Laman Utama » Broker Forex Terbaik pada 2026

Broker Forex Terbaik pada 2026

Ditulis oleh Emmanuel Ifeanyi Emmanuel Ifeanyi
Emmanuel Ifeanyi - Author at BestBrokers.comEmmanuel Ifeanyi ialah Financial Research and Platform Testing Analyst di BestBrokers.com, dengan pengkhususan dalam dagangan forex, saham, dan kripto. Beliau bertanggungjawab terhadap kebanyakan ulasan broker di laman tersebut, menyumbang penyelidikan terperinci serta pengujian secara langsung terhadap syarat dagangan, yuran, jenis akaun, aset yang tersedia, kebolehgunaan, dan kesesuaian untuk pelbagai jenis pedagang.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal Shakirah Manijal
Shakirah Manijal - Author at BestBrokers.comShakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Forex ialah pasaran kewangan terbesar dan paling aktif di dunia dengan volum perdagangan harian bernilai $9.6 trilion yang jauh mengatasi bursa saham terbesar. Jutaan ahli pasaran melibatkan diri dalam perdagangan pertukaran asing setiap hari, berdepan pelbagai jenis broker. Dengan beribu-ribu broker forex di laman web, membuat pilihan yang tepat memerlukan kerja keras dan masa. Di bawah ini adalah 10 broker forex teratas yang kami pilih berdasarkan beberapa faktor penarafan, termasuk pengawalseliaan, spread, pelaksanaan perdagangan, pasangan mata wang yang disediakan, kaedah deposit dan kelajuan pengeluaran.

1Plus500 US logoPlus500 US
Rating: 4.2 ⭐
Kandungan ini hanya terpakai kepada Plus500 US dan pelanggan dari Amerika Syarikat. Perdagangan niaga hadapan melibatkan risiko kerugian.
Penilaian Tertinggi
2eToro logoeToro
Rating: 4.2 ⭐
52% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
3Fusion Markets logoFusion Markets
Rating: 4.8 ⭐
74-89% daripada akaun CFD pelabur runcit kehilangan wang
4FP Markets logoFP Markets
Rating: 4.9 ⭐
73.33% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
5BlackBull Markets logoBlackBull Markets
Rating: 4.8 ⭐
Perdagangan produk berleveraj adalah berisiko
6Global Prime logoGlobal Prime
Rating: 4.7 ⭐
74-89% daripada akaun CFD runcit kehilangan wang
7AvaTrade logoAvaTrade
Rating: 4.7 ⭐
57% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang

BestBrokers.com komited untuk memudahkan proses ini dan membantu anda membuat keputusan yang lebih bermaklumat. Dengan pengalaman kami selama bertahun-tahun, pasukan telah menguji dan menilai ratusan broker forex. Penemuan tersebut diringkaskan dalam ulasan menyeluruh, menghasilkan senarai pendek broker forex yang dikawal selia.

Bagi pembaca di Malaysia, senarai broker global perlu dibaca bersama konteks tempatan. Semak sama ada entiti yang menawarkan perkhidmatan kepada anda tersenarai dalam Daftar Awam Pemegang Lesen dan Orang Berdaftar Securities Commission Malaysia (SC), Senarai Amaran Pelabur SC, atau pangkalan data berkaitan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Labuan FSA jika broker mendakwa mempunyai kehadiran di Malaysia atau Labuan. Lesen daripada pengawal selia luar negara seperti FCA, ASIC atau CySEC boleh menunjukkan tahap pemantauan di bidang kuasa tersebut, tetapi ia tidak semestinya bermaksud broker itu diberi kuasa oleh SC untuk menawarkan produk pasaran modal kepada pelabur runcit Malaysia.

Penting untuk pedagang berhati-hati kerana banyak operasi perdagangan yang meragukan wujud, termasuk skim yang menggunakan nama forex untuk menjanjikan pulangan tetap atau keuntungan luar biasa. Di Malaysia, bendera merah biasa termasuk permintaan deposit ke akaun individu, promosi melalui Telegram atau WhatsApp, sijil palsu yang kononnya dikeluarkan oleh SC atau BNM, serta janji seperti “untung RM1,000 dalam sehari” tanpa risiko. Persediaan adalah kunci untuk membuat keputusan yang tepat dan perkara ini juga benar dalam perdagangan seperti dalam aspek lain. Panduan ini membincangkan faktor-faktor utama yang perlu dipertimbangkan semasa proses memilih broker. Bahagian berikutnya menggariskan standard dan metodologi yang digunakan semasa menilai broker forex.

Broker Forex Terbaik

  1. DEPOSIT MINIMUM
    $0
    SPREAD MINIMUM
    0.00 pip (akaun Zero), 0.9 pip (akaun Klasik)
    PASANGAN BOLEH DAGANG
    Lebih 90 pasangan
    PENGAWALSELIAAN
    ASIC (Australia), VFSC (Vanuatu), FSA (Seychelles)
    PERISIAN
    MetaTrader 4, MetaTrader 5, WebTrader (MT4), Myfxbook Auto Trade, DupliTrade, Fusion+ Copy Trading, cTrader, TradingView
    KAEDAH PERBANKAN
    Mastercard dan Visa (kad debit dan kad kredit), Fasapay, Jeton, Neteller, PayPal, Skrill, Perfect Money, Doku, OnlineNaira, Interac Online, Tether, Bitcoin, Litecoin, Ethereum, pindahan dana antara broker, TransferWise, pindahan wayar bank, Binance Pay, PayID, Sticpay, Zotapay, MiFinity, DragonPay, VNPay, VA Pay, XPay, DuitNow, Pix, Durian Pay, MPESA
    Amaran risiko: Gleneagle Asset Management Limited (ABN 29 103 162 278) yang berniaga sebagai Fusion Markets, adalah penerbit Fusion Markets Products yang diterangkan dalam komunikasi ini. Perdagangan dalam Fusion Markets Products melibatkan potensi keuntungan serta risiko kerugian yang mungkin melebihi jumlah deposit awal anda dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Anda harus membaca kesemua Terma Perkhidmatan Produk Kewangan ini, Penyataan Pendedahan Produk (PDS) dan Panduan Perkhidmatan Kewangan (boleh didapati di laman web kami) dengan teliti, mempertimbangkan keadaan kewangan, keperluan dan objektif anda sendiri untuk melabur dalam Fusion Markets Products ini serta mendapatkan nasihat kewangan bebas.

    Ditubuhkan pada tahun 2017, Fusion Markets menyediakan perkhidmatannya kepada pedagang forex Australia. Syarikat ini memegang lesen daripada Australian Securities and Investments Commission (ASIC), Financial Services Authority (FSA) Seychelles, dan Vanuatu Financial Services Commission (VFSC), menawarkan kos perdagangan yang rendah di bawah keadaan yang dikawal selia. Spread forex minimum di Fusion Markets bermula pada sifar, dengan purata 0.1 untuk beberapa pasangan mata wang utama di Akaun Zero.

    Fusion Markets membolehkan pedagang berdagang lebih daripada 90 pasangan mata wang, dengan faedah tambahan pelaksanaan pesanan No Dealing Desk (NDD) yang memberi akses terus kepada harga antara bank. Dua jenis akaun utama disediakan di Fusion Markets, kedua-duanya berkongsi produk dan instrumen kewangan yang sama.

    Akaun Classic adalah pilihan yang sesuai bagi pedagang baharu forex yang menginginkan perdagangan sederhana dengan kos yang dikira secara automatik. Ia tanpa komisen dan menawarkan spread daripada 0.9 pip pada pasangan mata wang utama. Akaun Zero menawarkan spread ketat bermula sifar pip dengan komisen $2.25 setiap sisi untuk forex serta logam, serta ia sesuai untuk pedagang yang berpengalaman dan memahami model penetapan harga berasaskan komisen.

    Walaupun pedagang Australia membentuk sebahagian besar pangkalan pelanggan Fusion Markets, broker ini menerima pelanggan dari bidang kuasa lain di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, disebabkan keperluan kawal selia tempatan yang ketat, penduduk di Amerika Syarikat, Jepun, Ontario, Sepanyol dan New Zealand tidak boleh membuka akaun buat masa ini. Fusion Markets menyokong pelbagai kaedah pembayaran untuk pelanggannya yang ramai, termasuk dompet digital, mata wang kripto, kad dan pemindahan bank.

  2. DEPOSIT MINIMUM
    US$50 (A$100)
    SPREAD MINIMUM
    1.0 pip untuk Akaun Standard, 0.0 pip untuk Akaun Raw
    PASANGAN BOLEH DAGANG
    Lebih daripada 70 pasangan
    PENGAWALSELIAAN
    ASIC (Australia), CySEC (Siprus), FSA (Seychelles), SCB (Bahamas), FSCM (Mauritius), CMA (Kenya)
    PERISIAN
    MT4, MT5, cTrader, TradingView, WebTrader
    KAEDAH PERBANKAN
    Visa, Mastercard, Skrill, Neteller, PayPal, Pindahan Bank, Mata Wang Kripto
    Amaran risiko: CFD adalah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat penggunaan leveraj. 72.92% akaun pelabur runcit AKAN kehilangan wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu menilai sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.

    FP Markets ialah broker dalam talian yang ditubuhkan pada tahun 2005, menjadikannya broker yang berpengalaman dalam pasaran forex. Broker ini memegang lesen daripada pengawal selia seperti ASIC dan Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC), menawarkan lebih daripada 10,000 pasaran sebagai Kontrak untuk Perbezaan (Contracts for Difference – CFD) termasuk forex, indeks, komoditi, mata wang kripto, ETF, dan saham.

    Pedagang boleh membuka dua jenis akaun utama – Standard dan Raw – kedua-duanya menawarkan harga kompetitif untuk lebih 70 pasangan mata wang. Akaun Standard tidak mengenakan sebarang komisen, manakala akaun Raw menawarkan spread ketat yang boleh bermula daripada 0.0 pip. Akaun Raw mengenakan komisen $6 bagi setiap lot standard (pusingan penuh).

    Pedagang forex boleh memilih daripada pelbagai platform perdagangan, termasuk MT4 dan MT5. Perdagangan semasa berada di luar juga boleh dilakukan melalui aplikasi FP Markets. Deposit minimum ialah USD50 ($A100). FP Markets menyokong pelbagai kaedah pembayaran yang menawarkan deposit segera tanpa yuran. Pengeluaran dibuat menggunakan kaedah yang sama, akan tetapi Skrill dan Neteller mungkin mengenakan yuran pemprosesan tambahan sebanyak  1%.

  3. DEPOSIT MINIMUM
    US$0 untuk akaun ECN Standard, US$0 untuk akaun ECN Prime, US$20,000 untuk akaun ECN Institutional
    SPREAD MINIMUM
    0.8 pip pada Akaun ECN Standard, 0.1 pip pada Akaun ECN Prime, 0.0 pip pada Akaun ECN Institutional
    PASANGAN BOLEH DAGANG
    67
    PENGAWALSELIAAN
    FMA (New Zealand), FSA (Seychelles)
    PERISIAN
    MT4, MT5, cTrader, TradingView, BlackBull CopyTrader, BlackBull Invest
    KAEDAH PERBANKAN
    Visa, Mastercard, Pemindahan SEPA, Pindahan Bank, Skrill, Neteller, Apple Pay, Google Pay, Airtm, Hexopay, Bitcoin, Ethereum, Tether, Ripple, USD Coin, Litecoin, Chainlink, Bitcoin Cash, Stellar, American Express, PaymentAsia, Help2Pay, POLi, FXPay, Beeteller, Boleto, Union Pay, Fasapay
    Perdagangan forex dengan margin membawa tahap risiko yang tinggi dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Tahap leveraj yang tinggi boleh berpihak dan menentang anda. Sebelum memutuskan untuk berdagang forex, anda harus meneliti objektif pelaburan anda, tahap pengalaman dan selera risiko. Wujud kemungkinan anda akan mengalami kerugian sebahagian atau semua modal anda dan oleh itu, anda tidak harus melaburkan jumlah wang yang anda tidak mampu terima kerugiannya. Anda harus mengetahui semua risiko yang berkaitan dengan perdagangan forex dan mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan tentang cara kerugian akan menjejaskan gaya hidup anda.

    BlackBull Markets menawarkan perdagangan forex dengan spread sempit pada lebih 60 pasangan mata wang, komisen pusingan penuh sebanyak $6, dan sokongan untuk platform termasuk MT4 dan MT5. Pedagang forex boleh mendaftar Akaun Standard ECN (Electronic Communication Network) untuk membuat pesanan tanpa komisen dengan spread bermula daripada 0.8 pip.

    Pedagang berpengalaman boleh memilih akaun ECN Prime yang menawarkan spread minimum 0.1 pip, tetapi mempunuai komisen $3 setiap arah. Kedua-dua jenis akaun membolehkan perdagangan forex tanpa swap untuk pelanggan yang layak. Saiz posisi forex adalah antara 0.01 hingga 100 lot bagi kebanyakan pasangan yang disediakan. Pedagang volum tinggi boleh memohon Akaun ECN Institutional yang menawarkan spread daripada 0.0 pip dan komisen $2 setiap sisi, deposit minimum untuk akaun ini agak tinggi, bermula pada $20,000.

    Broker ini menyiarkan harga mentah yang diambil terus daripada penyedia kecairan seperti Bank of America, Credit Suisse, dan Barclays. Leveraj mencapai 1:500 bagi pasangan utama, minor, dan eksotik di bawah entiti luar pesisir BlackBull yang dikawal selia oleh FSA Seychelles. Pedagang forex baharu boleh mendapat manfaat daripada kalkulator perdagangan, tutorial forex, webinar, dan podcast analisis pasaran harian di Spotify. BlackBull Markets menyokong deposit percuma melalui Visa, Mastercard, Skrill, Neteller, pindahan bank, mata wang kripto, dan sebagainya. Pengeluaran dikenakan yuran pemprosesan $5 tanpa mengira kaedah pembayaran.

  4. DEPOSIT MINIMUM
    $10
    SPREAD MINIMUM
    Spread minimum 1.0 pip pada Akaun Standard, spread minimum 0.0 pip pada Akaun Razor
    PASANGAN BOLEH DAGANG
    93
    PENGAWALSELIAAN
    CySEC (Cyprus), ASIC (Australia), DFSA (Dubai), BaFin (Jerman), FCA (UK), CMA (Kenya), FSA (Seychelles), SCB (Bahamas)
    PERISIAN
    MT4, MT5, cTrader, TradingView
    KAEDAH PERBANKAN
    Visa, Mastercard, Pindahan Bank, Apple Pay, PayPal, ZotaPay, Google Pay, Skrill, Neteller, Union Pay, Tether
    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat penggunaan leveraj. 73.7% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.

    Pepperstone merupakan broker forex yang berpusat di Australia dan menyediakan perkhidmatannya kepada lebih 750,000 pedagang di seluruh dunia. Broker ini beroperasi di bawah pengawal selia seperti CySEC, ASIC, Financial Conduct Authority (FCA) UK, dan Federal Financial Supervisory Authority (BaFin) Jerman, serta menawarkan harga yang kompetitif pada lebih 1,470 pasaran.

    Selain kelas aset seperti mata wang kripto, indeks, ETF, komoditi dan saham, Pepperstone menyediakan pelbagai pasaran forex dengan lebih 90 pasangan mata wang utama, minor dan eksotik yang sedia untuk didagangkan. Platform yang disokong termasuk MT4, MT5, cTrader dan TradingView.

    Pelanggan baharu tidak diwajibkan untuk membiayai akaun mereka, tetapi deposit minimum US$10 diperlukan untuk berdagang menggunakan wang sebenar. Kaedah pembayaran yang disediakan untuk pelanggan Pepperstone termasuk kad kredit/debit, pindahan bank, PayPal dan Apple Pay. Di beberapa bidang kuasa, deposit menggunakan stablecoin Tether juga disokong.

  5. DEPOSIT MINIMUM
    $0
    SPREAD MINIMUM
    0.9 pip untuk akaun Standard, 0.0 pip untuk akaun Raw
    PASANGAN BOLEH DAGANG
    56
    PENGAWALSELIAAN
    Dikawal selia oleh ASIC (Australia) dan VFSC (Vanuatu)
    PERISIAN
    MT4, MT5, GP Copy, TradingView (akan ditambah tidak lama lagi)
    KAEDAH PERBANKAN
    Visa, Mastercard, Neteller, PayPal, Skrill, MiFinity, Jeton, Perfect Money, PayID, Interac, AstroPay, POLi, kripto, pindahan bank, GATE8, DragonPay, Fasapay, VNPay, XPay, Pagsmile, BPay
    Global Prime adalah nama dagangan bagi FMGP Trading Group Pty Ltd (ABN 74 146 086 017) dan dikawal selia oleh ASIC serta dilesenkan untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan kewangan di Australia di bawah Lesen Perkhidmatan Kewangan Australia No. 385620. Gleneagle Securities Pty Limited yang berdagang sebagai Global Prime FX adalah syarikat yang berdaftar di Vanuatu (Nombor Syarikat 40256) dan dikawal selia oleh VFSC. Laman web ini dimiliki dan diuruskan oleh FMGP Trading Group Pty Ltd, ABN 74 146 086 017.

    Ditubuhkan pada tahun 2010, Global Prime menyediakan perkhidmatannya kepada pelbagai pelabur, menawarkan kos yang kompetitif untuk lebih daripada 150 pasaran. Dengan lebih daripada 50 pasangan mata wang utama, minor, dan eksotik yang boleh didagangkan di platform MT4 dan MT5, pelanggan Global Prime boleh menyesuaikan perdagangan mereka mengikut gaya perdagangan masing-masing.

    Pedagang boleh memilih antara akaun Standard dan Raw. Akaun Standard tidak mengenakan komisen pada perdagangan forex, tetapi spreadnya adalah lebih tinggi, bermula daripada 0.9 pip pada pasangan mata wang utama. Akaun Raw mengurangkan kos perdagangan dengan spread serendah 0.0 pip, namun ia mengenakan komisen sebanyak US$3.50 setiap lot bagi setiap sisi pada pasangan forex dan logam.

    Global Prime dikawal selia oleh ASIC dan VFSC. Broker ini tidak mempunyai keperluan deposit minimum dan menerima pelbagai kaedah pembayaran. Akaun Demo disediakan untuk berlatih, atau pelanggan boleh terus membuka akaun Langsung.

  6. DEPOSIT MINIMUM
    US$100.00
    SPREAD MINIMUM
    EUR/USD: 0.9 pip (runcit), 0.6 pip (profesional)
    PASANGAN BOLEH DAGANG
    53 pasangan
    PENGAWALSELIAAN
    CySEC (EEA), FRSA (Abu Dhabi), FSA (Jepun), FSCA (Afrika Selatan), ISA (Israel), ASIC (Australia), FCA (United Kingdom), FSC (Kepulauan Virgin British), CBI (Ireland)
    PERISIAN
    MetaTrader 4, MetaTrader 5, WebTrader, AvaTradeGO, AvaOptions, ZuluTrade, DupliTrade, AvaSocial, dan Capitalise.ai
    KAEDAH PERBANKAN
    Visa, Mastercard, Skrill, PayPal, Neteller, WebMoney, Pindahan Bank, MoneyGram, Perfect Money, POLi, Klarna, Boleto
    Instrumen CFD adalah kompleks dan melibatkan risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leveraj. 71% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.

    AvaTrade ialah broker forex yang memegang lesen daripada 9 badan pengawal selia merentasi pasaran kewangan utama seperti UK, Australia, dan Jepun. Syarikat ini telah aktif dalam perdagangan dalam talian sejak tahun 2006, dan operasinya berkembang pesat sejak itu.

    AvaTrade mempunyai lebih daripada 400,000 pelanggan berdaftar dan melaksanakan lebih 3 juta perdagangan setiap bulan, dengan volum bulanan dilaporkan melebihi US$70 bilion. Broker ini menawarkan sokongan pelanggan pelbagai bahasa sepanjang 24 jam dan lebih 1,000 instrumen perdagangan, termasuk lebih 50 pasangan forex, indeks, mata wang kripto, komoditi, dan saham.

    AvaTrade menawarkan perdagangan dalam pasangan mata wang major, bersilang, dan eksotik dengan spread bermula pada 0.9 pip. CFD forex juga disediakan dengan pelanggan EU dan Australia dapat mengakses leveraj sehingga 1:30 untuk pasangan utama dan 1:20 untuk pasangan lain. Pelanggan profesional boleh menggunakan leveraj sehingga 1:400 untuk pasangan forex utama.

    Keperluan margin untuk pedagang runcit yang menggunakan leveraj antara 3.33% hingga 5.00% (0.25% hingga 2% untuk profesional), bergantung pada pasangan yang didagangkan. AvaTrade menyokong pedagang forex dengan semua tahap pengalaman, menawarkan platform termasuk MT4, MT5, WebTrader, dan DupliTrade.

  7. DEPOSIT MINIMUM
    US$100
    SPREAD MINIMUM
    1.1 pip
    PASANGAN BOLEH DAGANG
    67 pasangan
    PENGAWALSELIAAN
    ASIC, FMA, CySEC, MAS, FCA, ISA, FSCA, EFSA, DFSA, JFSA, SCB, SCA (UAE) dan FSA (Seychelles)
    PERISIAN
    WebTrader (platform proprietari)
    KAEDAH PERBANKAN
    Visa, Mastercard, Neteller, Skrill, PayPal, Pindahan Bank, Apple Pay, Google Pay, Trustly
    CFD ialah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. 80% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.

    Plus500 ialah broker dalam talian yang beroperasi sejak tahun 2008. Ditubuhkan oleh enam pakar fintech di Israel, Plus500 didagangkan secara awam di London Stock Exchange sebagai sebahagian daripada Indeks FTSE 250. Pelanggan boleh berdagang lebih daripada 2,800 pasaran kewangan melalui CFD.

    Plus500 diberi kebenaran untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di pasaran-pasaran utama, termasuk UK, Australia, Benua Eropah, Singapura dan Afrika Selatan. Platform proprietarinya menyokong perdagangan pada lebih 65 pasangan mata wang utama, kecil dan eksotik.

    Pedagang forex mempunyai akses kepada pelbagai alat untuk membantu menguruskan risiko, termasuk pesanan henti dijamin. Spread Plus500 adalah kompetitif, bermula daripada 0.0001 (1 pip) pada pasangan utama seperti EUR/USD. Pendaftaran akaun hanya mengambil masa beberapa minit.

    Pelanggan runcit baharu boleh mula membuka akaun dengan deposit minimum sebanyak US$100. Mereka yang berada di EU dan Australia boleh menggunakan leveraj sehingga 1:30 untuk pasangan utama dan 1:20 untuk pasangan lain.

Membandingkan purata spread untuk pasangan forex utama bagi broker yang dipaparkan

Carta dimuatkan

Perbandingan Menyeluruh 7 Broker Perdagangan forex Teratas

Broker ForexDeposit MinimumAkaun ECNPenggerak PasaranScalping DibenarkanMata Wang DisokongAkaun ProPasaran LainSpreadRating Trust Pilot
1. FP MarketsUSD50 (AU$100) YaTidakYaUSD, GBP, EUR, SGD, CHF, CAD, AUD, NZD, PLN, JPY, HKDYaCFD Forex, CFD saham, CFD logam, CFD komoditi, CFD indeks, CFD kripto, CFD ETF1.0 pip untuk akaun Standard; 0.0 pip untuk akaun Raw4.9 ⭐
2. Fusion Markets$0YaTidakYaAUD, CAD, EUR, GBP, USD, THB, JPY, SGDYaCFDs, Komoditi, Indeks, Kripto, Saham ASdaripada 0.9 pip (Classic); daripada 0.0 pip (Zero)4.8 ⭐
3. BlackBull MarketsUSD0 (Standard)
USD2,000 (Utama)
USD20,000 (Institusi)
YaTidakYaDolar AS, Euro, pound British, dolar Kanada, dolar Australia, dolar New Zealand, rand Afrika Selatan, yen Jepun, dolar SingapuraYaForex, Komoditi, Niaga hadapan, Indeks, Saham, Mata wang kripto0.8 pip untuk Standard; 0.1 pip untuk Prime; 0.0 pip untuk Institutional4.8 ⭐
4. AvaTradeUSD100TidakYaYaEUR (euro), GBP (pound sterling), USD (dolar AS), CHF (franc Swiss), AUD (dolar Australia), ZAR (rand Afrika Selatan), JPY (yen Jepun) YaForex, indeks saham utama, mata wang kripto, komoditi, bon, saham individu, ETFDaripada 0.9 pip (runcit), 0.6 pip (pro)4.7 ⭐
5. Global PrimePercumaYaTidakYaDolar Amerika Syarikat (USD), Dolar Australia (AUD), Pound Sterling (GBP), Euro (EUR), Dolar Kanada (CAD), Dolar Singapura (SGD), Yen Jepun (JPY)YaMata wang kripto, indeks, komoditi, bonSpread: 0.9 pip untuk akaun Standard, 0.0 pip untuk akaun Raw4.7 ⭐
6. PepperstoneUSD0YaTidakYaAUD, GBP, USD, EUR, CHF, CAD, NZD, HKD, SGD, JPYYaForex, indeks, komoditi, mata wang kripto, CFD saham, ETFDaripada 0.0 pip untuk Akaun Razor dan 1 pip untuk Akaun Standard.4.4 ⭐
7. Plus500USD100YaYaTidakUSD, EUR, GBP, CAD, AUD, NZD, BGN, JPY, CHF, BRL, PLN, SEK, RON, HUF, DKK, SGD, ZAR, dan banyak lagiYaCFD: Forex, kripto, indeks, komoditi, saham, opsyen, ETF0.8 pip4.2 ⭐

Standard dan Metodologi Rating Kami

Berikut adalah standard dan metodologi yang digunakan semasa memberi rating kepada broker forex. Di BestBrokers.com, matlamat utama kami adalah membantu anda menemui broker dalam talian yang membolehkan anda berdagang dengan lebih yakin dan memahami risikonya. Semua ulasan di laman web ini disusun berdasarkan standard yang konsisten dan metodologi rapi yang terus diperhalusi. Semua laman web yang dicadangkan telah dinilai bagi memastikan ia menawarkan pengalaman perdagangan yang stabil, telus, dan sesuai untuk keperluan pedagang runcit.

  • Ketelusan Adalah Teras Dalam Ulasan Kami

    BestBrokers.com bersikap telus sepenuhnya mengenai proses penilaian brokernya. Pengalaman selama bertahun-tahun dalam menilai broker forex yang boleh dipercayai dan yang kurang memuaskan telah memberikan kepakaran yang diperlukan untuk mengenal pasti broker yang layak mendapat perhatian para pembaca kami. Untuk pembaca Malaysia, ketelusan juga bermaksud broker perlu menyatakan dengan jelas entiti undang-undang yang menerima pelanggan, bidang kuasa kawal selia, mata wang akaun, yuran penukaran RM, dan saluran aduan yang tersedia.

  • Kami Sentiasa Menyemak dan Menambah Baik Metodologi Kami

    Metodologi yang digunakan sentiasa disemak dan diperhalusi untuk mengambil kira trend terkini dalam kalangan broker forex dalam talian. Maklum balas daripada pedagang sebenar juga diambil kira, membantu memastikan cadangan broker menggambarkan keperluan pembaca dengan lebih tepat. Status kawal selia, yuran, kaedah pembayaran, dan ketersediaan platform untuk pelanggan Malaysia boleh berubah, jadi semakan berkala amat penting.

Bahagian yang Kami Nilai dalam Proses Penilaian Broker forex

Mengkaji broker dalam talian bukanlah proses sebelah pihak sahaja. Untuk menerima rating tinggi, broker forex dalam talian tidak boleh sekadar menyediakan platform perdagangan yang memuaskan. Penilaian ini mengambil kira pelbagai faktor lain, termasuk kepelbagaian instrumen kewangan, kos perdagangan, jenis akaun, keselamatan dana, ketersediaan bahan pendidikan yang baik, dan banyak lagi.

Bagi pasaran Malaysia, kami turut menilai perkara praktikal seperti sama ada broker menerangkan statusnya untuk pelanggan Malaysia, sama ada deposit dan pengeluaran dalam RM disokong, kos penukaran mata wang jika akaun asas dalam USD, serta sama ada broker menyediakan maklumat risiko yang mudah difahami tentang leveraj, CFD, dan perdagangan forex bermargin.

Sistem Pelbagai Bahagian untuk Analisis Broker

Pasukan di belakang BestBrokers.com telah membangunkan satu sistem penilaian yang merangkumi pelbagai bahagian analisis. Akaun langsung dibuka dengan setiap broker jika tersedia, membolehkan kami menguji penggunaan platform dan kualiti perkhidmatan secara keseluruhan. Semua broker yang diulas menerima skor untuk prestasinya dalam setiap bahagian.

Skor individu dipertimbangkan semula untuk memberikan rating akhir yang mencerminkan prestasi keseluruhan broker. Broker-broker tersebut juga akan dikunjungi semula untuk memastikan ia mengekalkan tahap kualiti yang konsisten. Jika tidak, skornya akan dikemas kini sewajarnya. Bahagian utama penilaian termasuklah:

  1. Kepatuhan dan pelesenan kawal selia adalah perkara pertama yang disemak supaya skor boleh diberikan berdasarkan kekuatan pengawalseliaan. Broker forex dengan reputasi yang baik beroperasi di bawah pengawasan pengawal selia kewangan yang dihormati seperti Financial Conduct Authority UK (FCA), Australian Securities and Investments Commission (ASIC), Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC), dan US Commodity Futures Trading Commission (CFTC). Broker yang dilesenkan oleh pihak berkuasa yang tegas ini menerima skor yang lebih tinggi. Untuk pembaca Malaysia, semakan tambahan dibuat terhadap peranan Securities Commission Malaysia (SC) bagi aktiviti pasaran modal, Bank Negara Malaysia (BNM) bagi institusi kewangan dan polisi pertukaran asing, Bursa Malaysia bagi produk sekuriti dan derivatif tempatan, serta Labuan FSA bagi entiti Labuan. Jika broker hanya dikawal selia di luar Malaysia atau beroperasi melalui entiti Labuan, status itu perlu difahami mengikut skop lesennya dan tidak wajar dianggap sama seperti kelulusan SC untuk pelanggan runcit Malaysia.
  2. Reputasi keseluruhan dalam komuniti perdagangan forex juga sama penting. Penilaian ini merangkumi sejarah dan tempoh operasi setiap broker, mengumpul maklumat tentang pemilikan, sumber modal operasi, dan sebarang isu yang dilaporkan oleh pedagang lain. Untuk pasaran Malaysia, semakan reputasi juga mengambil kira sama ada nama, laman web atau entiti berkaitan pernah muncul dalam Senarai Amaran Pelabur SC atau amaran pengawal selia lain. Maklum balas pembaca membantu membina gambaran penuh tentang kebolehpercayaan sesebuah broker forex.
  3. Platform perdagangan dan kebolehgunaannya adalah aspek penting lain dalam penilaian. Menganalisis bahagian ini membantu menilai kemudahan penggunaan dan navigasi setiap laman web perdagangan dengan betul. Broker yang baik cenderung menyediakan pelbagai ciri yang boleh disesuaikan seperti isyarat perdagangan dan alat carta, serta pelaksanaan pesanan yang pantas. Ia menawarkan keserasian merentas semua peranti melalui perisian intuitif yang membolehkan navigasi lancar. Bagi pedagang Malaysia, kestabilan aplikasi mudah alih, pilihan zon waktu Malaysia (MYT), paparan harga yang jelas, dan notifikasi risiko semasa berita ekonomi utama juga memberi nilai praktikal.
  4. Kepelbagaian portfolio juga menjadi perhatian. Penilaian ini melihat kepada variasi pasangan mata wang yang ditawarkan. Daripada pasangan utama yang sangat cair seperti GBP/USD dan EUR/USD sehingga pasangan minor dan eksotik – broker yang baik mesti memenuhi keperluan pedagang baharu forex dan pelabur yang berpengalaman. Lagi banyak instrumen kewangan yang ditawarkan, lagi tinggi skor broker tersebut. Mata tambahan diberikan untuk kategori instrumen lain yang disediakan seperti saham, indeks, komoditi, dan bon. Jika broker menawarkan pendedahan kepada saham Malaysia atau indeks berkaitan Bursa Malaysia, penting untuk membezakan antara pemilikan sekuriti sebenar melalui broker saham dan akaun CDS dengan CFD yang hanya menjejak pergerakan harga. Jika aset digital atau crypto ditawarkan, pedagang Malaysia perlu membezakan antara CFD crypto di broker luar negara dengan perdagangan aset digital sebenar melalui platform DAX yang didaftarkan sebagai Recognized Market Operator oleh SC.
  5. Keselamatan adalah satu lagi tumpuan dalam penilaian. Hanya broker forex yang komited dalam melindungi dana dan data peribadi pelanggan mereka yang akan mendapat skor tinggi. Penilaian ini melihat kepada penyulitan kukuh, protokol keselamatan, pengesahan dua faktor, dan polisi privasi yang ketat serta dasar insurans broker dan pilihan pampasan yang disediakan kepada pedagang sekiranya broker muflis. Untuk pembaca Malaysia, kami juga melihat sama ada proses deposit dan pengeluaran menggunakan akaun atas nama entiti broker yang sah; permintaan untuk memindahkan wang ke akaun individu atau pihak ketiga yang tidak berkaitan ialah tanda amaran yang serius.
  6. Kos perdagangan juga dinilai secara terperinci. Penilaian ini melibatkan penelitian spread dan yuran lain yang berkaitan dengan perdagangan pertukaran asing di setiap broker, kemudian membandingkannya dengan pesaing untuk memberi gambaran penuh mengenai kos yang berkaitan. Sesetengah broker mengiklankan perdagangan tanpa komisen, tetapi sebenarnya menggantikannya dengan spread yang lebih lebar. Broker dengan spread yang tidak kompetitif akan ketinggalan dalam penarafan. Untuk pelanggan Malaysia, kos tambahan yang sering terlepas pandang termasuk caj penukaran RM kepada USD atau mata wang asas lain, caj bank perantara untuk pindahan bank antarabangsa, serta perbezaan kadar tukaran semasa deposit dan pengeluaran.
  7. Perkhidmatan tambahan yang ditawarkan juga diambil kira. Ciri-ciri seperti perdagangan salin, perdagangan automatik dan perdagangan melalui carta menyumbang secara positif kepada skor broker. Namun, ciri seperti ini tidak menghapuskan risiko kerugian dan tidak wajar dianggap sebagai nasihat pelaburan peribadi. Jika seseorang menjual isyarat perdagangan atau akses kumpulan berbayar kepada pedagang Malaysia, semak sama ada aktiviti itu melibatkan nasihat pelaburan yang memerlukan lesen atau pendaftaran yang sesuai.
  8. Alat pendidikan dan bahan pembelajaran turut diberi penekanan dalam penilaian. Ia membantu pelanggan membuat keputusan yang tepat dan mengembangkan kemahiran perdagangan forex mereka. Markah tinggi dalam bahagian ini diberikan kepada broker yang menawarkan tutorial platform, ebuku, glosari istilah forex, podcast, webinar percuma, dan video pendidikan. Untuk pembaca Malaysia, bahan yang lebih berguna biasanya menerangkan contoh dalam RM, waktu dagangan mengikut MYT, kesan data ekonomi BNM dan Rizab Persekutuan AS, serta perbezaan antara perdagangan forex, CFD, saham Bursa Malaysia, dan aset digital yang dikawal selia.
  9. Kemudahan pembayaran adalah faktor penting yang lain. Pertama, rangkaian kaedah deposit dan pengeluaran yang disediakan akan disemak. Beberapa pilihan paling biasa ialah kad kredit, pindahan bank, cek, dan e-dompet seperti PayPal. Kemudian, jumlah deposit awal turut dipertimbangkan untuk melihat sama ada ia cukup rendah untuk menampung pedagang yang baru bermula dengan modal terhad. Seterusnya, penilaian akan memeriksa sekiranya broker itu mengenakan yuran tambahan ke atas pembayaran pelanggan. Laman web perdagangan yang bertaraf tinggi lazimnya mengetepikan caj tambahan tersebut dan menanggung kos berkaitan pembayaran bagi pihak pedagang. Akhir sekali ialah penilaian tempoh pemprosesan pengeluaran dana – semakin pendek masa yang diambil, semakin tinggi skor untuk bahagian ini. Bagi Malaysia, deposit dalam RM, kaedah pindahan bank tempatan, ketelusan kadar tukaran, dan pengeluaran kembali ke akaun bank atas nama pelanggan sendiri adalah perkara yang perlu diberi perhatian.
  10. Sokongan pelanggan harus disediakan sepanjang masa memandangkan perdagangan forex beroperasi 24/5. Pedagang yang memerlukan bantuan seharusnya dapat menerima bantuan pada bila-bila masa. Jenis saluran komunikasi sokongan yang ditawarkan juga akan dinilai. Broker dengan penarafan tinggi menyediakan sokongan khusus melalui sembang langsung, talian telefon percuma, dan e-mel (atau borang perhubungan). Masa menunggu yang lama dan layanan pelanggan yang tidak memuaskan akan menyebabkan skor yang diterima rendah. Untuk pelanggan Malaysia, sokongan dalam Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang jelas, waktu respons yang serasi dengan MYT, dan panduan aduan bertulis adalah kelebihan. Jika broker atau perantara dikawal selia di Malaysia, pedagang juga harus dimaklumkan tentang saluran aduan yang sesuai seperti SC atau FMOS, yang menggabungkan fungsi pertikaian pasaran modal yang sebelum ini dikaitkan dengan SIDREC.

Kami Sentiasa Mengemas Kini Rating Kami – Ini Sebab-sebabnya

Rating adalah berdasarkan maklumat yang dikumpulkan semasa menyelidik, menguji, dan menilai prestasi broker yang dikaji. Broker dalam talian sering memperkenalkan pelbagai penambahbaikan platform dan perkhidmatan, mengubah terma-termanya, atau menyesuaikan harga.

BestBrokers.com berusaha mencerminkan perubahan ini untuk menyampaikan maklumat dan rating yang tepat dan terkini kepada pembaca kami. Pasukan memantau broker-broker dengan rapi untuk mengikuti sebarang perubahan dan mengemas kini rating jika perlu. Untuk pasaran Malaysia, perubahan penting boleh merangkumi kemas kini pada status kawal selia, penambahan nama dalam Senarai Amaran Pelabur SC, perubahan kaedah deposit RM, perubahan dasar pengeluaran, atau kemas kini rangka kerja aset digital tempatan.

Jenis Akaun Broker forex

Broker forex yang berbaloi menyediakan pelbagai jenis akaun untuk memenuhi semua kategori pedagang. Pilihan yang paling meluas termasuk akaun demo, mini, mikro, standard, dan Akaun Islamik. Setiap jenis akaun ini berfungsi untuk tujuan yang berbeza dan mempunyai kelebihan tersendiri. Pilihan akaun anda harus berdasarkan matlamat perdagangan individu, tahap pengalaman, dan jumlah modal yang sanggup dilaburkan.

Untuk pedagang Malaysia, semak mata wang asas akaun sebelum membuat deposit. Jika akaun didenominasikan dalam USD tetapi anda mendepositkan RM, keuntungan, kerugian, komisen, yuran swap, dan pengeluaran mungkin tertakluk pada kadar tukaran serta caj penukaran mata wang. Ini boleh memberi kesan ketara kepada pulangan sebenar, terutamanya jika anda kerap menambah atau mengeluarkan dana.

Akaun demo = Perdagangan Tanpa Risiko

Akaun demo sesuai untuk pedagang yang baru menyertai pasaran pertukaran asing. Percuma untuk dibuka, ia membolehkan anda memperoleh pengalaman dan mengasah pengetahuan sebelum mendaftar akaun langsung. Akaun demo kebanyakannya bertujuan sebagai latihan. Ia membolehkan anda berlatih perdagangan forex tanpa risiko kehilangan dana kerana ia menggunakan modal maya. Namun, spread, slippage, dan tekanan emosi dalam akaun langsung boleh berbeza daripada persekitaran demo, jadi hasil demo tidak wajar dianggap sebagai jaminan prestasi sebenar.

Akaun Mikro = 1,000 unit mata wang setiap lot

Selepas anda memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi, anda boleh beralih kepada akaun langsung. Akaun mikro merupakan pilihan yang sesuai untuk pelabur runcit baharu yang ingin memasuki pasaran forex tetapi mempunyai modal yang terhad. Jenis akaun ini memerlukan deposit yang lebih kecil (jumlah tepat bergantung pada broker) dan menggunakan lot mikro yang bersamaan dengan seribu unit mata wang asas (0.01 lot). Walaupun saiz lot lebih kecil, penggunaan leveraj tetap boleh memperbesar keuntungan dan kerugian, jadi kawalan risiko masih penting.

Akaun Mini = 10,000 unit mata wang setiap lot

Apabila anda terus membina pengalaman, anda boleh terus berkembang dan meningkatkan saiz perdagangan secara berperingkat. Kontrak forex terkecil yang boleh dibuka melalui akaun mini adalah sepuluh ribu unit mata wang (0.1 lot). Akaun mini berguna untuk mempelbagaikan portfolio forex, membolehkan anda mengagihkan jumlah modal yang sama kepada lebih banyak pasangan mata wang. Ia juga boleh menjadi langkah pertengahan sebelum beralih kepada saiz lot yang lebih besar.

Akaun Standard = 100,000 unit mata wang setiap lot

Jenis akaun ini memerlukan lebih banyak modal kerana saiz posisi yang lebih besar. Satu lot standard bersamaan dengan seratus ribu unit mata wang, atau satu lot penuh. Dengan akaun standard, perubahan harga sebanyak satu pip pada pasangan yang disebut harga dalam USD lazimnya bersamaan dengan USD10, bermakna setiap pergerakan satu pip yang memihak kepada anda atau menentang anda akan menghasilkan keuntungan atau kerugian sekitar USD10. Dengan kata lain, akaun standard mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk menghasilkan keuntungan dan juga kerugian. Jika baki akaun anda akhirnya ditukar kepada RM, kadar tukaran semasa turut mempengaruhi jumlah akhir yang diterima.

Akaun Islamik = Perdagangan Tanpa Swap

Banyak broker yang komited untuk memenuhi keperluan seramai mungkin pedagang. Pelabur beragama Islam tidak sepatutnya berasa tersisih dari pasaran hanya kerana kepercayaan agama mereka menghalang daripada membayar atau menerima faedah (riba). Semua jenis akaun yang disenaraikan di atas sering disediakan dalam format bebas swap tanpa faedah yang dijana ke atas posisi yang dibuka semalaman. Dalam konteks Malaysia, akaun bebas swap biasanya dipasarkan sebagai Akaun Islamik, tetapi istilah “bebas swap” tidak semestinya bermaksud keseluruhan produk telah disahkan patuh Syariah. Semak sama ada terdapat caj pentadbiran pengganti swap, had pegangan posisi, syarat kelayakan, dan jika ada, maklumat panel atau penasihat Syariah yang menyokong struktur akaun tersebut.

Model Perniagaan Broker forex

Semasa melayari internet untuk mencari broker yang sesuai, anda mungkin menemui istilah seperti dealing desk, market maker, straight through processing, dan electronic communication network. Istilah-istilah ini mungkin kedengaran teknikal, tetapi ia merujuk kepada jenis model perniagaan yang digunakan oleh broker forex. Di bawah adalah beberapa penjelasan ringkas tentang setiap model. Apa pun model yang digunakan, pedagang Malaysia perlu membaca dokumen pelaksanaan pesanan, dasar konflik kepentingan, dan terma pelanggan kerana istilah pemasaran sahaja tidak mencukupi untuk menilai kualiti broker.


DDBroker dealing desk (DD) – Dikenali juga sebagai penggerak pasaran (market makers), broker meja urus niaga (dealing desk) melaksanakan pesanan untuk pelbagai instrumen kewangan, termasuk pasangan mata wang, komoditi keras dan lembut, opsyen, dan ekuiti. Ciri utama yang membezakan market maker ialah mereka mengambil posisi yang berlawanan dengan posisi perdagangan pelanggan dan lazimnya menggunakan spread tetap.

Broker ini menjana keuntungan daripada perbezaan antara harga bida dan tawar, iaitu mereka membeli pada harga yang lebih rendah dan kemudian menjual pada harga lebih tinggi. Requoting (sebut harga semula) adalah perkara biasa apabila anda menggunakan perkhidmatannya, terutamanya ketika pasaran bergerak pantas. Mereka secara efektif bertindak sebagai pihak yang berlawanan kepada pelanggan mereka, jadi ketelusan pelaksanaan pesanan dan dasar konflik kepentingan perlu dibaca dengan teliti.


NDDBroker no dealing desk (NDD) – Broker tanpa meja urus niaga (No dealing desk brokers) memberi pelanggannya akses kepada harga daripada bank dan pembekal kecairan lain. Pesanan pelanggan tidak melalui dealing desk dalaman, tetapi dihantar terus ke pembekal kecairan yang tersedia. Broker NDD bertindak sebagai perantara antara pedagang dan ahli pasaran antara bank. Mereka memadankan sisi bertentangan perdagangan yang dimulakan oleh dua pelanggan yang berbeza, berperanan sebagai jambatan antara kedua-duanya.

Akses pasaran terus mengurangkan sebut harga semula dan harga perdagangan dikemas kini dalam masa nyata. Satu lagi kelebihan menggunakan perkhidmatan broker ini ialah ia menawarkan spread yang lebih rendah dan fleksibel, bukannya spread tetap. Ini membuka peluang untuk spread meningkat apabila pengumuman ekonomi yang penting menyebabkan tahap turun naik pasaran meningkat. Namun, model NDD tidak bermaksud semua pesanan pasti dilaksanakan tanpa slippage atau kos tambahan. Terdapat dua subjenis broker no dealing desk (STP dan ECN) yang diterangkan dengan lebih terperinci di bawah.


ECNBroker ECN – Singkatan ECN bermaksud “electronic communication network”. Broker jenis ini memberi anda akses langsung kepada ahli pasaran antara bank seperti hedge fund, pedagang runcit lain, bank, dan broker lain. Proses perdagangan berlaku melalui rangkaian komunikasi elektronik yang membolehkan tahap ketelusan suapan harga yang lebih tinggi dan kecairan yang lebih mendalam. Semua ahli pasaran mempunyai akses kepada maklumat suapan harga serta sejarah harga terdahulu.

Ini memberi beberapa kelebihan. Di satu pihak, ia membolehkan pedagang menganalisis trend pasaran dengan mudah. Di pihak lain, ia membantu menghalang manipulasi harga kerana semua orang mempunyai akses langsung kepada maklumat tentang harga masa lalu dan semasa. Walau bagaimanapun, ini datang dengan kos komisen berdasarkan setiap perdagangan yang boleh meningkatkan kos perdagangan keseluruhan anda.


STPBroker STP – Broker Straight Through Processing (STP) juga memindahkan perdagangan pelanggannya kepada pembekal kecairan dan agak serupa dengan model ECN. Perbezaan paling ketara terletak pada cara pesanan perdagangan disalurkan (routing). Broker ECN bertindak sebagai pusat kecairan yang terdiri daripada ramai pembekal kecairan saling berhubung yang berusaha mencari pihak berlawanan untuk perdagangan yang mereka tidak dapat kendalikan sendiri.

Broker STP menghantar pesanan pelanggan mereka terus ke pembekal kecairan yang mengambil posisi berlawanan dalam perdagangan, ia boleh dikatakan berfungsi sebagai broker kepada broker. Broker STP tidak semestinya mengenakan komisen tetap pada perdagangan yang mereka kendalikan. Sebaliknya, mereka memperoleh keuntungan dengan menambah markup pada spread yang ditawarkan oleh pembekal kecairan dalam rangkaian mereka.

Jenis Pesanan forex yang Biasa

Apabila berdagang pasangan mata wang dengan broker yang disyorkan oleh BestBrokers.com, anda akan menemui beberapa jenis pesanan. Memahami maksudnya dan mengetahui cara ia berfungsi adalah penting untuk menggunakannya dengan cekap. Pesanan berfungsi sebagai arahan yang anda hantar kepada broker, menentukan cara anda mahu membeli atau menjual aset tertentu, dalam kes ini pasangan mata wang. Ingat, jenis pesanan yang disediakan bergantung kepada broker dan mungkin berbeza antara satu laman web perdagangan dengan yang lain. Di bawah adalah jenis pesanan forex yang paling biasa.

  1. Pesanan Pasaran

    Dengan pesanan pasaran, anda mengarahkan broker forex anda untuk membuka atau menutup posisi perdagangan pada harga terbaik yang tersedia. Sebagai contoh, katakan harga bida untuk pasangan GBP/USD kini berada pada 1.3150, manakala harga tawar adalah 1.3152. Jika anda memutuskan untuk membeli GBP/USD melalui pesanan pasaran, anda akan melakukannya pada harga 1.3152.

    Broker akan segera melaksanakan pesanan itu. Satu kelemahan pesanan pasaran ialah ia mungkin menyebabkan slippage yang berlebihan semasa tempoh pasaran yang tidak stabil apabila pasaran bergerak dengan pantas. Apabila keadaan tidak menentu, mungkin terdapat perbezaan antara harga yang anda pilih dan harga pada masa pelaksanaan pesanan.

  2. Pesanan Had

    Dengan pesanan had, pedagang menghantar arahan kepada broker untuk membeli atau menjual pasangan pada harga tertentu atau yang lebih baik. Broker melaksanakan pesanan apabila pasaran mencapai harga masuk yang dikehendaki oleh pedagang atau pada harga yang lebih baik. Pesanan ini memberi kelebihan kepada anda kerana broker hanya melaksanakannya apabila harga lebih menguntungkan anda. Anda boleh menggunakannya pada posisi jual dan beli.

  3. Pesanan Henti

    Ini ialah satu lagi jenis pesanan bersyarat yang mempunyai dua subjenis, buy stop dan sell stop. Anda mengarahkan broker untuk membeli pasangan mata wang di atas harga pasaran atau menjualnya di bawah harga pasaran pada harga yang anda tetapkan.

    Pesanan buy stop adalah arahan untuk membeli pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran semasa. Sebagai contoh, anda percaya GBP/USD akan naik melepasi tanda 1.3100, dan menghantar pesanan buy stop pada 1.3102.

    Apabila pasaran bergerak ke 1.3102, pesanan buy stop akan berubah menjadi pesanan pasaran, dan broker akan melengkapkannya pada harga terbaik seterusnya. Sebaliknya, jika anda yakin GBP/USD akan terus susut nilainya dan jatuh di bawah 1.3100, anda boleh meletakkan pesanan sell stop pada 1.3099.

  4. Pesanan Stop Loss

    Pedagang forex menggunakan jenis pesanan ini untuk meminimumkan kerugian apabila pasaran bergerak bertentangan dengan jangkaan mereka. Jika anda menetapkan stop-loss pada 15% di bawah harga anda membeli, anda mengehadkan kerugian anda kepada 15%. Sebagai contoh yang lebih konkrit, kita anggap anda membuka posisi beli untuk GBP/USD pada harga 1.3120. Dengan menetapkan stop loss pada 1.3100, kerugian maksimum yang mungkin anda alami tidak akan melebihi 20 pip, tertakluk pada slippage ketika pasaran sangat tidak menentu.

  5. Pesanan Good ‘Til Canceled (GTC)

    Ini lebih kepada tempoh masa pesanan berbanding jenis pesanan, dan anda perlu lebih berhati-hati menggunakannya. Pesanan GTC tidak mempunyai tempoh masa tertentu kerana pesanan ini kekal aktif sehingga pedagang memutuskan untuk membatalkannya. Namun, nama ini agak mengelirukan kerana pesanan GTC biasanya tidak kekal aktif untuk tempoh yang tidak ditentukan.

    Broker sendiri sering menetapkannya untuk tamat dalam masa tiga puluh hingga sembilan puluh hari selepas pesanan dihantar oleh pedagang. Amalan ini membantu mengelakkan pesanan yang diabaikan daripada dilaksanakan secara tiba-tiba. Katakan GBP/USD kini diniagakan pada 1.3200 dan anda menetapkan pesanan beli GTC pada 1.3150. Jika harga mencapai 1.3150 sebelum anda membatalkan pesanan atau ia tamat tempoh, broker akan melengkapkannya.

  6. Pesanan Trailing Stop

    Ini ialah pesanan stop-loss yang akan diselaraskan secara automatik apabila harga pasaran bergerak mengikut arah anda. Ia ditetapkan pada jarak tertentu dalam pip atau sebagai peratusan di bawah harga pasaran untuk posisi beli, atau di atas harga pasaran untuk posisi jual. Apabila harga naik bagi posisi beli, trailing stop-loss juga bergerak naik, mengekalkan jarak yang sama daripada paras tinggi baharu. Jika harga kemudian berbalik, trailing stop kekal pada paras terakhirnya, dan jika harga mencapainya, posisi ditutup. Ini boleh membantu mengunci keuntungan sambil memberi ruang kepada perdagangan anda untuk berkembang.

Platform Perisian Broker forex

Perisian perdagangan berfungsi sebagai pintu masuk pelabur ke pasaran pertukaran asing dan merupakan antara perkara utama yang perlu dipertimbangkan apabila memutuskan platform untuk berdagang. Broker yang menawarkan pelbagai jenis platform perdagangan selalunya menerima markah yang tinggi dalam penilaian.

Sesetengah laman web perdagangan menggunakan perisian proprietari yang dibangunkan secara dalaman, tetapi kebanyakannya bergantung pada platform pihak ketiga seperti MetaQuotes. Apa pun, keserasian pada seluruh platform adalah ciri yang diingini, terutamanya jika anda ingin memantau pasaran dengan teliti di mana-mana sahaja.

Ciri-ciri platform adalah satu lagi aspek utama. Platform yang baik menyediakan alat yang mencukupi untuk analisis teknikal dan fundamental serta menawarkan pelaksanaan pesanan yang pantas, membolehkan pedagang masuk dan keluar dari posisi dengan cekap. Sebaliknya, antara muka yang sesak dan tidak intuitif boleh mengakibatkan kerugian yang besar kerana kesilapan semasa masuk dan keluar dari posisi.

Bagi pedagang Malaysia, ciri tambahan yang wajar diperhatikan termasuk paparan waktu mengikut MYT, laporan transaksi yang mudah dimuat turun, pilihan bahasa yang jelas, notifikasi margin dalam masa nyata, serta maklumat kos penukaran mata wang jika akaun anda dibiayai dalam RM tetapi didenominasikan dalam USD atau mata wang lain.

Forex

Platform seperti eToro contohnya menyokong perdagangan salin, membolehkan pengguna yang kurang berpengalaman menjejak prestasi pelabur berpengalaman dan menyalin posisi mereka. Namun begitu, prestasi masa lalu bukanlah jaminan untuk hasil pada masa hadapan dan kerugian boleh berlaku pada kadar yang sama. Broker bertaraf tinggi menyediakan pilihan platform berasaskan pelayar, perisian kendiri, dan mudah alih.

Ciri-ciri mungkin berbeza mengikut platform proprietari, jadi mengujinya sendiri dengan membuka akaun demo adalah disarankan. Ini akan memberi anda gambaran yang baik tentang ciri dan prestasi setiap platform. Berikut adalah platform perdagangan forex pihak ketiga yang paling luas digunakan.


MetaTrader4 MetaTrader 4 (MT4) adalah antara perisian perdagangan yang paling banyak digunakan dalam perdagangan forex runcit, termasuk oleh banyak broker yang disyorkan oleh BestBrokers.com. Dicipta oleh MetaQuotes Software pada tahun 2005, MT4 serasi dengan beberapa sistem pengendalian seperti Microsoft Windows, iOS, dan Android. Beberapa ciri MT4 termasuk berpuluh indikator teknikal dan objek grafik, lebih daripada 1,000 simbol, dan penguji strategi berbenang tunggal.


MetaTrader5 MetaTrader 5 (MT5) ialah penerus MT4 yang dilancarkan pada tahun 2010. Ia menawarkan ciri tambahan seperti jenis pesanan tambahan, 38 indikator teknikal, 39 objek grafik, dan 21 rangka masa, membolehkan analisis yang terperinci. Walaupun MT5 lebih popular dalam kalangan pedagang yang berpengalaman, penggunaannya semakin berkembang dengan banyak broker kini menyertakannya dalam tawaran platform pihak ketiga mereka. Berbeza dengan MT4 yang digunakan terutamanya untuk perdagangan forex, MT5 juga menyokong instrumen lain seperti opsyen, bon, saham, dan niaga hadapan. Selain itu, ia mempunyai ciri depth-of-market dan kalendar ekonomi.


cTrader cTrader dibangunkan oleh syarikat Spotware Systems yang berpangkalan di Cyprus dan menduduki tempat ketiga dari segi populariti dalam kalangan pedagang forex. Ciri paling ketara bagi platform ini ialah ia menyokong perdagangan automatik, tetapi ia juga merangkumi beberapa ciri penting yang lain. Platform cTrader menawarkan perlindungan pesanan lanjutan, kalendar ekonomi, depth of market tahap II, enam jenis carta, dan lebih daripada lima puluh indikator teknikal yang telah dipasang.


NinjaTrader NinjaTrader adalah platform carta yang canggih dan telah dilancarkan pada tahun 2004. Dibangunkan di Amerika Syarikat, platform ini kebanyakannya digunakan oleh pedagang yang berpangkalan di Amerika Utara. NinjaTrader menyokong banyak ciri yang boleh disesuaikan, termasuk pelbagai alat lukisan dan ratusan indikator. Kelemahannya adalah sebilangan kecil sahaja broker yang bekerja dengan NinjaTrader selain ia hanya serasi dengan sistem pengendalian Microsoft Windows.


TradingView TradingView ialah platform carta dan rangkaian sosial yang digunakan secara meluas. Ia telah menjadi sumber rujukan yang popular bagi berjuta-juta pedagang di seluruh dunia, menawarkan pelbagai alat untuk analisis pasaran merentas pelbagai kelas aset, termasuk forex. Dilancarkan pada tahun 2011, ia adalah platform berasaskan web yang boleh diakses melalui mana-mana pelayar moden, tetapi pengguna juga boleh memuat turun aplikasi khusus untuk iOS dan Android. Ciri utama TradingView termasuk kebolehan carta lanjutan dengan ratusan indikator teknikal dan alat lukisan, komuniti sosial yang besar untuk berkongsi idea, fungsi paper trading, dan data pasaran masa nyata bagi beribu-ribu instrumen kewangan.


Komisen, Yuran, dan Kos Berkaitan yang Lain

Broker forex mengenakan bayaran untuk perkhidmatannya, jadi mengetahui pelbagai kos yang berkaitan dengan perdagangan pasangan mata wang adalah penting untuk pedagang forex. Untuk pembaca Malaysia, kos sebenar tidak terhad kepada spread dan komisen sahaja. Caj penukaran RM, kadar tukaran bank, yuran pindahan bank antarabangsa, dan yuran pengeluaran juga boleh mempengaruhi jumlah bersih yang masuk atau keluar daripada akaun perdagangan anda. Berikut ialah kos-kos yang paling lazim dikenakan apabila berdagang di pasaran pertukaran asing.

Spread

Untuk kekal kompetitif, kebanyakan broker forex telah meninggalkan amalan mengenakan komisen dan sebaliknya mendapat keuntungan daripada spread terbina dalam. Istilah spread merujuk kepada perbezaan antara harga bida dan tawar. Ia merupakan kos yang telah dimasukkan oleh broker sebagai bayaran untuk memudahkan pelaksanaan setiap perdagangan. Sebagai contoh, jika harga bida dan tawar untuk pasangan GBP/USD ialah 1.3115/1.3118, spread bersamaan dengan tiga pip.

Broker dealing desk biasanya menggunakan spread tetap yang tidak berubah supaya pedagang mengetahui kos posisi mereka dengan lebih awal. Spread fleksibel atau terapung biasa dalam kalangan broker no dealing desk dan berubah berdasarkan turun naik pasaran. Semasa pengumuman data penting seperti keputusan kadar faedah BNM, data inflasi AS atau laporan pekerjaan AS, spread boleh melebar dengan cepat dan meningkatkan kos kemasukan posisi.

Komisen

Broker ECN biasanya menawarkan spread yang lebih sempit berbanding market maker, tetapi ini datang dengan kos – pelanggan mereka mesti membayar komisen tetap bagi setiap perdagangan selain daripada spread (jika ada). Komisen pusingan penuh adalah satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian. Broker mengenakan komisen tetap berdasarkan jumlah perdagangan anda. Sebagai contoh, anda membuat perdagangan pada pasangan EUR/USD dengan akaun standard, tetapi terdapat komisen USD2.50 setiap lot (100,000 unit mata wang). Broker akan mengenakan USD2.50 setiap bahagian, iaitu semasa masuk dan keluar dari posisi, jadi anda membayar sejumlah USD5 untuk posisi satu lot. Jika akaun anda dibiayai dalam RM, jumlah ini akhirnya akan bergantung pada kadar tukaran yang digunakan oleh broker atau penyedia pembayaran.

Kos Pembiayaan

Ia juga dipanggil rollover atau kadar swap, yuran pembiayaan dikenakan ke atas posisi yang kekal dibuka semalaman. Broker akan secara automatik mengenakan yuran ini ke akaun pedagang pada setiap hari mereka mempunyai posisi terbuka, termasuk pada hujung minggu. Yuran pembiayaan umumnya bergantung pada perbezaan kadar faedah antara dua mata wang dalam pasangan, serta harga spot. Keadaan pasaran juga kadang-kadang boleh mempengaruhi harganya. Jika anda menggunakan Akaun Islamik, semak sama ada swap benar-benar dikecualikan atau digantikan dengan caj pentadbiran lain selepas tempoh tertentu.

Yuran Pengeluaran

Sesetengah broker mungkin mengenakan yuran nominal apabila anda memohon pengeluaran daripada baki akaun anda. Broker lain menawarkan satu atau lebih pengeluaran percuma setiap bulan, tetapi anda masih akan dikenakan caj tambahan jika melebihi had bulanan yang dibenarkan. Jika anda tidak pasti sama ada terdapat sebarang yuran pengeluaran pada broker pilihan anda, anda boleh bertanya dengan pasukan sokongan. Banyak broker bertaraf tinggi memproses pengeluaran tanpa kos tambahan. Untuk pelanggan Malaysia, semak juga sama ada pengeluaran dibuat dalam RM atau mata wang asing, sama ada bank perantara mengenakan caj, dan sama ada nama akaun bank penerima mesti sepadan dengan nama pemilik akaun perdagangan.

Yuran Tidak Aktif

Jika akaun anda kekal tidak aktif untuk tempoh tertentu, biasanya dalam tempoh dua belas bulan berturut-turut, banyak broker akan mula menolak yuran tidak aktif bulanan daripada baki anda untuk tujuan penyelenggaraan. Kadar tepat berbeza mengikut broker dan biasanya disenaraikan dalam terma dan syarat. Pedagang yang hanya menggunakan akaun sekali-sekala perlu menyemak yuran ini lebih awal supaya baki kecil tidak susut tanpa disedari.

Pengawalseliaan Broker forex

Salah satu perkara pertama yang perlu dipertimbangkan ketika memilih laman web perdagangan forex ialah pihak yang mengawalselianya. Berdagang dengan firma yang dikawal selia menyediakan rangka perlindungan tertentu untuk dana anda sekiranya broker mengalami masalah operasi atau kewangan. Broker yang dikawal selia mematuhi piawaian ketat pengawal selia kewangan, termasuk menyimpan dana pelanggan dalam akaun berasingan.

Dalam konteks Malaysia, penting untuk membezakan antara pertukaran mata wang melalui bank berlesen, perdagangan forex bermargin, CFD, saham Bursa Malaysia, derivatif bursa, dan aset digital. Aktiviti pasaran modal di Malaysia berada di bawah pengawasan SC, manakala BNM mengawasi institusi kewangan dan dasar pertukaran asing. Bursa Malaysia dan Bursa Malaysia Derivatives pula berkaitan dengan pasaran sekuriti dan derivatif tempatan. Labuan FSA mengawasi entiti kewangan di Labuan IBFC, termasuk kategori tertentu seperti money broker, tetapi lesen Labuan mempunyai skop tersendiri dan tidak boleh dianggap secara automatik sebagai kelulusan SC untuk semua pelanggan runcit Malaysia.

Sebelum membuka akaun, semak nama entiti undang-undang yang tepat, nombor lesen atau pendaftaran, bidang kuasa yang digunakan untuk akaun anda, dan sama ada broker itu pernah disenaraikan dalam Senarai Amaran Pelabur SC. Jika platform menawarkan perdagangan aset digital sebenar kepada pelanggan Malaysia, semak sama ada ia berkaitan dengan Digital Asset Exchange (DAX) yang didaftarkan sebagai Recognized Market Operator oleh SC; platform crypto luar negara atau CFD crypto tidak semestinya berada di bawah rangka kerja perlindungan yang sama.

Selain itu, broker mesti memenuhi syarat modal minimum tertentu untuk beroperasi di pasaran berlesen. Broker forex yang bertaraf tinggi di BestBrokers.com biasanya memegang lesen daripada satu atau lebih pengawal selia kewangan berikut.

  1. Financial Conduct Authority (FCA) mengawal selia broker forex di United Kingdom. Secara meluas, ia dianggap sebagai salah satu pengawal selia kewangan yang paling berpengaruh dalam industri, badan ini beroperasi bersama Prudential Regulation Authority dan Bank of England. UK meninggalkan EU dan EEA pada akhir Januari 2020, tetapi rangka pengawalseliaannya masih banyak dipengaruhi oleh peraturan yang digariskan dalam Markets in Financial Instruments Directive (MiFID). Langkah perlindungan pengguna di negara ini sebahagian besarnya bertindih dengan peraturan yang dilaksanakan di negara anggota EU, termasuk had leveraj runcit yang lebih rendah, pengasingan dana pelanggan, dan perlindungan baki negatif. Matlamat utama FCA ialah mengekalkan integriti pasaran kewangan UK, melindungi pelabur institusi dan runcit, dan menghalang salah laku kewangan.
  2. Australian Securities and Investments Commission (ASIC) ialah salah satu agensi pengawalseliaan yang terkemuka di dunia. Ia mengawal selia industri kewangan Australia di bawah peruntukan Akta Korporat 2001. Di bawah peraturan ASIC, broker mesti mempunyai modal operasi minimum sekitar AUD1 juta atau lebih. Badan ini mengkehendaki pemegang lesen menyimpan dana pelanggan dalam akaun berasingan di bank-bank utama.
  3. Commodity Futures Trading Commission (CFTC) ditubuhkan pada tahun 1974 dan mempunyai mandat untuk mengawasi pasaran derivatif di Amerika Syarikat. Ia menerbitkan Commitment of Traders Report setiap minggu untuk membantu orang ramai memahami dinamik pasaran. Broker yang dikawal oleh CFTC mesti memegang modal operasi bernilai USD20 juta atau lebih, salah satu ambang tertinggi di dunia. Broker mesti secara berkala mengemukakan laporan audit dan menyimpan wang pelanggan mereka dalam akaun berasingan di institusi kewangan utama. Contracts for difference (CFD) tidak ditawarkan kepada pedagang runcit di Amerika Syarikat, tetapi pedagang runcit tempatan mempunyai akses kepada produk leveraj lain, dengan nisbah leveraj maksimum ditetapkan pada 1:50.
  4. Federal Financial Supervisory Authority (BaFin) bertanggungjawab mengawasi broker dan syarikat kewangan lain di Jerman. Ia ditubuhkan pada tahun 2002 selepas penggubalan Financial Services and Integration Act. Oleh kerana Jerman juga sebahagian daripada EEA, broker yang memegang lesen daripada FCA dan pengawal selia Eropah lain boleh memberi perkhidmatan kepada pelanggan Jerman tanpa perlu menubuhkan pejabat berdaftar di negara tersebut. Keperluan modal minimum yang dikenakan BaFin berkisar antara €750,000 hingga €5 juta, bergantung pada jumlah modal perdagangan yang dipegang broker bagi pihak pelanggan.
  5. Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC) ditubuhkan pada tahun 2001. Ia meminda protokol pengawasannya setelah Cyprus menjadi ahli EU pada tahun 2004 untuk menyelaraskannya dengan rangka MiFID. Ini membolehkan broker berlesen CySEC menyediakan perkhidmatannya di seluruh EEA. Broker yang dikawal di Cyprus mesti mengekalkan modal operasi sebanyak €750,000 atau lebih. Pemegang lesen juga adalah sebahagian daripada Dana Pampasan Pelabur dan mesti memberi pampasan pada setiap pelanggan sehingga €20,000 sekiranya muflis, tertakluk pada syarat kelayakan skim tersebut.

Senarai pengawal selia antarabangsa di atas membantu membandingkan standard global, tetapi ia bukan pengganti semakan tempatan. Pedagang di Malaysia perlu memastikan entiti yang mereka gunakan benar-benar sepadan dengan nama lesen yang dipaparkan, kerana penipu kerap menggunakan laman klon, logo pengawal selia, atau nama syarikat sah untuk kelihatan meyakinkan.

Keselamatan Dana dan Jaminan Wang

BestBrokers.com mengutamakan keselamatan dana pembacanya, atas sebab ini, hanya broker forex yang berlesen sepenuhnya dan dikawal selia dengan sewajarnya disyorkan. Namun, perlindungan sebenar bergantung pada entiti undang-undang tempat anda membuka akaun, bidang kuasa yang mengawal akaun tersebut, dan syarat pelanggan yang anda terima. Jika anda menetap di Malaysia tetapi membuka akaun di bawah entiti luar negara, skim pampasan atau saluran aduan tempatan mungkin tidak terpakai dengan cara yang sama. Broker yang telah disenarai pendek melindungi pelanggan dan dana mereka dengan melaksanakan langkah-langkah berikut:

  1. Perlindungan baki negatif disediakan oleh semua broker forex yang dikawal selia di Eropah, Australia, dan UK yang membenarkan pelanggan mereka berdagang contracts for difference (CFDs) dengan leveraj. Ia melindungi anda daripada kerugian yang melebihi baki jika pasaran bergerak menentang anda. Walau bagaimanapun, bentuk perlindungan ini hanya disediakan untuk pedagang runcit. Pedagang profesional tidak menikmatinya. Jika anda membuka akaun melalui entiti luar negara, semak sendiri sama ada perlindungan baki negatif dinyatakan secara jelas dalam terma akaun anda.
  2. Pengasingan dana diwajibkan bagi semua broker forex yang dikawal selia dengan betul. Pada hakikatnya, ini bermaksud mereka menyimpan dana pelanggan dalam akaun berasingan daripada akaun modal operasi mereka. Keperluan kawal selia ini direka untuk membantu melindungi dana pelanggan sekiranya broker muflis. Pengawal selia kewangan biasanya mengkehendaki broker menyimpan dana pelanggan di bank-bank utama. Broker juga mesti memenuhi keperluan modal operasi minimum untuk menerima lesen. Pengasingan dana tidak menghapuskan risiko kerugian perdagangan dan tidak sepatutnya disalahertikan sebagai jaminan keuntungan.
  3. Skim pampasan pelabur berfungsi untuk melindungi pelanggan runcit dan memberi pampasan jika broker gagal mengembalikan wang atau aset mereka atas sebarang sebab. Ini paling kerap berlaku apabila broker mengalami masalah kewangan atau muflis. Banyak badan pengawalseliaan enggan memberi lesen kepada broker yang tidak menyertai mana-mana skim pampasan pelabur. Pendekatannya berbeza mengikut bidang kuasa pengawalseliaan. Broker berlesen CySEC contohnya, boleh memberi pampasan kepada pedagang mereka sehingga €20,000 setiap seorang sekiranya ia muflis, tertakluk pada had dan syarat skim. Di Malaysia, pertikaian dengan perantara pasaran modal yang berlesen atau berdaftar boleh melibatkan saluran aduan seperti SC dan FMOS, yang menggabungkan fungsi pertikaian yang sebelum ini dikendalikan oleh SIDREC, tetapi saluran ini lazimnya tidak meliputi entiti tidak berlesen atau broker luar negara yang tidak berada di bawah bidang kuasa Malaysia.
Ditulis oleh E. Ifeanyi | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal