seychelles – dengan mendail +248 467 19 76, Ahad 22:00 – Jumaat 22:00 (GMT)
    • Australia – dengan mendail +61 (0)2 8014 4280
    • Cyprus – dengan mendail +35725123504
    • Bahamas – dengan mendail +1 626 657 7688, Sunday 22:00 – Friday 22:00 (GMT).

    Panggilan telefon mungkin dikenakan caj antarabangsa.

    Broker ini juga telah menyediakan beberapa nombor bebas tol, termasuk:

    • Brazil: +558008783054
    • Thailand: +661800011956
    • Indonesia: +6280332160329
    • Colombia: +5718005190364
    • Vietnam: +8412032513

    Kami menghubungi pejabat broker Australia semasa waktu perniagaan tempatan dan menerima jawapan dalam masa kira-kira 2-3 minit. Kami dilayan secara profesional dan mendapat maklumat yang diinginkan. Kami bertanya tentang penyedia kecairan IC Markets dan polisi pelaksanaannya.

  3. Perhubungan e-mel – Anda boleh menghantar pertanyaan khusus ke beberapa alamat e-mel yang disediakan oleh broker:

    Kami menerima jawapan e-mel yang pantas dan tepat pada waktunya (kurang daripada 3 jam) selepas menghubungi pasukan sokongan semasa waktu perniagaan Australia.

    Pilihan perhubungan lain termasuk mengisi borang “Send us a message” pada laman web IC Markets di mana anda boleh memasukkan beberapa butiran anda dan pasukan sokongan akan menghubungi anda semula sama ada dengan menghantar e-mel atau menelefon anda.

  4. Soalan Lazim (FAQ) – Anda juga akan menemui senarai Soalan Lazim menyeluruh yang boleh membantu menyelesaikan pertanyaan anda. Pusat Bantuan IC Markets merangkumi FAQ tentang broker itu sendiri, keadaan perdagangannya dan akaun, platform perdagangannya, pasaran Forex secara umum, soalan mengenai perdagangan CFD, isu berkaitan perisian MetaTrader 4, serta soalan yang berkaitan Client Area.

Sokongan pelanggan

  • Sembang Langsung yang sangat membantu
  • Bahagian Soalan Lazim yang kukuh
  • Perhubungan telefon semasa waktu perniagaan tempatan
  • Talian bebas tol disediakan

Bahan Penyelidikan dan Pendidikan

IC Markets nampaknya telah melaburkan banyak usaha dalam menyediakan bahan pendidikan yang kukuh dan pelbagai, termasuk kandungan bertulis, tutorial video dan acara langsung (webinar) daripada sumber dalaman dan pihak ketiga. Berikut adalah bahan yang anda akan temui:

  • Kandungan pendidikan yang meluas dalam bentuk tulisan di Blog IC Markets, ia merangkumi topik seperti asas perdagangan Forex, Analisis Teknikal, Analisis Fundamental, Psikologi Perdagangan, Pelan Perdagangan dan Pengurusan Risiko;
  • Kandungan bertulis yang bertumpu pada kelebihan perdagangan Forex dan CFD;
  • Tutorial video yang bertumpu kepada semua aspek operasi platform MetaTrader 4. Sangat berguna untuk pedagang baharu dan sederhana;
  • Webinar percuma yang dijalankan secara berkala, anda boleh mengakses analisis langsung daripada pakar industri dan mempelajari kemahiran baharu dalam masa nyata. Sesuai untuk pedagang semua peringkat – dari pedagang baharu hingga lanjutan.

Namun buat masa ini, IC Markets tidak menyertakan mana-mana E-buku untuk tinjauan lebih mendalam mengenai konsep seperti pasaran kewangan, strategi perdagangan dan gaya perdagangan (scalping, perdagangan harian dan sebagainya).

Walau bagaimanapun, dalam aspek penyelidikan, broker ini menawarkan pilihan yang lebih terhad. Anda akan diberi akses kepada:

  • Bahagian Analisis Fundamental dengan penerbitan harian yang merangkumi faktor-faktor utama yang memacu sesuatu pasaran;
  • Bahagian Analisis Teknikal dengan catatan harian yang bertumpu pada prospek teknikal beberapa pasangan Forex utama, Spot Gold dan Dow Jones 30 Industrial Average;
  • Perkhidmatan Web TV, ditawarkan bersama Trading Central yang menyediakan liputan mengenai ekuiti global, mata wang dan komoditi;
  • Siri podcast “IC Your Trade” yang dihasilkan oleh Bloomberg Media Studios, di mana maklumat yang disampaikan tidak bertujuan untuk digunakan sebagai nasihat pelaburan.

Penyelidikan & Pendidikan

  • Pelbagai kandungan pendidikan
  • Kandungan penyelidikan yang lebih terhad

Keselamatan dan Jaminan Wang

Pasukan pakar kami di bestbrokers.com percaya wang anda selamat dengan broker global yang dihormati seperti IC Markets. Penemuan utama termasuk:

  1. Sejarah perniagaan dan perkembangan melebihi 15 tahun
  2. Peraturan ASIC yang bertaraf tinggi
  3. Pampasan ICF untuk pelanggan EU
  4. Perlindungan baki negatif (untuk pelanggan EU dan Australia sahaja)

Peraturan ASIC adalah ketat dan memberikan jaminan bahawa broker beroperasi secara telus dan beretika. Semua dana pelanggan disimpan berasingan sepenuhnya daripada akaun korporat broker di institusi kewangan Australia bertaraf AA. Ini menghapuskan risiko penyalahgunaan (menggunakan wang pelanggan sebagai modal rizab, untuk kempen pemasaran atau tujuan korporat lain).

Selain itu, pelanggan yang berpangkalan di EU dilindungi oleh Investor Compensation Fund (ICF) di Cyprus sekiranya broker gagal beroperasi, seperti yang telah dibincangkan. IC Markets Global juga menyimpan dana pelanggan secara berasingan, memastikan baki bukan operasi mereka mencukupi untuk menampung sebarang pampasan pelanggan sekiranya muflis. Tambahan pula, entiti Raw Trading Ltd. yang dikawal selia oleh FSA menawarkan dana pampasan pelanggan yang boleh menampung sehingga US$1,000,000 setiap pelanggan sekiranya berlaku kebankrapan broker.

Akhir sekali, IC Markets menawarkan alat pengurusan risiko yang bernilai seperti perlindungan baki negatif, tetapi hanya kepada pelanggan yang berada di EU dan Australia. Ini bermakna pelanggan dari bahagian lain dunia tidak dilindungi daripada kejadian seperti baki negatif, yang kebanyakannya berlaku disebabkan pergerakan pasaran yang mendadak bersama nisbah leveraj yang tinggi. Dengan kata lain, kerugian mereka boleh melebihi deposit awal dan mereka perlu membayar kembali jumlah itu kepada broker. Dalam kes pelanggan EU dan Australia, jika berlaku baki negatif, IC Markets akan menanggung kerugian tersebut dan secara automatik memulihkan baki akaun pelanggan kembali kepada sifar. Perlindungan baki negatif adalah alat pengurusan risiko yang amat berguna, terutamanya untuk pedagang baharu.

Keselamatan dana

  • Pengawalseliaan ASIC yang ketat
  • Pampasan ICF di bawah CySEC memadai, tetapi tidak setanding dengan FSCS di bawah FCA
  • Perlindungan baki negatif hanya terhad kepada dua bidang kuasa

Kesimpulan

Pasukan pakar kami di BestBrokers.com percaya IC Markets menawarkan beberapa keadaan perdagangan terbaik untuk perdagangan Forex berbanding pesaingnya disebabkan:

  1. Kecairan interbank yang mendalam dan harga mentah yang kompetitif;
  2. Pelaksanaan pesanan ECN yang cemerlang tanpa campur tangan meja urus niaga, tiada sebut harga semula dan risiko gelinciran harga yang minimum (sesuai untuk scalping, perdagangan frekuensi tinggi dan perdagangan automatik);
  3. Tiada kos bukan perdagangan dan pilihan pembiayaan akaun yang fleksibel;
  4. Platform MetaTrader dan cTrader yang menawarkan alat analisis komprehensif dan pelbagai manfaat lain;
  5. Kandungan pendidikan yang pelbagai;
  6. Sokongan pelanggan profesional 24/7 (sembang langsung);
  7. Pilihan jenis akaun yang sesuai untuk pedagang dari semua peringkat kemahiran.

Keseluruhan

  • Broker ECN yang sebenar (pelaksanaan pantas dan peningkatan kepercayaan pelanggan)
  • Kos rendah
  • Pakej platform dan alat perdagangan yang baik
  • Perlindungan baki negatif terhad kepada dua bidang kuasa sahaja
  • Kandungan penyelidikan yang terhad
Ditulis oleh R. Perry | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal