Jenis Akaun di Swissquote
Pedagang yang ingin menyertai Swissquote boleh memilih daripada beberapa jenis akaun, bermula dengan akaun Demo. Pelanggan dengan akaun ini boleh berlatih berdagang tanpa perlu mempertaruhkan wang sebenar, menjadikannya sesuai untuk pedagang baharu atau mereka yang ingin menguji strategi perdagangan.
Untuk perdagangan langsung pula, Swissquote menawarkan:
- Premium: Pemegang akaun Premium menikmati perdagangan Forex tanpa komisen, dengan keseluruhan kos dimasukkan ke dalam spread. Pedagang yang mengaktifkan akaun Premium boleh berdagang pasangan Forex utama dengan spread bermula dari 1.3 pip.
- Prime: Dianggap pilihan akaun paling popular di kalangan ahli Swissquote, jenis akaun ini mengenakan komisen sifar dan menawarkan spread yang lebih ketat bermula dari 0.6 pip.
- Elite: Akhir sekali, versi Elite mengurangkan spread kepada minimum 0.0 pip, dengan komisen kecil sebanyak €2.50 dikenakan setiap sisi bagi perdagangan satu lot.
Ketiga-tiga jenis akaun ini disertakan dengan perlindungan baki negatif, tahap stop-out 50%, dan perlindungan deposit sehingga €20,000. Memandangkan pedagang runcit dihadkan dari segi leveraj yang disediakan, Swissquote juga menawarkan pilihan untuk permohonan membuka akaun profesional dan mendapatkan nisbah leveraj yang lebih tinggi. Namun, pedagang mesti memenuhi kriteria tertentu untuk layak berdagang sebagai profesional. Selain itu, ambil perhatian bahawa pilihan jenis akaun mungkin berbeza bergantung pada tempat tinggal anda.
| Akaun Demo | |
| Akaun Islamik | |
| Akaun ECN | |
| Akaun Pro | |
| Akaun MAM |
Keperluan Deposit Minimum Akaun
Seperti disebutkan di atas, jika anda ingin mula berdagang dengan Swissquote, anda boleh memilih daripada tiga jenis akaun utama. Broker menetapkan $1,000 sebagai keperluan deposit untuk mengaktifkan akaun perdagangan anda. Walaupun ini mungkin kelihatan sebagai had minimum yang agak tinggi, terutamanya berbanding broker yang tidak mempunyai keperluan sedemikian, kami menganggap ia merupakakn jumlah yang munasabah. Sebabnya ialah saiz perdagangan minimum di Swissquote ialah 0.01 lot, bersamaan dengan 1,000 unit dalam mata wang asas akaun anda.
Instrumen Boleh Dagang
Untuk memenuhi semua keperluan anda, Swissquote merangkumi pelbagai pasaran, termasuk pasangan Forex, logam, serta CFD pada pelbagai instrumen. Pasangan mata wang merangkumi pasangan utama, kecil, dan eksotik, dengan jumlah keseluruhan pasangan silang Forex yang boleh didagangkan melebihi 80. Sementara itu, terdapat juga peluang untuk berdagang logam berharga yang dipasangkan dengan mata wang fiat popular.
Perdagangan CFD juga disediakan di Swissquote, membolehkan pedagang membuat spekulasi terhadap harga banyak aset, mendapat keuntungan sama ada melalui posisi jual (short) atau beli (long). Instrumen CFD merangkumi pasaran seperti komoditi, indeks, saham, bon, dan mata wang kripto.
Pendaftaran Akaun di Swissquote – Mengambil Masa Kira-kira 10 Minit untuk Akaun Langsung
Apabila anda menyertai Swissquote, anda mempunyai pilihan untuk membuka akaun demo dan mula berdagang secara langsung dengan dana maya untuk tujuan latihan. Membuka akaun demo adalah satu proses yang cepat kerana anda boleh melengkapkan proses ini dalam dua langkah mudah. Namun begitu, jika anda ingin membuat Akaun Langsung, proses keseluruhan mungkin mengambil masa antara 5 hingga 10 minit kerana anda akan diminta untuk memberikan beberapa butiran.
- Mulakan dengan membuka borang pendaftaran melalui butang ‘Sign up’ dan kemudian pilih sama ada untuk meneruskan dengan membuka akaun demo atau akaun perdagangan Langsung.



- Jika anda memilih ‘Try a demo’, anda akan dialihkan ke halaman yang meminta anda untuk memberikan beberapa maklumat peribadi asas. Setelah anda melengkapkannya, akaun demo anda akan sedia untuk perdagangan menggunakan wang maya.

- Jika anda memilih untuk membuka akaun perdagangan langsung, anda akan dialihkan ke borang pendaftaran yang berbeza, dengan langkah pertama melibatkan pemberian beberapa butiran peribadi.


- Langkah seterusnya dalam proses pembukaan akaun adalah mendedahkan pekerjaan dan objektif perdagangan anda. Pilih yang sesuai, bergantung pada sama ada anda penduduk AS atau bukan AS.


- Selepas menetapkan profil pelanggan, anda akan di bawa ke bahagian maklumat kewangan di mana anda mesti memberikan beberapa spesifikasi akaun serta butiran mengenai keadaan kewangan anda.

- Anda akan diminta untuk menjawab beberapa soalan yang akan membantu broker menilai pengetahuan dan pengalaman anda dalam bidang perdagangan.

- Pastikan butiran yang anda berikan itu betul dan isi borang Pengisytiharan Pematuhan.



Pengesahan Akaun – Mengambil masa kira-kira 5 minit
Setelah anda membuat akaun perdagangan langsung, anda dikehendaki untuk melengkapkan proses pengesahan Swissquote. Langkah ini diperlukan oleh broker kerana ia mematuhi garis panduan kawal selia yang ketat, memastikan persekitaran perdagangan yang selamat dan adil untuk pelanggannya.

- Anda boleh mula dengan mengambil gambar kad pengenalan atau pasport anda apabila laman web meminta akses ke kamera peranti pilihan anda. Broker akan menghantar kod pengesahan kepada anda, sama ada melalui SMS atau emel, untuk memastikan sambungan yang lebih selamat ketika anda menghantar salinan dokumen rasmi anda.


- Seterusnya, anda boleh meneruskan dengan membaca, memahami, dan menandatangani kontrak anda dengan Swissquote.

- Broker juga memerlukan anda untuk memuat naik dokumen bagi membuktikan tempat tinggal anda.

- Pedagang juga boleh menyediakan sebarang dokumen tambahan yang mereka anggap berguna untuk proses pengesahan. Walau bagaimanapun, jika mereka telah memuat naik dokumen yang dinyatakan tadi, langkah ini boleh dilangkau.

- Setelah semua dokumen yang diperlukan dihantar, pasukan broker akan menyemaknya. Ia akan mengambil masa sehingga beberapa jam untuk mengesahkan permohonan pengesahan akaun tersebut.
Pandangan Keseluruhan
Membuka akaun perdagangan langsung dengan Swissquote sememangnya mengambil masa yang lebih lama daripada proses membuka akaun demo. Untuk dapat membuat profil anda dengan broker, anda akan diminta menjawab beberapa soalan kewangan dan pekerjaan serta memberikan maklumat mengenai pengalaman dan pengetahuan anda tentang perdagangan. Setelah anda menyiapkan profil sendiri, anda juga perlu menjalani proses pengesahan. Ini bukan sesuatu yang luar biasa kerana Swissquote mengikut garis panduan KYC yang ketat yang dikenakan oleh pengawal selia tahap satu seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Cyprus (CySEC).



















