Laman Utama » Broker Forex Terbaik pada 2026 » Broker Forex dengan Akaun Demo

Broker Forex dengan Akaun Demo

Ditulis oleh Zornitsa Stefanova
Zornitsa Stefanova ialah seorang penganalisis forex dan kripto yang berpengalaman. Beliau juga mengulas pelbagai topik kewangan seperti perdagangan saham dan pelaburan persaraan.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Jika anda baru dalam perdagangan forex, anda mungkin sukar memilih broker yang sesuai. Oleh itu, kami telah menyenaraikan 13 jenama FX teratas yang memenuhi keperluan pedagang baharu dan berpengalaman, menawarkan kepada mereka alat-alat seperti akaun demo, bahan pendidikan, serta banyak instrumen yang dapat membantu mereka maju dalam perdagangan forex.

1Plus500 US logoPlus500 US
Rating: 4.2 ⭐
Kandungan ini hanya terpakai kepada Plus500 US dan pelanggan dari Amerika Syarikat. Perdagangan niaga hadapan melibatkan risiko kerugian.
Penilaian Tertinggi
2eToro logoeToro
Rating: 4.2 ⭐
50% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
3Fusion Markets logoFusion Markets
Rating: 4.8 ⭐
74-89% daripada akaun CFD pelabur runcit kehilangan wang
4FP Markets logoFP Markets
Rating: 4.9 ⭐
73.33% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
5BlackBull Markets logoBlackBull Markets
Rating: 4.8 ⭐
Perdagangan produk berleveraj adalah berisiko
6Eightcap logoEightcap
Rating: 4 ⭐
59.57% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini.
7Pepperstone logoPepperstone
Rating: 4.4 ⭐
72.9% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang
8IG logoIG
Rating: 3.9 ⭐
67% daripada akaun klien runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia pelaburan ini.
9AvaTrade logoAvaTrade
Rating: 4.7 ⭐
57% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang
10Axi logoAxi
Rating: 4.2 ⭐
Sebahagian besar akaun pelanggan runcit mengalami kerugian.

Perbandingan Komprehensif 10 Broker Forex Teratas dengan Akaun Demo

Broker ForexAkaun demo disediakan?Deposit MinimumPlatform PerdaganganPengawal Selia
1. FP MarketsYaUSD50 (AU$100)MetaTrader4, MetaTrader5, WebTrader, IRESS, cTrader, TradingViewASIC, CySEC, FSA (Seychelles), FSCA, FSA (St. Vincent dan Grenadines), SCB (Bahamas)
2. Fusion MarketsYa$0MetaTrader4, MetaTrader5, cTrader, DupliTrade, Fusion+ Salin dagangan, TradingViewDikawal selia oleh ASIC, FSA (Seychelles) dan VFSC (Vanuatu)
3. AvaTradeYaUSD100MetaTrader 4, MetaTrader 5, WebTrader, Aplikasi AvaTrade, AvaSocial, AvaOptions, DupliTradeFFAJ (Lesen No.1574), CySEC (No. 347/17), ISA (No. 514666577), IIROC, ADGM / FSRA (No.190018), CBI (No.C53877), BVIFSC (No. SIBA/L/13/1049), FSCA(No.45984), ASIC (No.406684), JFSA (No. 1662)
4. Plus500YaUSD100Platform proprietari, desktop dan mudah alihFSA (No.4.1-1/18), FCA (No. FRN 509909), CySEC (No.250/14), FMA (No.47546), SFSA (No. SD039), MAS (No. CMS100648), DFSA (No. F005651), ASIC (No. 417727), berdaftar dengan BaFin, SCB (SIA-F250)
5. Iron FXTidak$100MetaTrader 4, WebTrader, VPS, PMAM, TradeCopier, Aplikasi Mudah AlihFCA (no. lesen 585561), FSCA (no. lesen 45276), CySEC (no. lesen 125/10)
6. IGYa$0MetaTrader4, L2 Dealer, ProRealTime, perisian proprietari IG, TradingView,Pihak berkuasa kawal selia: ASIC, FCA, DFSA, CFTC, FMA, FINMA, BaFin, MAS, JFSA, FSCA, BMA (Bermuda)
7. PepperstoneYaUSD0MetaTrader 4, MetaTrader 5, cTrader, TradingViewDikawal selia oleh: ASIC (No. 414530), UK FCA (No. 684312), CySEC (No. 388/20), BaFin (No. 151148), DFSA (F004356), CMA (128), SCB Bahamas (SIA-F217), FSA (SD108)
8. TickmillTidak$100MT4, MT5, WebTrader, ZuluTrade, TradingViewCySEC (No. 278/15), FCA (733772), CONSOB (No.4310), BaFin (No.146511), ACPR (No.75473), CNVM (No.4082), FSA Seychelles (SD 008), FSCA (FSP 496511), 07DFSA (FSP 49464)
9. AdmiralsYaUSD100 (USD1 bagi akaun Invest MT5)MetaTrader4, MetaTrader5, WebTrader, MT Supreme Edition, StereoTraderDikawal selia oleh pihak berkuasa: CySEC (No. 201/13), ASIC (No. 410681), FCA (No. 595450), JSC (No. 57026), FSCA (No. FSP51311), EFSA (No. 4.1-1/46), CMA (No. 178), CIRO, FSA (No. SD073)
10. eToroYaUSD50 atau USD100 bergantung kepada negara (USD10 untuk UK, USD1 di AS)eToro Investing, Aplikasi eToro, TradingView, eToro CopyTrader, platform proprietariFCA, CySEC, ASIC, MFSA, FSRA, FSA, FINRA/FinCEN, AMF, SEC dan GFSC

13 Broker Teratas yang Menawarkan Akaun Demo

  1. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Pedagang yang mendaftar dengan Fusion Markets boleh menguji strategi perdagangan forex mereka dengan membuka akaun demo. Broker ini membenarkan anda membuka akaun demo Classic atau ZERO, membuat pilihan daripada platform perdagangan seperti MT4, MT5, cTrader dan TradingView.

    Jenis Akaun ZERO membolehkan anda berdagang dengan spread serendah 0 pip serta komisen tetap sebanyak $4.50 (pusingan penuh). Sementara itu, pengguna Akaun Classic akan menikmati struktur komisen yang telah dimasukkan ke dalam spread, dengan tambahan sebanyak 0.9 pip. Akaun demo Fusion Markets aktif selama 30 hari, selepas tempoh tersebut anda boleh memohon untuk mengaktifkannya semula secara percuma sebaik sahaja anda membuat deposit ke dalam akaun perdagangan sebenar. Anda juga boleh menambah jumlah dana maya ke dalam baki akaun demo mengikut keperluan anda. Perkhidmatan perdagangan salin Fusion+ buat masa ini tidak tersedia dalam format akaun demo.

    Gleneagle Asset Management Limited (ABN 29 103 162 278) yang beroperasi sebagai Fusion Markets, adalah penerbit Produk Fusion Markets yang diterangkan dalam komunikasi ini. Perdagangan dalam Produk Fusion Markets melibatkan potensi keuntungan serta risiko kerugian yang mungkin melebihi jumlah deposit awal anda dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Anda harus membaca dengan teliti semua Terma Perkhidmatan Produk Kewangan ini, Kenyataan Pendedahan Produk (PDS) dan Panduan Perkhidmatan Kewangan (disediakan di laman web kami), mempertimbangkan keadaan kewangan, keperluan dan objektif anda sendiri untuk melabur dalam Produk Fusion Markets ini dan mendapatkan nasihat kewangan bebas.
  2. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Anda boleh memulakan perjalanan perdagangan Forex anda dengan FP Markets, sebuah broker runcit yang berpengalaman dan boleh dipercayai, dikawal selia di Cyprus, Australia, Kenya, Mauritius dan Seychelles. Untuk membantu anda membiasakan diri dengan perdagangan Forex, FP Markets menawarkan a akaun demo berasaskan komisen dengan baki maya $100,000. Semua harga dan carta yang tersedia pada platform MT4 akan dipaparkan secara masa nyata, membolehkan anda menikmati pengalaman perdagangan forex yang realistik. Pelanggan FP Markets boleh memilih untuk membuka sama ada akaun demo Standard atau Raw dan membuka profil latihan mereka di platform MT4, MT5, cTrader atau TradingView.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan leveraj. 73.33% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko yang tinggi kehilangan wang anda.
  3. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    BlackBull Markets adalah pilihan yang sesuai untuk pedagang baharu dan pedagang yang ingin menguji strategi baharu tanpa risiko dan ia menawarkan akaun demo untuk platform MetaTrader 4, MetaTrader 5 dan cTrader. Pendaftaran akaun demo adalah proses mudah yang boleh diselesaikan oleh pelanggan baharu dalam masa kurang daripada 5 minit. Anda boleh mendaftar melalui e-mel, Google, Apple, atau menggunakan akaun Facebook anda.

    Akaun demo menyokong carta garis, candlestick atau bar. Ciri Market Watch memaparkan instrumen popular yang dipilih, tetapi pengguna boleh mengubah senarai itu dengan mudah.

    Akaun demo tamat selepas 30 hari, memberi anda masa yang mencukupi untuk meneroka pasaran dan ciri platform yang tersedia. Anda boleh beralih kepada perdagangan sebenar kemudian dengan akaun ECN Standard (deposit minimum $0, spread bermula 0.8 pip dan tanpa komisen) atau ECN Prime (deposit minimum $0 dan spread bermula 0.0 pip dengan komisen pusingan penuh sebanyak $6).

  4. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Di Pepperstone, pedagang boleh menikmati keadaan perdagangan terbaik, dengan lebih 1,400 pasaran dan pelbagai instrumen yang menawarkan pengalaman yang lancar bagi setiap jenis pedagang. Jika anda rasa tidak selesa untuk membuat pesanan dan membuat keputusan perdagangan menggunakan wang sebenar dengan serta-merta, anda boleh mencuba akaun demo Pepperstone.

    Ia adalah cara selamat dan tanpa risiko untuk meneroka platform Pepperstone, MT4, MT5, dan cTrader, dengan harga dan trend pasaran yang dikemas kini secara masa nyata untuk membantu anda membuat keputusan yang bermaklumat. Selain anda boleh belajar cara berdagang, akaun demo Pepperstone juga merupakan alat terbaik untuk menguji strategi forex anda. Akaun demo MT4/MT5 tamat tempoh selepas 60 hari kecuali anda mempunyai akaun sebenar dan memohon agar akaun demo tidak tamat tempoh. Akaun demo cTrader boleh digunakan tanpa had, dengan syarat anda log masuk sekurang-kurangnya sekali setiap 90 hari.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kerugian wang dengan cepat disebabkan leveraj. 72.9% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kerugian wang anda.
  5. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Sama ada untuk belajar cara berdagang atau sekadar membangunkan strategi perdagangan anda, akaun demo AvaTrade merupakan antara penyelesaian terbaik untuk membantu anda mencapai kejayaan dalam perdagangan forex. Pelanggan broker ini boleh membuka akaun demo tanpa had yang membolehkan mereka menguji platform MT4, MT5, dan platform WebTrader milik AvaTrade.

    Sekiranya anda gemar berdagang secara mudah alih, anda juga boleh membuka akaun demo melalui aplikasi mudah alih AvaTrade yang serasi dengan peranti yang menjalankan iOS 14.0 dan Android 7.0 atau versi lebih terkini. Bergantung kepada keutamaan anda, anda boleh memilih sama ada akaun demo standard atau akaun demo profesional, perbezaan utama kedua-dua jenis akaun ini terletak pada struktur harga perdagangan.

    CFD adalah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. 57% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus menilai sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  6. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Apabila anda bersedia untuk menceburi bidang pasaran forex, anda boleh mempercayai eToro untuk menawarkan keadaan perdagangan terbaik kepada setiap jenis pedagang. Selain itu, broker ini memberi pelanggannya peluang untuk memulakan usaha perdagangan mereka dengan akaun demo yang membolehkan mereka berdagang di pasaran langsung secara masa nyata tanpa mempertaruhkan wang sebenar.

    Akaun demo memberi pedagang akses segera ke platform proprietari eToro dan fungsinya, membolehkan pedagang baharu membiasakan diri seccara cepat dengan perdagangan. Akaun tersebut dimuatkan dengan $100,000 dalam dana maya, memberi anda banyak modal percuma untuk mengasah kemahiran perdagangan sendiri. Pedagang berpengalaman juga boleh menggunakan platform maya eToro untuk melatih strategi perdagangan mereka dan beralih ke akaun langsung apabila mereka bersedia untuk membuat pesanan menggunakan wang sebenar. Ciri CopyTrader sepenuhnya disediakan dalam persekitaran demo dan beroperasi dengan tepat seperti dalam perdagangan langsung.

    Instrumen CFD adalah rumit dan membawa risiko tinggi untuk kehilangan wang dengan cepat disebabkan leveraj. 61% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Pertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi, dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  7. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Sama ada anda baharu dalam perdagangan atau sekadar mencari jenama yang menawarkan keadaan terbaik untuk perdagangan, anda boleh mempercayai Plus500. Broker runcit yang berpengalaman ini memberi pelanggan akses kepada lebih daripada 2,800 pasaran yang boleh didagangkan, semuanya disediakan di platform proprietari miliknya. Untuk memahami dengan lebih baik ciri-ciri dan instrumen platform serta mengamalkan strategi perdagangan forex sendiri, anda boleh membuka akaun demo percuma dengan baki tanpa had.

    Untuk mula berlatih, anda hanya perlu memberikan e-mel dan kata laluan yang akan digunakan untuk log masuk ke akaun Plus500 anda. Pelanggan boleh menyesuaikan jumlah dana demo mereka dan menetapkannya semula pada bila-bila masa mereka mahu. Mereka boleh beralih dengan mudah antara akaun demo dan akaun perdagangan sebenar dan menguji mana-mana strategi yang mereka fikirkan.

    79% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu membuat pertimbangan sama ada mampu atau tidak menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  8. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Dengan pengalaman yang lancar untuk pedagang dari pelbagai latar belakang, IronFX adalah pilihan yang baik untuk sesi perdagangan anda. Untuk membantu mereka yang baharu dalam forex dan membolehkan pedagang berpengalaman menguji strategi perdagangan dengan selamat, IronFX menawarkan pilihan untuk membuka akaun demo.

    Proses membuka akaun demo adalah sangat mudah, dan membolehkan anda memilih antara jenis akaun demo Floating Spread dan STP/ECN Absolute Zero. Semasa menyediakan akaun demo anda, anda juga boleh memilih leveraj maksimum yang dikehendaki untuk meniru keadaan perdagangan yang sama seperti yang anda akan gunakan pada akaun sebenar. Akaun demo disediakan dalam beberapa mata wang asas, termasuk USD, EUR, ZAR, JPY, dan mBTC.

    Amaran Risiko: CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat disebabkan oleh leveraj. 67.62% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kerugian wang anda.
  9. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan
    9. IG

    Jika anda mencari broker yang boleh dipercayai sebagai langkah pertama anda dalam pasaran forex, anda boleh memilih IG dengan yakin. Sebagai salah seorang veteran dalam sektor perdagangan, IG menawarkan pelbagai alat yang baik untuk pedagang baharu, termasuk akaun demo dengan baki maya sebanyak $20,000 untuk latihan perdagangan latihan. Selain berguna untuk pedagang baharu, akaun demo IG juga merupakan pilihan yang sangat baik bagi pedagang berpengalaman yang ingin menguji strategi perdagangan forex mereka. Walaupun akaun demo standard IG tidak pernah tamat tempoh, akaun demo MT4 memerlukan aktiviti dan akan ditutup selepas 60 hari tidak aktif.

    CFD adalah instrumen yang kompleks. 67% akaun pelanggan runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia pelaburan ini. Anda boleh kehilangan wang anda dengan cepat akibat leveraj. Sila pastikan anda memahami cara produk ini berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang.
  10. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Anda akan dapat memanfaatkan perdagangan anda sepenuhnya jika menyertai Tickmill, sebuah broker runcit terkemuka yang memenuhi keperluan lebih daripada 490,000 pedagang di peringkat global. Jika anda memerlukan bantuan untuk langkah pertama anda dalam perdagangan forex, anda boleh memulakan perjalanan dengan akaun demo Tickmill. Ia membolehkan anda berdagang lebih daripada 180 instrumen CFD tanpa mempertaruhkan wang sebenar.

    Akaun demo forex dan CFD Tickmill membolehkan anda meneroka antara muka dan ciri platform MT4 dan MT5, membantu anda meningkatkan kemahiran perdagangan sendiri. Ingat, akaun demo di Tickmill akan luput jika anda tidak log masuk selama 7 hari. Setiap pelanggan berdaftar boleh membuka sehingga tujuh akaun demo. Kedua-dua akaun Classic berasaskan spread sahaja dan akaun Raw berasaskan komisen disediakan dalam format demo. EUR, USD, GBP, PLN, dan CHF adalah antara mata wang asas disokong yang boleh dipilih oleh pengguna akaun demo.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat disebabkan oleh leveraj. 70% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan Tickmill Europe Ltd. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kerugian wang anda.
  11. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Ditubuhkan pada tahun 2010, Global Prime adalah pilihan yang sangat baik untuk pedagang baharu dan mereka yang ingin menguji strategi baharu dalam persekitaran tanpa risiko. Akaun demo broker ini adalah percuma, dan tiada had pada jumlah wang maya yang boleh digunakan oleh pengguna untuk berlatih.

    Dari segi pemilihan instrumen, akaun demo menawarkan lebih daripada 150 pasangan mata wang, komoditi dan mata wang kripto. Apabila pelanggan sudah sedia untuk beralih kepada perdagangan langsung, mereka boleh memilih akaun Standard atau Raw. Akaun Standard mempunyai spread daripada 0.9 pip, manakala akaun Raw menawarkan spread serendah 0 pip.

    Global Prime adalah nama dagang FMGP Trading Group Pty Ltd (ABN 74 146 086 017) dan dikawal selia oleh ASIC serta diberi lesen untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan kewangan di Australia di bawah lesen perkhidmatan kewangan Australia No. 385620. Gleneagle Securities Pty Limited yang berdagang sebagai Global Prime FX, ialah sebuah syarikat Vanuatu berdaftar (Nombor Syarikat 40256) dan dikawal selia oleh VFSC. Laman web ini dimiliki dan dikendalikan oleh FMGP Trading Group Pty Ltd, ABN 74 146 086 017.
  12. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    ActivTrades ialah broker forex yang mesra pedagang baharu yang menyokong akaun demo selain pilihan akaun lain. Pedagang forex baharu boleh menguji platform broker tanpa mempertaruhkan dana sebenar melalui persekitaran akaun demo yang mensimulasikan keadaan pasaran sebenar dan dilengkapi dengan alat dan indikator lanjutan. Selain pedagang baharu, pilihan akaun ini juga sesuai untuk pedagang berpengalaman yang ingin menguji strategi baharu.

    Perkara terbaik mengenainya, akaun demo ActivTrades aktif untuk tempoh yang tidak terhad dan boleh diisi dengan $/€10,000 dalam dana maya. Akaun ini serasi dengan MT4, MT5 dan platform proprietari broker, membolehkan pengguna mengawal risiko dengan lebih baik melalui pesanan bracket dan trailing stop. Apabila pedagang yakin dengan kemahiran perdagangan sendiri, mereka boleh beralih dengan lancar ke akaun sebenar, dengan pilihan individu dan profesional. Akaun tanpa swap juga disediakan dan selaras dengan prinsip kewangan Islam.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. 82% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini.Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  13. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan
    13. Axi

    Pelanggan Axi boleh membuka akaun demo MT4 percuma dan memantapkan kemahiran mereka dengan $50,000 dalam dana maya. Pelbagai mata wang asas yang disokong, termasuk tetapi tidak terhad kepada AUD, EUR, PLN, USD, GBP dan CHF. Akaun demo pertama pelanggan tamat selepas 30 hari, tetapi jika pengguna membuka akaun sebenar, mereka boleh terus menguji strategi dengan akaun latihan yang kekal. Jenis pasaran merangkumi forex, saham, indeks dan komoditi, antara lain.

    Had leveraj Axi boleh mencecah 1:1000 di bidang kuasa seperti Malaysia. Bagi spread pula, spread akaun Standard bermula dari 0.8 pip. Memilih akaun Pro memberikan anda akses kepada spread bermula pada 0 pip. Axi dilesenkan oleh pengawal selia yang dipercayai seperti DFSA, CySEC dan ASIC.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. Kebanyakan akaun pelanggan runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD. Anda perlu menilai sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.

Apakah Akaun Perdagangan Demo?

Kebanyakan broker forex yang bereputasi akan membenarkan klien berdaftar membuka akaun demo sebelum mereka mula berdagang menggunakan dana sebenar. Alat seperti ini sangat berguna untuk pedagang baharu yang memerlukan bantuan dalam platform perdagangan, analisis, dan alat lain yang boleh membantu mereka membuat keputusan perdagangan yang lebih baik kemudian. Jenis akaun ini juga membantu pengguna membiasakan diri dengan antara muka broker, ciri khas, pasaran yang diliputi, dan alat perdagangan.

Kelebihan utama perdagangan demo (juga dikenali sebagai perdagangan simulasi) ialah anda akan menggunakan dana demo dan bukannya wang sebenar. Dengan itu, anda berpeluang untuk menguasai kemahiran perdagangan dan menerapkan pengetahuan yang anda telah pelajari dalam persekitaran tanpa risiko.

Namun, penting untuk dinyatakan bahawa aspek psikologi dalam perdagangan sebenar hilang apabila menggunakan akaun demo. Ketiadaan risiko kewangan yang sebenar sering menyebabkan pedagang baharu mengambil risiko yang tidak akan dipertimbangkan oleh mereka apabila berdagang menggunakan wang sebenar yang mengakibatkan penilaian yang tidak tepat terhadap strategi dan disiplin mereka. Ini mungkin kelemahan terbesar dalam perdagangan demo.

Selain menjadi penyelesaian yang baik untuk pedagang baharu forex, akaun demo juga digunakan oleh pedagang berpengalaman. Melalui perdagangan simulasi, klien boleh menguji strategi perdagangan dan memantau perkara yang akan berlaku apabila membuat jenis pesanan tertentu.

Bagaimana Akaun Demo Berfungsi?

Anda akan dapat melihat mana-mana jenama broker yang boleh dipercayai akan menawarkan pilihan untuk membuka akaun demo sebelum memilih akaun langsung yang memerlukan pembiayaan dompet perdagangan sebelum anda membuat sebarang pesanan. Akaun demo telah diisi dengan jumlah wang maya tertentu yang boleh digunakan untuk perdagangan demo anda.

Perdagangan demo banyak menggunakan kaedah perdagangan kertas (paper trading) yang klasik, di mana pedagang baharu akan merekodkan posisi hipotesis mereka secara manual, termasuk titik masuk dan keluar, seolah-olah mereka sedang berdagang pasaran forex yang sedang dianalisis. Paper trading yang bersifat fizikal dahulunya merupakan kaedah baik yang membolehkan pedagang berlatih membeli dan menjual, dan akaun demo dianggap sebagai versi moden bagi pendekatan ini.

Sama ada anda rugi atau untung, anda tidak akan mempertaruhkan (atau memperoleh) mana-mana dana sebenar. Apabila menggunakan akaun demo, pedagang baharu disarankan untuk mengikut strategi yang sama seperti yang mereka akan laksanakan semasa berdagang menggunakan wang sebenar. Ini bermaksud menilai risiko dan membuat pesanan yang anda selesa lakukan apabila membuka akaun perdagangan sebenar.

Bolehkah Pelabur Belajar dengan Menggunakan Akaun Demo?

Pedagang baharu dalam sektor perdagangan boleh mendapat manfaat daripada penggunaan akaun demo, ini kerana perdagangan jenis ini boleh mendidik pedagang tanpa memerlukan wang sebenar untuk melaksanakan perdagangan. Oleh kerana akaun demo mensimulasikan keadaan pasaran sebenar, pedagang yang tidak berpengalaman boleh memantau prestasi pesanan mereka seolah-olah mereka berdagang dengan akaun langsung.

Perdagangan simulasi juga berguna untuk membangunkan strategi. Walaupun anda dinasihatkan untuk berpegang kepada tahap risiko yang sama seperti yang anda selesa gunakan apabila berdagang dengan dana sebenar, anda boleh mempelbagaikan strategi semasa menggunakan akaun demo. Ini merupakan peluang yang baik untuk melihat kaedah perdagangan yang paling menguntungkan dan tidak kehilangan wang sebenar apabila sesuatu strategi gagal.

Pedagang juga boleh mencuba Expert Advisors (EA) pada akaun demo mereka dengan memasang robot perdagangan sama seperti pada akaun langsung. Setelah dipasang, EA boleh diuji, membolehkan pedagang mengesahkan kadar kejayaan alat perdagangan automatik tertentu tanpa mempertaruhkan wang sebenar.

Oleh kerana broker cenderung untuk menawarkan platform perdagangan yang berbeza, anda mungkin memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan ciri khusus setiap perisian perdagangan. Membuka akaun demo akan membantu anda mempelajari selok-belok setiap platform yang disokong oleh broker pilihan anda, membolehkan anda menggunakan pelbagai alat yang dapat menjadikan perdagangan anda lebih pantas, lancar, dan lebih berinformasi.

Jenis Akaun Demo Perdagangan

Walaupun akaun perdagangan demo boleh menjadi alat yang sesuai untuk pedagang yang kurang pengalaman, ia juga boleh menjadi alat berguna bagi pedagang yang ingin menaik taraf kepada jenis perdagangan forex yang berbeza. Oleh kerana banyak broker yang cenderung menawarkan pelbagai jenis akaun kepada pelanggannya, ia juga membenarkan pelanggan memulakan setiap jenis pengalaman perdagangan dengan akaun demo.

Akaun standard biasanya memenuhi keperluan pedagang runcit, menawarkan tiada keperluan deposit minimum, akses kepada pelbagai instrumen, tiada komisen, dan caj tambahan rendah yang disekalikan dalam spread. Keadaan perdagangan ini boleh direplikasi dengan mudah ke dalam akaun demo, memberi pedagang peluang untuk berlatih melaksanakan perdagangan yang berkemungkinan besar akan dilakukan oleh mereka apabila beralih kepada akaun perdagangan sebenar.

Dengan akaun standard yang selalunya mempunyai had pada leveraj dan jumlah perdagangan, pedagang boleh mempertimbangkan untuk menaik taraf kepada akaun perdagangan profesional atau akaun zero. Untuk layak membuka jenis akaun perdagangan ini, pelabur mesti memenuhi beberapa keperluan yang membuktikan mereka mempunyai dana untuk terlibat dalam perdagangan yang mempunyai volum tinggi.

Menariknya, banyak broker akan membenarkan pelanggan mereka membuka akaun demo profesional/zero yang mengenakan spread lebih rendah, selalunya bermula pada 0 pip. Dengan cara itu, pedagang boleh membiasakan diri dengan gaya perdagangan yang berbeza sebelum mereka mula bertaruh wang sebenar pada perdagangan berjumlah besar.

Menggunakan Bot dengan Akaun Perdagangan Demo

Pedagang boleh menjalankan bot forex apabila menggunakan akaun demo. Jenis perisian ini membolehkan pelabur membuat keputusan yang berinformasi, sesuatu yang mungkin sukar bagi mereka apabila masih baru dalam pasaran forex.

Robot ini akan menjana isyarat perdagangan, dan anda boleh mengujinya menggunakan akaun demo tanpa mempertaruhkan wang sebenar. Jika perdagangan yang anda lakukan berdasarkan cadangan bot forex itu terbukti berjaya, anda juga boleh bergantung kepada jenis perisian ini apabila anda membuka akaun perdagangan langsung.

Broker forex bergantung pada indikator pasaran, analisis, dan trend yang tepat untuk memberi cadangan pada perdagangan forex anda. Walau bagaimanapun, terpulang kepada anda untuk memilih sama ada untuk mempercayai bot atau membuat pesanan yang anda anggap lebih sesuai.

Walaupun ia bukan akaun demo sepenuhnya, kami juga ingin menyatakan tentang backtesting, iaitu satu alat yang disokong oleh beberapa platform perdagangan. Ia membolehkan anda menguji strategi perdagangan disebabkan penggunaan bot yang akan bergantung pada data pasaran sejarah untuk melaksanakan perdagangan yang anda akan lakukan. Bot akan menggunakan wang maya untuk melakukan perdagangan, membolehkan anda menilai kadar kejayaan strategi perdagangan yang anda rancang untuk laksanakan.

Apakah Jenis Akaun Demo Terbaik untuk Pedagang yang Kurang Berpengalaman?

Seperti yang dinyatakan tadi, broker akan membenarkan pelanggan membuka pelbagai jenis akaun demo yang boleh memenuhi keutamaan pelbagai pedagang. Dengan itu, jika anda tidak berpengalaman, anda mungkin tertanya-tanya tentang jenis variasi akaun yang sesuai untuk dimulakan. Bergantung pada pengetahuan dan matlamat perdagangan anda, anda mungkin ingin meneroka pilihan akaun yang berbeza.

Jika anda masih baru dalam perdagangan forex, anda mungkin ingin mencuba akaun demo STP standard. Ia sesuai terutamanya untuk pedagang baharu atau pedagang santai kerana akaun jenis STP ini mengikut model harga yang hanya berasaskan spread. Sementara itu, akaun profesional/zero membolehkan pesanan dengan spread yang lebih ketat, tetapi akan mengenakan komisen yang lebih tinggi, perkara ini juga perlu diambil kira.

Memandangkan kebanyakan broker akan membenarkan pelanggan membuka pelbagai jenis akaun, kami mencadangkan pedagang supaya mencuba semua akaun demo yang boleh diakses oleh mereka. Dengan cara itu, mereka boleh menentukan gaya perdagangan sendiri yang paling sesuai mengikut bajet, toleransi risiko, dan matlamat perdagangan keseluruhan masing-masing.

Ditulis oleh Z. Stefanova | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal