Ditulis oleh Naylyan Nazifova
Naylyan Nazifova ialah seorang pakar yang diiktiraf dalam bidang perdagangan dalam talian. Beliau mempunyai banyak penerbitan dan analisis yang merangkumi perdagangan forex, pelaburan saham dan kewangan peribadi.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Jenis Akaun di Pepperstone

Apabila membuka akaun dengan Pepperstone, pedagang akan mempunyai beberapa pilihan akaun yang bergantung pada matlamat perdagangan mereka. Pilihan akaun tersebut termasuk Individual, Joint, Company dan Introducing Broker. Seperti yang ditunjukkan oleh namanya, pedagang runcit yang ingin menguruskan perdagangan sendiri hendaklah memilih akaun Individual, manakala pilihan lain ditujukan kepada institusi kewangan dan pedagang profesional yang mengendalikan berbilang portfolio.

Pedagang individu boleh memulakan perjalanan mereka di Pepperstone dengan akaun Demo yang membolehkan mereka menilai keadaan perdagangan, platform dan strategi menggunakan wang maya. Sementara itu, perdagangan Live boleh dilakukan melalui jenis akaun seperti Standard dan Razor. Kedua-dua jenis akaun ini menyokong lot mikro, beberapa mata wang asas, lindung nilai (hedging), scalping dan pelbagai instrumen yang boleh didagangkan.

Akaun Standard mengenakan tambahan 1 pip ke atas spread mentah dan menawarkan perdagangan tanpa komisen. Akaun Razor pula mengurangkan spread sehingga serendah 0.0 pip, dengan komisen kecil sebanyak €2.60/USD3.50 setiap lot bagi setiap sisi untuk setiap perdagangan Forex. Platform perdagangan yang disokong termasuk platform proprietari broker ini, TradingView, MT5, MT4 dan cTrader.

Memandangkan pedagang runcit tidak dibenarkan menggunakan leveraj melebihi 1:30 pada pasangan forex utama, Pepperstone turut menyediakan pilihan untuk membuka akaun profesional dan mendapatkan nisbah leveraj yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, perdagangan profesional memerlukan anda memenuhi beberapa syarat tertentu dari segi jumlah dana dan pengalaman dalam berdagang.

Akaun DemoTersedia
Akaun IslamikTersedia
Akaun ECNTersedia
Akaun ProTersedia
Akaun MAMTersedia

Keperluan Deposit Minimum Akaun

Untuk berdagang secara Live, anda perlu membiayai akaun Pepperstone anda yang boleh dilakukan melalui beberapa kaedah perbankan yang boleh dipercayai dan mudah digunakan. Broker ini tidak mengenakan jumlah deposit minimum wajib untuk mengaktifkan akaun anda, bermaksud anda boleh menambah dana ke dalam akaun Standard atau Razor dengan jumlah minimum yang anda rasa selesa.

Perlu diingat bahawa setiap kaedah yang disokong mungkin mempunyai had deposit minimum tersendiri. Walaupun tiada deposit minimum khusus yang diperlukan untuk mengaktifkan akaun, anda hendaklah memastikan jumlah yang didepositkan itu mencukupi untuk membuka perdagangan. Tanpa mengira jenis akaun yang dipilih, saiz kontrak minimum di Pepperstone ialah 0.01 lot, iaitu bersamaan 1,000 unit dalam mata wang asas anda. Mata wang asas akaun yang disokong untuk akaun Standard dan Raw Pepperstone termasuk EUR, USD, GBP dan CHF. Ini bermaksud anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya USD/€1,000 dalam baki akaun anda untuk membuka satu perdagangan.

Instrumen yang Boleh Didagangkan

Di Pepperstone, sama ada anda memilih untuk berdagang menggunakan akaun Standard atau Razor, anda akan mendapat akses kepada lebih 1,200 instrumen yang boleh didagangkan. Instrumen ini merangkumi pelbagai pasaran CFD, termasuk Forex, Komoditi, Indeks, Kripto, ETF dan Saham. Selain kategori ini, Pepperstone juga memastikan pedagang mendapat pendedahan yang lebih luas melalui pasaran seperti indeks mata wang, CFD forwards dan dividen untuk CFD indeks dan saham. Pasaran Forex membolehkan pedagang mengambil kedua-dua posisi beli (long) dan jual (short) pada lebih 90 pasangan mata wang, sekali gus berpotensi menjana keuntungan daripada pergerakan harga yang menurun mahupun meningkat.

Proses Pendaftaran – Mengambil kira-kira 1-2 minit (akaun Demo)

  1. Jika anda sudah bersedia untuk menjadi ahli Pepperstone, anda boleh mengakses borang pendaftaran melalui butang Join now pada halaman utama laman web broker.
    Pepperstone Registration Step 1
  2. Langkah seterusnya adalah memilih kaedah pendaftaran, akaun Apple, Google dan Facebook juga ditawarkan sebagai pilihan. Anda juga boleh memilih untuk mendaftar menggunakan alamat e-mel yang akan mengalihkan anda ke langkah berikutnya dalam proses pendaftaran.Pepperstone Registration Step 2
  3. Masukkan beberapa butiran peribadi, alamat e-mel anda dan kata laluan yang ingin digunakan untuk log masuk ke akaun anda pada masa hadapan. Anda juga perlu memilih jenis akaun berdasarkan bentuk perdagangan yang ingin dilakukan, dengan akaun Individual menjadi pilihan yang sepadan untuk perdagangan individu runcit.Pepperstone Registration Step 3Pepperstone Registration Step 4
  4. Profil telah siap dan anda boleh berdagang di akaun Demo dengan serta-merta.Pepperstone Registration Step 5Pepperstone Registration Step 6
  5. Jika anda ingin membuka akaun Live, anda perlu melalui proses tambahan untuk menguji keupayaan anda dalam menanggung risiko dan juga untuk mengesahkan identiti anda. Langkah pertama adalah menetapkan akaun perdagangan Live anda, termasuk memilih platform, jenis akaun, mata wang asas dan ciri-ciri akaun yang lain.Pepperstone Registration Step 7Pepperstone Registration Step 8
  6. Seterusnya, anda perlu memberikan beberapa butiran mengenai pekerjaan dan pendapatan anda.Pepperstone Registration Step 9Pepperstone Registration Step 10Pepperstone Registration Step 11
  7. Langkah seterusnya dalam mencipta akaun perdagangan Live anda dengan Pepperstone adalah melengkapkan Ujian Kesesuaian (Appropriateness Test) di mana anda perlu menjawab beberapa soalan untuk menentukan sama ada anda sesuai untuk berdagang atau tidak.Pepperstone Registration Step 12Pepperstone Registration Step 13Pepperstone Registration Step 14
    Pepperstone Registration Step 15
    Pepperstone Registration Step 16
    Pepperstone Registration Step 17
  8. Setelah anda melengkapkan Ujian Kesesuaian, anda boleh meneruskan dengan mengesahkan butiran anda dan bersetuju dengan Terma dan Syarat serta dasar lain yang ditetapkan oleh broker.
    Pepperstone Registration Step 18Pepperstone Registration Step 19Pepperstone Registration Step 20

Proses Pengesahan Identiti – Mungkin mengambil masa sekitar 10 minit

Memandangkan Pepperstone mematuhi garis panduan KYC (Know Your Customer) yang dikenakan oleh pengawal selia seperti CySEC, ia memerlukan proses pengesahan identiti yang teliti sebelum pedagang dibenarkan menggunakan akaun Live mereka di Pepperstone. Walaupun sedikit membebankan, langkah ini wajib bagi memastikan persekitaran perdagangan yang selamat. Jika anda mengikut langkah-langkah yang diterangkan di bawah, anda boleh mengurangkan banyak masa yang diperlukan untuk mengesahkan identiti anda dan mula berdagang dengan Pepperstone.

Pepperstone Registration Step 21

Pepperstone Registration Step 22

  1. Mulakan dengan membaca dan bersetuju dengan Dasar Data dan Privasi Pepperstone supaya anda benar-benar faham sebab proses ini dijalankan. Hanya teruskan jika anda selesa untuk berkongsi maklumat yang diperlukan bagi proses pengesahan identiti.Pepperstone Registration Step 23
  2. Langkah pertama adalah memilih jenis dokumen dan memuat naik gambar dokumen pengenalan diri (ID) untuk mengesahkan butiran peribadi anda.
    Pepperstone Registration Step 24
    Pepperstone Registration Step 25
    Pepperstone Registration Step 26
  3. Satu lagi jenis dokumen pengesahan juga diperlukan, pedagang boleh memilih dokumen seperti lesen memandu atau pasport untuk diimbas atau diambil gambarnya.Pepperstone Registration Step 27
    Pepperstone Registration Step 28
    Pepperstone Registration Step 29
  4. Setelah anda memuat naik gambar dokumen, anda akan diminta untuk memuat naik swafoto (selfie) menggunakan kamera pada peranti desktop anda. Alternatif lain, anda boleh sambungkan proses tersebut ke telefon pintar anda dan meneruskan pengesahan dengan mengambil gambar secara terus melalui peranti pintar anda.
  5. Bukti alamat juga diperlukan, anda boleh berikannya dengan memuat naik gambar bil utiliti, penyata bank atau dokumen cukai.
  6. Setelah semua dokumen yang diperlukan dihantar, permohonan anda akan dihantar untuk kelulusan. Pasukan Pepperstone mungkin mengambil masa antara 24 hingga 48 jam untuk menyemak dan meluluskan akaun perdagangan Live anda.

Pandangan Keseluruhan

Jika anda hanya ingin mendaftar dengan Pepperstone dan berlatih menggunakan akaun Demo, anda boleh mula berdagang dalam beberapa minit sahaja. Namun, disebabkan keperluan kawal selia, pedagang dari kawasan tertentu perlu melalui semakan pengesahan identiti yang ketat sebelum mereka dibenarkan membuka akaun Live dengan broker ini. Selain itu, proses membuat akaun perdagangan Live juga mengambil masa yang lebih lama kerana anda perlu menjalani Ujian Kesesuaian dan memberikan maklumat mengenai pekerjaan serta pendapatan anda. Secara keseluruhan, membuka akaun perdagangan Live dengan Pepperstone boleh mengambil masa sekitar 10 minit, terutamanya jika anda tinggal di rantau yang dikawal selia dengan ketat.

Ditulis oleh N. Nazifova | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal