Laman Utama » Broker Forex Terbaik pada 2026 » Broker Forex yang Dikawal Selia oleh FSA (Seychelles)

Broker Forex yang Dikawal Selia oleh FSA (Seychelles)

Ditulis oleh Zornitsa Stefanova
Zornitsa Stefanova ialah seorang penganalisis forex dan kripto yang berpengalaman. Beliau juga mengulas pelbagai topik kewangan seperti perdagangan saham dan pelaburan persaraan.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Seychelles telah muncul sebagai pusat popular untuk penubuhan perniagaan broker berikutan rangka kerja pengawalseliaannya yang lebih longgar, persekitaran cukai yang mesra perniagaan, dan keperluan modal minimum yang lebih rendah. Hampir 200 firma broker telah memperoleh lesen daripada Financial Services Authority (FSA) Seychelles, menjadikan proses untuk membezakan broker yang berkualiti dan meragukan agak sukar bagi pedagang baharu. Berita baiknya ialah kami telah melakukan semua kerja berat tersebut untuk anda, menguji puluhan laman web perdagangan untuk menghasilkan senarai 9 broker terbaik teratas yang dilesenkan di Seychelles.

1Plus500 US logoPlus500 US
Rating: 4.2 ⭐
Kandungan ini hanya terpakai kepada Plus500 US dan pelanggan dari Amerika Syarikat. Perdagangan niaga hadapan melibatkan risiko kerugian.
Penilaian Tertinggi
2eToro logoeToro
Rating: 4.2 ⭐
50% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
3Fusion Markets logoFusion Markets
Rating: 4.8 ⭐
74-89% daripada akaun CFD pelabur runcit kehilangan wang
4BlackBull Markets logoBlackBull Markets
Rating: 4.8 ⭐
Perdagangan produk berleveraj adalah berisiko
5Capital.com logoCapital.com
Rating: 4.6 ⭐
69% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini.
6IC Markets logoIC Markets
Rating: 4.8 ⭐
70.64% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini.
7Tickmill logoTickmill
Rating: 4.1 ⭐
70% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
8Trade Nation logoTrade Nation
Rating: 4.4 ⭐
82.3% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini.

Perbandingan Komprehensif 8 Broker Forex Teratas yang Dilesenkan oleh FSA

FSA Broker ForexPlatform PerdaganganLeveraj MaksimumRating Trust Pilot№ Lesen
1. Fusion MarketsMetaTrader4, MetaTrader5, cTrader, DupliTrade, Fusion+ Salin dagangan, TradingView1:5004.8 ⭐SD096
2. IC Markets MetaTrader4, MetaTrader5, cTrader, ZuluTrade1:5004.8 ⭐SD018
3. BlackBull MarketsMetaTrader4, MetaTrader5, TradingView, cTrader, MT WebTrader, BlackBull Shares, BlackBull CopyTrader, BlackBull Trade, BlackBull Invest, ZuluTrade1:5004.8 ⭐SD045
4. Trade NationTN Trader, MetaTrader 4, TradeCopier, TradingView9:204.4 ⭐SD150
5. eToroeToro Investing, Aplikasi eToro, TradingView, eToro CopyTrader, platform proprietari1:4004.2 ⭐SD076
6. Plus500Platform proprietari, desktop dan mudah alih1:3004.2 ⭐SD039
7. TickmillMT4, MT5, WebTrader, ZuluTrade, TradingView17:404.1 ⭐SD008
8. AdmiralsMetaTrader4, MetaTrader5, WebTrader, MT Supreme Edition, StereoTrader1:10003.8 ⭐SD073

9 Broker Teratas yang Dikawal Selia oleh FSA

  1. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Fusion Markets ialah broker dalam talian yang agak baru dan mula berurus niaga dengan pelanggan pada tahun 2019. Walaupun nampak kurang pengalaman, broker ini cepat menarik perhatian pedagang antarabangsa dengan kos perdagangan yang rendah, spread yang sangat ketat, dan tiada keperluan akaun minimum untuk kedua-dua akaun Zero dan Classic. Syarikat ini tersenarai dalam daftar FSA bagi entiti yang dikawal selia di bawah lesen bernombor SD096.

    Lesen Seychelles sebagai peniaga sekuriti yang diberi kuasa membolehkan Fusion Markets beroperasi di kebanyakan wilayah di seluruh dunia, namun pelanggan dari Rusia, Jepun, New Zealand, Ontario, Sepanyol, dan AS tidak boleh mendaftar akaun perdagangan langsung dengan broker ini. Pedagang runcit di Fusion Markets boleh menggunakan leveraj pada kedudukan mereka sehingga nisbah maksimum 1:500. Setakat yang kami ketahui, hanya pelanggan yang didaftarkan melalui entiti broker yang dikawal selia oleh ASIC boleh mendapat perlindungan baki negatif.

    Gleneagle Asset Management Limited (ABN 29 103 162 278) yang beroperasi sebagai Fusion Markets, adalah penerbit Produk Fusion Markets yang diterangkan dalam komunikasi ini. Perdagangan dalam Produk Fusion Markets melibatkan potensi keuntungan serta risiko kerugian yang mungkin melebihi jumlah deposit awal anda dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Anda harus membaca dengan teliti semua Terma Perkhidmatan Produk Kewangan ini, Kenyataan Pendedahan Produk (PDS) dan Panduan Perkhidmatan Kewangan (disediakan di laman web kami), mempertimbangkan keadaan kewangan, keperluan dan objektif anda sendiri untuk melabur dalam Produk Fusion Markets ini dan mendapatkan nasihat kewangan bebas.
  2. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    BlackBull Markets merupakan broker yang diberi kuasa oleh Seychelles yang khusus dalam perdagangan yang lancar dan mempunyai lebih daripada 26,000 instrumen kewangan. Broker ini berasal dari New Zealand tetapi berkhidmat kepada pelanggan antarabangsa dengan lesen FSA (SD045) yang diberikan kepada syarikat induknya, BBG Limited. Entiti syarikat di Seychelles beroperasi dari pejabat di Pulau Mahe. Broker ini mengamalkan polisi AML dan CFT yang ketat serta menegakkan standard pematuhan yang tinggi, menyimpan dana pelanggan dalam akaun berasingan di ANZ Bank di New Zealand.

    Broker yang dikawal selia dengan baik ini memenuhi keperluan pedagang dari pelbagai latar belakang, menawarkan akaun runcit, institusi, dan tanpa swap. Pelanggan berdaftar boleh menyambungkan akaun langsung BlackBull mereka ke MT4, MT5, cTrader, atau TradingView. Broker ini juga telah membangunkan platform proprietari (BlackBull Copy Trader) yang disesuaikan untuk keperluan perdagangan salin. Entiti yang diberi kuasa di Seychelles ini menetapkan had maksimum leveraj runcit pada 1:500.

  3. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Capital.com mula beroperasi dengan pelanggan runcit pada tahun 2016 dan mendapat perhatian dengan cepat berikutan rangkaian produknya yang luas merangkumi lebih 5,500 pasaran, harga yang berpatutan, dan syarat perdagangan yang telus. Firma broker yang berpangkalan di London ini telah memperoleh kelulusan pengawalseliaan daripada lima pengawal selia kewangan, termasuk FSA. Cawangannya di Seychelles berdaftar di Mahe dan beroperasi di bawah nombor lesen peniaga sekuriti daripada SD101.

    Broker ini menyediakan pilihan yang komprehensif melebihi 140 pasangan forex, 5,100+ saham, komoditi, mata wang kripto dan 40+ pasaran indeks. Pedagang boleh berdagang melalui dua platform pihak ketiga yang popular, iaitu MetaTrader 4 dan TradingView. Pedagang yang tiada pengalaman boleh mengembangkan pengetahuan mereka di bahagian Pendidikan, di situ mereka akan menemui panduan yang lengkap namun mudah difahami mengenai instrumen kewangan yang berbeza.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat disebabkan oleh leveraj. 69% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kerugian wang anda. Sila rujuk Penyata Pendedahan Risiko kami.
  4. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Dilancarkan pada tahun 2007, IC Markets telah mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain utama dalam perdagangan forex dalam talian disebabkan yuran yang rendah, syarat perdagangan yang menguntungkan, dan pemprosesan pesanan yang cemerlang. Syarikat ini memberi perkhidmatan kepada pelanggan antarabangsa dengan lesen peniaga sekuriti daripada FSA (SD018) dan mempunyai pejabat berdaftar di Pulau Eden uang indah. Entiti yang berdaftar dengan FSA ialah Raw Trading Ltd. Pelanggan boleh berdagang lebih daripada 2,200 instrumen kewangan dalam persekitaran yang selamat dan terkawal, termasuk lebih daripada 60 pasangan mata wang, indeks, komoditi dan saham.

    Lesen Seychelles membolehkan IC Markets menawarkan perdagangan di kebanyakan negara di seluruh dunia, tetapi pelanggan dari Kanada, New Zealand, Israel, Iran dan Amerika Syarikat tidak diterima. Pedagang yang mendaftar melalui entiti yang dikawal selia oleh FSA akan mendapat faedah daripada leveraj sehingga 1:1000, spread mentah bermula dari sifar pip dengan akaun Raw Spread, dan kelajuan pelaksanaan pesanan yang kurang daripada 40 milisaat.

    CFD adalah instrumen kompleks dan melibatkan risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan penggunaan leveraj. 70.64% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan pembekal ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  5. Ditubuhkan pada tahun 2001, Admirals menawarkan pilihan yang menarik kepada pedagang yang mementingkan keselamatan, ketelusan harga, dan pelaksanaan pesanan yang sangat pantas. Syarikat ini telah menerima kebenaran daripada FSA dan muncul dalam daftar pengawal selia di bawah nombor lesen SD073 sebagai peniaga sekuriti. Broker ini mempunyai pejabat berdaftar di Pulau Mahe. Sebagai entiti yang dikawal selia sepenuhnya, Admirals melindungi pedagang daripada mengalami baki negatif dengan menawarkan perlindungan baki negatif untuk akaun margin.

    Pelanggan runcit juga akan mendapat manfaat daripada pengasingan dana pelanggan dan perlindungan insurans sehingga $100,000 bagi setiap penuntut. Selain itu, semua perdagangan dihantar melalui penyedia kecairan yang dikawal selia, memastikan tahap integriti pasaran yang tinggi dan pelaksanaan yang boleh dipercayai. Dari segi julat pasaran, Admirals menawarkan pilihan lebih daripada 2,500 instrumen kewangan, termasuk lebih 80 pasangan forex, 25 dana perdagangan bursa, 12 indeks ekuiti, dan lebih 500 saham. Pelanggan yang berdaftar di bawah bahagian yang dikawal selia oleh FSA boleh menikmati nisbah leveraj yang lebih tinggi sehingga 1:1000.

    Instrumen CFD adalah kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan penggunaan leveraj. 73% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  6. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Setelah beroperasi selama lebih 17 tahun, eToro telah memperoleh reputasi yang baik kerana memberikan pengalaman perdagangan yang cemerlang kepada pelanggan dari lebih 140 negara. Broker bereputasi ini mempunyai kehadiran antarabangsa yang kukuh dan pejabat berdaftar di beberapa bidang kuasa, termasuk Seychelles, Cyprus, Abu Dhabi, New Jersey, dan Australia. Entiti eToro di Seychelles beroperasi sebagai peniaga sekuriti di bawah nombor lesen SD076, dari pejabatnya di ibu negara, Victoria. Pelanggan runcit yang berdaftar di bawah entiti eToro yang berdaftar dengan FSA boleh menggunakan leveraj 1:30 bagi pasangan mata wang utama dan 1:20 bagi pasangan bukan utama. Leveraj lanjutan maksimum dihadkan kepada 1:400 dan 1:50 bagi instrumen Forex ini.

    Pelanggan boleh melabur dengan yakin di eToro kerana broker ini menyediakan ekosistem perdagangan yang selamat dan syarat yang sangat baik. Terdapat banyak peluang perdagangan yang menguntungkan di eToro, salah satunya ialah anda boleh berdagang dan melabur dalam lebih 7,000 instrumen merentasi kelas aset utama seperti forex, komoditi, indeks, kripto, saham, dan dana perdagangan bursa (ETF). Semua pelanggan eToro Seychelles mempunyai akses kepada perlindungan baki negatif dan ini merupakan satu lagi manfaat yang diperoleh kerana berdagang dengan entiti ini.

    Produk yang mempunyai leveraj dan bersifat spekulatif. Tidak sesuai untuk semua pelabur. Anda harus membuat pertimbangan terlebih dahulu sama ada anda mampu menanggung risiko kehilangan wang yang tinggi. Modal anda dalam risiko.

    Instrumen CFD adalah rumit dan membawa risiko tinggi untuk kehilangan wang dengan cepat disebabkan leveraj. 61% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Pertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi, dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  7. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Plus500 ialah pedagang sekuriti dipercayai yang berada di bawah bidang kuasa kawal selia FSA dan beroperasi di bawah nombor lesen SD039 dari Victoria, ibu negara Seychelles sejak tahun 2020. Broker ini menawarkan lebih 2,800 CFD pada instrumen kewangan popular, termasuk forex, saham, komoditi, opsyen, indeks, dan kripto. Entiti Plus500 yang dikawal selia oleh FSA, Plus500SEY Ltd., menawarkan leveraj maksimum 1:300 kepada pelanggan runcit.

    Kelebihan lain berdagang dengan broker ini termasuk pelaksanaan pesanan yang pantas, spread yang kompetitif, dan tanpa komisen. Broker ini menyimpan dana pelanggan dalam akaun yang diasingkan selaras dengan keperluan pengawalseliaannya. Pelanggan yang berdagang menggunakan leveraj tidak perlu risau terjerumus ke dalam hutang kerana Plus500 menggunakan panggilan margin automatik untuk mengelakkan baki negatif.

    *Maklumat ini TIDAK terpakai kepada penduduk Kesatuan Eropah (EU) yang perkhidmatannya akan disediakan oleh anak syarikat Plus500 Group di EU, seperti Plus500CY Ltd, yang diberi kuasa oleh CySEC (No. Pendaftaran 250/14). Keperluan peraturan yang berbeza terpakai di Eropah, termasuk had leveraj dan sekatan pemberian bonus.*

    79% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu membuat pertimbangan sama ada mampu atau tidak menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  8. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Beroperasi sejak tahun 2014, Tickmill adalah broker dipercayai yang menawarkan syarat yang menguntungkan untuk lebih 600 simbol boleh dagang melalui CFD. Broker ini mendapat pengesahan daripada FSA (SD008) sebagai peniaga sekuriti dan telah menempatkan pejabatnya di Pulau Eden. Syarikat induknya telah memperoleh lesen daripada empat badan pengawal selia lain, termasuk CySEC, FCA, DFSA dan FSCA.

    Firma broker ini terkenal dalam komuniti perdagangan runcit kerana yuran yang berpatutan, pemprosesan pesanan yang pantas, dan pelbagai alat untuk analisis pasaran. Pelanggan Tickmill Seychelles Limited boleh mengakses leveraj sehingga 1:1000. Broker ini mempunyai modal yang mencukupi dan mematuhi dasar pengasingan dana pelanggan yang ketat. Setiap pelanggan layak mendapat perlindungan baki negatif dan ganti rugi antara $20,000 dan $1,000,000 melalui skim insurans pelaburan Tickmill yang ditubuhkan menerusi kerjasama dengan Lloyd’s.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat disebabkan oleh leveraj. 70% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan Tickmill Europe Ltd. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kerugian wang anda.
  9. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Sebelum ini dikenali sebagai Core Spreads, Trade Nation adalah sebuah broker yang boleh dipercayai dengan jangkauan global dan mempunyai pejabat berdaftar di beberapa bidang kuasa, termasuk UK, Afrika Selatan, dan Seychelles, di mana entitinya, Trade Nation Financial Markets Ltd., beroperasi di bawah lesen peniaga sekuriti nombor SD150. Broker ini telah membina reputasi yang cemerlang kerana menawarkan perdagangan kos rendah dalam persekitaran yang adil dan selamat.

    Entiti Trade Nation yang dikawal selia oleh FSA melindungi pedagang margin runcit dengan perlindungan baki negatif, membolehkan mereka menggunakan leveraj pada kadar maksimum 1:500. Pelanggan boleh yakin wang mereka berada dalam jagaan yang selamat kerana Trade Nation mengasingkan dana pelanggan daripada modal operasinya. Broker ini menyimpan dana pelanggannya di Absa Bank, salah satu bank komersial terbesar di negara pulau tersebut.

    Perdagangan Spread Kewangan dan CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat disebabkan oleh leveraj. 86% akaun pelabur runcit akan mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kerugian wang anda.

Kedudukan Broker Forex yang Dikawal Selia oleh FSA Mengikut Skor Trustpilot

Ringkasan Tentang Financial Services Authority Seychelles

Financial Services Authority (FSA) Seychelles bermula pada tahun 2013 selepas Akta Financial Services Authority diluluskan untuk menjadi undang-undang. FSA ialah sebuah entiti pengawalseliaan bebas yang bertanggungjawab mengawasi institusi dan perkhidmatan kewangan bukan bank yang berdaftar di negara kepulauan tersebut. Ia mengawal selia semua bursa sekuriti, agensi penyelesaian, penasihat pelaburan, fidusiari, syarikat insurans, dan broker yang beroperasi di Seychelles.

FSA ditadbir oleh Lembaga Pengarah yang berkhidmat sebagai badan pengurusan utama yang bertanggungjawab menetapkan dasar dan menyelia operasi. Ahli lembaga dilantik oleh Presiden Seychelles untuk tempoh tetap 3 tahun dan merangkumi gabungan wakil ex-officio daripada kementerian utama kerajaan serta ahli yang dilantik dari sektor awam dan swasta.

Pengerusi Lembaga semasa ialah Tuan Patrick Payet yang telah dilantik semula pada Januari 2024. Tuan Randolf Samson yang dilantik pada Oktober 2022 ialah CEO FSA dan menyelia operasi harian serta berkhidmat sebagai ahli ex-officio Lembaga. FSA mempunyai beberapa bahagian operasi, termasuk Dasar, Perundangan dan Komunikasi, Antipengubahan Wang Haram/Mencegah Pembiayaan Keganasan (AML/CFT), serta Pengurusan Risiko, Pengawasan Insurans dan Pencen.

FSA menjalankan beberapa fungsi utama seperti mempromosikan pembangunan industri perkhidmatan kewangan tempatan, memberi lesen, dan memantau pematuhan undang-undang. Badan pengawalseliaan ini juga berhak mengemukakan cadangan pindaan perundangan kepada Menteri Kewangan Seychelles (Naadir Hassan pada masa penulisan ini dibuat).

Pihak pengawal selia ini menyimpan daftar terkini bagi semua syarikat yang dipantau, membolehkan pedagang mengesahkan dengan mudah sama ada broker pilihan mereka memiliki lesen Seychelles atau tidak. Rujuk tab Securities Dealers untuk senarai penuh firma broker yang diberi kuasa oleh FSA.

Keperluan untuk Mendapatkan Lesen Broker FSA

Broker dalam talian mesti memperoleh lesen peniaga sekuriti daripada FSA untuk beroperasi secara sah di Seychelles. Hampir 200 firma broker telah memilih pilihan ini memandangkan negara ini mempunyai persekitaran pengawalseliaan yang agak longgar dan mesra perniagaan, berserta kadar cukai korporat, kos pelesenan, dan keperluan modal yang lebih rendah berbanding negara-negara lain.

Proses permohonan bermula dengan menghantar borang permohonan yang boleh dimuat turun dari laman web pengawal selia ini. Pemohon mesti memberi maklumat yang tepat tentang sumber dana mereka, jumlah modal keseluruhan, pemegang saham, pegawai pematuhan, dan eksekutif kanan. Syarikat yang memohon lesen mesti menubuhkan pejabat tempatan di Seychelles. Setiap firma broker yang memohon mesti melantik sekurang-kurangnya dua pengarah dan dua pemegang saham yang sesuai dari segi profesional untuk jawatan masing-masing. Pengarah dan kakitangan utama mesti mempunyai rekod jenayah yang bersih dan kelayakan yang mencukupi dalam sektor kewangan untuk mendapat kelulusan.

Setiap broker yang berminat untuk mendapatkan lesen dari Seychelles mesti membayar yuran permohonan sebanyak $1,500. Calon yang diluluskan tertakluk kepada bayaran yuran lesen tahunan sebanyak $3,000. Jika semua dokumen lengkap dan teratur, calon boleh menjangka keputusan daripada FSA dalam tempoh tiga bulan selepas mengemukakan permohonan. Penghantaran permohonan yang tidak lengkap atau tidak tepat biasanya menyebabkan kelewatan dan penolakan. Yuran permohonan tidak boleh dikembalikan walaupun perrmohonan ditolak.

Seychelles mempunyai keperluan modal minimum yang jauh lebih rendah berbanding bidang kuasa pengawalseliaan lain. Syarikat yang berminat untuk memperoleh lesen peniaga sekuriti mesti mengekalkan modal sekurang-kurangnya $50,000 sepanjang operasinya di negara itu. Broker mesti mendepositkan jumlah minimum ini dalam akaun bank yang diluluskan di Seychelles.

Kegagalan mendepositkan modal minimum ini dalam masa yang ditetapkan juga boleh menyebabkan permohonan ditolak. Calon yang diluluskan mesti melantik juruaudit yang diluluskan oleh FSA dalam tempoh satu bulan selepas menerima lesennya. Pemegang lesen tertakluk kepada audit berkala dan mesti melaporkan pendapatan mereka kepada badan pengawal selia Seychelles. Semua broker yang diluluskan mesti aktif dalam usaha membendung aktiviti haram seperti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

Bagi beroperasi secara sah di Seychelles, penasihat pelaburan, sama ada individu mahupun korporat, mesti memperoleh lesen daripada pengawal kewangan tempatan, serupa dengan broker dalam talian. Yuran permohonan adalah $1,250 untuk individu dan $1,500 untuk entiti korporat, dengan yuran lesen tahunan masing-masing sebanyak $2,500 dan $3,000.

Di bawah ini, anda boleh melihat senarai ringkas langkah-langkah yang perlu dilalui oleh broker forex semasa proses permohonan lesen di Seychelles:

  1. Yuran permohonan: Broker forex yang menghantar dokumen untuk permohonan lesen FSA mesti membayar yuran sebanyak $1,500. Selain itu, pemohon dikehendaki membayar yuran negeri sebanyak $6,300. Entiti yang diluluskan untuk beroperasi di bawah lesen FSA perlu membayar yuran lesen tahunan sebanyak $3,000.
  2. Keperluan modal minimum: Untuk layak mendapatkan lesen FSA, syarikat broker mesti mempunyai modal saham minimum sebanyak $50,000. Keperluan modal minimum pengawal lain boleh dua kali ganda lebih tinggi dan berbeza bergantung pada perkhidmatan yang ditawarkan.
  3. Tempoh penilaian permohonan: Jika syarikat mematuhi sepenuhnya keperluan dan telah menyerahkan semua dokumen yang diperlukan, ia biasanya mengambil masa sehingga tiga bulan untuk pengawal selia mengkaji permohonan. Walau bagaimanapun, sebarang ketidaktepatan semasa proses permohonan boleh menyebabkan kelewatan.
  4. Kehadiran fizikal diperlukan: Untuk memohon lesen FSA, broker mesti mempunyai pejabat tempatan yang berdaftar di Seychelles. Penyedia perkhidmatan kewangan juga mesti melantik wakil lesen broker, pegawai pematuhan pengawalseliaan, dan penasihat undang-undang – kesemuanya mesti berlokasi di Seychelles.
  5. Pekerja utama: Syarikat perlu melantik dua pengarah serta dua pemegang saham, kesemuanya mesti berpengalaman, berpendidikan tinggi dalam bidang berkaitan, dan menyediakan bukti reputasi yang baik. Pemohon juga mesti melantik juruaudit yang diluluskan oleh FSA, selewat-lewatnya satu bulan selepas lesen broker dikeluarkan.
  6. Kadar cukai korporat: Broker Forex yang dilesenkan oleh FSA dikehendaki membayar cukai korporat 1.5% sahaja, dikira berdasarkan jumlah pendapatan entiti berlesen.
  7. Pengasingan dana pelanggan: FSA mengkehendaki broker berlesen menampung kos operasi menggunakan dana dalam akaun bank syarikat sahaja. Untuk memastikan perkara ini, broker yang dilesenkan oleh FSA mesti menyimpan dana pelanggan mereka dalam akaun bank yang berasingan.
  8. Skim perlindungan pelabur: Walaupun broker dilesenkan oleh FSA tidak diwajibkan menggunakan skim pampasan pelabur tertentu, kebanyakan entiti yang beroperasi di bawah lesen FSA menawarkan sesetengah bentuk pampasan kepada pelanggan sekiranya syarikat muflis.
  9. Leveraj dan pengurusan risiko: Broker yang dilesenkan oleh FSA boleh menawarkan leveraj yang lebih tinggi dengan sedikit had, termasuk kepada pelanggan runcit, berbanding broker yang dilesenkan CySEC yang mesti mengehadkan leveraj runcit kepada 1:30.
  10. Perlindungan baki negatif: Secara umumnya, perlindungan baki negatif adalah tidak wajib, tetapi ia bergantung kepada dasar broker.
  11. Keperluan lain: Selain berdaftar di Seychelles, pemohon mesti membuka akaun bank dengan bank tempatan. Akaun ini akan digunakan untuk mendepositkan modal saham yang diperlukan bagi prosedur permohonan lesen. Setelah lesen diperoleh, syarikat juga akan menjalankan operasi kewangan menggunakan akaun bank yang sama.

Perlindungan Dana Pelanggan di Broker yang Dikawal Selia oleh FSA

Pengawal kewangan Seychelles juga bertanggungjawab melindungi pengguna yang berurus niaga dengan entiti berlesen tempatan. Broker yang diberi kuasa di negara itu mesti mengasingkan modal pelanggan daripada dana operasinya dan menyimpannya dalam akaun berasingan di bank yang diluluskan oleh FSA. Keperluan ini menghalang firma yang menghadapi masalah kewangan daripada menggunakan wang pelanggan untuk menampung perniagaan harian dan perbelanjaan operasi. Ia menjamin yang pedagang boleh mendapatkan kembali aset dan deposit mereka sekiranya broker mengalami pembubaran.

FSA tidak menetapkan peruntukan yang jelas untuk perlindungan baki negatif, walaupun banyak broker yang dilesenkan di negara ini telah mengamalkan langkah keselamatan ini. Jika akaun perdagangan langsung anda mempunyai baki tertunggak, perlindungan baki negatif memastikan anda tidak menanggung kerugian melebihi jumlah ekuiti yang tersedia dalam akaun anda. Broker yang menawarkan langkah ini melaksanakan penutupan posisi rugi secara automatik, mengelakkan pelanggan runcit daripada berhutang.

Akhir sekali, banyak broker yang dilesenkan oleh FSA menawarkan perlindungan insurans terhadap aset pelanggan. Jika sebuah firma broker gagal memenuhi obligasi kewangannya akibat kebankrapan, pelanggan yang layak akan mendapat pampasan, tetapi jumlah maksimum tertentu berbeza mengikut broker. Contohnya, entiti Admirals di Seychelles menawarkan perlindungan insurans maksimum sebanyak $100,000, manakala Tickmill mempunyai had $1 juta bagi setiap penuntut.

Soalan Lazim tentang Broker yang Dikawal Selia oleh FSA

  • Adakah Seychelles merupakan bidang kuasa pengawalseliaan peringkat pertama?

    FSA tergolong dalam kategori pengawal selia kewangan peringkat kedua, bermaksud broker yang berlesen di Seychelles tertakluk kepada peraturan yang kurang ketat. Pelanggannya tidak akan mendapat tahap perlindungan pengguna yang tinggi seperti broker yang berlesen di bawah pengawal selia peringkat pertama seperti CySEC, ASIC atau FCA.

  • Berapa banyak leveraj yang boleh saya gunakan dengan broker yang dilesenkan oleh FSA?

    Daripada maklumat yang kami kumpulkan, pengawal selia kewangan Seychelles tidak mengenakan sebarang had khusus terhadap leveraj runcit. Had leveraj kebanyakannya ditentukan oleh broker. Sesetengah firma broker menawarkan leveraj setinggi 1:1000, manakala firma lain mempunyai had yang lebih rendah, iaitu 1:500.

  • Adakah broker yang dikawal selia di Seychelles menawarkan spread betting?

    Spread betting adalah aktiviti yang sah dan sangat popular di kalangan pedagang yang menjalankan urus niaga dengan broker Seychelles. Jika anda ingin terlibat dalam spread betting,  kami mengesyorkan anda untuk mencuba Trade Nation atau Capital.com, kedua-dua broker ini menyokong perkhidmatan spread betting.

  • Apakah kaedah deposit yang boleh saya gunakan dengan broker di Seychelles?

    Tiada kekurangan kaedah pembiayaan yang menjimatkan kos di kalangan broker yang dikawal selia oleh FSA, di mana deposit pada umumnya tidak dikenakan yuran tambahan. Pilihan deposit yang paling biasa termasuk kad kredit dan debit, pindahan wang melalui bank, cek, dan dompet dalam talian seperti Skrill dan Neteller. Beberapa broker seperti Fusion Markets tidak menetapkan syarat akaun minimum, membolehkan pelanggan baharu memulakan akaun dengan sebarang jumlah yang mereka rasa selesa.

  • Adakah broker yang dikawal selia oleh FSA mengenakan yuran tidak aktif?

    Setiap broker mempunyai dasar yang berbeza mengenai akaun yang tidak aktif. Banyak firma dalam senarai teratas kami telah mengecualikan yuran tidak aktifnya. Dengan itu, kami mengesyorkan anda untuk log masuk ke akaun perdagangan langsung anda sekali-sekala sebagai langkah berjaga-jaga.


Anda juga mungkin berminat untuk melihat broker forex yang dilesenkan oleh institusi lain


Kedudukan 30 Broker Forex Teratas yang Dikawal Selia oleh FSA Mengikut Skor Trustpilot
BrokerNombor LesenPlatform PerdaganganLeveraj MaksimumSkor Trustpilot
BaxiaSD104MT5, MT41:10004.8 / 5
ExnessSD025MT4, MT51:20004.7 / 5
BDSwissSD047MT4, MT51:20004.7 / 5
FXCentrumSD055FXC Trader1:10004.6 / 5
TaurexSD092MT4, MT51:10004.6 / 5
DB InvestingSD053MT5, Sirix WebTrader1:5004.6 / 5
FinProsSD087MT5, FinPros Trading Platform1:5004.5 / 5
HFMSD015MT4, MT5, HFM Platform1:20004.4 / 5
SkillingSD042Skilling Trader, MT41:5004.4 / 5
JustMarketsSD088MT4, MT51:30004.4 / 5
TenTradeSD082MT51:5004.4 / 5
ThinkMarketsSD060MT4, MT5, ThinkTrader1:5004.3 / 5
ETO MarketsSD062MT4, MT51:5004.3 / 5
Milton PrimeSD040MT4, MT51:5004.3 / 5
XSSD089MT4, MT51:20004.3 / 5
CMTradingSD070MT41:2004.2 / 5
XB PrimeSD006MT4, MT51:5004.2 / 5
Exclusive MarketsSD031MT41:20004.2 / 5
Thunder MarketsSD067MT41:4004.2 / 5
TopFXSD037MT4, cTrader1:10004.1 / 5
ErranteSD038MT4, MT5, cTrader1:5004.1 / 5
Purple TradingSD041MT4, cTrader1:5003.6 / 5
Squared FinancialSD024MT4, MT51:5003.4 / 5
M4MarketsSD035MT4, MT51:10003.3 / 5
EquitiSD064MT4, MT51:5003.3 / 5
AlvexoSD030Alvexo WebTrader1:4003.1 / 5
LeoPrimeSD032MT41:10003.1 / 5
ATFXSD093MT41:4002.5 / 5
FXGTSD019MT4, MT51:10001.9 / 5
FXOroSD047MT41:4001.7 / 5
Ditulis oleh Z. Stefanova | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal