Laman Utama » Broker Perdagangan Kripto Terbaik pada 2026 » Perdagangan Kripto dengan Spread Rendah

Perdagangan Kripto dengan Spread Rendah

Ditulis oleh Zornitsa Stefanova
Zornitsa Stefanova ialah seorang penganalisis forex dan kripto yang berpengalaman. Beliau juga mengulas pelbagai topik kewangan seperti perdagangan saham dan pelaburan persaraan.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Perdagangan kripto telah menjadi pilihan pelaburan yang popular bagi jutaan pedagang di seluruh dunia. Anggaran menunjukkan bilangan pengguna kripto dijangka mencapai 963 juta pengguna di seluruh dunia menjelang tahun 2026, dengan kadar penembusan pengguna meningkat kepada 12.24%. Dan walaupun terdapat banyak broker dan platform pertukaran yang membenarkan perdagangan kripto, penting untuk memilih entiti boleh dipercayai yang menawarkan keadaan perdagangan yang kompetitif.

Yuran yang dikenakan pada perdagangan memainkan peranan penting dalam kejayaan seseorang sebagai pedagang atau pelabur kripto. Apabila pedagang membeli dan menjual kripto atau membuat spekulasi ke atas turun naik harganya, mereka biasanya dikenakan yuran kecil yang dikenali sebagai spread.

Spread rendah penting untuk perdagangan yang mesra bajet, jadi kami telah mengulas beberapa broker dan pertukaran kripto terbaik yang menawarkan spread yang paling ketat. Di bawah ini, anda boleh semak senarai platform perdagangan kripto teratas kami dan keadaan perdagangannya.

1Plus500 US logoPlus500 US
Rating: 4.2 ⭐
Kandungan ini hanya terpakai kepada Plus500 US dan pelanggan dari Amerika Syarikat. Perdagangan niaga hadapan melibatkan risiko kerugian.
Penilaian Tertinggi
2eToro logoeToro
Rating: 4.2 ⭐
50% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
3Fusion Markets logoFusion Markets
Rating: 4.8 ⭐
74-89% daripada akaun CFD pelabur runcit kehilangan wang
4FP Markets logoFP Markets
Rating: 4.9 ⭐
73.33% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
5Uphold logoUphold
Rating: 4.5 ⭐
6Eightcap logoEightcap
Rating: 4 ⭐
59.57% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini.

10 Platform Perdagangan Kripto Teratas dengan Spread Rendah

  1. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Fusion Markets adalah sebuah broker runcit yang telah beroperasi sejak tahun 2019, ia menyediakan khidmat perdagangan bertaraf tinggi kepada pelanggan daripada 160 negara. Jenama ini menawarkan perdagangan CFD di lebih 250 pasaran, dengan kripto salah satunya. Di sini anda boleh membuat spekulasi mengenai turun naik harga bagi 13 mata wang kripto, termasuk Bitcoin, Ethereum, Solana, Cardano, dan Ripple.

    Fusion Markets memastikan setiap jenis pelabur akan memperoleh pengalaman perdagangan yang lancar, dengan platform perdagangan broker ini menampilkan antara muka yang mesra pengguna, sesuai untuk pedagang baharu dan berpengalaman. Bagi memastikan keadaan perdagangan yang adil dan selamat, Fusion Markets mengikut garis panduan kawal selia yang ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti ASIC, VFSC, dan FSA.

    Salah satu sebab utama kami mengesyorkan Fusion Markets kepada pedagang kripto ialah kos perdagangan yang kompetitif. Purata spread untuk pasangan kripto utama seperti BTC/USD, ETH/USD, dan SOL/USD adalah sekitar 20.65, 2.5, dan 0.26 mata.

    Gleneagle Asset Management Limited (ABN 29 103 162 278) yang beroperasi sebagai Fusion Markets, adalah penerbit Produk Fusion Markets yang diterangkan dalam komunikasi ini. Perdagangan dalam Produk Fusion Markets melibatkan potensi keuntungan serta risiko kerugian yang mungkin melebihi jumlah deposit awal anda dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Anda harus membaca dengan teliti semua Terma Perkhidmatan Produk Kewangan ini, Kenyataan Pendedahan Produk (PDS) dan Panduan Perkhidmatan Kewangan (disediakan di laman web kami), mempertimbangkan keadaan kewangan, keperluan dan objektif anda sendiri untuk melabur dalam Produk Fusion Markets ini dan mendapatkan nasihat kewangan bebas.
  2. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Satu lagi broker bertaraf tinggi yang sesuai untuk pedagang kripto ialah Global Prime. Beroperasi sejak tahun 2010, jenama ini berusaha menjadi salah satu penyedia perkhidmatan terbaik dalam sektor perdagangan, merangkumi kira-kira 150 pasaran termasuk mata wang kripto, Forex, saham, komoditi dan indeks. Pelanggan broker ini akan berpeluang untuk membuka posisi panjang (long) dan pendek (short), membuat spekulasi terhadap pergerakan harga syiling yang popular, dengan Global Prime menawarkan 40 aset kripto.

    Memandangkan kripto hanya boleh didagangkan dalam bentuk CFD, anda tidak perlu memiliki dompet kripto kerana anda tidak akan memiliki aset tersebut. Sebaliknya, anda boleh mendapat keuntungan daripada turun naik harga aset kripto pilihan anda. Untuk meningkatkan lagi keuntungan anda, Global Prime juga membenarkan penggunaan leveraj sehingga 1:2 di bahagian yang dikawal selia oleh ASIC dan 1:5 untuk pelanggan runcit yang berdaftar di entiti berlesen Vanuatu.

    Pedagang kripto profesional dari Australia juga akan mendapat manfaat daripada nisbah leveraj yang lebih tinggi iaitu 1:5. Global Prime mengenakan yuran perdagangan yang kecil sebanyak 0.1% dan bersaing dengan bursa kripto utama dari segi spread. Anda boleh berdagang pasangan kripto popular seperti BTC/USD, ETH/USD dan DOGE/USD dengan purata spread masing-masing sebanyak 525.44, 12.50 dan 2.06 mata.

    Global Prime adalah nama dagang FMGP Trading Group Pty Ltd (ABN 74 146 086 017) dan dikawal selia oleh ASIC serta diberi lesen untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan kewangan di Australia di bawah lesen perkhidmatan kewangan Australia No. 385620. Gleneagle Securities Pty Limited yang berdagang sebagai Global Prime FX, ialah sebuah syarikat Vanuatu berdaftar (Nombor Syarikat 40256) dan dikawal selia oleh VFSC. Laman web ini dimiliki dan dikendalikan oleh FMGP Trading Group Pty Ltd, ABN 74 146 086 017.
  3. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Perdagangan kripto mudah diakses oleh pelanggan FP Markets, salah satu peneraju dalam sektor perdagangan Forex dan CFD. Broker ini membenarkan pelanggannya berdagang lebih 10,000 CFD pada pelbagai aset, termasuk kira-kira sedozen mata wang kripto yang popular. Pedagang kripto dibenarkan membuka posisi panjang dan pendek, memberi mereka peluang untuk mendapat manfaat daripada harga naik dan turun.

    FP Markets menawarkan pelanggannya dengan beberapa keadaan perdagangan terbaik, membenarkan mereka menggunakan leveraj 1:2 untuk meningkatkan keuntungan mereka. Selain itu, spread untuk perdagangan kripto di FP Markets adalah rendah dan kompetitif, membolehkan anda berdagang pasangan kripto yang popular seperti BTC/USD, ETH/USD dan DOGE/USD dengan spread purata masing-masing 19.21, 4.32 dan 0.00128 mata. Bahagian terbaik ialah anda tidak akan dikenakan komisen pada perdagangan anda, menjadikan pengalaman perdagangan kripto anda dengan FP Markets sangat menjimatkan kos. Akhir sekali, pelanggan boleh membiayai akaun sebenar mereka menggunakan mata wang kripto, dengan deposit kripto dipaparkan dalam baki akaun dalam masa satu jam.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan leveraj. 73.33% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko yang tinggi kehilangan wang anda.
  4. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Apabila pedagang mencari spread yang paling ketat untuk pasangan Forex dan instrumen boleh dagang lain, BlackBull Markets merupakan salah satu broker cadangan kami yang utama. Pelanggan boleh membuka posisi long atau short pada lebih daripada 40 mata wang kripto, termasuk BTC, ETH, SOL dan LTC. Leveraj maksimum untuk kripto ditetapkan pada 1:100. Dengan tiga jenis akaun utama, BlackBull menawarkan spread kompetitif bagi ketiga-tiga pilihan. Pada akaun ECN Standard, spread bagi pasangan utama seperti EUR/USD bermula daripada 0.8 pip. Sementara itu, akaun ECN Prime mengurangkan kos dengan spread bagi pasangan utama bermula daripada 0.1 pip dan komisen pusingan penuh USD6.

    Tiada komisen dikenakan pada perdagangan mata wang kripto. Bagi pedagang dengan volum perdagangan tinggi, BlackBull Markets menawarkan pilihan akaun ECN Institutional yang menyediakan spread mentah yang mungkin bermula serendah 0.0 pip. Walaupun akaun ECN Standard merupakan satu-satunya pilihan yang tidak mengenakan komisen, dua akaun lain mengenakan komisen kecil bagi setiap perdagangan. Namun begitu, spread yang ketat mengimbangi caj komisen tersebut, mengurangkan kos perdagangan keseluruhan.

  5. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Binance ialah salah satu bursa kripto paling popular yang membenarkan lebih daripada 275 juta pelanggan membeli, menjual, dan berdagang lebih 500 aset kripto. Oleh kerana Binance membenarkan perdagangan asas dan lanjutan, bursa ini dianggap pilihan yang baik untuk pedagang baharu mahupun pedagang yang lebih berpengalaman. Dengan banyak pilihan kripto yang disediakan, seseorang boleh mempelbagaikan portfolio mereka dengan mudah dan memilih beberapa pelaburan yang menguntungkan.

    Perdagangan spot ialah bentuk perdagangan paling mudah yang boleh anda lakukan sebagai ahli Binance. Sama ada membeli atau menjual kripto, anda akan dikenakan yuran perdagangan kecil sebanyak 0.1%. Sementara itu, pedagang yang menggunakan syiling dalaman Binance, BNB Coin, boleh mengurangkan lagi kos perdagangan mereka. Pilihan perdagangan yang lebih maju di platform Binance termasuk perdagangan margin, niaga hadapan, dan kontrak perpetual.

    Pedagang margin boleh menggunakan leveraj maksimum 1:125 untuk Bitcoin dan sehingga 1:100 untuk kebanyakan altcoin yang disediakan. Jika anda membandingkan yuran maker dan taker yang dikenakan pada perdagangan, anda akan melihat Binance menawarkan beberapa yuran perdagangan terendah. Yuran maker/taker untuk transaksi spot dan margin ialah antara 0.1000% / 0.1000% untuk pengguna biasa dan 0.0110% / 0.0230% untuk pelanggan VIP 9.

    Spread yang ditawarkan oleh Binance juga ketat, sekali lagi mengurangkan kos perdagangan. Walaupun spread bida-tawar pada kripto berubah-ubah, kami mendapati purata spread terkini pada pasangan mata wang seperti BTC/USDT, ETH/USDT, dan USDT/USD adalah 0.06%, 0.08%, dan 0.34%.

  6. 6. MEXC

    MEXC ialah sebuah bursa mata wang kripto terkemuka yang terkenal kerana menyediakan perdagangan yang lancar dengan kelewatan yang minimum ataupun tiada langsung. Bursa ini menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggannya, memberi pendedahan kepada lebih daripada 2,680 pasangan kripto spot dan 1,570 pasangan niaga hadapan. Lebih 40 juta pedagang daripada lebih 170 negara telah memilih MEXC sebagai platform pilihan mereka untuk perdagangan kripto dengan kos rendah, ini tidak menghairankan memandangkan harga kompetitif yang ditawarkan bursa ini.

    Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan pendedahan kepada pasaran kripto di MEXC, bermula daripada perdagangan spot dan niaga hadapan sehingga perdagangan salin. Pelanggan yang aktif berdagang kripto di pasaran spot akan menikmati yuran maker dan taker serendah 0.000%. Bursa mengenakan yuran maker/taker untuk niaga hadapan masing-masing serendah 0.000% dan 0.020%.

    Walaupun MEXC menawarkan spread yang sangat ketat, kos perdagangan boleh berbeza antara pasaran yang berbeza. Kripto dengan volum perdagangan tinggi seperti Bitcoin dan Ethereum mempunyai spread purata 0.01%, tetapi kos boleh melebihi 3.40% bagi syiling kurang dikenali seperti PIB (Pibble). Pelanggan sedia ada layak mendapat komisen rujukan apabila membawa rakan mereka. Mengumpul ganjaran tambahan juga boleh dilakukan melalui staking kerana MEXC menawarkan pilihan simpanan yang berkunci dan fleksibel.

  7. KuCoin telah dilancarkan pada tahun 2017 dan menjadi salah satu bursa terbesar dalam dunia kripto, dengan lebih 39 juta pelanggan berdaftar dan volum perdagangan harian melebihi USD4.4 bilion pada awal Oktober 2025.

    Spreadnya agak rendah dan mata wang kripto utamanya termasuk Bitcoin (0.01%), Ethereum (0.01%) dan Tron (0.06%).

    Pelanggan boleh mendapat pendedahan kepada lebih 1,000 syiling dan lebih 1,200 pasangan perdagangan.

    Pengguna KuCoin boleh menyertai perdagangan spot dan mencuba derivatif kripto seperti niaga hadapan, perdagangan margin dan lain-lain. Platform ini sesuai untuk peranti desktop dan mudah alih. Aplikasi telefon pintar boleh dimuat turun dari App Store atau Google Play, dan serasi dengan Android 7.0 serta iOS 13.0 atau ke atas.

    Jika anda memutuskan untuk mencuba KuCoin, anda boleh meminta bantuan dengan yakin kerana anda sentiasa boleh menghubungi wakil pasukan sokongan KuCoin. Sokongan pelanggan disediakan 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

  8. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Anda boleh memulakan perjalanan kripto anda sebagai ahli IC Markets – salah satu broker runcit dalam talian yang berprestasi tinggi. Dilancarkan pada tahun 2007, IC Markets menawarkan lebih 2,250 CFD merentasi kelas aset dan instrumen yang berbeza, termasuk mata wang kripto, indeks, forex, bon, dan niaga hadapan. Dengan lebih daripada 20 pasangan kripto yang sedia untuk didagangkan, broker ini membolehkan pemelbagaian portfolio dengan mudah, dengan stablecoin dan altcoin disediakan di platform CFD IC Markets.

    Beberapa ciri eksklusif perdagangan CFD kripto dengan IC Markets termasuk leveraj sehingga 1:500 di beberapa negara, perdagangan CFD kripto selama 7 hari seminggu, dan keupayaan membuka posisi panjang (long) dan pendek (short). Walau bagaimanapun, kami percaya salah satu kelebihan utama berdagang mata wang kripto di platform IC Markets ialah yuran yang sangat rendah dan kompetitif.

    Pelanggan broker ini tidak dikenakan komisen untuk perdagangan CFD kripto mereka. Selain itu, spread rendah akan mengurangkan kos perdagangan, membolehkan pelabur berdagang pasangan popular seperti BTC/USD, ETH/USD, dan DOGE/USD dengan spread purata masing-masing 6.46, 2.97, dan 0.0001. Broker ini membolehkan perdagangan mata wang kripto melalui MT4 dan MT5, antara platform popular lain.

    CFD adalah instrumen kompleks dan melibatkan risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan penggunaan leveraj. 70.64% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan pembekal ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  9. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Popular kerana ciri perdagangan salin miliknya, eToro juga merupakan sebuah syarikat broker yang baik untuk perdagangan secara umum, dengan kripto tersenarai dalam pasaran yang boleh anda laburkan sebagai pelanggan eToro. Walaupun kebanyakan broker runcit mengehadkan liputan kripto mereka kepada CFD, eToro juga menawarkan ahli-ahlinya dengan perdagangan kripto spot, bermaksud mereka boleh memiliki aset kripto yang mereka beli dan jual. Pelanggan boleh menyimpan syiling digital mereka dengan selamat dalam dompet kustodian yang disediakan melalui dompet eToro Money yang malangnya tidak disediakan untuk pelanggan dari Estonia, Qatar, Mesir, Jordan, New York, dan Nevada pada masa ini. Tidak kira bentuk perdagangan kripto yang anda pilih, eToro akan menyediakan beberapa keadaan perdagangan paling kompetitif yang anda boleh temui dalam talian.

    Oleh kerana eToro membenarkan ahlinya berdagang lebih daripada 150 aset kripto, mudah untuk mempelbagaikan portfolio anda. Apabila anda membeli atau menjual aset kripto di eToro, anda akan membayar yuran kadar tetap sebanyak 1%, dan perdagangan spot membolehkan anda memiliki aset yang anda beli. Yuran 1% dimasukkan dalam spread bida-tawar, membolehkan pedagang mengira dengan mudah kos yang akan dibayar untuk berdagang kripto dengan eToro.

    Instrumen CFD adalah rumit dan membawa risiko tinggi untuk kehilangan wang dengan cepat disebabkan leveraj. 61% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Pertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi, dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  10. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    ActivTrades ialah broker lama yang mempunyai pengalaman melebihi dua dekad (ditubuhkan pada tahun 2001), membolehkan lebih 100,000 pelanggan dari lebih 170 negara untuk berdagang kelas aset yang paling tidak menentu dengan spread yang kompetitif dan tanpa komisen. Broker ini menawarkan spread ketat bagi 15 aset digital popular, termasuk Solana, Bitcoin, Avalanche, Cardano, Ethereum, dan Ripple. Pelanggan boleh membuka dan menutup posisi kripto mereka dengan gelinciran harga yang minimum kerana broker ini mengiklankan purata kelajuan pelaksanaan pesanannya selaju 0.004 saat.

    Pedagang kripto akan mendapat manfaat daripada spread sasaran yang kompetitif sebanyak 55 mata bagi BTC, 4 mata bagi ETH, 0.02 mata bagi ADA, dan 2 mata bagi BCH. Jumlah perdagangan minimum ialah 0.01 lot bagi kebanyakan mata wang kripto yang disediakan. Leveraj maksimum untuk kripto ialah 1:20 atau 1:10 di bawah entiti Mauritius, tetapi hadnya jauh lebih rendah iaitu 1:2 untuk pelanggan Eropah. Dengan tiada keperluan deposit minimum, ActivTrades sesuai untuk pedagang kripto dari semua peringkat pengalaman. Pelanggan di entiti luar pesisir boleh membuat deposit menggunakan Litecoin, Bitcoin, Chainlink, Ethereum, Tether, dan lain-lain.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. 82% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini.Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.

Perbandingan Komprehensif 6 Broker Perdagangan Kripto Teratas dengan Spread Rendah

BrokerMinimum AkaunPengawal SeliaSpreadPurata Kelajuan PelaksanaanLeverajInstrumenMata Wang KriptoYuran LainPerlindungan Baki NegatifRating Trust Pilot
1. FP MarketsUSD100ASIC, CySEC, FSA (Seychelles), FSCA, FSA (St. Vincent dan Grenadines), SCB (Bahamas)
  • Purata spread BTC/USD 19.21
  • Purata spread ETH/USD 4.32
  • Purata spread DOGE/USD 0.00128
40 msSehingga 1:2 (Runcit); Sehingga 1:5 (Pro)Kontrak untuk perbezaan (CFD)12
  • -30.00 swap bagi posisi long, -10.00 swap bagi posisi short;
  • Fi semalaman -20% untuk posisi long / -0.20% untuk posisi short bagi ETH, LTC, XRP, SOL;
  • Tiada yuran deposit;
  • Yuran 1% hanya untuk pengeluaran melalui Skrill dan Neteller;
  • Komisen sifar untuk akaun standard
  • Spread purata BTC/USD - 21.08
Ya (pedagang runcit)4.9 ⭐
2. Fusion MarketsUSD0Dikawal selia oleh ASIC, FSA (Seychelles) dan VFSC (Vanuatu)
  • BTC/USD spread purata 20.65, spread minimum 14.24
  • ETH/USD spread purata 2.5, spread minimum 2.42
  • DOGE/USD spread purata 0.0, spread minimum 0.0
37msLeveraj 1:2 (ASIC), 1:10 (FSA, VFSC)Kontrak untuk perbezaan (CFD)13 tahun ke atas
  • Akaun Zero - komisen pusingan penuh AU$4.50;
  • Tiada yuran deposit;
  • Tiada yuran komisen untuk pedagang CFD kripto;
  • Yuran perdagangan semalaman dikemas kini setiap hari;
  • Spread minimum BTC/USD - 27.5
  • Spread purata - 28
Ya4.8 ⭐
3. IC Markets USD200FSA (Seychelles), CySEC (Siprus), ASIC (Australia), SCB (Bahamas), CMA (Kenya)
  • BTC/USD purata spread 6.46, spread minimum 1.85
  • ETH/USD purata spread 2.97, spread minimum 2.31
  • DOGE/USD purata spread 0.0001, spread minimum 0.00
35msSehingga 1:2 (peruncit); Sehingga 1:5 (pro)Kontrak untuk perbezaan (CFD)23Akaun Raw Spread (cTrader) - komisen US$3 bagi setiap US$100,000; Akaun Raw Spread - komisen US$3.50 setiap lot bagi setiap pihak; Swap bagi posisi panjang dan pendek ialah -15 mata; Tiada yuran deposit dan pengeluaranYa (pedagang runcit Eropah dan Australia)4.8 ⭐
4. Global PrimeUSD0Dikawal selia oleh ASIC (No. 385620) dan VFSC (No. 40256)
  • BTC/USD purata spread 525.44
  • ETH/USD purata spread 12.50
  • DOGE/USD purata spread 2.06
100 ms, 1-5 ms dengan VPSSehingga 1:2 (ASIC); sehingga 1:5 (Pro dan VFSC)Kontrak untuk perbezaan (CFD)40USD7 komisen pusingan penuh pada akaun Raw, yuran dagangan 0.1%Ya (pedagang runcit ASIC)4.7 ⭐
5. eToroUSD50 - USD10,000 (berbeza mengikut bidang kuasa)FCA, CySEC, ASIC, MFSA, FSRA, FSA, FINRA/FinCEN, AMF, SEC dan GFSCSpread berubah-ubahKurang daripada 1000 msLeveraj 1:2 (CySEC, ASIC), 1:5 (Seychelles)Pasaran spot, CFD, perdagangan salinBitcoin, Ethereum, Bitcoin Cash, Ripple, Dash, Litecoin, Ethereum Classic, API3, Cronos, Skale Network, IoTex, Immutable X, Cardano, IOTA, Stellar, EOS, NEO, TRON, ZCash, Build and Build, Tezos, Polkadot, Maker, Compound, Chainlink, Uniswap, Yearn. finance, Dogecoin, Aave, Filecoin, Algorand, Cosmos, Decentraland, ApeCoin, Loopring, Enjin, Biconomy, Basic Attention Token, Bancor, Origin Protocol, Polygon, Flare, Gala V2, My Neighbor Alice, Chiliz, Hedera Hashgraph, dYdX, Solana, Theta
  • Yuran beli/jual - kadar tetap 1%;
  • Yuran pemindahan aset kripto - 2%;
  • Penukaran: 1.5%-3%;
  • Yuran pembiayaan semalaman: -$1.29659079 untuk ETH; -$0.00115106 untuk XRP; -$0.04594521 untuk LTC; -$0.00031295 untuk ADA
Ya (pedagang runcit)4.2 ⭐
6. AxiASIC, FCA, CySEC, DFSA, FSA (Saint Vincent dan Grenadines), FMA9 ms1:2Kontrak untuk Perbezaan (CFD)30USD0 untuk CFD kripto; yuran pembiayaan semalaman dipaparkan di platform; tiada yuran deposit; tiada yuran pengeluaran untuk transaksi melebihi USD504.2 ⭐

Platform Bursa Kripto Terbaik dengan Spread Rendah

BursaSyiling Boleh DagangYuran Maker/TakerSpreadCiri Rintangan Gelinciran HargaKadar FaedahPerkhidmatan DompetLeveraj MaksimumKaedah PembayaranPengawal SeliaRating Trust Pilot
1. Coinbase340+Yuran taker antara 0.05% dan 0.60% bergantung pada volum perdagangan bulanan; Yuran maker antara 0% dan 0.40% bergantung pada volum perdagangan bulanan
  • Purata spread BTC/USD 0.02%
  • Purata spread ETH/USD 0.02%
  • Purata spread USDT/USD 0.01%
Ya (mata perlindungan)Kadar tahunan 8%Ya (Kustodian Kendiri)Sehingga 1:50Pindahan SEPA, Pindahan Bank, 3D Secure Card, Pengeluaran Kad Segera, Sofort, iDeal, PayPal, Apple Pay, Google Pay, BancomatPay, Sofort, iDeal, KriptoBaFin, FCA, CFTC, CSSF, FINTRAC, Dilesenkan di hampir semua negeri di AS4 ⭐
2. CoinJar60+Yuran taker antara 0.10% dan 0.06% bergantung pada volum perdagangan bulanan; Yuran maker antara 0.10% dan 0.02% bergantung pada volum perdagangan bulanan
  • Purata spread BTC/AUD 0.28%
  • Purata spread ETH/AUD 0.32%
  • Purata spread USDT/AUD 0.07%
TidakTidak dinyatakanYa (Kustodian)Tidak disediakanPindahan Bank, Pindahan SEPA, PayID, Faster Payments, Pembelian Segera melalui Visa, Mastercard, ApplePay dan GPayFCA (No. 928767), ASIC (ACN 163 543 824), MAS3.5 ⭐
3. Kraken560+Spot: dari 0.25% / 0.40% hingga 0.00%/0.08% (bergantung pada tahap); Margin: Yuran pembukaan 0.02%; Niaga Hadapan: dari 0.0200% / 0.0500% hingga -0.0030%/0.0100% (bergantung pada tahap)
  • Purata spread BTC/USD 0.01%
  • Purata spread ETH/USD 0.01%
  • Purata spread USDT/USD 0.01%
Ya (Perlindungan Harga Pasaran, Amaran Fat Finger)0.02% setiap 4 jamYa (Kustodian Kendiri)1:50Visa, Mastercard, PayPal, Pindahan Bank, Etana Custody, Apple Pay, Google Pay, Crypto, iDealFinCEN (AS), FINTRAC (Kanada), FCA (UK), FSRA (Abu Dhabi), AUSTRAC (Australia), CBI (Ireland), DNB (Belanda), BoS (Sepanyol), OAM (Itali), CBB (Bahrain), VARA (Dubai), BAPPEBTI (Indonesia), SEC (Thailand), SAT (Mexico), CNAD (El Salvador), FSP Berdaftar di Afrika Selatan1.7 ⭐
4. Binance500+Spot & Margin: dari 0.1000% / 0.1000% hingga 0.0110% / 0.0230% (bergantung pada tahap); Niaga Hadapan: dari 0.0200%/0.0500% hingga 0.0000%/0.0170% (bergantung pada tahap)
  • Purata spread BTC/USDT 0.06%
  • Purata spread ETH/USDT 0.08%
  • Purata spread USDT/USDT 0.34%
Ya (Alat Perlindungan Gelinciran Harga)daripada 0.00068958% hingga 0.001104% kadar setiap jam (berdasarkan tahap); daripada 6.04% hingga 9.67% kadar tahunan (berdasarkan tahap)Ya (Kustodian Kendiri)Sehingga 1:125 pada niaga hadapan kripto, 1:10 hingga 1:20 (pasaran spot)Kad Kredit/Debit, Pindahan Bank, iDEAL, Dompet Digital, KriptoAMF (Perancis), OAM (Itali), FIU (Lithuania), BoS (Sepanyol), FSA (Sweden), AIFC (Kazakhstan), FSRA (Abu Dhabi), CBB (Bahrain), VARA (Dubai), AUSTRAC (Australia), JFSA (Jepun), BAPPEBTI (Indonesia), FMA (New Zealandout), SEC (New Zealand) (Mexico), CNAD (El Salvador)1.4 ⭐
5. Crypto.com400+Spot & Margin: 0.250%/0.500% (Tahap 1); 0%/0.025% (Tahap 7)
  • Purata spread BTC/USD 0.01%
  • Purata spread ETH/USD 0.01%
  • Purata spread USDT/USD 0.01%
Ya (Toleransi Gelinciran Harga)dari kadar harian 0.0800% hingga 0.0100% (bergantung pada tahap) dari kadar tahunan 29.20% hingga 3.65% (bergantung pada tahap)Ya1:5Pindahan Bank, Pindahan Kawat, Pindahan SEPAFCA, AMF, CySEC, FSA (Malta), MAS, CBI, VARA (Dubai), DNB, Korea Selatan, AUSTRAC/ASIC, Bank of Spain, OAM, HCMC, CIMA, CFTC, Ontario Securities Commission, Canada Securities Administrators, COAF, FSRA (Abu Dhabi), Hong Kong, Central Bank of Bahrain, FSC1.3 ⭐
  1. Coinbase

    Apabila bercakap tentang perdagangan kripto, terdapat beberapa pemain utama yang menjamin beberapa keadaan perdagangan terbaik. Coinbase merupakan antara platform perdagangan kelas atasan ini, ia sentiasa meningkatkan perkhidmatannya, menawarkan yuran rendah, pelbagai aset yang boleh didagangkan, dan platform mesra pengguna yang sesuai untuk pedagang baharu dan berpengalaman. Pelanggan Coinbase mempunyai akses kepada lebih daripada 270 mata wang kripto yang boleh didagangkan, 22 pasangan stablecoin, dan 552 pasangan spot. Bursa ini menyediakan pilihan daripada dompet jagaan atau kawalan kendiri.

    Perdagangan spot di Coinbase membolehkan anda membeli dan menjual aset digital, membayar yuran maker dan taker yang sangat rendah, dengan volum perdagangan bulanan yang tinggi akan mengurangkan yuran maker kepada 0.0% bagi pedagang VIP. Anda juga boleh berdagang kripto dengan hanya membuat spekulasi ke atas pergerakan harga aset kripto asas. Niaga hadapan dan kontrak perpetual juga boleh didagangkan di Coinbase, dengan bursa ini mengenakan beberapa yuran perdagangan terendah di pasaran kripto.

    Spread di Coinbase juga kompetitif, memastikan pengalaman perdagangan yang lebih menjimatkan untuk pelanggan. Walaupun spread berubah-ubah dan bergantung pada pelbagai keadaan pasaran, purata spread pada pasangan kripto utama seperti BTC/USD, ETH/USD dan USDT/USD masing-masing dianggarkan sekitar 0.02%, 0.02%, dan 0.01%.

  2. Kraken

    Kraken merupakan satu bursa kripto yang popular, diminati oleh lebih 15 juta pedagang dari lebih 190 negara kerana yuran yang rendah dan ciri perdagangan yang maju. Selepas anda mencipta dan mengesahkan akaun dengan Kraken, anda akan berpeluang untuk berdagang lebih daripada 560 aset kripto. Ini menjadikan pemelbagaian portfolio sangat mudah dengan Kraken.

    Kraken membolehkan anda membeli dan menjual kripto, memberi anda pemilikan sebenar ke atas aset. Caj taker dan maker sangat kompetitif, membolehkan pedagang spot mengurangkan yuran maker/taker mereka kepada 0.0% dan 0.08% jika mengumpul volum perdagangan bulanan melebihi USD100 juta. Pelanggan dengan volum perdagangan terendah dikenakan yuran maker/taker sebanyak 0.25% dan 0.40%.

    Perdagangan niaga hadapan juga disediakan untuk pelanggan Kraken, membolehkan pelabur berdagang aset kripto tanpa memilikinya. Yuran maker/taker pada kontrak niaga hadapan berada antara 0.0200% /0.0500% hingga -0.0050%/0.0100%, bergantung pada volum perdagangan 30 hari pelanggan. Bagi pedagang yang ingin membuat pesanan lebih besar, mereka boleh melibatkan diri dalam perdagangan margin dan meningkatkan potensi keuntungan dengan leveraj maksimum 1:5.

    Struktur yuran yang dilaksanakan oleh Kraken boleh disemak dengan mudah oleh pelanggan sebelum mereka mula berdagang. Walaupun spread bida-tawar berubah-ubah dan turut berubah apabila keadaan pasaran melalui beberapa perubahan, purata spread pasangan kripto utama seperti BTC/USD, ETH/USD dan USDT/USD adalah sekitar 0.01%.

  3. Crypto.com

    Dilancarkan pada tahun 2016, Crypto.com adalah satu lagi bursa kripto hebat yang patut diterokai kerana ia menawarkan pelanggannya dengan pelbagai pilihan perdagangan, merangkumi lebih daripada 400 aset digital dan 300 pasangan boleh dagang. Dipercayai oleh lebih 150 juta pelanggan dari lebih 90 negara, bursa ini membolehkan anda membeli, menjual, dan berdagang pelbagai altcoin serta memilih pelbagai aset untuk mempelbagaikan portfolio kripto anda. Anda boleh terlibat dalam perdagangan spot dan margin, memilih pilihan perdagangan yang paling sesuai dengan matlamat anda.

    Yuran perdagangan di Crypto.com sangat kompetitif, membolehkan pelabur runcit berdagang pelbagai aset kripto dan membayar yuran maker/taker serendah 0.080% dan 0.180% dengan volum perdagangan bulanan melebihi USD500,000. Berita baiknya ialah pedagang yang mencapai tahap VIP tertinggi (VIP 7) boleh mengurangkan lagi yuran maker/taker mereka kepada 0.000% dan 0.025%. Sementara itu, pelanggan yang aktif menyertai program staking Crypto.com boleh mendapat diskaun pada yuran maker dan taker yang dibayar untuk perdagangan kripto mereka. Staking disediakan untuk lebih 30 syiling, dengan ganjaran maksimum mencapai 20.07% untuk syiling baharu seperti Flare (FLR).

    Crypto.com juga berusaha menawarkan beberapa spread paling ketat dalam perdagangan kripto, membolehkan pelanggan menikmati harga terbaik untuk pelaburan mereka. Walaupun spread boleh berubah-ubah, kami telah melihat purata spread sekitar 0.01% pada pasangan kripto utama seperti BTC/USD, ETH/USD dan USDT/USD. Pedagang margin akan mendapat manfaat daripada leveraj maksimum 1:10 untuk pasangan terpilih.

  4. CoinJar

    CoinJar adalah salah satu bursa kripto yang paling terkenal di Australia dan UK, ia menawarkan pelabur kripto dengan persekitaran yang selamat dan adil untuk membeli, menjual, dan berdagang kripto. Bursa over-the-counter ini menyediakan pelaksanaan pesanan yang lebih pantas dan beberapa harga terbaik kepada pelanggannya untuk memastikan hasil yang sangat menguntungkan.

    Ahli bursa ini akan dapat membeli, menjual, dan menukar lebih daripada 60 aset kripto. Mereka boleh mendapat pendedahan kepada pasaran kripto dengan pelaburan awal serendah USD10. Pembelian segera menggunakan Mastercard atau Visa akan dikenakan yuran transaksi 2%, manakala penukaran fiat ke kripto dikenakan 1%. Yuran perdagangan yang kompetitif adalah salah satu kelebihan besar CoinJar, membolehkan pelabur membeli dan menjual kripto serta membayar yuran maker dan taker sebanyak 0.10%. Apabila pedagang meningkatkan volum perdagangan bulanan mereka, mereka boleh mengurangkan lagi yuran perdagangan dan hanya membayar yuran maker 0.02% dan yuran taker 0.06%.

    Spread yang dikenakan untuk berdagang kripto dengan CoinJar juga sangat berpatutan, membolehkan pedagang menikmati harga terbaik untuk pesanan mereka. Oleh kerana bursa ini beroperasi terutamanya di Australia dan UK, anda akan melihat kripto utama didagangkan terhadap mata wang fiat seperti GBP dan AUD. Purata spread bagi pasangan kripto utama seperti BTC/AUD, ETH/AUD dan USDT/AUD mungkin dalam lingkungan 0.28%, 0.32% dan 0.07%.

Spread dalam Perdagangan Kripto

Sama ada anda membeli dan menjual aset kripto di platform broker atau melalui bursa kripto, anda pasti akan cuba membuat keuntungan daripada perbezaan antara harga beli dan jual aset tersebut. Namun begitu, anda juga harus ingat bahawa anda akan membayar beberapa yuran perdagangan, termasuk spread sebagai salah satu kos tambahan.

Oleh kerana pasaran kripto terdiri daripada pembeli dan penjual, kedua-dua pihak berusaha menjana keuntungan daripada titik harga terbaik. Walau bagaimanapun, perbezaan antara kedua nilai itu akan mewujudkan jurang harga bida-tawar atau spread. Dalam sektor kripto, spread dianggap sebagai jurang antara harga beli (bid) tertinggi dan nilai harga tawar terendah yang direkodkan dalam buku pesanan.

Perlu dinyatakan bahawa cara spread terbentuk boleh berbeza bergantung pada pasaran yang didagangkan. Broker runcit biasanya bergantung pada penggerak pasaran atau penyedia kecairan untuk menentukan spread. Sebaliknya, dalam pasaran kripto, spread ditentukan berdasarkan perbezaan antara pesanan had (limit order) yang ditetapkan oleh pembeli dan penjual.

Jika pedagang ingin membeli kripto dengan segera mengikut harga pasaran, mereka tidak mempunyai pilihan selain menerima harga jual tertinggi yang menguntungkan penjual. Sementara itu, jika anda mahu pesanan jual anda dipadankan serta-merta, anda perlu memilih harga bida terendah penjual. Aset dengan kecairan yang lebih tinggi, seperti Forex, mempunyai spread yang lebih ketat, membolehkan pembeli dan penjual berdagang aset tersebut tanpa mengalami perbezaan drastik antara kedua titik harga. Sementara itu, pasaran yang kurang cair mungkin menyebabkan pedagang menunggu lebih lama untuk pesanan mereka dipadankan dan dilaksanakan.

Mewujudkan kecairan adalah penting dalam perdagangan, dengan banyak pasaran bergantung pada broker dan penggerak pasaran untuk menyediakan kecairan. Membeli dan menjual aset yang sama sering digunakan oleh penggerak pasaran sebagai kaedah untuk mewujudkan spread dan menjana keuntungan arbitraj. Oleh kerana terdapat persaingan hebat antara penggerak pasaran, aset yang mempunyai permintaan lebih tinggi cenderung untuk mempunyai spread yang lebih rendah.

Untuk menentukan bursa kripto atau broker yang menawarkan spread paling rendah pada mata wang kripto, anda perlu dapat mengira spread. Untuk menilai spread yang akan dikenakan untuk perdagangan sesuatu mata wang kripto, anda boleh menggunakan formula berikut:

(Harga tawar – Harga bida)/ Harga tawar x 100 = Spread

Jika kita ikut formula di atas, kita boleh mengambil contoh mata wang kripto seperti GNO, pada masa penulisan ini dibuat harga tawar adalah USD263 dan harga bida USD261, menjadikan spread adalah USD2. Jika kita bahagi 2 dengan 263, kita akan mendapat peratus spread sekitar 0.8%. Sekarang, jika kita meneliti titik harga BTC untuk tempoh yang sama, kita akan dapat melihat bahawa pedagang mungkin membayar spread sekitar USD6. Walaupun surcaj ini tiga kali ganda lebih tinggi daripada spread GNO, ia sebenarnya lebih rendah dari segi peratusan, mewakili spread yang lebih ketat sekitar 0.010%. Ini bermaksud perdagangan dalam volum besar bagi mata wang kripto yang mempunyai kecairan tinggi sebenarnya boleh menghasilkan kos spread yang lebih rendah secara relatif.

Apa Itu Gelinciran Harga dan Bagaimana Ia Mempengaruhi Pedagang Kripto?

Walaupun memantau spread boleh dilakukan dengan membandingkan harga tawar dan bida sesuatu aset kripto, pedagang juga harus mempertimbangkan peratus gelinciran harga. Faktor ini penting untuk menilai harga sebenar yang mungkin anda peroleh apabila pesanan dilaksanakan.
Gelinciran harga adalah kejadian biasa dalam pasaran yang sangat tak menentu atau kurang cair. Cara ringkas untuk menerangkan fenomena ini adalah apabila pesanan dilaksanakan pada harga yang berbeza daripada harga jangkaan pedagang. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, untuk memastikan pesanan dipadankan dengan segera atau lebih pantas, anda selalunya perlu bersetuju dengan harga yang kurang memihak kepada anda.

Katakan anda memutuskan untuk melabur dalam mata wang kripto dan telah membuat pesanan beli bernilai USD100, tetapi disebabkan kecairan yang rendah, tiada pesanan jual yang sepadan dalam buku pesanan. Akibatnya, anda perlu menerima pesanan yang melebihi harga beli anda supaya pesanan tersebut dilaksanakan. Perbezaan antara harga asal yang ditetapkan dan harga sebenar pelaksanaan itulah yang dipanggil gelinciran harga.

Setiap kali anda membuat pesanan pasaran, bursa kripto secara automatik akan mengehadkan pesanan dalam buku pesanan untuk membolehkan anda melaksanakan perdagangan pada harga terbaik yang ada. Walau bagaimanapun, apabila pesanan anda tidak dapat dipadankan, bursa akan mengembangkan senarai pesanan, termasuk padanan dengan harga yang lebih tinggi. Dalam pasaran kripto yang tidak stabil dan kurang cair, gelinciran harga boleh mencecah 10% atau lebih tinggi.

Perlu diingat bahawa gelinciran harga kadangkala boleh menjadi positif apabila perbezaan harga memihak kepada anda. Fenomena ini berlaku pada setiap kali harga pasaran menurun apabila anda membuat pesanan beli atau apabila terdapat kenaikan harga pasaran apabila anda membuat pesanan jual. Ingat, gelinciran harga yang positif tidak berlaku dengan kerap, tetapi mungkin diperhatikan dalam beberapa pasaran yang tak menentu.

Oleh kerana gelinciran harga adalah sesuatu yang ingin dielakkan oleh pedagang kripto, sesetengah bursa kripto membenarkan pelanggan mereka menetapkan paras rintangan gelinciran harga. Ciri ini disediakan dalam penggerak pasaran automatik seperti PancakeSwap di Binance Smart Chain. Jika anda menggunakan ciri ini, pesanan anda mungkin dilaksanakan dengan sangat perlahan. Sebagai contoh, jika anda menetapkan paras rintangan gelinciran harga pada tahap rendah, pesanan itu mungkin mengambil masa yang sangat lama untuk dipadankan, dan dalam beberapa kes, ia mungkin tidak dipadankan sama sekali.

Cara Mengurangkan Gelinciran Harga Semasa Berdagang Mata Wang Kripto

Walaupun sukar untuk mengelakkan gelinciran harga sepenuhnya semasa berdagang mata wang kripto, terdapat beberapa cara untuk meminimumkan kejadian gelinciran harga yang negatif. Kami akan menyenaraikan beberapa petua yang boleh membantu anda apabila membuat pesanan beli/jual, membolehkan anda berdagang syiling kripto pada harga yang paling optimum.


Pilih Beberapa Pesanan Bersaiz Kecil

Opt for multiple smaller-size ordersDaripada membuat satu pesanan besar, memecahkannya kepada beberapa pesanan lebih kecil dengan harga yang lebih munasabah akan memberi anda peluang yang lebih baik untuk pelaksanaan yang cepat. Pastikan anda sentiasa memantau buku pesanan dan elakkan membuat pesanan yang melebihi volum sedia ada.


Elakkan Caj Tambahan yang Tinggi

Avoid high surchargesWalaupun ia perkara yang baik untuk mengelakkan gelinciran harga negatif, anda juga harus mengambil kira yuran perdagangan lain yang mungkin dikenakan ke atas pesanan anda. Sesetengah bursa kripto terdesentralisasi cenderung mengenakan yuran yang jauh lebih tinggi bergantung pada trafik rangkaian rantaian blok. Itu boleh menyebabkan kos yang lebih tinggi walaupun gelinciran harga adalah minimum.


Pertimbangkan Faktor Kecairan

Consider the liquidity factorJika anda berdagang aset kripto dengan kecairan rendah, pesanan yang anda buat boleh memberi impak besar pada harga aset. Walaupun satu transaksi tunggal mungkin mempunyai peratus gelinciran harga yang rendah, beberapa pesanan kecil dalam pasaran yang kurang cair boleh memberi kesan yang serius pada harga transaksi anda yang seterusnya.


Gunakan Pesanan Had

Make use of limit ordersKelajuan pelaksanaan kadangkala berbaloi untuk dikorbankan jika anda dapat meminimumkan gelinciran harga. Pesanan had membolehkan anda mendapatkan harga tepat yang dijangkakan ataupun melaksanakan pesanan anda pada harga yang lebih baik.


Dagangkan Pasangan Berkecairan Tinggi pada Waktu Puncak

Trade Highly Liquid Pairs at Peak TimesPilih pasangan kripto dengan kecairan yang lebih tinggi. Selain itu, berdagang pada waktu puncak pasaran, contohnya semasa pertindihan waktu pasaran AS dan Eropah, ini akan memastikan lebih ramai pembeli/penjual dan spread yang lebih ketat, sekali gus meminimumkan gelinciran harga.


Pantau Kedalaman Buku Pesanan

Monitor Order Book DepthSebelum membuat pesanan perdagangan, semak buku pesanan untuk menilai kedalaman pasaran. Pesanan besar dalam buku pesanan yang cetek meningkatkan risiko gelinciran harga. Memantau perubahan masa nyata dalam buku pesanan boleh membantu anda menentukan masa kemasukan yang lebih sesuai atau memecahkan pesanan dengan lebih strategik.


Faktor yang Mempengaruhi Turun Naik Spread

Terdapat beberapa faktor yang memberi impak kepada spread dalam perdagangan kripto. Mengetahui faktor-faktor ini akan membantu anda memahami cara spread boleh berubah dan mempengaruhi perdagangan kripto anda. Faktor-faktor utama yang boleh mempengaruhi spread perdagangan kripto termasuk turun naik pasaran, kecairan, volum perdagangan semasa, dan platform bursa yang anda gunakan.

Hubungan antara turun naik pasaran dan spread adalah agak jelas. Volatiliti tinggi biasanya menandakan risiko yang tinggi dan pasaran yang agak tidak stabil. Secara semula jadi, keadaan ini akan membawa kepada spread yang lebih lebar apabila berdagang mata wang kripto dengan volatiliti tinggi.

Kecairan rendah juga mempengaruhi spread secara negatif kerana ia menunjukkan ahli pasaran yang sedikit, sekali gus melambatkan pelaksanaan pesanan. Semakin perlahan pesanan anda dilaksanakan, semakin lebar spread. Sama seperti kecairan yang rendah, volum perdagangan yang rendah juga menandakan bilangan pembeli dan penjual yang sedikit dalam pasaran. Sekali lagi, penurunan dalam aktiviti perdagangan membawa kepada pelaksanaan pesanan yang lebih perlahan, menjadikan spread lebih lebar.

Membandingkan spread antara beberapa bursa adalah penting kerana persaingan mungkin menjadi pendorong untuk banyak jenama bursa menawarkan spread yang lebih rendah dalam perdagangan kripto. Oleh kerana bursa kripto menetapkan caj spread mereka berdasarkan faktor seperti jurang dalam buku pesanan, yuran perdagangan lain dan persaingan, wajar untuk anda membuat perbandingan antara beberapa bursa sebelum anda memilih tempat untuk berdagang kripto.

Yuran Lain yang Berkaitan dengan Perdagangan Kripto

Walaupun spread akan memberi anda gambaran yang agak baik tentang kos yang anda akan bayar untuk pelaksanaan pesanan, terdapat juga caj tambahan lain yang perlu dipertimbangkan apabila anda memutuskan untuk berdagang mata wang kripto. Sama ada anda memilih untuk berdagang dengan broker atau bursa kripto, anda perlu membiayai akaun perdagangan sendiri sebelum boleh membuat sebarang jenis pesanan. Dalam kebanyakan kes, deposit melalui kaedah pembayaran seperti kad kredit/debit, dompet elektronik, pindahan bank, dan perkhidmatan perbankan segera tidak akan dikenakan yuran.

Jika anda memilih untuk membeli mata wang kripto secara terus melalui platform bursa, anda selalunya boleh memilih daripada pelbagai pilihan pembayaran fiat yang sesuai untuk pedagang yang tinggal di pelbagai bidang kuasa. Bergantung pada jumlah syiling kripto yang dibeli, harga semasa aset, dan keadaan pasaran yang lain, anda akan dikenakan yuran transaksi yang akan dinyatakan dengan jelas sebelum anda mengesahkan pembelian.

Apabila anda berdagang kripto sebagai CFD menggunakan perkhidmatan broker runcit, komisen jarang dikenakan pada perdagangan anda. Sebaliknya, broker cenderung untuk memasukkan yuran kecil dalam spread yang dikenakan pada perdagangan. Walau bagaimanapun, disebabkan pedagang mungkin mengekalkan posisi mereka terbuka semalaman, broker juga mungkin akan mengenakan yuran semalaman yang berubah-ubah dan bergantung pada beberapa faktor pasaran.

Perdagangan spot serta bentuk perdagangan kripto lain yang anda nikmati sebagai pelanggan di bursa juga mempunyai yuran perdagangan tertentu. Apabila anda membuat pesanan dan ia dipadankan serta dilaksanakan dengan serta-merta, anda akan dikenakan yuran taker. Sementara itu, jika pesanan anda diletakkan dalam buku pesanan dan mengambil masa untuk dilaksanakan, anda akan dikenakan yuran maker kerana anda dianggap sebagai pelanggan yang membantu mewujudkan pasaran. Biasanya, yuran maker lebih rendah berbanding yuran taker, tetapi kedua-dua caj tambahan  ini cenderung untuk menjadi lebih rendah apabila pedagang mengumpul volum perdagangan bulanan yang tinggi.

Seperti yang anda lihat, terdapat beberapa jenis yuran berbeza yang perlu dipertimbangkan apabila anda berdagang kripto, termasuk spread yang akan dikenakan ke atas pesanan anda. Kami mengesyorkan anda untuk membuat kajian menyeluruh dan memilih platform yang menawarkan pengalaman perdagangan kripto yang paling menjimatkan.

Bagaimana Cara Memilih Platform Perdagangan Kripto dengan Spread Rendah?

Untuk memilih platform perdagangan yang akan menawarkan harga paling kompetitif dan keadaan perdagangan yang adil, kami menasihatkan pembaca untuk membuat pilihan broker atau bursa berdasarkan beberapa faktor. Walaupun penting untuk memilih platform dengan spread yang kompetitif, di bawah ini, kami juga telah menyenaraikan beberapa ciri lain yang perlu diingat semasa memilih broker atau bursa kripto.

Pilih platform perdagangan yang sesuai dengan pengalaman perdagangan anda. Walaupun banyak broker dan bursa yang berusaha untuk memenuhi keperluan kedua-dua pedagang baharu dan berpengalaman, beberapa platform kekurangan bahan pendidikan dan alat untuk membantu pedagang baharu menyesuaikan diri dengan lebih cepat dalam perdagangan kripto. Kebanyakan broker dan bursa kripto yang kami ulas dalam artikel ini sesuai untuk apa jua tahap pengalaman perdagangan kerana platformnya menampilkan reka bentuk yang mesra pengguna. Di samping itu, pedagang baharu boleh menemui banyak bahan pendidikan di laman web platform perdagangan ini, membolehkan pedagang yang tidak berpengalaman belajar tentang topik perdagangan kripto yang rumit.

Struktur yuran yang digunakan oleh platform perdagangan yang anda pilih juga merupakan bahagian penting dalam mencari destinasi terbaik untuk pengalaman perdagangan anda. Seperti yang telah dinyatakan, walaupun spread rendah sememangnya sesuatu yang perlu dicari semasa memilih platform perdagangan, anda juga harus mempertimbangkan yuran lain yang mungkin dikenakan.

Jika anda dikenakan bayaran untuk deposit dan pengeluaran dan terdapat yuran maker/taker serta komisen yang sangat tinggi, spread yang lebih rendah tidak dapat membantu anda mengurangkan kos keseluruhan perdagangan. Daripada bertumpu pada satu jenis caj tambahan sahaja, kami mencadangkan anda untuk menggabungkan semua jenis yuran yang dikenakan pada perdagangan anda untuk mendapatkan anggaran tepat mengenai kos keseluruhan perdagangan.

Keselamatan juga amat penting apabila anda memilih broker atau bursa untuk berdagang. Kami mencadangkan anda membuat kajian sendiri tentang platform dan menyemak kesahihan lesen dan kebenaran yang telah diperolehnya. Anda juga harus mempertimbangkan negara tempat tinggal anda kerana sesetengah broker dan bursa dibenarkan beroperasi secara sah di kawasan yang lebih terhad. Memilih platform yang tidak dilesenkan di negara tempat tinggal anda boleh menjadi berbahaya dan ia tidak menawarkan perlindungan sekiranya berlaku kejadian perdagangan yang tidak diingini.

Satu perkara yang sangat penting untuk dipertimbangkan sebelum memilih bursa kripto atau broker runcit adalah matlamat perdagangan anda. Bergantung pada keutamaan peribadi, anda mungkin mendapati beberapa platform lebih sesuai berbanding yang lain. Jika anda ingin mempelbagaikan portfolio sendiri, anda boleh memilih platform yang merangkumi pilihan altcoin yang lebih besar. Kebanyakan broker runcit menawarkan pelanggan mereka untuk berdagang CFD pada beberapa mata wang kripto popular, tetapi terdapat broker seperti eToro yang juga menawarkan perdagangan spot, membolehkan anda melibatkan diri dalam strategi perdagangan yang berbeza.

Terdapat beberapa platform bursa yang bertumpu pada perdagangan spot, membolehkan pesanan pantas dan transaksi yang menjimatkan kos. Dengan itu, jika anda ingin menggunakan leveraj, anda boleh memilih bursa kripto yang menawarkan perdagangan margin serta niaga hadapan, perpetual, atau opsyen, yang juga membolehkan pedagang menggunakan leveraj.

Ia perkara penting untuk memastikan matlamat perdagangan anda selari dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh broker atau bursa kripto. Kami percaya jika anda memberi perhatian kepada faktor-faktor yang telah dinyatakan dalam artikel ini dan memilih platform yang menawarkan spread rendah secara kompetitif, anda boleh menikmati pengalaman perdagangan kripto yang bertaraf tinggi.

Ditulis oleh Z. Stefanova | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal