Laman Utama » Broker Perdagangan Kripto Terbaik pada 2026 » Perdagangan Kripto dengan Leveraj Tinggi

Perdagangan Kripto dengan Leveraj Tinggi

Ditulis oleh Zornitsa Stefanova Zornitsa Stefanova
Zornitsa Stefanova - Author at BestBrokers.comZornitsa Stefanova ialah Financial Research and Platform Testing Analyst di BestBrokers.com, dengan pengkhususan dalam ulasan secara langsung terhadap platform dagangan forex, kripto, dan saham. Beliau menilai syarikat broker daripada perspektif yang berfokuskan pengguna, menguji aspek utama seperti pembukaan akaun, syarat dagangan, kebolehgunaan platform, pasaran yang tersedia, dan kebolehpercayaan keseluruhan.
, | Editor Pakar Matthew Levy, CFA Matthew Levy, CFA
Matthew Levy, CFA - Author at BestBrokers.comMatthew Levy, CFA, ialah Senior Research Analyst di BestBrokers.com dengan pengalaman dalam perkhidmatan kewangan, analisis sekuriti, pengurusan portfolio, dan dagangan. Kerja beliau menyokong proses pengujian broker melalui penyelidikan terperinci, analisis kewangan yang jelas, dan pemahaman yang kukuh tentang keperluan pedagang dan pelabur daripada platform dagangan dalam talian yang boleh dipercayai.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal Shakirah Manijal
Shakirah Manijal - Author at BestBrokers.comShakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Apabila bercakap tentang memaksimumkan manfaat perdagangan kripto, platform dengan leveraj tinggi sering menjadi pilihan. Sama ada anda mencari broker atau bursa untuk perdagangan kripto dengan leveraj yang tinggi, jenama yang disenaraikan di bawah lazimnya memenuhi keperluan ahli-ahli pasaran baharu dan berpengalaman. Teruskan bersama kami untuk mempelajari lebih lanjut tentang broker dan bursa terbaik di pasaran kripto, serta beberapa pandangan tambahan mengenai dunia perdagangan kripto dengan leveraj tinggi.

1Plus500 US logoPlus500 US
Rating: 4.2 ⭐
Kandungan ini hanya terpakai kepada Plus500 US dan pelanggan dari Amerika Syarikat. Perdagangan niaga hadapan melibatkan risiko kerugian.
Penilaian Tertinggi
2eToro logoeToro
Rating: 4.2 ⭐
52% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
3Fusion Markets logoFusion Markets
Rating: 4.8 ⭐
74-89% daripada akaun CFD pelabur runcit kehilangan wang
4FP Markets logoFP Markets
Rating: 4.9 ⭐
73.33% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
Anda harus berdagang dengan sangat berhati-hati apabila menggunakan leveraj dalam perdagangan kripto. Di Malaysia, aset digital dan platform pertukaran aset digital tertakluk kepada rangka kerja Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) apabila ditawarkan atau dikendalikan dalam pasaran modal tempatan, manakala isu pembayaran dan pemindahan wang boleh melibatkan keperluan Bank Negara Malaysia (BNM). Risiko tidak hanya terhad kepada pelaburan awal anda; pergerakan pasaran yang ketara boleh menyebabkan pembubaran posisi atau baki negatif dalam masa singkat, dan platform luar negara yang tidak berdaftar di Malaysia mungkin tidak memberikan akses kepada mekanisme penyelesaian pertikaian tempatan seperti SIDREC.

Broker Terbaik untuk Perdagangan Kripto dengan Leveraj Tinggi

  1. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Beroperasi sejak tahun 2017, Fusion Markets telah menjadi destinasi perdagangan dalam talian yang sesuai untuk pedagang baharu dan berpengalaman. Portfolio perdagangan kripto broker ini merangkumi 13 instrumen yang melibatkan beberapa mata wang kripto paling diminati yang dipadankan dengan dolar AS. Tiada komisen dikenakan ke atas perdagangan CFD kripto, membolehkan pedagang membuka posisi panjang (beli) dan pendek (jual) serta mendapat manfaat daripada sebarang pergerakan harga. Yuran perdagangan BTC ialah 0.06%. Spread minimum bagi Bitcoin dan Ethereum masing-masing ialah 14.24 dan 2.42. Untuk membuat perdagangan pada CFD kripto, mereka boleh memilih antara platform popular seperti MT4, MT5, TradingView, dan cTrader.

    Pedagang boleh mengambil posisi dengan leveraj untuk meningkatkan pendedahan mereka. Leveraj maksimum yang dibenarkan di Fusion Markets bergantung kepada beberapa faktor, termasuk negara tempat tinggal pedagang, status pelanggan runcit atau profesional, dan jenis aset yang boleh didagangkan. Akaun Fusion Pro dan pelanggan di bawah entiti FSA dan VFSC boleh membuka posisi leveraj sehingga 1:10 untuk kripto. Manakala pedagang runcit di bawah entiti ASIC dihadkan kepada leveraj 1:2 untuk kripto.

    Gleneagle Asset Management Limited (ABN 29 103 162 278) yang beroperasi sebagai Fusion Markets, adalah penerbit Produk Fusion Markets yang diterangkan dalam komunikasi ini. Perdagangan dalam Produk Fusion Markets melibatkan potensi keuntungan serta risiko kerugian yang mungkin melebihi jumlah deposit awal anda dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Anda harus membaca dengan teliti semua Terma Perkhidmatan Produk Kewangan ini, Kenyataan Pendedahan Produk (PDS) dan Panduan Perkhidmatan Kewangan (disediakan di laman web kami), mempertimbangkan keadaan kewangan, keperluan dan objektif anda sendiri untuk melabur dalam Produk Fusion Markets ini dan mendapatkan nasihat kewangan bebas.
  2. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    FP Markets adalah satu lagi platform perdagangan terkemuka yang menyokong perdagangan CFD kripto tanpa memerlukan dompet kripto. Jenama ini menawarkan CFD kripto untuk aset seperti Bitcoin, Bitcoin Cash, Cardano, Litecoin, dan Ethereum untuk posisi terhadap Dolar AS. Dengan 12 mata wang kripto yang paling banyak didagangkan di pasaran, pedagang boleh mempelbagaikan portfolio mereka dan berdagang dalam pasaran 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

    Pelabur runcit yang didaftarkan di bawah entiti CySEC dan ASIC bagi broker ini boleh berdagang mata wang kripto dengan leveraj 1:2, spread yang kompetitif, dan tanpa komisen. Pedagang profesional boleh menggunakan leveraj maksimum 1:5. Broker ini menyokong platform perdagangan paling popular di dunia, termasuk MT4 dan MT5, WebTrader, TradingView, dan cTrader, yang dilengkapi dengan set alat dan ciri-ciri berguna. Ambang minimum untuk deposit menggunakan kad kredit, kad debit, dan eWallet ialah $50, manakala pindahan bank memerlukan sekurang-kurangnya $100.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan leveraj. 73.33% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko yang tinggi kehilangan wang anda.
  3. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    BlackBull Markets beroperasi di bawah kebenaran pengawal selia kewangan di New Zealand dan Seychelles, memberikan tahap pengawasan dan perlindungan kepada pelanggan. Pada pertengahan tahun 2024, broker ini mengumumkan bahawa LMAX Group telah memperoleh pegangan minoriti dalam syarikatnya dan perkongsian tersebut akan meluaskan dan meningkatkan tawaran mata wang kriptonya. Pada masa ini, BlackBull menyokong lebih daripada 40 syiling yang boleh didagangkan melalui CFD.

    Pedagang mata wang kripto boleh membuat pesanan berleveraj melalui beberapa platform yang kukuh, termasuk cTrader, MT5, MT4 dan TradingView. Spread adalah terapung kerana BlackBull Markets menggunakan model harga ECN. Pedagang boleh melihat spread semasa secara langsung di bawah bahagian Kripto dalam senarai instrumen kewangan broker ini. BlackBull merupakan pilihan yang sesuai untuk pedagang mata wang kripto yang mempunyai leveraj tinggi, membolehkan mereka mengukuhkan posisi pada kadar maksimum 1:100 untuk pasaran terpilih seperti BTC/USD dan ETH/USD. Penting untuk ditegaskan bahawa leveraj maksimum yang boleh diakses oleh pelanggan adalah khusus mengikut pasaran, dengan sesetengah syiling digital menawarkan nisbah yang jauh lebih tinggi berbanding yang lain. Leveraj untuk XRP, Ada dan Dogecoin dihadkan kepada 1:50, manakala posisi yang melibatkan Solana terhadap dolar dihadkan kepada 1:10. Saiz kontrak juga berbeza mengikut instrumen, dengan volum minimum dan maksimum untuk BTC/USD adalah antara 0.01 dan 5 lot.

  4. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    ActivTrades adalah broker yang mempunyai pengalaman melebihi 20 tahun dan menawarkan pelbagai instrumen boleh dagang kepada pelanggannya, serta memenuhi keutamaan pedagang yang berbeza. Mata wang kripto juga termasuk dalam pasaran yang disediakan untuk kebanyakan pelanggan ActivTrades, kecuali mereka yang mendaftar dengan entiti yang dikawal selia oleh FCA dan BACEN. Ahli broker ini boleh berdagang lebih daripada sedozen CFD kripto yang disediakan di MT4, MT5, dan ActivTrader.

    Bitcoin, Ethereum, Cardano dan XRP hanyalah beberapa aset kripto yang anda boleh dagangkan sebagai CFD dengan ActivTrades.

    Pedagang yang ingin mendapatkan pendedahan lebih besar boleh berdagang pasangan kripto seperti BTC/USD, ETH/USD dan banyak lagi dengan leveraj sehingga 1:20. Leveraj bagi beberapa pasangan kripto dihadkan pada 1:10, contohnya BCH/USD dan DOGE/USD. Nisbah ini disediakan kepada pedagang kripto yang mendaftar dengan entiti yang dikawal selia di Bahamas dan Mauritius. Selain itu, pedagang kripto dari EU boleh mendapat akses kepada leveraj yang lebih tinggi iaitu 1:20 pada CFD kripto jika mereka layak sebagai pedagang profesional.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. 71% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini.Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.

Bagi pembaca di Malaysia, senarai broker ini wajar digunakan sebagai titik permulaan untuk perbandingan, bukan sebagai pengesahan bahawa setiap broker dibenarkan menawarkan produk kripto berleveraj kepada penduduk Malaysia. Sebelum membuka akaun, semak nama entiti undang-undang yang akan memegang akaun anda, bidang kuasa yang mengawal selianya, kaedah deposit dalam RM, serta sama ada broker tersebut tersenarai dalam daftar awam atau senarai amaran pelabur SC.

Jika sesebuah broker beroperasi melalui entiti luar negara, perlindungan seperti pengasingan dana, perlindungan baki negatif, pampasan pelabur atau saluran aduan mungkin berbeza daripada perlindungan yang tersedia melalui perantara berlesen di Malaysia. Ini amat penting untuk produk berleveraj seperti CFD kripto, kerana kerugian boleh berlaku lebih cepat berbanding pembelian aset digital spot biasa.

Perbandingan Komprehensif 4 Platform Perdagangan Kripto dengan Leveraj Tinggi Teratas

BrokerMinimum AkaunPengawal SeliaSpreadYuran LainLeverajInstrumenMata Wang KriptoJenis AkaunPerlindungan Baki NegatifRating Trust Pilot
1. FP MarketsUSD100ASIC, CySEC, FSA (Seychelles), FSCA, FSA (St. Vincent dan Grenadines), SCB (Bahamas)
  • Purata spread BTC/USD 19.21
  • Purata spread ETH/USD 4.32
  • Purata spread DOGE/USD 0.00128
  • -30.00 swap bagi posisi long, -10.00 swap bagi posisi short;
  • Fi semalaman -20% untuk posisi long / -0.20% untuk posisi short bagi ETH, LTC, XRP, SOL;
  • Tiada yuran deposit;
  • Yuran 1% hanya untuk pengeluaran melalui Skrill dan Neteller;
  • Komisen sifar untuk akaun standard
  • Spread purata BTC/USD - 21.08
Sehingga 1:2 (Runcit); Sehingga 1:5 (Pro)Kontrak untuk perbezaan (CFD)12Standard, Raw, Demo, Profesional, IslamikYa (pedagang runcit)4.9 ⭐
2. Fusion MarketsUSD0Dikawal selia oleh ASIC, FSA (Seychelles) dan VFSC (Vanuatu)
  • BTC/USD spread purata 20.65, spread minimum 14.24
  • ETH/USD spread purata 2.5, spread minimum 2.42
  • DOGE/USD spread purata 0.0, spread minimum 0.0
  • Akaun Zero - komisen pusingan penuh AU$4.50;
  • Tiada yuran deposit;
  • Tiada yuran komisen untuk pedagang CFD kripto;
  • Yuran perdagangan semalaman dikemas kini setiap hari;
  • Spread minimum BTC/USD - 27.5
  • Spread purata - 28
Leveraj 1:2 (ASIC), 1:10 (FSA, VFSC)Kontrak untuk perbezaan (CFD)13 tahun ke atasAkaun Zero, Akaun Klasik, Akaun Islamik, Akaun Demo, Akaun ProfesionalYa4.8 ⭐
3. BlackBull MarketsUSD0FSA (Seychelles) (No. SD045), FMA (No. FSP403326)Dari 0.01%
  • Akaun ECN Standard - komisen pusingan penuh USD0;
  • Akaun ECN Prime - komisen pusingan penuh USD6;
  • Akaun ECN Instututional - komisen pusingan penuh USD4.
1:500Kontrak untuk perbezaan (CFD)20ECN standard, ECN prime, ECN institutionalYa4.8 ⭐
4. ActivTradesUSD0FCA (UK), CMVM (Portugal), CVM (Brazil), SCB (Bahamas), FSC (Mauritius)Dari 0.1%
  • Akaun Individual - komisen pusingan penuh USD0;
  • Caj semalaman ke atas posisi terbuka;
  • Yuran penukaran 0.5%.
1:2 (1:20 Bahamas)Kontrak untuk perbezaan (CFD)15Individu, Demo, Islamik, ProfesionalYa3.9 ⭐

Bursa Terbaik untuk Perdagangan Kripto dengan Leveraj Tinggi

BursaSyiling Boleh DagangYuran Maker/TakerKadar FaedahPerkhidmatan DompetStakingLeveraj MaksimumPesanan MinimumKaedah PembayaranPengawal SeliaRating Trust Pilot
1. Bybit2,350+
  • Yuran berbeza-beza merentasi 13 tahap, dari VIP 0 hingga Pro 6
  • Tahap VIP0: Kadar maker/taker Perdagangan Spot - 0.1000%/0.1000%
  • Kadar maker/taker perdagangan Kontrak Perpetual & Niaga Hadapan - 0.0550%/0.0200%
  • Kadar maker/taker Perdagangan Opsyen - 0.0200%/0.0300%
Anggaran APR BTC - 0.05%Ya (Kustodian Kendiri)Ya4:20Saiz pesanan minimum untuk Kontrak Perpetual USDC dan Kontrak Niaga Hadapan USDC - 0.001 BTCKad Debit/Kredit, Pindahan SWIFT, Pindahan Bank, PIX, SEPA, Zen.com, iDEAL, BLIKSCA (UAE), CySEC (Cyprus), AFSA (Kazakhstan)3.4 ⭐
2. OKX 350+
  • Pengguna biasa (Pasangan USDT): 0.080% / 0.100%
  • Pengguna VIP (Pasangan USDT): 0.045% hingga -0.005% / 0.050% hingga 0.015%
  • Pengguna Biasa (Pasangan Stablecoin/Kripto/Fiat): 0.050% / 0.070%
  • Pengguna VIP (Pasangan Stablecoin/Kripto/Fiat): 0.070% hingga -0.010% / 0.095% hingga 0.015%
Ya (Bukan Kustodian)Ya1:100 untuk niaga hadapan; 1:10 untuk spotSpot/margin BTC/USDT - Amaun perdagangan minimum 0.00001 BTCKad Debit, Kad Kredit, Dompet Mudah Alih, SEPA, iDeal, Pix, Pindahan Bank, Kripto, Bancontact, PayNowFSA (Seychelles), VARA (Dubai), MFSA (Malta)2 ⭐
3. MEXC4,200+
  • 0% Yuran Maker Spot, 0.0500% Yuran Taker Spot
  • 0% Yuran Maker Niaga Hadapan, 0.020% Yuran Taker Niaga Hadapan
BTC - Sehingga 1.80%YaYa, sehingga 25%4:200.00001 BTCPindahan bank, kad bank, Skrill, Apple Pay, kriptoBerdaftar di Seychelles1.8 ⭐
4. Kraken560+Spot: dari 0.25% / 0.40% hingga 0.00%/0.08% (bergantung pada tahap); Margin: Yuran pembukaan 0.02%; Niaga Hadapan: dari 0.0200% / 0.0500% hingga -0.0030%/0.0100% (bergantung pada tahap)0.02% setiap 4 jamYa (Kustodian Kendiri)Ya1:50$1Visa, Mastercard, PayPal, Pindahan Bank, Etana Custody, Apple Pay, Google Pay, Crypto, iDealFinCEN (AS), FINTRAC (Kanada), FCA (UK), FSRA (Abu Dhabi), AUSTRAC (Australia), CBI (Ireland), DNB (Belanda), BoS (Sepanyol), OAM (Itali), CBB (Bahrain), VARA (Dubai), BAPPEBTI (Indonesia), SEC (Thailand), SAT (Mexico), CNAD (El Salvador), FSP Berdaftar di Afrika Selatan1.7 ⭐
5. KuCoin1,000+Spot: dari 0.100% / 0.100% hingga -0.005% / 0.025%; Niaga Hadapan: dari 0.020% / 0.060% hingga -0.008% / 0.025%Kadar Pembiayaan yang Diunjurkan untuk BTC Perpetual/USDT - 0.0073%Ya (Kustodian)YaKontrak niaga hadapan sehingga 1:1000.000001 BTCKad Kredit/Debit, Pindahan SEPA, Pindahan Bank, ApplePay, GPay, Revolut, PaySera, Skrill, Advcash, Interac dan banyak lagiSFSA (Seychelles), FIU (India)1.6 ⭐

Nota penting untuk pengguna Malaysia: Senarai bursa global di bawah tidak semestinya bermaksud bursa tersebut berdaftar sebagai Recognised Market Operator untuk Digital Asset Exchange (RMO-DAX) dengan SC. Di Malaysia, platform yang mengendalikan pertukaran aset digital untuk pasaran tempatan perlu dinilai berdasarkan pendaftaran dan skop aktiviti yang diluluskan oleh SC. Bursa global yang menawarkan niaga hadapan, margin atau perpetual kripto lazimnya beroperasi di luar rangka kerja tempatan, jadi pengguna Malaysia perlu menyemak status terkini di laman SC, termasuk Senarai Makluman Pelabur, sebelum memindahkan dana.

Selain itu, sokongan deposit dan pengeluaran dalam RM, pindahan bank tempatan, pengesahan identiti, serta akses aplikasi boleh berubah mengikut dasar platform, bank, penyedia bayaran dan keperluan pematuhan. Jangan menganggap lesen luar negara, jumlah pengguna global atau volum perdagangan tinggi sebagai setara dengan kelulusan untuk menawarkan produk kepada pelabur Malaysia.

  1. MEXC

    Ditubuhkan pada tahun 2018, MEXC kekal sebagai bursa terpusat global yang dikenali, dikuasakan oleh teknologi pemadanan transaksi berskala besar. Ia telah mengembangkan capaian globalnya dengan ketara, kini menyediakan perkhidmatannya kepada hampir 40 juta pengguna di lebih 170 negara. Platform ini menawarkan kira-kira 2,700 pasaran spot dan lebih 1,500 pasaran niaga hadapan. Saiz pesanan minimum berbeza mengikut aset kripto, manakala leveraj maksimum yang dinyatakan boleh mencapai 1:200, bergantung pada aset, jenis akaun dan peraturan risiko platform.

    Pengguna akan mendapat manfaat daripada yuran maker spot yang kompetitif iaitu 0.0000% dan yuran taker 0.05% untuk kebanyakan pasangan perdagangan. Bagi niaga hadapan, yuran maker dan taker masing-masing ialah 0% dan 0.02%.

    Bursa ini secara umumnya tidak mengenakan yuran platform ke atas deposit, tetapi kos rangkaian atau caj pihak ketiga masih boleh dikenakan. Pedagang boleh menyemak jumlah pengeluaran minimum dan yuran pengeluaran untuk setiap mata wang kripto yang disokong. Sesetengah mata wang digital juga tidak mengenakan yuran pengeluaran. MEXC Savings membolehkan pedagang melakukan staking dan berpotensi memperoleh pulangan daripada aset mata wang kripto mereka. Terdapat dua jenis produk yang disediakan, iaitu simpanan terkunci dan simpanan fleksibel. Platform ini juga menyatakan beberapa ciri keselamatan aset, termasuk Guardian Fund bernilai USD100 juta dan Futures Insurance Fund, namun dana perlindungan seperti ini tidak harus dianggap sebagai jaminan bahawa semua kerugian perdagangan akan dipulihkan.

    Untuk pedagang Malaysia, MEXC perlu dinilai sebagai platform global. Semak sama ada akses, promosi, deposit RM dan produk berleverajnya tersedia untuk pengguna Malaysia secara sah, serta pastikan nama entiti yang digunakan tidak tersenarai dalam amaran pelabur tempatan.

  2. Bybit

    Dengan lebih 78 juta pengguna di seluruh dunia, lebih USD35 bilion purata volum perdagangan harian, dan kehadiran di banyak negara dan wilayah, Bybit ialah salah satu nama yang dikenali dalam perdagangan kripto global. Bursa ini memulakan operasinya pada tahun 2018 dan mendapat perhatian dalam kalangan pedagang dan pelabur kripto. Beberapa entiti berkaitan Bybit beroperasi di bawah rangka kerja pengawal selia luar negara seperti Virtual Assets Regulatory Authority (VARA) Dubai, National Bank of Georgia, dan Astana Financial Services Authority (AFSA) Kazakhstan. Pada tahun 2025, Bybit turut memperoleh lesen MiCAR melalui anak syarikatnya, Bybit EU GmbH, untuk menawarkan perkhidmatan terkawal di negara EEA yang berkaitan.

    Namun bagi konteks Malaysia, SC telah mencela Bybit pada 27 Disember 2024 kerana mengendalikan pertukaran aset digital di Malaysia tanpa pendaftaran, dan mengarahkannya menutup laman web serta aplikasi mudah alih di Malaysia selain menghentikan iklan kepada pelabur Malaysia. Oleh itu, pedagang Malaysia perlu menyemak status terkini pada laman SC dan tidak menganggap kelulusan di bidang kuasa luar negara sebagai kelulusan tempatan.

    Syarikat ini menawarkan struktur yuran yang telus merentasi produknya, merangkumi pasangan kripto-kripto dan kripto-fiat. Harga bagi pasangan kripto-kripto berbeza mengikut jenis pengguna, dengan tahap VIP dan PRO ditentukan berdasarkan aset tersedia seorang pedagang atau volum perdagangan mereka selama 30 hari. Bagi akaun bukan VIP, Bybit mengenakan yuran maker 0.0200% dan yuran taker 0.0300% pada pasaran spot; yuran maker 0.0200% dan taker 0.0550% pada kontrak perpetual dan niaga hadapan; serta yuran maker 0.0200% dan taker 0.0300% pada perdagangan opsyen.

    Bybit dikenali dengan antara muka yang mesra pengguna dan leveraj sehingga 1:200 pada pelbagai aset kripto, tertakluk kepada ketersediaan negara, jenis produk dan dasar risiko platform. Syarikat ini juga menawarkan langkah keselamatan dan sumber pendidikan, tetapi pengguna Malaysia perlu mengutamakan status kawal selia tempatan sebelum menilai ciri platform lain.

  3. KuCoin

    Diasaskan pada tahun 2017, KuCoin merupakan bursa kripto global yang membolehkan pedagang membeli, menjual dan berdagang Bitcoin serta hampir 1,000 altcoin melalui platformnya. Bursa ini menyediakan perkhidmatannya kepada lebih 40 juta pengguna di lebih 200 pasaran dan wilayah dalam lebih 20 bahasa. Ia mempunyai reputasi untuk antara muka yang mesra pengguna dan boleh suai, kelajuan transaksi yang pantas, dan aplikasi mudah alih yang komprehensif, menjadikan ia dapat diakses oleh pedagang kripto baharu dan berpengalaman.

    Salah satu ciri utama bursa ini ialah program staking miliknya. Lebih daripada 40 syiling disokong, membolehkan pedagang memperoleh ganjaran dengan memegang aset kripto tertentu. Kadar Peratusan Tahunan (APR) berbeza daripada 0.3% hingga 13%, bergantung pada aset kripto dan keadaan pasaran. Selain staking, KuCoin menawarkan produk simpanan fleksibel dan peluang perlombongan kecairan, memberi pengguna pelbagai cara untuk memperoleh pulangan tambahan daripada pegangan mereka. Pulangan ini tidak dijamin dan boleh berubah mengikut harga aset, kecairan serta terma produk.

    Pedagang aktif boleh memanfaatkan yuran kompetitif berdasarkan volum perdagangan mereka. Yuran maker/taker berubah mengikut Tahap VIP pedagang, daripada LV0 ke LV12, dan volum perdagangan 30 hari mereka. Sebaik sahaja pedagang memuatkan laman web bursa, mereka akan melihat senarai syiling popular dan yang baru ditambah. Selain syiling digital yang disokong, KuCoin dikenali kerana menyenaraikan token baharu dengan lebih awal, memberi pengguna pendedahan kepada peluang pasaran yang baru muncul. Namun token baharu lazimnya mempunyai risiko kecairan, volatiliti dan maklumat projek yang lebih tinggi. Platform ini juga menyokong margin, niaga hadapan, dan perdagangan spot dengan pilihan leveraj, membantu pedagang mempelbagaikan strategi mereka.

    Bagi pengguna Malaysia, akses kepada token, staking dan produk berleveraj di KuCoin perlu dinilai bersama status kawal selia tempatan. Jika sesuatu aset tidak tersedia melalui DAX berdaftar dengan SC, itu tidak bermaksud ia tidak sah untuk dimiliki, tetapi ia menunjukkan bahawa perlindungan, proses aduan dan piawaian penyenaraian tempatan mungkin tidak terpakai.

  4. Kraken

    Kraken ialah satu lagi bursa global yang telah lama beroperasi dan membolehkan pedagang meneroka pelbagai peluang pelaburan kripto. Bursa dalam talian ini telah menyediakan perkhidmatan kepada pelabur sejak tahun 2011 dan mempunyai lebih 10 juta klien di lebih 190 negara dan wilayah. Volum perdagangan 24 jam di Kraken melebihi USD1 bilion pada masa penulisan ini dibuat, dan angka ini boleh berubah dari semasa ke semasa. Pelabur boleh membeli dan menjual lebih daripada 560 aset kripto serta membina portfolio yang pelbagai dengan syiling seperti Bitcoin, Ripple, Cardano, Solana, dan Ethereum. Leveraj maksimum yang dibenarkan ialah 1:50 untuk Kraken Futures.

    Kraken membolehkan pengguna mengautomatikkan pembelian berulang bagi ratusan mata wang kripto yang disokong, sama ada secara harian, mingguan, bulanan atau mengikut jadual tersuai bagi mereka yang tidak mahu cuba menentukan masa terbaik untuk memasuki pasaran. Dengan strategi ini, pedagang boleh memecahkan pembelian mengikut masa dan mengurangkan kesan negatif volatiliti, sambil mengekalkan fleksibiliti untuk mengedit jumlah atau kaedah pembayaran yang digunakan pada bila-bila masa.

    Pedagang kripto boleh menerima ganjaran daripada beberapa aset kripto, dengan lebih USD800 juta telah dibayar dalam bentuk ganjaran setakat ini. Pendapatan mereka dibayar setiap minggu dalam aset sama yang menghasilkan ganjaran tersebut. Pegangan Cosmos membolehkan pengguna memperoleh sehingga 21% APR, tertakluk kepada perubahan kadar dan risiko rangkaian. Staking Ethereum pula boleh memberi ganjaran daripada 2.25% hingga 6.5%. Bursa ini menyokong 20 aset kripto untuk staking, tetapi sekatan geografi mungkin dikenakan. Salah satu ciri platform membolehkan pelanggan di Amerika Syarikat melabur dalam lebih 11,000 saham dan ETF secara langsung melalui aplikasi Kraken dan pada Kraken Pro, dengan perdagangan tanpa komisen. Perlu diingat, ciri ini mungkin tidak tersedia di semua kawasan dan tidak harus dianggap sebagai tawaran saham AS kepada pengguna Malaysia tanpa menyemak ketersediaan negara, dokumentasi akaun dan implikasi cukai.

  5. OKX

    Ditubuhkan pada tahun 2017, OKX ialah syarikat berdaftar di Seychelles yang menyediakan perkhidmatan perdagangan untuk pelbagai aset kripto kepada pelanggan dari lebih 180 negara. Platform ini disediakan secara meluas, kecuali di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain yang disekat. Ia menyokong beribu-ribu pasangan perdagangan merentas pasaran spot, margin, dan derivatif serta menawarkan antara muka bergaya profesional dengan akses kepada pesanan algoritma, kecairan bertaraf institusi dan API canggih. Salah satu ciri utamanya ialah integrasi TradingView, membolehkan pelanggan berdagang kripto terus daripada carta dan menggunakan pelbagai indikator teknikal serta alat lukisan.

    Syarikat ini menawarkan yuran perdagangan yang berbeza untuk pengguna bergantung pada tahap mereka, yang ditentukan oleh aset di bawah pengurusan (AUM) dan volum perdagangan sepanjang 30 hari. Pengguna Tahap 1 dengan aset sehingga USD100,000 atau volum perdagangan 30 hari di bawah USD5,000,000 perlu membayar yuran maker 0.080% dan yuran taker 0.100%. Apabila AUM atau volum perdagangan pelanggan meningkat, yuran perdagangan mereka menjadi lebih kompetitif selaras dengan setiap tahap VIP baharu.

    Had pengeluaran kripto 24 jam untuk pengguna biasa ialah USD10,000,000. Sementara itu, pelanggan VIP 8 boleh membuat pengeluaran sehingga USD80,000,000 dalam tempoh yang sama. Had tepat dan yuran rangkaian berbeza mengikut aset kripto dan rangkaian rantaian blok yang digunakan. Jumlah pengeluaran minimum dan kos rangkaian yang berkaitan disenaraikan dengan jelas mengikut aset pada masa pengeluaran.

    Untuk pembaca Malaysia, status OKX sebagai platform global dan pendaftaran luar negara perlu dibezakan daripada kelulusan tempatan. Sebelum menggunakan produk margin atau derivatif, semak sama ada akses dari Malaysia dibenarkan, sama ada platform menerima deposit atau pengeluaran dalam RM, dan sama ada terdapat sebarang amaran berkaitan pada laman SC.

Bagaimana Leveraj Berfungsi dalam Perdagangan Kripto?

Jika anda berminat untuk berdagang mata wang kripto tetapi mempunyai modal terhad, leveraj boleh membantu meningkatkan pendedahan pasaran anda, namun ia juga membawa risiko yang besar. Ia membolehkan pedagang meningkatkan kuasa perdagangan mereka dengan menggunakan dana pinjaman dalam perdagangan kripto tanpa menyediakan keseluruhan modal pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, leveraj mesti digunakan dengan sangat berhati-hati kerana pendedahan tinggi kepada pasaran kripto boleh meningkatkan keuntungan dan juga kerugian.

Untuk pedagang Malaysia, penting untuk membezakan antara pembelian aset digital spot melalui DAX berdaftar dengan SC dan perdagangan derivatif kripto berleveraj di platform global. Produk seperti perpetual futures, margin kripto atau CFD kripto di bursa luar negara tidak semestinya berada di bawah perlindungan undang-undang sekuriti Malaysia. Sebagai contoh, jika anda membeli Bitcoin secara spot, risiko utama anda ialah penurunan nilai aset. Jika anda berdagang Bitcoin dengan leveraj 1:100, pergerakan kecil menentang posisi anda boleh menyebabkan pembubaran posisi dalam masa yang sangat singkat.

Leveraj digunakan untuk meningkatkan kuasa beli seseorang melebihi pelaburan sebenar mereka dengan meminjam dana daripada platform perdagangan. Sebagai contoh, dengan nisbah leveraj 1:10, pelaburan RM1,000 boleh meningkatkan pendedahan pedagang kepada pasaran sehingga RM10,000. Dengan kata lain, bagi setiap RM1 yang dipertaruhkan, mereka mengawal dana perdagangan bernilai RM10. Jika pergerakan pasaran menunjukkan keuntungan, pedagang boleh meningkatkan keuntungan mereka. Dengan andaian posisi perdagangan adalah menguntungkan, perdagangan dengan leveraj 1:10 akan menjana keuntungan 10 kali ganda berbanding perdagangan tanpa leveraj.

Malangnya, keadaan sebaliknya juga boleh berlaku. Walaupun penggunaan leveraj maksimum mungkin kelihatan menarik, pelabur seharusnya menyelaraskan matlamat perdagangan mereka dengan modal yang dimiliki. Mereka berisiko untuk kehilangan semua margin jika posisi mereka jatuh pada peratusan tertentu. Sebagai contoh, jika anda mempertaruhkan RM1,000 pada leveraj 1:200, saiz posisi menjadi RM200,000, dan margin ialah RM1,000, atau 0.5%. Jika pasaran bergerak bertentangan dan perdagangan menurun hanya sebanyak 0.5%, semua margin anda berjumlah RM1,000 boleh lesap.

Had leveraj maksimum yang dibenarkan berbeza mengikut platform dan aset kripto. Perdagangan yang melibatkan mata wang kripto utama seperti Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) biasanya menawarkan leveraj maksimum yang lebih tinggi, manakala perdagangan yang melibatkan altcoin sering menawarkan tahap leveraj yang lebih rendah. Di samping itu, perkembangan kawal selia di beberapa bidang kuasa telah menyebabkan beberapa platform menyesuaikan tawaran leveraj mereka berdasarkan saiz posisi pelanggan, profil risiko dan negara tempat pelanggan berada.

Kesimpulannya, walaupun leveraj menawarkan potensi keuntungan yang lebih tinggi, ia memerlukan disiplin yang ketat, pengurusan risiko, dan pemahaman yang jelas tentang cara pergerakan pasaran boleh mempengaruhi posisi seseorang.

Apakah Margin dalam Perdagangan Kripto?

Pedagang boleh menganggap keperluan margin sebagai modal awal yang diperlukan untuk membuka posisi berleveraj. Mereka perlu memberi perhatian kepada keperluan margin di platform yang berbeza kerana setiap platform mempunyai terma tersendiri. Nisbah leveraj juga berbeza berdasarkan keperluan peraturan pihak berkuasa yang mengawasi platform perdagangan tertentu, status pedagang (akaun runcit atau profesional), dan margin yang dikenakan. Sebagai contoh, leveraj 1:10 bersamaan dengan margin 10%.

Nisbah leveraj boleh berbeza antara 1:2 dan 1:200 di kebanyakan broker dan bursa yang kami ulas dalam artikel ini. Pedagang kripto mesti memahami maksud nisbah ini. Seperti yang dinyatakan, ia menunjukkan jumlah kawalan yang dimiliki bagi setiap unit mata wang kripto dalam akaun perdagangan mereka. Contohnya, leveraj 1:50 menunjukkan bahawa untuk setiap RM1 dalam akaun pedagang, mereka boleh mengawal pasangan perdagangan kripto bernilai RM50.

Panggilan margin adalah aspek penting untuk posisi berleveraj. Oleh kerana panggilan margin biasanya berlaku semasa tempoh volatiliti yang melampau, pedagang dikehendaki menambah dana tambahan ke akaun mereka atau menutup posisi berleveraj tersebut. Dalam perdagangan perpetual futures, kadar pembiayaan juga boleh menambah kos memegang posisi, terutama apabila posisi dibuka untuk tempoh yang lama atau ketika pasaran menjadi sangat berat sebelah.

Margin dan leveraj sering digunakan secara berganti kerana ia merujuk kepada konsep yang berkaitan dan membolehkan pedagang mengawal posisi yang lebih besar dalam pasaran, namun terdapat perbezaan kecil antara kedua-duanya. Leveraj adalah gandaan yang meningkatkan posisi pedagang, manakala margin ialah jumlah wang yang diperlukan untuk membuka posisi berleveraj. Pedagang juga perlu memahami perbezaan antara margin silang dan margin terpencil. Margin terpencil mengehadkan risiko kepada margin pada posisi tertentu, manakala margin silang boleh menggunakan baki akaun yang lebih luas untuk mengekalkan posisi, sekali gus meningkatkan risiko kehilangan dana tambahan.

Pengurusan Risiko untuk Perdagangan Kripto dengan Leveraj Tinggi

Dalam dunia perdagangan kripto yang boleh memberi keuntungan tetapi tidak menentu, pelabur boleh menggunakan beberapa mekanisme perlindungan penting untuk mengurangkan risiko dan mengehadkan kerugian. Dengan harga yang boleh berubah mendadak dalam masa beberapa minit, pedagang perlu menyedari kepentingan kaedah pengurusan risiko yang berkesan.

Di Malaysia, mata wang kripto bukan deposit bank dan tidak dilindungi oleh PIDM seperti simpanan bank biasa. Nilainya juga tidak dijamin oleh BNM. Transaksi yang melibatkan RM, pindahan bank atau penyedia bayaran tempatan boleh tertakluk kepada semakan pematuhan seperti proses kenali pelanggan (KYC), anti-pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan (AML/CFT). Simpan rekod deposit, pengeluaran dan penyata perdagangan anda kerana pedagang aktif juga mungkin perlu mempertimbangkan implikasi cukai berdasarkan keadaan masing-masing.

Pedagang dinasihatkan untuk mendekati perdagangan kripto dengan leveraj secara berdisiplin dan bertanggungjawab. Alat dan strategi pengurusan risiko berikut boleh berguna dalam meminimumkan kerugian apabila menggunakan leveraj:


Kajian yang Teliti

Careful researchSebelum melabur dalam mata wang kripto tertentu, pedagang dinasihatkan untuk melakukan kajian yang teliti menggunakan analisis asas, analisis teknikal, dan analisis sentimen. Kajian asas boleh merangkumi tokenomics, kecairan, jadual pelepasan token, aktiviti pembangun, audit kontrak pintar, serta sama ada projek tersebut mempunyai kegunaan yang jelas. Berhati-hati dengan promosi di Telegram, WhatsApp atau media sosial yang menjanjikan pulangan tetap, kerana janji seperti itu sering menjadi tanda awal skim penipuan.


Pengagihan Portfolio

Portfolio DiversificationMenyebarkan risiko merentasi pelbagai mata wang kripto boleh mengurangkan kerugian, tetapi itu tidak semestinya berlaku. Selain aset kripto seperti Bitcoin dan Ethereum, pedagang kripto boleh mempertimbangkan altcoin seperti Solana dan Cardano, walaupun ia agak berisiko. Pengagihan portfolio boleh mengurangkan impak negatif yang berpunca daripada prestasi aset yang lemah. Perlu diingat bahawa ketika kejatuhan pasaran berlaku, kebanyakan aset kripto cenderung bergerak seiring ke arah penurunan.


Pesanan Henti Rugi (Stop-Loss)

Stop-Loss OrdersPesanan henti rugi boleh dianggap sebagai jaring keselamatan yang direka untuk mengehadkan kerugian pedagang pada sesuatu posisi dengan menutupnya secara automatik pada harga tertentu jika pasaran bergerak ke arah bertentangan. Menetapkan pesanan henti rugi adalah penting dalam mengurus risiko yang berkaitan dengan perdagangan kripto berleveraj tinggi. Walau bagaimanapun, henti rugi tidak sentiasa menjamin harga keluar yang tepat kerana gelinciran harga, kecairan rendah atau pembubaran pantas boleh berlaku semasa pasaran bergerak terlalu laju.


Pesanan Ambil Untung (Take-Profit)

Take-Profit OrdersPesanan ambil untung digunakan apabila tahap keuntungan tertentu sudah dicapai. Dengan kata lain, penetapan pesanan ambil untung direka untuk membantu pedagang mengunci keuntungan mereka secara automatik dan menutup posisi. Ia sering digunakan bersama pesanan henti rugi.


Mengelakkan Leveraj yang Berlebihan

Avoiding Excessive LeveragePedagang mungkin terdorong untuk menggunakan leveraj 1:100 kerana pergerakan keuntungan 1% boleh menjadi pulangan yang jauh lebih besar berbanding modal margin. Walau bagaimanapun, jika perdagangan tidak menguntungkan, penurunan 1% sahaja sudah cukup untuk menghapuskan seluruh posisi. Pedagang baharu lazimnya lebih sesuai menggunakan leveraj rendah, margin terpencil jika tersedia, dan saiz posisi kecil supaya satu perdagangan yang gagal tidak menjejaskan keseluruhan akaun.


Bagaimana Cara untuk Memilih Platform Perdagangan Kripto Terbaik untuk Perdagangan Leveraj Tinggi?

Jika anda sudah bersedia untuk berdagang aset kripto dengan leveraj tetapi sukar memilih platform perdagangan yang boleh dipercayai, beberapa aspek utama di bawah boleh membantu anda menilai pilihan dengan lebih teratur. Untuk pedagang Malaysia, penilaian ini perlu merangkumi kos, kawal selia, sokongan RM, saluran aduan, serta sama ada platform tersebut sesuai dengan tahap pengalaman dan toleransi risiko anda.


Yuran Perdagangan

Trading feesSama ada anda lebih suka berdagang dengan broker kripto atau bursa, anda perlu menyemak yuran perdagangan yang berkaitan. Apabila berdagang CFD, selain spread bida/tawar, pedagang perlu memeriksa caj pembiayaan semalaman, yuran tidak aktif, yuran deposit dan pengeluaran, serta yuran pesanan henti dijamin. Bursa kripto menjana hasil dengan mengambil peratusan daripada setiap perdagangan; oleh itu, pedagang mesti menyemak yuran maker dan taker. Bursa biasanya menawarkan struktur yuran berperingkat di mana pedagang dengan baki dan volum perdagangan yang lebih tinggi akan menikmati yuran yang lebih rendah.

Untuk pengguna Malaysia, kos sebenar juga boleh merangkumi penukaran RM kepada stablecoin atau mata wang asing, spread pertukaran, yuran rangkaian rantaian blok, caj pindahan bank, serta kadar pembiayaan untuk kontrak perpetual. Contohnya, perdagangan dengan yuran maker rendah masih boleh menjadi mahal jika anda kerap menukar RM kepada USDT, menggunakan rangkaian dengan yuran tinggi atau memegang posisi berleveraj semalaman terlalu lama.


Aset Kripto yang Sedia untuk Didagangkan

Crypto assets available for tradingPemilihan mata wang kripto yang cukup luas adalah penting kerana ia membolehkan pedagang mempelbagaikan portfolio mereka dan seterusnya menyebarkan risiko merentasi aset yang berbeza. Walaupun broker kripto cenderung menawarkan syiling yang terhad dan memberi tumpuan lebih pada aset bermodal pasaran tinggi, bursa menawarkan pelbagai aset kripto yang lebih luas, merangkumi syiling baharu dan khusus, stablecoin, dan pasangan perdagangan.

Di Malaysia, DAX berdaftar dengan SC biasanya lebih tertumpu pada aset digital yang dibenarkan dan proses penyenaraian yang lebih teratur, manakala bursa global boleh menyenaraikan ratusan atau ribuan token. Pilihan aset yang lebih luas boleh memberi lebih banyak peluang, tetapi ia juga meningkatkan risiko projek lemah, kecairan rendah, manipulasi harga dan turun naik ekstrem.


Jenis Akaun Perdagangan

Types of trading accountsBroker perdagangan kripto biasanya menawarkan beberapa jenis akaun untuk memenuhi keperluan pelbagai pedagang. Pedagang runcit dan profesional akan menemui jenis akaun yang selari dengan matlamat perdagangan mereka. Akaun demo membolehkan pedagang berlatih berdagang tanpa melaburkan wang sebenar.

Bursa sebaliknya menyusun struktur harganya berdasarkan aset di bawah pengurusan pedagang dan volum perdagangan untuk tempoh 30 hari yang lalu. Dengan beberapa tahap status VIP yang berbeza, pedagang boleh mendapat akses kepada yuran yang lebih kompetitif apabila aset dan volum perdagangan mereka meningkat.

Bagi pedagang Muslim di Malaysia, sesetengah broker mungkin menawarkan Akaun Islamik atau akaun swap-free. Namun label swap-free tidak semestinya bermaksud produk kripto berleveraj itu patuh Syariah. Semak struktur yuran pentadbiran, dokumen produk, aset yang didagangkan dan pandangan penasihat Syariah yang berkaitan sebelum membuat kesimpulan.


Kaedah Deposit yang Disokong dan Kelajuan Pengeluaran

Supported deposit methods and withdrawal speedPilihan kaedah deposit yang disokong juga merupakan satu faktor penting. Proses membuat deposit dan mengeluarkan dana sepatutnya pantas dan mudah, dengan kos transaksi yang minimum atau tiada, jika dibolehkan.

Untuk Malaysia, semak sama ada platform menyokong RM melalui pindahan bank, FPX, DuitNow, e-dompet atau hanya deposit kripto. Pastikan nama akaun bank sepadan dengan nama akaun perdagangan dan elakkan menggunakan akaun pihak ketiga kerana ia boleh mencetuskan semakan pematuhan atau kelewatan pengeluaran. Platform yang menerima deposit kripto sahaja mungkin memerlukan anda membeli aset digital di tempat lain terlebih dahulu, yang boleh menambah kos dan risiko pemindahan ke alamat rantaian blok yang salah.


Pengawalseliaan

RegulationLesen dan persekitaran perdagangan yang selamat adalah aspek penting lain yang perlu dicari dalam platform perdagangan kripto. Di Malaysia, SC mengawal selia pasaran modal, termasuk rangka kerja aset digital untuk pertukaran aset digital, tawaran token tertentu dan perantara berkaitan. BNM pula relevan untuk isu mata wang, pembayaran dan pematuhan sistem kewangan, manakala Bursa Malaysia dan Bursa Malaysia Derivatives menyediakan pasaran tempatan untuk sekuriti serta derivatif tersenarai melalui peserta berlesen.

Jika platform mendakwa beroperasi dari Labuan, semak status dan skop aktivitinya dengan Labuan FSA. Lesen atau pendaftaran Labuan perlu dinilai berdasarkan nama entiti dan aktiviti yang dibenarkan, dan tidak sepatutnya dianggap sebagai kelulusan automatik untuk memasarkan semua produk berleveraj kepada pengguna Malaysia.

Nama pengawal selia luar negara boleh memberi konteks tentang pemantauan sesuatu entiti, tetapi ia tidak menggantikan semakan tempatan. Contohnya, sebelum memindahkan wang, bandingkan nama entiti dalam dokumen pembukaan akaun dengan daftar awam SC, senarai RMO-DAX, dan Senarai Makluman Pelabur SC. Jika nama platform muncul dalam senarai amaran atau tidak jelas entiti mana yang memegang dana pelanggan, itu merupakan isyarat risiko yang perlu diberi perhatian serius.


Alat Pengurusan Risiko dan Perlindungan Pelaburan

Risk management tools and investment protectionsSeperti yang telah disebutkan, alat pengurusan risiko untuk berdagang kripto dengan leveraj tinggi adalah aspek asas untuk perdagangan yang bertanggungjawab. Broker perdagangan menyediakan pelbagai perlindungan seperti perlindungan baki negatif, pengasingan dana atau skim pampasan, tetapi perlindungan ini bergantung pada entiti, bidang kuasa dan produk yang digunakan. Selain itu, beberapa bursa juga menawarkan sistem panggilan margin automatik dan amaran pembubaran untuk membantu pedagang memantau posisi mereka dengan lebih berkesan.

Dalam konteks Malaysia, SIDREC boleh menjadi saluran penyelesaian pertikaian untuk aduan yang layak melibatkan ahli dan perantara pasaran modal tertentu, tetapi ia mungkin tidak meliputi platform luar negara, bursa tidak berdaftar atau produk yang berada di luar skopnya. Oleh itu, simpan bukti komunikasi, rekod transaksi, tangkapan skrin pesanan dan penyata akaun sekiranya anda perlu membuat aduan.


Sumber Pendidikan

Educational resourcesPerdagangan kripto yang berjaya memerlukan pembelajaran serta pemprosesan maklumat, dan platform perdagangan yang menawarkan sumber pendidikan amat membantu dalam hal ini. Sumber tersebut mungkin termasuk tutorial video, webinar, artikel, dan akaun demo yang boleh membantu pedagang memperoleh kemahiran yang diperlukan.

Untuk pembaca Malaysia, sumber tempatan seperti InvestSmart SC, amaran pengguna daripada SC dan BNM, serta bahan pendidikan Bursa Malaysia boleh membantu anda memahami perbezaan antara pelaburan terkawal, aset digital dan produk derivatif. Sumber pendidikan yang baik sepatutnya menerangkan risiko dengan jelas, bukan hanya menonjolkan potensi keuntungan.


Skor Trustpilot

Trustpilot scoreAkhir sekali, apabila memilih platform perdagangan kripto, pedagang mesti melihat ulasan dan maklum balas daripada pengguna lain yang jelas menunjukkan kepuasan mereka terhadap syarikat tertentu dan cara ia mengendalikan maklum balas negatif. Trustpilot ialah platform yang menyediakan ulasan dan rating untuk pelbagai broker dan bursa perdagangan kripto.

Walau bagaimanapun, Trustpilot tidak patut menjadi satu-satunya rujukan. Semak juga ulasan aplikasi, aduan pengguna tempatan, rekod gangguan pengeluaran, sejarah penggodaman, serta status platform pada Senarai Makluman Pelabur SC. Ulasan positif yang terlalu umum atau berulang juga perlu dinilai dengan berhati-hati kerana ia mungkin tidak menggambarkan pengalaman pengguna Malaysia.


Perdagangan Leveraj dalam Pasaran Spot lwn Pasaran Derivatif

Platform perdagangan kripto yang bertaraf tinggi membolehkan pelabur berdagang mata wang kripto dalam pelbagai cara. Beberapa instrumen paling biasa digunakan untuk berdagang mata wang digital adalah perdagangan spot dan derivatif seperti CFD, opsyen, dan niaga hadapan. Kami akan membincangkan secara ringkas instrumen-instrumen ini dan leveraj yang boleh digunakan oleh pedagang.

Untuk Malaysia, perbezaan antara spot dan derivatif sangat penting. Perdagangan spot aset digital melalui platform tempatan biasanya dikaitkan dengan DAX berdaftar dengan SC, manakala derivatif kripto seperti perpetual futures dan CFD kripto sering ditawarkan oleh platform global atau broker luar negara. Di pasaran tempatan, Bursa Malaysia Derivatives menyediakan derivatif tersenarai seperti niaga hadapan komoditi dan indeks melalui peserta perdagangan berlesen, tetapi ini berbeza daripada niaga hadapan kripto di bursa global.

Perdagangan spot dalam mata wang kripto melibatkan pembelian dan penjualan aset digital sebenar pada harga pasaran semasanya. Pedagang baharu selalunya memilih kaedah ini kerana ia tidak rumit, dan mereka memiliki aset asas. Untuk menjana keuntungan, pedagang berhasrat untuk menjual aset kripto pada harga lebih tinggi daripada harga belian. Perdagangan spot biasanya dilakukan tanpa leveraj. Mereka yang memilih untuk berdagang di pasaran spot dengan leveraj perlu ingat bahawa komisen, kadar pembiayaan dan risiko pembubaran berpotensi menjadi lebih tinggi.

Kontrak perbezaan kripto (CFD) menjadi popular dalam kalangan pedagang kerana ia membolehkan mereka mendapat pendedahan kepada turun naik harga tanpa perlu memiliki aset. Tanpa perlu membeli atau menyimpan kripto, pedagang hanya membuat spekulasi pada kenaikan dan penurunan harga. Dengan CFD kripto, pedagang boleh menggunakan leveraj pada posisi mereka dan meningkatkan pendedahan kepada pasaran. Nisbah leveraj berubah bergantung pada bidang kuasa dan status pedagang (runcit atau profesional). Selain itu, berdagang CFD kripto menghapuskan keperluan untuk menyimpan syiling dalam dompet kripto. Namun bagi pengguna Malaysia, CFD kripto yang ditawarkan oleh entiti luar negara perlu dinilai dengan berhati-hati kerana perlindungan tempatan dan saluran pertikaian mungkin terhad.

Niaga hadapan ialah kontrak derivatif yang menghendaki pihak yang terlibat membeli atau menjual aset kripto pada harga dan tarikh yang ditetapkan pada masa hadapan. Pedagang boleh menggunakan leveraj pada posisi mereka dan akan menerima keuntungan yang lebih tinggi berbanding perdagangan yang tidak menggunakan leveraj jika pasaran bergerak memihak kepada mereka, dan menanggung kerugian yang besar jika pasaran bergerak bertentangan. Dalam pasaran kripto, kontrak perpetual juga popular kerana ia tidak mempunyai tarikh luput tetap, tetapi kadar pembiayaan boleh memberi kesan besar terhadap kos memegang posisi.

Opsyen adalah instrumen derivatif yang membolehkan pelabur membeli atau menjual aset pada harga yang telah ditetapkan pada tarikh tertentu, tanpa kewajipan untuk melaksanakannya. Penggunaan leveraj juga dibenarkan. Instrumen ini boleh digunakan untuk lindung nilai atau spekulasi, tetapi ia lebih kompleks daripada perdagangan spot dan memerlukan pemahaman tentang premium, tarikh luput, volatiliti tersirat dan risiko kehilangan premium sepenuhnya.

Kelebihan dan Kekurangan Perdagangan Kripto dengan Leveraj Tinggi

Perdagangan kripto dengan leveraj tinggi diiringi oleh kelebihan dan kekurangan tersendiri. Berikut adalah kelebihan dan kekurangan utama perdagangan mata wang kripto dengan leveraj tinggi.

Dalam konteks Malaysia, kelebihan seperti akses pasaran global, pendedahan lebih besar dengan modal lebih kecil dan peluang berdagang dua hala perlu ditimbang bersama risiko seperti pembubaran pantas, kos pembiayaan, ketiadaan perlindungan tempatan pada platform luar negara, dan kemungkinan kesukaran mengeluarkan dana ke akaun bank tempatan. Leveraj tinggi lebih sesuai untuk pedagang yang sudah memahami pengurusan risiko, bukan untuk pengguna yang baru mengenali aset digital.

Kelebihan Utama

  • Pendedahan pasaran dan potensi keuntungan yang meningkat: Dengan akses kepada modal pinjaman daripada broker, pedagang dapat meningkatkan pendedahan mereka ke pasaran serta potensi keuntungan. Leveraj membolehkan keuntungan digandakan sehingga 2x, 10x, malah setinggi 200x bagi perdagangan kripto yang berjaya, hanya jika broker membenarkan amaun leveraj tersebut.
  • Memerlukan modal yang lebih rendah: Dengan leveraj, pedagang boleh masuk ke pasaran dengan modal yang lebih rendah. Mereka boleh mengawal jumlah aset yang lebih besar dengan jumlah pelaburan awal yang kecil.
  • Volatiliti: Mata wang kripto tergolong di antara aset kewangan yang paling tidak stabil, tetapi ketidakstabilannya tidak semestinya menjadi satu kelemahan. Pergerakan harga yang pantas menyediakan keadaan perdagangan yang menguntungkan pelabur berpengalaman, memberi mereka potensi untuk meraih keuntungan dengan cepat.

Kekurangan Utama

  • Risiko kerugian, risiko panggilan margin, risiko pembubaran yang meningkat: Sama seperti leveraj boleh menggandakan keuntungan, ia juga meningkatkan risiko kerugian akibat perubahan kecil dalam harga aset. Selain keperluan margin awal, perdagangan berleveraj turut memerlukan margin penyelenggaraan, iaitu jumlah cagaran minimum yang perlu dikekalkan untuk mengelakkan posisi daripada dibubarkan. Panggilan margin berlaku apabila pedagang perlu menambah dana bagi mengekalkan posisi terbuka. Risiko paling besar dalam perdagangan kripto berleveraj adalah pembubaran, iaitu apabila dana sudah tidak mencukupi untuk menampung posisi terbuka.
  • Memilih nisbah leveraj yang optimum: Pedagang baharu mungkin menghadapi kesukaran untuk memilih nisbah leveraj yang sesuai. Oleh itu, penggunaan leveraj yang lebih rendah amat digalakkan bagi mengurangkan risiko kerugian ke tahap minimum.
  • Kawal selia perdagangan kripto berbeza mengikut bidang kuasa: Kawal selia perdagangan kripto berbeza mengikut bidang kuasa. Pedagang perlu memahami instrumen perdagangan yang dibenarkan dan dilarang, serta had maksimum leveraj di negara masing-masing. Sebagai contoh, badan kawal selia utama seperti CySEC (EEA) dan ASIC (Australia) telah menetapkan had maksimum leveraj kripto sebanyak 1:2 untuk pelanggan runcit.
Ditulis oleh Z. Stefanova | Editor Pakar Matthew Levy, CFA | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal