Ditulis oleh Richard Perry
Richard Perry ialah seorang pakar yang diiktiraf dalam analisis teknikal dan strategi pasaran, dengan pengalaman yang luas dalam pasaran mata wang dan ekuiti. Beliau telah menubuhkan firma sendiri bernama Perry Market Analysis yang menyediakan perkhidmatan perundingan dan analisis bagi pasaran utama, termasuk penyelidikan melalui webinar, video dan analisis bertulis.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Apabila mencari broker Forex untuk berdagang, OANDA adalah pilihan yang kukuh! Slogan laman web mereka ialah “We do all things currency”. Dalam ulasan broker ini, kami akan mengetengahkan faktor-faktor penting yang perlu dipertimbangkan apabila anda membuat keputusan untuk membuka akaun perdagangan dengan OANDA. Di bestbrokers.com, kami berpendapat OANDA mendapat markah yang sangat baik dalam banyak aspek.

Broker ini juga menerima banyak ulasan positif daripada pelanggan, dengan skor terkumpul Trustpilot sebanyak 4.1/5.0. Skor tersebut adalah berdasarkan 1,150 ulasan pelanggan, dengan 62% daripadanya memberi OANDA rating maksimum 5 bintang. Sementara itu, 25% ulasan memberi 1 bintang kepada jenama ini. Data skor Trustpilot dan jumlah ulasan adalah sah setakat 28 Oktober 2025.

Ringkasan OANDA
Tahun Ditubuhkan2001
Deposit Minimum$0
Instrumen Boleh DagangForex, Indeks, Logam, Komoditi, Saham, ETF, Mata Wang Kripto
Buka AkaunCara Membuka Akaun di OANDA
Kos PerdaganganSpread, Yuran, dan Komisen di OANDA
Skor Trustpilot
Carta dimuatkan
Bilangan Ulasan TrustPilot
Carta dimuatkan
Lesen mengikut Tahap Pengawal Selia
Carta dimuatkan
Bilangan Pasangan FX yang Disediakan
Carta dimuatkan

Kelebihan dan Kekurangan Utama

Berikut adalah faktor-faktor utama yang kami rasa anda perlu pertimbangkan sebelum berdagang dengan OANDA:

Kelebihan Utama

  • Pengawalseliaan yang ketat
  • Harga yang kompetitif
  • Kos rendah
  • Kelajuan pelaksanaan bertaraf institusi
  • Platform perdagangan yang cemerlang
  • Kandungan penyelidikan dan pendidikan yang kukuh

Kekurangan Utama

  • Pilihan pasaran komoditi yang terhad
  • Tiada perdagangan niaga hadapan dan opsyen
  • Leveraj yang rendah untuk pelanggan UK, EU dan Australia
  • Sokongan pelanggan bukan 24/7

Maklumat Syarikat

OANDA ialah broker forex terkemuka dalam industri. Dengan sejarahnya yang kukuh melebihi 25 tahun, ia telah mencapai pertumbuhan yang ketara dan berjaya menjadi perintis dalam industri.

Syarikat ini ditubuhkan oleh dua profesor pada tahun 1996 di negeri Delaware, AS. Dalam tempoh dua setengah dekad sejak penubuhannya, syarikat ini telah berkembang dengan hebat. Dengan ibu pejabat yang terletak di Times Square, New York City, OANDA kini mempunyai pejabat di lapan negara di seluruh dunia. Pengembangan ini menjadikannya pemain utama dalam kalangan broker global, mampu bersaing dengan yang terbaik.

Berikut adalah senarai negara yang mempunyai pejabat OANDA:

AS (17 State Street, Suite 300, New York, NY 10004-1501, USA)
Kanada (Suite 302, 370 King Street West, 3rd Floor, P.O. Box 60, Toronto, ON M5V 1J9, Canada)
UK (Dashwood House, 69 Old Broad Street, London EC2M 1QS)
Poland (ul. Zabłocie 43B, 30-701 Kraków, Poland)
Poland (Warsaw UNIT, Rondo Daszyńskiego 1, 00-843 Warsaw, Poland)
Malta (171 Old Bakery Street, Valletta, VLT 1455, Malta)
Sepanyol (Paseo de la Castellana 18, 7th floor, office 144, Madrid, Spain)
Jepun (Circles Hirakawa-cho, 10th Floor, 1-3-13 Hirakawa-cho, Chiyoda-ku, Tokyo, 102-0093, Japan)
Singapura (1 Raffles Place #26-02, One Raffles Place Tower 1, Singapore 048616)
Australia (Level 1, 60 Martin Place, Sydney NSW 2000, Australia)

2001

Mengubah Dunia

Sebagai sebuah firma teknologi pada dasarnya, OANDA telah menjadi perintis dalam dunia perdagangan. Sejak hari awal pelancaran platform pertamanya pada tahun 2001, ia adalah antara penerima awal dalam pembangunan teknologi perdagangan automatik pada tahun 2003. Selain itu, OANDA ialah broker pertama yang memperkenalkan “pipettes” (1/10 daripada pip biasa) pada tahun 2004. Ini menunjukkan bahawa memacu kemajuan industri adalah terasnya. Pada tahun 2005, OANDA telah melancarkan Forex Trader’s Bill of Rights, sebuah manifesto yang menerangkan beberapa prinsip asas untuk melindungi hak-hak pedagang. Sepanjang tahun-tahun berikutnya, syarikat ini telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, berkembang ke Asia, Australia, Jepun dan beberapa wilayah lain.

2018

Masa Depan Bermula Sekarang

Peluasan pasaran sentiasa menjadi sebahagian daripada strategi pertumbuhannya. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, OANDA telah membuka pejabat di seluruh dunia, menjadi broker forex asing terbesar di Jepun, selain menjadi salah satu broker terkemuka di AS. Pengambilalihan oleh firma ekuiti swasta terkemuka, CVC Capital Partners pada tahun 2018 kini bermakna nama jenama OANDA terus berkembang secara organik dan melalui pengambilalihan.

Pengurusan

Pada tahun 2018, OANDA telah dibeli oleh CVC Capital Partners, sebuah firma ekuiti swasta terkemuka yang membolehkan pelanjutan pelan pertumbuhan strategiknya sebagai broker pelbagai aset global terkemuka. Dengan pembangunan teknologi canggih, OANDA boleh terus melabur dalam platform bertaraf institusi miliknya. Ini bermaksud OANDA boleh menawarkan pedagang alat yang mereka perlukan untuk memaksimumkan potensi mereka.

Mengapa Perlu Berdagang dengan OANDA?

Berikut adalah beberapa sorotan utama ketika berdagang dengan OANDA yang kami percaya menjadikannya salah satu broker perdagangan terbaik.

AspekPerkara yang kami suka
PengawalseliaanLesen daripada beberapa pengawal selia bertaraf pertama
PerdaganganPilihan instrumen forex dan logam yang padu
Harga/kosSpread kompetitif, kos rendah
PlatformFungsi yang mantap pada OANDA Trade
Perdagangan mudah alihFungsi yang hampir serupa dengan platform komputer OANDA Trade
PembangunPanduan dan fungsi API yang kukuh
PenyelidikanKandungan yang hebat di Market Pulse
Pendidikan dan WebinarPilihan topik pembelajaran yang luas

Pengawalseliaan

Bagi kebanyakan pedagang, memilih broker dengan kawal selia yang kukuh adalah salah satu faktor paling penting. Broker yang memegang pelbagai lesen di pelbagai bidang kuasa di seluruh dunia adalah pilihan yang boleh dipercayai dan menarik. Dari segi ini, hanya sedikit broker yang dapat menandingi OANDA.

Banyak broker yang akan mempunyai lesen di tiga atau empat rantau sahaja. Walau bagaimanapun, OANDA melangkah lebih jauh demi pelanggannya dengan memegang lesen pengawalseliaan di sembilan bidang kuasa. Penting juga untuk dinyatakan bahawa broker ini dikawal selia oleh beberapa badan pengawas kewangan yang paling dihormati dan ketat, seperti FCA di UK dan ASIC di Australia.

Berikut ialah senarai negara/rantau dan pengawal selia yang melesenkan OANDA:

Amerika SyarikatOANDA Corporation, dikawal selia oleh Commodity Futures Trading Commission (CFTC)/ National Futures Association (NFA).
KanadaOANDA (Canada) Corporation ULC, dikawal selia oleh Canadian Investment Regulatory Organization (CIRO)
UKOANDA Europe Limited, dikawal selia oleh Financial Conduct Authority (FCA)
UKOANDA Coinpass Limited (berdagang sebagai OANDA Crypto), dikawal selia oleh Financial Conduct Authority (FCA)
Asia PasifikOANDA Asia Pacific Pte Ltd, dikawal selia oleh Monetary Authority of Singapore (MAS)
JepunOANDA Japan Inc, dikawal selia oleh Financial Services Agency (FSA)
AustraliaOANDA Australia Pty Ltd, dikawal selia oleh Australian Securities and Investments Commission (ASIC)
Eropah (Malta)OANDA Assessments Limited, dikawal selia oleh Malta Financial Services Authority (MFSA)
Kepulauan Virgin BritishOANDA Global Markets Ltd, dikawal selia oleh BVI Financial Services Commission
PolandOANDA TMS Brokers S.A., dikawal selia oleh Polish Financial Supervision Authority (KNF)

Skop kawal selia ini penting untuk para pedagang kerana ia membantu meningkatkan kepercayaan. Walau bagaimanapun, ia juga mempunyai implikasi lain.

Paling penting, mempunyai banyak lesen pengawalseliaan bermakna OANDA adalah broker yang boleh digunakan untuk berdagang oleh orang dari seluruh dunia. Broker forex boleh disekat daripada beroperasi di negara tertentu disebabkan kekurangan lesen pengawalseliaan. Sebagai contoh, banyak broker di luar negara seperti AS, Kanada, dan Jepun tidak akan mencari pengawalseliaan di rantau tersebut kerana proses pentadbiran yang dianggap terlalu ketat dan mahal. Ini bermakna pedagang di rantau tersebut tidak dapat menggunakan broker ini. Walau bagaimanapun, dengan mempunyai banyak lesen pengawalseliaan di rantau utama, OANDA mampu menyediakan perkhidmatan kepada pedagang di seluruh dunia.

Selain itu, mempunyai lesen di Kepulauan Virgin British juga memberi kelebihan kerana ia meningkatkan pilihan yang dimiliki pedagang untuk perdagangan mereka. Ini bermakna pendaftaran boleh dibuat di rantau yang membenarkan leveraj jauh lebih tinggi untuk posisi perdagangan apabila berdagang pada margin.

Pengawalseliaan

  • Pengawalseliaan yang sangat ketat daripada pelbagai bidang kuasa
  • Tahap kepercayaan pelanggan yang tinggi
  • OANDA berkhidmat kepada pedagang di banyak bidang kuasa yang tidak mempunyai syarikat-syarikat lain

Prosedur KYC untuk Membuka Akaun dan Membuat Deposit

Kami mendaftar untuk menyertai OANDA dan pendaftaran mengambil masa kira-kira sepuluh minit. Di sini kami menerangkan dengan tepat proses yang terlibat. Soalan-soalan yang anda dikehendaki untuk jawab termasuk:

  1. Negara tempat tinggal anda, bandar, dan alamat tetap.
  2. Butiran pendaftaran, termasuk alamat e-mel, nama pengguna, kata laluan, dan nombor telefon.
  3. Butiran peribadi, termasuk Nombor Insurans Nasional (di UK), tarikh lahir dan beberapa soalan mengenai jumlah gaji dan simpanan anda.
    Semuanya masih agak standard sehingga peringkat ini. Seterusnya, OANDA perlu menilai tahap pengetahuan anda dalam perdagangan.
  4. Ujian kesesuaian Selepas memberikan butiran pendaftaran dan peribadi, anda kemudian diminta melengkapkan “Appropriateness Assessment” yang agak menyeluruh. Kami berpendapat yang bahagian proses ini bersifat positif kerana ia menunjukkan integriti. Ia juga merupakan salah satu prosedur pendaftaran yang paling ketat yang anda akan temui. Ujian ini merangkumi soalan mengenai:
    • Pasangan Forex
    • Maksud CFD
    • Margin
    • Volatiliti
    • Maksud spread dan spread “berubah-ubah”
    • Penerangan tentang maksud jurang pasaran
    • Pengurusan risiko
    • Leveraj

    Sebaik sahaja anda lulus ujian ini, anda hampir selesai. Hanya tinggal satu perkara yang perlu anda lakukan.

  5. Bukti Identiti – akhir sekali, anda akan diminta untuk memberikan bukti identiti anda. Untuk ini, anda perlu memuat naik beberapa dokumen untuk mereka semak. Untuk pemeriksaan ID, anda boleh melakukannya dengan memuat naik salah satu daripada berikut:
    • Pasport
    • Kad Pengenalan Negara
    • Lesen Memandu
    • Visa atau kad Bukti Tempat Tinggal

    Anda juga mesti memuat naik salinan penyata bank atau bil utiliti terkini untuk mengesahkan alamat anda. Selain itu, broker akan meminta foto hadapan dan belakang kad kredit atau debit yang anda ingin gunakan untuk membuat deposit atau tangkapan skrin akaun e-dompet anda. Setelah anda memberikan maklumat ini, anda mesti menunggu OANDA mengesahkan identiti anda, proses ini boleh mengambil masa selama beberapa hari. Selepas disahkan, barulah anda boleh membuat deposit untuk memulakan perdagangan.

    Satu lagi kelebihan apabila mendaftar dengan OANDA adalah tiada syarat deposit minimum. Pelanggan baru boleh mendepositkan apa-apa jumlah yang mereka mahu. Anda boleh membuka akaun dan mengambil masa anda untuk mencuba akaun demo, menyertai beberapa webinar, dan membiasakan diri dengan strategi anda sebelum menggunakan wang sebenar.

Pembukaan Akaun

  • Pendaftaran yang pantas dan boleh selesai dalam kira-kira 10 minit.
  • Ujian kesesuaian pelanggan untuk menilai kepakaran pelanggan semasa proses pengenalan.

Jenis Akaun

Berbeza dengan sesetengah broker yang mempunyai pelbagai jenis akaun untuk dipilih, OANDA hanya mempunyai tiga jenis akaun: Standard, akaun Premium, dan akaun Premium Plus.

Akaun Standard

Ini ialah akaun pilihan lalai bagi semua pedagang.

Akaun Premium

Dengan bayaran $400 sebulan, pedagang mendapat ciri akaun tambahan, termasuk pengurus perhubungan khusus dan khidmat keutamaan. Ia juga menyediakan ciri tambahan pada platform perdagangan. Akaun ini memerlukan deposit minimum sebanyak US$20,000.

Setiap entiti OANDA di pelbagai rantau di seluruh dunia mempunyai unsur yang sedikit berbeza pada akaun perdagangan. Walau bagaimanapun, grafik di bawah menunjukkan perbandingan akaun-akaun tersebut.

CiriStandardPremiumPremium Plus
48 pasangan FX
CFD pada indeks utama, komoditi, logam, dan bon
Pelaksanaan bertaraf institusi (kurang daripada 1 milisaat pada platform V20)*
Jumlah Deposit$0$10,000$50 juta volum perdagangan nosional bulanan
Pengurus akaun khusus
Platform web dan desktop, MT5 dan aplikasi mudah alih
Pindahan wayar percuma tanpa had
Tiada sebut semula (requote)
Pelaksanaan automatik sepenuhnya
Sokongan 24/5
Saiz kontrak minimum 0.01 lot
Papan pemuka analisis prestasi perdagangan OANDA
Indikator pesanan terbuka MT5Kemas kini setiap 20 minitKemas kini setiap 5 minitKemas kini setiap 5 minit
Giliran perkhidmatan prioriti
Akaun bersama
Akaun korporat

Perdagangan API

Satu lagi fungsi yang ditawarkan OANDA kepada pelanggan ialah perdagangan API. Application Program Interfaces (API) adalah satu bentuk perdagangan automatik. Ramai pedagang menggunakan perdagangan algoritma sebagai cara untuk menyesuaikan strategi perdagangan mereka.

OANDA mempunyai fungsi portal pembangun untuk membantu pedagang bermula, dengan pelbagai sumber dan contoh kod disediakan. Pedagang hanya perlu membuka akaun OANDA, memilih API, dan membina strategi mereka.

Fungsi Akaun yang Ditawarkan Di Rantau Tertentu Sahaja

Dengan pejabat yang beroperasi di bawah rejim peraturan yang berbeza di seluruh dunia, OANDA boleh menawarkan pelanggan dengan ciri akaun tertentu bergantung pada lokasi geografi mereka.

Berikut adalah pemboleh ubah utama dan rantau ia disediakan:

Pilihan akaunKetersediaan mengikut rantau
Model Spread sahaja lwn Harga TerasAS dan Australia
Pesanan Stop-Loss Dijamin (GSLO)Singapura dan Australia
Akaun pertaruhan spreadUK sahaja

Model Spread Sahaja dan Harga Teras

Pada September 2018, OANDA telah memperkenalkan model harga baru yang kini tersedia di rantau tertentu. Pedagang boleh memilih antara model harga tradisional berasaskan spread sahaja, atau model Harga teras berserta komisen.

Untuk model Harga teras, pedagang mendapat spread yang lebih ketat tetapi perlu membayar komisen sebanyak $5 bagi setiap $100,000 perdagangan mata wang asas. Ini bersamaan dengan 0.5 pip untuk satu lot standard bagi pasangan EUR/USD. Berdasarkan spread yang dipaparkan di laman webnya, berdagang 1 lot EUR/USD dengan akaun berasaskan komisen menghasilkan kos keseluruhan yang lebih rendah bagi pedagang.

Ciri ini membolehkan pelanggan OANDA di AS dan Australia mengurangkan kos mereka, terutamanya apabila berdagang dalam jumlah yang besar. Berikut adalah jadual purata spread untuk model yang berbeza:

Model harga teras lwn spread sahaja
Pasangan FXSpread sahajaHarga teras
AUD/USD1.10.3
EUR/GBP1.10.2
EUR/JPY1.60.6
EUR/USD1.00.1
GBP/JPY1.00.3
GBP/USD1.20.1
NZD/USD1.40.4
USD/CAD1.50.3
USD/CHF1.30.1
USD/JPY1.10.1

Jadual di bawah menggambarkan cara pedagang boleh mengurangkan kos mereka dengan menggunakan akaun harga teras dan komisen berdasarkan spread purata. Kami tunjukkan jumlah kos perdagangan yang dikenakan oleh kedua-dua model apabila membuka posisi 1 lot (nilai perdagangan $100,000) dalam EUR/USD.

Kos membuka perdagangan* pada akaun Spread sahaja lwn Harga teras
Pilihan hargaKos
Harga spread sahaja
Spread1.0 pip
Jumlah kos membuka posisi$10.00
Harga teras + komisen
Spread0.1 pip
Kos spread$1.00
Komisen$5.00
Jumlah kos membuka posisi$6.00

*saiz perdagangan satu lot pada EUR/USD

Pesanan Henti Rugi (Stop-Loss) Dijamin

Jika anda seorang pedagang yang menetap di bidang kuasa seperti Australia dan Singapura, terdapat manfaat tambahan apabila mempunyai Pesanan Henti Rugi Dijamin (Guaranteed Stop-Loss Orders – GSLO). Ini memberi pedagang harga yang dijamin untuk penutupan automatik posisi.

Pada masa volatiliti yang tinggi, pasaran boleh mengalami jurang harga yang besar, sekali gus menyebabkan gelinciran yang ketara pada pesanan henti rugi (stop-loss). Dengan bayaran nominal (di Australia, A$2 setiap lot), GSLO membantu melindungi pedagang daripada kerugian besar.

Pertaruhan spread untuk pelanggan UK

Pelanggan UK boleh mengurangkan bil cukai mereka dengan berdagang lebih 100 instrumen merentasi semua kelas aset melalui akaun pertaruhan spread. Pertaruhan spread bermaksud sebarang keuntungan akan dikecualikan daripada cukai keuntungan modal di UK.

Jenis Akaun

  • OANDA menawarkan akaun Standard, Premium dan Premium Plus
  • Akaun berasaskan komisen hanya terdapat di bidang kuasa tertentu
  • Tiada akaun spread sifar

Yuran Perdagangan dan Kos Lain

Mana-mana broker yang anda temui akan mengenakan bayaran dalam satu bentuk atau lain atas perkhidmatan mereka, ini kerana broker, seperti semua perniagaan lain juga perlu menjana pendapatan. Yuran perdagangan boleh menjadi faktor penting yang akan menjejaskan keuntungan anda pada akhir bulan. Oleh itu, penting itu mengekalkan kos perdagangan serendah mungkin. Anda mahu berdagang dengan broker yang mempunyai yuran paling rendah.

Di BestBrokers.com, kami mendapati kos perdagangan OANDA amat kompetitif. Tetapi apakah yuran yang mungkin anda temui?

Kos-kos ini biasanya dikategorikan kepada dua kumpulan utama:

  • Yuran perdagangan: spread, komisen, dan caj pembiayaan semalaman
  • Kos bukan perdagangan: yuran akaun, yuran tidak aktif, yuran penukaran mata wang

Mari kita huraikan setiap satu dan lihat cara ia dikenakan di OANDA.

Kos/yuranMaksudDi OANDA?
SpreadKos ini telah dimasukkan dalam harga instrumen yang anda dagangkan. Spread bida/tawar yang lebih lebar membawa kepada kos yang lebih tinggi.Purata spreadnya sangat kompetitif
KomisenYuran tetap yang dibayar bagi setiap posisiKomisen $5 dikenakan bagi setiap lot standard dalam forex dengan akaun Harga Teras
Caj pembiayaanKos untuk mengekalkan posisi terbuka semalamanFormula yang agak standard
Yuran depositYuran yang dikenakan oleh broker untuk membiayai akaun andaTiada
(lihat lebih lanjut dalam Kaedah Deposit di bawah)
Yuran pengeluaranYuran yang dikenakan oleh broker untuk mengeluarkan wang dari akaun anda$20 untuk pengeluaran melalui pindahan bank
(lihat Kaedah Pengeluaran di bawah)
Yuran tidak aktifYuran yang dikenakan broker apabila akaun perdagangan anda tidak aktif untuk tempoh yang lama$10 sebulan selepas 12 bulan
Yuran penukaran mata wangYuran yang dikenakan pada posisi yang tidak diniagakan dalam mata wang asas akaun andaTambahan 0.5% pada kadar pertukaran pertengahan (midpoint)

Spread

Spread perdagangan OANDA adalah kompetitif. OANDA mempunyai spread daripada 0.1 pip untuk EUR/USD dan GBP/USD. Ketelusan harga adalah sangat penting bagi broker, dan laman web OANDA memaparkan papan pasaran yang menunjukkan spread langsung dalam masa nyata.

Spread Pasangan Utama OANDA
InstrumenAkaun StandardAkaun Harga Teras
EUR/USD1.00.1
GBP/USD1.20.1
USD/JPY1.10.1
USD/CHF1.30.1
AUD/USD1.10.3
USD/CAD1.50.3
NZD/USD1.40.4

Sebahagian besar spread minimum ini selari dengan pesaing terdekat OANDA. Walau bagaimanapun, spread tidak sentiasa kekal ketat sepanjang sesi dan boleh menjadi jauh lebih lebar pada masa tertentu. Dengan mengambil kira perkara ini, spread purata adalah lebih lebar.

Jadual ini menunjukkan cara OANDA dibandingkan dari segi spread akaun standard berbanding broker pesaing, menyenaraikan nilai minimum dan purata untuk pasangan mata wang utama. Sekali lagi, kami percaya OANDA bersaing dengan baik.

InstrumenOANDA

  • min
  • purata
IG Markets

  • min
  • purata
FXCM

  • min
  • purata
CMC Markets

  • min
  • purata
EUR/USD1.01.60.61.00.01.30.5t/b
GBP/USD1.21.90.91.660.01.70.9t/b
USD/JPY1.11.60.71.120.01.40.7t/b
USD/CHF1.31.81.52.151.10.31.2t/b
AUD/USD1.11.30.61.010.00.20.6t/b
USD/CAD1.51.91.32.460.00.31.3t/b
NZD/USD1.42.41.82.700.00.31.7t/b

Komisen

Di bidang kuasa yang menyediakan akaun Harga Teras, pedagang boleh membayar komisen pada setiap perdagangan untuk mendapatkan spread yang jauh lebih ketat. Cajnya adalah $5 bagi setiap lot standard ($100,000 unit mata wang) untuk setiap arah perdagangan.

Spread dan Komisen

  • Spread minimum dan purata yang kompetitif
  • Komisen $5 bagi setiap lot standard untuk akaun Harga Teras

Caj Pembiayaan

Sesetengah pelanggan cenderung untuk lupa tentang kos ini, tetapi mengekalkan posisi berleveraj semalaman melebihi waktu pasaran standard akan menyebabkan caj pembiayaan tambahan dikenakan. Dikenali juga sebagai kadar swap atau rollover, yuran ini berubah setiap hari berdasarkan perbezaan kadar faedah mata wang yang membentuk pasangan forex. OANDA mengemas kini maklumat ini setiap hari.

Yuran Deposit

OANDA tidak mengenakan sebarang yuran untuk pelanggan yang mendepositkan wang ke dalam akaun mereka. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat caj yang dikenakan oleh penyedia pembayaran. Untuk maklumat lanjut, lihat Kaedah Deposit

Yuran Pengeluaran

Yuran pengeluaran berbeza mengikut

  • Kaedah pengeluaran (kad debit/kredit, pindahan bank, e-dompet)
  • Mata wang asas pilihan anda

Pengeluaran pertama dalam sebulan selalunya tidak dikenakan caj, namun caj akan dikenakan pada pengeluaran seterusnya – untuk maklumat lanjut lihat Kaedah Pengeluaran

Yuran Tidak Aktif

Jika anda mempunyai akaun yang sudah dibiayai tanpa aktiviti perdagangan, broker akan mula mengenakan caj selepas tempoh masa tertentu. Ini dipanggil yuran tidak aktif dan merupakan amalan yang agak standard dalam industri. Terdapat dua pemboleh ubah di sini:

  • Tempoh tidak aktif sebelum caj dikenakan
  • Saiz caj

Di OANDA, yuran tidak aktif mula dikenakan selepas 12 bulan tanpa sebarang aktiviti perdagangan. Caj maksimum adalah sehingga $10 (atau £10 di UK) sebulan.

Tempoh 12 bulan sebelum yuran tidak aktif dikenakan adalah agak standard; enam bulan terlalu singkat, tetapi 24 bulan pula merupakan jangka masa yang terlalu panjang.

Yuran Tidak Aktif

  • Dasar tidak aktif yang agak standard
  • Tempoh 12 bulan biasanya digunakan sebelum yuran tidak aktif dikenakan
  • Yuran tidak aktif sebanyak $10 sebulan adalah jumlah yang agak munasabah

Yuran Penukaran Mata Wang

Jika mata wang asas anda berbeza daripada mata wang yang digunakan untuk menetapkan harga instrumen, anda akan dikenakan yuran penukaran mata wang.

Sebagai contoh, jika mata wang asas akaun anda ialah paun sterling, dan anda ingin membuka CFD pada indeks S&P 500, maka perdagangan dibuat dalam dolar AS. Keuntungan anda akan dikenakan caj penukaran untuk menukar mata wang kembali kepada paun.

Di OANDA, cajnya adalah 0.5%, nilai ini dianggap purata dalam kalangan broker dalam talian.

Keseluruhan mengenai Yuran

Kami percaya OANDA setanding dengan broker pesaing dari segi kos perdagangan dan yuran.

Kos dan Yuran

  • Spread dan komisen yang kompetitif
  • Tiada yuran deposit dan yuran pengeluaran yang rendah untuk pemindahan bank
  • Yuran tidak aktif dan yuran penukaran mata wang adalah pada kadar biasa

Platform Perdagangan Desktop

OANDA menyediakan pedagang dengan beberapa pilihan, iaitu:

  • OANDA Trade: platform proprietari broker, serasi dengan peranti mudah alih dan desktop.
  • MetaTrader 5: MT5 yang terkenal adalah platform penanda aras dalam industri.
  • TradingView: OANDA juga bekerjasama dengan TradingView untuk menawarkan pelanggan dengan carta canggih dan data pasaran masa nyata.

Terdapat satu platform proprietari dan dua pilihan white-label tambahan untuk memberi pelanggan pilihan platform perdagangan yang pelbagai.

OANDA Trade

Platform proprietari OANDA mempunyai fungsi yang kukuh. Beberapa fungsi dan ciri platform ini termasuk:

  • Susun atur platform yang boleh disesuaikan
  • Berdagang dan urus posisi terus dari carta
  • Lebih daripada 10 jenis carta
  • Lebih daripada 50 alat lukisan
  • Berita pasaran dan analisis
  • Platform desktop dan berasaskan web yang serupa

Kami juga sangat menyukai fungsi menindih (overlay) beberapa pasangan mata wang dalam satu carta untuk perbandingan. Ini fungsi yang tidak ditemui pada platform lain seperti MT5 dan merupakan ciri kukuh perisian proprietari OANDA.

Platform ini juga tersedia dalam banyak bahasa, termasuk bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Sepanyol dan Jepun.

MetaTrader5

MT5 ialah platform standard yang ditawarkan oleh kebanyakan broker, tetapi OANDA telah menambah baik perkhidmatan MT5. Dengan menambah jambatan binaan tersuai, OANDA dapat menawarkan harga kompetitif dan kelajuan pelaksanaan yang lebih baik.

Tambahan pula, apabila pedagang menggunakan naik taraf premium MT5, ini meningkatkan fungsi platform, dengan jenis pesanan tambahan dan ciri pengurusan perdagangan. Platform ini dilengkapi 21 rangka masa carta, penetapan harga tahap II, dan Expert Advisors (EA) untuk perdagangan automatik.

  • Jambatan binaan tersuai OANDA meningkatkan MT5 standard
  • Jenis pesanan lanjutan dan fungsi pengurusan perdagangan
  • 21 jangka masa carta untuk analisis teknikal terperinci
  • Penetapan harga tahap II dan sokongan untuk EA
  • Kalendar ekonomi bersepadu

TradingView

OANDA juga kini bekerjasama dengan TradingView untuk menyediakan platform ketiga. Sekali lagi, seperti MT5, ia didatangkan dengan harga telus OANDA dan pelaksanaan yang pantas. Ciri-ciri utama TradingView termasuk:

  • Ratusan carta dan indikator
  • Indikator teknikal tersuai
  • Perdagangan sosial, membolehkan anda melihat idea perdagangan pengguna lain dan menggunakan indikator binaan komuniti
  • Kalendar ekonomi bersepadu
  • Backtesting strategi

Platform desktop

  • Tiga platform berbeza disediakan
  • OANDA Trader mempunyai fungsi yang canggih dengan keupayaan paparan berbilang instrumen
  • MT5 adalah standard, tetapi naik taraf premium menawarkan banyak ciri tambahan yang berguna
  • TradingView boleh memenuhi keperluan penganalisis carta dan teknikal

Platform Perdagangan Mudah Alih

Versi mudah alih OANDA Trade (OANDA Mobile) adalah satu lagi ciri yang kukuh. Seperti broker lain, aplikasi ini tersedia untuk peranti Android dan iOS.

  • Fungsinya serupa dengan versi desktop, termasuk keupayaan carta lanjutan.
  • Aplikasi platform yang boleh disesuaikan (sesuatu yang jarang ditawarkan oleh aplikasi perdagangan lain).
  • Amaran yang ditetapkan dan pemberitahuan adalah satu lagi aspek positif.
AndroidiOS
Keperluan Minimum Sistem6.0 dan ke atas15.0 dan ke atas
Rating Pengguna4.1 / 5 di Google Play4.7 / 5 di App Store
Ulasan Pengguna7,400+ di Google Play21,600+ rating di App Store
Bahasa DisokongInggeris, Jerman, Jepun, CinaInggeris,Jerman, Portugis, Jepun, Cina (Ringkas dan Tradisional), Itali, Sepanyol
Pasangan Forex4848
Aset Lain yang Boleh DidagangkanIndeks, saham, mata wang kripto, komoditi, ETFIndeks, saham, mata wang kripto, komoditi, ETF
Ciri9 jenis carta, 11 alat carta, 50 indikator teknikal, kalendar ekonomi9 jenis carta, 11 alat carta, 50 indikator teknikal, kalendar ekonomi
Pengesahan biometrikT/BT/B
Pengesahan 2-FaktorYaYa

Perdagangan mudah alih

  • Aplikasi mudah alih mempunyai fungsi yang serupa dengan versi desktop dan berasaskan web
  • Penyesuaian adalah satu ciri yang kukuh

Instrumen Perdagangan

Terdapat pelbagai instrumen yang boleh didagangkan, walaupun tidak seluas sesetengah broker. Kelas aset yang ditawarkan termasuk forex, indeks, logam, komoditi dan mata wang kripto. Bon dan dana perdagangan bursa (ETF) hanya tersedia di beberapa rantau.

Kelas AsetJumlah InstrumenPilihan
Forex48Sederhana
Indeks18Baik
Logam5Sederhana
Komoditi9Baik
Bon62Sangat baik
Saham1,600+Kurang memuaskan
Lain-lain (ETF, niaga hadapan, kripto)390**hanya di bidang kuasa terpilih

Forex

Ia menawarkan pilihan pasangan Forex yang sangat padu. Melihat pada beberapa broker lain, OANDA menawarkan pilihan sebanyak 48 pasangan termasuk utama, bersilang (cross), dan eksotik. Sesetengah pesaing mungkin menawarkan kurang daripada 40 pasangan, jadi kami melihat OANDA sebagai broker yang kukuh dalam forex.

Indeks

Di OANDA, anda boleh berdagang 18 indeks pasaran saham utama dunia. Semua indeks utama AS dan Eropah yang biasa disediakan, selain indeks Asia dari China, Hong Kong, Singapura, India, dan Taiwan.

Logam

Jika anda minat berdagang logam berharga dan logam asas, anda akan kagum dengan pilihan yang ditawarkan oleh OANDA. Broker ini mempunyai semua logam berharga utama (emas, perak, platinum, tembaga, dan palladium), dan tambahan mengagumkan ialah anda boleh berdagamg emas dan perak dengan harga dalam semua mata wang utama. Dagangkan harga emas dalam dolar Kanada, atau harga perak dalam yen Jepun, pilihan terletak di tangan anda. Selain itu, harga juga ditawarkan dalam dolar Hong Kong dan dolar Singapura.

Terdapat sejumlah 5 pasaran logam untuk dipilih, kami percaya tawaran ini cukup kukuh.

Komoditi

Terdapat juga pilihan 9 komoditi yang lain. Ini termasuk tenaga seperti minyak mentah dan gas asli, serta komoditi lembut seperti koko, gula, dan gandum.

Satu perkara yang mengecewakan adalah OANDA boleh menawarkan logam asas yang lebih baik (mungkin bijih besi dan zink), tetapi secara umumnya ini masih merupakan pilihan instrumen yang baik.

Bon

Tidak banyak broker yang menawarkan pelanggan mereka dengan keupayaan untuk berdagang bon. Walau bagaimanapun, di OANDA, terdapat pilihan lebih 60 bon kerajaan yang popular. Anda boleh berdagang bon 10 tahun dari UK (Gilt), Jerman (Bund) dan AS (Treasuries), selain tiga tempoh Treasuries ynag lain.

Saham

OANDA menawarkan pilihan saham yang terbaik. Perdagangan saham disediakan dengan pelanggan boleh memilih daripada ratusan saham. Broker ini merangkumi semua syarikat utama dari AS, UK, Perancis, Jerman, dan ekonomi-ekonomi besar yang lain. Portfolio boleh ditapis mengikut rantau atau sektor seperti penjagaan kesihatan, barangan pengguna, teknologi, kewangan, dan lain-lain.

Kelas Aset yang Lain

OANDA juga menawarkan keupayaan untuk berdagang ETF (exchange-traded funds), tetapi opsyen dan niaga hadapan tidak tersedia buat masa ini. Selain itu, pelanggan dari AS tidak boleh terlibat dalam perdagangan CFD kerana penyediaan instrumen derivatif yang berisiko tinggi ini adalah tidak sah di negara tersebut. Opsyen ini hanya tersedia kepada pedagang di rantau seperti Australia dan Eropah. Sementara itu, pelanggan UK mempunyai akses kepada CFD tetapi tidak boleh berdagang kriptowang dengan margin melainkan mereka layak sebagai pedagang profesional.

Broker-broker sememangnya jarang menawarkan jenis produk ini (terutamanya niaga hadapan dan opsyen), namun apabila kripto ditawarkan, kami percaya pilihan 18 pasaran sudah memadai.

Instrumen Didagangkan

  • Pilihan pasaran forex dan saham yang kukuh
  • Sedikit mengecewakan kerana tiada niaga hadapan dan opsyen
  • Perdagangan CFD kripto tidak tersedia di sesetengah negara
  • Secara keseluruhan, pilihan pasaran cukup memuaskan

Pelaksanaan Perdagangan

OANDA sangat kukuh dari segi pelaksanaan perdagangan. Berikut adalah sebab-sebabnya:

  • Tiada meja urus niaga yang dilaksanakan: pelaksanaan yang automatik sepenuhnya bukan sahaja meningkatkan kelajuan, tetapi juga meningkatkan kepercayaan terhadap broker.
  • Kelajuan pelayan yang sangat pantas dianggap sebagai “pelaksanaan bertaraf institusi” (kurang daripada 1 milisaat pada platform V20)
  • Tiada sebut semula harga pada semua pesanan yang didagangkan mengikut harga pasaran. Penolakan automatik juga tidak berlaku.

Pelaksanaan Perdagangan

  • Kelajuan pelaksanaan pesanan yang sangat pantas
  • Tiada campur tangan meja urus niaga, sekali gus menghapuskan potensi konflik kepentingan

Kaedah Deposit

Tiada deposit minimum diperlukan untuk membuka akaun di OANDA. Selain itu, pada akaun standard, tiada tahap minimum diperlukan untuk mengekalkan akaun (namun, terdapat tahap minimum untuk layak membuka akaun Premium dan Premium Plus).

OANDA menyokong beberapa kaedah deposit, tetapi ketersediaannya berbeza bergantung pada rantau pedagang berada.

KaedahBidang kuasa tersediaHad?Nota
Kad debitUS, UK, EU, Aus, RoW$50,000 di EropahTiada yuran di pihak broker
Kad kreditUK, EU, Aus, RoW$50,000 di EropahTiada yuran di pihak broker
Perbankan internetUK, EU, Aus, RoW$50,000 di EropahSesuai untuk pendeposit kali pertama
Pindahan bank/SWIFTUS, UK, EU, Aus, Canada, Singapura, RoWTiada had maksimumSehingga 3 hari bekerja untuk penjelasan bank
Neteller, SkrillKebanyakan negara di seluruh duniat/bPenyedia e-dompet mungkin mengenakan yuran
Kaedah Pembayaran AlternatifKaedah pembayaran tempatan berbeza mengikut negaraTidak dinyatakan3 hingga 5 hari bekerja
Kaedah lainSingapurat/bPAYNOW, DBS

OANDA tidak mengenakan yuran pada deposit, tetapi kaedah yang digunakan mungkin mengenakan caj bank. Hanya kaedah pembayaran tertentu yang mempunyai had maksimum untuk deposit. Pindahan bank tidak mempunyai had maksimum untuk jumlah yang boleh dipindahkan. Pembiayaan nampaknya dilakukan dengan cepat dan hanya perlahan disebabkan proses penjelasan bank (bank clearing).

Kaedah Deposit

  • Pelbagai kaedah deposit percuma yang agak baik
  • Deposit segera melalui e-dompet seperti Skrill dan Neteller

Kaedah Pengeluaran

Di OANDA, kaedah pengeluaran dan kos adalah berbeza berdasarkan:

  • Rantau tempat anda berdagang
  • Kaedah pengeluaran yang dipilih
  • Jenis akaun anda – salah satu kelebihan menjadi pemegang Akaun Premium ialah pengeluaran percuma tanpa had.
KaedahBidang kuasa tersediaNota
Kad DebitUS, UK, EU, Aus, RoW1 hingga 3 hari bekerja
Kad KreditUK, EU, Aus, RoW1 hingga 3 hari bekerja
Perbankan internetAUS, Singapura2 hingga 5 hari bekerja
Pindahan bank/SWIFTUS, UK, EU, Kanada, Aus, Singapura, RoW2 hingga 5 hari bekerja
Neteller, SkrillTersedia di kebanyakan negara1 hari bekerja

Kebanyakan kaedah pengeluaran, termasuk kad dan e-dompet, tidak dikenakan sebarang yuran pemprosesan tambahan di pihak broker. Ini tidak terpakai pada pindahan bank yang akan mengenakan caj sebanyak $20 untuk permohonan pertama dalam bulan tersebut dan $35 untuk pengeluaran seterusnya dalam bulan yang sama.

Pengeluaran ke e-dompet seperti Skrill dan Neteller diproses dalam hari yang sama apabila dimohon. Pengeluaran melalui pindahan bank mungkin mengambil masa 2 hingga 5 hari bekerja. Jika anda membuat pengeluaran dalam mata wang selain mata wang asas akaun anda, anda akan dikenakan yuran 0.5% untuk penukaran mata wang.

Kaedah Pengeluaran

  • Satu pengeluaran percuma setiap bulan melalui pemindahan bank
  • Yuran pemindahan bank agak tinggi berbanding broker lain
  • Pengeluaran e-dompet diproses dalam masa satu hari bekerja

Maklumat Perhubungan Sokongan Pelanggan

Halaman sokongan ditulis dalam pelbagai bahasa, termasuk bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol, Portugis dan Melayu. Klik pada bendera untuk memilih negara yang dikehendaki dan anda akan dibawa ke versi laman web bahasa pilihan anda.

Sokongan pelangganTersediaMaklum Balas
Soalan Lazim “Portal Bantuan”24/7Laman web
Sembang dalam talian (OANDA Assistant)24/7Serta-merta
E-mel24/5Dalam beberapa jam
Telefon9:00 hingga 17:00 CET pada hari bekerja sahajaDalam beberapa minit

Jika pertanyaan anda tidak terdapat dalam bahagian Soalan Lazim (FAQ), bot sembang dalam talian OANDA Assistant disediakan. Bot sembang dalam talian boleh melayani pelanggan dalam beberapa bahasa berlainan (Inggeris, Sepanyol, Jerman dan Jepun) untuk perhubungan segera. Satu-satunya kelemahan cara ini adalah sistem automatiknya. Walau bagaimanapun, perlu juga dinyatakan yang akaun Premium dan Premium Plus OANDA didatangkan dengan pengurus akaun khusus.

Jika anda mengutamakan sentuhan peribadi, anda juga boleh menghubungi OANDA melalui telefon. Mengklik pejabat serantau akan membuka butiran yang anda perlukan. Pelanggan dari Eropah boleh menggunakan talian telefon tempatan yang tersedia untuk Poland, Jerman, Sepanyol, Perancis, Belanda, Itali, Latvia, Lithuania, dan Republik Czech.

Selain itu, terdapat sokongan e-mel di info.eu@oanda.com. Ini berguna jika isu atau pertanyaan anda lebih kompleks dan tidak dapat diselesaikan sepenuhnya oleh bot sembang.

“Khidmat Pelanggan OANDA yang Memenangi Anugerah

Perlu juga dinyatakan bahawa perkhidmatan pelanggan OANDA telah memenangi anugerah. Pada tahun 2021, broker ini memenangi anugerah bagi Kepuasan Pelanggan Terbaik untuk Platform dan/atau Aplikasi Mudah Alih.

Sokongan Pelanggan

  • Sokongan e-mel, telefon dan sembang langsung yang baik pada hari bekerja
  • Portal bantuan dan bot sembang automatik juga merupakan ciri yang kukuh
  • Ketiadaan sokongan telefon dan e-mel 24/7 yang menjadi kelemahannya

Bahan Penyelidikan dan Pendidikan

OANDA adalah sumber yang kuat untuk kandungan penyelidikan dan pendidikan bagi semua pedagang. Laman webnya mempunyai bahagian penyelidikan khusus yang dipanggil Market Pulse (yang juga berfungsi sebagai laman web berasingan) dan tab pendidikan dinamakan “Learn” yang menyediakan banyak bahan pembelajaran.

Terdapat juga pilihan webinar tentang pasaran langsung dan strategi perdagangan untuk disertai. Untuk pembangun pula, terdapat panduan yang sangat berguna tentang cara melaksanakan API.

Penyelidikan – “Market Pulse”

OANDA mempunyai pasukan penyelidikan bertauliah dan aktif yang menyediakan liputan pasaran dan analisis yang meluas merentasi pelbagai kelas aset dan zon masa.

Kandungan yang disediakan:

  • Laporan berita, ulasan, dan idea perdagangan
  • Analisis teknikal pasaran
  • Podcast
  • Analisis video dan ulasan
  • Analisis minggu hadapan pada pasaran utama
  • Kalendar ekonomi

Pendidikan – “Learn”

Tab pendidikan mempunyai banyak artikel percuma untuk dibaca bagi meningkatkan pengetahuan anda sebagai pedagang. Ini termasuk panduan langkah demi langkah dalam bentuk laman web dan kandungan video. Topik yang diliputi termasuk:

  • Tutorial platform
  • Memulakan – mempelajari asas
  • Panduan menyeluruh mengenai analisis fundamental
  • Indikator analisis teknikal
  • Pengurusan modal – leveraj dan henti rugi (stop-loss)

Kandungan Webinar

Kami percaya webinar adalah cara penting untuk pedagang membina kepercayaan terhadap broker dan mengembangkan asas pengetahuan mereka. OANDA mempunyai satu siri webinar yang boleh disertai. Sebahagiannya dibuka untuk semua pengguna, manakala kandungan premium yang lain memerlukan pendaftaran untuk diakses.

Terdapat webinar analisis pasaran langsung setiap minggu, selain webinar pendidikan mengenai pelbagai topik. Webinar terdahulu juga disediakan (dengan pertukaran maklumat perhubungan), manakala kandungan premium boleh diakses oleh pemegang akaun.

Penyelidikan & Pendidikan

  • Pelbagai bahan penyelidikan dan pendidikan yang kukuh melalui Market Pulse
  • Kalendar ekonomi dan data sentimen pelanggan
  • Webinar berkala yang dikendalikan oleh pakar pasaran

Keselamatan dan Jaminan Wang

Apabila berdagang dengan mana-mana broker, keselamatan dan perlindungan akaun anda menjadi keutamaan. Sebab itulah di BestBrokers.com, kami sentiasa menekankan bahawa anda harus berdagang dengan broker yang dikawal selia dengan baik.

Peraturan OANDA yang mantap dan luas memberikan lapisan keselamatan tambahan untuk perdagangan anda.

Sekiranya OANDA menghadapi insolvensi, keselamatan dana anda akan bergantung pada pengawal selia yang mengawasi entiti tempat akaun anda didaftarkan. Contohnya, pedagang yang dilindungi oleh Skim Pampasan Perkhidmatan Kewangan UK (FSCS) dilindungi sehingga £85,000, manakala di Kanada, pampasan adalah sehingga C$1,000,000. Perlu diingat bahawa pengawal selia luar pesisir seperti BVI Financial Services Commission mungkin menawarkan perlindungan yang lebih rendah.

Sebagai elemen keselamatan tambahan, OANDA juga mengasingkan dana pelanggan daripada modal operasinya. Semua broker yang baik akan berbuat demikian, tetapi ia juga membantu menghalang penyalahgunaan dana pelanggan oleh syarikat yang tidak beretika.

EntitiPengawal SeliaJumlah dilindungiPerlindungan Baki Negatif
OANDA CorporationCFTC (US)Tidak dinyatakan
OANDA (Canada) CorporationIIROC (Canada)C$1,000,000
OANDA EuropeFCA (UK)£85,000
OANDA Asia PacificOANDA Asia Pacific Pte Ltd, dikawal selia oleh MAS (Singapore)Tidak dinyatakan
OANDA AustraliaASIC (Australia)Tidak dinyatakan
OANDA JapanIFFA (Japan)Tidak dinyatakan
OANDA Europe MarketsMFSA (Malta)Tidak dinyatakan
OANDA Global MarketsFSC (British Virgin Islands)Tidak dinyatakan

Klien runcit yang berdagang di bawah OANDA Europe Limited dan OANDA TMS Brokers S.A (dari UK dan EU) juga mendapat manfaat daripada perlindungan baki negatif. Ini bermaksud pelanggan tidak boleh menanggung kerugian melebihi jumlah yang mereka depositkan.

Keselamatan dana

  • Skim pampasan untuk pedagang runcit EU, UK dan Kanada
  • Menyimpan dana pelanggan dalam akaun berasingan di bank-bank utama

Kesimpulan

Di BestBrokers.com, kami percaya OANDA tergolong antara broker forex terbaik di dunia. Dengan pengawalseliaan yang kukuh, tahap kepercayaan pelanggan yang tinggi, platform yang cemerlang, dan rangkaian bahan penyelidikan yang mengagumkan, OANDA sememangnya broker yang memenuhi banyak kriteria.

Satu-satunya kelemahan yang ketara adalah kekurangan instrumen derivatif seperti niaga hadapan dan opsyen, dengan CFD menjadi satu-satunya pilihan yang ada semasa penulisan ini. Berbeza dengan beberapa pesaing terdekatnya, OANDA menawarkan rangkaian logam dan komoditi lembut yang agak terhad tetapi menebusnya dengan senarai saham, ETF, dan pasangan mata wang yang sangat komprehensif. Secara keseluruhan, kami percaya OANDA adalah sebuah broker yang sangat baik.

Keseluruhan

  • Broker yang sangat baik untuk berdagang Forex
  • Pelbagai platform dan pelaksanaan pesanan yang pantas
  • Alat dan kandungan penyelidikan pasaran yang kukuh
  • Pilihan pasaran logam dan komoditi agak terhad

Ditulis oleh R. Perry | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal