Laman Utama » Broker Forex Terbaik pada 2026 » Broker Forex Tanpa Meja Urus Niaga (No Dealing Desk)

Broker Forex Tanpa Meja Urus Niaga (No Dealing Desk)

Ditulis oleh Zornitsa Stefanova
Zornitsa Stefanova ialah seorang penganalisis forex dan kripto yang berpengalaman. Beliau juga mengulas pelbagai topik kewangan seperti perdagangan saham dan pelaburan persaraan.
, | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal
Shakirah Manijal merupakan pakar kandungan yang berpengalaman dalam penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu, khususnya bagi ulasan broker dan kandungan berkaitan perdagangan.
, | Dikemas Kini:

Anda ingin berdagang forex dan instrumen kewangan lain pada kadar interbank? Lihat senarai pendek kami untuk broker paling dipercayai yang memproses pesanan tanpa campur tangan meja urus niaga. Pilihan broker utama kami tidak pernah berdagang menentang posisi pelanggan mereka dan bekerjasama dengan penyedia kecairan yang boleh dipercayai untuk memberikan spread yang lebih ketat, pelaksanaan pesanan yang lebih cepat, dan ketelusan harga yang lebih tinggi. Kami juga menghuraikan manfaat menggunakan perkhidmatan mereka dan memberi petunjuk tentang cara untuk mengenal pasti broker tanpa meja urus niaga (NDD) yang boleh dipercayai.

1Plus500 US logoPlus500 US
Rating: 4.2 ⭐
Kandungan ini hanya terpakai kepada Plus500 US dan pelanggan dari Amerika Syarikat. Perdagangan niaga hadapan melibatkan risiko kerugian.
Penilaian Tertinggi
2eToro logoeToro
Rating: 4.2 ⭐
50% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
3Fusion Markets logoFusion Markets
Rating: 4.8 ⭐
74-89% daripada akaun CFD pelabur runcit kehilangan wang
4BlackBull Markets logoBlackBull Markets
Rating: 4.8 ⭐
Perdagangan produk berleveraj adalah berisiko
5Eightcap logoEightcap
Rating: 4 ⭐
59.57% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini.
6Global Prime logoGlobal Prime
Rating: 4.7 ⭐
74-89% daripada akaun CFD runcit kehilangan wang
7Pepperstone logoPepperstone
Rating: 4.4 ⭐
72.9% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang
8FxPro logoFxPro
Rating: 3.2 ⭐
74% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
9FBS logoFBS
Rating: 4.3 ⭐
72.12% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian
10IC Markets logoIC Markets
Rating: 4.8 ⭐
70.64% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini.
11Axi logoAxi
Rating: 4.2 ⭐
Sebahagian besar akaun pelanggan runcit mengalami kerugian.

Perbandingan Komprehensif 11 Broker Forex Teratas Tanpa Meja Urus Niaga

Broker ForexAkaun demo disediakan?Deposit MinimumPlatform PerdaganganPengawal Selia
1. Fusion MarketsYa$0MetaTrader4, MetaTrader5, cTrader, DupliTrade, Fusion+ Salin dagangan, TradingViewDikawal selia oleh ASIC, FSA (Seychelles) dan VFSC (Vanuatu)
2. PepperstoneYaUSD0MetaTrader 4, MetaTrader 5, cTrader, TradingViewDikawal selia oleh: ASIC (No. 414530), UK FCA (No. 684312), CySEC (No. 388/20), BaFin (No. 151148), DFSA (F004356), CMA (128), SCB Bahamas (SIA-F217), FSA (SD108)
3. FxProYaUSD100MetaTrader4, MetaTrader5, cTrader, FxPro Edge (milik syarikat)FCA (No. 509956), FSCA (No.45052), SCB (No. SIA-F184), FSA (SD120)
4. Global PrimeYaPercumaMT4, MT4 Webtrader, MT4 Android; untuk pelanggan VFSC: MT4, MT5 dan GP CopyDikawal selia oleh ASIC (No. 385620) dan VFSC (No. 40256)
5. IC Markets YaUSD200MetaTrader4, MetaTrader5, cTrader, ZuluTradeFSA (Seychelles), CySEC (Siprus), ASIC (Australia), SCB (Bahamas), CMA (Kenya)
6. BlackBull MarketsYaUSD0 (Standard)
USD2,000 (Utama)
USD20,000 (Institusi)
MetaTrader4, MetaTrader5, TradingView, cTrader, MT WebTrader, BlackBull Shares, BlackBull CopyTrader, BlackBull Trade, BlackBull Invest, ZuluTradeFSA (Seychelles) (No. SD045), FMA (No. FSP403326)
7. Vantage MarketsYaUSD50 (USD10,000 untuk akaun Pro ECN)MetaTrader4, MetaTrader5, ProTrader, TradingView, Perdagangan salinFCA (lesen no. FRN: 590299), VFSC (reg. no. 700271), ASIC (lesen no. 428901), FSCA (lesen no. 51268), CIMA (no. 1383491)
8. AxiYaUSD0; USD5 (EU dan UK)MetaTrader4, MT4 WebTrader, Axi MobileASIC, FCA, CySEC, DFSA, FSA (Saint Vincent dan Grenadines), FMA
9. Bank SaxoTidak$0 Classic
$200,000 + Platinum
$1,000,000 + VIP
Proprietari, SaxoTraderGO, SaxoTraderPRO, TradingView, SaxoInvestorFCA (No. 551422), FSA Denmark (No. 1149), MAS (No. 200601141M), ASIC (No. 32110128286), SFC Hong Kong (No. 1395901), FSA Jepun (No. 0104-01-082810), Berdaftar dengan CONSOB (no. 296)
10. FBSTidakAkaun standard: $100
Akaun sen: $10
MT5 Desktop, MT5 WebTrader, MT4CySEC (No. 331/17), FSC (No. 000102/31), ASIC (No. 426359), FSCA (no. 50885)
11. FP MarketsYaUSD50 (AU$100)MetaTrader4, MetaTrader5, WebTrader, IRESS, cTrader, TradingViewASIC, CySEC, FSA (Seychelles), FSCA, FSA (St. Vincent dan Grenadines), SCB (Bahamas)

12 Broker Teratas dengan Pemprosesan Pesanan NDD

  1. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Fusion Markets meraih tempat pertama dalam senarai teratas kami kerana komisen yang mempunyai diskaun dan spread yang amat ketat. Broker ini telah memperoleh kelulusan pengawalseliaan daripada ASIC, VFSC dan FSA Seychelles serta menawarkan perdagangan dengan kos rendah dalam lebih 250 pasaran kewangan, termasuk forex, logam berharga, tenaga, indeks, dan saham AS. Pedagang yang mementingkan bajet akan mendapat manfaat daripada komisen pusingan penuh yang kompetitif sebanyak $4.50 dan spread serendah 0.0 pip untuk pasangan mata wang utama.

    Model broker ini adalah berasaskan struktur rangkaian komunikasi elektronik (ECN), di mana harga terbaik bagi setiap simbol diperoleh daripada rangkaian penyedia kecairan yang dipercayai dan bereputasi. Harga tersebut kemudiannya disalurkan terus kepada pelanggan, menghasilkan keadaan perdagangan yang lebih kompetitif dan kos yang rendah. Broker yang berpangkalan di Melbourne ini tidak mengendalikan meja urus niaga dan bekerjasama dengan beberapa penyedia kecairan untuk memastikan keadaan yang lebih menguntungkan bagi pelanggannya. Perdagangan salin juga disediakan melalui platform proprietari Fusion+ milik broker ini.

    Gleneagle Asset Management Limited (ABN 29 103 162 278) yang beroperasi sebagai Fusion Markets, adalah penerbit Produk Fusion Markets yang diterangkan dalam komunikasi ini. Perdagangan dalam Produk Fusion Markets melibatkan potensi keuntungan serta risiko kerugian yang mungkin melebihi jumlah deposit awal anda dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Anda harus membaca dengan teliti semua Terma Perkhidmatan Produk Kewangan ini, Kenyataan Pendedahan Produk (PDS) dan Panduan Perkhidmatan Kewangan (disediakan di laman web kami), mempertimbangkan keadaan kewangan, keperluan dan objektif anda sendiri untuk melabur dalam Produk Fusion Markets ini dan mendapatkan nasihat kewangan bebas.
  2. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Sebagai broker berlesen penuh yang menawarkan harga ECN mentah, FP Markets ialah salah satu pilihan utama kami bagi mereka yang mencari tapak perdagangan tanpa meja urus niaga. Broker ini menyediakan kecairan yang mendalam, harga yang sangat telus, dan pelaksanaan pesanan yang pantas dengan gelinciran harga yang minimum. Pelanggan juga akan mendapat manfaat daripada spread yang sangat rendah untuk lebih 10,000 instrumen kewangan, merangkumi lebih 70 pasangan mata wang, saham, dan komoditi serta indeks, mata wang kripto, dan bon.

    Pedagang yang menuntut harga terbaik boleh menyambungkan akaun spread mentah mereka di FP Markets ke MT5, MT4 atau cTrader. Spread untuk akaun Raw bermula dari sifar pip, tetapi broker mengenakan komisen pusingan penuh sebanyak $6 bagi setiap perdagangan. Deposit minimum untuk jenis akaun ini bermula dari $50 atau $100 bergantung kepada negara pelanggan semasa pendaftaran.

    Sebagai broker yang langsung tidak menggunakan meja urus niaga, FP Markets memperoleh spread terus daripada penyedia kecairan terkemuka tanpa sebarang penambahan harga. Broker ini menyediakan pelaksanaan yang unggul melalui pelayan Equinix yang terletak di New York. Pelanggan runcit yang berpangkalan di EU boleh meningkatkan kedudukan mereka dengan leveraj maksimum 1:30 dan dilindungi daripada kerugian yang melampau dengan perlindungan baki negatif.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan leveraj. 73.33% daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko yang tinggi kehilangan wang anda.
  3. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    BlackBull Markets telah menempatkan dirinya sebagai peneraju global dalam menyediakan perkhidmatan perdagangan kos rendah, menawarkan pelbagai manfaat kepada pelanggan dari lebih 180 bidang kuasa. Sedikit sahaja broker yang dapat mengatasi BlackBull dari segi kepelbagaian pasaran kerana portfolio syarikat ini merangkumi lebih 26,000 pasaran boleh dagang, termasuk lebih 50 pasangan forex.

    Spread bermula daripada sifar pip di BlackBull Markets, menjadikannya sesuai untuk pelanggan yang berjimat dan ingin mengurangkan kos perdagangan. Broker ini meneruskan harga yang diterimanya daripada penyedia kecairan luaran terus kepada pelanggan tanpa sebarang campur tangan meja urus niaga. Model penetapan harga ini membolehkan BlackBull memberikan ketelusan harga yang lebih tinggi dan pelaksanaan yang lebih pantas iaitu di bawah 20 milisaat, tanpa pedagang mengalami sebarang gelinciran harga.

  4. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Pepperstone mempunyai rekod kawal selia yang bersih, barisan produk yang kukuh untuk didagangkan, dan salah satu spread paling ketat. Broker ini menjangkau pedagang di lebih 160 bidang kuasa dan beroperasi dengan lesen ASIC, CySEC, CMA, dan DFSA.

    Broker terkemuka ini menawarkan pilihan akaun Standard dan Raw, kedua-dua akaun ini masing-masing menyediakan spread berubah-ubah dan spread mentah. Pelanggan boleh mencuba lebih 1,400 instrumen kewangan, termasuk forex, indeks mata wang, komoditi, saham, dan ETF. Broker ini menggunakan model pelaksanaan no-dealing desk dan bergantung pada kumpulan besar penyedia kecairan, termasuk bank tahap 1, institusi kewangan utama, dan broker global lain yang membolehkannya mengurangkan gelinciran harga kepada tahap minimum. Purata kelajuan pelaksanaan pesanan ialah 30 milisaat.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kerugian wang dengan cepat disebabkan leveraj. 72.9% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kerugian wang anda.
  5. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    FxPro sesuai untuk pedagang yang mencari pemprosesan pesanan terunggul, kos perdagangan yang lebih rendah, dan kepelbagaian pasaran. Broker ini menyediakan spread yang sangat ketat kepada lebih 11 juta pelanggan berdaftar daripada lebih 170 bidang kuasa. Ia memudahkan perdagangan dengan rangkaian serba guna lebih daripada 2,100 instrumen, termasuk lebih daripada 70 pasangan forex, saham, dan indeks.

    Pedagang berpengalaman boleh mempelbagaikan portfolio mereka dengan niaga hadapan bagi komoditi lembut dan keras. Broker berlesen CySEC ini beroperasi tanpa campur tangan meja urus niaga, memenuhi pesanan pelanggan dalam purata 12 milisaat. Pelanggan yang mempunyai akaun cTrader dan MT5 mempunyai akses kepada maklumat Depth of Market (DoM).

    Berdaganglah dengan rasa tanggungjawab. CFD adalah instrumen yang kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan penggunaan leveraj. 74% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sekiranya anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  6. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Global Prime menyediakan akses kepada kecairan yang mendalam dan sebut harga tawaran dan permintaan yang sangat kompetitif untuk lebih 150 instrumen merentasi enam kelas aset. Bon, mata wang, kripto, komoditi, dan indeks semuanya boleh diniagakan dengan spraad yang ketat di Global Prime. Perdagangan CFD saham AS dengan leveraj 1:20 juga disediakan baru-baru ini. Broker ini juga memberi khidmat kepada pelanggan antarabangsa dengan lesen daripada ASIC (Australia) dan VFSC (Vanuatu).

    Syarikat ini berpegang teguh kepada pelaksanaan pesanan tanpa meja urus niaga dan tidak pernah berdagang menentang posisi pelanggannya. Ia menghantar pesanan pelanggan kepada lebih 25 penyedia kecairan teratas, termasuk Currenex dan FastMatch, memastikan akses pasaran langsung, ketelusan, dan kecairan bank tahap 1. Manfaat lain berdagang dengan broker ini termasuk sokongan pelanggan 24/7, pembiayaan akaun tanpa yuran, ketiadaan yuran tidak aktif, dan perlindungan baki negatif untuk pelanggan ASIC.

    Global Prime adalah nama dagang FMGP Trading Group Pty Ltd (ABN 74 146 086 017) dan dikawal selia oleh ASIC serta diberi lesen untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan kewangan di Australia di bawah lesen perkhidmatan kewangan Australia No. 385620. Gleneagle Securities Pty Limited yang berdagang sebagai Global Prime FX, ialah sebuah syarikat Vanuatu berdaftar (Nombor Syarikat 40256) dan dikawal selia oleh VFSC. Laman web ini dimiliki dan dikendalikan oleh FMGP Trading Group Pty Ltd, ABN 74 146 086 017.
  7. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    IC Markets telah menjalankan perniagaan dengan pelanggan selama lebih 18 tahun, dan tempoh ia bertahan ini bukan kebetulan. Kami mengaitkannya dengan komitmen teguh broker ini terhadap kepuasan pelanggan, rekod pematuhan yang kukuh, dan harga yang kompetitif. IC Markets mempunyai inventori yang menonjol lebih daripada 2,250 instrumen kewangan, termasuk lebih 60 pasangan forex. Syarikat ini menggunakan teknologi terkini untuk menyediakan pelaksanaan terunggul yang sukar ditandingi oleh kebanyakan pesaing.

    Broker ini tidak mempunyai buku pesanan proprietari kerana ia menggunakan model penentuan harga Rangkaian Komunikasi Elektronik (ECN). Infrastruktur sistemnya berhubung secara langsung dengan rangkaian luas penyedia kecairan bertaraf tinggi, termasuk bank-bank utama dan institusi kewangan, sekali gus menyediakan akses kepada kolam kecairan yang mendalam serta harga yang sangat kompetitif. Persediaan ini disokong oleh pelayan berlatensi rendah yang terletak di pusat data strategik seperti Equinix NY4 di New York dan LD5 di London, dipadankan dengan algoritma hala pesanan maju yang mengoptimumkan kelajuan pelaksanaan dan kadar pengisian.

     

    CFD adalah instrumen kompleks dan melibatkan risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan penggunaan leveraj. 70.64% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan pembekal ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  8. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Vantage tergolong antara laman web perdagangan terbaik dari segi kelajuan pelaksanaan dan kos perdagangan. Broker yang lesen pelbagai ini memudahkan perdagangan bagi lebih 1,000 CFD untuk pasangan mata wang, komoditi lembut dan keras, saham, dan indeks. Pelanggan berpengalaman boleh melabur dalam instrumen yang lebih kompleks seperti bon dan dana perdagangan bursa (ETF).

    Broker ini menggunakan teknologi ECN untuk pemprosesan pesanan yang lancar, dengan mendapatkan sebut harga daripada pelbagai rakan kecairan peringkat pertama seperti Goldman Sachs, Citibank, Westpac, UBS, Societe Generale, HSBC, dan J.P. Morgan. Vantage mengutamakan ketelusan dan pematuhan peraturan, dan telah diberi kebenaran oleh pengawal selia kewangan yang ketat seperti ASIC, FSCA, dan FCA.

  9. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan
    9. FBS

    Diluluskan oleh agensi pengawalseliaan yang bereputasi seperti CySEC dan ASIC, FBS ialah broker NDD boleh dipercayai yang menyampaikan harga pasaran masa nyata yang tepat dan pelaksanaan ultra pantas tanpa sebarang campur tangan meja perdagangan. Broker ini menggunakan teknologi Straight Through Processing yang canggih untuk mendapatkan harga daripada beberapa penyedia kecairan, termasuk Finalto, bagi memastikan terma perdagangan yang terbaik untuk pelanggannya.

    FBS menawarkan kualiti pelaksanaan yang luar biasa, dengan 95% pesanan pasaran dilaksanakan dalam masa 0.4 saat. Pelanggan FBS boleh meneroka lebih daripada 550 pasaran boleh dagang di bawah terma yang sangat menguntungkan melalui platform popular seperti MetaTrader 4 dan MetaTrader 5. Pelanggan baharu boleh memilih akaun Standard dan Cent yang mempunyai spread serendah satu pip. Broker terkenal ini menyediakan perlindungan baki negatif, pelbagai pilihan deposit tanpa yuran, dan sokongan cemerlang dalam pelbagai bahasa.

    Amaran risiko: ᏟᖴᎠ adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat disebabkan oleh leveraj. 72.12% akaun pelabur runcit mengalami kerugian wang apabila berdagang ᏟᖴᎠ dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara ᏟᖴᎠ berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko tinggi untuk kerugian wang anda.
  10. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Dengan sejarah yang bermula pada tahun 1996, CMC Markets ialah broker dalam talian yang terus berkembang dalam arena perdagangan digital moden. Broker ini terkenal kerana menawarkan pelaksanaan automatik dengan kelajuan 30 milisaat. Pedagang berpengalaman juga boleh memanfaatkan hosting VPS untuk mendapat faedah latensi yang sangat rendah serta kelebihan lain, dan perkhidmatan ini percuma untuk pelanggan CMC Markets yang berdagang sekurang-kurangnya 15 lot sebulan.

    CMC Markets memberi peluang kepada penggunanya untuk mengambil bahagian dalam spread betting, CFD dan perdagangan opsyen. Pasangan mata wang, indeks dan komoditi adalah antara kelas aset yang disediakan. Ramai pedagang yang cenderung membuka akaun FX Active di CMC Markets kerana ia menawarkan spread kompetitif daripada 0 pip.

    Spread betting dan CFD ialah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan penggunaan leveraj. 67% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila membuat spread betting dan/atau berdagang CFD dengan penyedia ini. Sebelum berdagang, pertimbangkan sama ada anda memahami cara pertaruhan spread dan CFD berfungsi serta sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  11. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan

    Dilesenkan di beberapa bidang kuasa pengawalseliaan, termasuk Portugal dan UK, ActivTrades adalah broker Forex dipercayai yang berkhidmat pada lebih 100,000 pedagang dari 170 negara di seluruh dunia. Pelanggan akan mendapat manfaat daripada perdagangan tanpa komisen dan spread ketat dari 0.5 pip untuk lebih 50 pasangan mata wang, ratusan saham, komoditi, indeks, dan mata wang kripto. Broker ini mempunyai sistem penghalaan automatik sepenuhnya yang memastikan pelaksanaan pesanan terbaik, dengan purata kelajuan 0.004 saat.

    ActivTrades menggunakan infrastruktur perdagangan yang teguh dan mampu memproses lebih 100,000 pesanan pelanggan setiap saat. Kira-kira 93.60% daripada semua pesanan pelanggan dilaksanakan pada harga yang diminta. Pedagang boleh mengawal sepenuhnya risiko mereka dengan menggunakan pesanan lanjutan seperti progressive trailing stop, immediate or cancel, dan fill or kill. Pelanggan boleh meletakkan pesanan melalui MT4, MT5, dan platform proprietari ActivTrader.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. 82% akaun pelabur runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD dengan penyedia ini.Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.
  12. BERDAGANG SEKARANG BACA ULASANRating Trustpilot
    Carta dimuatkan
    12. Axi

    Axi adalah broker terkemuka dalam industri dengan pengalaman melebihi 18 tahun dalam pasaran dan rekod kawal selia yang bersih. Broker ini menerima banyak pujian kerana menyampaikan perdagangan yang pantas pada harga yang kompetitif, kecairan mendalam, dan sokongan pelanggan terbaik bertaraf tinggi dalam pelbagai bahasa. Pelanggan boleh meneroka lebih 290 pasaran kewangan dan menikmati pelaksanaan pesanan berlatensi rendah dengan gelinciran harga minimum serta masa pelaksanaan di bawah 100 milisaat.

    Broker ini menghubungkan pedagang terus kepada penyedia kecairan bertaraf pertama untuk memastikan penetapan harga yang tepat dan mengurangkan masa pelaksanaan. Pelanggan juga boleh menambah baik prestasi mereka dengan sumber pendidikan menyeluruh daripada Axi. Membiayai akaun tidak akan dikenakan kos tambahan, ini merupakan satu lagi manfaat berdagang dengan Axi.

    CFD adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat leveraj. Kebanyakan akaun pelanggan runcit mengalami kerugian apabila berdagang CFD. Anda perlu menilai sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.

Apa Itu Broker Tanpa Meja Urus Niaga (NDD)?

Broker yang menggunakan model harga tanpa meja urus niaga (NDD) berfungsi sebagai perantara antara pedagang dan ahli pasaran interbank. Apabila mendapatkan harga, broker NDD menggunakan rangkaian penyedia kecairan yang pelbagai, dengan dua jenis utama adalah bank tahap 1 dan institusi kewangan bukan bank. Bank tahap 1 merupakan bank global utama dengan sumber kewangan yang besar, sekali gus menyumbang kepada kedalaman pasaran dan spread yang ketat. Institusi bukan bank termasuk dana lindung nilai berskala besar dan firma pelaburan.

Dikenali sebagai buku pesanan (order book), Depth of Market (DOM) membolehkan pedagang melihat bekalan dan permintaan sebenar bagi sesuatu aset pada pelbagai tahap harga. Ia amat relevan bagi broker NDD kerana seperti yang dinyatakan tadi, ia memberikan pedagang akses langsung kepada kedalaman pasaran sebenar dan membantu memahami keseimbangan bekalan dan permintaan. Oleh kerana broker NDD menghubungkan pedagang dengan pasaran interbank, DOM yang dipaparkan pada platformnya mencerminkan aliran pesanan sebenar daripada pelbagai penyedia kecairan. Maklumat ini boleh menjadi sangat penting untuk membuat keputusan perdagangan yang berinformasi.

Selain itu, model harga ini membantu mencegah konflik kepentingan kerana broker yang menggunakannya tidak mendapat keuntungan daripada kerugian pelanggan. Ia juga membolehkan pedagang mendapat akses langsung kepada pasaran asas. Harga diperoleh daripada kumpulan penyedia kecairan yang besar, sekali gus mengurangkan risiko gelinciran harga dan sebut harga semula (requote). Pedagang berpengalaman dan profesional biasanya mengutamakan broker NDD kerana ia sering menawarkan spread mentah, transaksi yang lebih pantas, dan kelajuan pelaksanaan yang lebih baik.

Gabungan faktor-faktor ini boleh membantu mengurangkan kos perdagangan keseluruhan bagi pelanggan, menjadikan broker NDD sangat menarik di mata pedagang yang bijak. Walau bagaimanapun, model harga ini juga mempunyai kelemahan. Akses ke spread mentah selalunya datang bersama kos komisen yang lebih tinggi.

Apakah Perbezaan Broker NDD dengan Penggerak Pasaran (Market Maker)?

Broker NDD menawarkan ketelusan harga yang lebih tinggi kerana ia memberikan pedagang akses langsung kepada harga pasaran interbank. Broker jenis ini memproses pesanan tanpa campur tangan meja urus niaga. Penggerak pasaran pula mengendalikan meja urus niaga dalaman dan menyediakan sebut harga sendiri dan mendapat keuntungan daripada perbezaan antara harga bida dan tawar.

Broker yang menggunakan meja urus niaga dikatakan “mencipta” pasaran untuk pelanggannya, justeru namanya “penggerak pasaran”. Mereka kadang-kadang berdagang bertentangan dengan posisi pelanggannya, dan ini berpotensi menimbulkan konflik kepentingan. Broker yang menggunakan model ini biasanya menawarkan spread tetap dan bukannya spread apungan.

Apabila seorang pedagang membuat pesanan beli dengan penggerak pasaran, broker terlebih dahulu akan cuba mencari pesanan jual yang sepadan daripada pelanggan lain dalam buku perdagangannya. Apabila gagal mencari pesanan yang sepadan, penggerak pasaran akan mengambil posisi yang bertentangan dengan pesanan pelanggan. Broker jenis ini sebahagian besarnya menguruskan pesanan secara dalaman daripada mendapatkan harga secara terus daripada penyedia kecairan luaran.

Jenis Broker NDD

Kita boleh membezakan antara dua jenis utama broker NDD, bermula dengan broker yang menggunakan model pelaksanaan pemprosesan terus (Straight Through Processing – STP). Broker STP bertindak sebagai perantara dalam transaksi dengan pelanggannya. Pesanan pelanggan dialihkan ke pelayan broker STP sebelum diserahkan kepada pihak lawan perdagangan.

Peserta pasaran interbank, penggerak pasaran, dan broker STP lain boleh bertindak sebagai pihak lawan dalam kes ini. Tiada sebut harga semula (requote) pesanan atau campur tangan meja urus niaga semasa proses ini. Kelajuan pelaksanaan, walaupun pantas, biasanya berbeza berdasarkan laluan yang diambil oleh setiap pesanan. Broker STP mengaut keuntungan dengan mengenakan komisen dan memberi tambahan nominal kepada spreadnya.

Subkategori kedua broker NDD terdiri daripada syarikat yang menggunakan model rangkaian komunikasi elektronik (ECN). Dengan broker ECN, pesanan pelanggan dihantar terus ke pasaran interbank pusat. Ini membolehkan broker memenuhi pesanan pada harga interbank terbaik tanpa campur tangan pedagang. Oleh itu, kelajuan pelaksanaan akan berkurang kepada beberapa milisaat. Broker ECN sebahagian besarnya mengaut keuntungan daripada komisen dan sentiasa menawarkan spread berubah-ubah.

Walaupun kedua-dua broker STP dan ECN menghantar pesanan ke pasaran interbank, broker ECN tidak semestinya menghubungkan pesanan kepada penyedia kecairan. Sebaliknya, ia boleh menghalakan pesanan kepada ahli lain dalam pasaran interbank, dan selalunya pihak lawan ini ialah broker besar. Dengan mengambil kira kedua-dua model pemprosesan pesanan ini, kita boleh katakan semua broker ECN juga diklasifikasikan sebagai broker STP, tetapi tidak semua broker STP tergolong dalam kategori broker ECN.

Cara Mengenal Pasti Broker NDD Teratas

Apabila mencari broker NDD yang boleh dipercayai, lesen dan kawal selia adalah perkara pertama yang perlu diperiksa. Firma broker yang dikawal selia oleh pengawal selia kewangan yang ketat seperti FCA, ASIC, dan CySEC menepati piawaian tertinggi untuk ketelusan harga, keselamatan, dan perlindungan pelanggan.

Ia mematuhi dasar pengasingan dana yang ketat, mengehadkan leveraj untuk pelanggan runcit, dan tidak dapat mengelak daripada menawarkan perlindungan baki negatif kepada pedagang dengan akaun margin. Berdagang bersama broker yang dikawal selia dengan baik juga memberi anda saluran perundangan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak kena.

Anda juga perlu memeriksa komisen dan kos lain yang dikenakan oleh broker yang anda minati. Broker NDD terbaik di pasaran mengenakan komisen pusingan penuh yang jauh lebih rendah berbanding pesaingnya dan hanya membuat tambahan kecil (jika ada) kepada spreadnya.

Cari broker yang tidak mengenakan bayaran pembiayaan, bayaran semalaman, dan bayaran tidak aktif, ini kerana ia boleh mengurangkan perbelanjaan perdagangan anda dengan ketara. Jenis akaun yang disediakan dan saiz perdagangan minimum juga perlu diambil kira. Pedagang baharu dan pelabur berskala kecil perlu mencari broker NDD yang menawarkan akaun mikro atau akaun sen yang memudahkan perdagangan dengan pecahan lot standard.

Kelebihan dan Kekurangan Berdagang dengan Broker NDD

Berdagang dengan broker NDD mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri. Akses pasaran langsung dan kos perdagangan yang lebih rendah (biasanya berasaskan komisen) adalah kelebihan utamanya. Pengalaman perdagangan anda juga akan bertambah baik disebabkan kelajuan pelaksanaan yang lebih pantas pada broker NDD. Pedagang akan mendapat manfaat daripada kecairan yang mendalam kerana harga diperoleh daripada kumpulan penyedia kecairan yang besar. Manipulasi harga dan potensi konflik kepentingan bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan apabila berdagang tanpa campur tangan meja urus niaga.

Selain itu, broker NDD cenderung menawarkan ketelusan yang lebih besar dengan memaparkan harga pasaran sebenar yang dikumpulkan daripada pelbagai penyedia kecairan tanpa sebut harga semula atau penambahan. Sebagai hasilnya, ini sering membawa kepada harga yang lebih adil semasa keadaan pasaran yang tidak stabil. Banyak broker NDD juga menyediakan akses kepada platform dan alat perdagangan maju yang sesuai untuk pedagang profesional dan algoritma.

Spread berubah-ubah mungkin merupakan kelemahan terbesar apabila berurusan dengan broker NDD, ini kerana tiada cara tepat untuk mengetahui jumlah kos perdagangan yang akan dibayar. Spread berubah-ubah boleh menjadi lebar dengan ketara semasa tempoh peningkatan volatiliti pasaran dan kecairan yang rendah.

Satu lagi kelemahannya ialah potensi gelinciran harga, iaitu pesanan mungkin dilaksanakan pada harga yang berbeza daripada harga jangkaan, terutamanya semasa pasaran bergerak dengan pantas. Walaupun spread yang lebih rendah itu perkara biasa, broker NDD sering mengenakan komisen tetap bagi setiap perdagangan yang boleh menambah kos keseluruhan untuk pedagang yang sangat aktif. Tambahan pula, pedagang mempunyai kawalan terhad ke atas pelaksanaan pesanan kerana broker hanya bertindak sebagai perantara semata-mata tanpa campur tangan, dan ini mungkin mengecewakan sesetengah pedagang.

Soalan Lazim Tentang Broker NDD

  • Adakah broker NDD menawarkan perlindungan baki negatif?

    Ia bergantung pada tempat broker NDD anda dikawal selia. Jenama yang memegang lesen daripada pengawal selia teratas seperti ASIC, CySEC, BaFin dan FCA diwajibkan secara undang-undang untuk melindungi pelanggan runcit mereka daripada baki negatif. Menurut keperluan kawal selia, mereka akan menutup secara automatik posisi berleveraj yang mengalami kerugian dengan cepat apabila baki pelanggan jatuh di bawah margin penyelenggaraan minimum.

  • Bagaimana saya dapat mengetahui sama ada broker melaksanakan pesanan tanpa campur tangan meja urus niaga?

    Broker yang dikawal selia bersikap jujur tentang dasar pemprosesannya dan mendedahkan maklumat ini kepada pelanggannya. Selain itu, broker yang mengendalikan meja urus niaga dalaman cenderung menawarkan spread tetap, manakala broker ECN mempunyai spread terapung atau berubah-ubah. Anda boleh menghubungi sokongan pelanggan untuk bertanya tentang model pelaksanaan broker.

  • Adakah broker NDD sesuai untuk pedagang yang baru bermula?

    Broker NDD sesuai untuk semua pedagang tanpa mengira pengalaman dan toleransi risiko. Banyak broker yang menggunakan model pelaksanaan ini memenuhi keperluan pelanggan yang kurang berpengalaman atau pedagang yang ingin berjimat dengan menawarkan akaun mikro dan sen, membolehkan mereka berdagang kontrak yang lebih kecil. Broker NDD yang terbaik dalam industri juga menawarkan sumber pendidikan yang lengkap untuk membantu pedagang baharu meningkatkan pengetahuan mereka tentang pasaran.

  • Adakah broker NDD menawarkan pelaksanaan pesanan yang lebih baik?

    Broker yang menggunakan model ini biasanya memberikan pelaksanaan lebih pantas berbanding penggerak pasaran. Faktor seperti lokasi pelayan dan kualiti infrastruktur juga mempengaruhi kelajuan pelaksanaan pesanan. Perisian perdagangan yang digunakan oleh broker anda juga penting. Platform pelbagai utas (multi thread) seperti MT5 cenderung berprestasi lebih baik daripada platform utas tunggal (single thread).

  • Apakah gaya perdagangan yang sesuai untuk broker NDD?

    Broker yang tidak melibatkan campur tangan meja urus niaga menawarkan pelaksanaan pesanan yang lebih pantas, menjadikannya sesuai untuk pedagang frekuensi tinggi dan scalper yang membuka dan menutup banyak perdagangan setiap hari. Pedagang aktif biasanya memilih broker yang menggunakan model ECN kerana kos perdagangan keseluruhan yang lebih rendah.

Ditulis oleh Z. Stefanova | Diterjemahkan oleh Shakirah Manijal