Laman Utama » Broker Forex Terbaik pada 2026 » Broker Forex yang Dikawal Selia oleh ASIC (Australia)

Broker Forex yang Dikawal Selia oleh ASIC (Australia)

Ditulis oleh Zornitsa Stefanova
Zornitsa Stefanova ialah seorang penganalisis forex dan kripto yang berpengalaman. Beliau juga mengulas pelbagai topik kewangan seperti perdagangan saham dan pelaburan persaraan.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (Australian Securities and Investments Commission – ASIC) ialah badan pengawal selia yang memantau operasi broker yang memberi perkhidmatan kepada pedagang Australia. Ia merupakan salah satu pengawal selia peringkat tinggi dalam industri dan kebenaran yang dikeluarkan oleh ASIC biasanya dianggap sebagai tanda operasi perdagangan yang mempunyai reputasi.

Di bawah ini, kami telah mengumpulkan senarai broker terbaik yang beroperasi di bawah lesen yang dikeluarkan oleh badan pengawas Australia ini. Jenama yang disenaraikan ini mendapat penilaian cemerlang dalam aspek berbeza, termasuk pilihan instrumen boleh dagang, platform perdagangan yang disokong, pembayaran yang lancar, harga yang kompetitif dan perlindungan pelanggan yang bertaraf tinggi.

1Plus500 US logoPlus500 US
Rating: 4.2 ⭐
Kandungan ini hanya terpakai kepada Plus500 US dan pelanggan dari Amerika Syarikat. Perdagangan niaga hadapan melibatkan risiko kerugian.
Penilaian Tertinggi
2eToro logoeToro
Rating: 4.2 ⭐
50% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
3Fusion Markets logoFusion Markets
Rating: 4.8 ⭐
74-89% daripada akaun CFD pelabur runcit kehilangan wang
4FP Markets logoFP Markets
Rating: 4.9 ⭐
73.33% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
5Eightcap logoEightcap
Rating: 4 ⭐
59.57% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini.
6Pepperstone logoPepperstone
Rating: 4.4 ⭐
72.9% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang
7XM Group logoXM Group
Rating: 2.7 ⭐
72.82% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian wang
8IG logoIG
Rating: 3.9 ⭐
67% daripada akaun klien runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia pelaburan ini.
9AvaTrade logoAvaTrade
Rating: 4.7 ⭐
57% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang
10FXCM logoFXCM
Rating: 4.5 ⭐
70% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian

Kedudukan Broker Forex yang Dikawal Selia oleh ASIC Mengikut Skor Trustpilot

Perbandingan Komprehensif 9 Broker Forex Teratas yang Dikawal Selia oleh ASIC

ASIC Broker ForexPlatform PerdaganganLeveraj MaksimumRating Trust Pilot№ Lesen
1. FP MarketsMetaTrader4, MetaTrader5, WebTrader, IRESS, cTrader, TradingView1:30 (Runcit)
1:500 (Profesional)
4.9 ⭐286354
2. Fusion MarketsMetaTrader4, MetaTrader5, cTrader, DupliTrade, Fusion+ Salin dagangan, TradingView1:30 (Asas)
1:500 (Profesional)
4.8 ⭐385620
3. AvaTradeMetaTrader 4, MetaTrader 5, WebTrader, Aplikasi AvaTrade, AvaSocial, AvaOptions, DupliTrade1:30 (biasa)
1:400 (profesional)
4.7 ⭐406684
4. FXCMMetaTrader 4, TradingView Pro, Stesen Dagangan, Capitalise.ai1:30 (pasangan forex utama)4.5 ⭐309763
5. PepperstoneMetaTrader 4, MetaTrader 5, cTrader, TradingView1:30 (runcit)
1:500 (profesional)
4.4 ⭐414530
6. Plus500Platform proprietari, desktop dan mudah alih1:30 (runcit)
1:300 (profesional) *Pelanggan profesional hilang hak ICF mereka
4.2 ⭐417727
7. EightcapMetaTrader4, MetaTrader5, WebTrader, TradingView, Capitalise.ai, FlashTrader1:30 (Runcit)
1:500 (Profesional)
4.2 ⭐391441
8. IGMetaTrader4, L2 Dealer, ProRealTime, perisian proprietari IG, TradingView,1:30 (pasangan utama)3.9 ⭐515106
9. AdmiralsMetaTrader4, MetaTrader5, WebTrader, MT Supreme Edition, StereoTrader1:30 (akaun runcit)
1:500 (akaun profesional)
3.8 ⭐410681

12 Broker Teratas yang Dilesenkan oleh ASIC

  1. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Fusion Markets adalah salah satu broker forex terbaik yang mudah dipilih oleh penduduk Australia untuk berdagang. Dilancarkan pada tahun 2019, broker ini telah memperoleh pengalaman yang mencukupi untuk mengetahui cara menyediakan keadaan perdagangan terbaik untuk pelanggannya. Forex menawarkan lebih daripada 90 pasangan mata wang, termasuk pasangan mata wang utama, sekunder, dan eksotik. Selain perdagangan forex, Fusion Markets juga merangkumi pasaran seperti logam, indeks, tenaga dan komoditi lembut, kripto, dan CFD ke atas saham AS.

    Peniaga Australia juga berpeluang untuk menyertai Fusion Markets dan menikmati beberapa keadaan perdagangan terbaik dalam talian. Dilesenkan sepenuhnya dan dikawal selia oleh ASIC, Fusion Markets menyediakan khidmat perdagangan Forex di bawah Lesen Perkhidmatan Kewangan Australia No. 385620. Seperti mana-mana broker bereputasi yang dilesenkan di Australia, Fusion Markets menawarkan perlindungan baki negatif kepada pelanggannya. Manakala, leveraj maksimum yang disediakan untuk pasangan mata wang utama bagi pelanggan runcit tidak boleh melebihi 1:30. Pedagang profesional boleh meningkatkan nisbah leveraj mereka sehingga 1:500.

    Gleneagle Asset Management Limited (ABN 29 103 162 278) yang beroperasi sebagai Fusion Markets, adalah penerbit Produk Fusion Markets yang diterangkan dalam komunikasi ini. Perdagangan dalam Produk Fusion Markets melibatkan potensi keuntungan serta risiko kerugian yang mungkin melebihi jumlah deposit awal anda dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Anda harus membaca dengan teliti semua Terma Perkhidmatan Produk Kewangan ini, Kenyataan Pendedahan Produk (PDS) dan Panduan Perkhidmatan Kewangan (disediakan di laman web kami), mempertimbangkan keadaan kewangan, keperluan dan objektif anda sendiri untuk melabur dalam Produk Fusion Markets ini dan mendapatkan nasihat kewangan bebas.
  2. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Berpangkalan di New South Wales, FP Markets menyertai industri perdagangan forex pada tahun 2005 dan kini merupakan antara broker terkemuka yang memberi perkhidmatan kepada ribuan pedagang. Dengan pelbagai pilihan akaun yang ditawarkan, broker ini menyediakan spread ketat serendah 0.0 pip serta komisen sebanyak USD 3 bagi setiap sisi untuk akaun Raw. Pedagang Australia juga berpeluang meneroka pelbagai pasaran yang ditawarkan oleh FP Markets memandangkan jenama ini telah diberi kebenaran untuk beroperasi oleh ASIC.

    Selain perlindungan baki negatif, pedagang Australia turut mempunyai akses kepada pelbagai alat keselamatan yang dapat mengehadkan kerugian serta membantu mengurus dan melindung nilai tahap risiko mereka. Di bawah Lesen No. 286354, FP Markets memastikan pematuhan terhadap garis panduan pengawalseliaan ASIC dan menawarkan keadaan perdagangan terbaik kepada pelanggan Australia. Untuk mengesahkan butiran kawal selia FP Markets, pedagang boleh menyemak maklumat syarikat tersebut dalam daftar lesen rasmi ASIC

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan leveraj. 73.33% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko yang tinggi kehilangan wang anda.
  3. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Dilancarkan pada tahun 2010, Pepperstone telah beroperasi dalam sektor perdagangan forex selama lebih daripada satu dekad dan telah menyediakan keadaan perdagangan terbaik secara dalam talian kepada pedagang. Jenama ini memenuhi keperluan pelabur dari lebih 160 negara, dengan lesen ASIC yang membenarkan operasinya di Australia. Anda boleh berdagang 93 pasangan mata wang, menggunakan platform perdagangan popular seperti MT4, MT5, TradingView, cTrader, dan juga penyelesaian perdagangan proprietari yang disediakan untuk para pedagang.

    Pepperstone mempunyai pejabat berdaftar di Docklands, Melbourne dan diberi kuasa untuk menawarkan perkhidmatan kewangan kepada penduduk Australia dengan lesen (no. 414530) yang dikeluarkan oleh ASIC. Mereka yang ingin mengesahkan kesahihan lesen dan kebenaran broker yang dikeluarkan oleh ASIC boleh menyemak profil jenama ini di laman web rasmi pengawal selia Australia.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kerugian wang dengan cepat disebabkan leveraj. 72.9% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kerugian wang anda.
  4. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Pedagang Australia yang mencari broker yang boleh dipercayai untuk sesi perdagangan forex mereka boleh melayari laman web AvaTrade. Di laman webnya, mereka boleh memilih daripada platform perdagangan popular serta berdagang 53 pasangan mata wang yang berbeza. Spread yang rendah dan struktur komisen yang kompetitif menjadikan AvaTrade sebagai pilihan ideal untuk perdagangan forex. Pada masa yang sama, keselamatan dana anda terjamin memandangkan broker yang berpangkalan di Sydney ini mematuhi syarat pengawalseliaan yang ditetapkan oleh ASIC.

    Bagi menyediakan perkhidmatan kewangan kepada pedagang yang berpangkalan di Australia, AvaTrade beroperasi di bawah No. 406684. Entiti broker ini di Australia dikendalikan oleh Ava Capital Markets Australia Pty Ltd. Selaras dengan garis panduan pengawalseliaan yang dikenakan oleh pengawal selia Australia, AvaTrade telah melaksanakan pelbagai alat keselamatan, termasuk perlindungan baki negatif untuk semua akaun perdagangan runcit. Had leveraj runcit juga ditetapkan pada 1:30, sejajar dengan garis panduan ASIC.

    CFD adalah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. 57% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus menilai sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  5. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan
    5. IG

    Broker seterusnya dalam senarai kami yang dikawal selia oleh ASIC ialah IG yang merupakan antara nama paling popular dalam industri perdagangan global. Ahli-ahli IG diberikan akses kepada lebih daripada 18,000 pasaran, termasuk saham, ETF, komoditi, indeks, mata wang kripto dan forex. Melalui platform perdagangan proprietari broker ini, pedagang forex boleh memilih daripada 101 pasangan mata wang, merangkumi pasangan utama, minor serta beberapa pilihan eksotik.

    agi memenuhi keperluan pedagang Australia, IG telah diberi kebenaran untuk beroperasi oleh ASIC dan menyediakan perkhidmatannya di bawah Lesen No. 515106. Sekiranya anda ingin mengesahkan status pengawalseliaan ASIC bagi syarikat ini, anda boleh menyemak profil broker ini di laman web rasmi pengawal selia tersebut. Sebagai ahli sah dalam pasaran kewangan terkawal di Australia, IG telah melaksanakan pelbagai alat dan langkah perlindungan untuk melindungi pelanggannya. Oleh itu, dana pedagang disimpan dalam akaun bank berasingan, dan pemegang akaun runcit tidak dibenarkan berdagang dengan leveraj melebihi 1:30 bagi pasangan mata wang utama dan 1:20 bagi pasangan bukan utama.

    CFD adalah instrumen yang kompleks. 67% akaun pelanggan runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia pelaburan ini. Anda boleh kehilangan wang anda dengan cepat akibat leveraj. Sila pastikan anda memahami cara produk ini berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang.
  6. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Pelanggan yang memilih XM akan menikmati pengalaman perdagangan yang lancar dan cekap. Dilancarkan pada tahun 2009, syarikat ini telah mengumpul pengalaman dalam bidang ini dan kini merupakan salah satu broker forex terkemuka di Australia. Untuk memastikan pedagang mempunyai banyak pilihan, XM menawarkan lebih daripada 50 pasangan mata wang untuk didagangkan.

    Walaupun komisen yang rendah dan spread yang ketat serta kompetitif perlu dinyatakan, kami juga ingin menekankan keselamatan dana semasa berdagang dengan XM. Jenama ini beroperasi di bawah lesen no. 443670 yang dikeluarkan oleh ASIC. Kesahihan lesen serta status kawal selia jenama boleh disahkan di laman web rasmi pengawal selia.

    Amaran risiko: CFD adalah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. 72.82% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus menilai sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  7. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Satu lagi broker teratas yang kami boleh cadangkan kepada pedagang Australia ialah Plus500 yang telah menyediakan antara syarat perdagangan terbaik dalam talian sejak penubuhannya pada tahun 2008. Jenama ini menawarkan pelanggan dengan pelbagai pasaran, pilihan forex yang membolehkan perdagangan CFD pada 67 pasangan mata wang dan 8 kontrak niaga hadapan forex. Pelanggan Plus500 boleh menikmati nilai terbaik dalam perdagangan mereka, dengan spread yang rendah dan tanpa komisen yang menjadi antara beberapa kelebihan yang ditawarkan oleh jenama ini kepada pelanggannya.

    Selain diberi lesen untuk beroperasi di Australia, Plus500 mengamalkan tahap ketelusan yang tinggi dengan menyatakan butiran seperti nombor lesen dan pengawal selia dengan jelas. Broker ini telah diberi kuasa untuk beroperasi oleh ASIC di bawah lesen no. 417727. Jika anda ingin mengesahkan lagi kesahihan lesennya, anda boleh menyemak profil syarikat di ASIC.

    *Maklumat ini TIDAK akan terpakai kepada penduduk EU yang akan diberi perkhidmatan oleh anak syarikat Plus500 Group di EU, seperti Plus500CY Ltd, yang diberi kuasa oleh CySEC (Reg. 250/14). Keperluan pengawalseliaan yang berbeza dikenakan di Eropah seperti had leveraj dan sekatan bonus.

    79% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu membuat pertimbangan sama ada mampu atau tidak menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  8. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Terdapat beberapa faktor yang menjadikan Eightcap destinasi terbaik untuk perdagangan forex anda. Pilihan lebih daripada 800 instrumen perdagangan, platform perdagangan yang popular seperti MT4, MT5, dan TradingView, serta perlindungan pedagang bertaraf tinggi hanyalah beberapa elemen yang membentuk persekitaran perdagangan yang sangat baik untuk pedagang dari seluruh dunia. Pedagang forex dari Australia pastinya gembira kerana broker ini menawarkan CFD ke atas 56 pasangan mata wang, dengan spread dan kadar komisen yang kompetitif disediakan untuk pelbagai jenis instrumen.

    Untuk memastikan pengalaman perdagangan yang selamat, Eightcap memastikan pematuhan kepada syarat peraturan ketat yang dikenakan oleh ASIC. Jika anda melayari laman web rasmi broker, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang lesen-lesennya, dengan operasi di Australia yang diberi kebenaran melalui AFSL no. 391441. Maklumat terperinci tentang syarikat juga boleh didapati dalam daftar rasmi ASIC.

    CFD adalah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. 76.09% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  9. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan
    9. FXCM

    Apabila berkaitan perdagangan Forex, berbaloi untuk mempercayai jenama yang berpengalaman seperti FXCM. Broker ini memulakan perniagaannya pada tahun 1999, menjadikannya salah satu perintis dalam bidang ini. Dengan beberapa pengawal selia yang memberi kuasa kepada operasi broker ini, FXCM juga telah memperoleh lesen perkhidmatan kewangan daripada ASIC (no. 309763), dikeluarkan untuk syarikat induknya,  Stratos Trading Pty Limited.

    Berikutan langkah pengawalseliaan yang ketat, FXCM memastikan perlindungan bagi pelanggan Australia melalui had leveraj, perlindungan baki negatif, dan mekanisme lain yang dapat mengimbangi tahap risiko semasa berdagang pelbagai aset. Ketelusan menjadi keutamaan broker ini, oleh itu anda dengan mudahnya boleh mencari maklumat tentang pengawal selia dan lesen yang diperolehinya daripada pelbagai bidang kuasa. Sebagai kemudahan, pedagang Australia juga boleh melayari laman web rasmi ASIC dan menyemak perincian syarikat FXCM.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat disebabkan oleh leveraj. 70% akaun pelabur runcit mengalami kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kerugian wang anda.
  10. Admiral Markets, yang baru-baru ini membuat penjenamaan semula kepada Admirals, merupakan satu lagi jenama broker bereputasi yang kami boleh cadangkan kepada pedagang Australia. Broker ini melancarkan perkhidmatan kewangannya pada tahun 2001 dan kini menawarkan lebih daripada 8,000 instrumen perdagangan kepada pelanggan global. Pedagang Australia juga akan mendapat akses ke pelbagai pasaran yang disokong oleh Admirals, dengan AFSL no. 410681 yang membenarkan operasi broker ini di Australia.

    Pelabur Forex akan diberi peluang untuk memilih daripada 82 pasangan mata wang, termasuk pasangan utama, sekunder dan eksotik yang popular. Spread rendah dan komisen kompetitif juga antara kelebihan yang boleh dinikmati oleh pedagang Australia selepas mereka menjadi pelanggan Admirals. Broker ini mengenakan komisen sehingga $3 setiap sisi untuk forex serta logam dan $1 setiap sisi untuk tenaga yang didagangkan melalui akaun Zero MT4 dan MT5. Dikawal selia oleh ASIC, Admirals memastikan pematuhan peraturan yang ketat untuk menjadikan perdagangan adil dan selamat, itulah sebabnya leveraj melebihi 1:30 tidak akan disediakan untuk akaun perdagangan runcit. Jika anda ingin mengesahkan status kawal selia broker ini, anda boleh menyemak profilnya di laman web rasmi ASIC.

    Instrumen CFD adalah kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan penggunaan leveraj. 73% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  11. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Global Prime ialah broker kos rendah yang memenuhi keperluan peminat forex Australia dengan menawarkan 56 pasangan mata wang dan spread serendah 0.9 pip (Standard) dan 0 pip (Raw). Selain Forex, pilihan instrumen Global Prime termasuk CFD pada mata wang kripto, bon, komoditi, indeks, dan saham AS. Syarikat ini beroperasi di bawah lesen ASIC bernombor 385620.

    Disebabkan lesen ASIC yang diterima oleh broker ini, leveraj yang ditawarkan kepada pelanggan runcit dihadkan kepada 1:30. Dari segi platform, pedagang Australia boleh memilih antara MT4 dan MT5. Perkhidmatan VPS turut disediakan. Kami juga ingin menekankan bahawa pasukan sokongan pelanggan Global Prime bersedia membantu pelanggan pada bila-bila masa, tujuh hari seminggu.

    Global Prime adalah nama dagang FMGP Trading Group Pty Ltd (ABN 74 146 086 017) dan dikawal selia oleh ASIC serta diberi lesen untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan kewangan di Australia di bawah lesen perkhidmatan kewangan Australia No. 385620. Gleneagle Securities Pty Limited yang berdagang sebagai Global Prime FX, ialah sebuah syarikat Vanuatu berdaftar (Nombor Syarikat 40256) dan dikawal selia oleh VFSC. Laman web ini dimiliki dan dikendalikan oleh FMGP Trading Group Pty Ltd, ABN 74 146 086 017.
  12. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan
    12. Axi

    Axi adalah salah satu pilihan teratas untuk perdagangan Forex dan CFD serta boleh beroperasi di pelbagai pasaran kerana lesen yang diperoleh daripada pengawal selia peringkat tinggi. Penduduk Australia juga boleh mengakses koleksi Axi yang mengandungi lebih daripada 260 instrumen boleh dagang kerana broker ini telah dibenarkan beroperasi oleh ASIC (lesen no. 318232). Entiti ASIC bagi broker ini menawarkan pelanggan runcit dua pilihan akaun, iaitu akaun standard dan akaun pro. Akaun pertama membolehkan perdagangan dengan spread bermula daripada 0.9 pip dan tanpa komisen yang dikenakan ke atas perdagangan.

    Sementara itu, akaun kedua membolehkan perdagangan dengan spread lebih ketat daripada 0.0 pip dan komisen pusingan penuh yang kecil sebanyak $7 setiap lot. Akaun runcit boleh dibuka dalam salah satu daripada sepuluh mata wang asas, termasuk AUD, EUR, GBP, NZD dan USD. Leveraj runcit maksimum untuk instrumen forex ialah 1:30, tetapi penduduk Australia yang memenuhi kriteria tertentu boleh membuka akaun Wholesale Elite yang membenarkan perdagangan dengan leveraj sehingga 1:400, spread yang rendah daripada 0.0 pip, dan komisen pusingan penuh hanya $3.50 setiap lot.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. Kebanyakan akaun pelanggan runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD. Anda perlu menilai sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.

Tentang Pengawal Selia

ASIC ditubuhkan sebagai badan pengawal selia di Australia pada tahun 1998, manakala peranan dan fungsinya telah diperuntukkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia 2001. Untuk layak beroperasi di Australia, broker mesti mendapatkan lesen yang dikeluarkan oleh ASIC. Bagi tujuan tersebut, broker dikehendaki memenuhi beberapa syarat yang memastikan keadaan perdagangan yang selamat dan adil untuk pedagang Australia.

Selain mengeluarkan lesen, ASIC juga bertanggungjawab dalam mengambil tindakan pengawalseliaan pada setiap kali syarikat gagal memastikan keadaan perdagangan yang betul untuk pelanggannya, atau ia telah melanggar mana-mana peraturan dan garis panduan perdagangan yang dikenakan oleh ASIC. Sekiranya berlaku salah laku, pengawal selia boleh mengenakan penalti kewangan atau membatalkan lesen operasi sesuatu entiti. Badan pengawal selia ini juga turut terlibat dalam proses memperkenalkan peraturan baharu yang berkaitan dengan pasaran kewangan di Australia.

Ketelusan adalah faktor penting dalam khidmat perdagangan yang dijalankan di Australia. Oleh itu, pedagang boleh mencari maklumat lesen tentang mana-mana syarikat yang dikawal selia oleh ASIC di laman web rasmi pihak berkuasa ini. Sementara itu, berita tentang sebarang tindakan pengawalseliaan terkini juga boleh didapati di halaman web ASIC, memastikan rakyat Australia sentiasa dimaklumkan tentang topik berkaitan perdagangan.

Selain memberi lesen kepada broker yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan Australia, ASIC juga melindungi pedagang dengan menerbitkan senarai amaran pelabur. Sumber ini membolehkan pemeriksaan latar belakang yang pantas ke atas syarikat yang mungkin menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat Australia. Senarai itu merangkumi kedua-dua broker yang tidak dikawal selia yang mensasarkan pedagang Australia dan juga entiti penipuan yang menyamar sebagai jenama perdagangan popular. Jika carian anda untuk syarikat tertentu pada senarai itu tidak menemui hasil, itu adalah petanda yang baik, bermakna ia tidak ditandakan sebagai ‘Unlicensed’ atau ‘Imposter’ oleh pihak berkuasa Australia.

Memandangkan ASIC tegas dalam mengekalkan integriti dan keseimbangan pasaran kewangan di Australia, organisasi ini sentiasa memantau entiti berlesen, melaksanakan penalti yang diperlukan pada setiap kali berlaku pelanggaran keperluan pengawalseliaan yang ditetapkan. Pedagang juga boleh melaporkan sebarang kes salah laku kepada pengawal selia Australia. Anda boleh membaca lebih lanjut tentang cara ASIC mengendalikan laporan salah laku di sini.

Setiap kali pedagang mempunyai aduan tentang broker yang dikawal selia oleh ASIC, mereka terlebih dahulu mesti cuba menyelesaikan masalah itu dengan menghubungi pasukan broker. Setiap entiti yang beroperasi di bawah pengawalseliaan ASIC dikehendaki melaksanakan langkah penyelesaian pertikaian dalaman (Internal Dispute Resolution – IDR), menawarkan potensi penyelesaian bagi kebanyakan isu kepada pedagang. Jika broker gagal menyelesaikan aduan pedagang, aduan tersebut boleh dirujuk kepada Australian Financial Complaints Authority (AFCA) yang menawarkan bantuan dalam menyelesaikan pertikaian antara pengguna dan institusi kewangan, termasuk broker yang dikawal selia oleh ASIC.

Keperluan untuk Mendapatkan Kelulusan Lesen

Salah satu sebab ASIC dianggap sebagai salah satu pengawal selia paling berwibawa dalam bidang forex adalah kerana proses pelesenan yang ditetapkannya untuk broker Australia. Untuk diberi kebenaran menawarkan khidmat kewangan, termasuk perdagangan forex, kepada pelabur-pelabur di Australia, broker dikehendaki untuk memenuhi beberapa syarat bagi membuktikan kelayakannya menjalankan perniagaan tersebut dan memastikan dana pelanggan dilindungi dengan selamat.

Proses permohonan lesen agak mudah, tetapi syarikat akan diminta untuk memberikan set dokumen yang akan membuktikan kelayakannya untuk menerima kelulusan daripada ASIC. Dalam semakan ini, kami akan membincangkan keperluan asas pelesenan dan pematuhan yang perlu dipenuhi oleh broker forex untuk dilesenkan oleh ASIC.

  1. Keperluan Modal Minimum: Mengikut pindaan terkini yang diperkenalkan dalam sektor perkhidmatan kewangan di Australia, bagi melayakkan sebuah syarikat menawarkan perkhidmatan forex kepada rakyat Australia, syarikat tersebut mesti memiliki sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatannya atau minimum AU$1 juta dalam bentuk aset ketara bersih (Net Tangible Assets – NTA). Sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah NTA syarikat mesti disimpan dalam bentuk tunai atau setara tunai.
  2. Kemas Kini NTA Berkala: Selepas memperoleh lesen daripada ASIC, entiti dikehendaki menyediakan kemas kini terperinci tentang NTA syarikat pada akhir tahun. Dokumen ini dihantar bersama penyata kewangan lain yang membuktikan pendapatan broker dan keupayaannya untuk meneruskan operasi. Laporan suku tahunan aliran tunai untuk 12 bulan akan datang juga perlu dihantar secara berkala.
  3. Keperluan Pendaftaran di Australia: Untuk layak mendapat lesen forex daripada ASIC, broker, termasuk broker asing, mesti mempunyai pejabat yang terletak di Australia. Entiti berlesen mesti mempunyai sekurang-kurangnya sebahagian pelanggan majoriti yang merupakan warganegara Australia.
  4. Keperluan Lesen Bukan Australia: Broker yang berlesen oleh ASIC dan menerima pelanggan dari negara di luar Australia dikehendaki untuk mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh badan pengawal selia yang berpangkalan di bidang kuasa pelanggan masing-masing.
  5. Pengasingan Dana Pelanggan: Broker forex mesti menyimpan dana pelanggan dalam akaun amanah yang berasingan daripada modal syarikat. Memandangkan pengawal selia tidak membenarkan broker menggunakan wang pelanggan sebagai modal kerja, syarikat berlesen mesti menggunakan modal sendiri untuk melindungi risiko yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan kewangan.
  6. Pelaksanaan Perdagangan yang Selamat dan Adil: Broker yang berlesen di Australia mesti menjadi ahli Australian Financial Complaints Authority (AFCA). Pemegang lesen juga mesti melantik Pengurus Bertanggungjawab dan memastikan pelaksanaan skim penyelesaian pertikaian dalaman. Keselamatan siber juga mesti dijamin oleh broker yang dikehendaki untuk melaksanakan dasar, teknologi, dan alat-alat lain yang melindungi maklumat sensitif dan dana pelanggan.

Secara amnya, jika seorang broker memenuhi semua keperluan pelesenan, proses semakan permohonan dan pengeluaran lesen ASIC akan mengambil masa antara 120 dan 140 hari. Yuran yang berkaitan dengan proses pelesenan biasanya berada dalam lingkungan antara AU$35,000 dan AU$50,000.

ASIC (Australian Securities & Investments Commission – Suruhanjaya Sekuriti & Pelaburan Australia)
Yuran permohonanUntuk badan korporat, antara AU$3,721 dan AU$5,025 (dalam talian). Antara AU$5,582 dan AU$7,537 (pengemukaan dokumen secara fizikal).
Keperluan modal minimumAntara AU$500,000 dan AU$1,000,000
Tempoh penilaian permohonanSekurang-kurangnya 6 bulan
Kehadiran fizikal diperlukanYa
Pekerja utamaPengurus Bertanggungjawab
Kadar cukai korporat30%
Pengasingan dana pelangganWajib
Skim perlindungan pelaburAU$10,000 setahun bagi setiap syarikat (runcit)
Keperluan lainLangkah Antipengubahan Wang Haram (AML), Keperluan Solvensi, Penguatkuasaan Had Leveraj (contoh sehingga 1:30 untuk Forex), Latihan dan Kompetensi Penasihat Kewangan dan Wakil yang Diberi Kuasa, serta Keperluan untuk Mempunyai Mekanisme Penyelesaian Pertikaian dan Pampasan yang Mencukupi

Adakah Wang Anda Dilindungi

Pedagang Australia boleh yakin bahawa dana mereka akan sentiasa dilindungi sewajarnya, dengan syarat broker yang mereka pilih itu dikawal selia dan berlesen oleh ASIC. Sebahagian besar syarat pelesenan yang perlu dipenuhi oleh broker diwujudkan khusus untuk memastikan wang pedagang sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Seperti yang telah dinyatakan, terdapat keperluan modal minimum yang mesti dipenuhi oleh broker untuk melayakkannya memohon lesen ASIC. Sehingga 2013, modal minimum yang boleh melayakkan broker untuk mendapatkan lesen operasi adalah AU$50,000. Tempoh antara tahun 2013 dan Februari 2014 memperkenalkan perubahan dalam syarat modal minimum, mewajibkan pemohon lesen memiliki 5% daripada pendapatannyaa atau minimum AU$500,000 sebagai NTA. Sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah itu mesti dalam bentuk tunai atau setara tunai.

Mulai Februari 2014, susulan norma Basel Ⅲ untuk pendapatan dan modal, keperluan modal minimum telah ditingkatkan dengan ketara. Syarat untuk memiliki 50% daripada jumlah NTA dalam bentuk tunai atau setara tunai diperkenalkan sebagai langkah untuk mengatasi sebarang kerugian yang tidak dijangka. Oleh kerana dana pelanggan dipegang dalam akaun bank berasingan, kerugian sedemikian hanya ditampung melalui modal operasi syarikat itu sendiri.

Sejak Mac 2021, broker Forex yang dilesenkan oleh ASIC dikehendaki untuk mengenakan had margin (leveraj) wajib pada akaun perdagangan runcit. Langkah ini diperkenalkan sebagai alat pengurusan risiko untuk memberikan perlindungan tambahan kepada pedagang kurang berpengalaman yang mungkin mempunyai toleransi rendah terhadap perdagangan berisiko tinggi. Di bawah ini ialah senarai had leveraj runcit ASIC di Australia:

  • CFD pasangan mata wang utama: 1:30
  • CFD pasangan mata wang kecil, CFD emas, CFD indeks pasaran saham utama: 1:20
  • CFD komoditi (selain emas), CFD indeks pasaran saham kecil: 1:10
  • CFD saham individu dan CFD aset lain: 1:5
  • CFD mata wang kripto: 1:2

ASIC juga mengkehendaki broker berlesen melaksanakan alat dan langkah seperti penutupan margin dan perlindungan baki negatif. Langkah pertama mengkehendaki broker menutup sebarang posisi jika margin turun kepada 50% daripada tahap margin yang dikehendaki. Langkah kedua memastikan perdagangan dengan leveraj yang tinggi tidak akan menyebabkan kerugian melebihi jumlah dana yang telah didepositkan oleh pedagang ke dalam akaun mereka.

Soalan lazim

  • Bagaimanakah rakyat Australia memastikan mereka berdagang dengan broker Forex yang bereputasi?

    Pedagang Australia mesti sentiasa memilih broker forex yang dilesenkan oleh ASIC. Ini akan memastikan dana mereka dilindungi dengan baik dan akan mendapat akses kepada alat seperti penutupan margin dan perlindungan baki negatif.

  • Bagaimana saya boleh menyemak sama ada lesen broker itu sah?

    Anda boleh pergi ke bahagian Professional Register di laman web ASIC dan memasukkan sama ada nama pengendali broker atau nombor lesen yang dilihat di laman web broker tersebut. Dalam bahagian yang meminta daftar tertentu, pilih Australian Financial Services Licensee, kemudian klik Search. Sebarang maklumat berkaitan lesen broker akan dipaparkan, membolehkan anda mengesahkan kesahihan kebenaran lesen ASIC miliknya.

  • Ada sebarang had leveraj yang dikenakan ke atas perdagangan forex dengan broker ASIC?

    Ya. ASIC telah memperkenalkan had leveraj mandatori bagi perdagangan forex, di mana setiap broker berlesen dikehendaki mematuhi peraturan ketat ini. Pedagang boleh menggunakan leveraj maksimum sehingga 1:30 bagi pasangan mata wang utama dan sehingga 1:20 bagi pasangan mata wang kecil.

  • Bolehkah orang Australia menggunakan leveraj yang lebih tinggi apabila berdagang dengan broker yang dikawal selia oleh ASIC?

    Ya. Ramai broker yang dilesenkan dan dikawal selia oleh ASIC akan menawarkan pelanggan mereka peluang untuk membuka akaun perdagangan profesional. Untuk layak mendapat status pedagang profesional, pedagang mesti memenuhi beberapa syarat yang membolehkan mereka berdagang pada volum yang lebih tinggi dengan leveraj jauh melebihi had maksimum standard 1:30.

  • Adakah semua broker yang dikawal selia oleh ASIC menawarkan perlindungan baki negatif?

    Ya. Jika broker mendapat kebenaran untuk beroperasi daripada ASIC, jenama itu mesti menyediakan perlindungan baki negatif untuk semua akaun perdagangan runcitnya. Dengan cara itu, pedagang yang menggunakan leveraj tidak akan mengalami kerugian yang melebihi baki akaun mereka.


Anda juga mungkin berminat untuk melihat broker forex yang dilesenkan oleh institusi lain


Kedudukan 30 Broker Forex Teratas yang Dikawal Selia oleh ASIC Mengikut Skor Trustpilot
BrokerNombor LesenPlatform PerdaganganLeveraj Maks (Runcit)Skor Trustpilot
FP MarketsPendaftaran ASIC AFSL No. 286354MT4, MT5, cTrader, TradingView, WebTrader1:304.9/5
IC MarketsPendaftaran ASIC AFSL No. 335692MT4, MT5, cTrader1:304.8/5
Fusion MarketsPendaftaran ASIC AFSL No. 385620MT4, MT5, WebTrader, cTrader, TradingView, DupliTrade, Pengurus Akaun Berbilang1:304.8/5
SAXOPendaftaran ASIC AFSL No. 280372SaxoTrader GO, SaxoInvestor, SaxoTrader Pro1:304.7/5
Markets.comPendaftaran ASIC AFSL No. 424008MT4, MT5, Perdagangan sosial, Aplikasi perdagangan, Platform web1:304.7/5
AvaTradePendaftaran ASIC AFSL No. 406684MT4, MT5, WebTrader, AvaSocial, AvaOptions, DupliTrade1:304.7/5
Global PrimePendaftaran ASIC AFSL No. 385620MT41:304.7/5
GO MarketsPendaftaran ASIC AFSL No. 254963MT4, MT5, MT Copy Trader, cTrader, cTrader Copy Trading, Aplikasi Perdagangan, GO WebTrader, Platform PAMM1:304.6/5
Easy MarketsPendaftaran ASIC AFSL No. 246566MT4, MT5, TradingView, Aplikasi Mudah Alih, Platform easyMarkets1:304.5/5
Trade NationPendaftaran ASIC AFSL No. 422661TN Trader, Perdagangan Salin, MT41:304.5/5
FXCMPendaftaran ASIC AFSL No. 309763MT4, Trading Station, Capitalise AI, TradingView Pro1:304.5/5
PepperstonePendaftaran ASIC AFSL No. 414530Platform Pepperstone, cTrader, TradingView, MT4, MT51:304.4/5
ThinkMarketsPendaftaran ASIC AFSL No. 424700MT5, MT4, ThinkPortal, ThinkTrader, ThinkCopy1:304.3/5
EightcapPendaftaran ASIC AFSL No. 391441MT4, MT5, WebTrader, TradingView1:304.2/5
CMC MarketsPendaftaran ASIC AFSL No. 246381MT4, Aplikasi Perdagangan Mudah Alih1:304.2/5
Capital.comPendaftaran ASIC AFSL No. 513393MT4, TradingView, Platform web, Aplikasi Mudah Alih1:304.2/5
CityIndexPendaftaran ASIC AFSL No. 345646MT4, WebTrader, Aplikasi Perdagangan, TradingView1:304.2/5
FXOpenPendaftaran ASIC AFSL No. 412871MT4, MT5, TradingView, TickTrader, Web Trader1:304.2/5
TMGMPendaftaran ASIC AFSL No. 436416MT4, MT51:304.2/5
Plus500Pendaftaran ASIC AFSL No. 417727Platform proprietari1:304.2/5
Axi TradePendaftaran ASIC AFSL No. 318232MT4, MT4 WebTrader, Aplikasi Perdagangan Salin1:304.2/5
IGPendaftaran ASIC AFSL No. 515106MT4, Aplikasi perdagangan mudah alih, ProRealTime, Aplikasi web progresif, L2 Dealer1:303.9/5
IGPendaftaran ASIC AFSL No. 515106Platform proprietari1:303.9/5
OANDAPendaftaran ASIC AFSL No. 412981fxTrade App, MT4, MT51:303.9/5
AdmiralsPendaftaran ASIC AFSL No. 410681MT4, MT5, WebTrader, Platform proprietari1:303.8/5
XMPendaftaran ASIC AFSL No. 443670MT4, MT5, WebTrader1:303.8/5
VT MarketsPendaftaran ASIC AFSL No. 428901MT4, MT5, WebTrader, Aplikasi VT Markets1:303.7/5
FBSPendaftaran ASIC AFSL No. 426359MT4, MT51:303.5/5
Interactive BrokersPendaftaran ASIC AFSL No. 453554IBKR Desktop, IBKR Trader Workstation, IBKR Mobile, IBKR GlobalTrader1:303.4/5
VantagePendaftaran ASIC AFSL No. 428901MT4, MT5, ProTrader, Perdagangan Salin, Aplikasi Vantage1:303.4/5
Ditulis oleh Z. Stefanova | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal