IC Markets merupakan broker dalam talian yang mempunyai pelbagai lesen dengan tawaran forex yang kukuh merangkumi lebih 60 pasangan mata wang. Namun, adakah ia menawarkan persekitaran perdagangan yang menguntungkan dan harga yang kompetitif? Kami menjawab soalan ini secara objektif dalam artikel ini. Para pengkaji kami telah menguji IC Markets menggunakan akaun nyata untuk mendapatkan perspektif yang adil mengenai struktur harga, komisen, dan spreadnya.
Kos perdagangan adalah aspek penting yang perlu dipertimbangkan apabila menilai broker dalam talian kerana ia memberi kesan langsung kepada keuntungan pelanggan. Yuran broker tambahan menunjukkan strategi perdagangan yang disokong dan strategi yang tidak digalakkan. Ulasan terperinci kami akan membolehkan anda membuat perbandingan yang berguna dan menentukan sama ada IC Markets menawarkan nilai yang lebih baik berbanding pesaing-pesaing terdekatnya.
Kos Perdagangan IC Markets
Penyelidikan komprehensif kami mendedahkan IC Markets mempunyai struktur yuran yang agak kompetitif dengan spread rendah dan komisen mengikut standard industri. Broker ini menawarkan spread yang berubah-ubah dan tidak tetap, dengan harga yang diperoleh daripada lebih 50 penyedia kecairan. Pelanggan yang membuka akaun boleh memilih antara Akaun Standard tanpa komisen dan Akaun Raw Spread berasaskan komisen untuk cTrader dan MetaTrader. Mari kita lihat dengan teliti yuran perdagangan yang dikaitkan dengan setiap jenis akaun.
Kos Perdagangan Forex untuk Akaun Standard
Akaun Standard sesuai untuk pedagang baharu yang ingin memastikan proses perdagangan kekal ringkas. Tiada keperluan untuk mengira komisen sebelum membuat pesanan kerana semua kos berkaitan sudah dimasukkan ke dalam spread. Spread adalah berubah-ubah dan nilainya sentiasa turun naik mengikut keadaan pasaran. Akaun Standard mempunyai pip tambahan 0.80 untuk pasangan mata wang utama dan 1 pip untuk logam, pasangan minor dan eksotik. Tambahan ini dimasukkan dakam spread mentah yang diterima oleh IC Markets daripada penyedia kecairannya.
Spread terendah yang boleh dijangka oleh pelanggan bermula dari 0.80 pip untuk pasangan utama dan 1 pip untuk pasangan minor dan eksotik. Purata spread untuk EUR/USD adalah sekitar 0.86 pip, menelan kos USD8.20 setiap lot standard dan USD0.08 setiap lot mikro bagi setiap arah perdagangan.
Satu perdagangan pusingan penuh pasangan ini akan menelan kos keseluruhan sebanyak USD16.40 bagi setiap lot standard dan USD0.16 bagi setiap lot mikro dengan andaian harga buka dan tutup adalah sama.
| Purata Kos Spread* untuk Akaun Standard di IC Markets | ||||
|---|---|---|---|---|
| Pasangan Forex | Spread (dalam pip) | Komisen | Kos** setiap Lot Mikro | Kos** setiap Lot Standard |
| EUR/USD | 0.82 | $0 | $0.08 | $8.20 |
| USD/JPY | 0.94 | $0 | $0.06 | $6.40 |
| EUR/GBP | 1.27 | $0 | $0.17 | $17.11 |
| GBP/USD | 1.03 | $0 | $0.10 | $10.30 |
| AUD/USD | 0.83 | $0 | $0.08 | $8.30 |
| USD/CAD | 1.05 | $0 | $0.08 | $7.64 |
| USD/CHF | 0.99 | $0 | $0.12 | $12.36 |
| USD/CNH | 3.93 | $0 | $0.06 | $5.51 |
| NZD/USD | 1.38 | $0 | $0.14 | $13.80 |
*Nilai yang sepadan dengan purata kos spread setiap sisi pada Akaun Standard.
**Kos spread dibundarkan kepada dua tempat perpuluhan agar mudah difahami.
Kos Perdagangan Forex untuk Akaun Raw (MetaTrader)
Hasil kajian kami menunjukkan Akaun Raw MetaTrader di IC Markets menawarkan beberapa keadaan perdagangan yang paling kompetitif. Spread minimum bermula dari sifar pip, dengan komisen pusingan penuh USD7 setiap lot standard, USD0.70 setiap lot mini, dan USD0.07 setiap lot mikro. Pelanggan dikenakan USD3.50 setiap sisi apabila berdagang satu lot standard dalam forex dan logam. Seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah, kadar komisen adalah berbeza bergantung pada mata wang asas akaun anda. IC Markets menyokong 10 pilihan mata wang asas akaun, dengan komisen pusingan penuh bagi lot standard, mini, dan mikro seperti berikut:
| Kadar Komisen untuk Akaun Raw Spread MetaTrader di IC Markets | |||
|---|---|---|---|
| Mata Wang Asas | Komisen Pusingan Penuh setiap Lot Standard | Komisen Pusingan Penuh setiap Lot Mini | Komisen Pusingan Penuh setiap Lot Mikro |
| USD | $7.00 | $0.70 | $0.07 |
| EUR | €6.50 | €0.65 | €0.07** |
| GBP | £5.50 | £0.55 | £0.06 |
| AUD | $9.00 | $0.90 | $0.09 |
| CAD | $9.50 | $0.95 | $0.10 |
| CHF | ₣6.60 | ₣0.66 | ₣0.07 |
| HKD | $54.25 | $5.43 | $0.54 |
| JPY | ¥1,100 | ¥110 | ¥11 |
| NZD | $12.00 | $1.20 | $0.12 |
| SGD | $9.50 | $0.95 | $0.10 |
**Komisen pusingan penuh untuk lot mikro dibundarkan kepada dua tempat perpuluhan.
IC Markets mempunyai pelayan MT4/MT5 yang terletak di pusat data Equinix NY4 di New York, ia mengurangkan latensi dengan ketara semasa pelaksanaan pesanan. Spread purata untuk EUR/USD adalah 0.02 pip dengan komisen tetap standard sebanyak USD3.50 setiap sisi untuk akaun yang didenominasikan dalam USD. Kos spread untuk pasangan ini adalah antara USD0.40, menjadikan kos keseluruhan perdagangan anda adalah USD3.70 setiap sisi bagi setiap lot standard (jumlahnya USD7.40).
Satu lot mikro bagi pasangan mata wang popular ini akan menelan kos keseluruhan USD0.074 sen. Caj ini adalah lebih rendah berbanding Akaun Standard di mana satu lot standard EUR/USD menelan kos USD8.20 dengan spread tambahan 0.8 pip. Ini menjadikan Akaun Raw Spread MetaTrader adalah pilihan yang ideal untuk pelanggan yang terlibat dalam perdagangan frekuensi tinggi, termasuk scalper, pedagang harian, dan pedagang yang menggunakan penasihat pakar untuk mengautomasikan pesanan mereka.
| Kos Keseluruhan Perdagangan Forex untuk Akaun Raw Spread MetaTrader di IC Markets | ||||
|---|---|---|---|---|
| Pasangan Forex | Spread (dalam pip) | Komisen setiap sisi | Kos** setiap Lot Mikro setiap Sesi | Kos** setiap Lot Standard setiap Sisi |
| EUR/USD | 0.02 | $3.50 / $0.035* | $0.0370 | $3.70 |
| USD/JPY | 0.14 | $3.50 / $0.035 | $0.0441 | $4.41 |
| EUR/GBP | 0.27 | $3.50 / $0.035 | $0.0715 | $7.15 |
| GBP/USD | 0.23 | $3.50 / $0.035 | $0.0580 | $5.80 |
| AUD/USD | 0.03 | $3.50 / $0.035 | $0.0380 | $3.80 |
| USD/CAD | 0.25 | $3.50 / $0.035 | $0.0533 | $5.33 |
| USD/CHF | 0.19 | $3.50 / $0.035 | $0.0596 | $5.96 |
| USD/CNH | 2.93 | $3.50 / $0.035 | $0.0775 | $7.75 |
| NZD/USD | 0.38 | $3.50 / $0.035 | $0.0730 | $7.30 |
*Komisen setiap sisi bagi setiap lot mikro ialah USD0.035 (3.50 / 100).
**Jumlah purata kos daripada spread dan komisen dibundarkan kepada dua tempat perpuluhan. Nilai-nilai ini merujuk kepada akaun yang dinyatakan dalam USD
Kos Perdagangan Forex untuk Akaun Raw Spread (cTrader)
Akaun Raw Spread untuk cTrader juga menawarkan spread dari sifar pip dengan komisen yang sedikit rendah. Pelanggan yang menggunakan Dolar AS sebagai mata wang asas akaun mereka membayar komisen USD3 setiap sisi dan USD6 secara keseluruhan untuk setiap 100,000 unit yang didagangkan. Struktur komisen berbeza untuk cTrader kerana komisen USD3 yang disenaraikan dalam Dolar AS akan ditukar kepada mata wang asas pelanggan pada harga spot semasa.
Sebagai contoh, andaikan anda membuka posisi satu lot standard GBP/USD pada kadar spot semasa 1.2500. Untuk mengira komisen, anda mesti terlebih dahulu menggandakan saiz kontrak anda dengan harga buka untuk melihat jumlah dolar yang diperlukan. Dengan anggapan anda berdagang dalam lot standard, anda memerlukan £100,000 x 1.2500 = USD125,000.
Darabkan jumlah ini dengan kadar komisen cTrader dalam Dolar AS, dibahagikan dengan saiz kontrak. Komisen cTrader anda ialah USD125,000 x (USD3 / 100,000) = USD3.75 pada harga buka ini. Jika anda menutup perdagangan pada harga tutup 1.2600, komisen anda akan menjadi (£100,000 x 1.2600) x (USD3 / 100,000) = USD3.78. Anda akan membayar USD7.53 bagi pusingan penuh untuk setiap lot standard.
| Contoh Pengiraan Kos Perdagangan Forex bagi Setiap Lot Standard dalam cTrader | |
|---|---|
| Harga Masuk 1.2000 (EUR/USD) | €100,000 x 1.2000 = USD120,000 x (3 /100,000) = USD3.60 |
| Harga Keluar 1.2100 (EUR/USD) | €100,000 x 1.2100 = USD121,000 x (3 / 100,000) = USD3.63 |
| Komisen setiap Sisi | USD3.60 semasa masuk, USD3.63 semasa keluar |
| Komisen Pusingan Penuh | USD7.23 |
Kos Pembiayaan Semalaman IC Markets
Pelanggan tidak seharusnya memandang remeh kos pembiayaan semalaman kerana ia boleh memberi kesan yang besar kepada keuntungan jangka panjang mereka, lebih-lebih lagi bagi pedagang frekuensi tinggi. Yuran pembiayaan semalaman, dikenali juga sebagai kadar swap, ditolak apabila mengekalkan posisi berleveraj semalaman, dengan IC Markets mengenakan kadar tiga kali ganda pada hari Rabu. Posisi forex yang dipegang pada hari Rabu dan Khamis dikenakan swap tiga kali ganda untuk mengambil kira tempoh penyelesaian dua hari bagi kontrak spot.
Kadar swap bergantung pada posisi panjang atau pendek, walaupun terdapat beberapa pasangan mata wang tertentu yang boleh mempunyai swap negatif atau positif bagi kedua-dua arah perdagangan. Swap semasa di IC Markets ditukar secara automatik kepada mata wang asas akaun pelanggan. Jadual di bawah mengandungi swap panjang dan pendek apabila mengekalkan satu lot standard bagi pasangan mata wang paling popular di IC Markets.
| Kadar* Swap IC Markets untuk Pasangan Forex Utama | ||||
|---|---|---|---|---|
| Pasangan Forex | Mata Wang Asas | Volum dalam Lot | Swap Panjang setiap Lot Standard | Swap Pendek setiap Lot Standard |
| EUR/USD | USD | 1 | -8.654 | 2.846 |
| USD/JPY | USD | 1 | 9.524 | -15.834 |
| EUR/GBP | USD | 1 | -6.832 | 1.728 |
| GBP/USD | USD | 1 | -3.611 | -3.681 |
| AUD/USD | USD | 1 | -2.978 | -3.398 |
| USD/CAD | USD | 1 | 2.692 | -9.038 |
| USD/CHF | USD | 1 | 5.831 | -10.869 |
| USD/CNH | USD | 1 | 24.136 | -57.473 |
| NZD/USD | USD | 1 | -4.138 | 0.592 |
*Swap dipaparkan dalam mata apabila memegang 1 lot standard dalam pasangan forex berkenaan.
Swap berubah mengikut perbezaan kadar faedah semalaman antara dua mata wang yang membentuk pasangan forex berkenaan. Berikut ialah contoh EUR/GBP yang menunjukkan cara pengiraan yuran berkaitan swap untuk posisi semalaman di IC Markets. Broker menyediakan formula berikut untuk tujuan ini.
SF = LV x SR x NN di mana
- SF merujuk kepada yuran swap.
- LV ialah volum perdagangan anda dalam lot.
- SR ialah kadar swap panjang (beli) atau pendek (jual) yang disenaraikan.
- NN mewakili bilangan malam anda mengekalkan posisi terbuka.
Formula ini berfungsi apabila kadar swap disenaraikan dalam mata dan bukannya peratus. Kadar swap semasa untuk posisi panjang dalam EUR/GBP yang disenaraikan di MT4/MT5 ialah -4.78. Mengekalkan 2 lot dalam pasangan ini selama tiga malam berturut-turut akan menyebabkan anda membayar 2 x (-4.78) x 3 = USD28.68. Kadar swap untuk posisi pendek ialah 1.06. Akaun anda akan dikreditkan dengan 2 x 1.06 x 3 = USD6.36 dalam kes ini. Kami mengesyorkan anda untuk menggunakan Kalkulator All-in-One milik IC Market untuk mengira perbelanjaan swap dengan cepat.
Kos Perdagangan Tanpa Swap di IC Markets
Pelanggan yang ingin mengelakkan pelarasan kadar faedah posisi semalaman boleh berdagang tanpa swap melalui Akaun Standard dan Raw Spread. Versi tanpa swap bagi jenis akaun ini menawarkan pilihan instrumen boleh dagang yang lebih terhad, iaitu sekitar 90 instrumen, dua pertiga daripadanya adalah pasangan mata wang. Daripada membayar atau menerima faedah dalam bentuk swap, pedagang akan dikenakan caj pentadbiran tetap yang ditolak daripada baki akaun setiap hari selepas tempoh tangguh 5 hari.
| Yuran Pentadbiran untuk Perdagangan Forex Tanpa Swap di IC Markets | |||
|---|---|---|---|
| Pasangan Forex | Yuran Pentadbiran Semalam (1 Lot Standard) | Pasangan Forex | Yuran Pentadbiran Semalam (1 Lot Standard) |
| EUR/USD | USD3 | AUD/USD | USD2 |
| USD/JPY | USD9 | USD/CAD | USD7 |
| EUR/GBP | USD4 | USD/CHF | USD3 |
| GBP/USD | USD2 | XAU/USD | USD12 |
| USD/HKD | USD10 | NZD/USD | USD2 |
Pasangan XNG/USD merupakan satu-satunya pengecualian kepada peraturan di atas kerana ia tidak mempunyai tempoh tangguh 5 hari. Mengekalkan satu lot standard dalam EUR/USD akan menyebabkan anda dikenakan USD3 semalam, iaitu jauh lebih rendah berbanding kebanyakan broker pesaing di mana yuran bagi pasangan ini biasanya sekitar USD10 semalam. Jika posisi anda kekal terbuka selama 3 hari selepas tempoh 5 hari, anda akan membayar yuran pegangan sebanyak USD9.
Kos Bukan Perdagangan IC Markets
Kos bukan perdagangan boleh timbul daripada transaksi lain yang berkaitan akaun seperti pengeluaran, deposit, penukaran mata wang, akaun tidak aktif, dan melanggan perkhidmatan premium seperti pengehosan VPS. Walaupun jarang, yuran ini masih boleh menyebabkan kos tambahan yang menjejaskan keuntungan pedagang. IC Markets tidak mengenakan caj tambahan untuk deposit. Jika anda membuat deposit minimum yang diperlukan iaitu sebanyak USD200, broker akan mengkreditkan jumlah tepat USD200 ke dalam baki akaun langsung anda.
Pengeluaran juga percuma di IC Markets, namun penyedia pembayaran atau institusi perbankan mungkin mengenakan caj dalaman terhadap transaksi anda. Broker mengenakan yuran USD10 pada akaun yang tidak aktif selama 6 bulan atau lebih. Membuka dan mengekalkan akaun aktif di IC Markets adalah percuma.
Pelanggan berdaftar boleh menyertai perdagangan salin melalui platform cTrader. Broker ini juga telah membangunkan platform perdagangan sosial proprietari dengan kerjasama Pelican Trading. Penyalin membayar yuran prestasi sehingga 50% untuk perdagangan yang menguntungkan. Peratusan ini berbeza bergantung pada penyedia isyarat. Selain itu, yuran langganan akan ditolak daripada baki penyalin pada awal setiap bulan, namun jumlah tepatnya tidak dinyatakan secara jelas oleh IC Markets.
| Ringkasan Kos Bukan Perdagangan IC Markets | |
|---|---|
| Yuran Deposit | Percuma |
| Yuran Pengeluaran | Percuma |
| Yuran Pembukaan Akaun | Percuma (deposit minimum USD200) |
| Yuran Tidak Aktif | $10 sebulan |
| Langganan Pengehosan VPS | Sewa VPS berharga USD25 hingga USD60 sebulan dan USD250 hingga USD600 setahun (NYCServers) |
| Perdagangan Salin | Yuran prestasi sehingga 50% |
Pedagang Forex yang mahukan kestabilan tambahan dan kelajuan pelaksanaan yang lebih baik boleh melanggan perkhidmatan pengehosan VPS broker. Ini adalah pilihan untuk pelanggan yang membuka akaun di bawah entiti global yang dikawal selia di Seychelles. IC Markets menyediakan perkhidmatan ini dengan kerjasama New York City Servers dan ForexVPS.net.
Pelanggan dengan volum perdagangan bulanan yang besar layak mendapat pengehosan VPS tajaan ForexVPS.net dan menikmati diskaun USD35 apabila berdagang melebihi 15 lot sebulan. New York City Servers menyediakan tiga pelan langganan, dengan yuran bulanan USD25 untuk Basic VPS, USD40 untuk Standard VPS, dan USD60 untuk Professional VPS. Syarikat ini menawarkan diskaun berkala pada sewaan VPS yang membolehkan pelanggan mengurangkan perbelanjaan sehingga 50%.
Kesimpulan mengenai Yuran IC Markets
Setelah ujian dan kajian yang menyeluruh, kami mendapati IC Markets menawarkan keadaan perdagangan yang unggul, terutamanya disebabkan spreadnya yang sangat sempit. Komisen pada akaun Raw Spread selari dengan komisen yang dikenakan oleh kebanyakan broker lain. Kami amat mengesyorkan anda untuk membuka Akaun Raw Spread kerana ia menawarkan nilai yang lebih baik dan kos keseluruhan yang lebih rendah walaupun mempunyai komisen.
Perdagangan satu lot standard dalam pasangan forex utama seperti EUR/USD adalah dua kali ganda lebih murah berbanding akaun Standard berasaskan spread. Broker tidak mengenakan yuran pada deposit dan pengeluaran, tetapi kos tambahan mungkin dikenakan disebabkan akaun yang tidak aktif, yuran prestasi perdagangan salin, dan pengehosan VPS. Kami menasihatkan anda untuk membuat pertimbangan dengan teliti mengenai kemungkinan caj bukan perdagangan sebelum mendaftar dengan IC Markets. BestBrokers menyediakan maklumat yang lebih terperinci dalam ulasan penuh IC Markets yang boleh disediakan di sini.


