Ditulis oleh Zornitsa Stefanova
Zornitsa Stefanova ialah seorang penganalisis forex dan kripto yang berpengalaman. Beliau juga mengulas pelbagai topik kewangan seperti perdagangan saham dan pelaburan persaraan.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Jenis Akaun di OANDA

OANDA, sebuah broker yang sejarahnya bermula pada era tahun 90-an, menawarkan banyak kelebihan kepada peminat forex. Ini termasuk pelbagai instrumen perdagangan yang mengagumkan dan keserasian mudah alih yang cemerlang. Bagi memenuhi keperluan pedagang dari semua peringkat pengalaman, broker ini turut menyediakan beberapa jenis akaun.

Pedagang yang kurang berpengalaman dan masih kurang yakin dengan kemahiran perdagangan mereka boleh membuka akaun demo OANDA. Ia membolehkan pedagang baharu yang ingin berlatih berdagang melakukannya tanpa perlu mempertaruhkan modal mereka.

Jika anda ingin berdagang secara langsung menggunakan dana sebenar di OANDA, anda boleh memilih beberapa jenis akaun yang disediakan:

  1. Basic: Jenis pertama ini ialah akaun langsung yang menawarkan purata spread OANDA melebihi 1 pip untuk pasangan seperti EUR/USD dan AUD/USD. Terdapat had deposit sehingga €3,000 bagi pemegang akaun Basic.
  2. Premium: Pedagang yang lebih gemar membuat pesanan lebih besar boleh memilih akaun Premium (deposit antara €3,000 dan €10,000). Pilihan ini menawarkan spread diskaun (sehingga 30%) dan memberi pengguna pelan Essential selama 1 tahun untuk Trading View. Ia juga disertakan dengan pengurus akaun peribadi.
  3. Elite: Peringkat akaun tertinggi OANDA untuk perdagangan runcit. Ia sesuai untuk pedagang runcit yang berpengalaman dengan langganan 1 tahun yang memberi akses kepada Pelan Plus Trading View. Pedagang yang memilih jenis akaun ini boleh membuat deposit €10,000 atau lebih. Seperti tahap sebelumnya, akaun Elite juga disertakan dengan pengurus akaun peribadi. Selain mempunyai volum perdagangan yang lebih besar, akaun Elite turut menawarkan spread yang lebih ketat (sehingga 30% lebih rendah).

Perlu diambil perhatian bahawa semua jenis akaun langsung yang diterangkan di atas adalah untuk pedagang runcit dan mengehadkan leveraj maksimum kepada 1:30. Pedagang yang ingin berdagang menggunakan leveraj lebih tinggi boleh mempertimbangkan untuk memohon status pelanggan profesional di OANDA kerana ia menaikkan had leveraj sehingga tahap yang lebih fleksibel, iaitu 1:200. Untuk melayakkan diri, anda perlu mempunyai pengalaman sebagai ahli profesional dalam bidang kewangan, mempunyai modal yang besar (€500,000+), atau telah membuat sekurang-kurangnya 10+ transaksi (setiap suku tahun) dalam empat suku tahun sebelumnya.

Selain itu, jenis-jenis akaun yang telah dibincangkan setakat ini adalah relevan untuk pengguna yang berdaftar dengan entiti OANDA yang dikawal selia oleh KNF. Pedagang di luar mungkin mempunyai akses kepada pilihan akaun alternatif yang menawarkan keadaan perdagangan yang berbeza.

Akaun DemoTersedia
Akaun IslamikTidak Tersedia
Akaun ECNTidak Tersedia
Akaun ProTersedia
Akaun MAMTidak Tersedia

Keperluan Deposit Minimum Akaun

Walaupun OANDA tidak mengenakan keperluan transaksi yang menyeluruh, terdapat amaun deposit minimum yang dikenakan untuk kaedah tambah nilai tertentu. Sebagai contoh, jika anda ingin membuat deposit melalui Visa atau Mastercard, jumlahnya tidak boleh kurang daripada €/USD25. Walau bagaimanapun, jumlah tersebut tidak mencukupi untuk berdagang mata wang. Sebagai contoh, nilai pesanan minimum bagi pasangan EUR/USD di OANDA ialah 0.01 lot, iaitu €1,000.

Instrumen yang Boleh Didagangkan

Dengan katalog forex yang merangkumi CFD pada pasangan seperti EUR/USD, EUR/JPY, USD/CHF dan berpuluh pilihan lain, OANDA adalah broker yang sesuai untuk pedagang yang berminat dengan pasaran pertukaran asing. Mereka yang menghargai kepelbagaian instrumen atau lebih suka pilihan lain juga akan mendapati OANDA pilihan yang sesuai kerana ia menyediakan CFD pada komoditi, saham, indeks, mata wang kripto dan dana ETF. Pelaburan terus dalam saham dan indeks juga disediakan sebagai pilihan lain.

Pendaftaran Akaun di OANDA – Mengambil masa kira-kira 2 minit (akaun Demo)

Pertama sekali, kami akan menerangkan proses membuat akaun demo. Berbeza dengan pendaftaran untuk perdagangan langsung, membuat akaun demo adalah sangat cepat dan mudah, membolehkan pedagang baharu merasai tawaran yang disediakan oleh OANDA dengan secepat mungkin.

  1. Pergi ke halaman utama OANDA dan klik butang Demo di sebelah pilihan bahasa.OANDA Registration Step 8
  2. Berikan e-mel dan nombor telefon anda, dan cipta kata laluan yang kukuh. Setelah selesai, bersetuju dengan terma OANDA dan teruskan dengan mengklik butang Open Demo Account.OANDA Registration Step 2
  3. Sekarang OANDA akan meminta anda untuk menyemak e-mel dan mengaktifkan akaun anda.OANDA Registration Step 3
  4. Mengikut pautan pengaktifan akan membawa anda ke halaman yang mempunyai kod log masuk anda. Untuk meneruskan, klik butang Login.OANDA Registration Step 4
  5. Log masuk dengan kod yang diberikan dan kata laluan anda.OANDA Registration Step 5
  6. Baca amaran OANDA mengenai risiko produk berleveraj. Jika anda memahami risiko dan ingin meneruskan, klik Accept.OANDA Registration Step 6
  7. Anda kini sudah bersedia untuk menggunakan akaun demo anda.OANDA Registration Step 7

Pendaftaran dan Pengesahan Akaun di OANDA – Mengambil masa kira-kira 8 minit (Akaun langsung)

Penggemar perdagangan yang bercadang untuk menjadikan OANDA sebagai broker pilihan dan bersedia untuk mula berdagang menggunakan dana sebenar digalakkan mendaftar dengan mengikut langkah-langkah di bawah.

  1. Di halaman utama OANDA, klik butang Start Trading untuk memulakan proses pendaftaran.OANDA Registration Step 8
  2. Sekarang, pilih negara tempat tinggal anda.OANDA Registration Step 9
  3. Masukkan e-mel anda dalam ruangan yang ditetapkan dan klik Confirm Email.
    OANDA Registration Step 10
  4. Cipta kata laluan yang selamat dan terima Terma Perkhidmatan OANDA.OANDA Registration Step 11
  5. Langkah berikutnya adalah memuat naik kad pengenalan negara atau pasport anda. Anda boleh melakukannya pada komputer atau peranti mudah alih anda.OANDA Registration Step 12
  6. OANDA akan memberikan arahan tentang cara memuat naik foto yang sesuai untuk pengesahan. Biasanya anda perlu memastikan maklumat dapat dilihat dan tidak terhalang oleh pantulan cahaya atau bayang-bayang.OANDA Registration Step 13
  7. Sekarang, ambil foto atau pilih foto sedia ada dari storan peranti anda. Anda perlu melakukan ini untuk bahagian depan dan belakang dokumen. Jika berlaku masalah, OANDA akan meminta anda untuk memilih foto lain.OANDA Registration Step 14
  8. Jika muat naik berjaya, anda boleh klik butang Next dan teruskan.OANDA Registration Step 15
  9. Pada halaman Maklumat Peribadi, anda akan melihat maklumat yang disertakan dalam dokumen yang anda muat naik sebelum ini. Semak setiap medan untuk memastikan semuanya betul, dan jika tiada masalah, klik Next.
    OANDA Registration Step 16
  10. Sekarang anda perlu mengesahkan nombor telefon anda.
    OANDA Registration Step 17
  11. Anda sepatutnya menerima SMS dalam masa beberapa saat. Kemudian, masukkan kod tersebut dan klik Confirm.
    OANDA Registration Step 18
  12. Langkah seterusnya melibatkan pemberian maklumat alamat anda.
    OANDA Registration Step 19
  13. Pada halaman ini, anda perlu mengesahkan status pemastautin cukai anda dan memasukkan Nombor Sivil Bersepadu atau nombor setara yang berkaitan.OANDA Registration Step 20
  14. Seterusnya, pilih mata wang pilihan anda. Pilihan yang disediakan ialah EUR, PLN, USD dan CZK.
    OANDA Registration Step 21
  15. Halaman seterusnya berkaitan profil kewangan anda dan melibatkan pekerjaan, pendapatan, dan simpanan anda. Setelah selesai, teruskan dengan mengklik Next.
    OANDA Registration Step 22
  16. Di halaman Statements, OANDA akan meminta anda menyatakan sama ada anda pembayar cukai AS atau seorang individu yang terdedah secara politik. Anda juga perlu menjelaskan jenis Pengguna Data anda. Kemudian, baca dokumen mengenai kontrak akaun perdagangan dan sahkan anda telah membaca dan menerimanya. Selepas itu, pergi ke peringkat seterusnya.
    OANDA Registration Step 23
  17. Tunggu OANDA mengesahkan maklumat anda.
    OANDA Registration Step 24
  18. Lengkapkan tinjauan kesesuaian yang berkaitan dengan pengetahuan anda tentang perdagangan Forex dan CFD. Setelah selesai, sahkan jawapan anda adalah benar, dan klik Send.
    OANDA Registration Step 25
  19. Jika anda dianggap sesuai untuk membuka akaun perdagangan langsung, OANDA akan membenarkan anda untuk meneruskan.
    OANDA Registration Step 26
  20. Pada halaman seterusnya, anda akan diberi pilihan untuk mendepositkan wang ke dalam akaun yang baru dibuat. Anda bebas untuk melangkau langkah ini buat masa ini.
    OANDA Registration Step 27
  21. Halaman pendaftaran terakhir akan memberi anda pautan ke Client Zone yang boleh diakses dengan mengklik Next.
    OANDA Registration Step 28
  22. Anda telah berjaya melengkapkan proses pendaftaran. Langkah seterusnya adalah menunggu pasukan OANDA mengesahkan dokumen anda. OANDA juga akan menghantar e-mel yang menyatakan dokumentasi tambahan yang diperlukan. Ingat, jika anda membuat deposit melalui kad kredit atau debit, OANDA akan meminta foto lesen memandu, pasport, atau kad kredit/debit yang dinyatakan tadi. Anda juga dikehendaki untuk menghantar dokumen terkini (penyata bank/kad kredit, bil utiliti, dokumen kerajaan/daftar cukai majlis) sebagai bukti alamat.
    OANDA Registration Step 29

Pandangan Keseluruhan

Menurut OANDA, proses pendaftarannya akan mengambil masa kira-kira 8 minit. Berdasarkan pengalaman kami, anggaran itu agak tepat, walaupun ia mungkin mengambil sedikit masa lagi jika anda perlu memuat naik semula dokumen atau menghadapi masalah kecil yang lain. Pengesahan melalui SMS juga pantas, kerana OANDA menghantar kod kepada pasukan kami dalam masa beberapa saat. Bagi kelulusan dokumen pengguna pula, ia boleh diselesaikan dalam masa sehari atau beberapa hari.

Ditulis oleh Z. Stefanova | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal